Bab 10: Senang Hati

Short Story Completed 17013

Keesokkan harinya,

Fira dan Fiqah turun ke dapur untuk membantu umi Fira bagi menyediakan sarapan pagi..Mereka hanya memakai baju santai dengan bert-shirt dan seluar track serta tudung sarung..Harini mereka akan pulang bersama Danial tetapi hal ini hanya Fira saja tahu kerana semalam Fiqah sudah tidur dulu.

"Umii, masak ape tu?" tegur Fira. Fiqah tersenyum manis apabila umi Fira yang bernama Fareeda menoleh kebelakang memandang mereka..

"Haa, kamu berdua dah bangun ye..umi masak nasi goreng dengan bihun goreng..Alang-alang kamu ada, Fira boleh tolong umi potong sayur tak?..Air panas pun tak sempat bancuh lagi" Soal Umi Fareeda.

"Fiqah boleh duduk dulu..kamu tetamu kan"..Ujarnya lagi..
Fiqah yang mendengar berasa serba salah..Takkan nak duduk je kan? Mestilah kena tolong juga.Fiqah hanya diam saja..'Aku nak buat ape ni eh? Air!'..

"Boleh umi! Sayur dalam singki ni dah basuh ke belum?"..Tanya Fira lagi..

"Err, umi! Biar Fiqah tolong bancuh air ye?"..Tanya Fiqah

"Ehh, tak mengapa Fiqah..menyusahkan kamu pula..kamu tetamu kami"..Jawab Umi Fareeda dengan senyuman..Sungguh kagum Fiqah dibuatnya melihat perilaku Umi Fareeda yang sangat meraikan tetamu..

"Ehh, mana ada umi..Air tak susah nak buat..Sup sap sup sap dah siap ..hehehe..tak makan masa pun umi, boleh eh Fiqah bancuh? "..Sempat lagi Fiqah buat lawak..Terhibur Umi Fareeda dan Fira melihat Fiqah buat lawak pagi..

"Ada-ada je kamu ni Fiqah..terhibur umi tau! Kalau Fiqah nak bancuh air. Fiqah bancuh teh dengan kopi ye.. Barang semua dekat rak sebelah mesin air 'coway' tu".. Ujarnya dengan tangannya menunjuk ke arah rak tersebut..

"Aii aii captain!"..seloroh Fiqah sambil bergerak ke rak dengan tangan membuat tabik hormat..

Kedengaran gelak tawa dari mereka..Telatah Fiqah membuatkan suasana di dapur riuh ..Mereka rancak berbual sehingga selesai..

"Assalamualaikum"..

Mereka di dapur terus terdiam..

"Fira, kamu tolong bukak pintu..Kita ade tetamu pagi ni"..Pinta Umi Fareeda..Fira hanya mengangguk lalu kaki mengorak langkah ke pintu utama..

"Waalaikummussalam..Jemput maa...". Terhenti seketika kata-kata Fira apabila mukanya mendongak melihat tetamu mereka..Mata tak berkelip..Lelaki itu kelihatan kemas dan bergaya dengan baju tshirt biru laut ..Sempat Fira cuci mata..

"Hai!''..Ujar lelaki itu dengan senyuman yang boleh membuatkan jantung Fira berdegup laju..Teguran itu telah membuat Fira tersedar lalu membuka pintu luas dan memberi ruang untuk lelaki itu masuk..

"Err, Hai..masuklah!"..Kata Fira dengan muka merah menahan malu ..'aishh, kantoi kau tenung di Fira oi..buat malu je'..Omelnya

Dimeja makan, kelihatan abi dan abangnya sudahpun duduk di meja makan..

"Haa, Fizi marilah sarapan sekali.."..Jemput Umi Fareeda dengan tangan membawa bihun goreng untuk di hidangkan.

"Baiklah auntie"..Jawab Fizi sambil tersenyum manis sambil tangan bersalaman dengan abi Fira.

Kemudian, Fira bergerak ke dapur untuk mengangkat makanan lain untuk di bawa ke meja..

"Siapa datang Fira?"..Soal Fiqah ketika tangan bergerak menyusun gelas di atas dulang..

"Fizi!"..Perlahan saja suara itu berkata risau uminya dengar..yelah! Fizi lebih tua kan..tapi panggil Fizi..nanti dianggap tidak hormat..

"Ouhh ..macam mana dia boleh datang sini? Abang kau jemput?"..Soal Fiqah lagi..

"Entah..Aku pun taktahu!..Hmm, ada lagi ke nak kena angkat? Tinggal air je kan? "..Fira bergerak mendekati Fiqah sambil tangan mencapai teko kopi yang sudah di bancuh..

"Takde dah..air je..Dah jom keluar, nanti dorang tunggu kita lama pulak..Padahal angkat air je..Hehe!"..Jawab Fiqah sambil kaki mula mengorak langkah ke meja..

Fiqah memaparkan wajah manis apabila menyapa abi Fira, Abang Fira dan Fizi ..Kepalanya tunduk sedikit ..Tangannya meletakkan dulang berisi air teh dan gelas..Lalu, laju saja tangan membuat keje menuang air..

Suasana di meja makan sangat meriah dengan bualan dari Umi Fareeda ..Fiqah hanya memerhati begitu juga Fira..Mereka tidak menyampuk langsung..

"Adik, tolong tuang air kopi dekat abang"..Pinta abangnya kerana teko itu berada berhampiran dengan Fira..

Fira menyambut huluran gelas dari abangnya..Lalu, dituang air kopi itu..Selesai saja diberikan kepada abangnya..Ada satu lagi tangan dari arah depannya menghulur gelas kepadanya..

"Err, nak apa? Kopi ke teh?"..Soal Fira..Fiqah sudah tersenyum melihat gelagat Fira yang kelam kabut itu..Namun, dia tidak perasan bahawa ada sepasang mata memerhati tingkahnya dari arah depannya..Lelaki itu tersenyum nipis..Lalu, matanya beralih ke arah sebelah kanan Fiqah..

"Adik, dah kemas baju? Nak gerak pukul berapa?"..Soal Danial

"Haa ye..adik dengan Fiqah dah kemas baju dah..Adik ikut abanglah..Sebab naik kereta abang kan?"..Jawab Fira sambil memandang abangnya..

Fiqah yang sedang makan bihun itu terus saja berasa tekaknya sukar untuk menelan makanan itu apabila mendengar kata-kata Fira..Laju saja tangannya mencapai gelas berisi air teh dan diteguk laju..Nasib baik air teh tu dah sejuk..Kalau tak melecur lidahnya ..' Balik naik kereta abang dia? Aduh macam mana ni!'..Bisik hatinya..Fiqah mula risau bercampur rasa segan..Dia masih lagi teringat kejadian dimana abang Fira memeluk pinggangnya..Sejak dari kejadian itu, Fiqah berusaha untuk mengelak dari berjumpa dengan Abang Fira sebab malunya menebal dengan jantungnya berdegup kencang apabila berhadapan dengan Abang Fira tu..

Danial ketika itu dapat menangkap reaksi dari Fiqah ..Bibirnya tersenyum tapi sekejap saja..

"Hmm, kita lepas zohor jelah okay tak? Pagi ni kita boleh pusing Bandar Hilir kejap..Mana tahu Adik dengan kawan adik nak beli 'souvenier' ke..?"..Jawab Danial

"Boleh jugak tu bang, lama dah nak pergi 'Enco'..Dorang kata dekat sana cantik nak tangkap gambar..Lepastu, boleh pergi Klebang beli Coconut Shake..Lepastu..."..Belum sempat Fira menyambung..Abangnya menyampuk..

"Amboii banyaknya tempat dia nak singgah!..Ini mesti dah plan awal kan?"..Katanya sambil tergelak melihat muka cemberut milik adiknya..Fizi juga turut tersenyum melihat gelagat adik beradik itu..Suka menyakat!

"Alah abang ni..Adik bukannya selalu balik Melaka pun..Bagilah chance dekat adik jalan-jalan sebelum balik penjara!"..Ujarnya sambil menjeling tajam abangnya..Kelihatan Danial hanya senyum mengejek saja nak menyakitkan hati adiknya..Padahal, dia tak kisah pun..

"Haa, sudah-sudah, Kamu berdua jangan nak mula ye..Tak malu ke dengan tetamu kita, Fiqah dan Fizi.."..Tegur Umi Fareeda..Tahu sangat anak sulongnya suka menyakat adik bongsu itu..Abi Fira hanya tergelak sambil tergeleng kepala..

******

"Umi, adik dengan Fiqah keluar kejap dengan Abang tau.."..Fira sempat meminta izin..Mereka bergerak ke Melaka dengan menaiki kereta Fizi..Fizi juga turut sama join mereka untuk berjalan..Abangnya yang mengajak..Fizi apalagi, terus je on

Fira dan Fiqah duduk di seat belakang ..Abangnya pula duduk di sebelah pemandu..Abangnya menunjukkan jalan kepada Fizi..Bila di tanya kenapa tidak abangnya saja yang pandu! Abangnya tidak mahu kerana itu bukan keretanya sendiri..Tak biasa! Padahal takut jadi apa-apa!

Mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat..Pada setiap tempat, Fira pasti akan meminta abangnya untuk mengambil gambarnya bersama Fiqah..Abangnya hanya menurut saja..Fizi pula tersengih melihat kerenah dua sekawan itu dengan bermacam-macam gaya 'posing'nya!

Tempat terakhir mereka singgah ialah di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan..Sebenarnya, kedua-dua tempat itu hanya berada berhadapan saja..Mereka hanya tinggal melintas jalan untuk ke Dataran Pahlawan..Di sekitar itu juga, terdapat Menara Taming Sari..Mereka sempat naik sebelum bergerak ke Dataran Pahlawan..

"Fira, kau nak cari ape dalam ni?..Aku lapar lah!"..Fiqah berbisik ke telinga Fira..Abang Fira dan Fizi hanya mengikut dari belakang..Kelihatan seperti bodyguard mereka..

"Jom pergi makan!..Aku pun lapar ni..Yelah sekarang kan nak dekat pukul 12! Jap aku tanya abang aku!"..Jawab Fira sambil menoleh ke belakang lalu kakinya terus saja berhenti menunggu abangnya dan Fizi mendekat..

Abangnya mengangkat kening seakan bertanya..Fira terus tersengih..

"Abang! Adik dengan Fiqah lapar lah!..Boleh tak kita pergi makan dulu?"
Ujarnya sambil menunjuk muka simpati..Fizi tergelak melihat wajah itu..Fiqah pula hanya diam seribu bahasa apabila Abang Fira sudah bersilih ganti memandangnya dan juga Fira..
"Hmm, yelah jom pergi makan..lepastu, kita gerak cari barang adik dan kita boleh gerak balik..Takut sesak jalan nanti..Malam pulak sampai kolej adik"..Kata Danial ..Terus saja Fira mengangguk faham lalu bergerak ke restoran yang ada untuk makan..

*****

"Awak nak beli apa je?"..Soal Fizi ketika dia mengikut Fira melangkah masuk ke Kaison..Terkejut Fira dibuatnya..

"Err, saya saja nak cuci mata je..kalau ade yang berkenan saya belilah!"..Jawab Fira sambil bergerak masuk..Kelihatan aksesori comel di dalam kedai itu..dengan teddy bear, bantal comel..

Fiqah pula bergerak ke butik baju di sebelahnya..Deretan baju blouse telah menarik minatnya dengan harga promosi..Tangannya mula membelek setiap blouse ..Matanya jadi rambang..'Boleh tambah koleksi baju untuk pergi kelas ni'..Bisik hatinya..

"Ehem!"..ada satu deheman dari arah belakang ketika dia leka memilih baju..

Terus saja di pusing tubuhnya kebelakang..Senyum terbit dibibirnya dengan matanya melihat sekeliling mereka..Agak segan apabila berhadapan dengan lelaki yang segak ini..

"Err, Abang Danial macam mana boleh ada dekat sini? Bukan abang Danial pergi tandas ke?"..Soalnya..

"Aah, abang pergi tandas tadi..Lepastu nampak Fiqah dekat sini..Itu yang datang sini..Btw, Fira dengan Fizi mana?"..Soalnya kembali apabila matanya tidak nampak kelibat dua susuk tubuh itu..

"Oh, mereka dekat kedai sebelah..Fizi teman Fira..Saya saja singgah sini.."..Ujarnya dengan senyum

"Oh, Fiqah nak beli apa dekat sini? Baju?"..Danial bertanya apabila melihat ada satu helai baju di tangan Fiqah..

"Aah, hehe"..Jawabnya sambil mengangguk..

"Fiqah beli baju apa? boleh pilihkan untuk Fira sekali? Abang belanja!"..Ujarnya sambil bergerak mengikut langkah Fiqah memasuki butik pakaian itu..

"Boleh! Kejap"..Jawab Fiqah laju lalu tangannya mencapai satu baju blouse yang sesuai untuk Fira..Dia tahu saiz baju Fira..Sebab badannya lebih kurang..Setelah selesai memilih, mereka bergerak ke kaunter pembayaran..

"Total semua rm 99 ''..Kata gadis cashier..

"Nah, guna kad saya!"..Jawab Danial sambil menghulur kadnya ..

Fiqah sudah ternganga lalu laju saja bibirnya berkata..

"Ehh, abang Danial..Baju Fiqah biar Fiqah bayar sendiri..Abang Danial bayar baju Fira jelah"..Ujarnya..

"Simpan je duit Fiqah tu..Buat belanja dekat kolej nanti..Baju Fiqah dengan Fira abang belanja!"..Sempat lagi mereka berdebat di depan kaunter itu..Gadis cashier hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka..

'Gilalah, dahlah baju aku 2 helai..Baju Fira satu helai je..'..Gumamnya..Namun, dalam masa yang sama..dia berasa terharu sebab lelaki dihadapnnya ini belanja..Nampak kasih sayang ditunjukkan oleh lelaki itu untuk adiknya Fira..'Untung Fira dapat abang penyayang macam ni'!..

Sedang mereka melangkah keluar dari butik baju itu..mereka mendengar ada satu suara sapaan dari belakang..Fiqah dan Danial pusing tubuh untuk melihat orang yang menyapa..

"Haii, awak Danial kan?"..Sapa satu suara wanita..Fiqah di sebelah mendongak melihat wajah lelaki itu..

Terpapar kerutan di dahi Danial..

"Awak siapa?"..Soalnya kembali lalu mata memandang seketika ke arah Fiqah sebelum mengalih pandangan ke arah wanita ..

"Ohh, tentu awak dah lupa saya..Kita dulu kawan satu kelas..Saya Farisha..Dulu orang panggil saya 'isha'.."..Jawab wanita itu dengan senyuman manis..

Fiqah hanya diam sambil memerhati wanita yang bertegur dengan lelaki itu..Matanya ralit melihat setiap pakaian yang dipakai wanita itu..Tidak dinafikan, wajahnya lembut, putih bersih, suara lembut, pakaian tutup aurat dan senyumannya manis sekali..'Hmm, cantik!'..Lepastu itu Fiqah mula membandingkan dirinya sekali..'Aku tak cantik macam dia, tak lembut macam dia..Hmm!'..Keluhnya di dalam hati..Riak wajahnya cuba di kawal..

"Oh, Ishaaa..Baru saya ingat! Dulu kita satu kelas..Awak buat apa dekat sini!"..Soal Danial sambil itu matanya mengerling ke arah Fiqah..

"Haa, ingat pun..sayaa.."..Belum sempat Farisha meneruskan kata-katanya..Fiqah sempat memotong

"Err, Abang Danial..Saya pergi cari Fira dulu ye?"..Fiqah bersuara dengan senyuman manisnya..Kelihatan wanita itu juga turut membalas senyumannya..Dia tidak betah untuk berada di situ dengan lama..Dia bukannya orang penting pun..Baru saja Fiqah mahu bergerak..Danial sudahpun menahan langkahnya..

"Tunggu kejap Fiqah..Er, saya kena pergi dulu..Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi!"..Ujar Danial sambil bergerak perlahan meninggalkan Farisha di situ..Farisha hanya memerhati saja dua susuk tubuh itu berlalu tetapi hatinya kecewa kerana tidak dapat bertemu muka lama dengan pujaan hatinya..

Fiqah sudah bergerak masuk ke Kaison..Danial dibelakang hanya mengikut dan tidak ditegur oleh Fiqah..Matanya juga mencari Fira sambil tangan membawa beg pakaian..

"Ehemm, happy nampak..Tengah 'dating' ehh!"..Tegur Fiqah ketika mendekati Fira dan Fizi..Mereka yang sedang bergelak ketawa terus terdiam..Mata Fira merenung tajam ke wajah Fiqah manakala Fizi hanya tersenyum manis..

"Elehh, marah ke tuu!"..Usik Fiqah lagi..muka Fira yang putih itu terus saja nampak kemerah-merahan..

Laju saja tangan Fira mencubit lengan Fiqah..

"Aduhh, sakit weyh..Apa kau nii!"..Fiqah mengaduh sakit..Berbisa tau!

"Itulah, usik aku lagi..Amik kau rasakan!"..Jawab Fira sambil menjelir lidah..Fiqah tak dapat membalas kerana Abang Fira sudah bersuara..Monyok abis muka Fiqah manakala Fira tersenyum puas..

"Enough Fira! Jangan buat kawan macam tu..Abang jentik dahi tu baru tahu!"..Tegas suara lelaki itu..

Muka Fira pulak yang monyok..Fiqah sudah tersengih sehingga menampakkan deretan gigi bersihnya itu..

"Fira ada nak beli apa-apa lagi ke? Kalau takda..Kita boleh balik ..Nanti nak balik kolej lagi..?!".. Ujarnya abangnya lagi..

"Kejap..Fira pergi bayar"..Terus saja Fira menjinjing bakul yang berisi dengan alatan tulis , sticky note , bantal cute dan bermacam-macam lagi..

Selesai saja membuat pembayaran, mereka menuju ke kereta Fizi..
Fizi menghantar mereka pulang lalu dia pun bergerak ke hotel..Mereka akan pulang bersama tapi berlainan kereta..

*****

Mereka sudahpun memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta ..

"Fira, Fiqah..Nanti dah sampai mesej umi ye!"..Umi Fareeda bersuara ketika menghantar mereka di muka pintu..

Fiqah terus menerpa Umi Fareeda lalu mencium, memeluk tubuh itu sambil melagakan pipi mereka..

"Umi, terima kasih sebab sudi tumpangkan Fiqah di rumah umi..". ujarnya dengan nada sedih..

"Eh, takde apalah Fiqah..umi dah anggap Fiqah macam anak sendiri dah..Nanti kalau nak datang..boleh je bagitahu umi okay! Hati-hati dan jaga diri elok-elok dekat kolej nanti..Tolong umi tengokkan Fira ye..Kalau dia ada buat hal..Fiqah 'sekel' je kepala Fira ye! Lepastu cepar-cepat report umi okay!"...Jawab Umi Fareeda sambil tersengih..

Fiqah yang masih lagi dalam dakapan umi fareeda itu turut tersenyum..

"Arahan diterima! aii aii captain!"..Sahut Fiqah..Mereka yang juga berada di situ turut ketawa melihat keletah Fiqah..Danial dari tadi tidak lepas memandang ke arah gadis itu..Hatinya juga turut terhibur..

"Apa ni umi..dah berkomplot dengan Fiqah pulak!"..Fira mencelah dengan wajah cemberutnya..

"Alolo, sian anak umi..Mari sini!"..Panggil wanita berusia dengan nada lembut untuk memujuk anak gadisnya..

Terus saja dua gadis itu dipeluk erat..Pesanan demi pesanan diberikan kepada mereka..Sesudah itu, mereka bergerak untuk masuk ke dalam kereta..Lambaian diberikan..Fizi pula hanya mengikuti kereta Danial dari belakang...Mereka meneruskan perjalanan dengan tenang.

Ting Ting Ting..

Kedengaran mesej masuk di telefon Fiqah..Fiqah berada di seat belakang manakala Fira pula duduk disebelah pemandu..Gila ke nak suruh Fiqah duduk disebelah pemandu! ..Lagu di radio kereta juga dipasang untuk mengelakkan kebosanan melampau..

Laju saja tangan Fiqah mengagau beg tangannya..Tangan Fiqah menekan chat yang baru diterima dari whatsapp..Selesai saja berbalas chat itu, Fiqah bersuara menegur Fira..

"Hmm, Fira kau tidur ke?"..Soal Fiqah..Fira terus menjawab..

"Takdelah..Kenapa?" ..Soal Fira kembali..Fiqah mula bergerak ke bahagian tengah seat belakang..Fira pula menoleh ke belakang memandang Fiqah..Mata Danial pula hanya sesekali memandang cermin tengah untuk menatap wajah Fiqah..

"Ohhh, Ni tadi Senior Faiz ada whatsapp aku..Dia suruh kita jumpa dia esok dekat bilik MPP untuk amik baju untuk dipakai ketika program nanti..Kau free tak esok?"..Ujar Fiqah..Dia hanya abaikan saja mata lain yang memandangnya..

"Ohh, inshaAllah Free..Kenapa? Esok kau busy ke?"..Fira bertanya..

"Aah, esok aku ade group assignment kena buat..Jumpa dekat cafe..Kau boleh ke tolong amikkan baju kita? ..Sebab Senior Faiz cakap baju tu orang lain dah dapat..tinggal kita je and dia kata maybe esok dia ada masa lapang..Hari lain tak free!"..Fiqah berkata sambil muka serba salah..

"Oh, takpelah kalau macam tu..Aku pergi amik kejaplah esok!..Dia kate free pukul berapa?''..

"Dia kata dia free dalam pukul 1..Lepastu dia ada kelas!"..

"Okay boleh, nanti aku pergi ambil baju tu..Kau jangan risau..Aku okay je!"..Jawab Fira sambil tersenyum lalu mengalihkan badan ke depan semula..

"Okay weyh..thankss!"..Kata Fiqah dengan rasa lega..

Perjalanan berasa sangat lama..mungkin disebabkan jalan sesak di waktu petang..Fira pula sudah tidur lena manakala Fiqah hanya menumpukan pandangannya di luar tingkap..Dia susah untuk tidur di dalam kereta yang ada orang lain..Kalau family, pasti dia juga akan lena seperti Fira..

"Fiqah tak tidur?"..Tegur Danial..

"Haa, Abang Danial cakap apa tadi?"..Tersentak Fiqah apabila dia ditegur dalam keadaan di sedang ralit memerhati pokok di tepi highway.

"Abang tanya Fiqah tak tidur ke? Tak mengantuk?"..Tanya Danial lagi..

Tipulah Fiqah tak mengantuk tapi disebabkan dia tidak selesa..Dia hanya menggeleng kepala..

"Kenapa? Abang bosan ke?"..Tanya Fiqah lagi..Lalu dia teringat, dalam beg tangannya ada gula-gula..Memang kebiasaan baginya untuk menghisap gula-gula jika perjalanan jauh..

"Takdelah..Abang okay lagi"..

"Err, abang nak gula-gula?"..

"Hmm, ada ke? Boleh jugak!"..Jawab Danial laju..

"Ahh, ada-ada ..kejap!"..Laju saja tangannya mengeledah beg tangannya..

"Fiqah tolong bukak sekali plastik gula-gula tu boleh?"..Saja Danial ingin bersuara..

"Boleh-boleh..Haa, nah!'..Laju saja tangan Fiqah mengoyak plastik gula-gula lalu gula-gula tersebut sebut diletakkan di tapak tangan Danial yang sudah di tadah..

"Hmm, maniss..Macam tuan dia..Terima kasih!"..Ujar Danial dengan nada mengusik..

Fiqah pula tidak senang duduk..segan dibuatnya dan mampu diam..Dia seakan tidak berani untuk bersuara..Kadang-kadang dia pun berasa pelik sebab kenapa dia susah untuk beramah mesra dengan Abang Fira sedangkan dengan orang lain senang saja dia menegur dan berbual..

Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya mereka sampai di kolej..

Fiqah dan Fira mengucapkan terima kasih ke Danial sebelum mereka bergerak masuk ke dalam hostel..Malam itu, mereka hanya berehat di katil ..Mereka cadang untuk tidur awal supaya mereka tidak liat untuk bangun pagi esok..

Fira pada malam itu terus lena, mungkin letih berjalan manakala Fiqah pula baru saja ingin menepuk bantal terkejut melihat telefonnya bercahaya di dalam gelap lalu terdengar bunyi notification ..

Fiqah berkerut kening..'Siapa whatsapp aku?'..Gumamnya perlahan lalu tangan mencapai telefon..

'Goodnight'..~ From: Danial..

'Eh, siapa pulak yang wish goodnight dekat aku ni?'..'Siapa Dania?'..Dalam beberapa saat, jantungnya berdegup kencang..Terus saja jari jemarinya ligat membalas chat tersebut..

'Abang Danial ke ni? Abang Fira?-..Fiqah membalas..Lalu, telefon di letak kembali untuk membetulkan posisi bantal kepalanya..

Ting Ting Ting..

Bunyi chat masuk..Fiqah sempat membaringkan tubuhnya sebelum mencapai telefon di sebelah bantal..

'Ye, Abanglah ni'...~ Danial

Mata Fiqah terus terasa segar..Hatinya tertanya bagaimana lelaki itu boleh mendapat nombornya..Tapi, disebabkan dia malas ingin memanjangkan 'conservation' mereka..Terus saja Fiqah membalas..

'Ouhh, Abang Danial..Ingatkan siapalah tadi..Terkejut Fiqah!..Btw, terima kasih belanja blouse untuk Fiqah..I'm really appreciate it..Hmm, fiqah tidur dulu ye..esok ada kelas pagi..Bye! Goodnight too'..

Laju saja Fiqah menoktahkan perbualan mereka..Hatinya jangan cakaplah..Dah berlagu riang..

'Most Welcome, okay take care and sweet dream..Bye!'

Balasan itu Fiqah baca berulang kali..Dia berasa seakan mimpi apabila Abang Fira chat dengannya..Lalu Fiqah hanya membalas perbualan itu dengan emoji 'okay' dan 'sleep'.. Lalu, telefonnya di tutup sebelum tidur..Matanya tunggu masa untuk tutup..Tetapi hatinya masih lagi berdegup kencang..Sah! Fiqah dah gila bayang..

Hye semua..Kita chill chill dulu..Nanti baru cahaya masukkan haikal dengan Farisha scene okay!... Maaf sebab sekian lama baru nak update next chap.. Cahaya agak busy lately ni.. #Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience