Syaukat dan Mil duduk bertentangan antara satu sama lain.
"Kenapa?". Soal Syaukat. Pelik dia dengan sikap abangnya itu.
"Saja. Lagi pun dah lama kan kita tak keluar sama".
"Yeke?". Kening Syaukat terangkat. Dia pasti abang nya ada sesuatu yang ingin di tanya.
"Yup. Waiters!". Laung Mil sambil tangan nya melambai-lambai pelayan restoran Murni itu.
"Ye encik nak makan apa?". Sapa gadis yang bernama Hanim.
"Bagi Spaghetti Chicken Chop Carbonara. Air pulak bagi Honey Lemon Tea. Kat nak makan apa?" Soal Mil kepada adiknya itu.
"Hmm. Chicken Napolean Dan air Lavender Special". Syaukat membalas sambil tersenyum kepada Hanim yang ralit mencatat pesanan mereka.
Mil hanya perhatikan tingkah laku adiknya itu. "Kat dekat sana ada girlfriend tak?"
"Girlfriend? Takde. Kenapa abang?". Soal Syarikat kembali.
"Tak teringin nak cari girlfriend ke? Atau nak abang cari kan". Syaukat tergelak mendengar cadangan dari abangnya itu.
"Abang dari cari untuk Kat. Baik abang cari untuk abang sendiri. Ibu dekat rumah dah teringin nak timbang cucu".
"Abang dah ada. Sebab tu abang nak carikan untuk Kat". Mil cuba berterus terang dengan adiknya.
"Siapa?". Syaukat sedikit teruja untuk mengetahui perempuan yang berjaya mengetuk pintu hati abang nya itu.
"Rahsia. Nanti dah sampai masanya abang akan kenalkan dekat Kat".
"Abang share laa sikit". Syaukat terus memujuk abangnya.
"Sampai masa nanti Kat akan tahu jugak". Balas Mil sambil tersenyum senang.
"Tapi Kat nak tahu". Balas Syaukat lagi. Mil geleng kepala tanda tidak akan bercerita tentang perempuan yang berada dalam hatinya itu.
"Terima kasih. Kat jom makan". Ucap Mil ketika pelayan bernama Hanim itu meletakkan makanan yang di pesan. Doa makan di bacakan oleh Mil dan mereka menikmati makanan yang sungguh menyelerakan itu.
Mil perhatiakan wajah adiknya yang sedang menikmati makanan tengah hari itu. Ikutkan hati mahu saja dia bertanya tentang rancang Syaukat. Tapi segera di pendam untuk tidak nampak macam dia beria-ria ingin melindungi Adel. Dia juga takut Syaukat tidak akan percayakan dia lagi jika mengetahui dia menyukai Adel.
**********
"Assalamualaikum ibu". Ucap Mil ketika melihat Datin Rokiah dan Adel yang duduk bersembang di luar.
"Waalaikumsalam. Ha Kat mana?". Soal Datin Rokiah ketika bersalam dengan Mil.
"Tu tengah parking kereta. Ibu sembang apa ini?". Tanya Mil. Dia duduk di sebelah Datin Rokiah.
"Adalah hal perempuan. Lelaki tak boleh tahu". Balas Datin Rokiah kembali.
Syaukat menghampiri mereka dan bersalam dengan ibunya. Dia sempat menjeling Adel yang duduk di sisi Datin Rokiah. Ikutkan hatinya mahu saja dia menyakiti hati Adel. Tapi segera di pendam bila melihat Datin Rokiah dan Mil yang mungkin akan backup Adel.
"Amboi anak ibu keluar tak ajak ibu kan? Nak merajuk la macam ini".
"Alaaa ibu kan dah ada anak perempuan. Mana nak ingat anak lelaki. Sebab tu tak ajak". Sindir Syaukat. Puas hatinya!.
"Kat!. Alaa ibu. Kami keluar pun sebab dah lama tak keluar bersama. Next time kita keluar ramai-ramai eh". Balas Mil kembali. Dia cuba untuk tidak menyakiti hati Adel dan Datin Rokiah.
"Ibu tak pernah bezakan anak ibu. Kat jangan cakap macam tu lagi. Ibu sayang semua anak ibu". Datin Rokiah menahan sebak. Dia terasa hati dengan percakapan anak bongsu nya itu.
"Whatever! Kat naik dulu" Syaukat melangkah masuk ke rumah. Hatinya sakit melihat Datin Rokiah yang rapat dengan Adel.
Datin Rokiah menahan perasaan. Dia tahu kenapa anaknya jadi begitu. Tapi tak salah rasanya jika Syaukat cuba mengenali Adel. Adel berbeza dari Farah. Tidak sedikit pun anak gadis itu mengambil kesempatan terhadap kesenangan mereka.
"Ibu maafkan perangai Kat itu. Dia jadi begitu sebab peristiwa lama. Bagi masa dekat dia".
Mil pandang wajah ibu nya dengan penuh kasih sayang. Pasti hati orang tua nya itu terasa dengan sikap Syaukat tapi mereka tak boleh salahkan Syaukat 100% dalam hal ini. Syaukat mungkin sudah serik dengan apa yang terjadi.
"Takpe ibu faham. Adel maaf ye".
Adel memeluk Datin Rokiah dengan lama. Di cium kedua pipi ibu angkatnya itu. Dia sudah buat keputusan. Mungkin dengan keputusan ini akan meredakan kemarahan Syaukat.
"Sebenarnya Adel nak cakap sesuatu. Boleh?". Adel bersuara dengan perlahan.
"Boleh sayang. Apa dia?". Ucap Datin Rokiah. Mil hanya mendengar sahaja.
"Adel nak balik rumah". Wajah Datin Rokiah jelas terkejut dengan ayat yang ucapkan oleh Adel.
"Tapi kenapa? Adel tak suka duduk rumah ibu ke?". Tanya Datin Rokiah.
"Bukan. Adel suka duduk dengan ibu. Tapi Adel masih ada mak bapak dan Adel tak nak susahkan ibu sekeluarga lagi".
Mil diamkan diri. Dia tahu Adel buat macam ini sebab tak nak rosakkan hubungan mereka sekeluarga dengan sikap Syaukat yang anti dengan orang luar itu. Nafasnya di hembus dengan perlahan.
"Adel please duduk dengan ibu lagi". Rayu Datin Rokiah.
"Nanti bila weekend Adel datang sini balik. Ibu jangan la macam ini".
"Macam mana kalau Izzat kacau Adel?".
Adel terdiam seketika. Kata Datin Rokiah ada benarnya. Bagaimana jika Izzat mengetahui dia balik ke rumah. Mesti dirinya akan di ganggu Izzat yang masih mengharapkan mereka kembali bersama.
"Adel tinggal sini lagi seminggu. Nanti abang cuba pujuk Syaukat. Mana tahu hati dia lembut ke nak terima Adel".
"Adel kena mintak izin dengan abah dan mama. Rasanya lama sangat Adel duduk rumah ibu ini. Segan Adel".
"Kenapa nak segan pulak. Adel anak ibu. Nak duduk sampai bila-bila pun ibu tak kesah".
"Ibu, abang terima kasih sebab sudi terima Adel. Nanti Adel tanya dekat mama dan abah".
"Sama-sama. Apa kata weekend ini kita pergi rumah Adel. Nanti biar ibu yang cakapkan dekat abah Adel".
"Tak susahkan ibu ke? Takpe Adel boleh balik sendiri".
"Takde la. Mil nanti kita pergi rumah Adel sekali ye".
Mil hanya angkat tangan tanda okay. Dalam hatinya melonjak gembira kerana bakal mengenali keluarga Adel. Hatinya berazam untuk memikat hati ke dua orang tua Adel dulu sebelum memulakan langkah memikat Adel pulak.
"Kat nak ikut". Mereka semua terkejut bila mendengar.
Syaukat buat muka hairan "Kenapa tak boleh ke nak ikut?".
"Boleh tapi.." ayat Datin Rokiah mati. Dia tak sanggup untuk menyatakan ayat yang akan melukakan hati Adel.
"Saja. Nak kenal gak family Adel ini macam mana. Boleh kan Adel?". Soal Syaukat sambil matanya melirik ke Adel.
Adel terkejut bila nama nya di sebut oleh Syaukat. "Eh boleh. Datang la".
"Tengok Adel pun bagi Kat pergi. Okay nanti kita semua pergi sama-sama tau". Balas Kat sambil tersengih.
Mil geleng kepala melihat perangai adik bongsunya itu. Pasti ada sesuatu yang ingin di lakukan oleh Syaukat. Bukan dia tak tahu perangai adik kesayangan nya itu.
"We need to talk now!" Bisik Mil ke telinga Syaukat. Wajah nya sudah berubah serius.
Syaukat mengikut langkah abang nya menuju ke bilik tidur Mil. Dia sudah bersedia dengan apa sahaja yang akan di perkatakan oleh abangnya itu
Share this novel