Bab 23

Romantic Comedy Series 49289

"Apa?". Balas Mil dengan wajah tak bersalah. Tangan nya di cubit oleh Datin Rokiah.

"Ibu sakit la. Kenapa ini?". Soal Mil kembali dengan wajah menahan sakit akibat di cubit ibunya itu.

"Now tell me what happen?". Soal Datin Rokiah lagi dengan wajah serius kembali. Kesakitan di tangan Mil langsung tidak di hirau.

"Nak bagi tahu apa? Mil tak faham". Ungkap Mil sambil membuat muka blur.

"Apa yang jadi antara kamu dengan Adel?". Balas Mak Iti bagi pihak Datin Rokiah. Mil mengangguk faham.

"Tadi kitaorang jumpa Izzat. Ibu tahu kan apa yang berlaku antara mereka?". Soal Mil kembali. Mulutnya dikunyah perlahan-lahan sebelum menelan roti keras itu.

"Macam mana korang boleh jumpa dia. Ada apa-apa jadi dekat Adel ke?". Risau Datin Rokiah bertambah-tambah bila mendengar nama Izzat. Bukan dia tidak tahu perangai Izzat sekarang ini. Seperti lelaki hilang bini.

"Tiada apa. Cuma dia mendesak Adel untuk kembali dekat dia. Ibu boleh ceritakan apa yang berlaku sebenarnya antara Izzat dengan Adel dengan sepupu dia tu?". Mil kembali memandang wajah ibunya itu. Kopi yang sudah suam itu di hirup sehingga habis sebelum mengucap alhamdulillah.

"Izzat sebenarnya suami Maira. Tapi Izzat tak bertanggungjawab dengan amanah yang sepatutnya di pikul. Dia tinggalkan Maira sewaktu Maira mengandungkan anak mereka. Sekarang Maira datang untuk menuntut hak nya kembali. Tapi Izzat tidak nengenali Maira sebab Maira sudah banyak berubah. Ye la meraka berkahwin pun waktu muda. Yang paling tak disangka oleh Maira bila Izzat bertunang dengan sepupunya iaitu Adel. Bila dah jadi macam ini Maira tidak puas hati. Puas dia memujuk dan mengharapkan Izzat bertanggungjawab kembali terhadapnya". Nafas Datin Rokiah di lepaskan sebelum menyambung.

"Tapi Izzat tak nak. Alasannya dia sudah bertunang dengan Adel. Maira masih jugak tidak puas hati. Dia menggunakan anak mereka untuk dapatkan Izzat kembali. Izzat serba salah bila mengetahui dia mempunyai anak dengan Maira. Akhirnya dia buat keputusan untuk berterus terang dengan keluarganya tentang hubungan mereka. Bila keluarga Izzat mengetahui mereka segera berjumpa dengan keluarga Adel. Segala kebenaran didedahkan oleh keluarga Izzat dan Adel membuat keputusan untuk putuskan pertunangan tersebut dan kembali kan Izzat kepada yang berhak iaitu Maira". Panjang lebar Datin Rokiah ceritakan kepada Mak Iti dan Mil. Dia sendiri mendapat tahu cerita sebenar dari Puan Noor.

"Sebab itu Adel duduk rumah kita?". Duga Mil. Datin Rokiah mengangguk kepala.

"Sebab itu ibu nak Mil layan Adel dengan baik. Jangan sakiti hati dia". Balas Datin Rokiah sambil memandang wajah Mil.

"Okay Mil janji". Balas Mil sambil bangun dan mula menyelongkar kabinet dapur.

"Nak buat apa tu Mil?". Tegur Mak Iti.

"Lapar lagi la. Meggi ada tak?". Balas Mil sambil memegang perut sasa nya itu yang sudah nampak sedikit 'kempis'. Tersenyum Mak Iti.

"Duduk sana. Mak Iti masakkan nasi goreng ayam special nak tak?". Mil angguk kepala sambil buat "flying kiss" dekat Mak Iti.

Tidak sampai 15 minit nasi goreng ayam special terhidang di hadapan Mil. Mil menghirup aroma nasi goreng tersebut. Tangan nya ditadah untuk membaca doa makan sebelum di raup ke muka. Nasi goreng yang berasap di hadapan matanya itu segera di masukkan dalam mulut sebelum mengunyah dengan penuh nikmat.

"Lapar sangat ke?". Soal Datin Rokiah lagi setelah melihat telatah anaknya itu.

"Sangat. Dari tengah hari tadi tak makan". Balas Mil sambil buat muka sedih.

"Kenapa tak makan?". Mil pandang ibunya.

"Ingat tak? Ibu call Mil lepas tu suruh balik rumah sebab ada hal urgent. Ibu Mil nak makan waktu tu". Jawab Mil sambil buat muka sedih. Datin Rokiah terdiam.

"Maafkan ibu. Ibu tak tahu pulak Mil nak pergi makan waktu tu". Balas Datin Rokiah lagi.

"No hal la ibu. Lagi pun sekarang Mak Iti dah masak nasi goreng ayam ini. Sedap tau. Jemput makan semua". Ucap Mil sambil menambah nasi goreng tersebut.

"Amboi! Da masuk round ke dua baru nak pelawa orang makan eh". Tegur Datin Rokiah kembali. Seketika semua ketawa bila melihat telatah Mil.

"Kejap. Mil baru teringat Syaukat ws pagi tadi. Dia cakap nak balik rumah isnin depan. So ibu kita kena 'surprise' Syaukat la kan?". Ketawa Datin Rokiah terhenti. Dia hampir terlupa anak bongsu nya itu. Bagaimana agaknya penerimaan Syaukat terhadap Adel.

"Ibu dengar tak Mil cakap". Tegur Mil lagi. Dia perhatikan wajah anggun milik ibunya itu walaupun umurnya sudah masuk angka 4 series.

"Ha apa dia?". Tanya Datin Rokiah kembali.

"Mil tanya macam mana kita nak bagi tahu pasal Adel dekat Syaukat?. Ibu bukan tak tahu perangai anak bongsu ibu tu". Mil ulang kembali pertanyaan nya itu.

"Entah la. Ibu pun tak fikir lagi. Mil tolong ibu boleh". Balas Datin Rokiah kembali. Otaknya tidak boleh berfikir buat masa sekarang ini.

"Okay. Nanti Mil fikirkan". Mil bangun dan menuju ke sinki sebelum membasuh pinggan makannya itu.

**********

"Adel boleh ibu masuk". Pintu bilik Adel di ketuk berulang-ulang kali.

Pintu bilik di buka oleh Adel. Senyuman dari Datin Rokiah di balas dengan senyuman hambar. Adel duduk di birai katil dan di ikuti oleh Datin Rokiah.

"Adel sedia nak cerita dekat ibu ke?". Tanya Datin Rokiah bila melihat Adel masih diamkan diri. Tangan Adel di pegang erat.

"Ibu Adel tak sanggup. Hati Adel sakit bila tengok Izzat. Kenapa dia buat Adel macam ini?. Kenapa dia datang balik bila Adel cuba lupakan dia". Luahan Adel di dengar Datin Rokiah. Belakang badan Adel di usap untuk tenangkan Adel.

"Adel dapat terima semua ini jika di takdirkan kami tiada jodoh. Tapi kenapa mesti Ira. Dia sepupu Adel. Macam mana Adel nak hadapi mereka nanti. Adel tak kuat". Air matanya mengalir laju. Pantas tubuh Adel di dakap Datin Rokiah dengan erat. Adel terus menerus menangis.

Di luar pintu Mil mendengar luahan dari Adel. Hatinya tersentuh bila mendengar tangisan Adel itu. Otaknya ligat memikir cara untuk gembirakan Adel kembali. Senyuman terbit di bibirnya bila teringatkan kawan baiknya yang boleh membantu dia. Di keluarkan telefon bimbit itu sebelum menelefon Am.

"Yo wassup bro. Nak belanja aku makan ke?". Balas Am setelah mengangkat panggilan dari Mil.

"Assalamualaikum. Kau dekat mana?". Sindir Mil bila mendengar cara Am menjawab panggilan telefon.

"Waalaikumsalam. Sorry bro. Aku dekat rumah la. Kenapa?". Soal Am malu-malu bila di tegur Mil.

"Aku datang rumah kau lagi sejam". Balas Mil. Panggilan di matikan. Dia bingkas bangun dan mula mencari kunci kereta di dalam bekas kunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience