Bab 32

Romantic Comedy Series 49289

“I will watching you!". Bisik Syaukat. Adel menelan air liur.

Syaukat menghampiri Adel. Adel melangkah setapak ke belakang. Tapi Syaukat makin mara menuju ke arahnya. Adel terperangkap antara Syaukat dan meja makan. Jika dia melangkah ke depan pasti bersentuhan dengan Syaukat dan jika berpusing juga mereka akan bersentuhan kerana kedudukan mereka yang sungguh rapat itu.

Adel menutup wajahnya sambil berdoa dalam hati agar Syaukat tidak apa-apa kan diri nya. Syaukat hampiri Adel lagi sambil tangan di angkat seperti mahu memegang sesuatu.

"Arghh! Masam nya". Kata Syaukat . Adel mengintai melalui celahan tangannya itu. Terlopong mulutnya bila melihat Syaukat mengigit epal. Kedudukan mereka masih sama seperti tadi tapi yang peliknya bagaimana Syaukat boleh memegang epal. Matanya melirik ke arah meja tersebut dan terdapat sebakul buah-buahan yang terdiri dari epal, pisang dan anggur.

Syaukat rapatkan muka nya ke muka Adel dan tiba-tiba menjentik dahi Adel. Dia tersenyum sinis melihat tingkah laku Adel. Epal yang digigit di berikan kepada Adel sebelum dia meninggalkan Adel yang terpinga-pinga. Adel termenung seketika dan kembali berfikir dengan rasional. Mungkin Syaukat menghampiri dirinya untuk mencapai buah. Atau mungkin Syaukat mahu mengenakan dirinya. Tapi di lihat wajah Syaukat ketika itu serius. Dia ulang semula kedudukan nya untuk dapatkan kepastian.

'Ya allah malu nyaa. Macam mana aku boleh tak perasan'. Bisik hati Adel. Hari ini saja sudah dua kali dia di malukan oleh Syaukat. Pertama sewaktu melatah dan tadi. Mana dia nak letak muka bila berhadapan dengan Syaukat ini. Epal yang digigit oleh Syaukat itu Adel pandang dengan lama sebelum mencampakkan ke dalam tong sampah.

"Adel. Mari sini". Laung Puan Noor. Dia berada di ruang tamu bersama Datin Rokiah, Mil dan Syaukat. Adel melangkah menuju ke ruang tamu. Wajah nya menjadi tatapan mata Syaukat dan Mil yang masing-masing menpunyai pandang yang berlainan.

Adel duduk di tengah antara Puan Noor dan Datin Rokiah dan berhadapan dengan Mil dan Syaukat.

Dia rasa tidak selesa dengan pandangan dari Syaukat dan Mil.

"Assalamualaikum". Kedengaran suara orang memberi salam. Adel pantas bangun dan segera membuka pintu. Terkejut dirinya bila melihat Izzat yang berada di hadapan nya itu.

"Adel". Lirih suara Izzat. Dia memandang lama wajah Adel. Wajah itu yang di rindui saban waktu sehingga setiap hari dia datang ke rumah keluarga Adel untuk mencari Adel dan hari ini di hadapan berdiri gadis persis Adel. Dia cuba menyentuh wajah comel itu untuk dapatkan kepastian tapi di halang oleh seseorang. Serta merta wajah nya berubah.

"Kau siapa?". Jerkah Izzat. Dia meronta untuk lepaskan tangannya yang di pegang oleh Mil. Tapi makin kuat cengkaman Mil.

"Abang buat apa datang sini?". Soal Adel kembali. Dia menyorok di belakang Mil. Wajah Izzat yang kusut itu di pandang dengan perasaan kesian.

"Abang rindu Adel. Mari sini sayang. Abang rindu sangat dekat Adel". Ucap Izzat seperti orang hilang akal. Dia cuba untuk memeluk Adel tapi tetap di halang oleh Mil. Mil masih lagi memegang tangan Izzat untuk langkah berjaga-jaga.

"Kau! Sebelum aku tumbuk. Baik lepaskan tangan aku. Aku takde urusan dengan kau. Lepaskan aku". Jerit Izzat di hadapan rumah Adel. Dia masih memarahi Mil sehingga mengeluarkan kata-kata yang kesat.

"Ya allah. Izzat kenapa ini? Apa yang berlaku?". Soal Puan Noor. Dia tergesa-gesa menghampiri Adel.

"Ma suruh dia lepaskan tangan Izzat. Tolong! Izzat rindu sangat dekat Adel. Adel sayang mari dekat abang. Mari".

"Eh kau tak dengar ke apa aku cakap ini. Aku cakap lepaskan tangan aku. Kau ini bodoh ke apa ha!". Mil masih pegang tangan Izzat. Dia menghantar isyarat mata kepada Syaukat yang kebetulan ada di situ. Syaukat yang faham maksud abangnya segera membawa Adel dan Puan Noor masuk ke dalam rumah.

"Ma, sayang nak pergi mana tu. Tolong Izzat. Sayang kenapa lari dari abang". Izzat kembali meracau bila melihat Adel dan Puan Noor masuk ke rumah.

Mil menarik Izzat ke halaman rumah. Dia cuba untuk tenangkan Izzat dengan lepaskan tangan Izzat. Tapi lain jadi nya bila Izzat bergerak dengan laju dan menumbuk muka Mil. Pergerakan nya juga bertambah agresif bila melihat Mil tidak melawan. Mil tidak dapat berbuat apa selain pertahankan diri dari diserang oleh Izzat yang kelihatan seperti orang hilang akal. Izzat kemudian meludah ke rumput sebelum memandang wajah Mil dengan perasaan benci.

Syaukat mendekati Izzat. Dia berjalan perlahan-lahan supaya tidak di kesan oleh Izzat. Dia perhatikan setiap langkah Izzat itu dan bila melihat Izzat leka dia dengan sepantas kilat melompat ke atas Izzat dan memeluk Izzat dengan erat.

Mil mengambil peluang itu untuk lumpuhkan pergerakan Izzat dengan menumbuk ke dada Izzat. Kedengaran suara Izzat yang mengaduh kesakitan. Mil hentikan tumbukan nya. Darah pekat mula mengalir turun dari bibir Mil di kesat dengan kasar. Dia mengambil tali yang di lemparkan oleh Syaukat dan segera mengikat tangan Izzat. Selesai mengikat Izzat, mereka duduk seketika untuk hilang kan lelah sebelum Mil dan Syaukat membawa Izzat masuk ke rumah.

********

"Ya allah Izzat. Kenapa ini?". Jerit Puan Maimon. Hatinya sedih melihat Izzat dalam keadaan terikat tangannya. Tapi dia cuba berfikir dengan positif.

"Sakit ke?". Tanya Puan Maimon lagi. Dia cuba menyentuh wajah Izzat tapi Izzat memalingkan muka ke arah lain.

"Ibu". Adel segera hampiri Puan Maimon dan memeluk dengan erat. Hatinya juga sedih melihat keadaan Izzat. Tapi tiada apa yang boleh di lakukan. Dia dengan Izzat sudah tiada ikatan apa-apa. Izzat sudah menjadi milik Maira.

Pelukan mereka begitu erat. Puan Maimon mencium wajah Adel. Kasih sayang terhadap Adel masih ada walaupun Adel bukan menjadi menantu nya .

"Kenapa Ira tak datang?". Soal Adel. Matanya mencari kelibat Maira.

"Ira belum bersedia nak jumpa Adel lagi. Dia juga ingin mintak maaf jika ada sakitkan hati Adel. Ira menyesal dengan apa yang dia dah buat terhadap Adel. Ibu harap Adel dapat maafkan Ira dan Izzat". Air mata di wajah Puan Maimon di kesat oleh Adel dengan penuh kasih sayang. Dia tidak marahkan Maira atas apa yang berlaku. Mungkin ini semua sudah tertulis. Dalam hatinya berdoa semoga Izzat dan Maira mendapat kebahagiaan hidup.

Sementara itu Encik Adam dan Encik Haris sedang memikirkan cara untuk mengubati Izzat sambil di perhatikan oleh Mil dan Syaukat. Perbincangan mereka nampak serius.

"Apa kata kita bawak Izzat pergi jumpa kaunseling. Mana tahu dia boleh kurangkan tekanan tu". cadang Encik Haris.

"Tak boleh. Dia bukan jenis nak cerita masalah. Lagi dia pendam adalah". Bangkang Encik Adam.

"Habis tu takkan kita nak kahwin kan Adel dengan Izzat?". Semua terkejut dengan cadangan Syaukat. Terutama Mil, dia tidak senang dengan cadangan adik nya itu. Bagaimana Izzat ingin berlaku adil jika dia dalam keadaan begini. Pasti salah seorang akan terluka jika benda ini terjadi.

"Abang tak setuju. Pakcik macam mana kalau kita bawak Izzat pergi jumpa pakar perubatan".

"Hmm. Pakcik pun dah lama fikirkan itu. Nanti pakcik try bincang dengan makcik".

"Kita usaha. Selebihnya kita berserah sahaja kepada Allah S.w.t". Ucap Encik Haris. Dia menepuk bahu Encik Adam untuk memberi kekuatan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience