'Bukk!'
'Arghh, Aduh sakit punggung aku!' omel Fira perlahan ketika berlanggar dengan seseorang dihadapannya.
''ehh Fira, Kau okay tak ni?'' Tanya kawan baiknya, Fiqah dengan wajah yang risau. Sambil lengan Fira ditarik perlahan untuk membantunya bangun. Sempat lagi Fira menepuk lembut punggung yang sakit itu takut kotoran melekat di kain skirt labuhnya.
"Err, maaf cik, saya tak perasan ..Saya kelam kabut cari tempat sampai terlanggar cik..Maaf ye!" ..Kedengaran satu suara lelaki meminta maaf kepada Fira.
Ketika itu, lelaki tersebut sedang menunduk mengambil semula buku dan fail peribadinya yang telah terlepas akibat perlanggaran itu.
Fira hanya mengangguk sahaja walaupun mukanya sudah berkerut-kerut menahan sakit sambil melihat lelaki tersebut bangun. Dia kelihatan tidak mampu untuk menunduk mengutip bukunya tetapi rakannya Fiqah telah mengutip untuknya.
"Eh takpelah encik, salah kami juga sebab tak berhati-hati tadi"..Fiqah menjawab apabila muka Fira sudah mendung menahan sakit. Lalu mukanya di paling lalu tersenyum ke arah lelaki tersebut.
'kuat juga ye berlanggar dengan lelaki ni..sampai sakit tak hilang tapi melarat ke pinggang..dahsyat betul' ..bisik hati Fira dengan rasa tak puas hati dan mengelamun.
"Kawan cik okay? Kalau tak okay mari saya hantar ke klinik" ..tawar lelaki itu dengan rasa serba salah apabila melihat muka Fira muram.
"Kau okay kan Fira..Boleh jalan lagi kan? Nak pergi klinik tak? "..Fiqah bertanya untuk kedua kalinya .
"Err, tak pe ..saya okay lagi.." Jawab Fira sambil senyum paksa.
Serba salah jugak sebenarnya kerana Fira pun ralit bersembang dengan Fiqah sampai tak toleh ke depan.
"Betul ni cik? Saya minta maaf sekali lagi ye cik berdua" Jawab lelaki itu dengan senyum manisnya.
'wow, manisnya lelaki ni senyum..cair hatiku..wuhuu' ..hati Fiqah memuji lelaki tersebut.. Fira hanya menjeling Fiqah yang tersenyum gedik Tahu sangat Fiqah sejenis yang cepat cair dengan lelaki. Lagi -lagi lelaki tu senyum dan kacak.
''Cettt, cair la tu '' bisik Fira ke Fiqah sambil menjeling. Fiqah membalas jelingan itu sambil tersenyum mengejek.
" Ehh takpe -takpe..Kawan saya ni memang kalau bersembang kiri kanan tak pandang. Itu, yang berlanggar dengan encik tadi..Kami minta maaf ye!" Kata Fiqah sambil memandang ke arah Fira.
Fira menyiku dengan lengannya ke pinggang Fiqah..
'Kurang asam budak ni! bukan nak cover aku..tapi dia malukan aku..ciss tak guna Fiqah..siap kau dekat hostel' ..Marahnya meluap hanya di simpan dalam hati.
" Eh takpe..Saya okay je" ..Laju sahaja lelaki itu menjawab sambil menggangguk kepala dan senyum ke arah Fira. Fira hanya senyum paksa dan membalas anggukan lelaki itu.
" Eh, tadi encik ade bagitahu sedang mencari tempat? Mana tahu saya boleh bantu encik" ..Pintas Fiqah bertanya apabila melihat lelaki di hadapannya itu melihat disekeliling kawasan seakan mencari sesuatu.
" Ouh ye, saya sedang mencari pejabat fakulti ..Di mana ye?" Tanya lelaki tersebut.
" Ouh..Senang je tu..Encik kena naik tangga pergi ke tingkat 2 sebelah kanan terus sahaja depan sikit tu pejabat fakulti" .. Jawab Fiqah sambil menunjuk arah kepada lelaki itu dengan menunjukkan jari ke bahagian atas.
Fira hanya memerhati sahaja , tidak menyampuk sekalipun kerana menahan rasa sakitnya.
"Ouh terima kasih ye cikk...??''.. Tanya lelaki itu..
"Saya Shafiqah, panggil 'Fiqah' je dan kawan saya Hafirah, boleh panggil 'Fira" ..Fiqah senyum manjang apabila bercakap dengan lelaki itu.
" Ouh ye cik Fiqah dan cik Fira..Terima kasih" ..Mata lelaki itu memandang Fiqah sekejap lalu mengarah ke wajah Fira lama.
Anggukan sahaja diberikan oleh Fira..
"Saya minta diri dulu ye..Terima kasih dan minta maaf ye cik berdua..sampai ketemu lagi" ..Ramah lelaki itu bercakap..
'Amboi sampai ketemu lagi ..Makin cair la Fiqah lepasni'! ..bisik hati Fira.
"okay takpe encik..Sama -sama..InshaAllah kalau ade rezeki , boleh berjumpa lagi'' ..Fiqah menyahut sambil tersipu malu.
"Gatal kau eh Fiqah'' ..Fira bersuara kecil seakan berbisik tetapi lelaki dihadapannya itu dapat mendengar sehingga tercetus ketawa kecil daripada lelaki itu ..
Fira hanya menjeling Fiqah apabila kawannya itu mencebik bibirnya.
"Saya pergi dulu ye..Assalamualaikum" ..potong lelaki itu kerana kelihatan seakan ingin cepat..
Fiqah dan Fira hanya menggangguk kecil dan tersenyum..
Selepas sahaja lelaki itu berlalu pergi.. Terus sahaja Fiqah bersuara..
"Ishhh, kau ni kenapa malu kan aku tadi..nasib baik lelaki tadi senyum je..spoil mood la kau ni Fira!..baru nak berangan nak bercakap lama dengan 'prince charming' aku..hehe''..Kata Fiqah
"Eleh, pergi da dengan 'prince charming' kau tu..Bukan main lagi kau ye macam ulat bulu..geli weyh"..Jawab Fira sambil mula berjalan keluar dari fakulti mereka sambil memegang pinggangnya yang sakit.
'Nak kena sapu minyak lepasni!. Huh..' Keluh Fira .
"Weyh Fira, kelakar la kau jalan macam tu..Macam orang mengandung! hahaha" ..Fiqah ketawa kuat melihat rakannya jalan seperti itu..
"Kurang asam budak ni..Kau diam la weyh..!" Garang saja suara Fira..
Tapi bagi Fiqah itu hanyalah gurauan.. Fiqah tidak ambil hati langsung dengan Fira..Dia tahu Fira garang macam mana pun hati baik dan peramah ..itu yang membuatkannya selesa berkawan.
Fiqah berlari mendapatkan Fira dan memeluk bahu rakannya itu untuk membantu berjalan dengan baik. Mereka berjalan sambil bersembang dan ketawa seperti selalu..Jika dilihat seakan adik beradik sahaja sehingga tidak menghirau situasi di sekelilingnya.
Dari kejauhan, ada sepasang mata melihat gelagat dua sahabat baik itu..Riak wajahnya tersenyum sambil memandang lama belakang badan seorang perempuan yang sedang berjalan jauh sambil memegang pinggang.
Hatinya tercuit untuk memerhati gelagat mereka. 'Fira ye? Comel!' ..Bisik hati lelaki itu. 'Moga berjumpa lagi Fira!'..
Kakinya mula mengorak langkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas bagi menyelesaikan urusannya selepas memerhati kelibat mereka hilang dari pandangan.
Hati dan perasaannya seakan di 'ketuk' sesuatu sehingga membuatkan senyumannya tidak lekang di bibir walaupun sudah berlalu.
#Masihkah akan ade pertemuan yang seterusnya untuk mereka?
Nantikan ye..
Terimalah Novel ke-2 daripada Cahaya..Harap dapat menghibur dan mengisi masa lapang awak semua..Jangan lupa tinggalkan komen ye dan nantikan bab yang seterusnya.. Tq support
Share this novel