Bab 20: Berkurung

Short Story Completed 17013

'Ding Dong Ding Dong'..

Bunyi loceng rumah Haikal bergema..Haikal yang baru saja ingin melelapkan mata terus mendengus lalu bergerak keluar..

'Siapalah yang datang tengah-tengah malam ni? Tak tahu ke orang nak tidur?'..Bebelnya sambil bergerak mendekati pintu utama..

Buka saja pintu rumahnya itu, matanya terus terbeliak melihat rakannya yang terbaring lemah di hadapan pintu rumah..Dengan kelam kabut dan cemas dia memapah tubuh Faqih yang tidak bermaya itu..

"Weh! kau kenapa ni? Apa dah jadi dekat kau ni? "..Soal Haikal cemas..Tubuh Faqih dibaringkan di sofa ruang tamu ..Dengan pantas, dia menuju ke dapur untuk mengambil besen lalu di isi dengan air dan kain bersih untuk mencuci luka di wajah Faqih..

Faqih pula yang ketika itu hanya pejam celik matanya saja..Dia tidak boleh bercakap akibat tumbukan bertubi-tubi yang dilepaskan oleh Fizi..Dia hanya mampu memberi isyarat tangan dan mengeleng kepala..

Haikal membawa besen berisi air ke arah Faqih..Tangannya dengan perlahan mengelap kesan darah di wajah lelaki itu..Wajah Faqih berkerut-kerut menahan sakit ..

"Kau okay tak ni? Nak pergi klinik tak?"..

Faqih mengeleng perlahan..Dia sudah tak larat lagi untuk bangun..Dia terasa ingin terlelap kerana keletihan melampau dengan sakit dibadannya lagi membuatkan tubuhnya lemah..

Setelah beberapa minit Haikal mengelap wajah Faqih..Dia bangun untuk mengambil ubat tahan sakit..Lalu, dia bergerak dan membantu Faqih bersandar di bahu sofa..Dia membantu Faqih makan ubat..

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Haikal telah menyentuh hati lelakinya..Dia dapat lihat wajah risau lelaki itu dan perbuatan itu telah membuatkan hatinya rasa pilu..'Seandainya kau tahu apa dah jadi? Mesti kau taknak tolong aku kan?'..Bisik hatinya..Dia hanya pejamkan mata supaya air mata yang bertakung tidak mengalir..

Haikal yang melihat situasi itu..mula bangun dari duduknya..

"Kau rehat lah..kalau ade apa-apa kau panggil aku dekat bilik"..Kata Haikal..

"K..kal..Te..ri..ma..Ka..sih"..Ucap Faqih sambil tahan sakit di bahagian bibirnya yang pecah..

"Dah kau rehat..Tidur..Jangan banyak cakap..Nanti luka kau berdarah balik..Apa-apa ketuk pintu bilik aku tau!"..Haikal berpesan kembali..Faqih hanya mengangkat dan membentuk bulatan 'O' menandakan 'okay'..

Faqih melihat rakannya itu berlalu..Dia menjatuhkan kembali badannya di sofa itu..Matanya terbayang wajah Fira dan lelaki yang memukul wajahnya itu..Sungguh! Dia taktahu mahu rasa apa sekarang..Terus saja dia memejamkan matanya kerana malas berfikir panjang..

*******

Sampai saja Fira dan Danial di rumah keluarga mereka dari Balai Polis dan Hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan..Fira lantas naik ke biliknya dan berkurung..Danial pula hanya diam kerana dia masih lagi rasa sakit hati dengan perlakuan adiknya yang suka buat sesuka hati..

Dia mengeluh..Bukan dia mahu marahkan adiknya..Cuma, dia rasa agak terkilan..Dia sepatutnya sebagai abang perlu melindungi adik perempuannya..Tapi, lain pula yang jadi..

Dia melangkah masuk ke biliknya untuk menyiapkan beberapa urusan kerjanya memandangkan rakannya selaku CEO tiada di hq..Jadi, tanggungjawabnya agak berat juga..

Tapi, Danial banyak mengelamun..Kerja yang ingin dibuat hanya terbiar..Dia teringat bahawa adiknya tidak menjamah satu makanan sejak tersedar dari lena panjangnya..Lalu, dia melangkah menuruni tangga dan menuju ke dapur..Uminya ada menyediakan sarapan pagi di atas meja..Ada bihun goreng tomyam dan air milo..Sarapan pagi kegemaran Fira..Dia mengeluh perlahan..

Lantas, dia menyenduk sedikit bihun goreng dan air milo lalu diletakkan di atas dulang..Dan kaki melangkah menuju ke bilik adiknya..Ketukan demi ketukan diberikan..Namun, tiada respon dari adiknya..Dia cuba bersabar ..Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi deringan menandakan ada panggilan masuk..

Danial bergerak masuk ke biliknya lalu mencapai telefon pintarnya..Tertera nama sahabat baik adiknya..'Fiqah'..Dengan dua kali deringan baru lelaki itu menjawab panggilan itu..

"Assalamualaikum Abang Danial, maaf mengganggu..Fiqah nak tanya!..Kenapa Fira tak 'on' telefon dia ye? Fiqah call banyak kali tak angkat!"..Soal Fiqah perlahan..Sebenarnya, dia takut untuk menelefon lelaki itu tapi kerana terpaksa dia call juga..

Lama tiada respon dari Danial..Danial seakan mengelamun sekejap tidak tahu kenapa!..Fiqah yang berada di talian berasa pelik..Lalu, dia melihat kembali telefonnya..'Tak tutup pun..Tapi kenapa diam je?..

"Hello Abang Danial, takpelah kalau abang Danial tengah busy..Fiqah minta maaf sebab ganggu abang Danial..Nanti pesan dekat Fira suruh 'on' telefon dia ye..Fiqah letak dulu ye...."

Fiqah yang ketika itu baru saja ingin menjauhkan telefon dari telinganya tiba-tiba namanya diseru..Laju telefon pintarnya dilekap semula di telinganya..

"Abang Danial panggil Fiqah ke?"..Soal Fiqah untuk meminta kepastian..

"Hmm"..Itu saja jawapan dari Danial..Fiqah yang mendengar itu makin bertambah pelik..'Dah kenapa dia ni? Punyalah panjang aku cakap, dia jawab pendek je?'..Omel Fiqah..

"Abang nak tanya dekat Fiqah..Fiqah kena jawab dengan jujur"..Suara Danial kembali di dengari..Fiqah tertelan air liur..'Lain macam je bunyi suara dia!'..Hatinya tiba-tiba berdebar..

"Siapa Faqih?"..Soal Danial..Fiqah pula kembali terdiam..

"Kenapa diam?"..Tanya Danial lagi apabila Fiqah membisu..

"Fiqah pun nak berahsia dengan Abang ke?"..Danial mencuba untuk mengugut Fiqah..

"Err, takk..Fiqah takde niat nak berahsia dengan abang cumaa..."..Danial memotong..

"Cuma apa? Takut Fira marah Fiqah?"..Fiqah yang mendengar soalan itu membuatkannya tak senang duduk..

"Kenapa abang Danial nak tahu?"..Masing-masing bertanya soalan..Tidak mahu mengalah!..

"Kalau Fiqah nak tahu..Lelaki bernama Faqih itulah yang hampir merogol Fira semalam!"..Suara itu mendatar saja tapi sangat keras..

Bagai kena panah petir, Fiqah terus saja bangun dari duduknya lalu mengurut dadanya sambil beristighfar panjang..

"Ya Allah, betul ke Abang? Mana Fira sekarang?"..Soal Fiqah kelam kabut..Nada cemas wanita itu membuatkan Danial juga dapat rasa..

Ketika itu Fiqah masih di pejabat dan urusan dipejabatnya tidak banyak..

"Betul!"..Sepatah Danial menjawab..Dia masih lagi menunggu Fiqah bercerita mengenai lelaki itu..

"Fiqah nak bercakap dengan Fira boleh tak abang Danial..Tolong pass telefon abang Danial dekat dia.." Kata Fiqah..

"Fira tak bukak pintu..berkurung sejak balik dari Balai tadi"..Danial mula bertenang walaupun hatinya bagai ingin jerit geram..'Kenapa orang di sekelilingnya perlu menyembunyikan identiti lelaki itu? Kenapa?!'..

"Apa kata Abang buat video call sekejap! Lepastu Abang Danial ketuk pintu bilik dan panggil Fira , bagitahu yang Fiqah nak bercakap dengan dia..Boleh tak abang Danial?"..Mohon Fiqah..

Danial hanya diam lalu tangannya menekan button merah untuk matikan panggilan sebelum menekan ikon Whatsapp untuk video call..

Fiqah tersentak apabila panggilan dimatikan..Dalam beberapa saat, masuk pula panggilan video di whatsappnya..Dengan pantas, dia menekan button hijau..

Terpapar wajah mereka di skrin..Masing-masing diam membisu sambil merenung satu sama lain..Fiqah yang mula tersedar terus saja berdehem lalu bersuara..

"Abang Danial okay?"..Fiqah bertanya simpati..Dapat dia lihat wajah lelaki itu yang tidak beriak yang juga membuatkannya risau..Danial pula masih lagi menatap wajah manis milik Fiqah di skrin telefonnya..Inilah kali pertama mereka membuat panggilan video..Biasanya hanya call biasa yang boleh dengar suara..

"Boleh panggil Fira untuk Fiqah tak?"..Soal Fiqah laju..Dia sebenarnya tidak betah melihat skrin telefon yang memaparkan wajah lelaki itu..Danial hanya mengangguk kepala lalu mengetuk pintu bilik adiknya..

Tuk tuk tukk..

Kedengaran esakan adiknya..Danial mengeluh..

"Fiqah kalau boleh tolong pujuk Fira makan sekali..Abang buntu dia taknak buka pintu langsung kalau di suruh makan!"..Danial meminta tolong dari sahabat baik adiknya..Fiqah mengangguk laju..Dapat juga Fiqah mendengar esakan kecil di telefon..Wajahnya mula beriak risau..

"Adikk, Fiqah nak bercakap dengan adik ni..Abang letak telefon dekat depan pintu"..Kata Danial lalu dia meletak telefon pintar di bawah..Dia juga meletak makanan di hadapan pintu..Dia tahu jika dia berada di depan pintu, pasti adiknya tidak keluar..

"Abang tinggal Fiqah kejap..Tolong Abang pujuk Fira untuk makan sekali".. Ujar Danial lagi sebelum dia bergerak memasuki biliknya..Kepalanya mula serabut..Harapannya tinggi di letakkan pada gadis itu..Mengharapkan wanita itu dapat membantunya..Dia pula perlu fikir cara untuk memberitahu berita ini kepada umi dan abinya..

******

Fiqah masih lagi menunggu di talian..Dia berharap Fira mengambil telefon pintar Abangnya di pintu..Dalam beberapa minit, dia perasan pintu bilik Fira dibuka lalu telefon di angkat..Tapi tiada wajah Fira di skrin..Hanya syiling bilik itu..

"Firaa mana kauu?"..Seru Fiqah perlahan..Suasana masih diam..

"Firaa kau okay??"..Soal Fiqah..

"Kalau rasa tak okay..Meh la share dengan aku..Aku boleh jadi pendengar setia..Tak mau la pendam sorang-sorang..Aku kan adaa"..Pujuk Fiqah lagi..Dia mula tersenyum apabila dia dapat lihat wajah Fira yang sembap..

"Kau okay Fira? Cuba kau cerita dekat aku!"..Kata Fiqah lagi..

Fira hanya mengeleng..Dia tak mampu untuk bersuara..

"Jangan macam tu..Nanti kau sakit macam mana? Aku risau lah..Dah lah aku jauh dari kau nii"..

"A..Aku jijikk dengan diri aku sendiri"..Fira menjawab dengan suara seraknya..Wajahnya kembali mendung..Mata Fira kembali bertakung air mata..Fiqah juga sedih melihat keadaan Fira yang memeluk tubuh seperti orang trauma..

"Fira, listen to me please! ..Allah masih lagi jaga maruah dan aib kau..kau tak boleh macam ni..Jangan rasa diri kau salah..Nanti kau akan kemurungan..Jangan banyak bersedih sebab rasa itu akan memudahkan syaitan menguasai diri kita..Cuba kau bertenang atau rehatkan fikiran dari fikir yang bukan-bukan..Abang kau ada bagitahu aku hal sebenar..Dan aku bersyukur kerana 'maruah' kau masih lagi terjaga..Percayalah takdir tuhan Fira..Please jangan macam ni..Kalau parents kau tengok keadaan kau macam ni..Mesti umi dan abi kau akan sedih..Kau kena kuat! Aku akan ade sentiasa untuk kau..Kau tak keseorangan.. Aku tahu kau susah nak terima hakikat ni..Tapi, cuba untuk terima..Allah hadirkan seseorang untuk selamatkan kau..Kau patut bersyukur Fira..Nak bersedih boleh, tapi jangan berkurung dalam bilik ye?".. Panjang lebar Fiqah berkata..Namun, tiada respon dari rakannya itu..

"Fira pandang aku pleasee .." Fiqah memanggil rakannya yang masih menekup mukanya di lutut..Fira dengan perlahan mengangkat muka lalu menatap wajah Fiqah..Dapat dia lihat wajah risau Fiqah ..

"Aku tahu kau boleh bangkit dari kesedihan.."..

"Tapi macam mana aku nak berhadapan dengan orang? aku malu"..Soal Fira..Fiqah tersenyum kerana Fira mula ingin bercakap dengannya..

"Kau tak perlu fikir pasal orang lain..Yang penting kau perlu kuat dan pulih balik dari kesedihan kau..Sebab Allah sudah tutup dan menjaga aib kau..Jadi, orang luar takkan pandang hina dengan kau..Please wake up Fira..I know you..Kau jangan sedih-sedih lagi ye..Lepasni bangun pergi segarkan badan yang lemau tu lepastu mengaji atau perbanyakkan solat sunat dan zikir ye..Kalau kau terasa tiba-tiba sedih, terus call aku..Aku ada untuk kau!"..

Fira sudah berhenti dari menangisnya..dia cuba untuk bertenang..

"Takpe, ..Kau pergi mandi segarkan badan buat kali kedua..Lepastu, makan ye? Aku boleh teman..Biar je telefon Abang kau tu..Dia kan banyak duit tak payah risau 'data' dia..Kalau dia marah, biar aku jawab!"..Fiqah cuba mencipta suasana ceria..

Fira hanya tersenyum lalu di bangun dari katil..Fiqah pula membiarkan saja telefonnya yang bersandar di laptop sambil dia menyambung kembali kerja menaipnya di laptop itu sementara wanita itu mandi..Kerja perlu diteruskan..

"Fiqah"..Panggil Fira ketika dia sudah selesai mandi..Fiqah terkejut kerana dia khusyuk dengan kerjanya..lalu, dia tersenyum melihat Fira yang sudah kelihatan segar walaupun wajah itu pucat dan sembap..

"Dah siap?"..Fiqah bertanya..Dia berhenti sekejap dari menaip..Kerjanya itu tidak urgent..Jadi, dia boleh santai dulu sambil layan rakannya ..Fira pula mengangguk kepala..

"Dekat luar pintu bilik kau tu ada makanan..Kau jamah sikit ye"..Pinta Fiqah..Fira mengeleng tanda dia tidak ade selera makan..

"Alahh, pleasee..Satu dua sudu pun okay dah..Aku taknak kau jatuh sakit! Kesian family kau nanti"..Terpaksa Fiqah sebut mengenai family supaya wanita itu dapat menurut..
Fira pula diam saja..

"Taknak, takpelah..Lepasni aku nak merajuk dengan kau! Taknak call kau lagi kalau kau taknak makan..Yelah kan! dengan kawan baik pun dia taknak dengar kata..Siapalah kita kan?"..Fiqah mencebik bibir..

"Yelah..Sekejap"..Fira mula mengalah..Dia sudahlah tidak punya kawan lain yang rapat seperti adik beradik selain Fiqah..Kalau Fiqah takde, pasti sunyi hidup dia..

Selesai saja Fira makan..Hanya separuh saja dijamah oleh wanita itu..

"Okay, kau rehat lah ye..Apa-apa call aku tau! Btw, boleh tak 'on' balik telefon kau tu..Senang aku nak call..Takdelah abang kau menyampah tengok muka aku ni.."

Fira mengangguk kepala..Dia banyak diam..Kehadiran wanita itu dapat meniup kembali semangatnya..Dalam kepala otaknya masih lagi berfikir bagaimana reaksi ibubapanya mengenai kes ini..

"Firaa, dah lah tu..Jangan fikir bukan-bukan..Doa supaya umi dan abi kau boleh terima dengan hati terbuka..Aku tahu pasti dorang akan terkejut tapi benda dah jadi kan..Kita dah tak boleh undur masa..InshaAllah setiap yang berlaku ni..pasti ada hikmah dariNya ..Aku percaya semua tu..Takdir Allah tiada siapa yang tahu..Kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan reda.."

Fira mengangguk kepalanya lagi sambil memeluk kedua-dua lututnya..Fiqah juga terdiam..Dia berfikir yang hujung minggu ini ingin melawat rakannya itu..Pasti Fira rasa kesunyian dan ingin tempat mencurah rasa hati..Hmm,nantilah dia berbincang bersama ibu dan ayahnya dulu..Dia ingin buat surprise dekat rakannya itu..

"Hmm, Fira kau rehatlah ye..aku taknak ganggu..Kau boleh 'pass' balik tak telefon abang kau? Aku nak bercakap dengan dia sekejap"..Pinta Fiqah..Fira mengangguk lalu mencapai telefon lalu bergerak keluar bilik..Sempat lagi Fiqah berpesan supaya call dia..Fiqah melambai ke arah Fira..Fira hanya senyum nipis ..

Fira meletak telefon abangnya di hadapan pintu bilik itu..Lalu, pintu bilik abangnya diketuk beberapa kali.Lantas, dia masuk kembali ke dalam bilik dan kunci ..

******

Danial yang sedang menyiapkan kerjanya di dalam bilik tersentak mendengar ketukan..Lalu, dia bangun dan membuka pintu .Tangannya mencapai telefon yang masih memaparkan wajah Fiqah yang leka membuat kerja menaipnya..Bibirnya senyum senget melihat wajah Fiqah yang seakan tidak sedar yang dirinya menjadi fokus utama lelaki itu..

Danial hanya diam sambil merenung wajah itu..Dalam diam, dia pendam rasa rindu terhadap Fiqah..Wajah yang ceria dan selamba milik wanita itu telah menambat hati lelakinya..Danial tak betah merenung wajah wanita itu lama takut hanyut dengan nafsunya terus saja berdehem..

Deheman dari Danial membuat Fiqah terkejut lalu matanya besar membulat melihat wajah lelaki itu penuh di skrin..Nasib baik Fiqah tak melatah! 'Nasib baik hensem! Kalau tak boleh jadi jo'on dah'..hahaha

"Huishh, terkejut saya Abang Danial ni! Bagi salam tak boleh ke?"..Kata Fiqah sambil mengurut perlahan dadanya..Duduknya terus dibetulkan apabila terasa tak selesa..

Danial hanya menjeling lalu dia kembali menyambung kerjanya..Fiqah pula geram dengan lelaki itu kerana terasa dirinya bercakap dengan tunggul..Fiqah dapat melihat Danial membuat kerja..

"Abang Danial..Fiqah nak tanya boleh?"..Soal Fiqah perlahan..Danial mengalihkan pandangan dari laptop ke skrin telefon..Kelihatan Fiqah memandangnya..

"Apa dia?"..Acuh tak acuh Danial menjawab..Hatinya masih lagi geram dengan sikap wanita itu yang juga suka berahsia dengannya..Fiqah pula tersengih sekejap sebelum menyambung ayatnya..

"Bila Abang Danial balik Kelantan?"..

"Hmm, Tak pasti lagi ..Kenapa?"..Danial bersuara sambil jarinya menaip..

Fiqah mencebik..Dia tak suka kalau orang sedang bercakap..Lelaki itu buat kerja lain..

"Hmm, Fiqah nak minta tolong abang Danial boleh tak?"..

Danial berhenti menaip lalu dia fokus ke Fiqah apabila wanita itu seakan ingin membuat permintaan..

"Tolong apa?"..

Fiqah tersengih..Dia dapat lihat wajah lelaki beku itu..Sebenarnya dia segan, tapi dia terpaksa..

"Hmm, Fiqah ingat..Lusa nak datang melawat Fira..Ahad Fiqah balik sini balik..Jadii."..Fiqah tak berani hendak menyambung ayatnya..Dia mula menggaru kepalanya yang berlapik tudung walaupun tak gatal..

"So?"..Tanya Danial..

"Jadii, Fiqah nak minta tolong abang Danial ambil Fiqah dekat TBS hari jumaat petang ..Bolehh?..Kalau tak boleh takpelah, Fiqah boleh naik grab je"..Kata Fiqah lagi..

Danial diam lalu mengangguk..Tapi bagi Fiqah, dia perlu dengar lelaki itu berkata untuk kepastian..

"Boleh tak?"..Soal Fiqah lagi..

Danial mengeluh perlahan..

"Boleh lah!..Habis selama ini siapa yang ambil Fiqah dekat TBS kalau bukan abang? "..Danial menjawab geram..

"Alahh, itu pun nak marahh! Cepat tua baru tau"..Selamba Fiqah mengutuk dengan wajah mencuka..'Nak mengungkitlah tu!'..

"Kalau abang cepat tua pun..Ada Fiqah kisah ke? Tak kan?"..Danial menjawab..

Fiqah pula mencebik..'Mulalah tu nak buat aku serba salah'..

"Siapa kata tak kisah? Kalau abang cepat tua nanti tak sempat lah nak kahwin..Kesian bakal anak-anak Abang Danial nanti bila dah besar tengok bapak dia dah tua sebab suka marah dengan muka beku dia..Hahaha"..Kutuk Fiqah lagi sambil ketawa kecil..Memang saja Fiqah ingin membalas..

Danial sudah terbeliak mata mendengar kutukan dari Fiqah..

"Fiqah kutuk abang?..Oh, kesian dengan bakal anak-anak Abang ? Jadi, Fiqah kesian jugaklah dengan bakal anak-anak Fiqah?"..Danial main tarik tali..

"Ehh, Fiqah okay je..Bakal anak-anak Fiqah nanti mesti comel, hensem dan happy sebab Fiqah bukan suka marah macam Abang Danial..Mesti nanti dorang happy sebab mak dia awet muda! haha"..Gelak Fiqah ..Boleh pulak mereka bercerita pasal anak ye!..

"Kalau macam tu, mestilah bakal anak-anak abang happy jugak sebab mak dia awet muda!"..Danial tersenyum melihat wajah Fiqah..

"Elehh, sibuk je nak ikut orang..Bakal anak-anak abang nanti tak samalah dengan bakal anak-anak Fiqah!"..Fiqah ketika itu masih lagi belum tangkap makna dari Danial..

"Ehh, mestilah sama sebabnya bakal anak-anak Abang adalah bakal anak-anak Fiqah juga nanti...Sebab ibu mereka ialah Fiqah"..Kata Danial terus terang...

Fiqah mula mengelabah mendengar kata- kata lelaki itu..Punggungnya terus panas..Wajahnya itu jangan cakaplah, terus merah menahan malu..Danial pula sudah ketawa melihat respon Fiqah..'Tahu malu!"..

"Err, Abang Danial..Fiqah banyak kerja kena buat ni..Nanti sambung lah ye..Apa-apa nanti Fiqah bagitahu Abang Danial pukul berapa bas..Fiqah letak dulu lah yee! Bye! Assalamualaikum"....Kata Fiqah lalu menekan button merah..

'Dia letak macam tu je? Haih budak ni!'..Gumam Danial..

*****

Fizi kini sedang bersiar-siar di sekitar bandar Beijing..Sekarang adalah musim bunga..Jadi, dapat dia lihat pelbagai warna pokok sakura di sepanjang jalan...Jadi, dia sudah boleh hafal jalan untuk ke tempat kerja..Fizi sering kali keseorangan jika ingin keluar kerana ingin release tension..

Sedang ralit dia melihat kawasan sekitar..Tiba-tiba tubuhnya dirempuh dari depan..Kelihatan seorang wanita yang melanggarnya telah jatuh ke tanah..Fizi kalut lalu dia menghulurkan tangannya untuk membantu..

"I'm sorry miss..it's my mistake"..Kata Fizi

"Tak mengapa!" ..Jawab wanita itu pendek lalu bangun dengan senyuman..Fizi terkejut kerana bahasa yang dituturkan oleh wanita itu..

"Are you from Malaysia?"..Soal Fizi lagi..

"Yes!" ..Jawab wanita itu sambil mengibas bajunya yang ade kesan tanah..

"Oh, ya...same with me..Saya Hafizi, boleh panggil Fizi ..Awak siapa nama? Buat apa disini?"..Tanya Fizi berminat ..Ha! Sudah!..Fizi, kau jangan main-main, author cekik kau nanti huh! ..hehe..

"Oh, awak orang Malaysia jugak ye?..Saya Qasreena ..Boleh panggil Qas..Saya bekerja di sini..Awak pula?"..

"Oh, samalah ..Saya pun bekerja di sini juga..Hmm, saya minta diri dulu ye!"..Ucap Fizi lalu melangkah..

"Wait!"..Fizi terkaku lalu menoleh ke belakang..

"Nice to meet you! this is my card! If u have more time, let me know..Kita boleh lepak minum area sini"..Ajak Qas sambil menghulur kad businessnya sambil tersenyum..

Tiba-tiba telefon pintar Fizi berbunyi..Tertera nama Danial di situ..Dia dengan pantas menekan button hijau..

"Hello Danial..Sekejap!"..Kata Fizi kepada Danial..

"Err, Sorry Qas, i got to go..Ade hal urgent "..

"It's okay, i hope we will meet again soon!"...Kata Qas sambil tersengih..Fizi hanya membalas senyuman itu lalu bergerak pergi dari wanita itu..

Danial yang berada di talian turut terdiam mendengar suara wanita itu..

"Kau bercakap dengan siapa? Perempuan?"..Soal Danial ingin tahu..

"Haa, yee..Aku terserempak dengan dia tadi.." Ringkas saja jawapan Fizi..

"Hmm, yelah.."..Danial malas ingin masuk campur hal lelaki itu..Yang di tahu sekarang..Segala dokumen menanti lelaki itu untuk di'sign' ...

"Haa, apa cerita dekat sana?"..Soal Fizi..Mereka berbual panjang mengenai syarikat hq yang di ambil alih seketika oleh Danial..Banyak yang di tanyakan oleh Danial kepada Fizi..

Sampailah di satu topik, Fizi yang dari tadi berjalan pulang kini sampai di rumah sewanya..Punggung dilabuhkan pada sofa yang tersedia..Fikirannya kini dipenuhi oleh wanita yang diselamatkan olehnya..Sudah lama dia tidak dengar khabar berita adik kepada lelaki itu..

"Hmm, adik kau macam mana sekarang?"..Soal Fizi perlahan..Danial yang mendengar..Mengeluh..

"Macam tulah dia, banyak diam..lepastu kurung diri dalam bilik..Aku dah buntu nak buat macam mana dah"..Jawab Danial..

"Kau tak minta tolong sesiapa ke? Aku rasa dia masih lagi terkejut tu..Kawan dia si Fiqah tu ade contact dia?"..

"Buat masa sekarang aku tak bagitahu sesiapa lagi..Yang pasal Fiqah tu mungkin dia akan datang hujung minggu ni lawat Fira sehari dua"..Kata Danial..

Fizi melepas nafas lega..Sekurang-kurangnya Fira ada teman berbual..

"Okay bagus lah kalau macam tu..Fiqah tu memang kawan dan sahabat yang terbaik untuk adik kau! Tak sia-sia Fira ada kawan macam Fiqah!"..Fizi terpuji sekejap sikap Fiqah..

Danial yang mendengar pujian lelaki itu terus saja buat-buat batuk!..Hatinya panas..

"Kau kenapa Danial? Tak sihat?"..Soal Fizi pelik..'Tadi elok je bercakap dengan aku, sekarang batuk pulak'..

"Aku sihat..Asal kau puji 'dia' melambung sangat? Kenapa? dah berubah hati ke?"..Soal Danial..Intonasi suara masih dikawal..Fizi terdiam sekejap..

Lama- kelamaan baru dia faham..Lantas, Fizi ketawa terbahak-bahak!..'Ada apa-apa ke dia orang ni?'..

"Wahh, aku rasa ade orang jealous lah..Kau marah aku tadi sebab kau ada hati dengan Fiqah lah kan? Memang padan lah korang berdua..Seorang kadang-kadang muka beku, seorang lagi ceria dan happy go lucky..Memang sesuai habis..Haha"..Kata Fizi lagi dengan ketawanya..

Danial mendengus geram..Tak sangka lelaki itu dapat hidu perasaan dia terhadap wanita itu..Lalu, dengan pantas dia menekan button merah! Malas dia mahu menelefon lagi lelaki itu..

*******

"Fira mana? Tak turun makan sekali ke?".. Soal umi Fareeda ketika di meja makan kerana dia tidak nampak kelibat anak perempuannya.

Danial terdiam..Dia berasa inilah masanya untuk dia berterus terang..

"Umi Abi, Lepas makan Danial ada nak bagitahu sesuatu perkara penting!"..Kata Danial..Dia mula menjamah makanan itu..

"Kamu kenapa? Ada benda tak kena ke?"..Soal umi Fareeda lagi..

Danial hanya mengeleng tanpa bersuara..Suapan demi suapan di masukkan ke dalam mulutnya..Setelah selesai makan, umi fareeda dan suaminya duduk di sofa berhampiran dengan Danial..

"Umi , Abi..Danial harap umi abi dapat terima hal ini..Sangat berat bagi kita tapi lagi berat bagi Fira untuk menanggung"..

Danial terdiam sebentar..Lalu menyambung kembali..

"Fira yang selama ini bukanlah demam biasa..Tapi, Demam yang dialami oleh adik adalah disebabkan 'trauma' akibat satu kejadian yang menimpanya, sehingga dia sekarang banyak berkurung dibiliknya..Sebenarnya beberapa hari lepas adik hampir di rogol oleh seorang lelaki"..

"Ya Allah, Astaghfirullahal Azim..Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa baru sekarang Danial bagitahu kami?"..Itulah reaksi dari uminya..Abinya pula hanya mengurut dada sambil mengeleng kepala.

"Danial minta maaf umi abi sebab rahsiakan hal ini..Danial risau tengok keadaan adik..Adik sendiri yang minta Danial rahsiakan hal ini..Dia taknak umi dan abi terkena tempiasnya"...

"Ya Allah anak aku! "...Menangis umi Fareeda di sisi suaminya..Abinya pula hanya mengelap air mata di tubir mata..Danial pula juga menahan air mata dari mengalir..Dia perlu kuat demi adiknya..

"Umi abi jangan risau, Danial dah buat report..Dan, alhamdulillah adik telah selamat dibantu oleh seseorang.. Kes adik masih lagi dalam siasatan"..

Uminya mampu mengeleng..abinya pula banyak berdiam..Walaupun tampak diam, tapi siapa yang tahu hati seorang yang bergelar ayah? Pasti hatinya sangat terluka mendengar berita itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience