SELEPAS subuh, Fira bangkit dari tikar sejadah lalu merebahkan kembali tubuhnya di katil..Badannya masih lagi lemah tetapi suhu badannya sudah turun..Dia mengambil panadol lalu telan ..Niatnya ingin rehat sebentar tetapi dia malah terlelap..Abangnya juga tiada ,jadi dia tak perlu bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi..
Jam menginjak ke pukul 10 pagi..Fira terjaga lalu dia bangun dan mencapai tualanya untuk mandi..Perutnya sudah berdendang memandangkan dia belum makan..Last makan selepas maghrib semalam, itupun sedikit je dia mampu telan..Telefonnya di cucuk dengan wayar cable charger..
Setelah siap mandi, Fira melangkah keluar menuju ke dapur...Hidung terhidu bau masakan..Perutnya mula berkeroncong..Dia tak ambil pusing kerana, kebiasaannya jika jirannya sedang masak..Bau akan masuk juga ke dalam rumahnya..Namun, sangkaannya meleset..
'Aip, siapa dekat dapur? Abang dah balik ke?'..Gumamnya perlahan..Fira melangkah perlahan lalu mendekati dapur dan dalam masa yang sama tubuh kelibat berpusing ke belakang..Susuk tubuh itu kaku sebentar sebelum berdehem kecil..Fira yang turut kaku itu terus saja tersedar lalu dia meraba kepalanya yang tidak bertudung..
'Arghhh! Apa dia buat dekat dalam rumah niii!'..jeritnya dalam hati..Sambil kaki berlari masuk ke bilik dan mencapai tudungnya..Pintu bilik dihempas kuat dan berkunci..
Susuk tubuh di dapur itu masih lagi berdiri sambil memerhati wanita berlari masuk ke biliknya..'Cantik!'..
'Astaghfirullah, apa aku fikir ni..haih!'..marahnya pada diri sendiri yang leka ..Seusai memasak, lelaki itu hanya menunggu di meja makan..Beberapa minit kemudian, kelihatan wanita itu keluar dengan muka memerah , hatinya bercampur baur..Malu!
"Duduklah, kenapa berdiri?..Saya ada masak sikit untuk awak"..Lelaki itu memanggil Fira yang masih lagi berdiri di tepi meja makan..Lelaki itu sudah pun duduk dan bersedia untuk makan..
"Macam awak boleh masuk dalam rumah ni?"..Soal Fira lalu tangan menarik satu kerusi yang agak jauh dari tempat duduk lelaki itu..
"Dah awak tak kunci pintu belakang..Saya masuk jelah" ..Selamba lelaki itu menjawab dan tangannya menghulur mangkuk yang berisi bubur ayam yang dimasaknya tadi kepada Fira.
"Awak gila ke ? sesuka hati je masuk rumah orang..Kalau pencegah maksiat datang macam mana?"..Merah padam muka Fira ketika itu..Tetapi suaranya masih lagi perlahan disebabkan badannya masih lagi lemah membuatkan moodnya tak baik..
"Nak buat apa lagi..Kahwin jelah!"..Jawab lelaki itu lagi...Dia tidak menghiraukan Fira yang sudah memandangnya dengan renungan tajam...Dia juga turut makan bubur ayam yang dimasak olehnya..Dia menyudu bubur masuk ke dalam mulut..'Not bad juga masakan aku..Sedap!'..Pujinya dalam hati..Angkat bakul sendiri guys! Haha..
"Kahwin jelah? Amboi senangnya menjawab..Awak fikir saya main-main ke? Awak fikir kahwin tu macam main masak-masak ke? ".. Keluh Fira..Moodnya sangat tak baik..Macam nak menangis pun ada..Matanya mula berkaca..
Lelaki itu yang perasan wajah muram itu terus saja serba salah..Niatnya ingin bergurau terus dibatalkan..
"Okay, saya minta maaf..Saya bergurau je..Awak jangan risau sebab lepas je makan, saya akan balik ..Lagi satu, saya dah call abang awak minta kebenaran yang saya masuk dalam rumah ni untuk masak bagi awak makan"..Jawab lelaki itu ..Tiada respon dari wanita itu..
"Saya janji, lepas saja awak makan..Saya keluar..Awakkk makanlahhh" ...Pujuk lelaki itu lagi..
Fira hanya memandang saja tingkah lelaki itu..Hatinya terpujuk apabila mendengar penjelasan dari lelaki itu..Tangannya menarik mangkuk itu lalu dia menyudu bubur masuk ke mulutnya..'Sedap!'..
Suasana sunyi sepi..Lelaki itu yang sudah habis makan hanya memerhati gelagat wanita itu yang sedang makan ..Fira hanya buat tak endah apabila dia perasan mata lelaki itu tak lepas memandangnya..Perutnya yang lapar perlu di isi dahulu sebelum bersuara..
"Err, abang awak ada bagitahu saya yang petang nanti dia akan gerak balik sini"..Lelaki itu bersuara sambil matanya tak lepas memandang si pujaan hati..
Fira yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu terus saja terhenti ..
"Awak call abang saya bagitahu yang saya tak sihat ke?"..
"Yee, saya bagitahu..Sebabnya semalam dia call awak..Awak tak jawab..Katanya..So, saya bagitahu jelah yang awak tak sihat..Maybe telefon habis bateri lupa nak cas..betul?"..
Fira menepuk dahi..Ya! Dia lupa nak on fon selepas charge waktu subuh tadi..Lalu, dia terus saja bangkit dan meluru masuk ke biliknya dan mencapai telefon yang mati..
Kaki melangkah keluar kembali dan duduk di meja makan..Sementara menunggu telefonnya di on kan kembali..Fira menghabiskan bubur di dalam mangkuk..Bunyi di telefon tidak berhenti menandakan mesej masuk berpusu-pusu..Lelaki itu hanya diam dan hanya memerhati..
'20 miscalled?'
'Dari abangnya, Fiqah dann ....dari lelaki itu..Fizi!'..Keningnya berkerut apabila melihat nombor lelaki itu paling banyak di dalam list call tersebut..
"Kenapa awak call saya banyak kali?"..Tanya Fira sambil memandang wajah lelaki yang sedang merenungnya..Wajah lelaki itu mula tersengih..
"Saya call awak just nak ingatkan awak untuk makan makanan yang saya beli dengan ubat.. dann"..Saja Fizi buat ayat tergantung..ingin melihat respon Fira..Dan yes! Fira memandangnya yang dari tadi leka menatap telefon..
"Dan?"
"Dan saya tak boleh tidur semalam sebab risaukan keadaan awak..Dalam masa yang sama, saya rindukan awak! ..Saya ingat semalam nak minta izin abang awak untuk benarkan saya tidur dekat sofa ruang tamu rumah awakk..Tapi bila terfikir balik, saya taknak awak rasa tak selesa duduk dalam rumah awak dan saya masih waras dan sedar diri memandangkan hubungan kita belum halal.."..Jawab Fizi jujur dari hati ..Mata masih lagi merenung anak mata Fira walaupun masih ada jarak..
Fira diam terkedu..'Adakah aku menyulitkan keadaan?' Aku ke yang masih tak sedar lagi rasa yang cuba lelaki itu berikan?'..Fira buntu..Keadaan kembali sunyi..
Telefon pintar Fira berbunyi menandakan panggilan masuk..Tersentak mereka berdua lalu Fira menjawab panggilan dari Abangnya..
"Hello assalamualaikum abang"..
"Waalaikummussalam..Adik abang dah sihat ke? Kenapa malam tadi tak 'on' telefon..Risau abang tau..Nasib baik ade Fizi boleh tolong tengokkan adik..Lain kali jangan off telefon!"..Bebel Danial
"Err, alhamdulillah kurang sikit dah..Adik bukan taknak 'on' telefon lah abang..Bateri adik habis semalam..Itu yang mati..bukan saja-saja..Abang jangan lah membebel..tak kesian ke dekat adik?"..Jawab Fira dengan muka cemberut..Tangannya menggaru kepala yang tak gatal..Dah lah tak sihat lagi dah kena bebel..Sebal!
Fizi yang berada di situ sudah ketawa..Tahu yang Abang wanita itu sedang membebel dekat adiknya..lihat saja muka keruh milik Fira itu membuatkannya tergelak..
"Siapa gelak tu? Fizi ada dekat situ ke? Tak balik lagi?"..Soal Danial
"Yelah, dialah tu siapa lagi yang gelak..Entahlah dia, taktahu bile nak balik..kalau halau nanti terasa hati pulak!"..Jawab Fira sambil menjeling Fizi yang sedang membutangkan matanya yang mendengar kata yang keluar dari mulut comel itu..'Haih geramnya..Nasib baik lah belum halal..Kalau dah halal siap budak kecik ni..aih'..Gumamnya
"Bagi kejap telefon dekat Fizi..Abang nak bercakap dengan dia sekejap!"..Pinta Danial..
"Kenapa abang tak call je dia terus..?"..
"Bagi jelah..Alang-alang dia ade dekat situ..adik bagi sekejap je sebab ade hal mustahak ni"..Jawab Fizi geram..Dahlah dia tengah berpanas di site..
"Yelah..Sekejap!"..Fira menjawab lalu menghulur telefon pintarnya ke Fizi..Fizi mengangkat kening seolah bertanya..
"Abang saya nak bercakap dengan awak"..Kata Fira..
Fizi menyambut huluran itu lalu melekapkan pada telinganya..
"Hello ?"..Sapa Fizi..
"Hello Fizi, aku nak bagitahu yang projek dekat sini aku tengok dah nak hampir siap..Dalam 80% peratus..Tinggal beberapa lagi belum settle..Syarikat yang bergabung dengan kita pun ada bagitahu yang mungkin dalam 2-3 bulan projek kita akan settle..So, memandangkan dah nak settle..Aku fikir nak balik petang ni lah memandangkan adik aku tak sihat lagi tu.." ..Danial berasa resah..Walaupun mereka sahabat baik tetapi kerja tetap kerja..Danial masih lagi menghormati rakannya sebagai boss di tempat kerjanya..
"Okay takpe..Kalau macam tu..Kau balik jelah..Apa-apa nanti kau bagitahu pihak sana suruh contact je aku kalau ade apa-apa masalah..Terima kasih juga sebab kau sudi turun site tengok projek kita dekat sana"..Jawab Fizi..
Fira hanya diam..Dia mengangkat punggung lalu membasuh mangkuknya dan Fizi..Fizi menghadiahkan senyuman manis sambil mengenyitkan mata sebagai balasan kepada Fira..Fira hanya menjeling saja..
"Takpe..Itu memang kerja aku..Lepasni kau balik tau! Memandangkan adik aku dah boleh bangun makan dan jawab call..Kira okaylah tu..Aku bukan tak kasi kau berjaga dekat depan rumah tu..Tapi aku risau kalau orang dekat sekitar situ tengok kau depan rumah aku time aku takde..Tak manis lah kan"..
"Ye aku faham..kalau kau bagi aku 'greenlight' pun..Aku takkan buat sesuka hati..Aku masih waras tau walaupun adalah 'gatal' sikit kalau duduk dengan adik kau..Tapi, aku boleh kawal lagi tau..haha!"..Gelak Fizi apabila melihat Fira yang sudah duduk di kerusi memandangnya tajam..'Renungan yang boleh mencairkan hatinya untuk kesekian kalinya'..
"Baguslah kalau macam tu, Dah 'pass' balik telefon adik aku! Btw, thanks sebab tengok-tengokkan adik aku!"..
"Alaahh, takde apalah..Sama-sama bakal 'abang ipar'..Usik Fizi dengan ketawanya...Memerah muka Fira manakala Danial pula menyampah dengarnya..Terus saja telefon dihulur kembali kepada Fira..
Fira laju menyambut dan bersuara..
"Abang jadi ke balik petang ni?"
"Yee, abang balik petang ni..Fiqah ada kirim buah untuk adik..Nanti apa-apa abang call adik..Pastikan lepas saja Fizi balik..Kunci pintu rumah..Abang ade bawa kunci pendua..Adik rehat..Jangan lupa makan ubat kalau rasa tak sihat lagi..Abang nak sambung kerja balik ni..Apa-apa call abang tau!..byee!"..
Fira yang mendengar buah terus saja bersinar anak mata..Moodnya kembali baik..Tak sabar betul nak makan buah..Baru saja dia ingin menjawab terus saja abangnya letak..
'Cis punya abang..Dia boleh letak gitu je? Haih!'..Marahnya dalam hati sambil menatap telefon itu..
Fizi pula sudah bangun dari duduknya..Dia perlu masuk ke office sebentar selepas ini..Fira mengangkat wajah..
"Saya balik dulu..Awak rehatlah..Saya bagi cuti sampai awak sihat.."..Katanya sambil bergerak keluar ikut pintu dapur..Fira juga mengikuti langkah lelaki itu..
"Err, terima kasih buatkan bubur untuk saya"..Fira memandang lelaki itu yang baru saja bergerak mendekati keretanya..
Fizi mengangguk dengan senyuman.."Kalau ada apa-apa terus call saya..awak rehat tau..Jangan lupa kunci pintu..Takut ada orang masuk nanti payah..Kalau saya masuk takpelah dapat kahwin free dengan awak!"..Sakat fizi..
"Awakkk"..Meleret saja suara Fira ..Geram bercampur malu..'Menyempat lagi usik aku tau dia ni!'..
"Hehe, jangan marah..Saya usik je..Hmm, saya balik dulu...Take care okay..Nanti saya call awak jangan tak jawab..!"..Kata Fizi lalu tangannya membuka pintu pemandu..Fira mengangguk faham malas berbual panjang nanti lagi lambat lelaki itu mahu balik..Dia memerhati kereta itu bergerak menjauhi rumahnya..Lantas, pagar di kunci dan pintu rumah , dapur juga di kunci seperti yang di arahkan oleh abangnya..Dia masuk ke bilik dan merebahkan badannya sambil membalas chat dari Fiqah..
******
"Kereta siapa tu yang parking dekat depan rumah ?"..Soal Danial ketika menghantar Fiqah pulang dan mengambil barang yang dikirim oleh rakan baik adiknya ini..
"Ouhh, kereta kakak saya"..Jawab Fiqah..Ketika itu matanya dapat menangkap satu susuk tubuh wanita yang baru keluar dari kereta kakaknya..Siapa sebelah kakak aku tu? Kawan dialah kan?
Kereta Danial masuk ke dalam halaman rumah Fiqah..Fiqah keluar saja dari kereta ..
"Abang Danial taknak masuk dulu?"..Soal Fiqah..
"Maaflah, bukan abang tak sudi nak masuk..Tapi abang 'rushing' sikit..Abang tunggu dekat luar jelah ye"..Jawab Danial..Sebenarnya dia segan ingin bertemu dengan kakak Fiqah..
"Oh, sekejap ye..Fiqah panggil ayah Fiqah dengan buah untuk abang Danial bawak balik sana"..Ujar Fiqah lalu bergerak naik ..
"Fiqah, kenapa tak di ajaknya tetamu kita naik?"..Tegur makcik Ina ketika matanya menangkap susuk tubuh anaknya di muka pintu..
"Dia nak cepat ibu..Dia minta maaf sebab tak dapat naik atas..Ayah mana ibu?"..Jawab Fiqah..
"Kau balik dengan siapa Fiqah?" ..Soal kakaknya yang turut sama di ruang tamu..Laju saja langkah Fiqah bergerak untuk bersalam dengan kakaknya itu..Jarang berjumpa..Baru saja ingin bersalam dengan kawan kakaknya..Fiqah memberi senyum nipis..'Macam pernah nampak je dia ni'..
"Ini kawan kakak..Atisha..Panggil kakak Isha..Dialah yang duduk menyewa dengan kakak"..Pantas kakak Fiqah menjawab..Fiqah hanya mengangguk faham..Isha juga berkerut-kerut cuba mengingati wajah Fiqah..Serasanya macam pernah jumpa..tapi tak ingat di mana..
Lalu dia bergerak mencari kelibat ayahnya di belakang rumah...tiba-tiba dia mendengar suara ayahnya sedang bersembang dengan seseorang..Fiqah bergerak turun..Terkejut dia melihat Danial sudah duduk bersama ayahnya..'Macam mana dia ade dekat sini pulak? Haih pelik'..
"Haa, Fiqah..Tolong angkat buah-buah ni masuk dalam 'boot' kereta Abang Danial"..Pinta Ayahnya..
"Ehh, tak pe pakcik..Saya boleh angkat sendiri"..Tolak Danial..
"Haishh, takpelah..kamu kan nak balik dah..Nanti lambat pulak kamu nak bergerak balik..Jauh pulak tu..Mesti letih kamu nanti"..Jawab pakcik Zainal lagi..Fiqah pula hanya menurut dan sudah sedia memegang kotak berisi buah rambutan dan manggis..Lalu, dia bergerak ke belakang kereta Danial..
"Maaf susahkan awak"..Serba salah Danial dibuatnya..Danial yang juga memegang dua plastik buah naga dan pisang..
"Takpelah abang Danial..Tak berat mana pun."..Jawab Fiqah dengan senyum manisnya..
"Danial, mari jumpa makcik sekejap dekat atas sebelum kamu balik..Mesti dia mahu jumpa kamu dulu"..Suara Pakcik Zainal memanggil..
Danial dan memandang Fiqah..Fiqah mengangguk kepala..
"Baiklah.." Jawab Danial bergerak naik ke atas..Fiqah pula mengikut dari belakang..
Naik saja di atas..Matanya menangkap dua susuk tubuh yang dia kenal..Kakak Fiqah pula orang yang dia berurusan mengenai projeknya disini..Di sebelah wanita itu pula, kawan sekolahnya..Isha..'Mereka ni berkawan rapat ke?'..Mukanya cuba dimaniskan..
Isha pula sudah tercengang melihat Danial yang berada di situ..Jadi, tak silap sangkaan tentang pertemuan mereka di Mall dulunya..Matanya masih lagi menatap wajah lelaki itu..'Sungguh hatinya rindu untuk menatap wajah lelaki itu'..Kakak Fiqah pula membalas senyum lelaki itu..Dia juga pelik bagaimana lelaki itu boleh datang ke rumahnya..'Kawan Fiqah ke?'..
"Danial, mari minum sikit..nanti kamu nak balik dah.." Pelawa makcik Ina..Danial mengangguk..Fiqah pula hanya diam..Kalini, dia tidak bersuara langsung kerana di dapat melihat perubahan pada tiga wajah itu..Terutama sekali riak muka wanita yang tak lepas memandangnya..
Danial yang ketika itu juga melihat wajah Fiqah yang diam membisu terus tak senang duduk..Beberapa minit kemudian, Danial meminta diri..
"Makcik , pakcik..Saya rasa dah lewat ni..Saya minta diri dulu ye..Terima kasih jamu saya makanan dan terima kasih juga atas layanan baik yang diberikan.." Kata lelaki itu lalu dia bangun dari duduknya..Danial bergerak bersalam dengan ayah Fiqah..Dan dia menunduk serta senyum kepada Ibu Fiqah dan tetamu lain..
"Baiklah..Hati-hati balik tu..Kalau letih berhenti rehat..Jangan paksa"..Peringatan diberikan untuk Danial..Danial mengangguk faham..
"Fiqah, kamu hantar Abang Danial ke depan"..Sambungnya lagi..
Setelah memberi salam..Fiqah hanya mengikut langkah lelaki itu keluar..Sampai saja di kereta Danial, terus saja dia bersuara ..
Isha yang sedang duduk di dalam rumah itu sudah tidak senang duduk..Dia ingin berjumpa dengan lelaki itu..Dia mahu tahu Danial balik mana? Dan tinggal di mana sekarang..Tapi, dia segan dengan ibu dan ayah rakannya itu yang ralit bersembang..
"Kenapa muram je tu?..Cuba senyum sikit untuk abang"..Tegur Danial..Hatinya juga tak senang melihat wajah gadis itu..
Fiqah tersentak..Dia sebenarnya ingin bertanya mengenai kawan kakaknya itu kepada lelaki itu..Tetapi, dia hanya mampu diam..Rasa macam dia siapa nak tahu hal peribadi lelaki itu..
"Err, hehe..Takdelah..Saya okay jelah"..Jawab Fiqah dengan senyum di buat-buat..
"Tengok tu..senyum pun sikit je..Abang nak balik jauh dah ni..Nanti mesti abang rindu nak tengok muka Fiqah"..Kata Danial lagi..Seakan memujuk..Dia tahu apa yang sedang bermain di fikiran gadis itu..
"Err, hehehe..ada-ada je abang Danial ni..Btw, nanti sampaikan salam saya dekat Fira..Salam rindu.."..Jawab Fiqah dengan tersengih..
"InshaAllah, dekat abang tak ada salam rindu jugak ke?"..Usik Danial..Fiqah sudah tertawa..Danial yang melihat wajah ceria tu terus saja berasa lega..Lama dia menatap wajah itu ketawa..'Sah! kau dah angau Danial oi!'
"Kenapa abang Danial pandang saya macam tu? Ada yang pelik ke?"..Soal Fiqah sambil tangan meraba wajahnya..'Ada yang comot ke? Ada tahi mata ke?'..
Danial pula ketawa melihat gelagat gadis itu..Dia mengeleng..
"Takdelah, abang tengok sebab muka Fiqah 'cute' kalau ketawa"..Jawab Danial dengan senyumnya..
"Haih..macam-macam lah Abang Danial..Hmm, hati-hati balik nanti..Pandu kereta elok-elok.."Fiqah membalas senyuman lelaki itu..Hatinya juga sayu untuk menghantar lelaki itu balik..Nak buat macam mana , tempat tinggal mereka jauh..
"Baiklah, nanti abang sampai sana..Abang call Fiqah ye..Abang tahu mesti Fiqah risau tentang abang kann"..Sakat Danial lagi..Suka dia tengok pipi Fiqah yang sudah berona merah..
"Suka hati abang lah!''..Jawab Fiqah sambil matanya meliar memandang tempat lain..
"Okaylah, abang gerak dulu ye..Fiqah jaga diri okay..Nanti kalau abang dah sampai sana..Abang call Fiqah..Byee Take care..Assalamualaikum"..Danial bergerak memasuki keretanya apabila melihat respon Fiqah yang menggangguk kepala..
Dengan senyum nipis, Fiqah membalas lambaian lelaki itu..Dia masih lagi berdiri di luar rumah sehingga bayang kereta lelaki itu hilang dari pandangan..
*******
"Isha, kau okay ke?"..Tanya Aqilah..Ketika mereka sudah sampai di rumah sewa..
"Aku okay!"..Jawab Atisha sambil melabuhkan punggung di sofa diruang tamu..Matanya masih lagi terbayang wajah lelaki yang sudah lama terpahat di hatinya..Lalu, dia memejamkan mata sebentar..Banyak persoalan untuk ditanya tetapi dia tak kuat..Hatinya rapuh..'Sungguh sakit jika mencintai seseorang tetapi tidak dapat memilikinya'..
Aqilah faham dengan situasi Isha hanya mengeluh..Dia faham perasaan Atisha sekarang..'Perlukah aku meminta Fiqah menjauhi lelaki itu demi rakannya!'..Dia juga buntu..Bukan dia taktahu yang adiknya juga menyimpan perasaan terhadap lelaki itu..Tetapi, adiknya tidak tunjuk mungkin disebabkan dia masih ada tanggungjawab..Dan dari lirik mata lelaki itu yang memandang adiknya juga memberitahu bahawa lelaki itu juga turut menyimpan perasaan yang sama..Aqilah buntu!..Dia tersepit di antara kawan baiknya dan juga adiknya..
Lalu, Aqilah bergerak naik ke atas..Dia hanya membiarkan dan malas mengganggu Isha melayan perasaannya..Dia juga ingin mandi dan berehat kerana esok jadualnya agak padat dengan meeting lagi..
****
Kira- kira jam 1 pagi..Kereta yang dipandu oleh Danial masuk ke dalam parking rumahnya..Setelah memastikan pagar dikunci..Dia menolak pintu dan masuk ke dalam..Muka seakan berkerut apabila melihat lampu ruang tamu tidak di tutup..
Matanya meliar lalu terpasak pada susuk tubuh adiknya yang tidur di sofa ruang tamu..Kelihatan Tv juga di pasang..Danial mengeleng kepala..
"Adik adikk .Bangun tidur dalam bilik..Kenapa tidur luar ni?"..Kejut Danial sambil tangannya menggoyang bahu adiknya..Fira tersedar lalu bangun..
"Ehh, abang dah sampai?"..
"Aah, abang baru sampai ni..Kenapa tidur luar ni? Dengan tv tak tutup! Dah, Pergi masuk bilik tidur!"..Bebel Danial..Fira hanya diam saja kerana dia masih lagi mamai..Danial pula sudah tutup tv dan kakinya bergerak ingin tutup lampu ruang tamu apabila Fira sudah bergerak masuk ke dalam biliknya..Dia hanya mampu mengeleng kepala..
Selesai saja mandi, Danial merebahkan badan di katil lalu jari jemarinya menghantar chat kepada Fiqah memberitahu yang dia sudah selamat sampai..Lalu, telefon di letakkan di meja tepi katil..Baru saja dia ingin bergerak ke dapur untuk minum..terdengar bunyi mesej masuk..Agendanya tadi terus dilupakan..
Lantas tangannya mencapai telefon..Kening berkerut..'Aip, Tak tidur lagi dia ni?'...Dia membaca balasan dari Fiqah yang menyuruh lelaki itu untuk berehat..bibirnya melakar senyuman..Lalu, dengan selamba dia menekan button call..
Selang beberapa minit, Panggilan telefonnya dijawab..
"Hello assalamualaikum Abang Danial"..Jawab Fiqah..Ketika itu, dia baru saja selesai membuat report yang perlu dihantar esok..Dan badannya direbah di katil empuk miliknya dan tangan masih memegang telefon yang melekap ditelinga..
"Waalaikummussalam Fiqah..Kenapa tak tidur lagi? Tunggu abang chat ke..Rindu abang eh?"..Sempat lagi Danial mengusik wanita itu..Kedengaran wanita itu ketawa mendengar usikannya..
"Ehh, perasan je..Siapa rindu dia? Fiqah baru je habis buat kerja okay!"..Jawab Fiqah selamba..
Danial tertawa mendengar jawapan dari Fiqah ..Dia tahu belum tiba masanya lagi untuk meluahkan perasaan..
"Yelahh, siapalah Abang dekat Fiqah kan..Kalau macam tu, abang tidur dulu lah"..Danial berpura-pura merajuk..Saja ingin menduga Fiqah..Kadang-kadang dia pun merasa pelik dengan dirinya apabila berhadapan dengan wanita itu..Seolah-olah dirinya bagai dirasuk dan itu bukan dirinya yang dulunya kurang bertegur sapa dan gelak ketawa dengan wanita..
"Elehh, merajuk lah tu..Jangan merajukk..Nanti cepat tua!"..Fiqah pula mengusik lelaki itu..Tetapi, beberapa kali juga dia menahan menguap dan matanya..Semata-mata ingin mendengar suara lelaki itu..Tapi, makin lama tahan makin tertutup..Lantas dia terlelap dengan telefonnya masih lagi melekap di telinganya..
"Hehehe, kalau abang tua..Fiqah tak sudi ke nak terima abang?"..Soal Danial..Dalam beberapa saat, Danial mendengar dengkuran halus di telinga..Sah! Mesti Fiqah sudah terlelap ketika mereka berbual..Dia tersenyum sambil dia berbaring selesa..Dia masih lagi tidak mematikan panggilan ..Dengkuran halus dari wanita itu telah membuatnya terbuai perasaan..
"Goodnight buah hati, moga mimpi indah..I hope u will dreams about me!"..Ucap Danial lagi..lalu, dia menutup matanya ..Panggilan itu hanya dibiarkan saja..Dalam beberapa saat, lelaki itu juga dibuai mimpi..
****
"Hyee, hello geng! Apa khabar? Long time no see ah! "..Tegur seorang lelaki kepada Haikal yang baru saja sampai dibilik khas yang tersedia di dalam sebuah club di ibu kota..
"Kau kenapa panggil aku datang sini?"..Soal Haikal sambil melabuhkan punggung di sofa..Lantas, dua wanita yang ditempah oleh rakannya datang merapat dan bergesel dekat bahunya saja ingin menunjuk aset utama wanita itu..
"Hahaha, kau kenapa? Aku saja panggil nak ajak kau lepak..Mentang-mentanglah kau sekarang dah bekerja..Mudah je kan kau lupa kan aku.." Ujar kawannya sambil menghisap vape..Tangannya pula sudah naik merayam di buah dada wanita sewaannya itu..Dengan rela, wanita itu membiarkan saja tangan lelaki itu merayap kerana itu memang tugasnya untuk memuaskan nafsu tetamunya agar dibayar dengan harga tinggi..
"Aku busylah..Bukan taknak lepak dengan kau!"..Jawab Haikal sambil tanganya menepis tangan wanita yang sudah merayap disekitar pahanya..Bukan dia tak suka..Tetapi dia hanya ingin wanita yang disukainya saja yang boleh menyentuh walaupun dengan sugar mummynya..Dia akan mengelak sehabis baik..
"Elehh..busy konon..busy dengan sugar mummy dia adalah kan?"..Soal Faqih dengan senyum dileretkan dengan gaya gatal dan kening di angkat ..
"Takdelah, sugar mummy aku selalu busy..So, masa aku banyak kepada kerja je"..Haikal menjawab sambil mengambil makanan yang tersedia..Air coke juga diminum..
"Yelah tu, ataupun kau tengah tunggu orang yang sama? Fikir aku tak ingat pasal tu?"..Soal Faqih..Bukan dia taktahu yang rakannya itu masih lagi ada hati dengan wanita itu..Wanita yang bernama Hafirah Syaqina..Wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi yang boleh membuat lelaki jatuh hati dengannya..
Haikal terdiam mendengar kata-kata dari Faqih..Benar! Dia masih lagi menunggu pujaan hatinya..Dia sekarang masih lagi berusaha mencari keberadaan wanita itu dan dia sudah berjanji dengan dirinya untuk memiliki wanita itu dengan apa jua cara sekalipun..
"Haa, diam kau tu, aku dah tahu!..Takperlu kau nak jawab!..Takpe nanti aku bantu kau dapatkan dia nak?"..Faqih menawar sesuatu dengan Haikal..
"Serius lah kau nak tolong aku? Tapi mesti kau nak balasan balik kan?"..
"Of course lah! Fikir aku buat kerja free ke? Aku mesti nak balasan ..Kalau tak, sia-sia saja tenaga aku tolong kau!"..Jawab Faqih sambil gelak kuat..
"Kau nak apa?"..Soal Haikal..Dia seakan tertarik dengan tawaran dari rakannya itu..
"Hmm, nanti aku fikir! Yang aku nak sekarang yelah nak kau enjoy! Bukan selalu kita berjumpa!"..Jerit sambil mengangkat gelas untuk di lagakan dengan gelas Haikal..Haikal hanya mengikut saja perangai gila rakannya itu..Yang penting selepas ini, tugasnya mudah atas bantuan Faqih..Senyumnya melebar ke telinga dan moodnya juga baik..
Happy reading!
Share this novel