Bab 28: Teruskan

Short Story Completed 17013

Khabar angin mengenai masalah yang berlaku di antara Fizi dan Fira sudah sampai di telinga kedua-dua belah keluarga..Teruk Fizi di marahi oleh mummynya di atas kesilapan dan salah faham yang ditimbulkan oleh anak lelakinya itu..

"Mummy, tak kira..Walau macam mana sekalipun..Majlis tetap perlu di langsungkan..Kad jemputan sudah diedarkan..Mummy taknak dengar bantahan dari Fizi!"..Arahan diberikan kepada anaknya..

Fizi sudah menunduk sambil memegang kepalanya..Serabut!..Dia memang nak teruskan majlis..Tapi, Fira tetap dengan keputusannya ..Itu yang membuatkan dirinya kebingungan..

"Masalah yang Fizi bangkitkan, Fizi sendiri kena selesaikan..Mummy taknak majlis ditangguhkan!"..Kedengaran lagi suara itu membebel..

Fizi hanya mengangguk kepala ..Lalu, dia bergerak ke bilik tidurnya untuk berehat..Sejak dari kejadian malam itu, Fira telah mem'block' nombornya..Dia berfikir untuk meminta bantuan dari rakan baik tunangnya..Fiqah, Tapi perlu minta izin dengan kawan baiknya juga si Danial..Dia mengeluh..Jujur, segala rasa bercampur baur..Tetapi, rasa rindu dan ingin memiliki wanita kesayangannya itu kuat membuatkan dia harus memikir cara bagi menyelesaikan masalah ini..

Lantas tangannya mencapai telefon pintar..Niatnya ingin meminta kebenaran pada rakannya, Danial untuk berhubung dengan Fiqah..Dia pasti segala rasa dan luahan tunangnya akan dikongsikan kepada Fiqah..

Manakala di rumah keluarga Danial..Suasana sangat sunyi kerana masing-masing yang berkumpul mendiamkan diri menunggu Fira bersuara..Danial dan Fiqah juga pulang ke sana untuk bermalam pada setiap hujung minggu..

"Fira, cuba bagitahu umi..Kenapa sampai nak tangguhkan majlis sayang?"..Lembut saja suara uminya bertanya..Mereka ketika itu berada di ruang tamu untuk berbincang..

Fira masih mendiamkan diri..Wajahnya seperti orang tiada perasaan..Dan itu yang membuatkan Fiqah tak senang duduk..Keadaan kembali sunyi..Soalan dari uminya diendahkan..

Tit tit tit..

Kedengaran bunyi telefon pintar Danial berbunyi..Lalu, dia bingkas bangun dan berlalu jauh dari situ..Beberapa minit kemudian, Danial berbisik sesuatu dengan isterinya dan isterinya mengangguk kepala tanda faham apa yang disampaikan oleh suaminya itu..

"Takpelah kalau Fira tak mahu berkongsi masalah dengan kami..Umi rasa Fira berehat dulu..Nanti kalau ada apa-apa, Fira share dengan umi ye"..Uminya tidak mahu memaksa kerana dia faham gelojak hati anaknya itu..

Fira hanya mengangguk lalu bergerak naik ke atas..Dan yang lain sudah bersurai..Danial terus menarik isterinya masuk ke dalam bilik untuk berbincang sesuatu..

"Abang, apa kita nak buat ni! ..Fiqah risau lah"..Fiqah bersuara sesudah duduk di birai katil .Danial melangkah mendekati Fiqah lalu memeluk erat tubuh isterinya..

Fiqah yang masih resah hati berasa rimas dengan perlakuan suaminya itu..Mulut Danial sudah mencium sekitar leher isterinya..

Pap!

"Abang apa nii..Geli lahh..Orang tengah risau boleh pulak dia nak bermanja!"..Tegur Fiqah sambil tangannya sudah mendarat di paha suaminya itu..

Danial sudah tersengih lalu melonggarkan pelukan itu..

"Apa yang sayang risaukan..InshaAllah semua akan okay! Tadi, Fizi ada call abang..Dia minta tolong Fiqah bantu dia pujuk hati adik abang tu"..

"Oh, yang call tadi tu Fizi lah? Dah buat orang sakit hati! Lepastu, boleh minta tolong orang pula..Apalah!"..Marah Fiqah..Danial pula mengeleng kepala melihat isterinya yang masih dalam emosi..

"Tak baik tau marah orang tanpa usul periksa..Berdosa..Sayang tahu ke hal sebenar? Takkan? ..Jadi, jangan marah orang sesuka hati takut makan diri nanti"..Nasihat Danial..

Fiqah hanya mendiamkan diri..

"Habistu, adik abang macam mana? Takkan nak biarkan dia dalam dunia dia je? Tak kesian ke dekat dia?"..Soal Fiqah lagi tak puas hati..

"Takpe..Kita bagi adik abang tu sejuk dulu..Nanti percayalah, dia akan cari sayang jugak untuk luahkan perasaan dia..Kan sayang kawan baik dia"..Jawab Danial ..Fiqah mengangguk faham..

"Dah, jom kita rehat..Abang tak puas lagi dengan sayang ni.."

Danial menolak lembut tubuh isterinya di katil lalu bergerak menindih separuh badan isterinya..Fiqah hanya membiarkan saja perlakuan suaminya kerana dia tak mahu menolak keinginan suaminya itu..

Baru saja mereka mahu hanyut dalam asmara..Telefon milik Fiqah bergetar..Mereka berdua terus tersedar lalu Fiqah menghulur tangan untuk mencapai telefonnya di meja sebelah katil..Danial pula sudah mendengus geram..

"Hello Fira? "..Fiqah bersuara apabila tidak mendengar suara Fira..

Fiqah menepuk bahu Danial supaya bangun dari tubuhnya..Danial yang mengerti terus saja mengalih tubuh di sebelah isterinya..Tangannya memeluk erat isterinya dan matanya di fokuskan pada aset isterinya yang kelihatan sangat menggoda nafsu lelakinya..

"Aku kacau kau ke? "..Fira bersuara apabila sudah lama mendiamkan diri..

"Ehh, tak-tak.."..Jawab Fiqah laju..Tangan kirinya mula menepuk kuat tangan suaminya yang sudah mula menjalar masuk ke dalam baju dan pergi ke aset utamanya..

Danial ketawa kecil apabila Fiqah kelihatan mengetap bibir tanda geram melihat perlakuannya..

"Aku dekat pangkin belakang rumah"..Kata Fira..

"Okay, kau tunggu kejap! Aku turun"..Jawab Fiqah lalu mematikan talian..Dia ingin bangun dari baring namun ditahan oleh suaminya..

"Sayangg nak pergi manaaa?"..Rengek Danial perlahan..

"Fiqah nak turun jumpa Fira sekejap..Dia perlukan Fiqah!"..

"Alaah, kenapa malam-malam buta ni juga dia cari sayang? Taktahu ke kawan baik dia ni dah bersuami? Kacau jelah!"..Kata Danial dengan muka masam..

Fiqah tergelak..Lalu, dia menghadiahkan kucupan di pipi suaminya..

"Sayang turun sekejap ye..Tak lama pun.."..Sambil tu bibir mengucup sekilas bibir suaminya yang masih mencebik..

"Alaahhh, tak nakkkk...Nak sambungggg"..Danial makin mengetatkan lagi pelukan di pinggang ramping isterinya..Fiqah menepuk dahi..Lain macam betul manja suaminya tu..

"Abangg, sekejapp jee..Pleasee!..Kesian adik abang tuu..Fiqah janji naik cepat okayy"..Pujuk Fiqah sambil mengedipkan matanya..

Danial melonggarkan pelukan itu dan Fiqah bangun dari pembaringan ..

"Janji jangan lambat tau! Kalau tak sayang tidur luar!"..ugut Danial..

Fiqah terkedu..'Dia ugut aku?'..

"Fiqah tak kisah..Bilik Fira ada..Abang je tuu..Boleh ke tidur takde bantal peluk? Werkk"..Ejek Fiqah balik sambil bergerak jauh dari katil..Ghisau suaminya menangkap tubuhnya..

Danial yang geram kena ejek terus bangun dari pembaringan..Niat hati ingin menangkap isterinya namun isterinya terlebih dahulu berlari ke muka pintu dan menjelir lidah..

Fiqah bergerak menutup pintu dengan cepat supaya suaminya tidak keluar..Dalam perjalanan turun ke bawah, dia mengeleng kepala mengingati tingkah manja suaminya yang seakan keanak-anakkan..

******

"Kau okay Fira?"..Soal Fiqah apabila kawan baiknya hanya diam membisu..Sudah 15 minit juga dia menunggu rakannya bersuara..Dalam diam, tiba-tiba dia terfikir untuk membantu Fizi..Lalu, tangannya membuka telefon dan menelefon lelaki itu..

Fiqah terus menutup skrin telefon untuk menjadi gelap dan pada ketika itu, Fizi agak hairan kerana mendapat telefon dari Fiqah..

Baru saja Fizi ingin bersuara..Fiqah bersuara menegur rakannya yang tenggelam dengan air mata..

"Firaa, jangan lah macam ni..Cubalah share dekat aku? Mana tahu aku boleh bantu kau..Tak baik tau kau macam ni..Tak baik untuk kesihatan"..Tegur Fiqah lagi sambil mengusap bahu rakannya itu..

Fizi terdiam..Dia tahu sebab wanita itu menelefonnya..Dia juga dapat mendengar sendu dari kekasih hatinya membuatkan hatinya resah..

"A-akuu..Akuu d-dahh mulaa rasaa tawar hatii..A-aku takutt kalauu akuu teruskann majliss nantii..Aku terus takde perasaan"..Dengan suara serak Fira menjawab..

Dag!

Fizi terasa seperti ada batu menghempap kepalanya..Hatinya makin tak senang duduk..'Sampai macam tu sekali ke sayang?'..Hatinya menjadi sedih..Fizi kemam mulutnya menahan rasa ..

"Kenapa kau cakap tu? Kau dah tak sayang tunang kau? Apa dia dah buat sampai kau rasa tawar hati ?"..Desak Fiqah..Dia menjadi tak keruan..

"Se-benarnya, aku dah banyak kali nampak dia keluar dengan perempuan lain sebelum kau nampak tu"..

Fiqah terkejut..

Fizi juga terkejut kerana selama ini dia fikir tunangnya itu sibuk apabila dia mengajak keluar lunch bersama..Dia mula bingung..

"Whats?!..Kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau rahsiakan?"..Fiqah mula naik hantu..

"Pada mulanya aku tak kisah..Yelah, aku faham dia kan busy dengan kerja..Mungkin dia keluar dengan client dia ke"..

"Tapi, lama-kelamaan aku terserempak dia dengan orang lain..Aku time tu dah mula rasa macam lain sebab dia pun takde bagitahu yang dia ade lunch meeting ke apa"..Luah Fira lagi..

"Dia langsung tak contact kau ke?"..Soal Fiqah lagi..

Fira mengeleng.."Jarang contact dah"..

Fizi masih lagi mendiamkan diri..Dia mula faham kenapa tunangnya itu salah faham..Disebabkan kesibukan kerja yang membuatkan tunangnya berasa tersisih..

"Kau tak contact dia?"..Soal Fiqah lagi

"Ada..tapi tak selalu sebab aku faham dia pun busy dengan kerja..Jadi, aku tak ambil hati sangat..Tapi, satu aku terasa..Dia tak pernah langsung bagitahu yang dia akan keluar lunch dengan perempuan lain..Cuba kau bagitahu aku, perempuan mana yang tak sakit hati tengok tunang dia keluar dengan perempuan lain?"..

Fiqah mengangguk tanda setuju..Dia masih lagi fokus mendengar luahan kawan baiknya itu..

"At least, bagitahu lah aku supaya aku tak salah faham..Tapi, sampai sekarang dia tak bagitahu..Dan semalam, aku tunggu juga dia buka cerita..Berterus terang ke kan? Tapi, tak! Dia minta maaf je weh..Aku taktahu nak cakap apa lagi..Aku rasa macam nak lari je dari semua ni!"..Kata Fira sambil mengeleng kepala..

Fiqah tahu Fira jadi macam ni kerana terkesan..Dan salah satu sebabnya sejak pengalaman pertama bercinta..

Fizi pula yang sudah tak keruan..Telefonnya masih lagi melekap di telinga..Dia yang dari baring terus berjalan kehulu kehilir ..Kalau ikutkan waktu itu juga dia mahu pergi berjumpa dengan tunangnya itu..'Aduh! apa aku dah buat ni..huh!'..

"Kau dah cuba berbincang ke dengan dia?"..

Fira mengeleng..Dia tak tahu bagaimana nak berbicang kalau hatinya sakit menatap wajah lelaki itu..

"Kenapa kau tak berbincang baik-baik dengan dia..Bagilah dia peluang untuk explain supaya kau tak salah faham!..Mana tahu, masalah yang kau hadapi ni dugaan bertunang!...kalau betul kau sayangkan dia..Cuba lah ajak dia berjumpa dan berbincang elok-elok"..Nasihat Fiqah..

"Aku taktahu, aku bukan taknak bagi dia peluang untuk bersuara..Tapi, hati aku macam tak boleh nak tengok dia lama-lama..Aku rasa macam sakit untuk kedua kalinya..Aku serik!"..Luah Fira perlahan..

Dada fizi berdegup kencang mendengar perkataan 'serik'!..'No sayang..Sayang tak boleh serik !' ..Jerit Fizi dalam hati..

"Aku faham situasi kau sebab ini bukan pertama kali untuk kau..Tapi, aku nak kau untuk sekali ni je cuba pujuk hati terima balik tunang kau..Mungkin dia khilaf atau lupa nak inform kau semua benda..Mana tahu, dia taknak bagitahu kau hal ini supaya kau tak salah faham ke?..Kau kena tahu hal sebenar dari dia"..

Fira sudah kembali tenang setelah meluahkan kepada Fiqah..

"Entahlah Fiqah..Aku memang boleh terima dia lagi..Tapi, mungkin hati aku susah nak lupakan semua ni..Aku taktahu nak buat apa lagi..Kalau aku teruskan majlis seakan-akan aku terima dia tanpa hati..Kau fahamkan maksud aku?"..

Fizi sedang berlawan dengan emosinya..Dia seperti sangat terpukul mendengar luahan dari tunangnya ..Tak jangka yang hal itu membuatkan buah hatinya tawar hati..Dia menangis dalam bisu..

"Kalau kau tak teruskan majlis nanti..Tak kesian ke dekat umi dan abi? Dorang dah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis kau..Takkan semudah tu kau nak batalkan? "..

Fira terdiam..Dan dia juga sudah berjanji dengan rakan baiknya untuk menjalankan majlis resepsi sekali pada malam itu pada hari yang sama..Jadi, ramai tetamu akan diundang..Dia tak boleh pentingkan diri..Jadi...,

Fizi pula sudah tak senang duduk..Dia ingin mendengar keputusan dari buah hatinya itu..

"Akuu..."

Tuuttt...Talian terputus..

Fizi mendengus geram kerana telefonnya mati..Dia tak sempat mendengar tunangnya bersuara..'Arghh!'..Fizi mengamuk sorang diri..
Apabila sudah tenang..Dia melabuhkan punggung di birai katil..'Aku takkan mengalah! Aku akan buat kau jatuh hati dengan aku balik!.Aku bukan lelaki pengecut!'...Nekad hatinya..

*********

Hanya tinggal lagi seminggu sebelum majlis, Fizi berusaha untuk mendekati tunangnya..Namun, tak berjaya..Fira seakan-akan lari dari berjumpa dengannya..Dan Fira juga telah berangkat ke Paris untuk menghadiri majlis pereka fesyen di sana ..Dan Fira akan balik ke Malaysia sehari sebelum majlis..

Sebenarnya, Fira sendiri yang membuat keputusan untuk berada di sana lama..Dia ingin bersiar-siar dan mencari ketenangan di Kota Paris yang dikenali sebagai kota yang sangat romantik..

Jadi, segala masalah butik akan di handle oleh Fiqah..Fiqah juga sendiri faham mengenai situasi rakannya itu..Fira juga meminta Fiqah untuk merahsiakan hal ini daripada tunangnya kerana dia ingin bersendirian..

Tapi, Fiqah terpaksa membuka cerita mengenai keberadaan rakannya itu apabila didesak oleh Fizi..Dan, sekarang lelaki itu telah berangkat ke airport untuk menyusul tunangnya di sana..Fiqah berdoa supaya hubungan mereka dapat disatukan kembali dengan baik..

"Hye, miss ..This flower is for you!"..Tegur seorang budak kecil yang sedang memegang sekuntum bunga ros..Fira terkejut apabila di sapa oleh budak tersebut..Dia mencapai bunga tersebut tapi tanpa sempat dia bersuara, budak tersebut sudah lari..

Fira mengambil kad yang terselit di bunga tersebut..

'You are my angle, dear'
'Please forgive me..And please let me in your heart'
'You stole my heart since we meet for the first time'
'And my love is just for you until my last breath'

From: Your love

Fira berkerut dan dadanya mula berdebar hebat..Dia berasa seakan seseorang berada di belakangnya..Ketika itu dia sedang duduk dibangku berhadapan menara Eifel ..

Dengan perlahan, ada seseorang lelaki dengan memakai baju sejuk dan mask hitam datang mendekatinya..Fira ketika itu seakan tidak boleh berfikir untuk lari dan itu yang membuatkannya kaku..

Dengan suasana yang tidak terlalu panas membuatkan ramai pengunjung datang bersama pasangannya..Dan Fira masih lagi memandang lelaki yang sedang berlutut di hadapannya..

Matanya meliar memandang ke arah sekeliling..Dan nampaknya mereka berdua menjadi tumpuan..Fira kembali merenung anak mata lelaki itu..Sepertinya dia kenal tapi dia tak mahu menduga..

"Who are you?".Soal Fira perlahan..

Lelaki itu mengangkat kedua belah tangannya dan membuka bekas merah yang berisi cincin permata..Fira masih lagi berdebar..Jantungnya tidak berirama tenang kerana terdapat mata-mata yang memerhatikan mereka..

"Will you marry me?"..Lelaki itu bersuara ..Fira terus bangun dari duduknya..Dia perlu cepat beredar dari situ..

Namun, langkah kakinya terkaku setelah melihat gerangan yang berada di hadapannya itu membuka mask hitam..Matanya mula bergenang air mata..Dan dapat dikesan oleh lelaki itu..

"Please forgive me love..You're my other half"

"Please be my wife..Because i just need you in my life..You're my reason for me to live my life for long time..So, will you marry me dear?"..Lelaki itu mencuba lagi untuk kedua kalinya..

Air mata Fira sudah turun ke pipi..Dan kedengaran suara orang bersorak..

"Say yes! say yes!"..Jerit beberapa orang dan diikuti dengan sorakan menjerit..

Fira terkelu dan terdiam kerana dia seakan-akan pernah melalui keadaan seperti itu..Dejavu!..Jadi, adakah ini jawapan untuk istikharahnya selama seminggu lepas..

Dan dengan bismillah dan masih ada sorakan..Fira hanya mengangguk kan kepala tanda di menerima lelaki itu untuk masuk ke dalam hidupnya..

Lelaki itu terus saja bangun dan memeluk erat Fira dengan rasa gembira...Dalam beberapa saat masing-masing baru tersedar yang mereka sudah tersalah laku..Lalu, lelaki itu melepaskan pelukan dan menyerahkan bekas merah kepada Fira..

Air matanya juga sudah kering..Dan lelaki itu mengelap sisa air mata kekasih hatinya..Fira menepis perlahan kerana mereka masih belum lagi halal ..Lelaki itu hanya tersengih kerana dia sudah melampaui batas..

Fira masih lagi dengan rajuknya terus beredar dari situ..Lelaki itu pula menjerit kuat yang dapat membuatkan langkah Fira terhenti dengan sendirinya..

"I LOVE YOU HAFIRAH SYAQINA!'..

Dan dihadapan menara Eiffel termateri kisah cinta mereka..Dan Fizi berlari mendapatkan kekasih hatinya..Dia tersenyum melihat wajah tunangnya yang seakan 'blur ' dan penuh tanda tanya..

Tangan Fira menggenggam kemas bekas merah yang berbentuk hati itu..Dia cuba menenangkan hati dan perasaannya..Tipulah dia tak merasa bahagia apabila mendengar luahan lelaki itu..Tapi, dia perlu berlagak biasa supaya lelaki itu merasa tercabar ..

*******

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"..Soal Fira ketika mereka sedang menjamu makan malam di sebuah restoran terkemuka..Itu semua telah diatur oleh tunangnya itu..Dia hanya ikut sahaja..

Fizi tersengih..Dia taktahu mahu jujur ataupun tidak..

"Adalah..Kenapa nak tahu?"..

Fira menjeling tajam..Dia dapat agak permainan lelaki itu..Lalu, dia mendiamkan diri semula..

Fizi pula terpaksa bersuara supaya hati tunangnya dapat dipujuk..

"Okay, saya nak minta maaf atas kesalahan saya dekat awak..Jujur, saya tak pernah terniat langsung nak sisihkan awak..Saya sedar saya khilaf .Saya jarang contact awak dan selalu busy dengan kerja membuatkan awak terasa hati dengan saya..Tapi, saya tak pernah tipu mengenai perasaan saya terhadap awak..Memang saya sayangkan awak..Semua yang awak lihat itu adalah client saya..Dan untuk yang terakhir kali awak nampak saya tu, sejujurnya saya pun terkejut dengan tingkah laku client saya..Saya minta maaf"

Fira terkejut mendengar luahan daripada lelaki itu..Fizi merenung dalam ke anak mata Fira..Dia benar-benar mengaku kesalahannya..

Fira tersedar apabila dia melihat lelaki itu merenungnya lama ..'Eleh, minta simpati lah tu!'..Desis hati wanitanya..

"Oh, baru sekarang nak mengaku? Awak sukalah ada orang perempuan duduk dekat lepastu bertepuk tampar..Suka lah kan?"

Fizi mengeleng laju..Fira seakan mahu tergelak melihat reaksi tunangnya itu tapi ditahan..Dia ingin melihat usaha lelaki itu lagi..

"Kalau tak suka kenapa bagi dia sentuh awak?"..Kenapa tak tepis?Tahulah semua client awak.cantik..Tapi, jagalah hati tunang awak ni!".. Bentak Fira perlahan..

"Awak jealous?"..Soal Fizi tiba-tiba..

"Saya tak jealous! Saya sakit hati!"..Balas Fira dengan muka menyampah..

Fizi sudahpun ketawa perlahan..

"Awak monyok ke marah ke tetap comel!"..Fizi mengayat!

"Dahlah, malas nak cakap dengan awak! Saya nak balik!"..Kata Fira lalu dia bangun dari duduknya..Fizi juga turut mengikuti langkah tunangnya..

Sampai saja di hotel mereka menginap..Ya! mereka menginap di hotel yang sama dan bilik mereka bersebelahan..Kebetulan? No! itu semua kerja tunanngnya..Fira mengerling ke arah tunangnya apabila mereka sampai di bilik tidurnya..

Dia melekap card di pintu..Dan kelihatan lelaki itu masih berdiri.di hadapan pintu biliknya..

"Bilik awak dekat sebelah sana"..Fira memberitahu arah kepada tunangnya..

Fizi masih lagi mendiamkan diri..Fira mengeluh..'Kenapa dengan dia ni?'.

"Kenapa dengan awak ni?"..Soal.Fira sambil mencekak pinggang..

"Awak, kita teruskan majlis ye?"..Fizi bersuara..

Fira tergamam sebentar..Lalu, dia seakan mahu berlakon dengan rajuknya..

"Entah! saya dah inform keluarga saya untuk batalkan majlis"..Tipu Fira..

"Tapi awak dah terima saya tadi kan? Takkan awak nak batalkan majlis? Awak tak sayang saya ke?"..Soal Fizi lagi..Hatinya tak keruan melihat seraut wajah wanita itu..

Fira dengan selamba membalas.."Ikut suka sayalah! Dah saya nak tidur..Bye!"..Kata Fira laju lalu menutup pintu biliknya..Fizi pula sudah tertunduk sayu...

Fira pula sudah menahan ketawa di dalam bilik apabila melihat wajah kelat tunangnya! Padan muka!..Hatinya sekarang sudah berasa lega apabila teringat luahan jujur dari tunangnya..Malam itu Fira tidur dengan lena tanpa rasa resah dihati..

Sorry dah lama tak update..Thankyou mana yang sudi baca dan komen..saya hargai sangat..#happyreading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience