Bab 22: Mencari

Short Story Completed 17013

"HELLO, Firaa, Kau tengah busy ke?"..Soal Fiqah ketika waktu rehat ..Sekarang Fiqah masih lagi di tempat kerjanya..

"Ye, tak..Aku free je ni..Kenapa?"..Soal Fira kembali..Fira kini sudah agak mesra dari sebelumnya..Tapi, sifat pendiamnya akan datang jika bersama orang yang tak dikenali..

"Oh, Takdelah..Aku saja nak tanya, betul ke abang kau tu nak bawa rombongan hujung minggu ni?"..Tanya Fiqah..Dia masih lagi ragu-ragu..

Fira tergelak mendengar suara kawannya yang mula mengelabah..Dia tak sangka yang rakannya itu bakal jadi akak iparnya..Fira menerimanya dengan hati terbuka kerana rakannya itu sangat sesuai dengan abangnya yang kadang-kadang susah di duga..

"Betul lah..Kenapa? "..

"Hmm, aku rasa macam cepat sangat lah..A-aku takut tak ready lagi lah..Dahlah, abang kau tu payah kalau nak ajak berbincang pasal ni.."..Keluh Fiqah..Baginya perkara begini bukan dibuat main..Dia risau tak boleh jadi bakal isteri yang baik untuk lelaki itu..Tengok sajalah caranya! Suka cari gaduh walaupun ramah!

"Aku faham..Tapi, aku tak rasa pun benda ni cepat..Okay je..Abang aku ajak kau bertunang dalam 3 bulan lepastu kahwin..Aku tak pernah lagi tau tengok dia serius dengan perempuan..Sebelum ni, ada je nak dekat dia tapi kau tengoklah kan muka beku dia tu kadang-kadang buat orang perempuan susah nak rapat!"..

Fiqah terdiam..Segala kata dari Fira ada benarnya!..'Macam manalah dia tu boleh sangkut dengan aku?!'..Bisik hatinya sambil menepuk dahi..

"Lagi satu, Abang aku sendiri yang cakap pasal hasrat dia nak ber'isterikan' kau..Dan family aku terima kau jadi bakal menantu kami dengan senang hati..Umi Abi aku tak kisah sangat sebab dorang kenal kau kan! So, aku tak rasa kau perlu takut..Aku tahu kau dah bersedia cuma keadaan je kan? Fikiran kau tu jangan fikir benda lain..InshaAllah tuhan permudahkan urusan kau dengan abang aku ..Kalau dah jodoh kan?"..Kata Fira sambil ketawa kecil..Dia sudah membayangkan wajah Fiqah yang malu-malu..Pasti kelakar!

"Yelah, inshaAllah..Aku cuba ye!"..

"Macam nilah baru bakal akak ipar aku! Yeah, nanti ade geng duduk serumah..Hahaha..Tak sabarnya!"..Ujar Fira dengan riang..Macam-macam yang difikir olehnya..

"Weh, kau ni buat aku makin gelabah jelah!"..Kata Fiqah ..

"Yelah-yelah..kita jumpa hujung minggu ni okay! Pakai cantik-cantik tau!"..

Selesai saja berbual bersama rakannya..Fiqah bersandar di kerusinya..Dia terbayang saat dia mengkhabari mengenai rombongan yang bakal tiba kepada kedua orang tuanya..Mereka sangat gembira mendengar berita yang disampaikan olehnya..Fiqah sendiri tak sangka yang lelaki itu sudah menyatakan hasratnya terlebih dahulu sebelum dia sendiri bertindak!..Kelihatan kakaknya hanya diam seribu bahasa..Fiqah sendiri tahu mengenai rakan kakaknya, Akak Isha..

Serba salah dibuatnya..Separuh hatinya menerima lelaki itu..Tapi, separuh lagi sedih mengenangkan nasib rakan kakaknya itu..Fiqah buntu!

'Bagaimana kalau aku dah kahwin dengan dia? Akak Isha okay ke?'..Bermacam persoalan bermain dimindanya..

********

Hujung minggu pun telah tiba,

Keluarga Fiqah sudah membuat serba sedikit persiapan untuk menyambut tetamu mereka..Hanya dibuat ringkas sahaja majlisnya..Ibu dan ayahnya sudah berpakaian cantik dan kemas sambil menunggu di ruang tamu..Fiqah pula hanya menunggu di dalam biliknya dengan memakai baju kurung dusty green dengan lace dan kepala dililit dengan shawl nude..

Dirinya berasa agak berdebar menunggu rombongan itu..Dia sekarang ditemani oleh kakaknya..Reaksi dari kakaknya itu membuatkan hatinya makin dihurung rasa sedih..Dia tahu kakaknya pasti teringat rakannya di rumah sewa yang sedang bersedih..Dan, semalam juga Akak Isha ada menghantar chat di whatsappnya dan mengucapkan tahniah!..

"Assalamualaikum"..Ada satu suara memberi salam..Fiqah yang dengar itu bertambah kelam kabut..Hatinya resah..Dalam beberapa minit, pintu biliknya di sergah oleh Fira..

"Wahh, cantiknya kau! So beautiful babeyh"..Kata Fira sambil meluru ke arah rakannya..

"Firaa!"..Panggil Fiqah lalu mendepakan kedua belah tangannya ..Mereka berpelukan dan bersembang panjang..

Tuk Tuk.Tuk

Ketukan di pintu membuat mereka terhenti dari berbual..Fira bangun lalu membuka pintu bilik Fiqah..Kelihatan Umi Fareeda dan Ibu Fiqah melangkah masuk ke bilik sambil membawa satu bekas berwarna merah..

"Assalamualaikum bakal menantu umi, Cantik Fiqah hari ni"..Sapa Umi Fareeda ketika dia sudah melabuhkan punggung di sebelah kanan Fiqah manakala ibu Fiqah berada di sebelah kirinya..

"Waalaikummussalam umi, Fiqah biasa-biasa je umi"..Jawab Fiqah segan..Walaupun hanya golongan wanita sahaja yang berada di dalam bilik itu..Tetapi, rasa itu masih ada..

"Hehe, Tadi umi sudah berbincang dengan ibu dan ayah Fiqah..Jadi, Umi nak tahu sendiri betul ke Fiqah boleh terima anak sulong umi yang keras kepala macam batu itu sebagai tunang Fiqah?"..

Fira yang ketika itu sedang merakam terus ketawa..

Fiqah pula makin memerah wajahnya apabila dia perasan rakannya merakam 'moment' itu..Tanpa suara, Fiqah mengangguk kepala perlahan..

"Alhamdulillah, Kira jadi lah ni kan?"..Soal umi Fareeda sambil menatap Fiqah dan ibunya..

Mereka mengangguk dan dengan itu jari jemari Fiqah di tarik perlahan dan cincin di sarung di jari manis..Fira sudah bersorak gembira sambil bertepuk tangan..Sekarang status Fiqah sudah bertukar..

Fira telah mengambil beberapa foto untuk disimpan dan diberikan kepada abangnya kerana lelaki itu kini berada di Kelantan atas urusan yang tak dapat di elakkan..

Mata Fiqah bergerak melihat sekeliling rumah mencari susuk tubuh lelaki yang sudah bergelar tunanngnya..Namun, hampa kerana bayang lelaki itu tidak kelihatan..

"Hoi, cari apa?"..Sergah Fira ketika dia sudah mengambil lauk ..

"Haa, takde apa-apa..Saja tengok suasana dekat luar"..Kata Fiqah lagi sambil matanya merayap di segenap sudut..Kelihatan ada jiran dan tetamu lain seperti ketua kampung hadir di majlis mereka..

Fira buat muka menyampah!..'Cehh, fikir aku taktahu ke kau cari abang aku? '..Getus hatinya..

Fira hanya makan dengan selamba tanpa menghiraukan rakannya itu..

******

"Tahniah bro! Tak sangka kau dah jadi tunang orang! Pantas kau buat kerja ye!"..Kata Fizi ketika mereka berbual di telefon..

Danial pula ketawa mendengar ucapan dari rakannya itu..

"Haha, terima kasih..Of course cepat! ..Aku malas nak lama-lama..Biar cepat halal senang sikit nak sentuh ke nak bergurau ke senang nanti..Kalau tak, sampai bila aku nak jaga halal 'gap' itu..Tahu lah kan nafsu lelaki macam mana kalau dah dekat dengan orang dia sayang..Tak gitu?"..Jawab Danial dengan riang..

Hatinya kini berlagu riang ketika adiknya menghantar gambar wanita idamannya menjadi tunang sendiri..Walaupun agak kesal kerana tak dapat hadir dalam majlis itu tapi tak mengapa kerana hatinya kini sudah berbunga..

"Hahaha, betul lah tu..Mesti best kan kalau wanita pujaan kita jadi tunang dan bakal isteri kita sendiri." Kata Fizi membayangkan raut wajah Fira..Sudah sekian lama mereka tidak bersua muka sejak kes wanita itu hampir di rogol..Dia kini hanya tinggal seminggu saja lagi untuk pulang ke Malaysia..

"Mestilah weh, Takpe . InshaAllah aku doakan kau dapat rasa apa yang aku rasa sekarang walaupun ambil masa ..Aku harap kau bersabar eh"..Kata Danial..Dia tahu dari intonasi suara rakannya itu sangat menginginkan kebahagiaan seperti orang lain..

*****

Setelah selesai majlis, Fiqah membawa Fira berjalan di sekitar halaman rumahnya sebelum mereka berangkat ke hotel untuk berehat..

"Hmm, Fira..Aku nak tanya kau something boleh?"..Fiqah bersuara..Fira yang ralit membelek pokok bunga tersentak..

"Macam serius je kau ni? Tanya jelah"..

"Jom kita pergi pangkin tu sekejap..Kita borak dekat sana"..Ajak Fiqah sambil menarik lengan Fira..

"Bestnya rumah kau! Ada pangkin lagi..Best lepak sini , malam- malam mesti sejuk kan"..Kata Fira sambil bersandar di tiang kayu jati itu..

"Aku nak tanya ni..Dah lama aku tak dengar khabar pasal Fizi..Kau ada contact dia?"..Fiqah terus saja ke topik yang ingin dia tahu..

Terus hilang senyuman dibibirnya..Dia terus terdiam..Hatinya mula rasa sesuatu yang tak enak..

"Hmm, aku tak tahu"..Ringkas saja Fira menjawab..

"Kau takde contact dia?"..

Fira mengeleng..Tipulah dia tak rindu lelaki itu..Sejak lelaki itu menghilangkan diri terus saja dia mencari..Tapi, hatinya seakan menegah untuk jari jemarinya ..Fira selalu jugak membaca last conversation mereka ..

Fiqah mengeluh perlahan..Bukan dia taktahu mereka berdua jika bertemu pasti akan bergaduh walaupun hanya perkara kecil..Dan persoalannya kini, di mana lelaki itu kini? Kenapa berdiam diri saja..Matanya merenung Fira..terbit rasa sedih melihat wajah kerinduan wanita itu..Walaupun ego tapi ekspresi wajah rakannya itu tak pernah tipu..

"Kau rindu dia?"..Soal Fiqah..

Fira mengangguk perlahan tanpa melihat wajah Fiqah Ya! benar..dia sangat merindui wajah lelaki itu..

"Kau tak rasa ke dia tiba-tiba 'hilang' sebab kau tak percaya kan dia?"..

"Aku tak tahu..Kalau ye pun dia terasa dengan aku..Mana janji dia nak terus pikat hati aku? Kau tahu kan aku 'serik' nak berkawan dengan lelaki sejak putus dengan Haikal.."

"Yelah, tapi ada kau bagi tahu dia ke yang kau serik dengan lelaki sejak putus dengan Haikal? Ada? Takde kan? Kau terus buat dia rasa tak wujud depan mata kau..Aku nampak 'effort' dia nak ambil hati kau..Tapi kau buat derk je..Kenapa? "

Fira terdiam..Dia memang akan kalah kalau berdebat dengan Fiqah..Nampak saja rakannya itu selalu bergelak ketawa macam orang gila tapi kalau dah bagi nasihat kau sendiri pasti akan terdiam..

"Please lah turunkan ego kau tu..cuba kau tengok 'effort' dia pakai mata hati..aku taknak kau teruskan tutup hati sebab tak semua lelaki sama..If, dia ada niat jahat..Sampai sekarang dia tak pernah nak ambil kesempatan dekat kau macam 'lelaki' itu..Aku nak tengok kau bahagia macam orang lain.."

"Aku ada simpan satu impian ..Disebabkan kau satu-satunya kawan rapat aku ...Aku nak kita sama-sama naik pelamin..."

Fira terus tercengang..

Fiqah mengangguk perlahan menandakan dia bersungguh dengan kata-katanya..

"Tapii, macam mana nak 'contact' dia?" .Soal Fira setelah berdiam..Dia sudah dapat terima kenyataan setelah mendengar nasihat rakannya itu..

"Betul kau nak jumpa dia? Kau rindu dia kan? Kau suka dia tak?"..Tanya Fiqah laju..

Fira mengangguk laju..

"Betul kau terima disebabkan hati kau nak..Bukan sebab aku kan?"..

Fira mengangguk lagi..

"Kalau kau jumpa dia..Kau nak terima dia ?"..

Fira mengangguk laju..Beberapa minit wajahnya memerah..Ya! Dia sudah tak mahu menindakkan rasa 'satu' itu..

Fiqah senyum melebar..

"Okay, disebabkan kau dah lama tak contact dia..Apa kata kita ajak dia lepak nak?"..

Fira mengangguk .."Boleh je..Tapi, aku segan lah weh ..Dah lama tak jumpa dia..Kau rasa dia nak ke dekat aku balik?"..

"Hmm, belum cuba belum tahu..Yang penting sekarang kita kena berjumpa dengan dia..Kita tengok keadaan dia dulu..Kalau dia masih layan kau baik, mesti hati dia masih dekat kau..Tapi, kalau sebaliknya..Kita kena rangka satu strategi 'memikat' hati lelaki..hehe"..Kata Fiqah sambil tersengih..

Malam itu, baru saja Fiqah ingin membaringkan tubuhnya yang letih ..'Baru buat majlis tunang oi..Kalau kawin gamaknya pengsan terus aku!.'..Mana taknya..Fiqah perlu mengemas seorang diri kerana selesai sahaja majlis, kakaknya perlu pulang ke rumah sewa untuk menjenguk rakannya sambil membawa balik makanan..

Fiqah mengeluh perlahan apabila memikirkan Akak Isha..Sempat juga dia berfikir mengenai lelaki itu..'Busy sangat ke dia ni sampai tak chat aku langsung?'.. Arh lantaklah!' ..

Tiba-tiba, telefon pintarnya berbunyi nyaring..

Fiqah kelam kabut mengambil telefonnya di meja solek..'Haa, panjang umur! Baru je sebut-sebut mai dah dia ni..Macam tahu-tahu je kan!'..Bisik hatinya..

Fiqah tak perasan yang Danial membuat video call..Terus terbeliak mata Fiqah apabila melihat wajah tampan Danial di skrin telefonnya..Dengan pantas, telefonnya di telangkup dan dia berlari mengambil tudung untuk dipakai!..'Arh! Kenapa aku tak perasan dia buat video call! Dia nampak ke tak eh aurat aku?'..Omelnya.

"Assalamualaikum Fiqah..Kenapa gelap je ni?"..Sapa suara Danial..

Fiqah bergerak mendapatkan telefonnya..Dan wajahnya pula dapat dilihat pada skrin telefonnya..Fiqah dapat lihat wajah lelaki itu senyum melebar ..Fiqah membuat muka menyampah sambil anak matanya memandang atas..Danial tergelak kecil..

"Waalaikummussalam..Ada ni..Kenapa call?"..Soal Fiqah sambil bergerak untuk duduk dibirai katil..

"Aikk, tak boleh ke abang call tunang sendiri? Salah ke?"..Soal Danial..Mata lelaki itu masih tak berkelip melihat wajah wanita itu..Ini merupakan kali kedua mereka bervideo call..Jadi, dapat Danial lihat wajah Fiqah dengan lebih dekat..

"Tak salah pun..Saja je tanya..Itupun nak marah!"..Jawab Fiqah..

Haa! Mulalah tu Fiqah oi nak cari pasal..Danial hanya diam..Dia hanya menghiraukan saja kata-kata Fiqah kerana dia masih lagi leka melihat wajah bersih milik wanita itu..Terpegun sekejap!

"Abang Danial? Kenapa pandang Fiqah macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?"..Soal Fiqah sambil membelek muka di cermin ..Tangannya meraba wajah itu..mana tahu ade yang pelik..

"Takde apa, saja abang lepas rindu tengok muka Fiqah.."..Selamba badak Danial menjawab tanpa segan..Kata-kata itu membuatkan wajah Fiqah diserbu rasa malu..

Danial tergelak kecil melihat kelakuan Fiqah yang malu apabila camera telefon ditutup terus menjadi gelap...

"Abang Danial jangan macam-macam ye! Fiqah off call baru tahu!..Apa tenung anak dara orang lama-lama..Tahu kan berdosa.." Balas Fiqah yang masih lagi menutup cameranya..

"Okay-okay, abang saja nak mengusik..Bukak lah balik camera tu..Abang nak bercakap dengan Fiqah bukan bercakap dengan gelap!"..Kata Danial..Hatinya masih terhibur..

Terus Fiqah membuka camera, lalu dia menjeling tajam di skrinnya..Danial tergelak lagi..

Masing-masing terdiam, Fiqah yang tak biasa berada di situasi itu terus saja bersuara..

"Eerr, bila abang gerak balik Kelantan? Fiqah tak tahu pun"..Soal Fiqah..

"Oh, abang gerak semalam..Abang tak sempat nak bagitahu Fiqah sebab abang balik sini naik flight ..Ada hal urgent kena settlekan ..Fira yang hantar abang pergi airport"..

Fiqah mengangguk perlahan..

"Oh, faham..Jadi, abang Danial balik sana berapa lama?"..

"Aii, di sana sedang merindu ke? Disini pun sedang menanggung rindu!"..Kata Danial sambil ketawa kecil..Memang di suka mengusik wanita itu..

"Ehh, perasan jelah..Orang tanya je kan?..Kalau tak boleh, Fiqah off call jelah "..Ugut Fiqah..Fikir dia akan terkena dengan usikan lelaki itu..Silap besar ye Abang Danial oi..

"Ehh, amboi-amboi..sejak bila pandai ugut abang ni hm? Nakal eh budak ni!"..Ujar Danial..

"Sejak kenal dengan Abang Danial lah!"..Laju saja bibir comel Fiqah membalas..

Danial hanya mengeleng kepala sambil tersenyum..

Tiba-tiba Fiqah teringat rakan kakaknya, Akak Isha..Ingin dia bertanya..

"Hmm, Abang Danial..Kalau Fiqah tanya jangan marah ye?"..Soal Fiqah takut-takut..Danial pula mengangkat kening lalu mengangguk kepala perlahan tanda membenarkan wanita itu bersuara..

"Hmm, tak jadi lah..Nantilah Fiqah tanya!"..Tiba-tiba hatinya menegah..'Ada baiknya jangan tanya kalau itu dapat mengeruhkan keadaan sekarang Fiqah!'.. Fuh tak sanggup!

Danial dapat menangkap riak wajah wanita itu..Dia tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu..

"Fiqah masih ragu-ragu dengan Abang ke?"..Soal Danial perlahan..

Fiqah mengeleng laju..

"Habistu kenapa muka tu macam tak percaya dekat abang je?"..Teka Danial memang betul..

"Hmm, bukan Fiqah tak percaya Abang Danial..Tapii,"..

"Fiqah tahu tak Abang Danial sayang Fiqah?"..Kata-kata itu membuatkan Fiqah tak senang duduk..Jadi, selama ni dia tak bertepuk sebelah tangan lah kan?!..Kenapa kau blur sangat Fiqah oi..

Fiqah mengeleng perlahan..

Danial tersenyum nipis..Sudah dia agak! 'Patutlah susah benar nak terima abang! Sabar jelah dengan budak ni..Ade kena gigit nanti baru tau!'..Sebal Danial dalam hati..

"Okay takpe..Nanti abang cerita ye..Macam mana Abang boleh jatuh hati dekat wanita pujaan hati abang ni..Sekarang jangan monyok lagi ye..Abang tak marah lah..Senyum sikit"..Pujuk Danial..Dan Fiqah mula tersengih selepas mendengar pujukan lelaki itu..

Dan dengan tak sengaja..Dia teringat Fizi..

"Ehh, Abang Danial!..Fiqah nak tanya pasal kawan Abang Danial..Fizi"..Kata Fiqah laju..

Terus berubah riak wajah Danial..

"Kita video call ni memang nak bercerita pasal orang luar ye Fiqah?"..Soal Danial..Cemburu datang okay!..

"Ehh, alahh..Abang Danial jangan lah marah..Fiqah just nak tanya je.."

Danial terpujuk selepas melihat wajah comel Fiqah sambil mengerdipkan matanya..

"Tanya apa?"..

"Hmm, Fiqah nak tanya ,Fizi sekarang pergi mana eh? Dah lama tak dengar khabar"..Ujar Fiqah lagi..Dan ketika itu juga tercetus ketawa Fiqah melihat wajah cemberut lelaki itu..

"Sampai hati gelakkan abang!"...

"Fiqah tak sangka pula Abang Danial yang dulu mukanya serius dan beku boleh merajuk ye.." Ketawa masih lagi kedengaran..

"Alahh, fikir abang apa? Abang manusia jugak tau! Ada hati dan perasaan!"..

"Alolo, jangan lah merajuk..Dah tak tak hensem dah muka abang Danial tu..Cuba senyum sikit"..Pujuk Fiqah sambil mengenyitkan matanya..

Danial yang melihat perlakuan berani wanita itu sambil memujuknya terus saja cair hatinya..Muka Danial sudah kembali tersengih..'Pandai kau pujuk dia Fiqah..Yes!'.. Sorak hati Fiqah..

"Fiqah tanya sebab nak tolong adik abang Danial tu lah..Si Fira..Rindu dekat Fizi tapi ego..Sebab tu Fiqah tanya abang..Mana tahu Fiqah boleh tolong dorang bersatu ke kan? Abang Danial nak 'join' sekali tak?"..Ajak Fiqah..Lagi senang kalau ada yang membantunya..

Danial mengangkat kening sambil berfikir..Fiqah pula menunggu dengan penuh pengharapan sambil tenung wajah lelaki itu..

Akhirnya, Danial mengangguk kepala kerana di sudah berfikir jika dia membantu wanita itu..jadi, senanglah mereka ingin bersua muka dan bervideo call dan hubungan mereka akan lebih rapat..Ye dok?!..

Fiqah bersorak riang sambil tersengih...

"Amboi dia..suka ye kita tolong dia..Ke suka sebab boleh sentiasa contact abang hm? cuba bagitahu"..Ujar Danial..Padahal itu yang dia rasa tapi bukan bagi Fiqah kerana lelaki itu dapat membantu misinya..

"Hehe, takdelah..Kalau ada abang Danial lagi senang sebab Abang Danial lelaki..So, nanti boleh rujuk abang Danial berkaitan lelaki..hehe"..Jawab Fiqah sambil tersengih..

"Fiqah suka abang?"..Tiba-tiba terpacul soalan emas itu..Fiqah yang masih lagi gelak ketawa terus terdiam..Matanya menatap wajah lelaki itu..'Kau pun sama Fiqah gatal tenung anak teruna orang! Nasib baik dah bertunang!'..Gumam nya perlahan..

Dengan rasa malu, Fiqah mengangguk kepalanya..Terus saja dia menekup mukanya sebab rasa malu yang melampau..Tapi, dia perlu jujur agar lelaki itu juga dapat rasa mereka saling sayang antara satu sama lain..

Danial terus senyum melebar melihat anggukan itu..Malam ini boleh tidur lena lah jawabnya..

"Abang pun suka Fiqah..Hmm, nanti kita sambung eh video call hari lain...Dah malam sangat dah ni..Esok Fiqah kerja kan? Jom tidur!"..

Fiqah mengangguk kepala ..Matanya tidak lagi memandang skrin..Danial ketawa kecil..

"Okay jom kita tidur, Apa-apa contact Abang ye..InshaAllah, Abang tolong Fiqah ye..Bye sweetheart..Take care..Goodnight love..Assalamualaikum"..

Fiqah terkedu dan terkelu mendengar lelaki itu wish goodnight untuknya..Itu pertama kali dalam hidupnya..Hatinya bertambah kembang mendengar perkataan Love!..

Fiqah hanya melambai dan panggilan sudah tamat..Dia mula rindu seraut wajah tampan lelaki itu..'Ha! Sah kau dah angau Fiqah oi!'..Bisik hatinya..'Baik tidur!'..

******

"Hye! you ade masa free tak? Kita lunch sekali nak?"..Tegur Qasreena ketika mereka berada di bangunan syarikat milik usaha sama mereka di China..

Tak disangka-sangkakan oleh Danial, Qasreena merupakan salah seorang orang penting di dalam syarikat tersebut dan itu membuatkannya tak selesa..

"Sorry Qas, saya ada meeting online lepasni..Saya kena balik rumah sewa terus"..Kata Fizi ..Dia terpaksa berbohong kerana dia berasa sangat rimas dengan wanita itu..

"I tahu you cuba nak mengelak dari i..Tapi, takpe..I cuma nak kita berkawan sebab i dah mula sukakan you!"..Luah Qasreena tanpa segan..

Fizi terpempan..'Biar betik minah ni? '..Bisik hatinya..

"Err, saya minta maaf sebab saya ade urgent meeting"..Kata Fizi lalu bergerak meninggalkan wanita itu..

Qasreena mengeluh dengan wajah cemberutnya..'Apa yang tak cukup dekat I Fizi? '..Soal hatinya..Malas berlama di situ, dia bergerak ke restoran berdekatan untuk makan tengahari..

Dalam dia makan keseorangan..Jari jemarinya membuka instagram lalu mencari akaun lelaki itu..Setelah puas mencari, akhirnya dia menjumpai akaun milik Fizi..Matanya bersinar-sinar melihat segala foto yang di post oleh lelaki.. Dan tiba-tiba matanya menangkap satu ayat yang membuatkan hatinya berkecai..

'I need you in my life dear, because you're also my reason to me for feel alive ..I'll do anything to get you and please don't go because i really heart you!'..

Qasreena dapat lihat di posting tersebut ada satu susuk tubuh wanita dari arah belakang yang tidak kelihatan wajahnya..Puas dia mencari siapa wanita bertuah itu..Tetapi, hampa kerana lelaki itu langsung tidak 'tag' nama wanita itu..

'Dia dah ada yang punya Qas! '..Bisik hatinya..Rasa sedih membelenggu dirinya..Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat itu selain dia sendiri berjumpa mereka di depan mata..

'Kau masih ade peluang Qas!'..

*****

"Masa melawat encik hanya 30 minit sahaja." Peringatan diberikan kepada Haikal ketika melangkah masuk ke penjara bagi melawat rakannya..

Haikal mengangguk lalu mengikut pegawai polis dari belakang..Sampai saja di satu tempat yang bercermin yang memisahkan antara dua kawasan, Haikal di minta untuk duduk sebentar sebelum memanggil 'banduan'..

Setelah beberapa minit menunggu..Kelihatan Faqih masuk ke bilik itu..Haikal terus mencapai ganggangan telefon yang melekap di sebelah cermin lalu meminta Faqih mengangkat ganggangan telefon ..

Mereka terdiam sebentar..Kelihatan tubuh badan Faqih makin susut..

"Kau sihat? Kenapa makin kurus? Kau tak makan ke?"..Soal Haikal..Matanya masih tertacap di wajah lesu rakannya itu..

"Alhamdulillah sihat..Aku makan..Maybe takde selera kot..hehe"..Jawab Faqih sambil tersengih..

"Oh, kau jangan tak makan..Nanti badan kau lemah.."

"Mak kau ada call aku, tapi aku terpaksa tipu dia ..Dia tanya kenapa kau dah tak call dia..Aku cakap yang kau busy kerja 'oustation' .." Kata Haikal lagi..

Wajah Faqih terus berubah..Memang sejak dia hidup di bandar Metropolitan itu, hidupnya terus berubah ..Dulunya dia seorang anak yang sangat disenangi oleh mak ayahnya ...Sejak dia mengikut langkah rakannya itu ke bandar. Terus saja dia lupa daratan..Sikapnya makin liar dan makin buas..

"Terima kasih sebab 'cover' aku.."..Itu saja yang boleh dia katakan..

Ketika dia menjadi salah seorang banduan tirai besi itu ..Dari situ dia mula insaf dan mengenal erti kehidupan..Setiap malamnya di temani dengan bacaan Al-quran dan solat sunat taubat..Baginya, hidupnya di dalam penjara lagi tenang daripada berada di luar sana..

"Sama-sama..InshaAllah aku bantu kau cari Fira..Aku kalau boleh nak jumpa dia untuk minta tolong kau ringankan hukuman nanti"..

Faqih hanya mengangguk..Dia juga rasa berdosa dengan wanita itu..Dia bersyukur kerana Tuhan telah membuka matanya apabila berada di tirai besi ini..

"Kalau kau ada jumpa dia..Boleh tak minta dia datang lawat aku dekat sini..Aku nak minta maaf dengan dia..Kalau dia taknak takpe..Aku faham.." Pinta Faqih..

"InshaAllah aku cuba cari dia nanti okay! Aku harap kau okay duduk dekat dalam ni..Jangan skip makan tau!"..Ujar Haikal dengan rasa prihatin ..

"Dan tolong sampaikan salam aku dekat family aku ye!"..Kata Faqih sambil menahan air mata..Sungguh dia merindui orang tuanya di kampung..

Haikal mengangguk..Masih terngiang-ngiang lagi kes perbicaraan Faqih ketika di mahkamah..Faqih telah mengaku salah dan dia di sabit hukuman penjara 10 tahun dan sekali sebatan ..Pihak mahkamah akan membuat perbicaraan semula nanti..

Haikal berdoa supaya hati wanita itu lembut agar hukuman Faqih dapat dikurangkan..Kerana menurut peguam bela, jika mangsa ada membuat rayuan..Pihak mahkamah akan bertimbangkan keputusan tersebut..

Maaf kalau ada salah dekat bab mahkamah..Siapa yang bijak dalam hal itu tolong bagi tunjuk ajar ye..Cahaya ambil dekat Mr.Google je..hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience