Bab 7: Kawan Baru

Short Story Completed 17096

Titt titt titt...

Bunyi getaran dari telefon milik Fira di atas meja telah menyentak Fira yang sedang menelaah buku di meja belajar..Matanya mengerling ke arah Iphone 11 nya yang menyala dan terlihat chat dari whatsapp..

Tangannya bergerak mencapai telefonnya lalu membuka chat..Chat dari abinya yang mengatakan bahawa duit untuk membeli tiket telah di masukkan ke akaun banknya..Abinya juga telah memperingatkan dia untuk membeli awal sebelum kehabisan tiket bas..Dalam pada itu, Abinya juga memberitahu supaya untuk menghantar pesanan 1 jam sebelum sampai di stesen bas Melaka Sentral .. Kerana jarak dari rumahnya untuk ke Stesen bas mengambil masa kira -kira 45 minit untuk sampai..

Ligat saja jari jemari Fira membalas segala chat dari ayahnya sehingga selesai ..Setelah itu, Fira membelek jadual, esok petang tiada kelas ..' Esok takde kelas..so, beli esok jelah'..

"Fiqah, esok kita petang takde kelaskan ..Apa kata esok lepas zohor kita keluar beli tiket kejap? Abi aku pesan suruh beli awal"..Fira bertanya kepada Fiqah sambil badannya memusing ke arah Fiqah yang duduk di katil..

"Aah, takde..Ouh, boleh je..tak kisah..Jap aku try tengok jadual bas"..Jawab Fiqah..

"Haa, ada..pukul 2..Okay?"..Soal Fiqah kembali..

"Okay je..Kiranya kita terus solat zohor jelah dekat surau fakulti..lepastu kita terus naik bas untuk keluar kampus..On?"..Ujar Fira sambil bergerak ke katilnya..Niat hati ingin tidur..Tiba-tiba dia teringat hadiah pemberian dari Fizi..

"Weyh, kau ingatkan dak Fizi tu ade bagi kita hadiah..Dia bagi ape dekat kau?"..Tanya Fira

"Ouhh, aah kan..lupa bagitahu kau.. dia bagi jam tangan..Kau?"..Tanya Fiqah sambil bergerak ke almari lalu mengeluarkan kotak hadiah tersebut.

"Ouh, samalah..Mana tengok..Mesti lawakan kau punya!"..Jawab Fira dengan teruja..

"Ehh, mestilah la weyh..Jenama mahal pulak tu weyh ..Dari bonia tau!..Kau punya tunjuk sekali nak tengok!" ..Fiqah memberitahu sambil menunjukkan jam tangan yang di terima berwarna purple gelap..

"Wah, cantik gile weyh!".. Fira bersuara..

"itu yang aku sayang nak pakai tu..Kalau hilang ni.. menangis tak berlagu tau!"..Jawab Fiqah sambil membelek jam tangan itu..

Fira terus bangun lalu mengambil hadiah yang diletakkan di dalam laci meja belajarnya...Satu kotak hitam di ambil..Kad di dalam bahagian dalam telah dikeluarkan terlebih dahulu..Tak Fiqah fikir macam-macam kerana hatinya masih belum terbuka untuk lelaki lagi..

"Ni ha, jam tangan aku dapat!'..Fira menghulur kotak tersebut kepada Fiqah..

Laju tangannya menyambut huluran tangan itu..

"Yaa Allah..Kau punya lagi cantik weyh! Lagi mahal dari aku! Swarovski weyh!..Giler lah dak Fizi ni..Mana dia dapat duit banyak-banyak beli benda mahal bagi dekat kita macam tu je eh? Macam dah lama kenal pulak ..Ni buat aku rasa 'weird' dekat dia ni!"..Soal Fiqah sambil memandang Fira.

Fira hanya mengangguk laju..Bersetuju dengan hujah Fiqah..

"Itulah yang aku rasa..Aku takut nak pakai..Mana tahu dia ada 'motif' atau tujuan nak bagi kita barang mahal ni..Aku rasa dia ni pelik sangat!"..Fira mengeluarkan pendapatnya mengenai lelaki itu..

"Hmm, takpe..nanti kita tanya dia okay?!"..Jawab Fiqah laju sambil menghulur kembali kotak hadiah kepunyaan Fira..

"Hmmm, jomlah tidur..Yang penting esok kita beli tiket..Aku tak sabar nak jumpa family aku!"..Fira bersuara ceria sambil terbayang wajah keluarganya..

"Elehhh, sukalah tu..jom tidur..Esok kelas Dr.Zaharah..strick giler! Bosan!"..Sempat lagi Fiqah mengutuk pensyarahnya yang garang itu!

Fira tergelak..Tahu sangat yang Fiqah tak berapa suka dengan pensyarahnya itu disebabkan tegas dan suka petik nama pelajar ikut suka untuk menjawab soalan yang diberikan..Kalau tidak fokus mesti kena soal..Dan Fiqah antara pelajar itu! Tahu sangat Fiqah mula serik..

******

Selesai saja kelasnya..Fira dan Fiqah bergerak ke surau untuk menunaikan solat..

Terus saja menaiki bas untuk keluar kampus..Lalu, menunggu grab untuk membawa ke Terminal Bersepadu Selatan..Kira-kira 20 minit mereka sudah sampai di sana..

"Assalamualaikum, akak saya nak beli tiket ke Melaka untuk dua orang"..Sapa Fira apabila sampai gilirannya di kaunter pembelian.

"waalaikummussalam, ade dik..Hari apa ye dik?" Ramah saja akak kaunter itu bertanya..

"Hari jumaat pagi ada kak? Kalau ade saya nak beli untuk 2 orang"..Soal Fira lagi..

kelihatan itu mengangguk lalu tangannya ligat mengetik 'mouse' komputer..

"Jam 9 pagi ade bas dik ..Boleh?"..Tanya Akak itu lagi..

Fira mengangguk lalu memberi wang untuk pembeliannya..Selesai saja mereka keluar dari kaunter itu..Fira dan Fiqah membuat keputusan untuk ke restoran yang berdekatan di TBS untuk makan..

Namun, dalam beberapa saat...Kelihatan dari jauh ade kejadian ragut beg tangan di luar TBS ..Kelihatan makcik yang telah diragut itu meraung kuat sambil menjerit ke arah mereka sambil menunjukkan kepada lelaki yang sedang berlari ke arah mereka berdua..Makcik itu telah duduk di lantai sambil ditenangkan oleh orang awam.

Fira yang melihat lelaki bertopeng itu berlari ke arah mereka terus saja menghulurkan kakinya ..Lelaki yang meragut itu terus saja terjatuh ke lantai apabila tidak perasan kaki Fira..Namun, laju saja lelaki itu bangun untuk berlari kembali..Tetapi, dapat di patahkan kembali niat lelaki itu apabila kaki Fira dengan pantas menendang perut lelaki itu sehingga tersungkur..Dia menggunakan segala ilmu seni mempertahankan diri yang di pelajari ketika zaman kolej.

Fiqah ketika itu sudah terkejut serta kaku di situ sambil melihat Fira menendang kuat lelaki itu..Dalam pada itu juga, Fira merentap kembali beg di tangan lelaki itu..Tetapi, ketika Fira mengalih badan untuk berlalu pergi..Lelaki itu bangun dan ingin menyerang kembali Fira..

"Firaa! Belakangg"..Jerit Fiqah kuat..

Buk Buk!!!..

Dengan sekelip mata, lelaki itu tumbang apabila ditendang oleh seseorang..Dan telah di tangkap oleh orang awam ..Fira menoleh melihat lelaki itu..Terus terbeliak matanya apabila menatap susuk tubuh yang sangat dikenalinya itu..

"Awak okay?"..Tanya lelaki yang menolongnya itu..

Fiqah turut bergerak ke Fira yang sedang masih terkejut melihat lelaki dihadapannya itu..

"Haa, yee saya okay..Terima kasih!"..Jawabnya dengan nada perlahan..' Tak sangka 'dia' tolong aku..tapi macam mana dia boleh ada dekat sini?'..Getus hatinya

"Encik dan cik boleh ikut kami ke balai sekali untuk beri keterangan!"..Sampuk satu suara lelaki..Mereka mengangguk..

"Terima kasih nak, kamu berdua telah menolong makcik! Terima kasih banyak!"..Kata makcik itu dengan sendu sedan..

Lantas , tangan wanita itu menghulur beberapa keping duit kepada Fira ..

Fira menggeleng dan menolak kembali duit tersebut..Kelihatan wanita tersebut sangat sedih apabila Fira menolak huluran tersebut.

"Tak mengapa makcik..Makcik lagi memerlukan duit itu..Simpan untuk anak-anak makcik..saya tolong makcik ikhlas sebab memang kebetulan lelaki itu berlari ke arah saya..Jadi, saya tolong..takde niat lain..Makcik simpan ye !"..Jawab Fira dengan nada memujuk..

"Terima kasih nak! Hati budi kamu hanya Allah saja yang mampu balas..Makcik doakan semoga kamu dimurahkan rezeki, sihat selalu dan dipertemukan jodoh yang baik-baik dan berbahagia selalu"..

Fira seakan terkedu sekejap mendengar doa dari makcik itu..lalu mengangguk sambil tersenyum manis..

"Amiinn, terima kasih atas doanya makcik..Saya minta diri dulu lah sebab kena pergi balai untuk bagi keterangan..Makcik balik elok-elok ye dan hati-hati"..Pesan Fira sebelum bergerak..

lelaki di sebelahnya itu sudah tersenyum melihat makcik itu berlalu dan tatapan matanya bergerak ke wajah Fira..

'Baik hati! Tak salah menilai!'..Bisik hati Fizi..

"Fira kau okay kan?"..Tanya Fiqah cemas apabila mereka sudah berkumpul.. Fira mengangguk

"Jom kita pergi balai..mesti mereka sudah tunggu kita..Mari naik kereta saya!"..Laju saja lelaki itu bersuara sambil bergerak menuju ke arah keretanya..Fira dan Fiqah hanya mengikuti saja dari belakang..

Tiba saja di balai ..mereka sudah memberikan keterangan..Lalu, pelaku tersebut di masukkan ke lokap selama 3 hari..

Selesai saja, mereka bergerak keluar balai..

"Awak berdua nak pergi mana selepas ni?"..Tanya lelaki itu..Fira yang berada di sebelahnya di kerling ..muka masam itu dilihat..kerana dia tahu Fiqah terlebih dahulu berlari masuk untuk duduk dibahagian seat belakang..Nak taknak Fira terpaksa duduk di sebelah pemandu..

"Kami nak pergi makan..Sebab kami tak makan tengahari lagi!"..Jawab Fiqah laju ..

"Okay boleh, saya teman awak berdua makan!"..Jawab lelaki itu..

Mereka tiba di restoran makan yang berdekatan..Fira dan Fiqah makan dengan tertib tetapi gelojoh ..berkemungkinan lapar kerana sekarang sudah jam 4 petang..

Lelaki itu melihat saja perlakuan Fira yang sedang makan..Wajah Fira langsung tidak angkat ketika makan..Fokus betul! Fizi hanya membuat pesanan air sahaja untuknya

Selesai makan, Fiqah bersuara..

"Fizi, macam mana awak boleh berada dekat situ?" .Soal Fiqah dengan nada suara pelik

" Ouh, saya tadi ada hal dekat area situ..Ada jumpa orang..Saya fikir nak singgah kejap nak beli sesuatu..Tiba-tiba saja saya nampak awak berdua dekat luar ..Lepastu, saya terus jelah nak jumpa awak berdua..Tak sangka pulak boleh berlaku kejadian macam tu"..Jawab Fizi..

Sebenarnya, memang dia ada hal untuk diuruskan mengenai syarikatnya di sekitar terminal...Tetapi apabila dia ingin bergerak pulang, Fizi dapat melihat dua susuk tubuh gadis yang dikenali keluar dari grab..lalu, dia bergerak untuk mengekori mereka sehingga ke kejadian itu berlaku..Mula-mula dia sangat kagum dengan ketangkasan Fira..Namun, ketika itu dia dapat melihat pelaku itu ingin bangun untuk serangan balas laju saja kakinya berlari dan menendang perut si pelaku dengan kuat sehingga keluar darah di bibir..

"Ouh, macam tu..terima kasih sebab tolong Fira tadi"..Ujar Fiqah..Fira juga mengangguk meng'iyakan kata-kata Fiqah..

Fira mendongakkan kepala lalu menatap wajah lelaki dihadapannya itu..Baru keluar suara lelaki itu..

"Sama-sama!"...Btw, awak berdua buat apa dekat TBS tadi?" ..Soal Fizi

"Kami beli tiket untuk balik ke rumah Fira hujung minggu ni!"..Jawab Fiqah

Fiqah sangat selesa bergaul dengan Fizi..mungkin disebabkan Fizi sejenis yang suka melayan ...

"Ouh, faham!"..Fizi mengangguk

"Lepasni awak ade nak pergi ke mana-mana ke? Kalau tak mari saya hantar awak berdua balik"..Lawa Fizi dengan ramah..

"Tak mengapa awak, kami boleh naik grab..Maaf menyusahkan awak!"..Bidas Fira laju..Cukuplah hatinya rasa terhutang budi dengannya..'Cukup-cukuplah buat baik awak..saya taknak rasa terhutang budi dengan awak lagi !'..bisik hatinya

"Tak pe..awak tak perlu rasa terhutang budi dengan saya..Saya takde niat nak awak balas budi saya..Lagi satu, saya tahu awak berdua mesti susah nak terima pelawaan dari saya memandangkan kita tak kenal rapat..betul? Tapi saya tak kisah..saya percaya mungkin ada sebab Tuhan temukan kita .." Tenang saja Fizi bercakap sambil merenung ke Fira lama sebelum dialihkan ke Fiqah..

Fira terus terbungkam ketika mendengar kata-kata dari Fizi..Apakah sebab tuhan pertemukan kita?
Adakah sebab awak jadi penyelamat saya?

"Kami minta maaf kalau awak terasa hati ..Saya tahu mesti awak rasa kami fikir lain sebab selalu menolak pelawaan awak..Benar apa yang awak cakap tu..Kita tak kenal rapat..Tapi, kami sejujurnya tak biasa dan tak diajar untuk ingin meminta pertolongan daripada sesiapa..Saya harap awak faham!.." ..Jawab Fira dengan berani melawan pandangan mata lelaki dihadapannya itu..

Fizi memberi senyuman manis dan anggukan lalu bersuara..
"Saya faham maksud awak..saya tahu apa yang awak rasa..Maaf andai cara saya tak betul..Tapi, hakikatnya saya buat semua ini dengan niat yang baik..Terpulang dekat awak berdua untuk menilainya..Saya cuba untuk menjadi kawan rapat awak berdua kalau awak berdua benarkan..Dari situ, awak akan tahu cara saya ?"..Jawab Fizi lagi..

"Saya tak kisah Fizi sebab kami takde kawan lelaki..Mungkin disebabkan cara kami tak sesuai dengan jiwa mereka!..Kami okay je sebenarnya tapi kadang-kadang masuk air , kadang-kadang bergaduh tetapi kami rapat macam adik beradik..Mungkin disebabkan itu, kami tak punya kawan ramai!"..Fiqah bersuara sambil membalas senyuman Fizi..

"Kalau awak berdua benarkan saya berkawan dengan awak berdua..Saya okay sangat!"..jawab Fizi dengan nada ceria..

Fira memandang Fiqah..lalu Fiqah mengangguk..Fira hanya mengangkat bahu..

"Kalau betul awak nak berkawan dengan kami tanpa ada niat lain..kami terima dengan hati terbuka..Tapi kalau awak ada motif lain..Saya dan Fiqah takkan teragak-agak abaikan awak"..Fira bersuara dengan memberi amaran..

'Nak kawan sangatkan..Ha, terimalah!'..Getus hati Fira sambil tersenyum sinis untuk menakutkan lelaki dihadapannya itu..

Fizi tersengih dan mengangguk dengan yakin walaupun ada rasa gerun mendengar kata-kata Fira itu..Tapi, baginya ini adalah peluang untuknya lebih mengenali Fira..

Dah jadi kawan ye Fizi? haha.. #happy reading..Maaf kalau bab ni pendek sikit..hehhehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience