"Adel, Ira cepat sikit siap tu nanti lambat pulak". Jerit Puan Noor bila melihat jam sudah hampir pukul 1.30 petang.
"Lagi 5 minit, nak pakai tudung ini" balas Adel pulak.
"Cepat sikit, Izzat dah sampai ini" balas Puan Noor sambil bersalam dengan Izzat.
"Apa khabar mama? " kata Izzat sewaktu bersalam dengan Puan Noor.
"Alhamdullilah sihat, bila besan mama nak datang melawat ini? " balas Puan Noor sambil tersenyum.
"In shaa allah hujung bulan ini ibu dengan ayah datang ke rumah. " panjang lebar Izzat cerita.
"Pastikan jadi tau, mama dah lama tak jumpa ibu kamu tu" Sedang rancak bercerita, Adel dengan Maira turun dan hampiri mereka. .
"Ehem, tengok siapa tu? " balas Adel apabila terpandang Izzat melihat Maira berbanding melihat dirinya.
"Sayang jom laa, mama kami pergi dulu " balas Izzat bila ditegur Adel. Maira hanya diam di sisi Adel.
"Mama Adel pergi dulu " Adel bersalam dengan mamanya dengan wajah sugul dengan perangai Izzat.
"Sabarlah, orang bertunang ini banyak dugaannya" sempat Puan Noor berpesan.
Adel hanya tersenyum membalas.
*********
Sejam memandu, akhirnya mereka sampai ke kedai yang menjual barang hantaran dengan harga yang berpatutan yang terletak di Gombak. Ketika masuk dalam kedai Izzat hanya memerhati Adel sahaja,ingin ditegur Adel dingin mengelak dari dirinya. Akhirnya Izzat melayan Maira yang kelihatan excited membeli barang berbanding Adel. Ketika Adel sibuk layan perasaan, Izzat datang menegur Adel.
"Sayang okay ke? " tegur Izzat bila melihat Adel diam membisu sahaja.
"Takde apa la" Adel cuba mengelak dari bercakap dengan Izzat.
"Eh Izzat tolong ambik bakul ini, tinggi sanggat la". Maira pula panggil Izzat, serba salah Izzat. Akhirnya Izzat pergi ke arah Maira lagi dan meninggalkan Adel untuk tenangkan perasaan.
Adel hanya memerhati Izzat bersama Maira, hatinya terasa dengan perangai Izzat, ingin sahaja dirinya menangis tapi apabila terpandangkan Maira, entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi keras.
" Aku tak boleh tunjuk yang aku lemah, nanti hak aku hilang pulak " kata hati Adel .
"Eh abang, jom tengok cawan ini, comel la sayang suka" kata Adel mencelah perbualan Maira dengan Izzat.
Izzat mengikut Adel kearah rak yang menepatkan cawan kecik yang comel dengan lukisan tangan itu. Adel membebel tentang cawan yang dilihatnya itu sedangkan Izzat hanya pandang Maira yang berada dihadapan rak cawan yang menepatkan rak bakul.
"Abang dengar tak sayang cakap ini?" Balas Adel setelah melihat pandangan Izzat tersebut.
"Ye sayang abang dengar ini, " kata Izzat pula cuba menutup ketelanjuran nya melihat Maira.
"Takpe la abang, jom kita balik, saya penat " Adel kelihatan sedih.
"Sayang sorry " kata Izzat mengelabah bila Adel mengeluarkan perkataan 'Saya'.
" Takpe " Adel melangkah menuju kearah Maira.
"Ira jom balik, aku rasa macam tak sihat badan" Adel cuba berdalih dari Maira bertanya banyak lagi soalan.
"Tapi kita tak habis pilih lagi kan? " pertanyaan Maira dibiar begitu sahaja kerana Adel tiada mood ingin membalas.
"Takpe laa lain kali kami beli lagi" balas Izzat bagi pihak Adel.
Maira akur. Mereka bergerak pulang ke rumah, sepanjang mereka di dalam kereta Adel banyak mendiamkan diri, dan ini meresahkan Izzat. Manakala Maira pula sibuk berceloteh pasal barang hantaran yang tidak sempat dibeli.
"Ira nanti aku beli barang itu, sekarang aku takde mood la nak shopping ini " kata Adel sambil menjeling ke arah Izzat.
"Tapi kan Adel barang itu cantik sangat la, kalau aku kahwin nanti aku nak la beli bakul yang cantik tu. Boleh letak barang hantaran " balas Maira lagi tanpa pedulikan perasaan Adel.
"Ye la Ira" Adel malas ingin bersuara.
********
"Assalamualaikum " ucap mereka serentak bila sampai di rumah.
"Waalaikumsalam, Adel ibu rindu" ucap Datin Rokiah dengan teruja.
"Ibu bila sampai? " soal Adel pulak sambil berpelukan bersama ibu angkatnya.
"Dalam sejam lepas ibu sampai, tak tahu pulak Adel keluar tadi itu yang ibu tunggu Adel balik" ucap Datin Rokiah sambil cium pipi Adel.
"Kiah ooii kot ye pun nak bercerita ajak laa mereka masuk dulu" kedengaran suara Datuk Azman melaung.
" Oh lupa pulak ibu " kata Datin Rokiah. Izzat dan Maria bersalam dengan Datin Rokiah. Maira diperkenalkan oleh Adel kepada Datin Rokiah dan Datuk Azman.
Encik Haris mengajak mereka makan tengah hari dirumah. Selesai makan, Datin Rokiah mengajak Adel untuk berbual bersama diluar rumah , ketika itu Izzat dan Maira masih menjamu selera bersama Encik Haris, Puan Noor dan Datuk Azman.
"Adel kenapa ibu tengok macam ada masalah je? " soal Datin Rokiah kedengaran risau.
"Takde apa ibu, Adel rasa penat sejak akhir-akhir ini" balas Adel cuba untuk menutup kesedihan dihatinya.
"Yeke? Kesiannya anak ibu ini, takpe nanti ibu suruh orang gaji ibu bantu Adel" balas Datin Rokiah sambil mengusap belakang Adel.
"Ibu, Adel boleh buat sendiri. Tak nak susahkan orang gaji ibu tu, lagi pun Ira ada tolong Adel " Adel menolak dengan cara yang lembut pelawaan Datin Rokiah.
"Adel kalau perlukan apa-apa bagi tahu ibu, in shaa allah ibu boleh tolong." Datin Rokiah pegang tangan Adel untuk tenangkan hati anak angkatnya itu.
"Terima kasih ibu " balas Adel sambil memeluk Datin Rokiah.
"Ibu sahaja ke? Mama takde?" Usik Puan Noor, Adel berlari kearah Puan Noor dan memeluk ibu kandunganya itu.
"Terima kasih mama " tersenyum Puan Noor dan Datin Rokiah melihat tingkah Adel.
Dari jauh kelihatan Maira memerhati Adel, sakit hatinya bertambah-tambah melihat Adel tersenyum bahagia. Kau tak layak untuk bahagia.bisik hati Maira dengan penuh geram melihat Adel tersenyum. Izzat tiba-tiba berdiri disebelah Maira memerhatikan Adel dari jauh .Maira yang terkejut cuba berlagak biasa sahaja dengan Izzat.
"Izzat da lama ke you kenal Adel? " soal Maira.
"Lama gak, hampir 3 tahun kami kenal, kenapa? " Izzat pandang muka Maira.
"I sahaja nak tahu, you boleh tahan dengan perangai Adel eh?" Maira mula menghasut Izzat.
"In shaa allah boleh tahan dengan perangai dia" balas Izzat cuba untuk tetapkan hatinya dari terpengaruh dengan Maira.
"I bukan apa, you tak kenal perangai Adel lagi dia tu bukan budak baik sangat " dengan penuh sinis Maira berkata.
"Enough Maira, I tak nak dengar apa yang you cakap" Izzat ingin meninggalkan Maira.
"Izzat sorry, I cuma tak nak you jadi mangsa terbaru dia je. Niat I baik " Maira pegang tangan Izzat sambil buat muka sedih.
"I nak sembang dengan abah dan ayah" Izzat melepaskan pegangan tangan Maira dan pergi berjumpa Encik Haris dan Datuk Azman untuk tenangkan hatinya.
'Izzat tak lama lagi kau akan jadi milik aku' bisik hati Maira, dan Maira berjalan menghampiri Datin Rokiah, Puan Noor dan Adel yang rancak bercerita.
Share this novel