Bab 18: Terpedaya

Short Story Completed 17013

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba..

Fiqah dan keluarganya kini bergerak ke Selangor untuk bermalam di sana kerana keesokan harinya itu merupakan hari graduasi kolej mereka..Mereka akan menginap di salah satu homestay yang telah disewakan oleh Fira.Keluarga Fira ada memintanya untuk menginap di kediaman mereka tapi di tolak mentah-mentah oleh Fiqah..Nasibnya baik.kerana bapanya Pakcik Zainal juga menolak kerana tidak mahu menyusahkan keluarga Fira dan Danial..

"Adik, Jangan mengelamun, Kakak tak tahu jalan ni..Lepas ni kita kena terus ke ade masuk simpang mana-mana?"..Soal Aqila ketika sedang memandu..Dia sempat mengerling ke arah adiknya yang berada di sebelah pemandu..

Fiqah tersentak lalu melihat maps di telefon pintarnya..

"Akak terus je..Nanti dekat simpang tiga tu akak masuk kanan..kita nak dekat dah dengan homestay kita"..Ujar Fiqah..

Kira-kira jam 12 tengahari, mereka sampai di kawasan homestay yang akan mereka menginap..Semua pembayaran rumah sewa di tanggung oleh Fiqah sendiri..Fiqah perasan di hadapan rumah tersebut ada satu kereta menunggu..'Fira ke?'..

Makin dekat kereta yang di pandu oleh kakaknya di terlihat satu susuk tubuh wanita..Kelihatan wanita itu mengangkat muka dan Fiqah terus menjerit kepada kakaknya..

"Kakk, itu Fira..Kawan adikkk..Itulah rumah sewa kita "..Jerit Fiqah teruja dengan jarinya menunding ke arah wanita yang sedang bersandar di kereta..

Berhenti saja kereta di hadapan Fira..Fiqah terus menerpa ke arahnya..Fira yang terkejut dengan tindakan drastik Fiqah yang terus memeluknya terus saja tergelak terbahak-bahak..

"Fiqahhh..Kau buat aku terkejutt lah!"..Marah Fira..

"Sorry weh, aku excited gila nak jumpa kau!"..Jawab Fiqah yang masih memeluk Fira..

"Dah- dah..Kesian family kau tunggu lama dekat luar..Ini kunci rumah sewa kau!"..Kata Fira sambil.menghulur ke arah Fiqah..

"Pakcik Makcik, saya Fira kawan Fiqah..Apa khabar?"..Tegur Fira ramah dengan senyuman..

"Oh Fira ye..Adik Abang Danial ye? cantik orangnya ..Pakcik dengan Makcik Alhamdulillah sihat"..Jawab Pakcik Zainal..

Fira tersengih apabila ada orang memujinya..

"Pakcik makcik masuklah dulu..Panas dekat luar ni..Pakcik makcik rehat dekat dalam ye..Kalau ada apa-apa tak cukup bagitahu saya terus ye"..

"Terima kasih nak..maaf susahkan kamu je..InshaAllah semua cukup.."..Jawan makcik Ina yang baru saja turun dari kereta atas bantuan Aqila..

"Fira, ni kakak aku..Kak Aqila..Kak, ni kawan Fiqah nama dia Fira.."Fiqah memperkenalkan Fira kepada kakaknya..

Fira bersalaman dengan kakak Fiqah manakala Aqila menyambutnya dengan senyuman..Fiqah puas hati atas penerimaan keluarganya terhadap Fira..

"Oh ye..Abang saya kirim salam dekat Pakcik Makcik sebab tak dapat ikut Fira sekali..Dia ada hal kerja ..Dan ini dia ada minta Fira bungkuskan makanan untuk keluarga Pakcik Makcik untuk makan tengahari.. " Sampuk Fira lagi..lalu dia menghulur beg berisi makanan kepada Fiqah..

"Waalaikummussalam..Ya Allah, susah-susah je..Terima kasih ye Fira dan Danial..Maaflah sebab pakcik tak bawa apa-apa untuk keluarga Fira"..Jawab Ayah Fiqah dengan rasa serba salah..Kerana pada mulanya dia tak jadi ikut tetapi di atas desakan Fiqah dan kakaknya..Dia terpaksa juga ikut last minute tanpa bersiap apa yang patut..

"Eh, takpelah pakcik..Saya tak kisah..Asalkan pakcik sekeluarga sampai dengan selamat"..

"Fiqah, kau bawa masuk keluarga kau dalam rumah..Aku tak lama ni sebab ade kerja sikit nak settle..Petang nanti kita jumpa ye..Macam yang kita plan tu okay?!"..Kata Fira lagi..Fiqah mengangguk laju..Tak sabar nak shoot gambar pre-convo dengan Fira sambil memakai jubah konvo mereka.. Jubah konvo Fiqah telah di ambil oleh Fira sebagai wakil..

"Pakcik makcik saya balik dulu..Petang nanti saya datang balik ye"..Ucap Fira sambil bergerak untuk bersalaman dengan mereka..Lalu bergerak masuk ke dalam kereta dan memandu perlahan meninggalkan kawasan rumah itu

Fiqah pula sudah membuka kunci rumah itu..Dia terpana melihat suasana dalam rumah sewa itu..Cukup serba serbi...

******

"Jemputlah minum Fira, Danial..Ini je yang makcik mampu sediakan.." Makcik Ina mempelawa mereka dengan menghidangkan beberapa kuih dan keropok lekor yang sempat mereka beli..Yelah, duduk homestay memang boleh masak..Tapi barang masak tak sempat beli..Jadi, dia meminta tolong anak sulungnya keluar beli makanan..

"Ehh, takpe makcik..Terima kasih..Lagipun, saya datang nak ajak Fiqah keluar.."..Jawab Fira dengan senyuman..

"Oh, yelah..Ada Fiqah bagitahu makcik tadi..Jemput minum..Kejap lagi keluar lah dia"..

"Pakcik mana ? Tak nampak pun makcik.." soal Danial selepas mensisip air kopi yang dihidangkan..

"Oh, pakcik solat asar sekejap..Kejap lagi keluar lah tu"..

"Haa, sampai pun tetamu kita..Apa khabar Danial.?"..Tegur Pakcik Zainal lalu melangkah mendekati sofa dan duduk di sebelah isterinya..Danial pula bangun dan bersalaman dengan ayah Fiqah..

Beberapa minit kemudian, Fiqah keluar lalu dia terus menegur Fira tanpa perasan Danial yang sedang membelakanginya..

"Fira, aku dah siap..Jom!"..Teruja suara Fiqah..Dan ketika itu juga semua mata menoleh ke arahnya..Dapat Fiqah memandang wajah yang telah sekian lama tidak menyapa..Lalu, dia tersenyum dan menunduk sedikit apabila wajahnya menjadi tatapan mata lelaki itu..

"Wahh, cantik kau Fiqah..!"..Puji Fira lalu dia bangkit mendekati Fiqah..
Muka Fiqah sudah memerah..Tunggu masa nak meletup je tu..

"Kalau macam tu, jom kita gerak..Nanti kalau sempat kita boleh singgah mall kejap.."..Jawab Fira..Fiqah mengangguk

"Jom abang kita gerak..Makcik Pakcik, saya pinjam Fiqah sekejap ye..Nanti saya hantar dia balik dengan selamat..Makcik pakcik jangan risau okay"..Ucap Fira sambil bergerak untuk bersalaman dengan kedua-dua orang tua Fiqah..

*****

Setelah membuat 'posing' bersama baju jubah konvo di sekitar taman yang ada tasik..Mereka berehat sebentar di kerusi yang tersedia..Danial sendiri yang menjadi photographer mereka..Mereka tak kisah kerana Danial sendiri pernah ada pengalaman dalam kerja 'partime'nya sebagai photographer untuk majlis perkawinan semasa dia cuti sem..

"Weh, penatnya...dengan panas lagi..Huh! letih"..Rungut Fira ..Fiqah pula ketawa ..

"Sekejap abang pergi beli air dekat cafe depan tu!"..Danial bersuara lalu bergerak..Dia pun sudah kering tekak walaupun suasana ketika itu tak terik tapi bahangnya juga terasa..

"Weh Fira..Kau apa cerita dengan Fizi? Dah berbaik ke belum?"..Bukan dia taktahu yang Fira kerap kali mengadu kepadanya yang Fizi suka mengganggu dan cepat jeles kalau wanita itu dengan lelaki lain..

Dia juga tahu Fira ada kawan lelaki lain yang bernama Faqih..Fira sendiri bercerita bahawa lelaki itu sangat baik dan selalu ajaknya lepak..

"Berbaik apanya..Aku dah bagitahu dia kot yang Faqih tu cuma kawan je ..Tak lebih!..Tapi, dia tak percaya..Dia kata Faqih tu macam ada benda tak baik nak buat dekat aku!"..

"Aku apa lagi..Marah lah dekat dia..Aku cakap Faqih tu baik je..Selama aku berkawan dengan dia..Tak pernah lagi layan aku buruk..Dia je yang salah sangka..Lepas je dengar aku cakap macam tu..terus dia merajuk dan tak contact aku lagi..Aku time tu dah malas dah nak banyak fikir..Terus jelah diam jugak..Apa? dia fikir aku sajalah nak dengar cakap dia?!"..
Luah Fira dengan geram..Fiqah pula tak bersuara bagi Fira melepaskan amarahnya..

"Habistu, kau dengan dia dah berapa lama tak contact?"..

"Entahlah, maybe dekat seminggu jugak rasanya"..jawab Fira dengan malas..Fiqah pula hanya mengelengkan kepalanya..

"Kau ni Fira..Tak baik tau marah dia..Kau pon tahukan dia suka kau.. Mestilah dia jeles kau dengan lelaki lain..Lepastu bila dia cakap and tegur benda macam tu..Mula lah kau nak melenting ..Sebab bagi dia, kau lebih percayakan orang lain daripada dia..Kau lebih percaya lelaki yang kau kenal baru beberapa bulan je tu..Mana dia tak merajuk!..Lagisatu, apa motif kau rapat dengan lelaki itu? Memang saja nak buat dia sakit hati? Atau kau saja nak uji kesetiaan Fizi?..Cukuplah Fira, jangan buat macam tu lagi..Aku perasan tau Fizi banyak buat something untuk tarik minat kau..Dia usaha nak bagi kau rasa kewujudan dia dan perasaan dia..Tapi kau? Macam tu kau balas?.."

"Sorrylah kalau aku berleter dengan kau..Bukan ape..Kalau Fizi rasa dia buat semua usaha nak pikat kau, tapi kau tak bagi respon..Lama-kelamaan, Dia akan mula rasa nak berhenti mengejar...Serious talk! Dia akan pergi terus dari hidup kau..Dan dari situ, kau akan mula rasa menyesal..Kalau ye pun kau belum bersedia nak terima dia, boleh je kau layan dia baik-baik..Jangan buat dia macam tak wujud..Ini tak! , kau boleh pulak pergi berkawan dengan lelaki lain..Haih, aku tak faham lah dengan kau ni!"..Balas Fiqah sambil merenung wajah diam Fira..Dia nampak reaksi muka Fira yang sudah bertukar mendung..

"Aku minta maaf kalau kau terasa hati Fira..Aku tegur supaya bagi kau sedar yang tak semua lelaki sanggup berusaha dan berkorban untuk menghalalkan sesebuah hubungan dengan ego mereka..Kau pun tahu, lelaki dengan ego memang tak dapat dipisahkan..Lagi satu, aku tahu kau pun suka dekat Fizi..Tapi belum bersedia..betul?"

Fira mengangguk dalam diam..Dia masih lagi menunggu Fiqah bersuara..

"Apa kata, kau buat solat istikharah lepastu kau cuba berbaik semula dengan Fizi..Berbincang baik-baik..Lama-lama dia akan faham..Yelah, kalau aku jadi kau pun mesti tak bersedia lagi..Tapi, kalau dah jodoh sampai awal..Nak taknak kita kena belajar terima takdir..InshaAllah, kita sendiri akan bersedia bila dah sampai masanya!"..Terang Fiqah sambil tangannya mengusap bahu rakannya itu..

"Terima kasih Fiqah sebab sudi nasihatkan aku!"..Jawab Fira sambil memeluk Fiqah..

"Sorry lambat, nah ada aiskrim abang beli..Ambillah"..Tegur Danial sambil menghulur aiskrim..Lalu plastik yang berisi air botol di letak berhampiran dua wanita itu..

Danial bergerak duduk di bangku yang lain..tak jauh dari mereka yang hanya beberapa meter sahaja...

"Fiqah, aku pergi toilet jap!"..Kata Fira..

"Nak aku teman tak?"..Soal Fiqah..

"Takpayah..Toilet dekat belakang kita tu je ha..tak jauh mana pun..Kau tunggu kejap lepastu kita gerak pergi Mall okay!"..ucap Fira sambil bangun selepas menghabiskan aiskrimnya..

"Abang , adik pergi toilet kejap..Nanti kita gerak ke Mall terus!"..Jerit Fira ..Danial mengangguk..Matanya menangkap sepasang mata Fiqah yang juga turut memandang ke arahnya..Fiqah terus saja mengalih pandangan.Jantungnya berdegup laju..

Fiqah berlagak tenang apabila mendengar derapan kaki yang mula mendekatinya..Lalu, di labuhkan di bangku yang sama tempat Fira duduk..

"We need to talk! I need an explaination from you Fiqah!"..

Fiqah berpaling lalu memandang wajah lelaki itu..

"Maksud abang?"

"Abang nak tahu, Fiqah kan yang bagi nombor abang dekat isha!"..Soal Danial..

"Ohh, er..hmm betul lah tu..Fiqah yang bagi..Kenapa?"..Soal Fiqah selamba..Dia malas untuk berdalih lagi..Biar lelaki itu tahu..
Danial mengeluh!

"Sebab abang tak suka!"..

"Kenapa pulak?"..Tanya Fiqah lagi dengan muka berkerut..

"Sebab dia, hubungan abang dengan Fiqah renggang !"..Fiqah terkejut.

"Abang Danial, Fiqah sudah tahu siapa akak Isha..Dia juga ada bagitahu Fiqah siapa abang dalam hidupnya..Jadi, Fiqah sendiri buat keputusan untuk jauhkan diri dari abang sebab Fiqah taknak keruhkan hubungan abang Danial dengan akak Isha.." Fiqah bersuara dengan jujur..Tidak ada sebab dia perlu menipu..

Danial merenung dalam wajah itu..' Kenapa Fiqah buat abang macam tu?!..Hatinya menjerit..

"Fiqah minta maaf kalau buat abang Danial sakit hati..Fiqah buat untuk kebaikan Akak isha dan Abang Danial juga!"..

"Fiqah tuhan ke nak tentukan jodoh seseorang? "..Terpegun Fiqah mendengar ayat itu ..Hatinya bagai terhiris..Riak wajahnya bertukar mendung dan menunduk kepala..Tak berani menatap wajah menyinga milik lelaki itu.. Lalu dia mengeleng kepala..

"Bagi Fiqah , memang itu cara yamg terbaik..Tapi, Fiqah hanya dengar dari satu pihak je kan? Dari satu lagi pihak Fiqah diam gitu je?".. Danial bersuara kembali tapi suaranya sudah kendur..

Danial yang melihat Fiqah hanya diam..Terus dia menyambung kembali..

"Abang tak marah Fiqah..Abang tahu Fiqah buat macam tu sebab Fiqah nak jaga hati akak Isha kan? ..Tapi, hati abang Danial siapa nak jaga?"..Soal Danial lagi..

"Abang Danial jagalah sendiri!"..Jawab Fiqah laju..Danial tersengih..

"Masalahnya abang nak Fiqah yang jagakan..Mana adil Fiqah jaga hati Akak isha je..Sakit hati abang tahu tak!..Lepastu, dahlah Fiqah terus diam je..Tak dengar cerita dari Abang pun!"..Hilang terus suasana tegang di antara mereka..Danial mula menjeling tajam ..

Fiqah yang mendengar kata-kata Danial terus saja mendongak melihat wajah masam Danial..

"Eh, nak Fiqah jaga pulak! Abang Danial kan dah besar ! Jagalah sendiri! Atau nak Fiqah suruh Akak isha tolong jagakan?"..Selamba saja Fiqah tanpa rasa serba salah..Danial terus menjengelkan matanya..

"Abang anggap akak isha sebagai kawan je..Tak lebih dari tu sebabnya hati abang dah terisi dengan seseorang"..Danial menjawab dengan perlahan..

Fiqah terus terkedu..'Jadi, selama ni aku salah lah ye sebab bagi nombor telefon Akak Isha dekat dia..Habislah aku!'

"Err, sorrylah abang Danial! Fiqah mana tahu abang dah ada 'someone special'..Kalau tahu, takdelah Fiqah bagi nombor Abang Danial dekat akak Isha..Tapiii, Abang Danial dah bagitahu dia ke yang abang dah ada 'makwe!'?..Soal Fiqah polos..

Danial sudah tertawa mendengar jawapan Fiqah..Dia melihat wanita itu berkerut melihatnya ketawa..

"Kenapa Abang Danial ketawa? Apa yang Fiqah salah cakap?"..Fiqah bersuara ..

"Takdelah..Fiqah 'comel' sangat dengan muka 'blur' tu..Terhibur abang!"..Jawab Danial dengan sisa ketawanya..

Fiqah tergamam sekejap..Sudah lama dia tidak melihat wajah lelaki itu ketawa ceria..Pertemuan terakhir hanyalah muka beku yang tiada perasaan..

"Kenapa tenung abang lama? Rindu abanglah tu kan?"..

"Ehh, perasan lebih!"..Jawab Fiqah dengan menjeling..

"Hmm, abang dah bagitahu dekat Isha pasal buah hati abang..Dia just tak percaya selagi abang tak berkahwin..Dia cuma kurang contact abang je..Tapi, Isha tahu siapa buah hati abang"..

Fiqah hanya diam dan mengangguk..

"Fiqah taknak tahu ke siapa buah hati abang?"..

Fiqah masih lagi mendiamkan diri..'Manalah Fira ni..Lama betul! Buat toilet ke apa!' .omelnya dalam hati kerana dia tidak selesa berlama dengan lelaki itu..

"Ehem, borak apa tuu?..Sorry lambat..Ramai orang pulak lepastu kena beratur panjang..Haih!"..Tegur Fira..Mereka menoleh ke belakang..Fiqah sudah senang hati..

"Ha, takpe.."..Jawab Fiqah ..Danial pula mencuka kerana adiknya mengganggu mereka..

"Dah jom gerak abang! Nanti kesian Fiqah balik lambat..Fiqah ada bagitahu yang dia nak cari baju untuk pakai konvo esok!"..Kata Fira sambil mengutip plastik aiskrim..

Fiqah pula dah melopong! Kantoi !..Danial pula melihat wajah Fiqah lama..'Bukan nak bagitahu awal-awal budak ni!'..Omelnya..

******

"Weyh kau try ni..Confirm cantik weyh!"..Ujar Fira teruja..Ketika itu mereka di butik pakaian..

Fiqah ketika itu terbeliak matanya melihat harga baju itu..'Nasib kaulah dapat kawan High taste ..Hangus duit aku..huhu'..Omelnya

"Cantik sangat tu weh..tapi baju tu tak nampak melampau ke weh? Macam nak jadi pengapit je ..hehe"..Jawab Fiqah sambil tersengih..Danial pula hanya memerhati saja..

"Alaa, kau try lah..Serius cantik..Colour sama dengan baju aku..Boleh geng!"..Paksa Fira sambil menghulur baju dress itu..

"Yelah-yelah!..Kejap aku try!"..Fiqah mengalah lalu bergerak ke fitting room..
Beberapa minit kemudian, Fiqah keluar dari bilik persalinan..

"Wahh, cantiknya kauu!"..Fira bersorak sambil bertepuk tangan..First time dia melihat Fiqah pakai baju seperti itu..Kalau tak asyik seluar dengan baju muslimah je..paling-paling pon baju kurung..Itu pun masa belajar dia sendiri boleh kira Fiqah pakai baju kurung..

"Weh, diam sikit lah..Kau ni orang lain semua tengok..Segan aku!"..Tegur Fira dengan muka merah..Danial pula masih lagi menatap susuk tubuh Fiqah yang masih memakai baju dress itu..Dia terpana!

Fiqah yang masih tak selesa dengan pandangan orang di sekeliling itu terus saja berlari masuk ke dalam fitting room..'kau gila Fira! Boleh pulak kau jeritt..Huarghh malunyaa!'..Teriaknya dalam hati..Dengan pantas, terus saja Fiqah salin bajunya lalu dia keluar dari situ..

Keluar saja di situ, dia terus ke kaunter..

"Berapa total semua?"..Soal Fiqah..

"Takpe cik, dah ada orang bayar..Ini baju cik"..Jawab wanita di kaunter dengan menghulur beg kertas yang berisi baju..

"Boleh saya tahu siapa yang bayarkan baju saya ni?"..Soal Fiqah

"Teman lelaki cik.."..

"Teman lelaki saya?"..Fiqah puas perah otaknya..'Sejak bila aku ade teman lelaki? Siapa dia?'..

"Lelaki yang duduk di sofa tu..Berbaju hitam yang sedang main telefon"..Jawab pelayan itu lagi sambil memandang ke arah seseorang yang berada di belakang..

Fiqah menoleh dan dia terkejut..'Aih, dia lagi yang bayar kan! Arrghh,.suka buat aku rasa terhutang budi tau tak!. Aduh macam mana ni!!'..Jeritnya dalam hati..

"Oh, okay takpe..Terima kasih ye!."..Jawab Fiqah lalu mendekati dua susuk tubuh yang berada di sofa..

"Serius weh, cantik kau..Tak sabar nak tangkap gambar dengan kau!"..Fira teruja memang tak boleh kawal..Danial sudah menoleh ke arah Fiqah..Dia lihat wajah Fiqah tajam memandangnya..Danial buat 'dunno' je lalu berdiri..Bukan dia tak tahu perasaan Fiqah ketika itu..Tunggu masa sikit, habis dia kena baham! hehe..

"Jom kita dinner dulu sebelum balik"..Ajak Danial lalu melangkah keluar..

Selesai membuat pesanan, Fira meminta diri untuk ke tandas..Tinggal Fiqah bersama Danial lagi..

"Abang Danial bagi no. akaun dekat Fiqah..Fiqah nak 'transfer' duit baju tu''..Fiqah bersuara apabila melihat lelaki itu leka dengan telefonnya.

"Tak payah"..Jawab Danial sambil mendongak sekejap lalu kembali menatap telefon..PAnya menghantar report selama dia bercuti..

Fiqah mencebik geram..Hatinya galau sebab banyak kali lelaki itu keluar duit untuk pembeliannya..

"Baik abang Danial bagi sebelum Fiqah 'report' dekat akak Isha yang abang Danial selama ni tipu dia"..Ugut Fiqah dengan berani..

"Abang tipu apa?"..Soal Danial lalu telefonnya di simpan ke dalam kocek seluar..

Fiqah tersengih.."Abang Danial tipu dia kan yang abang Danial kata ade makwe..Itu semua alasan abang sebab nak mengelak kan?"..Mata Fiqah merenung tajam wajah lelaki itu..

"Eh, betullah..Abang tipu apa? Nak bukti ke?"..Danial.ketika itu jawab geram lalu menatap sepasang mata itu..Lama mata mereka bertaut dan yang mengalah sudah semestinya Fiqah..

"Eleh, akak Isha bagitahu Fiqah yang abang takde tunjuk pun muka 'makwe' Abang tu..Itu sebab dia berusaha lagi nak dekat abang!"..Laju Fiqah jawab..

"Dia tak perlu tahu siapa buah hati abang! Sebab dia bukan orang penting dalam hidup abang! Dan untuk bukti muka tu, abang akan bagi gambar muka buah hati abang tapi bila tiba masanya"..Danial menyandar badan di kerusi..

Fiqah mengeluh..Nampaknya ugutan itu tak menjadi..Jadi, dia terpaksa juga bercakap benar ..

"Tak kisah lah buah hati abang Danial tu..Jantung ke Limpa ke!..Yang penting Fiqah nak Abang Danial bagi nombor akaun bank sekarang..Fiqah taknak terhutang budi dengan abang..Dah banyak abang Danial belanja Fiqah tahu tak!"..Rungut Fiqah dengan muka tak puas hatinya..

Danial hanya merenung Fiqah yang masih lagi tak puas hati dengannya..Dia hanya ketawa dalam hati..Saja wajahnya dibekukan tanda dia tak terima alasan Fiqah..

"Kenapa nak rasa macam tu pula? Abang belanja ikhlas, takde mintak Fiqah balas budi pun!"..Masih lagi dengan gaya bekunya ..

"Dah la..malas layan Abang Danial kalau macam ni!.." Keluh Fiqah..
Tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi..Tertera nama ibunya..

"Hello ibu..Waalaikummussalam..Haa, ye sekejap lagi Fiqah balik..Tengah makan ni..Ibu ada nak makan apa-apa tak?..Oh, kakak beli makan eh? okay ibu..Kejap lagi Fiqah sampai ..Okay baik ibu"..Selesai saja salam dijawab..Fiqah melihat jam tangannya..'Pukul 9?..What! Cepatnya masa berjalan!'..

"Kenapa ibu call?"..Soal Danial..Dia juga dengar apa yang dibualkan oleh Fiqah dengan Ibu..

"Ibu tanya dekat mana..Lepastu pukul berapa nak balik..Esok kena bangun awal nak gerak ke kolej..Dann, ibu kata 'hati-hati drive balik kejap lagi' dekat Abang Danial'..

"Oh, macam tu..Takpe, lepas makan kita balik!"..Fiqah mengangguk..'Mana pergi pula si Fira ni'..

Ketika matanya meliar melihat kawasan sekitar..Dia seakan ternampak satu susuk tubuh yang di kenali bersama seorang wanita seksi..

"Faqih?"..Terluah nama itu dari bibir Fiqah..Fiqah sudah berfikir bukan-bukan..

"Siapa Faqih?"..Soal Danial..Dia juga turut melihat ke arah yang di renung oleh Fiqah..

Fiqah terdiam..Nak cakap apa ni?

"Err,.."..

"Tak makan lagi ke?"..Tegur Fira..Fiqah mengeluh..'Fuh, selamat!'..
Fira jadi penyelamat keadaan untuk kesekian kalinya.Namun, dia tak perasan renungan tajam dari lelaki yang duduk dihadapannya itu..

Fiqah terus saja membisik di telinga Fira..Terbeliak matanya mendengar kata-kata Fiqah..

"Mana dia?"..Soal Fira..Dia terlupa bahawa abangnya ada di situ..

"Siapa Faqih?"..Soal Danial lagi..Fiqah terdiam..Fira sudah melopong..

"Kawan kolej kitaorang"..Jawapan selamat Fira bagi..Fira juga turut berasa takut kerana dia tidak pernah memberitahu mengenai kawan lelaki barunya itu..

"Dah makan! lepas ni, kita balik..Dah lewat!"..Danial memberi arahan.Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan dari mulut dua sahabat itu..

******

Kawasan kolej sangat sesak dengan ramai tetamu dan keluarga yang datang untuk menyambut hari konvokesyen anak dan kenalan masing-masing..

"Tahniah Fira! Yeahh, kita dah habis belajar!"..Fiqah bersorak gembira..Di tangannya penuh dengan jambangan bunga dan segulung sijil..

"Tahniah juga Fiqah! "..Fira menjawab lalu memeluk rakannya..

Kelihatan keluarga Fira beramah mesra dan berbual dengan keluarga Fiqah..Mereka langsung tidak menghiraukan dua sahabat itu..Fira juga ada menempah photographer yang handal..

Mereka berdua membuat pelbagai posing dengan sijil mereka..Danial hanya mengeleng..Fiqah kelihatan sangat cantik dengan baju yang di beli semalam bersama make up nipis..Dia tahu pasti kakaknya yang touch up muka Fiqah kerana selama mereka berjumpa Fiqah tak pernah memakai makeup..

"Nah, bunga untuk Fira dan Fiqah dari abang..Congrats, semoga berjaya di masa hadapan!"..Katanya..

"Terima kasihh abang"

"Terima kasih Abang Danial!"..Jawab dua sahabat itu serentak..Mereka ketawa bersama apabila mendengarnya..

"Hye! Sorry lambat! Ini hadiah dari saya untuk awak berdua!"..Tegur satu suara..Mereka menoleh ke sisi..Lalu, ternampak wajah Fizi yang tersenyum..Fira sudah tak senang hati..Walaupun hatinya merajuk tapi perasaan tak pernah tipu..Dia rindu dengan raut wajah itu..

"Terima kasih awak." Kata Fira dengan senyuman..

"Terima kasih ye Fizi..Lama tak jumpa..segak awak harini!"..Sapa Fiqah..Danial terus menoleh ke arah Fiqah..Fiqah yang perasan lelaki itu memandangnya terus saja menjeling..

"Hai Fiqah..Lama juga tak berjumpa..Awak pun nampak lain harini..Cantik! "..Puji Fizi balik..Fira pula hanya diam..Fiqah sudah tersengih..

"Jom kita bergambar sekali!"..Potong Danial..Dia tak suka dengan keadaan sekarang..

Fizi bergerak ke kanan Fira dan Danial pula bergerak ke kiri ..Jadi, Fira dan Fiqah berada di bahagian tengah..Setelah beberapa shoot mereka bergerak mendekati keluarga mereka yang berada di cafeteria..

Sebelum sampai, Danial bersuara..

"Fiqah ikut abang sekejap?"..

Fiqah memandang pelik..Nak taknak dia terpaksa juga ikut lelaki itu....

Kini tinggal Fira berdua-duaan dengan Fizi..Ketika itu keadaan sunyi..Mereka berjalan berdampingan tetapi masing-masing diam membisu..Fira terus terfikir nasihat Fiqah..'Macam mana kalau dia dah tawar hati dengan kau Fira? Mesti kau akan menyesal !'..Bisik satu suara di dalam hati..

"Hmm, awak..Saya minta maaf kalau awak terasa hati dengan saya!"..Fira memberanikan diri untuk bersuara..

"Takpe, saya faham..Saya sedar siapa saya nak halang awak untuk berkawan kan? Saya cuma orang luar bagi awak!"..Jawab Fizi seakan berjauh hati..

Fira yang mendengar terus terdiam..'Ha sudah! Apa aku nak buat ni..Dia dah tawar hati ke? Oh no! Fiqah help mee!'..Jeritnya dalam hati..

Dari kejauhan ada dua pasang mata melihat dua susuk tubuh itu berjalan berdampingan..'Sikit masa lagi kau akan jadi milik aku!'..

Maaf lambat update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience