Bab 15: Rindu?

Short Story Completed 17013

Baru saja Fiqah ingin melabuhkan punggung di kerusinya bagi melepaskan lelah terus saja tersentak dengan deringan dari telefonnya..kelam kabut Fiqah dibuatnya..

Terus saja button hijau ditolak ke atas untuk menjawab panggilan itu?
'Ada apa dia call aku ni?'.. Dengan penasaran Fiqah terus saja memberi salam..

"Hello Fiqah..Waalaikummussalam..Awak dekat mana sekarang?"..Danial berkata apabila panggilannya di jawab oleh Fiqah..

"Saya dekat tempat kerja lagi ni ..Kenapa Abang Danial?"..Soal nya..Fiqah tidak tahu yang Danial sedang berada di Perak..Dan dia juga tidak tahu Danial berada di sekitar kawasannya kerana projek yang dijalankan juga di kawasan sekitar itu...

"Ouh yeke..Hmm, balik pukul berapa?"..Danial kini sedang memandu keluar dari tapak projek dan ingin menuju ke masjid untuk menunaikan solat asar..Hotel yang di sewa juga berdekatan jadi tidak memakan masa yang lama..Niatnya ingin bersua muka dengan Fiqah memandangkan kerjanya selesai..

"Saya balik pukul 5 ..Kenapa?"..Soal Fiqah..Dia menahan geram kerana soalannya tidak di jawab..'Kenapa!

"Ouhh, balik naik apa nanti?"..Sempat Lagi Danial bertanya sebelum mematikan enjin kereta apabila sudah berada di perkarangan masjid..jam di telek sebentar sebelum keluar ..'4.30'..Masih ada masa setengah jam lagi..Sebenarnya, azan asar baru saja selesai dilaungkan..Jadi, Danial tidak perlu terburu-buru kerana di akan solat jamak..

Fiqah yang masih lagi kebingungan pelik mendengar pertanyaan dari lelaki itu..'Dia nak apa sebenarnya?'

"Saya balik tumpang kawan saya..Kenapa abang Danial tanya?Huh!"..Fiqah mula fed up dengan lelaki itu..Dia mendengus geram..

Danial sudah ketawa mendengar dengusan dari Fiqah..'Mesti comel je kan muka Fiqah kalau marah..Mesti di jelingnya aku!..

"Okay, balik ni abang datang ambil Fiqah dekat tempat kerja..Hantar location ..Abang hantar Fiqah balik!"..Danial masih lagi dengan lagaknya..Saja ingin sakat Fiqah..biar dia bingung sendiri..hehe

"Err, abang Danial nak ambil Fiqah? Abang ada dekat Perak ke? Bukan dekat Kelantan ke?"..Fiqah membalas..

"Nope, abang dekat Perak ni..Jangan lupa hantar location..Nanti abang datang ambil..Nanti abang call balik..Abang nak pergi solat asar sekejap..bye! Assalamualaikum"..Ujar Danial lagi tanpa menunggu Fiqah bersuara..Kalau lama-lama nanti..mesti Fiqah banyak tanya tanpa henti..

Fiqah yang masih di sana terus saja melepaskan geram apabila panggilan di matikan begitu saja..Dengan hati bengkak, Fiqah menghantar location seperti yang di janjikan oleh Danial..Lepastu, terus saja jari jemarinya menghantar chat ke Fira..Namun hampa kerana chatnya satu tick je..'Busy kot, Takpelah!'..Fiqah yang malas berfikir lama terus saja menyelesaikan kerjanya sebelum balik..

********

Fizi terus saja menapak ke meja Fira apabila jam sudah menginjak jam 5 petang..Sudah masanya untuk pulang..Sampai saja di meja Fira..Kelihatan wajah itu agak pucat sedang tidur..Hanya tinggal beberapa orang saja yang tinggal..Dia mula resah apabila panggilannya tidak disahut..

Fizi masih lagi mengejut Fira..tapi masih lagi tiada gerakan dari tubuh itu..lalu tangannya menyentuh dahi Fira..'Panas!'..Sah Fira demam..Tanpa tunggu lama, tangannya singgah di bahu Fira dan menggoyangkan badan itu dengan perlahan...Fira yang terganggu dengan gerakan itu terus saja berkerut dahi..

Dengan perlahan Fira membuka mata..Dengan keadaan lemah..kepalanya di angkat..Lalu, dia terus terbatuk perlahan..Tekaknya perit..Lehernya di usap perlahan agak sakit kerana posisi tubuh tidur tidak betul..Dan lengannya jadi lenguh dan badan jadi sakit..Dia masih lagi tidak perasan kelibat Fizi di sisinya..

"Fira"...panggil Fizi apabila wanita itu tidak perasan kewujudannya di situ..Fira tersentak lalu mendongak memandang wajah yang menyapa..Muka lelaki itu tampak risau..

"Err, ehemm..sorry..saya terlelap"..Ujar Fira sambil membetulkan kotak suaranya..Jam dikerling..'Eh, waktu kerja dah habis!'..Fira memaksa jugak untuk bangun dan kemas mejanya..

"Fira okay ke? Fira tak sihat ke? jom, saya hantar awak balik"..ajak Fizi apabila melihat Fira sudah bagun dari duduknya..Fira tak banyak soal terus saja mengangguk..Dia rasa badannya tak selesa dan berasa sejuk..'Aku demam ke?'..Fira mengikuti saja langkah Fizi..

Masuk saja ke dalam kereta Fizi..Fira memeluk tubuh..Sejuk aircond di rasa..Hidung pula tersumbat..Duduknya juga dibetulkan dan tangannya menutup aircond yang berada di sebelah penumpang..kerana menyukarkan dia ingin bernafas..Fizi yang perasan terus saja menutup aircond..Dan baju kodnya dibuka lalu diletak pada badan Fira sebagai selimut..

"Terima kasih"..Kata Fira..dia sudah selesa dengan adanya baju Fizi..

"Fira tak sihat kan? Nak pergi klinik tak?"..Kereta dipandu perlahan..Kerana jalan agak sesak kerana waktu balik kerja..

"Err, takpe awak..nanti boleh tak awak singgah farmasi..Saya nak beli ubat demam"..Jawab Fira sambil memandang sekejap wajah lelaki yang leka memandu..

"Okay boleh, nanti kita singgah kedai sekali..Saya bungkus makanan untuk awak..So, awak tak perlu masak!"..

Fira hanya mengangguk faham..Sampai saja di depan Farmasi..
Baru Fira ingin membuka seat belt terus saja Fizi menahannya.

"Takpe..biar saya pergi beli..awak rehat dalam kereta"..Ujarnya lalu pintu kereta dibuka dan keluar..Fira mengeluh perlahan ..Bukan dia tak boleh bangun langsung..Dengan malasnya, Fira sandar di kerusi empuk itu dengan mata dipejam..

Sungguh di tak suka kalau demamnya datang menyerang..kerana badannya akan lemah dan demam teruk ..Jarang sekali dia akan demam dan apabila demamnya datang..memang akan teruk..Tanpa sedar, Fira sudah terlelap untuk kedua kalinya..

Setelah beberapa minit..Fizi kembali ke kereta..Lepas saja dia masuk ke dalam, dia melihat Fira sudah pun tidur..Mungkin Fira menunggunya lama yang membuatkan wanita itu tertidur..Fizi sempat membuat pesanan di restoran makanan yang berdekatan..Makanan yang dibungkus serta ubat yang dibeli di letakkan di seat belakang..

Fizi juga membetulkan baju kodnya yang sudah melurut ke bawah..Wajah itu direnung dengan kasih sayang..Hatinya tak senang apabila melihat wanita pujaan hatinya jatuh sakit..'Perlu ke aku call Danial?'..Fizi berura-ura ingin menelefon Abang Fira..Tapi niatnya dibatalkan kerana kesian dekat lelaki itu juga..

Kereta di pandu ke rumah Danial..Fizi mengejut Fira dan Fira terus membuka matanya..Dia melihat sekeliling..

"Kita dah sampai..nah, ini ubat dan makanan awak saya dah belikan ..Awak jangan tak makan..Ubat jangan lupa makan tau..Saya risau sebab awak duduk sorang je ni..Kalau kita dah kawin senanglah saya nak pantau dan jaga awak"..Ujar lelaki itu dengan riak muka risau..

"Terima kasih awak, maaf menyusahkan awak.."..Jawab Fira dengan senyum tawarnya..Huluran di sambut sambil lengan kirinya membuka pintu kereta dengan perlahan..

"Apa-apa awak call saya! Saya tidur dekat dalam kereta jelah.." Ujar Fizi

"Ehh, awak balik je rumah..Saya okay sorang-sorang..awak jangan risau!..Saya taknak menyusahkan awak.." Bersungguh-sungguh Fira bercakap dengan senyum tawarnya..

"Takde apa saya okay..Dah awak pergi masuk dalam..Rehat..Jangan lupa makan ubat ..Saya ada dekat depan rumah awak.."..Kawasan perumahan teres setingkat milik Danial ada masjid..Jadi, itu memudahkan Fizi untuk solat dan mandi..Di dalam keretanya memang ada tersedia beg berisi baju jika ada emergency case macam ni..

"Ikut awaklah"..jawab Fira lalu melangkah masuk ke dalam rumah..'Takkan nak jemput masuk pulak! Gile kau!'

*****

Pin Pin..

Hampir melompat Fiqah akibat terkejut mendengar bunyi hon dari kereta yang berada di belakangnya..Sempat matanya memandang sekeliling..Nasibnya baik kerana tiada orang..Jadi, terus saja dia pusing badan dan menghadap kereta itu ..Kaki mula melangkah kerana kereta itu sudah dia cam..

Masuk saja ke dalam kereta..Fiqah memberi salam dengan jelingan..Yelah, masuk saja kereta itu..Ketawa masih lagi kedengaran..Tak lain tak bukan , Danial mengertawakannya selepas melihat tingkah Fiqah yang terkejut tadi..

Danial menjawab salam itu sambil matanya melihat wajah garang milik Fiqah..

"Sorrylah buat Fiqah terkejut..Abang tak sangka pulak Fiqah boleh terkejut"..

"Yelah, apa tak terkejutnya..Hon abang Danial ni kuat tahu!..Nasib baik tak berdarah telinga saya"..Jawab Fiqah..

"Amboii sampai boleh berdarah ye..Abang tak tahu pulak..Lepasni abang tak buat lagi okay..Minta maaff"..Katanya sambil mula memandu..

"Yelahh..kalau abang Danial buat lagi..Siap eh"..ugut Fiqah..

"Fiqah nak buat apa kalau abang buat lagi?"..Ceria saja suara Danial apabila bersama Fiqah..Tak pernah lekang senyum di bibir..

"Tahulah saya nak buat apa..Saya potong wire hon ke..Tak pun pancitkan tayar kereta ..Baru padan muka!"..Dengan selamba Fiqah menjawab..

"Hahaha, berani ke Fiqah nak buat tu..Mana Fiqah belajar bab kereta ni..Dahsyat betul!"..Sakat Danial lagi..Hatinya terubat rindu apabila melihat Fiqah melayan saja kerenahnya..

"Alah, small matter jelah!..Apa tak beraninya..Abang Danial cuba lah cabar saya kalau nak tengok tayar kereta pancit"..Bangga Fiqah menjawab..'Siapa je tak pandai bocorkan tayar kan? Perempuan pon reti tau!'..

"Hilang kejap rindu abang dekat Fiqah.."..Ujar Danial dengan berani dengan sisa ketawanya..Fiqah pula terus tak senang duduk..

"Abang Danial tahu tak rumah Fiqah dekat mana ni? Abang bawa macam tahu je rumah Fiqah kan?"..Saja Fiqah bertanya..Malas nak fikir lebih-lebih..syok sendiri..

"Entah, abang mana tahu..Abang bawak jelah dah Fiqah tak tunjuk jalan!"..Jawab Danial sambil menoleh ke Fiqah..

Terus saja menepuk dahinya dengan spontan ..Danial mengeleng kepala..Benar! Harini dia berasa gembira dan hatinya lapang ..

"Nasib baik abang Danial bawak jalan betul dah ni..Depan sana abang Danial masuk kiri dekat traffic light"..Arah Fiqah sambil menunjuk dengan jarinya..

Danial mengangguk faham..Setelah beberapa minit, perjalanan mereka sudahpun sampai di rumah Fiqah..Laman rumahnya sangat luas dan bersih..Pokok bunga sangat kemas dijaga di sekitar kawasan rumah itu..Rumah Fiqah kelihatan rumah kampung yang sangat klasik tapi moden..

"Jom masuk sekejap"..Pelawa Fiqah..Danial mengangguk kepala lalu mematikan enjin kereta..

" Assalamualaikum ibu"..Fiqah menyapa ibunya sedang berehat di ruang tamu..Mereka memanjat beberapa anak tangga untuk naik ke atas..

"Waalaikumsalam..Masuk Fira...Mana tetamunya?"..Soal ibu Fiqah, Mak Cik Salina..Kerusi rodanya di tolak untuk mendekat dengan anaknya..Matanya tertumpu kepada tetamu yang berada di belakang anaknya itu..Senyuman manis diberikan..Lelaki itu juga turut membalas senyumnya sambil menunduk untuk bersalam..

"Ini ibu saya...Pn. Salina Ibrahim..Panggil makcik ina pun boleh.."

"ibu, inilah abang Fira ..Kawan satu bilik Fiqah dekat kolej..Ibu ingatkan? Nama dia Abang Danial"..

Fiqah memulakan sesi perkenalan..Ibunya sangat senang menyambut kedatangan Danial..Fiqah bergerak ke dapur untuk menyediakan beberapa juadah untuk tetamu manakala ibu dan Danial bersembang ..

"Ayah ke mana ibu?"..Soal Fiqah sambil membawa dulang berisi air dan sedikit kuih..Tangannya pantas menuang air teh yang dibancuh ke dalam cawan lalu di letakkan di hadapan ibunya dan juga Danial tanpa kekok..Danial cuma jadi pemerhati..

"Ayah kamu biasalah dia ke kebun..Kejap lagi balik lah tu!"..Baru saja sebut..Kedengaran motorsikal masuk ke halaman..

"Panjang umur ayah kamu..Baru je sebut"..Ujar makcik Ina..

Fiqah bangkit dari duduknya lalu ke pintu depan untuk menjenguk ayahnya...Kedengaran salam diberi dari luar lalu Danial nampak satu susuk tubuh lelaki berusia masuk ke dalam rumah dan duduk di sebelah makcik ina..Jadi, inilah ayah Fiqah? Walaupun berusia tapi kuat lagi untuk bekerja..

Lantas, Danial bangun lalu bersalaman bersama lelaki itu..Senyun juga tidak lekang dari bibir ayah Fiqah..sungguh ramah!

"Bile kamu sampai? Siapa nama?"..Soal ayah Fiqah..

"Saya baru je sampai pakcik..Nama saya Danial..Pak cik sihat?"..Saja Danial beramah ..Hormati orang tua..

"Oh Danial..Alhamdulillah sihat macam ni jelah..Orang tua kan..Nak kata kuat macam anak jantan waktu muda tu takdelah..Biasa lah kejap okay kejap tak okay"..Lantas di teguk air teh untuk hilangkan dahaga..

Danial mengangguk faham..

"Malam ni kamu makan lah sini..Boleh sembang lama dengan kamu"..Pelawa ayah Fiqah lagi..

"Ehh, takpelah pakcik..Tak perlu susah-susah.." Jawab Danial segan..Fiqah pula hanya beriak biasa..

"Ehh, apa yang susahnya..Nanti lepas makan malam ..kamu boleh balik rehat..Alang-alang sampai sini, biar kami layan kamu..Tetamu kan bawa barakah"..Ujar makcik Ina..

Baginya tetamu sangat penting..Kerana dari situ, keberkatan dapat dirasai..Danial sudah berbolak balik...mahu terima pelawaan atau tak..Kalau tolak nanti takut orang tua Fiqah terasa hati..Kalau terima nanti, macam menyusahkan pula..Lalu, dia memandang Fiqah ingin bertanya..Fiqah sekadar mengangguk..

"Baik lah kalau macam tu"..Jawab Danial sopan..

"Nanti kamu berehat dekat bilik adik Fiqah dulu ye..nanti lepas maghrib kita makan sekali..Pakcik nak pergi mandi kejap..Badan dan berlengas ni dengan peluh..Tak selesa dibuatnya..Fiqah kamu tunjuk bilik Firdaus dekat Danial"..Arah lelaki itu kepada anak perempuannya..Fiqah tidak membantah langsung arahan ayahnya itu..

Fiqah bangun dan diikuti oleh Danial dari belakang..Sempat mata Danial meliar melihat dekorasi di dalam rumah itu..Moden tampak klasik..

"Abang Danial rehat lah dekat bilik ni..Saya nak pergi dapur kejap!"..Tegur Fiqah ketika mereka sudah sampai di bilik adik lelakinya..

Danial mengangguk lalu menapak masuk ke bilik itu..Kemas!

Fiqah pula berlalu ke dapur untuk memasak beberapa juadah untuk makan malam..Ibunya juga temaninya di dapur..Walaupun ibunya sukar untuk bergerak..Tapi, hobinya adalah memasak..Jadi, segala resepi masakan..Fiqah akan belajar dari ibunya sendiri..

setelah bertungkus lumus di dapur..Fiqah bergerak menuju ke biliknya untuk bersiap..Kerana lagi setengah jam waktu maghrib akan masuk..Segala makanan yang dimasak sudah pun di hidang dan tutup di bawah tudung saji..Sempat jugak Fiqah mengerling ke arah telefonnya sebentar..Namun, chat yang dihantar ke Fira tidak di balas..
'Pergi mana dia ni? Takkan busy sampai sekarang? Hmm, Takpelah, kejap lagi aku tanya abang dia terus lah!'..Omelnya lalu dia bergerak menarik tuala di tempat penyidai dan masuk ke tandas untuk mandi..

Mereka solat berjemaah sekali atas permintaan ayah Fiqah, Pakcik Zainal..Solat di imam oleh Danial..Alunan surah yang dibaca oleh Danial sangat mendamaikan jiwa Fiqah..Selesai saja, Fiqah bangun dan meletakkan telekung di birai katil dan tudung di capai..

"Ayah...makanan dah siap..jom makan..Abang Danial jom sekali.." Sapa Fiqah ketika ayahnya ralit berborak dengan lelaki itu..

Pakcik Zainal menoleh dan mengangguk..

"Jom kita makan dulu Danial.."..Jemputnya..

Danial yang sudah lama tidak makan lauk kampung terus saja makan dengan senang hati ...Berselera sungguh..Bertambah lagi!

"Tambah lagi nasi Danial"..Pakcik Zainal menghulur mangkun berisi nasi ..

"Terima kasih pakcik"..Jawab Danial segan lalu menyambut huluran itu lalu tangannya menyenduk nasi masuk ke dalam pinggannya..

Fiqah pula hanya diam sambil melihat gelagat lelaki itu..Tercuit hatinya apabila pertama kali tengok wajah lelaki itu segan..Hatinya ketawa!

"Sedap ye lauk malam ni Danial? Nanti boleh datang rumah pakcik lagi..hehe..Nah, Tambah lah lagi.Jangan segan-segan.." Ramah saja ibu Fiqah menegurnya..

Danial sudah mengeleng kecil..kerana perutnya sudah pun kenyang..

"Betul makcik, Sedap!..dah lama saya tak makan lauk kampung dengan ulam dan sambal belacan..Itu yang berselera saja..hehe"..Jawab Danial..

Mereka anak beranak ketawa kecil melihat gelagat lelaki itu..

Seusai sesi makan dan solat isyak..Danial meminta diri untuk pulang..Kerana dia akan turun lagi ke site untuk meninjau projek yang dijalankan..

Fiqah menghantar Danial sehingga ke kereta lelaki itu..

"Terima kasih sebab sudi datang!"..Fiqah bersuara apabila lelaki itu sudah membuka pintu keretanya..Enjin kereta dihidupkan dahulu lalu pintu itu ditutup sebelum lelaki itu menyandar di pintu tersebut sambil menghadap Fiqah..Senyum manis diberikan untuk Fiqah apabila wanita itu juga turut tersenyum memandangnya..

"Sama-sama,..Terima kasih juga untuk masakan awak tadi..memang sedap macam ni"..Thumbs up tanda 'good' untuk makanannya tadi..Macam mana dia tahu? Of course pakcik Zainal yang memberitahunya sendiri yang selama Fiqah balik saja dari kolej..Fiqah yang mengambil alih tugas ibunya untuk memasak..Dia juga ada berbincang sesuatu dengan ayah Fiqah..tapi hanya mereka yang tahu..

"Mana awak tahu?"..Soal Fiqah dengan muka blur..

"Adalah..hehe!"..

"Ada-ada saja Abang Danial ni..Btw, abang balik Kelantan bile? Saya nak kirim buah untuk Abang dan Fira"..Tanya Fiqah lagi..

"Ohh, boleh..InshaAllah kalau tak ada masalah dekat projek..Mungkin abang balik lusa..Ikut keadaan"..

Kringg kringg..

Telefon pintar milik Danial berbunyi dari dalam poket..Tertera nama panggilan ..'Fizi'..Dengan selamba panggilan itu terus dijawab...

Fiqah hanya diam dengan memerhati riak wajah lelaki itu..Tergambar riak wajah risau dan gelisah..Fiqah pelik..Dia tak faham apa yang disembangkan oleh lelaki itu kerana tenggelam dek bunyi enjin kereta yang lagi kuat dari suara lelaki itu..

Setelah beberapa minit, panggilan tamat..

"Kenapa Abang Danial?"..Soal Fiqah..Kelihatan lelaki itu sedang cuba menghubungi adiknya..Tapi panggilannya tidak berjawab..Danial mendongak apabila Fiqah bertanya..

"Tadi Fizi call abang..Dia bagitahu yang Fira demam ..Abang cuba call dia tapi Fira tak jawab"..Katanya sambil jari jemarinya masih lagi menghubungi Fira..

"Ohh, patutlah saya chat dia tak balas..Habistu abang balik kelantan esok lah ye?"...Sambil Fiqah tertanya-tanya dengan kedatangan Fizi di Kelantan..'Apa dia buat dekat sana?'..

Danial diam sekejap sambil berfikir..Fizi telah memaklumkan supaya tak perlu risau dengan keadaan adiknya kerana Fizi akan berjaga di depan rumahnya..Fizi akan memantau Fira dari luar rumah ..Terbit rasa risau juga kerana kalau orang nampak nanti agak tak manis..lagisatu, kalau adiknya demam mesti akan teruk.. Hatinya juga berbelah bahagi..Separuh hatinya risau dengan keadaan adiknya..Separuh lagi masih lagi tak puas untuk meluangkan masa dengan Fiqah di sini...

"Hmm, abang tak pasti lagi..Tapi abang rasa esok petang kot abang balik..Tak jadi balik lusa"..Jawab Danial sambil matanya merenung wajah Fiqah..Pasti Fiqah berfikir bagaimana Fizi boleh berada di sana ..

"Ohh, Takpelah kalau macam tu..Abang Danial balik jelah esok.. petang esok saya minta ayah saya pack buah untuk abang Danial bawak balik..Nanti petang abang Danial boleh singgah ambil sebelum balik sana.."Jawab Fiqah dengan senyuman manis..

Danial mengangguk faham.."Esok petang abang ambil Fira dekat tempat kerja..boleh kan? Sebelum abang gerak balik sana.." Pinta Danial..

"Boleh, ikutlah Abang Danial..Tak menyusahkan ke?"..

"Takdelah..Alang-alang nak datang sini..Abang boleh singgah ambil Fiqah dekat tempat kerja esok"..Jawab Danial ..

"Okay..Btw, macam mana Fizi boleh ade dekat sana?"..Soal Fiqah pelik..Danial yang mendengar soalan yang terpancul dari bibir wanita itu cuba untuk menahan rasa cemburunya..Tetapi, dia cuba untuk tidak menunjuk riak mukanya..

"Oh, soal tu..Hmm,fizi kan boss Abang..Jadi dia datang sana buat lawatan dekat anak syarikat yang abang bekerja sekarang..Selama seminggu untuk tengok perkembangan ..Alang-alang dia ada dekat sana dan abang terpaksa 'outstation' ke sini..Jadi, abang amanahkan Fizi untuk ambil dan hantar Fira ke tempat kerja"..Jawab Danial..

"Oh faham.."Fiqah kembali menjawab..Suasana sunyi sebentar..Masing-masing leka merenung antara satu sama lain..Detak jantung Fiqah sudah tidak teratur dengan renungan dari Danial..Dengan cepat dia mengalihkan anak matanya ke tempat lain..Pasti Fiqah kalah kalau berlawan mata dengan lelaki itu..Dengan orang lain tak pulak! 'Haish segan!'..

Danial seakan tersedar apabila wajah yang tenung tadi sudah menunduk ..Dia berdehem kecil..Tahu sangat wanita itu pasti segan dengan dia..

"Err, abang balik dulu...Nanti apa-apa abang call Fiqah ye..Take care!"..

Fiqah mengangguk dan menjawab.."Hati-hati balik..Take care too"..

Senyumnya melebar mendengar balasa Fiqah..Walaupun pendek, tapi rasa dirinya dihargai oleh wanita itu..Dia melambai lalu kereta bergerak keluar dan kereta dipandu pulang ke hotel..

*****

"Selamat Datang ke Butik Qaseh..Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"..Penyambut tetamu bersuara sambil tangannya membuka pintu untuk tetamunya masuk..

"Terima kasih..Hmm, Datin Fareeda ada?"..Tegur wanita yang sangat cantik walaupun sudah berusia..Kulit wajahnya dijaga dengan baik supaya kelihatan awet muda dari usianya..Datin Shila bergerak masuk ke butik lalu mata meliar melihat baju yang dipakai oleh patung..Cantik!

Kehadirannya disitu ingin menempah baju untuk majlis anniversary perkahwinannya bersama suami yang akan diadakan bulan depan..

"Datin boleh duduk sebentar di sofa..Saya pergi ke belakang sekejap berjumpa dengan Datin Fareeda"..Jawab penyambut tetamu itu..

Datin Shila mengangguk faham lalu melabuhkan punggung di sofa ..Tangannya mencapai majalah di atas meja itu..

"Maaf, Datin boleh masuk..Datin Fareeda sedang menunggu"..Sapa wanita muda itu lagi..Lalu, dia mengikut langkah penyambut tetamu itu..

"Assalamualaikum Datin Fareedaa..Amboii busynya dia!"..Tegur Datin Shila apabila melihat rakannya itu ralit merenung fail di meja..Datin Fareeda mendongak dan bibirnya melengkung dengan senyuman..

"Waalaikummussalam...Ya Allah Shila..Dah lama tak jumpa! Mari duduk sini"..Laju saja Datin Fareeda bangun dan menerpa ke arah rakannya..Sempat lagi dia memesan kepada staffnya untuk membancuh minuman untuk tetamu..

"Hehe..Betul lah..Masing-masing busy dengan keluarga ..Alang-alang dekat dengan majlis saya nanti..Saya datang ziarah awak dekat sini alang-alang nak tempah baju."..

"Boleh je..Awak nak design macam mana..Nanti saya boleh minta designer untuk lakar baju untuk awak..Tempah baju untuk majlis apa? Anak awak nak kahwin ke?"..Soal Datin Fareeda sambil tangannya menghulur album lakaran baju ..

"Haish..Taklah..Anak saya yang lelaki itu liat sungguh nak kahwin..Entah bila nak kawin pun taktahulah..Bila dipaksa, kita balik kena marah nanti..Saya datang nak tempah baju untuk majlis anniversary saya nanti..Bulan depan..Awak jangan lupa datang tau! Nanti saya bagi kad okay!"..

"Ohh yeke? Anak lelaki yang mana? Yang sulung dah kawin kan? Yang nombor dua ke? ..Okay..inshaAllah saya akan sampai nanti..hehe"..
Jawab Datin Fareeda..

"Iyelah, siapa lagi..Anak saya Hafizi tu memang susah sikit ..Kalau dengan perempuan pun dia tak ramah..Payah..kalau macam tu tak tahu lah tahun bile nak kahwinnya..Umur dah berapa dah!"..Datin Shila mulalah bercerita..Datin Fareeda pula setia mendengar ..Lama-kelamaan mereka tenggelam dengan berborak..Masing-masing tenggelam dalam rindu..

Hai readers, boleh tak author nak korang komen 'Hi' atau ape-ape saja..sebab macam sendu je ruang komen..Alang-alang boleh berkenalan dengan korang..hehe. #Take Care you alls

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience