Bab 6: Pandangan

Short Story Completed 17013

Bab 6: Pandangan

Waktu yang ditunggu-tunggukan akhirnya tiba..

"Akhirnya, kesemua peserta telah membuat persembahan mereka dengan sangat hebat..Jadi, keputusan semua juri telah berada di tangan saya!..Huishh berdebar saya jadinya..Berdebar -debar Jantung ku melihat wajahmu..Ewahh !.." Suara Nyanyian dari pengacara majlis..Para penonton tergelak kerana terhibur mendengar celoteh pengacara..

"Okay-okay, maafkan saya!..Saya saja ingin hiburkan awak semua dan tenangkan hati saya..Okay, tanpa membuang masa lagi..Mari kita panggil kesemua peserta kita naik ke atas pentas!"..Pengacara mempersilakan semua peserta naik ke atas pentas..

"Jadi, mari kita teruskan kepada slot kita yang terakhir iaitu slot penyampaian hadiah kepada peserta..Tempat saguhati jatuh kepadaa....'My little Brother!'..Tahniah!!!..Umum pengacara dengan tepukan gemuruh dari semua penonton..

Fira dan Fiqah telah memandang satu sama lain..Masing-masing berdebar menanti pengumuman..Fiqah mengenggam jari jemari Fira untuk menghilangkan rasa debarnya .Fira hanya tersenyum lalu menepuk lembut belakang tapak tangan Fiqah untuk memberi semangat..

"Tahniah saya ucapkan..Seterusnya kita pergi ke tempat 4 ..yang juga akan membawa pulang hadiah saguhati..Wah! peserta duet kita ye..eeheemm..Tempat ke- empat jatuh kepada ." Sunny girls!"..Tahniahh!..

kelihatan dua gadis juga sahabat baik berjalan ke tengah pentas untuk mengambil hadiah mereka..Masing-masing menunduk hormat sambil senyum ceria..Fira dan Fiqah sudah mengelabah kerana fikirkan mereka yang akan mendapat tempat ke-empat tadi..

"Tempat ke tiga akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak rm200 beserta 'trofi' penyertaan..Mari kita lihat siapa yang kena!"..pengacara membuat lawak sambil mengoyak satu kertas.

"Wahh..markah yang diperolehi ialah 89 peratus markah dari juri dan panel jemputan kita..Jadi, tempat ketiga jatuh kepada "Starlight High"..Bergema suara pengacara dan sorakan dari penonton..

Kelihatan seorang peserta lelaki dengan baju rocknya dan topi hitam berkilat bergerak ke tengah pentas untuk mengambil Cek wang tunai..

"Okay! so, kita nak umumkan tempat pertama atau kedua dahulu?"..

"Pertamaa! " ..Laung penonton dengan sorakan yang kuat..

Fira dan Fiqah pula hanya mampu diam sambil melirik ke arah penonton..Mata Fira terpandang mata lelaki yang berada tidak jauh darinya..Kelihatan lelaki tersebut 'mengenyit'kan matanya sambil menunjukkan 'thumbs up' kepadanya..Fira yang terkejut dengan tindakan lelaki itu terus saja mengalihkan pandangan ke wajah Fiqah..Kelihatan Fiqah menunduk saja..'Haishh! gile ke apa mamat ni?'..Gumamnya dalam hati..

"okay-okay..Diminta semua bertenang..Saya akan umumkan tempat pertama ..Sayaa tahu semua mesti tak sabar kan..Okay tanpa melengahkan masa..Saya akan bagi hint pertama..Lagu yang mereka nyanyikan itu lagu 'viral'.."Kedengaran dengusan dari para penonton kerana kebanyakan peserta menyanyikan lagu yang sedang viral dan 'trending'...

"Okay-okay, janganlah marah..hehe..Okay..kita teruskan ..jeng jeng jeng..Tempat pertama telah di memenangi olehhhhhh ..'Girlss Sweetie!!..Tahniahh girls! Mereka mendapat undian sebanyak 95 peratus dari juri serta panel jemputan kita..Tahniah sekali lagi!"... umum pengacara..Gamat seluruh dewan dengan sorakan dan siulan dari para penonton..

Ketika itu wajah Fira dan Fiqah sudah terlopong..Riak muka Fiqah sudah pucat seakan tidak percaya ..Fira hanya menggoyangkan tangan Fiqah dan menarik rakannya ke tengah pentas untuk mengambil cek .. Fiqah masih lagi kelihatan seperti patung..Fira hanya menyambut dan menundukkan sedikit kepalanya ..

"Maka, peserta tempat kedua ialah 'farewell'..Tahniaahh diucapkan..Okay..saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang..Yang tidak berjaya, tidak mengapa inilah adat pertandingan..Harap boleh terima dengan hati terbuka..Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada juri dan panel jemputan kita..Berikan tepukan!...Dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada sponsor kita dan para penonton semua..Anda semua memang terbaikk!!..itu sahaja dari saya, sebelum saya mengundurkan diri..saya ingin mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan harap anda semua happy dengan majlis ini yang dikendalikan oleh saya..Jadi, saya akan tinggalkan anda semua dengan persembahan nyanyian daripada artis jemputan kita iaitu Haaafiz!"...Umum pengacara sambil mengundurkan diri ke belakang.

*******

"Tahniah awak berdua!"..Pelbagai ucapan diterima ketika semua peserta telah berada di belakang dewan..Masing-masing berasa lega ..Fiqah terus saja memeluk Fira kuat kerana 'excited' kerana dapat memenangi pertandingan tersebut..

"Weyhh!! Tak sangka!..Alhamdulillah..Aku 'excited' giler weyh..Akhirnya kita dapat nombor 1 weyh.."..Kata Fiqah dengan melompat terkinja-kinja di dalam pelukan mereka. Fira hanya membalas pelukan dengan senyum manisnya..Menunjukkan hatinya sedang berbunga..

"Alhamdulillah..berkat doa dan usaha kita okay!..Dah jom kita balik!..Letih kan? ..Nanti duit kita pergi 'claim' dekat office okay!..Sekarang kita boleh rehat sepuas-puasnya..yeahh!"..Sorak Fira..
Fiqah turut bersorak dan mengangguk..

Selepas mereka berlalu, Fira dan fiqah telah terima makan malam dan air mineral yang diberikan oleh AJK majlis..Semua peserta juga turut terima..Tidak dilupakan juga..Fiqah telah meminta AjK majlis untuk mengambil gambar mereka menggunaka telefon bimbit Fira sebelum beredar keluar untuk pulang ke hostel..

Ketika mereka sudah melangkah keluar..kedengaran satu suara memanggil mereka..Lalu mereka menoleh ke belakang..Dalam kesamaran lampu jalan, mereka berhenti dan menunggu gerangan yang memanggil itu datang mendekat..

"ouhh, Fizi! Tak balik lagi?Awak join program kami kan?"..Tanya Fiqah laju..

Fizi sudah tersenyum manis dan mengangguk bagi menjawab soalan dari Fiqah..Matanya beralih menatap mata cantik milik Fira yang sedang terkelip memandangnya..

"Yee, betul saya di jemput jadi ahli panel jemputan mereka..Tahniah! awak berdua..Memang patut awak berdua menang malam ini..Suara awak berdua memang best sangat sampai penonton pun bernyanyi sekali "..ujar fizi dengan tersenyum

"Ouhh yeke ? awak panel jemputan? hebat-hebat"..Kata Fiqah lagi..Fira hanya senyum nipis..

"Err, takde apa yang hebat pun..biasa je!..Btw, awak berdua nak balik dah ke?..Saya ada hadiah sikit nak bagi dekat awak berdua .Nah!"..Fizi menghulur kedua-dua beg kertas berisi hadiah..

Fira teragak-agak mahu menyambut hadiah tersebut..Disebabkan segan kerana lelaki itu suka memberinya sesuatu yang boleh membuatkannya terasa 'ingin membalas budi'..Fira seorang yang kurang meminta kerana tak mahu rasa serba salah jika tidak membalas budi baik orang..

Fizi yang memahami situasi Fira terus saja bersuara.."Ambillah Fira, saya bagi hadiah sebagai tanda kemenangan atas persembahan awak tadi..Jangan rasa rendah diri sebab saya memang nak bagi walaupun awak tak mintak..Terimalah!"..Pujuk Fizi sambil memandang Fira..

Fiqah sudah mengambil hadiahnya tadi dan memandang ke arah Fira yang ragu-ragu..Fiqah memberi isyarat supaya Fira mengambil hadiah dari Fizi..

"Err, terima kasih awak untuk hadiah ni.."..Balas Fira apabila hadiah sudah berada di tangannya..

"Terima kasih banyak-banyak Fizi! Awak banyak belanja kami! InshaAllah ade rezeki lebih kami belanja fizi balik okay?"..Laju Fiqah menjawab..

"Ehh, takperlu, saya tak minta balasan pun..Hati ikhlas nak bagi.."..Fizi laju untuk bersuara supaya mereka tidak rasa serba salah

"Kami balik dulu ye..terima kasih sekali lagi untuk hadiah kami.."Fira bersuara lantas menatap wajah cerah yang tanpa cela milik Fizi..

'Pandai dia ni jaga kulit..Kalah perempuan..Fuh tercabar!'..Bisik hati Fira..

"okay-okay..sama-sama!..Hati-hati balik ni..dan rest terus okay!"..Kata fizi dengan suara ceria..

Mereka mula bergerak untuk pulang ke hostel..Sempat lagi Fiqah melambai ke arah Fizi dan lambaian turut dibalas dengan senyuman..

Setiba mereka di hostel, Fira terus sahaja meletakkan gitarnya di tepi sudut katil lalu mencapai tuala apabila tudungnya telah di cabut..Hadiah pemberian Fizi telah diletakkan di atas meja belajar..

"Fiqah, aku mandi dulu tau"..Fira memberitahu rakannya yang sedang membelek hadiah..

"okay! aku nak bukak hadiah jap!"..Jawabnya dengan teruja

setelah beberapa minit , Fira telah selesai mandi dan solat isyak..Dia terus melabuhkan punggungnya dia birai katil..Matanya tertacap pada hadiah pemberian Fizi..Terus dia bangun dan membuka hadiah tersebut.

Fiqah ketika itu sedang berada di bilik mandi..Lantas, laju saja tangannya menarik keluar sebuah kotak dan jarinya menarik reben yang terikat pada kotak..

Matanya terus dihidang dengan sebuah 'teddy bear' kecil serta seutas jam tangan wanita..Sangat cantik..Ketika dia menarik keluar jam tangan itu..Terdapat satu kad tertulis 'just for you'..

Kad tersebut di baca..Lalu, tulisan pada bahagian dalamnya di baca di dalam hati..

"You're my sunshine!"...From..H.A..To: Fira

Riak muka mula berkerut..'Giler ke apa? Atau dia salah bagi? Nak bagi dekat Fiqah tapi salah tulis?'..soalnya di dalam hati..Hatinya mula tidak senang..Terus saja jam tangan , teddy bear dan kad di simpan semula..

'Tunggu fiqah lah!'..Gumamnya sambil membaringkan tubuhnya di katil..Jam dinding bilik dikerling '11.00 malam'..'Hmm, lambatnya minah ni mandi!'..Omelnya lagi..Lama-kelamaan, Fira terlelap dengan sendirinya..Malam itu berlalu begitu saja..

******

Seminggu berlalu,

Semasa mereka berdua ingin pergi dan pulang dari kelas..Ramai saja pelajar menegur mereka..Mungkin mereka sudah 'terkenal' selepas saja pertandingan nyanyian anjuran kelab kebudayaan.. Fira hanya mampu mengangguk dengan riak wajah mendatar manakala Fiqah kelihatan seperi kanak-kanak riang apabila ditegur oleh pelajar lain.

Mereka juga dapat jemputan untuk program kelab seterusnya sebagai persembahan penutup di akhir program..Fira dan Fiqah menerimanya dengan hati terbuka..

"Fira, ketua MPP nak jumpa kita lepas kelas ni dekat bilik MPP"..Fiqah berbisik di telinga Fira ketika pensyarah mereka sedang mengajar..

"Kenapa nak jumpa kita?"..Soal Fira dengan berbisik..

"Tak tahu lah! Tadi, ada abang senior MPP datang jumpa aku..Dia kata nak jumpa kita dekat bilik MPP..Taktahu sebab apa"..Jawab Fiqah lagi..

Firs hanya mengangguk faham..

Selepas sahaja kelas selama 2 jam itu, mereka bergegas ke bilik MPP sebentar dan ke surau sebelum pulang ke hostel..Kelas petang 'cancel' dan pelajar di minta buat tugasan individu..

TUK TUK TUK!

Fiqah mengetuk pintu bilik MPP..Kedengaran ada satu suara meminta mereka masuk..

"Assalamualaikum"..Fira dan Fiqah memberi salam serentak apabila melangkah masuk ke dalam bilik itu..Terlihat seorang lelaki berkaca mata memandang mereka dan menjemput mereka untuk duduk di kerusi berhadapannya..

Mereka kenal ketua MPP iaitu senior Faiz..Rata-rata pelajar di sini memuji ketampanannya dan sikapnya yang berwibawa ketika bercakap sangat menarik minat pelajar perempuan disini.Senyumannya juga sangat murah dan tidak pernah lekang di bibir apabila berjumpa atau terserempak dengan pelajar lain di luar. Sentiasa amanah dan komited dalam menjalankan tugas sebagai seorang ketua! ..Segala ciri kepimpinan boleh di lihat pada senior Faiz.

"Waalaikummussalam, Maaf andai saya mengganggu masa awak berdua.."ujarnya sambil tersenyum ramah.

"Eh, takdelah apa lah senior..Ada apa ye senior panggil kami berdua?"..Tanya Fiqah..Fira hanya membisu..Itulah sikapnya jika berhadapan dengan seseorang yang dia tidak kenali..Senyum tipis saja mampu di berikan kepada senior Faiz.

"Begini, saya dengar awak berdua telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan nyanyian ketika program kelab kebudayaan..Betul?"..Kata senior Faiz..

Fira dan Fiqah hanya mengangguk dan diam kerana menunggu bicara senior Faiz lagi..

"Disebabkan itu, kami ingin mengajak awak berdua sebagai penyanyi undangan pada program kami nanti..boleh?" ..Tanya Senior Faiz sambil merenung wajah Fira..

Fira mengangkat wajahnya sambil menatap mata milik seniornya sebelum bertanya..

"Boleh kami tahu, program apa?"..Tanya Fira

"Program kami adalah satu program anjuran kelab MPP sendiri dimana program tersebut diberi nama " Memahami hakikat kasih sayang" ..Dan program tersebut akan dijalankan di rumah Kenanga 'Orang-Orang Tua' ..Kami mencadang untuk menjemput awak berdua untuk bernyanyi disana bagi menghiburkan mereka..Jadi, saya ingin bertanya kepada awak berdua, adakah awak berdua sudi menerima tawaran jemputan kami?..ujar senior faiz..

"Tarikh programnya bile ye senior?"..Tanya fiqah pula

"Ouh, tarikhnya belum ditetapkan lagi tapi yang pasti dalam masa tiga minggu lagi..Saya berjumpa dengan awak berdua awal sebab ingin berbincang ..jika awak berdua ada hal..Kami boleh 'rearrange' balik tentatif program dengan aktiviti lain.." Jawabnya lagi sambil memandang ke arah Fira lama..

Fira yang perasan dengan pandangan itu terus saja mengalih pandangan ke arah Fiqah..Kelihatan Fiqah memandangnya dengan mengangkat kening sebelah seakan bertanya pendapat..Sunyi seketika bilik itu..

Di dalam beberapa minit, Fira bersuara..

"Boleh tak senior bagi kami masa..sebabnya kami ingin meminta kebenaran ibu bapa kami terlebih dahulu dan periksa jadual waktu kami..Jika kami sudah buat keputusan kami akan segera maklumkan kepada senior" ..Pinta Fira

Fiqah mengangguk laju apabila mendengar pendapat Fira..

"Ouh ye bolehh..Saya bagi awak masa dalam minggu ini boleh?..Apa saja keputusan awak berdua saya terima..Nanti jikalau ingin berjumpa saya..boleh saja terus datang ke bilik ni..selepas zohor atau selepas asar..Saya tak kemana"..Jawab senior Faiz dengan senyum..

"Baiklah kalau macam, inshaAllah nanti kami maklumkan..Kalau itu saja..Boleh kami beredar?"..Tanya Fira lagi..Dia berasa tidak selesa dengan pandangan dari seniornya itu..

"Haa ye boleh-boleh..Terima kasih sebab datang jumpa saya"..Ujarnya senior sambik mengangguk..

Fira dan Fiqah segera bangun dari duduknya..Lalu memberi salam sebelum melangkah keluar..Terus saja mereka memakai kasut dan bergerak pulang..

Ketika ingin pulang ke hostel..Sempat mereka singgah solat zohor dan membeli makanan di kafeteria yang berdekatan dengan hostel..Mereka berjalan sambil bersembang..

"weyh, aku rasakan yang senior Faiz tu asyik pandang kau je waktu bercakap..Kau perasan tak?"..Tanya Fiqah..

"Ye, aku perasan..sebab tu aku jawab cepat-cepat tadi..Tak selesa aku dengan dia!"..Jawab Fira

Ketika itu mereka sudah sampai ke bilik, kaki melangkah ke katil dan melabuhkan punggung seketika untuk melepaskan lelah..

"Maybe senior faiz suka kau kot! hahaha"..Fiqah mula serkap jarang..

"Kau jangan nak merepek eh..ade yang kena makan 'stoking' aku nanti!"..Tempelak Fira..

"Ehh, kau ni. Aku teka je..Sebab dia pandang kau lama tau..Sebab tu aku ade toleh tengok kau..Tapi kau pandang tempat lain..Aku mula lah rasa yang senior tu minat kau..Yelah, muka kau walaupun susah nak senyum tapi cantik tau!"..Ujar fiqah lagi..

"Ahh, jangan mengada-ngada..Kalau dia suka aku pun..Pi lantak sama dia! Aku malas nak layan! Kalau kau nak..amiklah!"..Jawab Fira dengan malas..

"Cehh, untunglah boleh tolak macam tu je..Aku ni hapak pun tarak ! Nak ada orang minat? Jauh sekali..Kot -kot lambat kawin aku ni!"..Fiqah bersuara lirih

"Elehh, dia pun cantik jugak..bukan orang tak nak dekat kau..Kau sama macam aku asyik tolak jee lepastu cakap takde orang mau..Pigidahh!
..Fira memangkah laju ucapan Fiqah dengan muka menyampahnya..

Fiqah sudah tergelak melihat wajah rakannya yang mula menyampah..'Susah betul ye nak lunturkan ego kau Fira!'..Gumam fiqah dalam hati..Terus saja mereka bergerak ke dapur untuk membasuh tangan dan bersedia untuk makan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA GUYS!.. #STAY SAFE OKAY..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience