Bab 12: Tak Sangka

Short Story Completed 17013

Hari berganti hari,

Fira berasa tidak selesa sejak kemunculan lelaki itu..Setiap hari mesti lelaki itu akan datang menngganggunya. Pada malam hari pula, lelaki itu akan menghantar chat di Whatsapp..Tetapi, Fira hanya tinggalkan 'bluetick' sahaja..Seringkali menerima chat berunsur rayuan dan permohonan maaf..Fira juga pernah meluahkan rasa hatinya kepada Fiqah kerana mengganggu emosinya untuk belajar..Sudahlah ketika itu, Fira telah dilantik oleh rakannya untuk menjadi pengarah program untuk satu aktiviti kebajikan..

Ia merupakan satu tugasan besar yang diberikan oleh pensyarah kepada mereka satu kelas untuk meng'handle' satu program..Untuk melihat kebolehan dan keupayaan pelajarnya..Dalam perbincangan itu juga, nama Fira telah di petik untuk menjadi sebagai ketua Pengarah program manakala rakannya, Fiqah akan menjadi timbalan Pengarah program..Program yang mereka perlu jalankan ialah kategori kebajikan..Mereka perlu jalankan satu program di mana-mana saja pusat atau sekolah untuk memberi bantuan serta menjalankan aktiviti yang dapat mengeratkan silaturahim..Program seperti yang mereka pernah sertai bersama kelab MPP..

"Oii..Kau termenung apa ha!"..Sergah Fiqah..Ketika itu mereka berada di pondok rehat yang telah disediakan oleh pihak fakulti untuk membuat perjumpaan bersama ahli jawatankuasa program untuk membincangkan segala butiran program..Mereka tidak perlu berkenalan kerana rata-rata ahli jawatankuasa satu kelas..

"Takde apalah..Aku just terfikir je apa yang kita kena rangka untuk program ni je!"..Jawab Fira sambil mata melihat suasana di sekitar fakulti mereka..

"Ouh, betul ke ni? Ke kau tengah fikir benda lain ha?"..Jawab Fiqah lagi dengan mata mengecil sedikit sambil menatap wajah suram Fira..

"Huh! betul la weyh..kenapa kau tak percaya!"..Soal Fira dengan mengeluh..Dia tahu kalau dia sembunyikan rasa , Fiqah akan dapat tahu juga ..Macam ahli nujum! dapat menembak perasaannya sekarang..

"Haa tengok tu mengeluh! Habis je perbincangan kita ni..Aku nak tahu ! Ko kena cerita okay! ..Tak elok pendam sorang-sorang..Apa guna aku sebagai kawan kau kalau kau tak gunakan kawan kau ni kan sebagai tempat curahan hati..Aku okay je..Tak keberatan langsung! Jangan risau okay!"..Jawab Fiqah dengan penuh keyakinan agar dapat meyakinkan Fira ..

"Assalamualaikummm!"..

Mereka berdua tersentak..Perbualan mereka terus saja tamat di situ kerana ahli jawatankuasa yang lain sudah sampai..Perbicangan berlangsung selama 1 jam demi merangka satu projek untuk program mereka nanti..

Dan keputusan akhir bagi tempat program ialah di Rumah anak-anak yatim..Banyak faktor kerana mereka telahpun menghubungi pemilik rumah anak-anak yatim itu bahawa pihak sana masih mengalami kekurangan dari barang keperluan..

"Okay, kita dah decide tempat untuk kita jalankan program kita ni dan pihak sana pun sudah bersetuju..Dan kita juga sudah bersepakat untuk jalankan setiap orang dari kita kumpulkan dana..Tak kisah dalam bentuk wang ringgit atau barang yang di terima boleh bagi dekat saya, Fiqah atau Shira sebagai bendahari program..Boleh?"..Soal Fira kepada rakannya yang lain..

Semuanya mengangguk faham..Masing-masing tekun mendengar arahan dari ketua pengarah program mereka..

"Fira, Nak tanya mengenai aktiviti yang kita akan jalankan nanti..Siapa yang akan handle?"..Tanya Khalif yang memegang jawatan sebagai timbalan setiausaha..Di tangannya ada satu buku dan juga pen..Dia tekun menulis laporan yang perlu di catat ..

"Okay, untuk aktiviti nanti kita boleh bincangkan sebabnya aktiviti kita ni akan dijalankan bersama anak-anak yatim..Jadi, kita kena pilih aktiviti yang sesuai..Saya rasa dalam 4 atau 5 jenis permainan okay tak? Ada sesiapa nak bagi cadangan ke? Outdoor or indoor?" ..Soal Fira sambil memandang ke arah semua AJK..

"Saya rasa kan boleh je kita jalankan aktiviti outdoor dan indoor..Kalau outdoor kita boleh buat explorace, bola beracun ke..kalau indoor kita boleh buat aktiviti rebut kerusi ..sebab kita sebelah pagi akan tolong kemas sekitar rumah anak yatim kan?".. Sahut satu suara Ajk Lisa

"okay jugak tu..takpun kita hadkan sikit aktiviti sebab kita kena kemas kawasan sekitar dengan budak-budak takut mereka penat kan!..Jadi, kita buat aktiviti yang santai jelah..".. sahut suara lain ,Hakim..

"Okay, saya terima cadangan korang..Sebab kalau ikut tentatif waktu pagi kita akan buat aktiviti mengemas dan membersih kawasan sekitar rumah anak yatim..Jadi, saya nak Khayra, sebagai setiausaha cuba kumpulkan beberapa aktiviti yang santai ..Boleh jugak tulis aktiviti yang dicadangkan oleh Hakim dan Lisa tadi..Kalau korang ada cadangan lain, boleh terus bagitahu secepat yang mungkin begitu juga dengan dana..Berapa yang kita dapat kena bagitahu cepat sebelum hari program sebabnya saya kena berjumpa dengan pensyarah dan dekan fakulti kita dulu untuk meminta persetujuan dan pengesahan...Mengenai pengangkutan kita , saya dah minta tolong ajk Shafiq settlekan..Dan alhamdulillah dapat guna bas kolej ..Memandangkan masa sekarang sudah pukul 5, kita boleh bersurai dulu rasanya..masing-masing sudah letih sebab jadual full harini kan? Kalau ada apa-apa info atau pertanyaan terus masuk group whatsapp ye..Terima kasih sebab sudi luangkan masa bersama..Kita boleh bersurai!"..Ujar Fira..

Mereka mengangguk faham lalu mengucapkan terima kasih sebelum berlalu..Fira dan Fiqah juga mula bergerak pulang..Fira melepaskan nafas lega kerana perbincangan mereka berjalan lancar..

Tetapi langkah mereka ditahan oleh seseorang!..

"Fira! Sekejap"..Jerit satu suara dari arah belakang..Mereka berdua berhenti lalu menoleh ke belakang..Wajah Fira terus saja mendatar manakala Fiqah sudah menyinga..

"Huh, Kau nak apa lagi? Tak faham bahasa ke ? aku cakap jangan ganggu aku lagi?!"..Soal Fira dengan muka muram ..dahlah dia letih memikirkan program lepastu boleh pulak jantan tak guna ni datang menyemakkan lagi kepalanya..

"Saya nak ajak awak makan sekali dekat cafe malam ni? Awak free?"..Soal lelaki itu .

"Aku tak free..Kau makan sorang!"..

"Fiqah jom balik! Aku letih la layan orang yang tak faham bahasa melayu ni!"..Ujar Fira sambil menarik lengan Fiqah

Fiqah sempat menjeling dan memberi senyuman sinis kepada Haikal..Wajah lelaki itu terus saja muram apabila Fira tidak menerima ajakannya..

"Malam nanti saya chat awak Fira!"..Jerit lelaki itu apabila kelibat dua sahabat itu menjauh..Haikal tidak mudah mengalah..

Fiqah yang mendengar Haikal menjerit terus saja mengalih pandangan memandang muka Fira dengan tidak percaya..

Fira yang perasan dengan pandangan Fiqah terus mengeluh kuat sambil mengetap gigi kuat..Geram dengan lelaki tak guna itu..

"Weyh! Haikal ada chat kau lagi ke? Bukan haritu aku suruh kau block nombor dia ke?"..Soal Fiqah

"Nantilah aku cerita ..Malam nanti okay! Aku letih weyh dengan kelas dengan program..Kau pun sama kan..Just tak tunjuk je..Fikir aku taktahu!"..Ujar Fira

Bukan Fira taktahu yang Fiqah sejenis yang suka pendam segala rasa sendiri dan tutup dengan perangainya riang dan senyum..Dari situ, orang takkan tahu yang Fiqah juga punya masalah tetapi dia taksuka pamerkan dengan riak muka dan perbuatan..

"Hehehe, baik lah..Malam nanti cerita okay!"..Jawab Fiqah..

*******

Malam itu mereka menghabiskan waktu dengan perbincangan mengenai program yang bakal di adakan dalam 4 minggu saja lagi..Segala setup program perlu perfect supaya mereka satu kelas mendapat markah tinggi dari pensyarah mereka..Dan yang paling penting ialah pengalaman dan memori yang bakal mereka ingat dan simpan selepas mereka tamat belajar nanti..Mereka juga telah menjalankan satu tabung derma untuk anak yatim yang sedang berjalan di setiap fakulti..

"Fiqah, kau ada idea tak kita nak minta sumbangan dekat siapa je? Selain ibu bapa kita?"..Tanya Fira..

"Hmm, kita try tanya syarikat abang kau ke ..Kita boleh juga pos poster sumbangan untuk program kita nanti dekat media sosial yang kita ada! "..Cadang Fiqah dengan wajah ceria..

"Okay jugak nanti..Jap aku call abang aku!"..Laju saja Fira bertindak..

Fiqah pula sudah senyum sampai ke telinga apabila Fira sudah menelefon abang Danial lalu di buka loud speaker..Jadi, Fiqah juga dapat mendengar perbualan mereka..

Tiitt tii..

Setelah beberapa bunyi bib..Panggilan di angkat..

"Hello assalamualaikum adik!"..Ujar suara di sana..
Fiqah yang duduk disebelah Fira terus saja tahan senyumnya..Takut kantoi dek Fira nanti! haha..

"Waalaikummussalam abangkuuu..Buat apa tu?"..Soal Fira dengan suara meleret..Mulalah sesi menyakat antara adik beradik..

Fiqah ketawa kecil sambil menekup mulutnya risau orang di sana dengar..

"Abang baru je balik dengan kawan abang, pergi makan dekat luar tadi..Adik dah makan ke? Btw, Ada apa adik call abang?"..Soal Danial..

Fizi yang berada di sebelahnya itu pelik..Yup, Danial sekarang masih lagi di Selangor kerana urusannya di HQ memerlukannya dia berada di sana sehingga selesai..Syarikat yang diamanahkan oleh Fizi di kelantan juga di pantaunya dari jauh..

Fizi hanya diam sambil memasang telinga mendengar perbualan Danial..Tipulah kalau dia tak rindu si pujaan hati..Tapi, disebabkan masanya lebih banyak memerlukannya menguruskan syarikat..yelah, tak lama lagi..syarikat mereka akan membangunkan lagi beberapa buah hotel di beberapa buah negeri..Mengenai pengajian pada Phd juga dibuat secara partime..Jadi, dia juga akan fokus dengan belajarnya ..

Mereka berdua sekarang berada di ruang tamu..Fizi pula hanya menonton tv tetapi telinga fokus ke lain..Matanya fokus ke tv sehingga boleh tembus ..Danial yang melihat perbuatan Fizi terus je membuka pembesar suara..Bukan dia taktahu yang Fizi mendengar perbualannya..Mulut sudah tersenyum mengejek bila Fizi menoleh ke arah fon Danial..

Dapat dia dengar jelas suara wanita itu..

"Ouh, abang dekat mana je sekarang ni?? Balik Kelantan dah ke?..Hmm, adik call abang ni sebenarnya nak tanyaa..hmm macam mana eh nak cakap..hehe!"..Ujar Fira..

Fiqah masih lagi fokus ..Hatinya juga melonjat untuk mengetahui keadaan keberadaan lelaki itu sekarang..

"Abang dekat rumah kawan abang ni! Still dekat selangor lagi sebab urusan abang belum selesai lagi..Kenapa Fira? Ada nak minta tolong apa-apa ke dengan abang? ".Jawabnya sambil memandang Fizi sekejap..

"Ouhh, Faham..Macam ni lah, adik kena handle satu program kebajikan dari pensyarah..lepastu, kami sekarang tengah kumpul dana untuk beli keperluan dan sumbangan untuk rumah anak yatim..Jadi, adik fikir nak cuba minta dana dekat abang dan syarikat yang abang bekerja tu..Boleh?..Tak banyak pun takpe..Asalkan bagi jugakan seikhlas hati"..
Fira bersuara perlahan..

Danial ketika itu terus memandang ke arah Fizi..Fizi mengangguk menandakan dia bersetuju..

"Ouh, Fikir apalah tadi..Dari pihak abang nanti abang bank in dekat bank Fira jelah ye!..Fira nak kumpul dana berapa banyak? Nanti untuk tempat kerja abang, Fira cuba bagi poster atau flyer mengenai program adik sebagai bukti supaya mereka boleh percaya..Okay!." Kata Danial..

Fira yang mendengar itu terus saja ceria..Bukan dia taktahu, abangnya ni suka mengumpul duit dan bukan pemboros..Dan suka memberinya duit belanja walaupun tidak diminta..Fiqah pulak sudah bertepuk tangan tetapi perlahan supaya tidak kantoi..

"Yeahh, terima kasih abangg tolong adik!..Pasal amount itu, abang bagi jelah berapa yang nak..Seikhlas hati..Nak bagi 1 juta pun okay jugak! Hahaha"..Sakat Fira dengan ketawanya.

Fizi yang mendengar terus saja menahan ketawa..Kelakar jugak budak ni..Kalau jumpa depan-depan susah dengar wanita itu ketawa..Danial yang dengar juga turut ketawa..

"Amboiii..kata seikhlas hati..Tapi bagitahu nak 1 juta pulak budak ni!!!..Memang botak kepala abang tahu!"..Cemuh dia ..

"Hahaha, adik main-main jelah ..Kelakarlah abang marah!.hahaha"..Jawab Fira

"Dah-dah, nanti abang bankin duit dekat akaun adik..Itu dari abang tau! Pasal tempat kerja abang, Nanti adik hantar bukti program okay!..Dah malam ni..Tidur pukul berapa ni?"..Danial kembali serius..

Fizi masih setia disebelah..Mata sempat mengerling ke arah jam dinding ruang tamu..Pukul 10 malam..

"Alright abang..Nanti adik bagi okay! kejap lagi..Kalau boleh dalam seminggu dua ni adik kena kumpul dana sebab nanti kena beli barang pulak..Nak kena deal dengan supplier pulak..Sorry kalau susahkan abang..If, tempat kerja abang nak adik datang sana untuk bersua muka dengan adik sendiri..Boleh je..Nanti abang bagitahu okay!"..Ujar Fira..Fiqah juga mengangguk bersetuju dengan usul dari Fira kerana kebiasaan pelajar yang ingin mengumpul dana perlu keluar sendiri berjumpa pihak tersebut..

"Okay boleh, InshaAllah abang confirmkan balik..Okaylah..Adik pergi tidur..Lewat dah, esok kelas kan? "..

"Okay abang, kejap lagi adik bagi flyer program adik..Baiklah abangkuu, adikmu beradu dulu lah ye! Abang jangan tidur lewat jugak tau! Thankyou abang sebab tolong adik..Sayangggg Abannggg"..Meleret suara Fira..Fizi yang mendengar terus saja hati berbunga..'kan best kalau dia cakap macam tu dekat aku..terasa dunia miliknya sorang!'..Mulalah Fizi berangan..

"Okay adikkkk, Selamaattt malamm yeee..Byee Assalamualaikum!"..Jawabnya juga meleret..Selepas saja Danial mendengar salamnya di balas dan panggilan telah dimatikan..Terus saja Danial menghadap Fizi..

"Aku rasa kau dengar apa perbualan aku dengan adik aku kan? So?"..Terus saja Danial menerjah Fizi

Fizi tersentak dari lamunan..Lalu, wajahnya berpaling ke kanan untuk memandang wajah yang sedang menunggu jawapan darinya..

"Hmm, aku nak jumpa 'Fira'!"..Jawab Fizi laju tanpa perlu berfikir lama..

Danial menjeling bukan dia taktahu agenda rakannya itu..

"Eleh, laju je kau ye kalau pasal Fira..Ingat sikit abang dia dekat sebelah kau ni..Kalau kau berani buat apa-apa dekat adik aku..siap kau eh!"..Amaran diberi kepada Fizi..

"Hahaha, aku nak buat apa dekat adik kau ha? kalau aku fikir bukan-bukan, baik aku kawin je terus dengan adik kau! Cepat kau dapat anak buah!"..Sakat Fizi dengan ketawa jahat..

"Ehh, gatal jugak kau ni kan ! Okay aku nak tengok kau 'tackle' adik aku macam mana! Cepat ke lambat?!"...Cabar Danial dengan kening terangkat..

"Hahaha, aku gatal dengan adik kau je kot! Bukan dengan orang lain ..Okay! Aku sahut cabaran kau! Asalkan kau jangan rosakkan plan aku!"..Ujar Fizi

"Okay takpe kalau macam tu, kalau kau menggatal dengan orang lain selain adik aku siaplah kau! Sebab aku taknak tengok adik aku kecewa! Dan pasal plan kau tu..Jangan nak buat macam drama eh, tangkap basah ke perangkap ke..Kau jangan macam tu! Nak plan tu biar gentleman sikit"..Danial beri amaran

"Haishh, apa cakap macam tu kau niii..Aku ada plan sendiri sebab adik kau tu depan aku bukan main payah nak senyum tau!..Nasib baik cute tau! tergugat iman aku!"..

Puk

Laju saja Danial meluku kepala Fizi..Amik kau!

"Kepala hotak kau! kau jangan nak berani sentuh adik aku kalau belum halal! Kalau aku tahu siap kau!"..

Fizi mengaduh sambil mengusap kepalanya..Sakit boleh tahan ye!

"Sakit lah! Aku tahu batas lah..Aku takkan sentuh dia selagi belum jadi isteri aku lah..Haish!"..Marah Fizi

"Tahu takpe..!"..

Fizi menjeling Danial yang sedang tersengih..

"Haa, berbalik pasal kes dana adik aku tu! Kau nak jumpa dia sendiri ke dekat office? Kalau ye ,aku nak bagitahu adik aku terus!"..Soal Danial

Ting ting tingg

Bunyi chat masuk di telefon Danial..Lantas, Danial mencapai telefon dan melihat chat adiknya menghantar flyer digital yang diminta..

"Nah, baca ni..Bagi kau faham!".Danial menyerah telefon bimbitnya kepada Fizi..

Laju Fizi bacanya, selesai saja ada lagi chat masuk..Lantas, Fizi membacanya..

"Adik aku cakap apa lagi?"..tanya Danial ..Tak kisah kalau Fizi membaca chat dari adiknya..Dia tahu Fizi macam mana orangnya..

"Adik kau cakap, 'kalau syarikat abang nak jumpa adik, bagitahu adik tau..Kalau syarikat abang taknak derma, adik tak kisah ..Nanti adik boleh try call syarikat lain untuk minta dana'.."Fizi membaca chat itu..Sempat Fizi menekan gambar pada ikon WhatsApp ..'Manis sekali senyuman kau Fira!'..Bisik hati Fizi

"Ouh, okay..So? Kau nak jumpa adik aku bile?"..

Fizi diam sekejap..

"Dalam masa terdekat lah, Lagipun kalau kau ada dekat sini, senang sikit nak ajak adik kau dengan kawan dia keluar makan lunch sekali..Okay tak?"..Cadang Fizi

Danial mengangguk setuju..Sebab niatnya juga nak berjumpa dengan Fiqah sebelum dia pulang ke Kelantan ..Walaupun hari tak pasti lagi sebab masing-masing busy..

"Okay gak kalau gitu, aku terfikir jugak nak bawak dorang keluar outing sebelum aku balik sana..Tak tahu lagi bile kan..So? Minggu depan okay?"..

"Okay aku on!"..Jawab Fizi laju..

Lalu, jari jemari Danial laju menaip membalas chat Fira..Dan terus menyatakan hasrat mereka..Dan Fira juga bersetuju...

******

"Hello, abang dekat mana? Adik dengan Fiqah ade dekat bustop luar kampus ni?"..Fira membuat panggilan kepada abangnya..

Mereka sudah bersedia ingin berjumpa sendiri dengan pemilik syarikat abangnya bekerja..Dan mereka bersyukur kerana syarikat tersebut ingin berjumpa sendiri dan memberi dana itu..

"Kejap adik, lagi 5 minit abang sampai"..Jawab Danial..

Fira dan Fiqah sudah mula mengibas tudung mereka kerana cuaca sekarang sangat terik membuatkan mereka berpeluh..

Pin pin

Fira tersentak mendengar hon kereta ..Laju, Fira menarik lengan Fiqah memasuki kereta abangnya..

"Kenapa abang lambat? Panas tahu tak?"..Fira membebel..Lalu, tangannya mencapai kotak tisu yang ada di dalam kereta ..Dan menyerahkan kepada Fiqah juga..

Mereka mengelap peluh menggunakan tisu..

"Sorrylah abang keluar awal tadi, mana tahu jalan jammed! ..Alolo, sian dia panas..hehe!"..Jawab Danial sambil mata itu sempat memandang cermin tengah melihat wajah Fiqah..Ketika itu, Fiqah sedang menunduk sambil mengelap peluh di dahi..Fiqah tidak tahu yang tingkah lakunya diperhatikan oleh lelaki itu..

"Yelah, bos tempat kerja abang tak bising ke kalau lambat ni?"..Soal Fira lalu memandang abangnya yang tekun memandu..

"Takdelah, sebab bos abang takde meeting penting harini..Dia pun tak kisah!"..Danial menjawab..Fira hanya mengangguk faham..Hatinya berdebar hebat kala ini..Taktahu apa akan jadi nanti

Setelah beberapa minit, mereka sudah sampai ke destinasi yang di tuju..Sempat Fira membaca signboard syarikat tersebut..

'Prima Holdings!'..

Fira tiba-tiba rasa macam tak senang duduk sebab dia akan berjumpa sendiri dengan CEO syarikat ini..Abangnya sudah keluar kereta diikuti Fiqah di belakang..Dengan perlahan serta bismillah dia melangkah keluar kereta dan mengikut langkah Abangnya bersama Fiqah disebelah..

"Weyh, Fiqah..Aku rasa semacam jelah..Berdebar teruk ni!"..Fira mula gelisah ketika kaki menjejak kaki masuk lif..Button nombor 20 ditekan oleh Danial..

"Ye weyh, aku pun sama..Seram lah!"..Fiqah berbisik ditelinga Fira..

Danial yang berada di belakang dua gadis itu tersenyum sambil tahan ketawa apabila melihat geligat mereka..Cuak lah tu!

Ting..Pintu lif terbuka..

"Adik pergi ke pintu sebelah kanan tu..Lepastu, jumpa P.A bos abang dulu..Maklum dekat dia ,siapa adik dan bagitahu yang adik ada buat appointment atas nama abang tau..Abang pinjam Fiqah sekejap nak minta dia amik 'barang'!"..Ujar Danial ketika mereka keluar dari lif..

Fiqah sudah jadi 'blur' kejap apabila mendengar kata Danial..'Aku kena ikut dia? Huishh seram ni!'..Getus hati Fiqah

"Kenapa abang nak pinjam Fiqah? Adik nak Fiqah teman lah abang..Pasal barang tu, nanti lah Fira dan Fiqah amik sekali dekat abang!"..Fira sudah memandang abangnya ..

Danial hanya tersenyum sengih..Tengok wajah cuak Fira dan wajah blur Fiqah..Sangat menggelikan hatinya!

"Hmm, abang ada buat appointment untuk jumpa bos seorang je..Fikir Fira je nak jumpa dia..So, abang confirmkan seorang jelah..Fiqah pula abang pinjam sebab ada hal kejap !"..Jawab Danial selamba..

Fira sudah mendengus geram dengan abang..

"Jom Fiqah kita ke pejabat Abang kejap!"..Ajak Danial ..Matanya sudah mengalih pandangan ke arah Fiqah yang masih diam tu..

Nak taknak Fiqah terpaksa mengangguk perlahan..Lalu, dia memandang ke Fira..Mulut menyebut 'Good Luck' tanpa suara..

"Adik jangan takut dengan bos abang,..dia bukan makan orang pun..Makan nasi jugak..hehe!"..Sempat dia sakat adiknya ..

Lalu, Danial mengorak langkah masuk ke lif dan diikuti oleh Fiqah..Setelah pintu lif tertutup, Fira cuba bertenang dan memikirkan tujuannya di sini..Lalu, dengan langkah yang berkobar..Dia masuk ke pintu office CEO..Kelihatan seorang wanita ayu bertudung dan manis senyuman memandangnya..Fira jugak membalas senyuman itu..

"Ye cik? "..Sapa suara itu..

"Saya ada appoinment untuk berjumpa dengan bos atas nama abang saya Danial Ashraf..Saya adiknya, Hafirah,pelajar yang datang untuk berbincang mengenai dana program"..Jawab Fira..

"Ouh, ye ada..Sekejap ye !".. Lantas tangan itu menekan button pada telefon office untuk menyambung panggilan ke ruang bosnya..

"Yes aina?"..kedengaran suara lelaki menyapa..

Fira sudah mula kalut kembali..

"Bos, pelajar yang ingin berjumpa dengan bos dah sampai!..Bos nak jumpa sekarang ke?"..Aina menjawab ..

"Yes, bawak dia masuk bilik saya sekarang!"..Suara itu kembali bersuara..

Aina menjawab lalu mematikan talian tersebut..

"Jom awak, saya tunjukkan bilik bos"..Kata Aina sambil bergerak ke ruang mewah dan terdapat satu pintu yang tertera nama bosnya!.

Ketukan diberi..Lalu, suara lelaki itu menyuruhnya masuk..Aina membuka pintu dan menyapa sebelum meminta Fira masuk..

Fira masuk dengan hati yang berdebar..Baru saja pintu tertutup rapat, Fira memberanikan diri untuk mendongakkan wajah melihat wajah lelaki di hadapannya

"Awak?!"..Tegur Fira dengan wajah melongo dan blur..Terkejut , terkedu, terkaku semua ada..Otaknya seakan terhenti sekejap untuk berfikir..Matanya sudah terbuka luas memandang lelaki yang sudah tersenyum memandangnya..Ye! Fira rasa nak pengsan sekejap sebab terkejut..

Maaf lama menghilang.. #Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience