Bab 26

Romantic Comedy Series 49289

"Nanti tolong abang boleh tak?". Soal Mil.

Adel yang terkejut mendengar suara Mil segera berpusing memandang "Tolong apa?".

"Weekend ini kawan abang buat birthday party. So dia invite abang". Lagi bertambah hairan Adel dengan Mil.

"And of couse kita kena bagi hadiah kan kalau pergi birthday party ini. Tolong abang cari hadiah". Sambung Mil lagi.

"Kalau macam itu kita pergi Mall. Dekat sana kita boleh cari hadiah". Cadang Adel kembali.

Mil memandu dengan perlahan sambil matanya melilau mencari jika terjumpa tempat yang sesuai untuk mereka membeli hadiah.

"Kita pergi Midvalley je la. Boleh kan?".

"Boleh je".

Mereka sampai di Midvalley sejam kemudian. Setelah selesai parking kereta, Mil berjalan beriringan bersama Adel melangkah masuk ke dalam Mall yang tersergam indah itu.

"Kawan abang tu someone special ke?".

Ketawa Mil bila ditanya oleh Adel. Gayanya sahaja seperti seorang penyiasat dengan wajah yang serius dan suara yang seakan di tekan kan perkataan 'someone special' itu.

"Kenapa ketawa? Kawan atau someone special?". Soal Adel lagi. Wajahnya masih serius seperti tadi. Ketawa Mil langsung tak memberi kesan terhadapnya.

"Kawan office abang. Dia lelaki bukan perempuan". Mil menarik nafas dan cuba bertenang ketika menjawab soalan Adel.

"Kawan abang minat apa?". Pertanyaan Adel di balas dengan pandangan wajah Mil.

Mil mengangkat bahu tanda tidak tahu. Adel kembali fikir hadiah yang sesuai untuk di berikan kepada kawan abang angkatnya itu.

"Apa kata kita beli tali leher?". Adel kembali bersuara tapi hampa bila melihat gelengan dari Mil tanda tidak setuju.

Mereka berjalan sambil mata masing-masing melilau melihat kedai yang menjual cenderahati. Tiba-tiba langkah kaki Adel terhenti. Dia kaku memandang kedai di hadapan nya itu.

"Eh Adel dengar tak abang bebel tadi. Penat tau abang cakap sorang-sorang. Kenapa berhenti?". Bahu Adel di cuit sedikit. Adel senyum sebelum menunjukkan kedai yang menjual pel¬bagai jenis bentuk dan brand purse/wallet untuk lelaki dan perempuan.

"Jom masuk. Abang belikan untuk Adel". Lengan baju Adel di tarik Mil untuk masuk ke dalam kedai tersebut.

"Abang. Adel ada idea. Apa kata kita beli wallet untuk kawan abang". Mil termenung fikiran idea dari Adel.

Matanya melilau perhatikan purse yang kebanyakan nya di design untuk perempuan. "Dekat sini ada ke jual wallet untuk lelaki?".

"Abang. Dekat sini ada jugak wallet untuk lelaki. Dah jom kita cari". Mil hanya mengikut langkah kaki Adel tanpa banyak soal. Dia hanya mengangguk dan menggeleng kepala sahaja. Semua pilihan dan bentuk wallet di pilih oleh Adel tidak menarik minatnya.

Adel memilih purse lelaki berbentuk empat segi berwarna biru dan dihiasi dengan tali di hujung purse itu seakan-akan bentuk beg sandang. Di tunjuk purse tersebut kepada Mil untuk dapat kan persetujuan. Mil membelek purse tersebut berkali-kali.

"Macam perempuan!". Balasnya sambil buat muka.

"Habis itu nak beli yang mana?". Adel sudah buat muka tidak puas hati. Mata nya melilau perhatikan sekeliling kedai tersebut.

"Ha! Itu dia". Jerit Adel. Kaki nya pantas menuju ke arah wallet yang di pandang nya itu.

Mil berjalan menuju ke arah Adel. Di pandang Leather wallet yang di tunjukkan oleh Adel. Dia tersenyum dan mula mengangkat tangan tanda okay.

Selesai membeli belah mereka makan di sebuah restoren yang menyediakan makanan yang beraneka jenis lauk. Adel memilih untuk makan nasi bersama ikan keli goreng berlada manakala Mil pula memilih nasi putih bersama ayam masak lemak cili padi. Mereka makan dengan berselera sekali.

******

"Nah". Beg plastik itu dihulurkan oleh Mil kepada Adel. Adel hanya mengerut kening

"Hadiah untuk Adel. Sebab dah tolong abang tadi". Mil tersenyum. Adel masih ragu-ragu ingin mengambil beg plastik tersebut.

"Jangan risau. Abang takde letak ilmu guna-guna la". Beg plastik itu dihulurkan kembali kepada Adel.

"Terima kasih". Ucap Adel.

Di bukak beg kertas tersebut. Ferrero Rocher! Coklat yang menjadi kegemaran nya sejak kecil lagi.

"Suka tak?".

"Suka. Terima kasih abang".

"Adel cakap apa? Abang tak dengar". Suara radio di perlahan kan. Dia meminta Adel mengulangi semula percakapan nya itu agar dia tidak salah dengar.

"Terima kasih abang". Ulang Adel lagi sambil tersenyum manis.

"Nasib baik. Abang dengar lain la. Yee sama-sama Adel". Tersengih lebar Mil ketika melihat muka Adel.

"Abang dengar ape?". Adel kerutkan kening tanda kurang mengerti maksud Mil.

"Abang dengar Adel cakap 'i love u abang' Hahaha". Adel mendengus tidak puas hati.

"Merepek lah abang ini". Balas Adel.

Ferrero rocher di ambil dan di masukkan ke dalam mulutnya itu.

"Marah ke? Cuma senyum sikit. Abang nak tengok". Cermin mata nya dibuka sebelum di jerling Adel yang tengah khusyuk mengunyah Ferrero Rocher.

"Mana boleh senyum. Tengah makan coklat ini. Nanti la senyum". Selamba Adel membalas tanpa peduli kan pandangan Mil.

"Eleh bukan besar sangat pun Ferrero Rocher itu. Saja kan buat alasan tak nak senyum. Abang nak merajuk la macam ini". Mil memakai kembali cermin matanya itu sebelum kembali focus memandu.

"Abang merajuk ke ini?".Ferrero Rocher di hulurkan kepada Mil.

"Hmm. Abang nak Adel senyum je". Ucap Mil. Ferrero rocher itu di ambil dari tangan Adel sebelum di kunyah.

"Okay macam ini. Cheese!". Mil tergelak melihat telatah Adel yang senyum lebar sampai menampakkan barisan gigi putihnya itu.

"Abang tak merajuk kan?". Soal Adel kembali bila melihat senyum di wajah Mil.

"Tak. Adel dah pujuk abang". Ucap Mil kembali. Adel menarik nafas lega kerana berjaya memujuk abang angkat nya itu. Di perhatikan Mil yang kembali serius memandu itu. Wajah yang seakan pernah di lihat nya tapi entah la dia sendiri lupa di mana pernah berjumpa dengan wajah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience