Bab 2: Rezeki
Jam menunjukkan 5 petang, Sebenarnya Fira sudah terlelap tadi selepas sahaja pulang dari kelasnya jam 2. Terus sahaja mandi dan urut pinggangnya.
Fira berbaring sekejap sebelum bangun untuk melepaskan lelah dari mengurut pinggangnya dengan minyak angin. Alhamdulillah, sakitnya berkurang, sudah boleh berjalan seperti biasa.
Mana Fiqah? ..Apa lagi budak tu..pergi melepak dengan kawan dekat bawah hostel buat aktiviti riadah petang. Harini saja Fira tak dapat 'join' sekali disebabkan pinggangnya sakit.
Fira bangun dari baringnya perlahan-lahan untuk menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Setelah itu, Fira bangun dan duduk di kerusi meja belajar dan memeriksa telefonnya jika ada hal penting dari aplikasi 'Whatsapp' .
Dalam leka, Fiqah telah menyergah Fira dari belakang.
"Mbahh! hahahaha" Sergah Fiqah sambil ketawa kuat apabila melihat bahu Fira terangkat disebabkan terkejut dengan melatah sekali.
"Ehh, mak kau!" Latah Fira ..Kemudian toleh ke belakang melihat gerangan yang buat dia terkejut.
"Fiqahhh!!"..Jerit Fira sambil bangun dari duduknya untuk menerkam ke arah Fiqah yang masih lagi ketawa.
"Oppss, Sorry my faults! Please forgive me, babeyh" ..kata Fiqah sambil angkat kedua tangannya dan muka cuak apabila Fira sudah hampir dengannya.
"Lain kali buat lagi, siap eh! Aku kunci pintu bagi kau tidur luar..baru kau tahu!" ..Fira melepaskan geramnya kepada Fiqah.
"Hehe, okay tak buat lagi lepasni..Garangnya 'sis' ni..Seram weyh..sorry okay!" ..Fiqah memohon maaf dengan membuat riak muka sedih..huhu
"Ha, tahu pandai pun takut!" ..Kata Fira dengan ketawa kecilnya..Terhibur melihat muka Fiqah seakan takut dengannya.
" Hehe, mestilah takut..Tak kesian ke dekat aku nanti tidur luar beralaskan lantai, sadis betul hidup aku!"..Jawab Fiqah.
"Ha, ni kau dah sihat kan? kalau dah okay jom kita turun pergi cafe beli makanan ringan untuk malam..alang-alang tu kita makan petang siap-siap..Nak?"..Pintas Fiqah laju tidak memberi ruang untuk Fira bersuara.
"Hmm, aku okay dah..Kalau macam tu..jom lah..Tapiii ,kau pergi mandi dulu dan solat..Takkan nak turun macam tu dengan muka berpeluh-peluh..Berbau tahu tak!'' ..Usik Fira sambil menolak Fiqah ke bilik air sambil tergelak.
"Cis punya kawan, kutuk depan -depan..Fine! aku mandi kejap..Kau tunggu, pergi bersiap terus"..Fiqah terus mendengus lalu menapak masuk ke bilik air untuk mandi.
Fira hanya menggeleng melihat telatah kawannya itu. Kaki mula menapak pergi ke almari untuk bersiap dengan pakai sopan.
********
Tuk tuk tuk..
Tertera nama Naib Canselor Universiti di bahagian depan pintu,
"Come in" ..Satu suara menyuruh lelaki tersebut masuk.
"Ouh ya..Silakan duduk"..Tuan Naib Canselor mempersilakan lelaki tersebut untuk duduk di hadapannya dengan sopan.
"Terima kasih" ..Jawab lelaki tersebut dengan senyuman.
"Encik Hafizi Akhasyah, ini suratnya..Saya sudah turunkan tandatangan saya..Terima kasih sebab sudi masuk dan pilih untuk menyambung di peringkat 'Doktor Falsafah'(Phd) di Universiti kami. Harapnya dengan ilmu yang kami ada disini boleh membantu Encik di kemudian harinya" ..Kata Tuan Naib Canselor sambil menghulur fail yang mengandungi segala dokumen dari pihak fakulti dan bahagian HEPA.
"Sama- sama, Saya memang berminat untuk sambung pelajaran di Universiti ini kerana tarafnya sangat hebat dan barisan pimpinan Universiti ini pun bagus termasuk Tuan sendiri"..Jawab Fizi dengan berbesar hati.
"Alhamdulillah , setakat ini sokongan dari luar sangat hebat, itu yang membuatkan Universiti berkembang maju dan bertaraf antarabangsa."..Tuan Naib Canselor berbalas pendapat dengan Fizi.
"Ouh ya..Setahu saya, Encik Hafizi merupakan usahawan muda dalam bidang perhotelan kan? Jadi, Encik Hafizi lah ya, yang telah menggantikan kedudukan arwah Dato' Zul sebagai CEO di syarikatnya?"..Tanya T.N.C
"Ye betul Tuan, Saya anak lelakinya..Saya di amanahkan untuk menyambung legasi ayah saya yang telah dijaga olehnya" ..Kata Fizi dengan ramahnya.
"Ouh yeke, Patutlah saya tengok dekat biodata Encik ada menyatakan kerjaya sekarang..Encik memang 'the best' sebab boleh menyambung legasi ayah encik di usia yang muda..Bagus encik Hafizi"..Ucap T.N.C dengan bangganya.
"Terima kasih tuan, Tuan panggil saya Fizi pun tak mengapa..tak perlu ber'encik' dengan saya..Tuan lagi tinggi ilmunya..saya yang patut hormati Tuan"..Fizi merendah diri.
"Haha, takpelah Fizi..Kalau macam panggil saya Uncle pun tak mengapa..Sebabnya saya sudah anggap semua pelajar saya sebagai anak sendiri..Tak perlu formal sangat..itupun mengikut keadaan sahaja saya formal"..jawab Tuan Naib Canselor.
"Okay saya faham..Terima kasih sekali lagi Uncle..Saya minta diri lah ye..sebab petang dah ni..Uncle pun mesti sudah habis waktu bekerja..Maaf sebab mengganggu Uncle"..Kata Fizi dengan menunduk sedikit seakan hormat sebelum bangun berdiri.
"Eh tak mengapa, nanti ada masa lagi..kita boleh bersembang panjang..Semoga berjaya ye Fizi, Do your best for the studies"..Tuan Naib Canselor menghulur tangan untuk bersalaman.
Fizi menyambut huluran dan berkata " Terima kasih, InshaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi, Assalamualaikum" ..Setelah bersalaman dan memberi salam..Fizi terus bergerak perlahan keluar dari bilik tersebut dengan senyuman manisnya.
Kaki terus mengorak langkah ke kereta..Niatnya ingin untuk ke Cafe yang berdekatan bagi mengisi perut sebelum pulang ke rumah. Baju 'kot' nya telah dibuka dan di sangkut pada kerusi penumpang. Lalu kereta bergerak keluar dan mencari cafe yang berdekatan.
Dia telah menunaikan solat asar di masjid berdekatan sebelum berjumpa dengan Naib Canselor tadi.Jadi, dia tidak perlu 'rushing' untuk pulang.
Setelah memakir kereta di sebelah jalan berhadapan cafe yang berdekatan hostel pelajar. Apabila kaki melangkah masuk ke dalam cafe itu, rata-rata mata pelajar di situ memerhati ke arahnya..
'Huish, ramainya..takkan nak patah balik kot..Alang-alang dah sampai teruskan jelah'..bisik hatinya.
Hafizi terus saja menuju ke kaunter untuk membeli makanan. Setelah mendapat pesanannya, matanya meliar ke seluruh sudut untuk mencari meja kosong sambil membawa dulang makanannya.
Di satu sudut hujung cafe itu, matanya dapat mengecam dua tubuh wanita yang pernah di jumpai ketika berlanggar tengahari tadi. Terus melengkung bibirnya dan kaki mengorak langkah ke arah mereka berdua. 'Hmm, rezeki kita ye!'
******
Dalam sibuk bersembang, Fira dan Fiqah tidak menghiraukan langsung keadaan di sekelilingnya. Sehingga tidak perasan ada seorang lelaki telah menapak di meja mereka.
"Ehem"..
Deheman telah mengejutkan mereka berdua..Lantas, dengan pantas mereka mendongak melihat gerangan yang berdehem di tepi meja mereka..
Kelihatan muka Fiqah telah senyum melebar..Fira pula hanya sekadar mampu memandang dengan riak terkejutnya.
'Aip, mana datang mamat ni! Fikirkan dah takde dekat sini!..Takkan dia pelajar sini jugak kot?' ..Fira berbisik di hati kerana musykil apabila melihat kehadiran lelaki tersebut.
"Boleh saya tumpang meja awak berdua? kalau awak berdua tak kisah..sebabnya meja kosong dah takde.."..Tegur Fizi sambil melihat ke wajah ayu sahabat itu.
Fiqah menoleh ke arah sisi kanannya memandang wajah Fira dengan mengangkat kening sebelah..Seolah -olah bertanya..
Fira hanya mengangkat bahu..bererti tak kisah kerana matanya telah memerhati sekeliling cafe yang telah dipenuhi oleh pelajar di situ.
"Ehh, boleh encik..sila lah duduk"..Jawab Fiqah sambil senyum segan..
"Maaf mengganggu awak berdua"..Kata Fizi sambil melabuhkan punggung di hadapan Fira sambil tersenyum..
Kelihatan Fira membetulkan duduknya kerana berasa kurang selesa apabila lelaki tidak dikenali duduk berdekatan dengannya.
"Err, encik dari mana? Buat apa di sini?" ..Fiqah mula bersuara apabila melihat lelaki tersebut sudah siap makan..
"Ouh, ye saya ada urusan tadi kena minta sign pihak atasan U..untuk kemasukan nanti"..Jawab Fizi sambil memandang ke arah Fiqah dan Fira..
Fira hanya mengangguk faham..Tidak tahu mahu bersembang dengan lelaki tersebut.
"Ouh ya, pinggang awak dah okay ke?" ..Laju saja soalan itu keluar dari bibir lelaki itu.
Fira tersentak apabila Fiqah menyiku lengannya..
"Er, dah..okay dah.." itu saja yang keluar dari mulut Fira..'Macam mana dia boleh tahu aku sakit pinggang? Pelik!'..Hatinya mula berbisik..
Fiqah seolah-olah pelik melihat rakannya yang tiba-tiba saja kurang ramah selalunya mulut 'becok' saja..Lantas, Fiqah menyampuk supaya lelaki tersebut tidak terasa dengan jawapan dari mulut Fira..
" Ye betul tu encik, pinggang Fira dah okay dah sebabnya balik je dari berlanggar dengan encik tadi..Terus je dia tidur macam orang tak ingat dunia..hehe, mungkin berlanggar dengan encik guna banyak tenaga kot!"..Jawab Fiqah sambil tergelak kecil kerana berjaya mengusik rakannya itu.
Fiqah dan Fira dapat melihat wajah lelaki tersebut ceria dengan ketawa kecilnya. Mungkin terhibur mendengar usikan dari Fiqah
'Gelak pun cute ye'..mulalah hati Fiqah cair.
"Weyh, apa kau ni malukan aku depan 'lelaki' ni..Kurang asam"..Bisik Fira apabila badannya merapat ke bahu Fiqah sambil tangannya menepuk lembut bahu itu..Kelihatan Fiqah gelak tanpa menghiraukan katanya..
'Suka ya usik aku, siap kau!'...Fira mendengus geram lalu bersuara.
"Er, saya okay je encik..Pinggang saya dah okay lepas saya berehat tadi..encik jangan risau..Btw, encik jangan dengar sangat kawan cakap sebab kawan saya ni memang suka melalut..minta maaf ye"..Katanya sambil menjeling Fiqah..'Hambik kau!'
Lelaki tersebut terhibur melihat gelagat kedua sahabat ini..Sejenis suka bergurau dan tidak mudah ambil hati..
"Ehh, aku pulak melalut? Aku cerita bendaa be..hmm"..Terus saja Fira menekup mulut Fiqah dari terus bercakap menggunakan tangan kanannya..Fira sudah tersengih memandang lelaki dihadapannya.
' eh, dia ni tak habis-habis nak malukan aku tau..Cis punya kawan!'..Bentak Fira tapi hanya dalam hati.
Lepas sahaja tangan Fira dari mulut Fiqah ..Terus sahaja Fiqah menyambung ayatnya ..
"Aku cerita benda betul lah!"..Sambil tersengih memandang wajah Fira yang sudah memerah disebabkan malu. Fira hanya menjengkelkan matanya ke arah Fiqah..Fiqah pula menjelir lidah sedikit untuk membangkitkan kemarahan Fira.
Gelagat kedua-dua sahabat itu hanya diperhatikan oleh lelaki itu, mereka seakan tidak sedar bahawa ada orang luar melihat mereka bergaduh.
"Haha, Lawak lah awak berdua ni..Terhibur saya!"..Lelaki itu bersuara apabila suasana senyap sebentar tadi.
"Err, hehe..By the way, nama encik apa? dari tadi dok bersembang dengan kami macam dah kenal lama pulak!".. Tanya Fiqah untuk cuba mengalih topik..
'Cis, bersembang apanya..Bergaduh dengan aku adalah!' ..Gumam Fira sambil melihat mangkuk kosong dihadapannya.
"Ouh, nama saya Hafizi..Boleh panggil 'Hafizi' atau 'Fizi' tak perlu ber'encik' dengan saya" ..Fizi mula memperkenalkan dirinya lalu mata mengarah ke dua wajah ayu di depannya itu sambil tersenyum.
"Ouh,, Encik Hafizi..betul ke boleh panggil Fizi je..Macam tak hormat pulak"..Tanya Fiqah lagi..
"Eh, boleh je..saya tak kisah..awak berdua boleh panggil saya Fizi"..Jawab Fizi dengan ramah..Hatinya seakan berbunga dapat bersembang dengan dua gadis ayu itu terutamanya melihat wajah lembut Fira.
"Tadi fizi cakap ada buat urusan kemasukan kan? siapa nak masuk sini? "..Tanya Fiqah selamba.
"Kemasukan untuk saya lah, saya mohon untuk sambung belajar dekat u ini"..Jawab Fizi..
"Awak berdua kos apa? dah berapa tahun dekat sini?"..Soalnya lagi..
"Kami berdua amik bidang sains keusahawanan..baru tahun kedua..Ade lagi dalam 2 tahun baru habis lepastu praktikal"..Fiqah menjawab
"Ouh faham, so awak berdua amik 'degree' lah ye? awak tinggal dekat hostel disini lah ye?"..Sopan saja Fizi menyoal.
Fira hanya diam seribu bahasa..Matanya sudah mengerling ke arah jam di tangannya..sudah jam 6.30 petang..
"Betul Fizi, kami amik degree dan tinggal di kolej..Sebabnya, pelajar wanita memang wajib menatap di sini, semester 4 nanti baru kami keluar dan menyewa rumah di luar.."Fiqah mula berhujah..
"Er, maaf ye..Saya rasa hari dah petang sangat ni..Kami balik hostel dulu lah ye"..Fira mencelah sambil memandang ke wajah Fiqah dan Fizi.
"Ouh ye lah..saya tak perasan..maaf sebab ambil masa awak berdua..Terima kasih sebab bagi saya tumpang duduk di sini dan sudi bersembang dengan saya..Jumpa lagi nanti"..Kata Fizi sambil mata tertumpu lama ke wajah Fira, baru mengalih ke wajah Fiqah.
"Ehh takpe..sebab inikan tempat duduk awam..kami tak kisah..Terima kasih lah ye layan kerenah kawan saya ni yang banyak mulut..Kami balik dulu lah ye..jom Fiqah"..Sahut Fira laju sebelum Fiqah menjawab sambil menarik lengan Fiqah..
'kalau tak mencelah tadi, jenuh sampai ke malam baru boleh balik' ..bisik hati Fira..Dalam pada itu, Fira hanya membalas senyum lalu bergerak menarik lengan Fiqah sambil mengorak langkah menuju ke hostel mereka..
Fira ketawa kecil melihat wajah 'blur' Fiqah..Yelah, tiba-tiba je terus tarik lengan lepastu berlalu tanpa sempat dia bercakap..
Fizi hanya mampu tergelak kecil melihat telatah mereka..Tetapi, dia berasa berpuas hati kerana dapat bersembang lama walaupun tak dapat mengenal secara mendalam mengenai latar belakang mereka..
'Tak mengapa, esok masih ada' ..Bisik hatinya sambil memerhati langkah mereka keluar dari cafe.
Hafizi juga bangun dan berlalu untuk pulang. Mindanya masih lagi terbayang wajah Fira ..walaupun nampak sombong sikit tapi kalau senyum orang lain boleh jatuh hati..'Haish, kenapa lah dengan hati aku ni'..Omel Hafizi sambil memandu pulang.
Happy reading okay!..jangan lupa tinggalkan komen okay.. Tq sudi baca novel cahaya..
Share this novel