Tet! Tet!
Izzat mengambil handphone Asus Zenfone 5 nya yang terletak di atas meja dan unlock password untuk melihat pesanan whatapps.
Daripada Adel.
-Abang sayang sayang tak?-
-Mestilah sayang. Kenapa tanya macam tu?-
-Saja nak tanya dekat abang, Tak boleh ke? -
-Boleh La sayang, buat apa tu? -
-Sayang otw nak pergi rumah abang ini-
-Sayang datang dengan siapa ini? Hati-hati tau sayang-
-Maira dan mama. Tunggu sayang tau.. i love u -
-Okay sayang, abang nak bagi tahu ibu ini-
Selesai menghantar pesanan tersebut Izzat termenung panjang. Maira datang sekali? Boleh ke dia berlagak macam biasa? Macam mana kalau Maira buat perangai pelik dia lagi?. Izzat teringat kembali waktu mereka berjumpa di tasik Shah Alam. Gaya Maira seperti mengenali dirinya, tutur katanya seperti mengingatkan kepada seseorang yang rapat dengannya. Keluhan dari mulutnya menarik perhatian Puan Maimon.
"Izzat kenapa ini?"Puan Maimon segera menghampiri anaknya itu.
"Takde apa ibu, kejap lagi Adel nak datang rumah " Izzat memberitahu untuk ibunya membuat persiapan kedatangan Adel.
"Adel datang dengan siapa?" Soal Puan Maimon yang teruja untuk berjumpa dengan Adel. Terbayang difikirannya untuk masak masakan ayam masak merah yang menjadi kegemaran Adel.
"Dengan mama dan Maira" balas Izzat perlahan.
Berkerut muka Puan Maimon. "Siapa pulak Maira ini?" Tidak pernah dia mendengar nama Maira disebut oleh Adel dan Izzat.
"Sepupu Adel, dia dulu duduk luar negara , sekarang balik Malaysia untuk tolong Adel buat persiapan kahwin."panjang lebar Izzat bercerita bagi ibunya faham.
"La yeke? Baguslah macam tu, boleh tolong Adel. Kesian bakal menantu ibu tu semua benda kena buat sendiri. Ada orang menolong ini, ringan beban dia". Izzat memerhati Puan Maimon. Nampak kasih sayang ibunya kepada Adel.
"Itu la ibu". Ringkas sahaja jawapan Izzat.
"Ibu nak masak ini, Izzat boleh tolong ibu beli tembikal ke?" Puan Maimon menghulurkan duit kepada Izzat, dengan penuh sopan Izzat menolak duit pemberiaan ibunya itu.Tersenyum Puan Maimon melihat tingkah laku anaknya itu.
Selepas bersalam dengan ibunya Izzat mengambil kunci motosikal yang terletak di dalam kotak kecik yang bentuk seperti rumah. Dan menuju ke kedai untuk membeli tembikal.
***********
"Assalamualaikum" ucap Adel sebaik tiba di hadapan rumah banglo Izzat.
"Waalaikumsalam, Ya allah da sampai menantu ibu ini. Mari masuk. " Pelawa Puan Maimon sambil bersalam dengan Adel.
"Ibu, Izzat mana?"soal Adel apabila kelibat tunangnya tidak kelihatan.
"Izzat keluar kejap, ibu suruh beli tembikai. Ingat nanti boleh makan tembikal" Puan Maimon menjelaskan kepada Adel.
"Oh patut laa, lupa pulak. Ibu perkenalkan ini Maira sepupu Adel " Adel kenalkan Maira kepada Puan Maimon.
"Makcik sihat?" Maira bersalam dengan Puan Maimon.
"Alhamdullilah sihat, cantik Maira ini. Kerja mana sekarang ini?" Teruja Puan Maimon interview Maira. Adel hanya tersenyum memandang Maira. Tiada langsung perasaan cemburu apabila bakal ibu mentuanya interview Maira.
"Baru habis belajar, itu yang balik Malaysia tolong Adel buat persiapan kahwin " Ramah Maira membalas.
"Bagus la macam tu, ibu kesian tengok Adel buat persiapan sorang-sorang. Ini ada Maira tolong ringan sikit beban Adel" ucap Puan Maimon sambil memandang Adel . Puan Noor hanya memerhati tingkah laku besannya itu.
"Ibu jom Adel tolong masak" Adel menarik tangan bakal ibu mentuanya menuju ke dapur untuk masak.
"Jom, da lama ibu tak masak-masak sambil gosip dengan Adel ini" Puan Maimon ketawa gembira kerana ada orang temankan dia memasak.
Puan Noor dan Maira ingin membantu tapi ditergah Puan Maimon dengan alasan ingin meluangkan masa bersama Adel. Akhirnya Puan Noor dan Maira hanya menurut sahaja untuk memberi peluang Puan Maimon bersama dengan Adel.
Akibat terlalu bosan Maira berjalan menuju ke rak yang menempatkan bingkai gambar yang menarik perhatiannya. Diperhati satu persatu wajah di setiap bingkai gambar tersebut. Tiba-tiba matanya terpaku dengan satu wajah yang menggetar hatinya.
"Itu gambar Izzat waktu sekolah rendah". Tiba-tiba sahaja Puan Maimon berdiri di sebelah Maira sambil mengeluarkan bingkai gambar tersebut.
"Oh yeke? Haha bahagia family makcik" balas Maira yang sedikit malu dengan perlakuannya itu.
"Comel kan Izaat? ".Maira hanya mengangguk kepala tanda menjawab soalan Adel.
Adel beredar selepas melihat gambar Izzat dan menuju ke dapur untuk mengambil pinggan dan gelas selepas selesai memasak bersama bakal mentuanya.
"Marilah kita makan, mama da lapar ini " pelawa Puan Noor. Lauk tengah hari itu nampak menyelerakan.
"Ha Adel, Maira jom kita makan " panggil Puan Maimon pulak.
Mereka semua menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh Adel dan Puan Maimon. Ayam masak merah, sayur kailan ikan masin lauk, ikan keli masak pedas dengan air sirap bandung menu mereka untuk makanan tengah hari.
***********
10 minit selepas mereka selesai menjamu selera Izzat pulang ke rumah dengan hati berbelah bahagi. Kalau boleh dia tak ingin menghadap muka Maira yang selalu menggangu hidupnya sejak akhir-akhir ini. Selesai parkir motosikal di garaj Izzat melangkah masuk kerumah dengan membawa tembikal.
"Assalamualaikum ". Izzat memberi salam. Semua yang berada diruang tamu menjawab salam Izzat. Adel menuju ke arah tunangnya itu.
"Lewat abang balik? ".soal Adel sambil mengambil tembikal dari tangan Izzat.
"Abang jumpa Irfan tadi, lepas tu singgah minum dengan dia". Izzat memberi alasan untuk elak dari di tanya banyak soalan oleh Adel.
"Mama sihat?" Tanya Izzat ketika bersalam dengan mama dan ibunya.
"Alhamdulillah mama sihat .Da makan ke Izzat?" Soal Puan Noor lagi.
"Belum lagi" jawab Izzat sambil duduk sebelah ibunya.
"Abang nak makan nasi ke? ". Adel bertanya kepada Izzat.
"Boleh juga. Sayang masak ke?". Izzat bangun dan berjalan ke meja makan untuk melihat lauk di bawah tudung saji itu.
"Mestilah tapi dengan ibu". Tersenyum Adel sambil menceduk nasi ke pinggan Izzat.
"Mesti double sedap ini, jemput makan semua " Izzat mengangkat tangan tanda bagus. Ketawa semua yang melihat. Puan Noor senyum bahagia melihat cara Adel melayan Izzat di meja makan.
Sementara itu Maira membelah tembikal untuk dihidangkan. Selesai memotong tembikal, Maira meletakkan pinggan yang berisi tembikal sambil matanya melirik ke arah Izzat yang kelihatan begitu selera makan.
*************
"Amboi termenung jauh nampak? U ini memang suka termenung eh? " Balas Maira yang duduk sebelah Izzat.
Izzat segera menjarakkan diri dari Maira untuk mengelakkan salah faham.
"Why you don't love me Izzat? Soal Maira lagi.
"Adel mana?" Izzat cuba mengelak dari menjawab soalan Maira.
"She with your mom and Cik Noor" balas Maira sambil melihat muka Izzat.
"Kenapa u tak join dorang?" Izzat nampak kurang senang dengan tingkah Maira.
"Nope. I just want to make sure that u have feeling with me not Adel". Sinis cara Maira bercakap kepada Izzat.
"Cinta i hanya untuk Adel". Balas Izzat dengan yakin.
"Oh really? How about first love u?" Kata Maira sambil meninggalkan Izzat. Izzat terdiam dengan soalan Maira.'Siapa sebenarnya Maira?', 'Adakah Maira mengenali dirinya?' Bisik hati kecil Izzat. Dengan penuh malas Izzat mengeluh sambil melangkah masuk ke rumah.
Share this novel