-Sayang abang mintak maaf apa yang berlaku hari ini, harap sayang dapat maafkan abang- SEND
Izzat menunggu dengan penuh harapan Adel akan membalas pesanan whatappsnya itu.
Tet! Tet! Dengan sepantas kilat Izzat mencapai handphone asus zenfone 5 berwarna putihnya itu. Dirinya berdebar-debar apabila melihat • 1 new messenger • di papan skrin handphone. Dengan lafaz bismillah Izzat membaca kandungan mesej tersebut, berubah air mukanya selepas membaca.
*************
"Apa you nak dari I?" Kedengaran kasar suara Izzat. Tidak dipandang wajah indah di hadapannya.
" Please Izzat forgive me, I promise this time won't happen again" dengan penuh bersungguh-sungguh gadis manis itu merayu.
"Can I trust you? " dikerling gadis tersebut, dan gadis itu hanya tunduk muka. Kelihatan air mukanya sedih.
"Promise jangan ganggu I dan jangan hancurkan hubungan I dengan Adel " kata Izzat lagi dengan lebih keras nada suaranya.
"Nope, dari cara you pandang I, cakap dengan I, I tahu you falling in love with me" tutur kata gadis tersebut membuat Izzat tergamam.
"Are you crazy? I da tunang dengan Adel dan tak mungkin I jatuh cinta dekat you " Izzat cuba tetapkan hatinya itu.
"Yes, I crazy with you. Now tell me that's you falling in love with me " tidak putus asa gadis itu berkata untuk yakinkan Izzat.
"Nonsense, I akan berkahwin tak lama lagi, tolong jangan salah faham dengan kelakuan dan cara I." Izzat berkira -kira ingin meninggalkan restoren Mcdonald tersebut.
"If you dare to leave me, i will make sure you regret it!" Ugut gadis tersebut. Izzat duduk balik dan cuba bertenang.
"Kenapa you jadi macam ini? , I tak pernah bagi harapan dekat you." Izzat cuba memujuk gadis tersebut dari melakukan perkara yang bukan-bukan.
"I just want you. That's it. " balasnya dengan suara lirih.
"Tapi I akan berkahwin dengan Adel " Izzat membalas dengan nada lembut.
" No, you will marry with me, not her! " keras nada suara gadis itu.
Terjaga Izzat selepas mimpi tersebut . Siapa gadis tersebut? Petunjuk apa ini? Itu yang bermain dalam fikiran Izzat, akhirnya dia terlena dengan sendirinya.
*************
Izzat termenung panjang memikirkan mimpinya semalam. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Seperti dia mengenali perempuan dalam mimpinya, tapi wajahnya itu hilang sebaik saja dia tersedar dari mimpi. Encik Adam perasaan tingkahlaku anaknya berlainan sama sekali, seperti dirinya menanggung masalah yang berat.
"Izzat, okay ke? " Encik Adam duduk disebelah anaknya sambil memberi makanan ikan peliharaannya di kolam yang dihiasi dengan batu yang berlainan saiz.
"Ayah terkejut Jat, okay je ayah" kata Izzat yang kelihatan terkejut dengan kehadiran ayahnya.
"Jat ada masalah dengan Adel ke? " Encik Adam ingin mengorek isi hati anak mudanya itu.
" Ada sikit salah faham, Adel pun sampai sekarang tak reply mesej. Marah sangat itu " Izzat ketawa untuk menutup sedihnya dan kisah mimpinya.
" Dah pujuk ke Adel? Jangan biar lama merajuk dia nanti makin susah nak pujuk " Encik Adam memberi nasihat.
"Jat da pujuk, siap mintak maaf lagi tapi Adel tak layan pun" kata Izzat lagi.
"Perempuan ini hatinya cepat sensitif, walaupun sekecil salah yang kita buat pun, kalau kena cara memujuk mesti mereka akan maafkan kita " Encik Adam cuba untuk naikkan semangat Izzat.
"Apa patut Jat buat? " soal Izzat dengan menundukkan kepalanya ke lutut.
"Pergi jumpa dan pujuk dia, in shaa allah Adel akan maafkan kamu, lagi satu buat benda yang disukai tau " tersenyum Encik Adam sewaktu memberi idea tersebut.
"Betul cakap Ayah itu, pergi la pujuk Adel. Jangan biarkan merajuknya lama-lama nanti makin susah kamu nak pujuk" sampuk Puan Maimon yang kebetulan memdengar perbualan dua beranak itu.
"In shaa allah ibu, ayah " kata Izzat laju bangun ingin berjumpa Adel.
" Eh tengok anak teruna abang ini, laju betul bangun nak pergi jumpa Adel, kot ye pun jom la kita sarapan dulu " kata Puan Maimon, Encik Adam hanya ketawa melihat Izzat.
" Kalau tak sarapan boleh tak? " kata Izzat sambil tersenyum.
"Jangan nak mengada, ibu da masak banyak ini. Tak nak makan pulak " pura-pura merajuk Puan Maimon berkata.
"Ayah kan ada boleh habiskan " Izzat masih lagi ingin mengusik ibunya itu.
" Tak boleh, ayah kamu ini kena diet. Ibu tengok makin kedepan perut itu" muncung Puna Maimon pandang Encik Adam.
" Yang, boroi-boroi pun sexy tau. Awak la masak sedap-sedap sangat." Encik Adam cuba membela diri.
" Sexy apanya. Tak macho laa abang." Kata Puan Maimon sambil ketawa, Izzat hanya memerhati sahaja ibu dengan ayahnya itu.
"Da la jom kita makan, nanti tak senang duduk pulak anak awak tu" Encik Adam bangun dan menuju ke meja makan.
Selesai makan, Izzat bersiap dengan ala kadar sahaja. Tak sabar dirinya ingin menatap wajah yang dirinduinya itu. Sebelum singgah dirumah Adel, Izzat sempat membeli bunga tulip berwarna putih dan kek moist chocolate sebagai tanda ingin mintak maaf kepada Adel. Pintu rumah teres 2 tingkat itu diketuk dan diselangi dengan memberi salam, Adel bergerak malas menuju ke pintu rumahnya. Siapa pulak yang datang pagi-pagi ini. Hati Adel berkata-kata.
"Surprise! " kata Izzat sambil melutut dihadapan Adel dengan bunga tulip dan kek moist chocolate.
"Assalamualaikum " tegur Adel apabila melihat Izzat, orang yang amat dirinduinya.
" Waalaikumsalam sayang, abang ketuk pintu banyak kali, nasib baik sayang yang bukak tau, kalau tak malu abang" balas Izzat sambil ketawa.
"Tak suruh pun abang buat macam ini kan?. Bangun la abang nanti orang cakap apa pulak " kata Adel sambil pandang sekeliling. Malu dilihat jiran dengan perangai Izzat macam ini.
" Abang tak nak bangun selagi sayang tak maafkan abang " kata Izzat lagi.
"Abang jangan macam ini, ye laa sayang maafkan abang. Da jom masuk rumah" kata Adel sambil menarik Izzat untuk bangun.
Tersenyum Izzat, nampaknya Adel da maafkan dirinya. ALHAMDULILLAH ucap Izzat dalam hati.
Share this novel