Fiqah menjeling seketika lelaki yang sedang memandu itu..Wajahnya masih lagi tidak beriak..Danial pula yang perasan jelingan Fiqah hanya buat tak endah..Dia tak tahu ingin berbual topik apa..Sejak dari Terminal sehingga lah sekarang dia masih lagi mendiamkan diri..
Fiqah pula masih ligat memikir cara ingin menyapa lelaki itu..Dia tak suka keadaan kekok sekarang ini..Serasanya perjalanan yang pendek itu terasa amat panjang..Fiqah menghembuskan nafas perlahan..Nak taknak dia perlu bersuara terlebih dahulu..
"Errk, Abang Danial..Hmm, Fira macam mana sekarang?"..
"Nanti dah sampai, Fiqah tahulah"..Ringkas dan padat jawapan dari Danial..Fiqah terus mendengus..'Apa masalah dia ni! Asyik nak dingin je dengan aku!'..
"Hmm, yelah..Takpelah kalau macam tu..Kalau abang Danial benci atau tak suka Fiqah, jangan lah tunjuk sangat..Fiqah datang nak melawat Fira je.."..Kata Fiqah perlahan..Sungguh! Dia tak suka layanan dingin dari lelaki itu..Sebelum ini okay je..
"Maksud Fiqah?"..Soal Danial saja buat tak faham..
"Abang Danial tu lah, Muka asyik nak beku je ..orang tanya baik-baik kan?..Kalau Fiqah tahu lah..Fiqah tak minta tolong Abang Danial ambil Fiqah dekat TBS.."..Jawabnya pasrah..Dia sudah lama menahan hati yang terasa itu..Dia juga tahu punca awal lelaki itu berubah begitu disebabkan dia juga..
Danial yang perasan riak wajah mendung itu hanya mampu diam..Perjalanan diteruskan..Fiqah yang mula terasa hati itu terus saja menoleh ke arah tingkap ..Dia malas mahu berbual dengan lelaki itu..
******
Sampai saja di rumah keluarga Fira..Fiqah disambut baik oleh umi dan abinya..Kelihatan wajah orang tua Fira tidak bermaya..Tahulah Fiqah yang keluarga itu masih lagi bersedih ..
"Fira macam mana umi? Dia ade makan tak? "..Soal Fiqah yang ketika itu sudah duduk di sofa yang ada di ruang tamu luas itu..
"Macam tulah Fiqah, Umi tak tahu lagi cara nak pujuk Fira makan. Dia hanya jamah dua sudu lepastu makanan tu terus tak diusik.." Adu Umi Fareeda kepada Fiqah..
"Takpe umi, InshaAllah nanti Fiqah cuba pujuk dia ye..Umi jangan sedih!"..ujar Fiqah lalu tersenyum..Dia juga jatuh kasihan melihat wajah sedih itu..
"Umi harap, Fiqah boleh bawa Fira keluar bersiar dekat luar..Umi risau tengok dia takut nak berjumpa dengan orang ramai..Harapan Umi hanya dekat Fiqah selepas doa...Walaupun umi, ibu kandungnya..Tapi, Fira lebih memilih untuk pendam rasa hati dan berkurung"..Sayu saja suara itu..Genggaman tangan Fiqah disapu perlahan oleh Umi Fareeda..
"InshaAllah, Fiqah bantu Fira okay..Hmm, Fiqah nak jumpa Fira boleh?"..Pinta Fiqah ..Umi Fareeda mengangguk kepala lalu menarik lembut tangan Fiqah untuk mengikutinya..
Danial hanya jadi pemerhati saja..Lalu, matanya dialihkan ke siaran di televisyen..
Umi mengetuk perlahan pintu bilik itu,
"Fira, umi masuk ye..Umi ade bawa surprise ni! Pasti Fira suka sangat"..Kata Umi Fareeda sambil berjalan masuk..Matanya menatap fira yang sedang duduk sambil memeluk lutut dan mukanya disembamkan pada lutut..Badannya di sandar pada kepala katil ...Dia lansung tak menunjuk respon dari Uminya..
Fiqah yang melihat situasi rakannya itu juga menahan tangis..Dia sangat risau kerana Fira kelihatan seperti orang yang mental breakdown..
"Fiqah tidur dalam bilik Fira ye..Teman Fira..Umi tinggal Fiqah ye..Nanti beg baju Fiqah ,Umi minta tolong Abang Danial bawa naik.."..Kata Umi Fareeda..
Fiqah hanya mengangguk..Matanya menghantar pemergian umi fareeda..Usai saja pintu bilik itu di tutup, Fira yang masih lagi tak perasan kehadiran Fiqah hanya diam..
"Fira"..Lembut saja Fiqah memanggil..
Fira yang mendengar suara itu terus saja mengangkat kepalanya..Lalu, dia turun dan memeluk Fiqah sambil menangis..Fiqah hanya mampu mengesat air di tubir matanya dari turun ke pipi..Dia sebagai kawan perlu menunjukkan semangat dan dorongan kepada rakannya itu..
"Hey hey, Dah okay?"..Soal Fiqah ketika tangisan Fira sudah reda..
"Apa nangis ni ? Aku datang nak melawat Fira yang riang dan ganas..Mana Fira aku dulu? Aku rindu Fira yang suka bertekak dengan aku..Aku taknak Fira cengeng sekarang..Tak best kalau buat gaduh! Mesti menangis!"..
Fira yang mendengar terus saja tersenyum sambil mengelap air matanya..
"Kau dah makan ?"..Fiqah kembali bertanya..Fira mengangguk kepala..Walaupun dia hanya menjamah beberapa sudu makanan setelah dipaksa oleh uminya..
"Aku dengar kau baru lepas kebah dari demam kan? "..Fira mengangguk lagi..Khabar itu diceritakan oleh Abang kepada wanita itu..Walaupun sudah jarang chat di whatsapp tapi Fiqah sendiri yang mencari lelaki itu..memandangkan rakannya itu tidak membalas chatnya..
"Okay, sekarang aku taknak kau sedih-sedih dah! Aku nak kau bertenang..Lepastu, cerita dekat aku apa jadi sebenarnya..Betul ke ini semua angkara lelaki itu"..Fiqah tidak sanggup menyebut nama lelaki itu setelah di marahi oleh Danial..
Fira mengangguk lalu di menarik tangan Fiqah dan duduk dibirai katil..
Dia membetulkan intonasi suaranya lalu bercerita mengenai pertemuan mereka di malam hari ketika dinner di salah satu restoran mewah yang telah ditempah oleh Faqih..Seperti biasa, Fira langsung tak pernah syak apa-apa kerana sepanjang mereka berkawan kerana lelaki itu tak pernah menunjukkan perangai buruknya...Bagi Fira lelaki itu sangat baik dan sangat ramah serta hormatnya sebagai wanita..Tak pernah di sentuh tanpa sengaja..
Setelah mendengar cerita pendek Fira, Fiqah mengangguk kepala tanpa bersuara..Sesekali suara Fira serak menahan tangis..Walaupun dia tidak sempat menjadi mangsa 'rogol' tapi dia tahu pasti lelaki itu sudah melihat separuh auratnya..Bagi orang yang tidak pernah membuka auratnya kepada bukan mahramnya pasti akan berasa hina jika auratnya dilihat oleh mata ajnabi..
"Okay faham..Kalau aku jadi kau pun pasti aku akan susah nak terima hakikat..Tapi, kita patut bersyukur sebab lelaki itu tak sempat ambil kesempatan ke atas mahkota yang kita jaga..Jadi, dari situ Allah sudah selamatkan Hambanya dan aib serta maruah seorang wanita..Jadi, kita patut banyak mengadu kepadaNya bukan dengan cara bersedih yang melampau..Kalau kita mengadu padaNya pasti hati kita akan tenang dan akan dapat terima takdir itu.."
"Aku bukanlah ustazah nak bagi ceramah dekat kau! Tapi aku sedar yang manusia hidup perlu bergantung kepadaNya..Kalau lari dari bergantung kepadaNya pasti kita akan jauh terpesong dariNya ..Kan? Jadi, aku nak selama aku dekat sini! Aku tak mahu tengok kau menangis! Kalau kau taknak aku balik Perak balik A.S.A.P"..Kata Fiqah sambil tersengih..
Fira pula mengangguk laju kepalanya..Fiqah berpuas hati dengan respon Fira..
Tuk Tuk
Fiqah bingkas bangun lalu membuka pintu, dapat dia lihat wajah lelaki yang telah mengambilnya di TBS..Fiqah menyambut huluran begnya itu..
"Terima kasih Abang Danial"..Fiqah cuba memaniskan wajahnya..Lelaki itu hanya diam dan berlalu dari situ..Dia mengeluh..Bukan setakat Fira perlu di pujuk..Tapi, dengan Abangnya sekali!..'Huh! Dugaan!'..
*****
Tuk Tuk Tuk
"Assalamualaikum!"..Jerit dua anggota polis di hadapan pintu rumah Haikal..Ketika itu, Haikal baru sahaja menyiapkan makan tengahari mereka..Haikal yang mendengar ketukan bertalu-talu itu berasa pelik kerana kebiasaannya rumahnya itu tidak biasa menerima kunjungan orang..
Faqih pula ketika itu bersandar di sofa berasa tidak sedap hati..Dia seakan dapat hidu kehadiran orang diluar itu..Hatinya berdebar kuat..Dia menoleh memandang Haikal yang sedang bergerak menghampiri pintu utama..
"Waalaikummussalam, ya Encik?"..Jawab Haikal ketika membuka pintu rumahnya..Dia agak terkejut melihat dua anggota polis yang sedang berada di hadapan rumahnya..
"Saya Inspektor Zali dan rakan saya , Ins. Hazim..Kami mencari pesalah bernama Encik Faqih Fitri yang telah melarikan diri dari rumahnya dan kami dapat tahu encik merupakan sahabat baiknya.Jadi, kami datang untuk mengeledah rumah encik..Kami ada membawa waran tangkap kepada En, Faqih ..Jadi, Kami minta kerjasama dari Encik"..Kata Ins.Zali dengan tegas..
"Atas kesalahan apa ye ? Kawan saya kena waran tangkap?"..Soal Haikal sambil menelan air liurnya..
"Atas kesalahan cubaan merogol seorang wanita di sebuah hotel"..Ringkas saja anggota polis itu menjawab..
Terus saja wajah Haikal berubah riak..Baru saja dia ingin memberi laluan kepada dua anggota itu masuk ke dalam rumahnya..Faqih yang sudah lama berada di belakangnya terus saja menepuk bahu Haikal..
"Saya yang Encik cari.." Faqih bersuara lalu dia melangkah mendekati pintu utama yang sudah terbuka luas..
"Terima kasih sebab bagi kerjasama untuk serah diri..Sekarang, Encik Faqih akan dibawa ke Balai untuk siasatan"..
Faqih mengangguk kepala lalu kedua belah tangannya telah digari..Baginya, dia tak perlu melarikan diri atas kesalahan yang dia buat..Dia tak mahu orang lain dan keluarganya mendapat kesan daripada kesalahannya..Faqih melihat wajah rakannya yang sayu dan masih lagi kaku di muka pintu..
"Sekejap Encik"..Pinta Faqih lalu di bergerak mendekati rakannya itu..Dua anggota itu hanya mengangguk kepala..
"Terima kasih sebab rawat aku..Jaga diri ! Aku pergi dulu"...Belum sempat dia ingin melangkah..Haikal terus saja menerpanya lalu bertanya..
"Kau tunggu aku! Jaga diri kau jugak..Nanti aku datang melawat kau!"..Itu saja yang dapat Haikal katakan walaupun sebenarnya dia masih lagi tidak tahu perkara sebenar..
Faqih mengangguk lalu bergerak meninggalkan rakannya dan mengikuti dua anggota polis itu..Dia direman selama 5 hari untuk siasatan..Dan jika benar kesalahan dibuatnya, dia bakal menerima hukuman yang sesuai mengikut akta yang ditetapkan..
Haikal menahan tangisnya..Dia masih lagi terkejut menerima berita rakan baiknya sendiri membuat kesalahan merogol..Dia tahu walaupun lelaki itu sering kali turun naik club malam..Tapi, dia tidak pernah sekali untuk merogol mana-mana wanita ..Dia sangat kenal kawannya kerana mereka sama-sama berkawan dari sejak kecil lagi..Haikal termenung di sofa sambil terbayang susuk tubuh Faqih yang telah pergi mengikut dua anggota tadi..
****
Selama dua hari Fiqah tinggal di rumah keluarga Fira..Dapat Danial dan keluarganya lihat perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Fira kepada mereka..
Ketika itu mereka sedang bersarapan pagi , dan sebentar lagi Fiqah akan berangkat pulang ke Perak semula atas urusan kerjanya..
Fiqah yang duduk bersebelahan Fira hanya menjeling melihat tingkah laku rakannya itu..Kini, Fira mula ingin bergaul dengan keluarganya sendiri tetapi tidak dengan orang luar..Pasti, wanita itu aku membisu..
Teringat dia sewaktu mereka berdua berjalan di taman..Fira kelihatan seperti orang ketakutan melihat suasana di taman yang dipenuhi oleh manusia..Jika mereka berselisih dengan lelaki, pasti Fira akan mengenggam erat lengan Fiqah ..Lama-kelamaan, Fira sudah kembali tenang..
"Fiqah, bas pukul berapa?"..Soal umi Fareeda yang telah menyentak Fiqah dari mengelamun..Wajahnya terpinga-pinga sebentar sambil memandang wajah wanita itu..
"Apa dia umi?"..Soal Fiqah dengan sengihnya..Dia segan kerana Danial yang duduk berhadapannya itu merenung tajam..
"Umi tanya, bas Fiqah pukul berapa harini?"..Tanya Umi Fareeda lagi..
"Oh, bas Fiqah pukul 11..Tapi kena gerak awal sebab umi tahukan yang terminal tu sesak dengan orang..Fiqah risau tak sempat"..Jawab Fiqah sambil tersenyum..wajah tua itu di tatap lama..
"Oh, yelah..Nanti umi siapkan bekal untuk Fiqah.." Kata Umi Fareeda lagi..Kerana dia berasa terhutang budi terhadap kesungguhan Fiqah yang sanggup berjalan jauh demi melawat anak perempuannya..
"Ehh, takpe umi, Nanti Fiqah boleh beli je dekat terminal.."..Fiqah tidak mahu menyusahkan keluarga itu..
"Takpe, memang umi nak buatkan..Nanti siapa yang hantar Fiqah ke terminal?"..
"Err, Fiqah dah 'book' grab.."
Danial yang mendengar jawapan Fiqah terus saja berubah riak..Wajahnya bengang kerana wanita itu bertindak sendiri..Dia tahu kenapa wanita itu tidak ingin dia menghantarnya...
"Kenapa tak minta tolong Abang Danial saja?"..Soal umi Fareeda lagi..
Fiqah seperti cacing kepanasan apabila terasa aura lelaki dihadapannya itu..
"Err, Fiqah taknak menyusahkan sesiapa lagi...Cukuplah Fiqah dah menumpang dekat rumah Umi.."
Fira yang ketika itu perasan wajah Abangnya sudah merah hanya mampu berdiam diri..Dia dapat agak kemelut yang berlaku di antara dua insan itu..Tapi, dia berdoa supaya urusan mereka diselesaikan dengan baik..Dia tahu pun selepas kejadian malam tadi.. Dapat dia lihat Abangnya berjumpa dengan Fiqah di taman belakang rumah sewaktu dia ingin minum di dapur akibat kehausan..
Dan selepas je perjumpaan mereka itu, Fiqah sendiri yang membuka mulut apabila Fira meminta penjelasan apabila melihat riak wajah rakannya yang mendung selepas pertemuan mereka..
Selesai saja mereka bersarapan, Fiqah meminta diri untuk naik ke atas dan berkemas..Dalam jam 10 pagi, kereta grab yang di tempah oleh Fiqah sudah sedia menunggu di hadapan kediaman itu..
Fiqah bergegas menyalami kedua orang tua Fira ..
"Abang, ambil duit ini..Kawan saya tak jadi naik grab.." Kata Danial sambil menghulur beberapa keping duit kepada pemandu grab itu..
"Okay, terima kasih"..Jawab pemandu itu lalu dia bergerak pergi..
Dari kejauhan Fiqah dapat lihat perlakuan lelaki itu dan kereta yang ditempah telah pergi meninggalkannya..Dengan hati membengkak, dia merapati lelaki itu sambil menarik beg bagasinya ..
"Apa abang Danial dah buat? Kenapa biarkan kereta grab pergi?"..Soal Fiqah laju..dapat dia lihat bayang kereta itu dari jauh..Danial pula hanya diam lalu bergerak ke keretanya dan menghidupkan enjin..
Fiqah makin terasa hati dengan layanan lelaki itu..Dia dengan pantas mendail nombor grab tadi tapi tak sempat berbuat demikian selepas mendengar suara tegas itu memberi arahan..
"Fiqah! Masuk kereta sekarang"..Panggil Danial..
Fiqah buat tak tahu lalu tangannya masih lagi mencari contact grab tadi..Baru saja dia ingin meletakkan telefon di telinganya, telefon itu telah di rampas oleh lelaki itu..Fiqah tersentak lalu terpinga-pinga dan wajahnya sudah bertukar garang..Pantang kalau barangnya dirampas!
"Abang Danial ni kenapa?!"..Mulalah Fiqah berang..
"Abang kata masuk kereta sekarang! Atau Fiqah nak abang dukung Fiqah ?"..Soal Danial lagi..Fiqah yang sakit hati itu melihat wajah sinis lelaki itu terus bergerak masuk ke dalam kereta..Dan mereka bertolak ke terminal..
Perjalanan ke terminal agak sesak..Fiqah mengeluh..'Nasib baik gerak awal!'..
Tiba-tiba kedengaran deringan telefon miliknya..Tertera nama kakaknya lalu dia menolak button hijau ke atas..
"Hello, akak?"..
"Fiqah dekat mana ni?"..Soal Aqila..
"Hmm, Fiqah baru on the way nak ke terminal ..Kenapa kak?"..Soal Fiqah lagi..
Danial yang sedang memandu hanya memasang telinga..Hatinya berdetak laju apabila mendengar bualan Fiqah yang menyebut nama wanita yang di tidak ingin didengar..
"Ohh, yelah..Hati-hati balik , nanti dah nak sampai call akak ye..Nanti akak ambil"..
"Okay baik kak"
"Fiqah dah bagi ke barang Akak Isha dekat Abang Danial?"..Soal Aqila..
"Sudah kak!..Fiqah dah bagi"..Jawab Fiqah perlahan..Hatinya cuba untuk dipujuk..Walaupun hakikatnya dia juga cemburu melihat kawan kakaknya itu rapat dengan lelaki itu..Tapi, dia sedar diri..
"Okay baguslah..Apa-apa call akak ye..Bye"..Selesai saja mereka berborak..Kereta yang di pandu oleh Danial membelok ke kiri ..Fiqah yang melihat itu, terus saja bersuara kerana jalan menuju ke terminal berlainan..Fiqah resah kerana hanya tinggal setengah jam lagi basnya akan bertolak..
"Abang Danial..Kita nak kemana?"..
Danial masih lagi berdiam diri..Fiqah pula terasa ingin saja menangis apabila tiada respon dari lelaki itu..Sudah lama dia pujuk hati supaya air mata dapat ditahan..Dia menundukkan kepala..
Sampai saja di sebuah tasik, Danial keluar dari kereta meninggalkan Fiqah..Ya! Tempat dimana mereka mengambil gambar konvo..Fiqah juga keluar lalu bergerak mendekati lelaki itu yang sudah duduk di bangku yang tersedia..suasana di situ agak lengang..
"Abang Danial, kita dah lambat..Nanti Fiqah tertinggal bas"..Fiqah bersuara apabila suasana sunyi di antara mereka..
Namun, masih lagi tiada respon..Fiqah berasa hatinya seakan didera oleh kebisuan lelaki itu lantas air mata yang ditahan tadi akhirnya menitis jua di kedua belah pipinya..Dia cuba tahan namun esakan juga kedengaran di telinga Danial..
Dia menoleh memandang wajah sedih Fiqah dan ketika itu juga Fiqah sedang merenungnya..
"Apa yang Abang Danial nak sebenarnya dari Fiqah?..Kenapa abang suka diam je ? Abang Danial tahu tak yang hati Fiqah sakit sebab layanan beku abang tu? Apa salah Fiqah dengan Abang Danial?"..Melirih saja suara Fiqah..Dia sudah tewas dengan hatinya yang tak tertahan..
"Fiqah cuma fikir hati Fiqah je yang sakit? Habistu hati abang yang sakit ni Fiqah tak fikir?"..Jawab Danial..
"Apa yang Fiqah dah buat?"..Soal Fiqah lagi..Dia perlu selesaikan hal ini..Jika ini masa yang tepat, dia akan luahkannya..Dia tidak mahu lagi bermain hati dengan lelaki itu..Dan topik ini jugaklah yang berlaku semalam disebabkan Fiqah menyerahkan kotak berisi barang yang sudah berbalut milik Akak Isha kepada Danial..
"Kenapa Fiqah bersungguh-sungguh nak Abang rapat dengan akak Isha walhal Fiqah tahu siapa dekat hati abang ?"..
Sejujurnya, Fiqah masih lagi tak dapat meneka siapa yang diperkatakan oleh Danial..
"Kan Fiqah dah bagitahu yang Fiqah taknak ada hubungan antara akak Isha dan Abang Danial..Fiqah tak mahu jadi orang ketiga! Fiqah hanya anggap Abang Danial macam Abang Fiqah je..Tak lebih!"..Jawab Fiqah untuk menidakkan kata hatinya..Menolak sekerasnya perasaan sayang terhadap lelaki itu..
"Fiqah tak pandai menipu..Abang tahu yang Fiqah juga ada hati dekat Abang.."
Fiqah mengeleng laju..
"Kalau tak! Kenapa menangis?"..Fiqah terbungkam..Dia mengalihkan pandangan ke tempat lain..Tak sanggup lagi menatap wajah lelaki itu..
Danial yang melihat reaksi Fiqah terus saja menyambung kata sambil menyimpan senyum..Dapat dia teka hati wanita itu...
"Hujung bulan ni Abang hantar rombongan!"..Tekadnya..
Fiqah terpinga-pinga..'Rombongan?'..
"Hantar rombongan? Untuk akak Isha ke?"..Soal Fiqah polos..Otaknya masih lagi tidak dapat memproses maklumat kerana perasaan sedihnya tadi..
Danial mendengus..
"Abang hantar rombongan untuk Fiqah! Bukan Akak Isha"..Jawabnya tegas..
Fiqah melopong..Dia sudah tidak betah lagi duduk lalu dia berdiri..
"Abang Danial jangan buat kerja gila!..Kalau abang Danial hantar rombongan..Macam mana dengan akak isha? Pasti dia sedih!"..Jawab Fiqah lagi..
Danial rasa ingin saja dia menjerit ..
"Kenapa perlu kesiankan orang ? Kenapa tak fikir diri sendiri?"..
Fiqah terdiam..
"Pasal Akak isha, Abang akan settelkan! Fiqah jangan risau..Yang penting, Fiqah kena bagitahu family Fiqah yang Abang akan hantar rombongan meminang untuk Fiqah!"..Katanya sambil bangun dari duduknya..
Fiqah resah hati apabila mendengar kata-kata lelaki itu..Dia melihat Danial bergerak pergi..
"Abang Danial nak pergi mana?"..Laju Fiqah tanya sambil bergerak mengikuti langkah Danial..
"Nak hantar Fiqah ke terminal lah..Fiqah taknak balik ke? Kalau taknak, boleh je stay dekat sini"..Soal Danial sambil senyum nakal..
"Allah, cepat Abang Danial..lagi 15 minit lagi bas Fiqah nak gerak.."..Jawab Fiqah kelam kabut sambil menepuk dahinya dan menapak laju ke kereta Danial..Danial mengeleng kepala ..
*******
"HAI, boleh saya duduk sini?".. Soal satu suara wanita dihadapan Fizi..
Ketika itu, Fizi masih lagi leka dengan telefon pintarnya..Dia masih membaca email yang dikirim oleh rakannya di Malaysia mengenai syarikat di sana..
Fizi mendongak kepala apabila mendengar sapaan itu..Terkejut dibuatnya kerana dia berjumpa lagi dengan wanita itu..
"Err, Yes"..Kata fizi ..Qasreena terus saja melabuhkan punggung dihadapan lelaki itu..
"Berjumpa lagi kita ye! "..
Fizi hanya mengangguk kepala..Sebenarnya dia agak rimas dengan wanita itu..Ini sudah menjadi pertemuan entah kali ke berapa kerana setiap tempat dia berjalan pasti akan terserempak dengan wanita itu..Kadang kala Fizi berasa dirinya sentiasa diekori..'Adakah wanita itu?'..'Argh! Asyik-asyik jumpa je! Rimas!'..
"Awak busy ke? Maaf mengganggu"..Kata Qasreena apabila Fizi tidak melayannya..Dari tadi menatap telefon saja..
Bukan dia taktahu yang lelaki itu tidak berminat dengannya..Tapi masalahnya! Dia yang berminat dengan lelaki itu..Parah!..Dia tak kisah digelar perigi mencari timba kerana dia betul-betul sudah jatuh suka dengan lelaki itu..Dan dia juga tekad mencuba nasib bagi merebut hati lelaki itu..
Share this novel