Bab 33

Romantic Comedy Series 49289

Dari jauh Mil perhatikan Adel. Dia kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Adel.

*******

"Maafkan kami sekeluarga atas apa yang terjadi". Encik Adam bersuara lirih. Di pandang Izzat yang sedang tidur itu. Mereka terpaksa memberi ubat tidur untuk tenangkan Izzat.

"Takpe. Anggap ini sebagai ujian untuk kita lebih dekat kepada-Nya". Encik Haris cuba bersikap positif untuk membetulkan keadaan. Mereka tidak boleh salahkan Izzat sepenuhnya.

"Ini kad kawan saya. Esok pakcik bawak Izzat jumpa Izhar. Dia akan tolong rawat Izzat". Mil menghulurkan kad nama Izhar.

Encik Adam mengambil kad yang di hulurkan oleh Mil. Dalam hati nya bersyukur ada juga orang yang sudi menolong mereka. Jika di ikutkan mereka sudah tidak tahu apa yang patut di lakukan terhadap Izzat. Sudah berpuluh-puluh ustaz di panggil untuk pulihkan keadaan Izzat tapi Izzat masih sama. Langsung tidak berubah. Dia lebih suka hidup dalam dunia imaginasi.

"Terima kasih semua. Rasanya biarlah kami beransur dulu sementara Izzat tengah tidur ini". Ucap Encik Adam. Mata nya melihat ke arah Izzat yang sedang nyenyak tidur itu.

Syaukat dan Mil memapah Izzat menuju ke arah kereta Encik Adam. Selesai meletakkan Izzat mereka menuju ke arah Encik Adam dan segera bersalam.

Izzat tiba-tiba terjaga. Dia bangun dan melihat ke luar kereta. Matanya terlihat Adel yang berdiri di sisi Puan Noor.

"Adel!" Jerit Izzat. Dia berlari ke arah Adel dan mencekik leher Adel. Adel terkapai-kapai untuk lepaskan diri dari Izzat.

"Ya allah Izzat". Puan Maimon terkejut dan terus pengsan namun sempat di sambut oleh Encik Adam.

Mil berlari ke arah Izzat untuk selamatkan Adel. Mereka bergelut hampir 15 minit sebelum Izzat menolak Adel sehingga jatuh terkena batu. Darah pekat mengalir turun dari dahi nya disebabkan hentakkan kuat itu. Adel dapat melihat wajah bengis Izzat sebelum segala nya menjadi gelap.

********

Mil mengeluh. Adel masih seperti tadi. Matanya tertutup rapat. Dada nya berombak menandakan pemilik nya masih bernyawa. Adel tidak sedarkan diri selepas mengalami pendarahan yang banyak akibat hentak di kepala nya itu.

Pintu bilik itu di bukak sebelum Syaukat melangkah masuk. Sekilas matanya menatap wajah Adel yang masih tidak sedarkan diri dari semalam.

Syaukat menyentuh bahu Mil. Dia menghulurkan beg plastik yang mengandungi baju seluar untuk Mil tukar.

"Abang pergi lah bersihkan diri dulu. Biar Kat jaga Adel pulak. Jangan lupa makan nanti". Syaukat mengeluarkan bekas makanan untuk Mil. Mil menyambut. Dia akur memandangkan dia juga harus menjaga kesihatan. Wajah Adel di tatap seketika sebelum dia melangkah keluar menuju ke arah surau untuk menunaikan solat.

Syaukat menarik kerusi dan duduk di sisi Adel. Di perhatikan wajah yang selalu tersenyum itu. Sekarang wajah ini seakan tidak berfungsi. Kaku sahaja. Tangannya seakan ringan ingin mengusap wajah itu.

"Wey bangun la. Jangan buat kitaorang macam ini". Syaukat menguis tangan Adel berulang kali.

"Arghh". Jerit Adel tiba-tiba. Syaukat yang terkejut melompat dari tempat duduk nya itu.

"Kau siapa?" Soal Syaukat dengan suara lantang. Terkejut dia bila melihat Adel menjerit macam orang tidak normal. Bulu roma nya naik meremang. Matanya terpandang jam di dinding 6:10 pagi.

"Saya? Siapa?". Adel menyoal kembali soalan Syaukat. Jelas tergambar kekeliruan di wajah Adel.

Syaukat mengeluh. Adel seperti tidak mengingati dirinya sendiri. "Duduk sini!. Aku panggil doktor jap".

Langkah kaki nya segera di atur untuk menuju ke arah katil Adel. Di situ terdapat butang kecemasan yang selalu nya akan di tekan oleh pesakit jika inginkan bantuan.

Butang tersebut di tekan sebelum Syaukat kembali duduk dan mengadap Adel. Adel masih seperti tadi. Memandang wajahnya dengan kehairanan dan kekeliruan. Namun wajah comel itu langsung tidak menunjukkan perasaan takut terhadap nya.

"Kenal siapa aku?". Soal Syaukat. Adel geleng kepala. Syaukat mengeluh lagi.

"Awak siapa?. Kenapa saya dekat hospital? Kenapa saya tak ingat siapa saya?". Bertubi-tubi soalan Adel.

Adel pandang sekeliling. Dia tahu yang sekarang dia berada di hospital tapi yang buat dia lagi keliru mengapa dia tidak mengingati dirinya sendiri dan pemuda yang duduk di depannya itu. Matanya terpandang jarum di tangan yang menyambungkan air ke dalam tubuhnya atau bahasa mudah di panggil sebagai Iv drip. Dia cuba menarik plaster yang di letakkan di sekeliling jarum tersebut namun sempat di halang oleh Syaukat.

"Eh kau ini. Duduk diam-diam boleh tak? Tunggu doktor datang. Lagi satu yang tangan tu dok gatal nak cabut benda ini kenapa? Kau tahu tak kau tu dah hilang banyak darah. Cuba buat macam orang sakit sikit". Syaukat bersuara dengan nada tegas. Geram hatinya melihat perangai Adel yang tak gambarkan keadaan sebenar.

"Eh suka hati saya la. Yang awak nak sibuk kenapa? Dah saya nak cabut benda ini. Sakit tahu tak?". Adel menarik jarum tersebut walaupun berkali-kali di tahan oleh Syaukat. Darah mengalir turun dengan banyak saat Adel menarik jarum tersebut. Wajahnya nampak cemas bila melihat darah tersebut.

"Kan aku dah cakap tadi. Kau ini degil la. Tengok apa dah jadi sekarang".

Syaukat dengan pantas mengambil kain 'goodmorning' dan membalut tangan Adel. Dia menekan seketika di tempat jarum itu untuk hentikan pendarahan. Adel hanya diamkan diri sahaja.

"Ya allah. Kat kenapa dengan Adel?". Jerit Datin Rokiah. Dia meluru masuk untuk melihat keadaan Adel. Kesan darah yang mengalir turun ke cadar katil di pandang dengan perasaan risau. Adel memandang wajah Datin Rokiah dengan hairan. Di sisi Datin Rokiah berdiri seorang wanita yang sebaya Datin Rokiah. Wanita itu mengucup dahi nya dengan penuh kasih sayang. Adel tergaman. Dia langsung tidak membalas perbuatan wanita tersebut.

"Adel sihat?". Soal wanita tersebut.

"Siapa Adel?". Soal Adel kembali. Dia keliru dengan apa yang berlaku.

"Kau la Adel. Takkan aku pulak. Adoii degil betul. Ibu tahu tak tadi dia tarik jarum dekat tangan dia tu sampai keluar darah. Nasib baik anak ibu yang handsome ini pandai. Kalau tak menggelupur laa kami". Sindir Syaukat. Adel menjeling tajam.

"Sibuk lah awak ini. Suka hati saya la nak buat apa. Lagi satu saya tak kenal awak! So jangan masuk campur urusan saya". Puan Noor terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Adel. Datin Rokiah memegang tangan Puan Noor. Dia juga sedih melihat keadaan Adel. Syaukat mengeluh lagi.

"Budak ini dah hilang ingatan. Kat dah panggil doktor. Tunggu je lah doktor datang". Syaukat bangun untuk keluar dari bilik. Tak sanggup hatinya melihat air mata Puan Noor dan Datin Rokiah yang nampak begitu sedih atas apa yang menimpa Adel.

Datin Rokiah dan Puan Noor meluru ke arah Adel dan memeluk erat. Adel yang terpinga-pinga apabila dirinya di dakap oleh dua orang wanita yang langsung tidak dikenali nya itu.

Pintu bilik di buka. Doktor yang merawat Adel masuk bersama Mil. Mereka berjumpa ketika ingin menuju ke bilik Adel.

"Assalamualaikum". Ucap mereka serentak. Adel memandang wajah Mil dan Doktor Irfan silih ganti.

"Boleh saya lakukan pemeriksaan terhadap Cik Adel sebentar". Ujur Doktor Irfan kepada Mil, Puan Noor dan Datin Rokiah. Mereka serentak mengangguk faham sebelum keluar dari bilik.

"Hai. Saya doktor Irfan. Awak tahu di mana awak berada sekarang?". Soal Doktor Irfan. Di sisinya berdiri jururawat yang bernama Aida. Jururawat Aida membuka ikatan yang di balut oleh Syaukat sebelum di tukarkan dengan cotton dan plaster. Botol air yang tergantung itu di ambil sebelum di buang ke dalam tong sampah. Jarum yang dicabut Adel itu juga di ambil sebelum di buang ke sharp bin yang selalunya di gunakan untuk menbuang alatan tajam.

"Hospital". Balas Adel. Matanya ralit melihat jururawat tersebut melakukan tugasnya.

"Okay. Ini nombor berapa?". Soal Doktor Irfan lagi. Lima jari nya di angkat dan ditunjukkan kepada Adel.

"Lima".

"Ini pulak apa?". Soal Doktor Irfan. Tangan nya di tunjukkan ke arah bantal.

"Bantal".

"Siapa nama awak?". Soal Doktor Irfan lagi. Adel terdiam.

"Siapa saya?". Adel memandang Doktor Irfan kembali. Dia langsung tidak mengingati nama nya sendiri.

"Awak tak ingat?" Soal Doktor Irfan lagi.

"Tak".

"Okay Cik Adel. Berdasarkan pemeriksaan saya. Saya boleh cakap yang awak mengalami amnesia/ hilang ingatan. Namun ia tidak menjejaskan kehidupan seharian awak. Tapi awak akan mengalami masalah untuk mengingati siapa diri awak dan orang lain". Ucap Doktor Irfan menerangkan keadaan yang menimpa Adel.

Adel terdiam. Patutlah dia langsung tidak dapat mengingati siapa diri nya. Dia teringat mereka yang melawatnya tadi. Pasti mereka mengenali diri nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience