Tiba hujung minggu,
Fira telah meminta kebenaran dan izin dari keluarganya untuk keluar bersiar-siar seorang diri..Kelihatan Umi Fareeda agak keberatan dan setelah diyakin oleh Fira..Akhirnya, uminya itu membenarkan Fira keluar dengan syarat pulang awal dan tidak bertegur dengan orang yang tidak dikenali..
Setelah Fira memarkir kereta di tepi jalan..Dalam dia tak sedar ada satu kereta bergerak dengan laju...Fira pula ketika itu leka membuka handbagnya untuk menyimpan kunci keretanya dan dia terus terkejut apabila mendengar hon kereta..
Pin Pin pin
Kaki Fira yang sedang melangkah tadi terasa seakan kaku..Matanya terbuka luas apabila melihat satu kereta sedang menuju ke arahnya..Otaknya masih tidak dapat memproses maklumat lalu membuatkan segala tubuhnya kaku dan tidak bergerak..
Lalu dengan rasa berdebar..Matanya terus tertutup..'Ya Allah selamatkan lah aku!'..Sempat lagi Fira berdoa..Badannya mula menggigil dan bergetar..
Dengan tak semena-mena , tubuhnya tiba-tiba dirangkul dari arah belakang lalu tubuhnya jatuh menghempap sesuatu..
Gedebuk!
Fira masih lagi terdiam..Dia tak berani membuka matanya dan badannya masih lagi bergetar kuat..Namun, ada seseorang berdehem..
Ehem
Terus saja matanya terbuka perlahan dan alangkah terkejutnya dia melihat situasi sekarang dan jantungnya lagi berdetak laju apabila melihat gerangan yang telah menyelamatkannya ..Wajah yang dia rindui..
Dengan pantas dia bangun dari menindih tubuh lelaki itu ..Kelihatan wajah lelaki itu berkerut mungkin sakit kerana jatuh atau berat menahan badannya..
"S-saya minta maaf"..Kata Fira sambil menunduk..Lelaki itu sudah pun berdiri menghadapnya..Fira tak berani mengangkat wajahnya..
"Lain kali nak lintas tu tengok kiri kanan dulu"..Tegur lelaki itu lagi..Itu hanyalah peringatan..Ralit lelaki itu meneroka setiap inci wajah wanita yang sedang menunduk itu..
Fira hanya mengangguk kepala..Dia masih lagi tidak percaya bahawa mereka akan berjumpa dengan cara ini..
******
Suasana di restoran itu agak bising, tapi agak sunyi di tempat duduk mereka yang agak tersembunyi itu..Keadaan sangat kekok bagi Fira..Sejak dari kejadian tadi, Fira langsung tidak mengeluarkan satu patah perkataan pun..
Lelaki itu pelik melihat gadis dihadapannya itu yang hanya diam seribu bahasa..Kelakuan wanita itu sudah berubah dan agak canggung ketika berada di dekatnya..
"Tak nak makan ke?"..Soal lelaki itu..
Fira tersentak lalu mengangkat wajah memandang lelaki itu..
"E-er, awak makanlah"..jawab Fira..
Lelaki itu mengeleng kepala..Dia tak berpuas hati dengan jawapan dari Fira..
"Jom kita makan, Jangan tenung lama sangat makanan tu..Bukan boleh kenyang..Habis makan ni, saya hantar awak balik"..Ujar Fizi lalu mula makan..
"Eer, saya boleh balik sendiri"..Kata Fira sambil menyuap perlahan makanannya..
Fizi yang mendengar itu terus terhenti pergerakannya..
"Jangan degil boleh?"..Ucap Fizi sambil menatap wajah wanita itu..Sebenarnya dia ingin membawa wanita itu untuk meluangkan masa dengannya..
"Kereta saya macam mana?"..
Fizi terdiam sambil berfikir..
"Awak follow saya dari belakang"..
Fira hanya mengangguk kepala lalu menyuap makanannya ke dalam mulut begitu juga Fizi tapi lelaki itu sekali sekala akan memandang wajah Fira yang masih menunduk..
Kerinduan di hatinya masih lagi terasa ..
******
"Er, kita buat apa datang sini?"..Fira mula menegur Fizi apabila mereka sudah sampai di satu taman..
Kelihatan ramai orang sedang beriadah dan ada juga yang berjogging..Masing-masing dengan pasangan mereka sendiri..Di satu kawasan, kelihatan satu keluarga kecil yang sangat bahagia sedang 'berpicnic' bersama anak kecil mereka..ketawa mereka menggambarkan keriangan hati apabila melihat telatah anak kecil mereka yang sedang bertatih..
Fira yang perasan situasi itu lantas tersenyum kecil..Keluarga bahagia itu ditatap lama kerana itu merupakan salah satu yang dia idamkan..
Fizi juga terpana sebentar ketika melihat wajah Fira yang tersenyum sedang memerhati sebuah keluarga kecil itu..'Sudah lama aku tak nampak muka dia tersenyum macam tu!'.
"Suka tengok keluarga kecil tu?"..Soal Fizi ketika masih menatap wajah ceria wanita itu..
Fira mengangguk kepala ..
"InshaAllah one day..We can create a happy family like that"..Ujar Fizi sambil tersenyum melihat wajah Fira yang sudah merah..
"Err, awak jom kita duduk sana"..Kata Fira lalu melangkah ke satu bangku kosong lalu melabuhkan punggung di situ..
"Awak, saya sebenarnya nak minta maaf dekat awak sebab tak percaya kata awak sebelum ni..Selalu cari gaduh dengan awak..Saya sedar semua silap saya..Hmm, kalau lah saya percaya cakap awak sebelum ni pasti 'kejadian' itu dapat dielakkan"..Kata Fira sambil memejamkan matanya..Masih segar di fikirannya kejadian itu..Walaupun hatinya sudahpun terima takdir itu, tapi dia sendiri kecewa dengan dirinya yang degil dan tidak mendengar amaran Fizi..
"Takpe, saya maafkan awak..It's okay..Saya bersyukur awak selamat..If anything happen..I can't forgive myself"..
Fira mengerut kening apabila mendengar kata-kata lelaki itu..
"Kenapa awak cakap macam tu?"..Tanya Fira.
"Sebab saya dah janji dengan diri saya sendiri untuk sentiasa lindungi awak..And i broke my promise"..Perlahan suara Fizi..
Fira terkedu dan matanya masih lagi menatap wajah lelaki itu..Kalini dia memberanikan diri untuk menatap seraut wajah itu..Hatinya sangat tenang merenung wajah lelaki itu..Dan saat ini, hatinya telah terbuka menerima lelaki itu ..
"Hmm, macam mana awak tahu kejadian itu?"..
"Abang awak yang ceritakan pada saya"..Tipu Fizi..Dia tak mahu wanita itu berasa terhutang budi kepadanya..
Fira mengangguk..
"Tapi, abang saya tak pernah cerita pada saya siapa yang dah tolong selamatkan saya malam tu..Saya nak berterima kasih sangat dekat dia"..
Fizi terdiam..Hatinya berdegup laju..'Seandainya dia tahu'
"Hmm, pasti awak taknak berkawan dengan saya lagi kan?"
"Kenapa awak cakap macam tu?"..Soal Fizi pelik
"Hmm, maybee.." Fira teragak-agak untuk menyambung bicaranya..Dia ingin meluahkan rasa hatinya..Tapi, lidahnya seakan terkelu..Dia masih ingat lagi nasihat rakannya..
'Allah dah tutup aib kita..Jadi, kita patut bersyukur dan jangan buka aib kita sendiri'
"No! Awak tak perlu rasa macam tu..Saya berkawan dengan awak ikhlas "..
"Terima kasih awak!"..Kata Fira sambil tersenyum..Hatinya berasa lega..
Fizi pula membalas senyum itu..Hatinya juga gembira melihat wajah itu tersenyum memandangnya..
"Err, saya nak tanya something boleh?"..Soal Fira
Fizi mengangguk lalu melihat kawasan sekeliling..
"Saya dah lama tak nampak awak..Awak ke mana ? "..Terluah juga apa yang difikirannya .
Fizi tersenyum..'Adakah dia merindui aku?'.
"Kenapa cari saya? Rindu saya eh?"..
Fira tertunduk malu..'Nampak sangat ke aku rindu dia?'..
"Haha, Abang awak tak bagitahu dekat awak ke? Yang saya outstation"..
Fira mengeleng sambil melihat wajah lelaki yang masih ketawa itu..
"Outstation?"..
"Yup, saya outstation dekat China selama sebulan di sana.."
Fira mengangguk faham..
"Oh, lama awak dekat sana..Pasti best kan pergi sana"..Kata Fira..Dia ingin berborak panjang dengan lelaki itu..
"Tak best sangat sebab saya pergi sorang.."
"Aikk kenapa pulak?"..
"Saya nak pergi dengan pasangan saya..Barulah best, dapat jalan sama-sama sambil honeymoon"..Kata Fizi sambil tersengih..
"Haha gatal eh awak..Dah tu, kenapa awak tak cari pasangan cepat-cepat?"..Soal Fira..saja ingin menduga lelaki..Adakah lelaki itu masih ada hati padanya..
"Siapalah nak kan saya..nak 'orang tu' tapi dia jual mahal sangat lah.."..Fizi berkias..
Fira tergelak kecil..Faham maksud lelaki itu..
"Eleh, awak dah jumpa ke family dia? Mana tahu dia pun suka awak juga?.."..Duga Fira lagi..
"Okay Fine! Nanti saya jumpa family 'dia' ..terus masuk meminang..Saya tak nak tangguh-tangguh.."
"Betul dah tu..Sebab awak pun bukan muda lagi..hehe..Btw,Goodluck!.."
Kata Fira sambil ketawa..Rasa hatinya kini sukar ditafsirkan..
Fizi yang melihat wajah ceria itu lantas tersenyum riang..
"Ohh, pandai mengata saya ye!."..Fizi membuat muka monyok..Saja ingin mengusik..
"Haha, saja saya mengata awak..Bukan selalu!"..Kata Fira sambil ketawa..Fizi juga turut ketawa..Hati masing-masing berasa sangat bahagia ketika mereka meluangkan masa setelah sebulan tidak bersua muka..
*******
"Assalamualaikum cik tunang!"..Tegur satu suara di telinga Fiqah..Terkejut di buatnya apabila melihat gerangan lelaki itu di hadapan matanya..
Fiqah berkelip beberapa kali sambil menonyoh matanya..'Aku bermimpi ke?'..
Danial yang melihat gelagat wanita tu terus ketawa..'Alahai aku nampak macam hantu ke? Haih Fiqah..Kau selalu buat aku happy bila dekat dengan kau! Mana tak sayang!'..hehe
"Abang Danial?"..Soal Fiqah..Dahinya masih berkerut..Nak sentuh tak boleh sebab bukan mahram..
"Yelah abanglah ni..Mana ada hantu bagi salam"..Sakat Danial..Terus berubah wajah Fiqah..
Fiqah mencebik..Jadi, betul lah lelaki itu ..
"Haa, waalaikummussalam..Abang buat apa dekat sini?"..Soal Fiqah..Dia baru saja ingin mencapai helmet di atas motor dan ingin berlalu pulang kerana waktu bekerja sudah habis..
"Saja abang nak jumpa Fiqah..Rindu"..Jujur Danial membuatkan Fiqah kalut..Matanya melirik ke sekeliling kawasan..Risau ada orang mendengar luahan lelaki itu..
"Kan boleh video call..Kenapa sampai ke sini cari Fiqah?"..Fiqah bersuara sambil menepuk dahinya..'Gawat!'
Danial tergelak..Hatinya tercuit melihat wajah kalut wanita itu..
"Sebenarnya abang datang sini bukan nak jumpa Fiqah je..Tapi abang ada kerja dekat sini..Tengok projek sebelum ni.."
"Oh, kalau macam tu takpelah..Fikir abang Danial saja je datang sini..Buang masa, tenaga dan minyak je..Dah lah jauh dari Kelantan"..Bebel Fiqah tanpa sedar..
"Haha, alah..itu semua bukan masalah pun..Asalkan abang dapat jumpa Fiqah depan-depan"..Kata Danial sambil tersenyum..Kerinduannya telah terubat..
"Err, Fiqah dah habis kerja ni..Nak balik sebab dah petang ni..Abang Danial nak ikut Fiqah balik ke ? Abang sewa hotel dekat mana?"..
Sempat mata Fiqah mengerling ke arah jam tangannya..
"Actually, abang tak sempat nak 'book' hotel sebab abang baru je sampai pagi tadi..Lepastu, direct terus datang sini sebab ade meeting sampai petang..Abang pun tak sempat nak bagitahu Fiqah yang abang ade kerja dekat sini"..Jawab Danial..
"Oh, jadi Abang Danial belum makan lagi lah ni?"
Danial mengeleng perlahan..Fiqah pula sudah berfikir lama..
"Haa, takpelah, Abang Danial ikut jelah Fiqah balik..Nanti Fiqah bagitahu ibu dengan ayah pasal abang Danial nak tumpang tidur rumah..Abang dekat sini berapa lama?"..Soal Fiqah sambil memandang wajah lelaki itu..
"Maybe 2 atau 3 hari je kot..Sebab projek dekat sini tak banyak masalah"..
"Oh, okay kalau macam tu, kita balik rumah Fiqah lah..Lewat petang dah ni.."Kata Fiqah sambil menghidupkan enjin motornya..Helmet dipakai..
Danial mengangguk kepala lalu bergerak ke keretanya yang tidak jauh dari situ..Setelah kereta Danial sudah datang mendekat, terus Fiqah bergerak..
Danial hanya memandu sambil mengikut Fiqah dari belakang..Matanya asyik tertumpu pada tubuh wanita itu..'Boleh tahan juga dia ni bawa motor! Laju weh!'..Bisik hatinya..
*****
Setelah salam diberikan, ibu dan ayah Fiqah menyambut kedatangan lelaki itu dengan ramah..
"Haa, masuk Danial.."Kata Ayah Fiqah sambil mempelawanya masuk..Danial tersenyum lalu menyalam tangan tua lelaki itu..
"Ayah ibu, malam ni Abang Danial nak tumpang tidur sini..Boleh ke?"..Kata Fiqah ketika dia sudah masuk terlebih dahulu..
"Haa, apa tak bolehnya Fiqah oi..Bilik adik kamu ada kosong..Boleh je tumpang tidur sini..Kamu bawak Danial masuk bilik..Lewat dah ni..Nak maghrib dah"..Jawab ayah Fiqah..
Fiqah mengangguk perlahan lalu memberi isyarat kepada lelaki yang masih lagi senyum tak lekang di wajah..Danial datang mendekati Fiqah..Dan mereka berlalu untuk ke bilik..Fiqah membuka pintu bilik adik lelakinya lalu dia bergerak masuk ke biliknya di hujung selepas melihat lelaki itu masuk dan menutup pintu..Kebetulan, adiknya tidur di rumah rakannya..Biasalah lelaki, suka lepak sambil memancing..
Baru saja Fiqah membuka pintu biliknya..Dia agak terkejut melihat kakaknya sedang berbaring di katil biliknya...sudah kebiasaan bagi kakaknya pasti akan datang melepak di biliknya..Mereka adik beradik mempunyai setiap orang satu bilik kerana ayahnya pernah mengatakan bahawa senang nanti jika mereka berkahwin..Tidak perlu berkongsi bilik..
"Ehh, bila akak balik?"..Soal Fiqah pelik..
"Akak sampai petang tadi sebelum adik balik.."Jawab Aqila sambil melihat adiknya yang sedang membuka tudung..
"Hmm, nanti akak nak keluar..Akak pakai tudung tau sebab kita ada tetamu tidur sini"..
"Siapa?"..Aqila menjongketkan keningnya..
"Err, Abang Danial"..Pendek saja Fiqah menjawab..Dapat dia lihat reaksi terkejut dari kakaknya..Dia mula rasa berdebar..
Aqila hanya diam ..Dia masih lagi berfikir bagaimana lelaki itu boleh sampai di sini..Kelihatan Fiqah bergerak masuk ke bilik air kerana hanya beberapa minit saja lagi azan maghrib akan berkumandang..Dia tidak perlu kalut kerana dia sedang 'cuti' ..Jadi, dia tak perlu terkejar-kejar untuk solat..
Seusai solat maghrib, Fiqah dan kakaknya keluar dari bilik lalu bergerak ke dapur..Kakaknya hanya menolong Fiqah kerana Fiqah telah mengambil tugas memasak..Jika di rumah sewa, Aqila yang akan memasak..Sedang ralit mereka menyediakan makanan, kedengaran suara ayah dan ibunya bersembang di ruang tamu..
"Ibu ,ayah ,Abang Danial, makanan dah siap..Jom makan"..Ajak Fiqah sambil berdiri di meja makan..Kakaknya juga keluar dari dapur..
Mereka bergerak ke meja..Dan doa dibaca oleh Danial dan mereka mula menjamu selera..Kelihatan Danial makan dengan sangat berselera..Tekaknya kini mula terasa biasa dengan makanan kampung yang disediakan oleh wanita yang merupakan tunangnya..
'Boleh gemuk aku lepas kahwin nanti..huhu'..Bisik hati Danial..
"Tambah lagi Danial..Jangan segan-segan"..Pelawa ibu Ina...
"Baik ibu"..Jawab Danial sambil tersenyum lalu dia menyenduk sayur kangkung..
Fiqah ketika hanya mengeleng melihat lelaki itu makan berselera..'Mesti dia lapar sangat sampai bertambah nasinya'..
Usai makan, Aqila bergerak ke pangkin untuk mengambil angin..Fiqah pula sedang membersih peralatan memasak selepas kakaknya membantu kemas meja makan..
Ehem
Danial berdehem kepada Aqila..Tersentak Aqila mendengar deheman dari lelaki itu..Sebenarnya dia termenung mengenang nasib rakannya..Sekarang rakannya sedang oustation di Perlis atas urusan kerja..
Danial melabuhkan punggungnya tidak jauh dari wanita itu..Aqila hanya berdiam..Mereka tak mesra..Dapat Danial lihat perangai Fiqah dan Aqila sangat berlainan..Fiqah ramah manakala Aqila pula pendiam ..
"Saya nak cakap sikit dengan awak"..Kata Danial..Danial menggunakan kata ganti diri 'saya awak' memandangkan umur mereka sama..
Aqila mengalih pandangan lalu menatap sebentar wajah lelaki itu..
"Apa dia?"
"Saya tahu pasti awak tahu semua mengenai saya dari kawan awak kan? Atisha"..
"Saya nak bagitahu yang saya dan kawan awak tu hanyalah sekadar kawan semata-mata dari sejak bangku sekolah lagi.Tak sama dengan rasa saya terhadap adik awak..Fiqah sangat special di hati saya..Atisha pula hanyalah kawan baik saya saja..Rasa itu tak pernah lebih..Saya tak tahu pula dengan cara bagi perhatian mendengar semua kisahnya dapat membuatkan dia meletakkan harapan tinggi dekat saya..Dan saya dah terangkan dekat Atisha mengenai soal ini.."
Danial terdiam sebentar..Aqila masih lagi mendiamkan diri..
"Saya harap awak belajar terima takdir yang saya bakal jadi adik ipar awak..Saya tak minta apa-apa cuma saya nak awak sentiasa sokong Fiqah kerana dia jugalah tulang belakang keluarga awak ..Hati seorang adik lagi penting daripada orang lain..Dan saya akan menjaga adik awak dengan sebaiknya..Kerana saya terima dia dengan hati yang ikhlas.."
Danial menunggu respon dari wanita itu..Namun, hampa..Jadi dia berura-ura untuk berlalu pergi..
Baru beberapa langkah, dia mendengar wanita itu berpesan kepadanya..
"Tolong jaga adik saya baik-baik..Saya percaya awak dapat bahagiakan adik saya..Jaga hatinya juga kerana hati itu sangat lembut dan banyak mengalah dengan orang lain.."
Danial terbungkam sebentar. Dia menerima pesanan itu dan disimpan di dalam hati..
"InshaAllah, terima kasih sebab sudi terima saya sebagai bakal adik ipar awak.."..Kata Danial lalu dia melangkah pergi..
Dari kejauhan, ada susuk tubuh menyaksikan adegan itu..sepasang mata itu sudah dipenuhi oleh air mata dan menunggu masa untuk mengalir..Hatinya pula pilu mendengar pergaulan mereka..
'Ya Allah, semoga kakak berbahagia suatu hari nanti..' Ya! Tak silap lagi dia membuat keputusan untuk menerima lelaki itu masuk ke dalam hatinya..
Fiqah berlalu masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu..Dia perlu mengambil masa untuk bertenang..Badannya di baring pada katil empuknya..
Ting Ting..
Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk..
'Selamat malam sweetheart..Sleep well ..Dream of me okay!..Bye;)'..
Fiqah hanya mampu membaca tanpa niat untuk membalas..Lalu matanya dipaksa untuk pejam kerana esok dia akan bekerja..
******
Pagi menjelma..Fiqah bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi..Selepas saja solat subuh..Dia telah menyiapkan bahan masak ..Menu istimewanya adalah untuk tetamunya..Nasi lemak sambal sotong dan ayam berempah.. Fiqah tak pasti adakah itu makanan kegemaran lelaki itu kerana mereka tak sempat lagi meluangkan masa bersama untuk sama-sama mengenali diri masing-masing..
Kira-kira jam 6.30 ..Makanan sudah tersedia di atas meja..Masih tiada orang kerana kebiasaan keluarganya jam 7 akan keluar sarapan setelah bersiap..Fiqah juga masih lagi dengan baju tshirt panjang dan kain batiknya serta tudung sarung..Dia ingin bersiap selepas saja masak kerana tidak mahu berpeluh selepas bersiap..
Kakaknya? Mungkin sambung tidur kerana kebiasaan kakaknya akan bersengkang mata menyiapkan kerja walaupun berada di kampung..Masa kerja banyak terluang di sebelah malam..
Dalam Fiqah leka menghidang, dia tak perasan segala gerak gerinya diperhatikan oleh Danial...Sebenarnya, Danial telah pun keluar dari bilik tidur lalu meluru ke dapur kerana perutnya berkeroncong disebabkan terhidu bau masakan di dapur..'Sedapnya'..
Dan langkahnya terhenti ketika melihat satu susuk tubuh yang sedang leka menghidang dan ke hulu ke hilir membawa pinggan serta cawan dan makanan..Matanya terpaku melihat wanita itu..'Tak salah abang pilih sayang sebagai bakal isteri abang..Oh Tuhan! Aku jatuh cinta berkali-kali pada wanita itu!'..Bisik hatinya..
Fiqah yang sedang menyusun pinggan di atas meja berasa seakan dirinya di perhatikan terus saja mendongak memandang ke hadapan..Wajahnya terkejut melihat lelaki itu kaku di bahagian tengah lorong bilik ..
"Awal Abang Danial hari ni..Nak sarapan ? Fiqah boleh sediakan"..Tegur Fiqah dengan segan ..Yelah! Lelaki itu sudah siap memakai baju kemeja dan siap bertali leher..Dia? Masih lagi berkain batik..huhu
Danial tersedar lalu menghadiahkan senyum untuk wanita itu..
"Err, Fiqah masak apa? Bau macam sedap je?"..Soal Danial sambil melangkah menuju ke meja..Sambil matanya memandang ke sekeliling rumah..'Aip, asal sunyi je?'..
"Fiqah masak nasi lemak sambal sotong dengan ayam berempah..Abang makan kan? "..Tanya Fiqah lagi..
"Wah, favourite abang tu..Nasi lemak sambal sotong..Macam mana Fiqah tahu? Ini makin sayang ni"..Kata Danial sambil ketawa..Dia lupa yang dia kini berada di rumah wanita itu..Ketawanya mungkin akan membuatkan keluarga itu dengar..
Fiqah terkejut dalam pada itu dia berasa lega kerana masakannya itu lauk kegemaran lelaki itu..
"Abang Danial jangan macam-macam eh..Nanti ibu dan ayah Fiqah dengar macam mana..Mahu kena hambat dengan parang nanti"..Fiqah bersuara perlahan sambil matanya melihat bilik tidur ibu dan ayahnya..Rasa risau bertandang..Yelah! lelaki itu kadang-kadang susah di duga..Kalau nak sweet-sweet dekat situ juga dia tunjuk..Macam tadi!..
Danial tergelak..Suka dia tengok wajah wanita itu..Penampilan wanita itu menunjukkan Fiqah seperti wanita melayu terakhir..
"Yelah, Saja abang nak mengusik Fiqah..Hmm, mana ibu dan ayah Fiqah? sunyi je rumah"..
Fiqah menjeling sambil itu bersuara..
"Ibu kejap lagi keluar lah..Ayah pukul 7 baru balik dari surau..Biasalah berborak dengan kawan dia dulu..Err, abang Danial nak makan dulu pun takpe..Fiqah boleh hidangkan"..Jawab Fiqah..Tangannya meletakkan sudu pada setiap lauk bagi memudahkan orang untuk mengambil lauk..
"Takpelah..Abang tunggu ayah Fiqah balik lah..Boleh sarapan sekali"..Ujar Danial sambil bergerak ke ruang tamu..Dia mendekati jendela sambil membuka tingkap itu sambil menghirup udara pagi yang segar..
"Oh, takpelah kalau macam tu..Fiqah nak pergi bersiap dulu.."Kata Fiqah lalu menutup lauk menggunakan tudung saji..
Danial mengangguk sebelum matanya dialihkan ke luar..Udara kampung yang segar dihirup dengan tenang..Sungguh dia suka suasana di kampung gadis itu..Sambil dia memejamkan mata, fikirannya sempat lagi membayang wajah wanita tadi..Keayuannya dengan berkain batik sangat menarik perhatiannya..Segala gelagat dan perilaku wanita itu telah menambat hatinya..Danial mula beristighfar untuk menghalau suara-suara yang membuatkan nafsu lelakinya muncul..Sambil kepalanya mengeleng..
"Apa yang digelengkan kepala tu Danial?"..
Danial tersentak lalu dia menoleh melihat ayah Fiqah melangkah masuk di muka pintu..Dia tersengih ..'Buat malu je!'.
"Oh, takde apa ..Danial fikir pasal kerja"..Tipu Danial..'Haa, terpaksa tipu !'..
Ayah Fiqah pula hanya mengeleng..Dia faham apa yang bermain difikiran lelaki itu kerana dia juga pernah berasa muda jadi dia dapat mengagak apa yang bermain di fikiran lelaki itu..
"Jomlah kita sarapan dulu.."..Kata ayah Fiqah sambil melangkah masuk dan menuju je meja makan..Kelihatan lauk pauk sudah di hidang..Dan isterinya juga baru saja keluar dari bilik..Mereka melabuhkan punggung di kerusi..
"Ibunya, mana pergi anak dara kita tu? Tak keluar sarapan ke?"..Tegur ayah Fiqah..Danial hanya diam..
"Oh, Fiqah tengah bersiap..Aqila pula sambung berehat sebab malam tadi dia siapkan kerjanya sampai pagi..Nasib baik harini dia cuti..Dapat dia berehat"..Jawab Ibu Ina sambil menuang air..
Ayah Fiqah mengangguk faham..Beberapa minit kemudian, Fiqah yang sudah siap dengan memakai baju set muslimah ala neelofa dengan tudung rona yang sama menonjolkan lagi keayuan wanita itu..Danial pula terpaku melihat wajah ayu itu..
Ayah Fiqah yang perasan pandangan lelaki itu turut tersenyum kecil lalu batuk perlahan..'Aih, macam tak lama lagi naik pelamin lah nampak gayanya ni ye?'..Bisik hati tuanya..
"Ayah sakit tekak ke? Nak air?"..Tegur Fiqah..Danial pula menahan perasaan malunya apabila dia dapat menangkap pandangan ayah Fiqah ..Tahulah dia sudah kantoi merenung anak dara orang..
"Haa, uhuk uhuk..Boleh juga"..Kata Ayah Fiqah lalu menyambut huluran air dari Fiqah..
Setelah mereka bersarapan..Fiqah sudah pun bergerak ke tempat kerjanya..Manakala, Danial pula masih lagi di rumah keluarga wanita itu..Dia akan melawat 'site' saja bersama client di syarikat yang bekerjasama dengannya pada jam 10 pagi..
Ayah Fiqah bergerak mendekati Danial di ruang tamu..
"Kamu gerak pergi kerja pukul berapa?"..Soal Ayah Fiqah sambil melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan lelaki itu..
"Harini saya jumpa client pukul 10 kejap lagi"..Kata Danial..Hatinya berura-ura untuk menyatakan hasratnya yang satu itu..
Ayah Fiqah hanya mengangguk ..
"Err, ayah, Danial nak bincang sikit pasal....."Mereka bersembang panjang sehingga Danial bergerak menuju berjumpa clientnya..Hatinya berasa lega kerana ayah Fiqah bersetuju apabila mendengar hasratnya..
*******
Fira membantu umi Fareeda menyediakan makanan tengahari di dapur..Dia berasa pelik kerana uminya memasak dengan kuantiti yang agak banyak..
"Umi, harini kita ade tetamu ke? Banyak lauk umi masak"..Kata Fira..
"Allah, umi lupa nak bagitahu..Kejap lagi kawan umi datang..Dia nak masuk merisik kamu..Dia ada juga bagi kamu baju untuk pakai kejap lagi..Ada dekat bilik umi..Pergi ambil..nanti Fira pakai ye"..Kata uminya terus terang..Fira terkejut ..
"Siapa kawan umi?"..
"Adalah ..banyak tanyalah kamu ni..sini tolong umi angkat lauk letak atas meja"..Arah Umi Fareeda ..Fira terus mencebik..Hatinya tertanya-tanya siapakah yang masuk merisik nya..
Hatinya berdegup laju..'Keluarga Fizi ke?'..Dia bingung sendiri sambil bergerak membantu ibunya..
Maaf readers kalau cerita ni agak hambar..huhu
Share this novel