"Abang tinggal lagi sebulan kita nak nikah. Cepatnya masa berlalu" Adel kelihatan excited.
"Ye sayang. Mintak permudahkan majlis perkahwinan kita nanti" balas Izzat sambil perhatikan Adel yang tersengih.
"Amin! Oh ya sayang tak dapat teman abang petang ini. Sebab ada urusan la abang". Izzat hanya diam tanda merajuk.
"Abang sorry. Sayang betul-betul tak boleh cancel. Nanti sayang suruh Maira teman pilih menu makanan eh." Adel memujuk Izzat tapi Izzat masih diamkan diri.
'Tak boleh jadi ini. Aku kena pujuk kalau dia start merajuk jenuh aku nak pujuk'. Bisik hati Adel. Teringat sewaktu Izzat merajuk gara-gara dia tidak balas pesanan mesej Izzat. Hampir seminggu jugak dia pujuk baru Izzat baik dengannya. Itu pun setelah Adel belajar masak lauk asam pedas ikan pari yang menjadi kesukaan Izzat.
"Ini yang senyum sorang-sorang kenapa?" Soal Izzat apabila melihat Adel senyum. Bukan nak pujuk!
"Abang nak sayang masak asam pedas ikan pari tak?" Balas Adel sambil senyum lebar.
"Amboi! Patut laa senyum lebar tadi. Nak sayang masakkan tapi abang nak merajuk gak" Izzat buat muka sedih mintak dipujuk Adel.
"Alaa abang please. Sayang betul-betul tak boleh cancel. Dengan ini jika Muhammad Izzat Iskandar bin Adam tidak merajuk dengan saya Nurul Adelia Syamim binti Abdull Haris saya berjanji akan masak asam pedas ikan pari selama seminggu". Cakap Adel sambil mengangkat tangan tanda ikrar. Izzat ketawa melihat telatah Adel dengan mimik muka Adel yang comel.
"Yes! Abang tak merajuk." Balas Adel apabila melihat Izzat senyum kembali.
"Pandai eh sayang abang ini" balas Izzat sambil cuba mencuit hidung Adel. Adel mengelak wajahnya dari di cuit oleh Izzat.
"Mesti la pandai. Sayang kan terer bab-bab memujuk orang ini". Balas Adel sambil angkat kening.
"Perasan". Balas Izzat lagi.
"Okay abang petang ini Maira teman tau. Nanti sayang bagi tahu dekat dia" Bagi tahu Adel untuk ingatkan tentang temu janji dia.
"Takpe abang boleh pergi sorang sayang" Izzat cuba berdalih untuk mengelak dari bertemu dengan Maira.
"Tak boleh. Biar la Maira teman abang. Boleh kan? " soal Adel lagi risau Izzat terasa hati dengan dirinya.
"Abang boleh pergi sendiri sayang. Tak pun kita postpone hari lain okay?" Izzat memberi cadangan .
"Nope. Kita da janji dengan owner katering tu kan abang. So tak boleh la cancel macam tu" balas Adel mengharap pengertian dari Izzat .
"Baik lah sayang. Tapi biar abang pergi sorang boleh?" Balas Izzat lagi.
"Tak boleh. Pergi dengan Maira please. Nanti senang nak pilih menu untuk wedding kita" Adel bertegas mahu Maira mengikut Izzat.
"Baiklah. Jom abang hantar sayang balik rumah". Izzat melangkah menuju ke kaunter untuk bayar makanan tengah hari mereka.
Sepanjang mereka pulang ke rumah Izzat banyak mendiamkan diri. Adel menyedari tingkah Izzat tapi tidak ditegur kerana tak mahu mereka bergaduh.
***************
"Hai lama ke tunggu? " soal Maira apabila melihat Izzat sedang membaca surat khabar di rumah dua tingkat milik Encik Haris.
"Hmm. Sayang abang hantar sekali eh " Izzat berkata selepas melihat Adel disisi Maira. Maira hanya diamkan diri sakit hatinya melihat perangai Izzat.
"Takpe la abang. Nanti sayang pergi dengan Ainaa. Ainaa dalam perjalanan nak datang ini". Adel teringat mesej yang diterima dari Ainaa.
Izzat mengeluh perlahan. Dia masih tidak berganjak dari tempat duduknya itu. Maira perhatikan tingkah laku Izzat itu.
"Eh tak gerak lagi ke Izzat? Nanti lewat pulak. Ha Adel nanti pergi dengan siapa?" Soal Puan Noor pula apabila melihat mereka masih dirumah.
Adel menarik tangan Izzat sambil menyuruh Izzat bergerak sekarang. Izzat akhirnya bangun setelah Adel menarik-menarik dirinya. Sempat Izzat menjeling Maira apabila terpandang wajah tersebut.Dia benci melihat wajah itu .
"Mama, kami pergi dulu eh. Lagipun Ainaa da sampai" jerit Adel yang kalut betulkan tudungnya sebelum bersalam dengan mamanya itu. Maira juga menghampiri Puan Noor dan bersalam sebelum bergerak menuju ke kereta Audit milik Izzat.
"Mama Izzat gerak dulu." Izzat bersalam dengan Puan Noor sebelum melangkah menuju kearah keretanya itu. Adel dan Maira setia menunggu Izzat. Adel bersalam dengan Maira sebelum melangkah ke kereta Ainaa. Sempat dia berseloroh supaya Izzat mengantar Maira pulang ke rumah awal. Izzat hanya senyum hambar kepada Adel.
**********************
"Are u okay dear?" Soal Maira apabila melihat Izzat hanya diamkan diri.
Pantas dipegang tangan Izzat bila melihat pemuda tersebut masih diamkan diri.
"Don't touch me!" Kasar nada Izzat apabila Maira memegang tangannya. Di tepis tangan lembut milik Maira itu.
"What wrong babe?" Dengan penuh lemah lembut Maira memujuk Izzat yang kelihatan tegang itu. Secara tiba-tiba Izzat membelok kereta dan menuju ke taman rekreasi yang terletak di taman Shah Alam.
"Who are you actually?" Soal Izzat selepas mereka duduk di pondok yang disediakan.
Maira hanya memandang Izzat. "How could you forget everything about me". Lirih suara Maira.
"Stop it! I cuma nak tahu siapa you sebenarnya?. I rasa kita pernah berjumpa sebelum ini." Izzat meraup muka. Nampak kusut diwajahnya.
"Okay i will tell you. But do you remember this? " Maira menunjuk rantai yang mempunyai loket love.
Izzat terkejut melihat rantai itu. 'Macam mana dia boleh ada rantai itu? ' bisik hati Izzat.
"Now do you remember it?" Sinis soalan Maira.
"You bukan dia ". Perlahan suara Izzat. Segala kenangan lama kembali berputar dikepalanya.
"Oh mybe you forget one things. I will show it." Maira selak baju di lengan tangannya dan menunjukkan parut yang disebabkan oleh Izzat.
Sekali lagi Izzat terkejut dan meraup muka berkali-kali sebelum kembali memandang Maira. "Sebab itu you selalu datang dalam hidup I ? Balas Izzat lagi.
"Yes. Bertahun-tahun I cari you. I nak you bertanggungjawab atas apa yang you da buat." Balas Maira kembali.
"Tapi i tunang sepupu you." Izzat benar-benar keliru ketika itu.
"I don't care. I want you responsible for what you already done." Tegas suara Maira ketika itu. "Oh before i forget. Hak I atas you lagi penting dari hak Adel." Balas Maira lagi.
"Hak? Hak apa?" Izzat terkejut dengan pengakuan Maira.
"You tinggalkan benih dalam perut i semasa you tinggalkan I." Maira meluahkan segalanya. Izzat kelihatan begitu terkejut dengan pengakuan Maira. 'Ya allah apa yang sudah berlaku ini?. Berikan petunjuk kepada diriku. Bisik hati Izzat yang betul-betul keliru.
Share this novel