Bab 9: Luka lama

Short Story Completed 17013

"Hai".. tegur satu suara yang sudah lama tidak di dengari..

Fira yang sedang berada di bahagian dapur terus saja tersentak lalu memusingkan badannya kebelakang..Matanya terus terbuka luas..Hatinya ketika itu usah di kata..Berapi..

"Kau buat apa dekat sini?"..Soal Fira tanpa memandang wajah di hadapannya itu..

"Amboi garangnya 'girlfriend' saya ni..Saya datang sebab family awak dengan family kita kan kenalan rapat!"..Ujar lelaki itu..

Fira menjeling tajam wajah lelaki itu..Bukan dia taktahu lelaki itu punya helah..Mesti ada sebab kenapa lelaki ini mula mencarinya..Fira tersenyum sinis lalu bersuara dengan wajah bekunya..

"Siapa 'girlfriend' kau..Baik kau blah dari sini..Aku taknak tengok muka kau ada depan mata aku!"..Kasar saja suara balasan itu..

Lelaki itu tersenyum meleret..Tahu sangat gadis itu sakit hati dengan sikapnya yang dulu..Bukan dia taktahu..semua kegiatannya telah diketahui oleh Fira dan Fiqah..Lalu, ketika itu juga Fira minta putus..

"Fira, i'm sorry..for all my faults..but, please forgive me..My hurt still belongs to you!"..Suaranya lirih..

"Kau dan aku sudah tak ada hubungan apa-apa lagi..Kau dah tak wujud lagi dalam hidup aku..Btw, kau datang cari aku ni sebab apa? Mana 'betina' yang kau suka meminta tu? Yang bagi kau kemewahan? Dah mati?!"..Jawab Fira lagi dengan muka bengis sambil tersenyum mengejek..

Haikal mengeluh..Sekarang niatnya ingin memujuk kembali hati si gadis itu..Kerana, wanita yang dimaksudkan oleh Fira sudahpun kurang melayannya..Jadi, dia sudah tidak tahu ingin bergantung dengan siapa lagi selain Fira..

"Saya sedar semua kesalahan saya..Saya minta maaf..Saya dah insaf!..Awak sangat berharga bagi saya..Saya saja yang tidak pandai menilai"..Jawab Haikal dengan muka dibuat-buat..

Lakonannya mesti mantap supaya dapat menyentuh kembali perasaan bekas teman wanitanya itu..Selama mereka berkenalan, Fira seorang yang sangat lembut hati tetapi sekarang berubah..mungkin dia perlu berusaha keras untuk merebut kembali 'kemewahan' dari Fira..

Fira yang mendengar jawapan dari mulut lelaki buaya darat itu terus saja mendengus..Dia tak akan sesekali termakan dengan pujuk rayu lelaki dihadapannya itu..Lalu, Fira mula bergerak keluar dari dapur ingin ke ruang tamu..

Haikal yang mahu mengikut langkah Fira terus terhenti apabila mendengar suara abang Fira, Danial memanggil Fira..Haikal hanya berhenti di muka pintu bahagian dapur dan melihat dua figura lelaki menghampiri Fira..salah seorang daripada lelaki itu Danial dan lagi seorang dia tidak kenali..Tetapi kelihatan segak ..

Fira yang ketika itu sedang bergerak keluar tersentak apabila mendengar namanya di panggil oleh abangnya..Laju, saja kakinya menghampiri abangnya dengan kerutan di dahi..Dia melihat wajah di sebelah abangnya itu seakan lelaki yang dikenali..Fizi?..Hatinya yang panas tadi terus saja hilang..Kerana senyuman Fizi umpama air yang menyimbah api di hatinya..

"Adik, ini kawan abang, nama dia Hafizi..Dialah partner satu syarikat dengan abang tapi lain-lain cawangan..Fizi, ni adik aku Hafira..boleh panggil Fira"..Ujar abangnya

Fizi tersenyum manis apabila dapat melihat Fira di depannya ..Fira ketika itu hanya menunduk sedikit sebagai tanda perkenalan..Tidak sangka bahawa Fizi merupakan kawan abangnya..

Danial baru saja ingin bersuara ..Terus terhenti apabila dia mendengar namanya dipanggil oleh pakcik saudara dari khemah yang terletak di luar halaman..

"Fizi, kau tunggu kejap eh..Pakcik aku panggil"..Danial memberitahu sambil kaki mengorak langkah keluar dari ruang tamu..

"Ehem"..Fizi berdehem apabila melihat Fira memandang ke arah abangnya yang sudah berlalu pergi..

"Err, sejak bila awak jadi kawan abang saya?!"..Tanya Fira pelik sambil memandang wajah Fizi sebentar..

"Sejak kami bekerja dekat syarikat yang sama!"..Jawab Fizi sambil tersenyum..

"Btw, kawan awak mana? fiqah?"..Laju saja soalan itu meniti dibibir Fizi..

Fira yang mendengar soalan itu, terus saja tersengih dan tergelak kecil..Hatinya terhibur..'Untung kau Fiqah..ada orang cari! ..Aku ?hampeh!'..Bisik hatinya..Ceria saja wajah Fira..

Fizi yang ketika itu melihat wajah ceria Fira terus terpana..Hatinya berbunga kerana ini pertama kali dia melihat wajah Fira tersenyum ceria..Dia tidak melepaskan peluang untuk merenung segenap wajah yang dapat mengusik jiwa lelakinya..

"Ouhh, awak cari Fiqah rupanya..Awak suka Fiqah yeee?!"..Suara Fira kedengaran meleret seakan mengusiknya..

"Ehh, mana ada..saya saja tanya sebab tak nampak dia!"..Jawab Fizi laju dengan muka segan apabila diusik oleh Fira..

Fira ketawa melihat wajah lelaki dihadapannya itu..'Suka tapi tak mengaku!'..

"Elehh, yelah tu..Taknak mengaku konon!..kalau awak suka dia pun..apa salahnya..Saya boleh tolong awak!"..Jawab Fira dengan ceria..Terhibur hatinya..

"Err, serius lah awak boleh tolong?..Tapi kalau saya suka orang lain? Awak boleh tolong jugak kan?"..Fizi mulakan misinya mengusik kembali Fira..

Fira terus tersentak..'Aip, tadi dia cari Fiqah! Tapi suka ornag lain..macam mana tu?!'..Gumam Fira

Fizi yang mendengar gumaman dari Fira terus ketawa..Bukan dia tak dengar ..Tapi saja dia ingin mengusik..

"Awak boleh tolong tak?"..Soal Fizi kembali dengan nada mengusik..

"Err, boleh je nak tolong awak..Tapi, kalau saya kenal perempuan yang awak suka, mungkin lagi senang nak tolong awak!..Awak suka siapa?"..Ujarnya lagi

"Betul, boleh tolong?"..

Fira mengangguk kepala seakan menjawab persoalan lelaki itu..

"Saya suka awak!"..jawab fizi dengan jujur..Sememangnya dari lubuk hatinya..Bibirnya tersenyum manis melihat riak wajah Fira yang 'blur'..

Fira terbungkam sekejap..Wajah lelaki itu direnungnya lama..Lama-kelamaan barulah Fira tersedar ,bahawa lelaki dihadapannya ini mengusiknya kembali..Lalu, dia mengukir senyum dan ketawa kecil..Tahu dia sudah terkena..'cis!'..

"Haha, Pandai awak mengusik saya eh!"..Laju saja Fira bersuara..
Fizi pula sudah ketawa kerana dapat melihat wajah Fira yang menjeling manja memandangnya..

"Awak dah makan ke belum?!"..Soal Fira..Fizi ketika itu tahu yang Fira pandai mengalih topik soal hati..Tetapi, baginya sudah cukup tenang hatinya apabila sudah mengungkap kata tadi..Fizi melayan saja bualan Fira sehingga mereka bersembang mesra seperti kawan rapat..

Dalam pada itu, ada sepasang mata yang memerhati dua susuk tubuh yang sedang mesra bersembang..Hati lelaki itu berasa panas!..'Aku takkan lepaskan kau, Fira!'..Bisik hati lelaki itu dengan menggenggam erat buku limanya..

********

Di khemah luar halaman, kelihatan ramai tetamu memenuhi ruang di khemah..Meriah sekali..

Fiqah ketika itu sedang rancak bersembang dengan sepupu Fira, Sarah namanya ..Mereka berdua sedang memegang sepinggan nasi dan kini berada di hadapan juadah lauk..Fiqah yang sejenis ramah itu mudah saja rapat dengan orang sekelilingnya dan membuatkan siapa saja yang dekat dengannya senang dengan sikap ramahnya..

Ketika Fiqah ingin bergerak ke lauk lain yang berada di sebelah kirinya..Kakinya tiba-tiba terpijak satu batu lalu badannya berundur kebelakang kerana tidak seimbang..

Fiqah yang di bersedia ketika itu, seakan redha jika dia jatuh ke belakang namun tiba-tiba ada satu tangan kekar memeluk kejap pinggangnya dan belakang badannya berlaga dengan tubuh sasa seseorang..

"Watch your step girls!"..Ujar satu suara..Fiqah terus bergegas berdiri dengan betul lalu menunduk..Rasa segan dan malu bercampur ..'Macam mana kau boleh nak jatuh ni fiqah oi'..Marah Fiqah dalam hati..

"Err, Maaf"..jawabnya..Kepalanya tidak berani angkat..matanya hanya nampak.tanah dan jubah labuh berwarna putih yang dipakai oleh lelaki dihadapannya itu..Lelaki itu masih lagi tidak berganjak..

"Err, Abang Danial dah makan?"..Tegur Sarah apabila melihat abang sepupunya itu menyelamatkan Fiqah..

Fiqah yang mendengar nama lelaki itu terus saja mendongak memandang wajah lelaki dihadapannya itu untuk kepastian..Matanya terbuka luas lalu dilarikan anak matanya ke arah lain..Debaran di dada usah di tanya..Seakan mahu melompat keluar..Sempat di menangkap senyuman nipis di bibir lelaki itu..

"Err, maaf sebab tak perasan errr awakk.. err..abang Danial dekat belakang saya dan terima kasih tolong saya"..Fiqah bersuara kembali lalu bergerak pergi mendekati Sarah..Wajahnya sudah berbahang..

Danial dapat melihat tingkah Fiqah yang kelam kabut itu dan hatinya tercuit melihat perangai Fiqah yang seakan kebudak-budakan ..Senyum manis terlorek apabila Fiqah masih lagi tidak memandang wajahnya walaupun sudah mendekati Sarah..'Kelakarlah dia ni..macam budak-budak..cute je!'..

"Abang makan kejap lagi dengan kawan abang"..Jawab Danial sambil matanya yang masih lagi melihat tingkah Fiqah yang sudah kemerahan disebabkan malu..

Sarah hanya mengangguk faham..Lalu berbisik dengan Fiqah untuk bergerak duduk di meja kosong..Fiqah berlalu dengan muka langsung tidak berpaling ke lelaki tersebut walaupun dia tahu lelaki itu masih lagi memerhatinya..Hatinya mula gelisah dan tak senang duduk..Sampai saja di meja kosong..Terus saja dia meneguk sedikit air untuk menghilangkan resah di hati..

Dalam beberapa minit, Fira datang bersama Fizi di meja Fiqah dan Sarah..

"Fiqah, kau tengok aku bawak siapa ni!"..Panggil Fira ketika Fiqah sedang menikmati makanannya..Fiqah tersentak lalu mendongak memandang ke atas..Terbeliak matanya..

"Err, fizi?"..Tanya Fiqah dengan mulut penuh..Fira sudah ketawa melihat tingkah Fiqah yang kelakar itu..Fizi pula hanya menghadiahkan senyum dan anggukan untuk menjawab pertanyaan dari Fiqah..Mereka berdua juga turut serta duduk di meja Fiqah dan Sarah..

"Fizi, ini sepupu saya..Sarah..Muda setahun dari saya..Sarah ini Fizi maybe sarah kena panggil dia 'abang Fizi' kot sebab dia kawan abang Danial "..Fira bersuara memperkenalkan Fizi kepada sepupunya itu..

"Ouh, yeke ..hai abang Fizi..Abang Fizi dah makan ke?"..Tegur Sarah dengan ramahnya..

"Amboi Sarah! Terus tanya dah makan ke belum!..Aku ni kau tak tanya pun!" ..Fira mencebik menyampah..Tahu sangat perangai sepupunya sama saja dengan Fiqah..Jumpa yang handsome laju saja beramah mesra..Fiqah yang mendengar terus saja ketawa..Gamat saja suasana dengan ketawa Sarah dan Fiqah bergabung..Fizi pula sudah tersenyum melihat teletah mereka..

"Alololo, sian dia..Jeles ke tu??!"..Soal Fiqah pula..Niatnya ingin mengusik dengan kening terangkat sebelah..Ketawa mereka kini kedengaran lagi apabila melihat Fira sudah menjeling dengan wajah kemerahan.

"Dahlah, malas layan korang..Aku nak pergi amik makan jap!"..Laju saja Fira berdiri..Dia terlupa bahawa Fizi juga belum menjamah sebarang makanan..Fira bangun dan berlalu pergi ke bahagian juadah yang terhampar dengan lauk pauk kelihatan menyelerakan..

Dalam leka memilih lauk pauk, terdengar suara abang yang berada disebelah sana menegur..

"Amboii, amik lauk sampai lupa nak jemput tetamu makan sekali ye adik!"..Danial bersuara..Fizi yang berada di sebelah lelaki itu sudah tersenyum mendengar teguran lelaki itu..

"Err, Ya Allah..Adik lupa!"..Jawab Fira sambil tersengih melihat Abangnya bersama Fizi tetamu yang dimaksudkan itu..

"Nasib abang jumpa Fizi, kalau tak jenuh dia duduk dekat meja saja..Abang tinggalkan sekejap dengan adik , Fikir adik bawa dia makan rupanya tak!"..Mulalah Abangnya membebel..

Fira mula cemberut muka..'Alah, bukan di tak boleh amik sendiri kan..Layan diri lah!.. Eh dia tetamu kau tau..Apalah kau Fira'..Bermacam-macam suara bergaduh di telinga..Fira mengeleng kepala untuk mengusir bisikan itu..

"Haa ,dah kenapa dok tergeleng pulak tu..Abang cakap dengar tak? Lain kali jangan buat lagi.."Tegur abangnya lagi..Fira hanya menunduk takde niat mahu melawan kerana hormat dengan abangnya walaupun kadang-kadang menjengkelkan baginya..

"Nanti tunjuk meja kosong dekat Fizi..Kejap lagi abang datang..Abang kesana kejap"..Ujar abangnya lagi..Suara tegas sudah tidak kedengaran ..Terus saja keluhan dilepaskan..Fizi yang melihat wajah itu sudah mula berasa serba salah..Bukan dia tak boleh ambil sendiri tetapi rakannya itu terus saja menegur adiknya itu tanpa sempat dia menghalang..

"Sorry Fira"..Fizi bersuara perlahan cukup untuk Fira dan dia yang mendengar..

"Ehh, takpe..memang salah saya..Awak ambillah makanan..Saya tunggu!"..Jawab Fira laju...Dia pelik kenapa lelaki itu yang perlu meminta maaf padahal memang salahnya tidak melayan tetamu dengan baik..

"Okay, sekejap!"..Jawab Fizi laju sambil kakinya mengorak langkah..

Selesai mereka mengambil makanan dan duduk di meja yang ada Fiqah dan Sarah..Fira baru tersedar bahawa minuman lupa di ambil..Lalu, laju saja dia bangun dan mengambil dua gelas air ...Sampai saja di meja, satu gelas air diberikan kepada Fizi..

"Terima kasih!"..Ujar Fizi sambil tersenyum manis sambil memandang Fira..Hatinya berbunga kembali apabila dia dilayan baik oleh fira..

"Sama-sama"..Jawab Fira..

Fiqah yang ketika itu sudah habis makan hanya melihat tingkah Fira dan Fizi..Lalu dia menyampuk,

"Amboii, sweetnya korang berdua nii"..Usik Fiqah..Sarah pula tergelak ..Mulalah Fiqah mengusik..Memang itu kerjaannya..

"Diam kau Fiqah!"..Fira bersuara sambil menjeling..Fizi disebelah kanannya hanya diam sahaja tapi hatinya bersorak riang..'Yes! step one successfully!'..Bisik hatinya..

Fiqah sudah menunjukkan barisan giginya..Tetapi tak lama tu, terus hilang sengihannya apabila kelihatan susuk tubuh yang sudah dilanggarnya tadi menghampiri meja mereka dengan memegang sepinggan nasi dan air..

Fira yang perasan riak wajah itu sudah menoleh ke belakang..Rupanya abangnya sudah datang merapati meja mereka..Kerusi sebelah kiri Fira di tarik, jadi Danial betul-betul berada di hadapan Fiqah..

Danial tersenyum melihat wajah Fiqah yang tidak beriak..Tipulah dia tak nampak wajah ceria itu mengusik adiknya..Tetapi, dia hanya senyum saja..Lalu, Danial makan saja tanpa bersuara..

Fiqah mula tak senang duduk..Dia memandang Sarah..Akalnya ingin mencari jalan untuk lari..tapi di mana? Dia hanya mampu diam saja sambil matanya meliar memandang sekelilingnya..Matanya tak berani ingin menatap wajah putih suci milik Danial kerana takut hatinya tidak dapat dikawal..

******

Jam sudah menginjak ke pukul 12 malam..

Ketika itu, Fiqah masih lagi di dapur membantu Fira berkemas..Tiba-tiba, dia ingin ke bilik air..mungkin minum air banyak ketika majlis tadi.

Ketika di muka pintu, dia hampir bertembung dengan lelaki memakai jubah putih siapa lagi kalau bukan Danial..Dia bergerak ke kanan, Danial juga bergerak kirinya mengikut rentak ..Kelihatan mereka sedang berebut ingin melangkah tetapi tak de siapa yang lepas..Fiqah sudah mengelabah kerana lelaki seolah-olah tidak memberinya ruang untuk keluar..

Danial pula ketika itu tersenyum ..Hatinya ketawa riang melihat keadaan mereka kerana tidak ada siapa yang lepas..Riak muka Fiqah jugak sudah gelabah membuatkannya berhenti bergerak..

"Okay, Ladies first!"..ujarnya dan bergerak ke kanan memberi ruang kepada Fiqah..

"Err, terima kasih!"..Laju saja bibir itu menjawab..Lantas kakinya bergerak laju menuju ke bilik air..Danial pula sudah tersenyum riang..Pertama kali melihat wanita keletahnya seakan keanak
-anakkan ..Dan sifatnya seperti semulajadi tidak dibuat-buat..Tidak sama dengan perempuan di tempat kerjanya yang gedik untuk menggodanya..Dia bergerak ke mesin penapis air untuk minum sebelum bergerak naik ke bilik untuk tidur..

Sementara itu, Fira yang berada di luar bawah khemah sedang mengikat plastik sampah ditegur oleh Fizi..

"Sudah-sudah lah tu buat kerja!"..Tegur Fizi ..Teguran dari lelaki itu mengejutkan dia..Nasib dia tak melatah..Lalu badannya dipusing ke belakang..Dia terbeliak melihat lelaki itu, disangkanya sudah pulang..

"Eh, awak tak balik lagi? Dah lewat ni"..Soal Fira sambil memandang Fizi dengan riak kerutan di dahi..

"Saya nak balik lah ni..Tapi saja nak jumpa awak dulu sebelum saya balik". Ujarnya sambil ketawa kecil melihat reaksi wajah comel milik Fira..

"Awak balik mana? Hotel? Nak jumpa saya dulu? Kenapa?"..Tanya fira dengan muka 'blur' nya..

Fizi sudah ketawa sambil tersebut perkataan 'cute'..Terus saja wajah Fira bertukar kemerahan..Walaupun suara lelaki menyebut tetapi dia masih lagi boleh dengar kerana keadaan di luar sudah tiada orang..Sunyi.

"Saya duduk hotel area sini je!"..Jawab Fizi sambil tersenyum manis..Wajah itu tidak pernah jemu di tatap olehnya..Adakah ini cinta?

"Ouh yelah..baik awak balik, lewat sangat dah ..Nanti kalau jadi apa-apa macam mana?"..Laju saja bibir Fira menutur perkataan itu seolah-olah mengambil berat tentang keadaan lelaki dihadapannya itu..

Fira terus tersentak apabila tersedar dari keterlanjuran dalam kata-katanya..

"Awak risau pasal saya ehh"..Fizi mula ingin mengusik..Tipulah kalau hatinya tidak terusik dengan kata-kata Fira tadi..

"Err, dah lah awak..Jangan merepek malam-malam ni..Ikut awak lah nak balik ke tak!"..Balas Fira laju dengan wajah sengaja di bekukan bagi menghilangkan rasa malunya..'Nasiblah takde orang lain dekat sini..buat malu je!'..Bisik hatinya..

"Ehehe, jangan marah! ..saya saja mengusik awak..Yelah-yelah, saya balik dulu ye..Take care ye..bye.. Assalamualaikum!"..Jawab Fizi sambi mengorak langkah keluar dari kediaman keluarga Fira.

Fira hanya menjawab dalam hati salam lelaki itu sambil matanya menyoroti susuk tubuh itu masuk ke dalam kereta dan melihat lelaki itu melambai tangan..Dia hanya kaku memandang sehingga kereta itu berlalu pergi..

Fira mula bergerak melangkah masuk ke dalam rumah dan kaki naik menuju ke bilik tidurnya..Kelihatan biliknya gelap dan matanya menangkap satu tubuh di atas katil..Fiqah!

'Tidur dah kot'..Omelnya perlahan..Dia membersihkan diri terlebih dahulu sebelum tidur..Setelah beberapa minit, kakinya mula melangkah ke katil dan merebahkan badannya..Dalam sekelip mata, Fira sudah dibuai mimpi indah..

#Haikal nak apa lagi dengan Fira?!..

Happy reading..enjoy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience