Termenung jauh Kiah, ada apa-apa nak cerita dekat abang ke?" Datuk Azman perhatikan tingkah laku isterinya.
"Saya berkenan dengan Adel tu, sayang kan kita lambat kenal dia, kalau dari dulu kita kenal, sudah lama saya pinangkan untuk anak teruna abang tu" Datin Rokiah meluahkan isi hatinya kepada suaminya.
"Mungkin Adel bukan jodoh anak kita, takpa lah. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Adel dan Mil" Datuk Azman cuba bersikap positif.
"Itu laa, walau macam mana sekali pun Adel tetap jadi anak perempuan saya,boleh kan abang?" Datin Rokiah memandang wajah suaminya untuk mendapatkan persetujuan.
"Mestilah boleh, abang pun suka dekat Adel tu, takpe esok kita jumpa Haris dan bagi tahu hasrat kita nak jadikan Adel anak angkat kita" bersungguh-sungguh Datuk Azman meluahkan.
"Tak sabar Kiah".Tersenyum Datin Rokiah kerana hasrat hatinya mendapat sokongan dari suaminya.
***************
"Alhamdullilah jika itu hasrat kau, aku tak bantah cuma sekarang kena tanya tuan punya badan la". Encik Haris menunggu kata putus dari Adel.
Adel mengangkat wajah sebelum mengangguk kepala tanda setuju untuk menjadi anak angkat Datin Rokiah dan Datuk Azman.
"Alhamdullilah". Ucap Datuk Azman dan isterinya dengan serentak.
"Kalau macam tu izinkan aku untuk sponsor bulan madu Adel dengan Izzat nanti" Datuk Azman merasa teruja setelah Adel menjadi anak angkatnya.
"Eh tak payah la, aku tak nak susahkan kau lagipun duit simpanan aku masih cukup untuk Adel " Encik Haris menolak permintaan sahabatnya itu dengan baik.
"Jangan la macam tu, niat aku ikhlas nak sponser bulan madu Adel. Ha Adel esok ajak Izzat datang rumah kita bincang pasal pakej untuk bulan madu" kata Datuk Azman sambil tersenyum.
"In shaa allah ayah ". Balas Adel malu-malu.
*******************
"Assalamualaikum ". Izzat memberi salam setelah sampai di rumah bakal mentuanya. Hatinya gembira apabila mengetahui bahawa Datuk Azman ingin sponsor tempat untuk mereka berbulan madu nanti.
"Waalaikumsalam, abang jemput masuk " pelawa Adel. Sejak mereka bertunang Adel mengubah panggilan daripada aku, kau kepada abang,sayang untuk biasakan diri apabila mereka berumahtangga nanti.
" Maaflah sayang, ibu dan ayah tak dapat hadir, ini ibu bagi hadiah untuk sayang" Izzat menghulurkan beg berisi tudung satin kepada Adel.
"Wah cantiknya tudung, terima kasih abang" balas Adel yang tidak sabar melihat tudung satin yang diberikan oleh bakal ibu mentuanya.
" Ha Izzat dah sarapan ke? Jom laa sarapan sama" pelawa Encik Haris apabila terpandang Izzat menghampiri mereka.
"Sudah abah, tadi sebelum datang sini Izzat dah sarapan" Izzat menolak pelawaan Encik Haris dengan baik.
"Kalau macam tu Adel nak siap-siap dulu " balas Adel pulak sambil segera menghabiskan nasi gorengnya itu.
"Okay abang bagi dalam 5 minit ". Sambung Izzat sambil tersenyum.
"5 minit? Mana cukup nak cari baju lagi, tudung lagi " Adel cuba memprotes.
"Okay la, 30 minit eh sayang" balas Izzat. Bukan dia tak tahu Adel kalau bersiap mesti lama. Kadang-kadang dia pelik dengan perangai perempuan, terlalu cerewet sewaktu bersiap tapi nak buat macam mana kerana sayang kan Adel, sanggup dia menunggu.
" Adel jangan lama-lama sangat " balas Puan Noor pulak.
" Yes madam" jawab Adel dengan tangan diangkat tanda tabik.
Serentak semua ketawa melihat telatah Adel yang mencuit hati itu.
Setelah menunggu hampir 30 minit 5 saat, akhirnya Adel keluar dari biliknya setelah berpuas hati dengan penampilannya. Memakai blouse labuh yang berwarna merah jambu dengan kain panjang berwarna hitam itu menyerlahkan keayuaan Adel bersama tudung satin berwarna peach lembut.
Izzat yang menunggu Adel terpaku melihat kecantikan Adel.
"Macam kenal je tudung itu?" Balas Izzat sambil tersenyum.
"Kenal ke? Kan tudung ini ibu abang bagi " Tersenyum Adel sambil membetulkan tudungnya.
“Jom kita pergi sekarang”. Mereka menuju ke arah Encik Haris dan Puan Noor untuk bersalam sebelum berjumpa dengan keluarga angkat Adel.
Share this novel