Bab 8: Bidadari

Short Story Completed 17013

JAM menunjukkan 6.30 pagi,

Fira yang baru selesai solat subuh bangkit dari sejadahnya lalu bergerak menghampiri Fiqah yang sedang tidur lena..

"Fiqah, bangunnn..Solat subuh "..Kejut Fira dengan menggoyangkan lengan rakannya itu..

Sudah menjadi kebiasaan bagi Fira untuk bangun sendiri apabila terdengar bunyi alarm dari telefonnya..Fira seorang yang mudah bangun dari tidurnya jika mendengar alarm atau suara orang bercakap..

"Jap weyh, mengantokk!"..Jawab Fiqah..Fira mendengus geram sebab malam tadi dia tahu Fiqah layan movie tanpanya..Fira menolak ajakan Fiqah untuk menonton movie sekali kerana risau terbabas subuh walaupun perkara tu sukar terjadi ..

"Itulah kau, siapa suruh tengok movie sampai pukul 2 pagi..Kan dah susah nak bangun..Bangunlah weyh..Nanti kita lambat siap terlepas kita naik bas nanti..Pagi ni kan kita balik rumah family aku!"..Bebel Fira.

Fiqah yang sedang mamai itu terus saja gagahkan diri untuk bangun dari pembaringannya..Hampir dia terlupa harini mereka akan pulang ke rumah family Fira..Lantas, dia terus bangun untuk mengambil tuala lalu melangkah masuk ke bilik air..

Fira yang ketika itu sedang mengemas katilnya dan meja belajar supaya tidak berselerak hanya mampu menggeleng kepala..

Setelah mereka berdua selesai untuk bersiap..Masing-masing telah memastikan almari berkunci dan bilik berkeadaan kemas sebelum bergerak keluar ..

Perjalanan ke TBS tidak mengambil masa yang lama kerana kurangnya kesesakan jalan raya..Terus saja mereka menarik beg menuju ke arah bas dan tiket dihulur kepada pembantu bas..Dalam 10 minit sahaja lagi, bas akan bergerak ..

Mereka sudah duduk di dalam bas dan melepaskan nafas lega kerana berlaku kekalutan apabila mereka sampai di TBS dimana mereka terpaksa pusing mencari bas..Akhirnya, baru mereka jumpa!

"Huh, letih cari bas!..Nasib baik keluar awal tadi!"..Fiqah mengomel perlahan sambil menyandar badan dan menutup mata sambil menghirup udara sejuk dari aircond bas yang terpasang..

"Itulah, alhamdulillah sempat naik bas..Kalau tak burn tiket bas kita"..Jawab Fira..

"Kan..btw, kau dah whatsapp ke abi kau..Risau dia nanti!..Bagitahu kita baru nak gerak"..Ujar Fiqah

Fira tersentak..Nasib baik Fiqah tolong mengingatkan dia untuk menghantar chat kepada Abinya..Lantas, laju saja tangannya mencapai telefon bimbit lalu menaip sesuatu dan menghantar chat ke abinya..

Ting Tingg

Dalam beberapa minit, chatnya dibalas..

'Hati-hati, nanti nak dekat sampai bagitahu! Nanti Abi mintak Abang kamu ambil di Stesen Bas'..

Fira yang baca balasan dari abinya terus terbeliak..Tak sangka abangnya juga pulang ..Jarang sekali! Kerana abangnya duduk jauh dari family dan bekerja di syarikat rakannya yang berada di utara pantai timur...Kelantan!

'Abang balik ke abi? Okay-okay..nanti adik chat abi balik kalau dah nak sampai Melaka'..Balas Fira

Fiqah ketika itu juga sedang membalas whatsapp dari ibunya..Dia memberitahu ibunya yang mereka sudah berangkat pulang ke rumah Fira..Dan ibunya sempat berpesan supaya jaga diri dan jaga adab apabila berada di rumah orang..Fiqah tersenyum melihat balasan chat dari ibunya..Tahu sangat perangai ibunya yang suka mengingatkannya untuk menjaga adab apabila keluar dan sebagainya.

"Fiqah, abang aku balik!"..kata Fira

"Abang kau? Yang dekat kelantan tu ke?"..Tanya Fiqah..Sebenarnya Fiqah pernah mendengar Fira bercerita mengenai abang serta keluarganya..tapi tak pernah melihat wajah keluarganya..

"Aah, Nanti abang aku amik kita..kalau kau larat boleh kita jalan-jalan"..Ujar Fira

"Aku tak kisah ..ikut je!"..Jawab Fiqah..Mereka berehat sebentar sebelum sampai ke destinasi..

******

Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam..

Fira sempat membuat panggilan ke abinya..Abinya telah memberitahu bahawa abangnya sudah pun menunggu di sana..

Lalu terus saja Fira call abangnya...Sambil tu kakinya bergerak keluar dari Stesen bas itu untuk mencari kelibat abangnya..

"Hello abang, abang dekat mana ni? Adik dah sampai,sekarang ni ade dekat pintu depan"

"Yee, kejap abang datang!"..Jawab abang

Pin Pin

Kedengaran hon kereta di parking hall depan pintu masuk utama..
Fira yang mendengar terus saja bergerak mendekati kereta honda civic maroon milik abangnya..

"Fiqah, jom..abang aku dah sampai tu!"..Ajak Fira..Fiqah mengangguk faham lalu bergerak mengikut langkah Fira..

Jadi, mereka bertiga membuat keputusan untuk berjalan seharian dan sampai di rumah jam 7 malam..Malam itu fiqah tidur di bilik Fira..Bagi, Fiqah , rumah Fira sangat selesa, mewah dan besar..Keluarganya sangat baik hati dan ramah..umi dan abi Fira juga sangat baik ketika menyambut kehadirannya sehingga membuatkan Fiqah segan dengan layanan mereka..layanan yang diberi umpama 'raja'..

Keesokkan harinya, mereka sangat sibuk..Walaupun makanan telah ditempah oleh katering..Tetapi, mereka juga masak untuk juadah dan menyediakan sedikit goodies untuk anak-anak tahfiz yang akan datang untuk membaca tahlil dan doa selamat..
Ketika masa menginjak jam 7 malam, masing-masing bergerak ke ruang tamu untuk solat berjemaah..Kelihatan saudara mara keluarga Fira sudah ramai duduk di barisan saf..

Fira dan Fiqah sudah memakai telekung siap-siap..Sempat lagi Fiqah bersuara..

"Weyh, ramainya saudara mara kau! macam nak buat kenduri kawin pulak!"..Ujar Fiqah

"Aah memang ramai, ini pun ada yang tak dapat datang sebab sibuk..Kalau semua ada tak muat rumah aku ni!''..Jawab Fira sambil menoleh memandang Fiqah yang ralit melihat keadaan sekeliling..

"Yeke, boleh tahan ramai keluarga besar kau ye..Habistu raya macam mana ?"..soal Fiqah lagi

"Kalau raya ada yang kena tempah homestay..sebab rumah kampung tak muat..Kalau kumpul ramai-ramai macam belacan..boleh runtuh rumah kampung aku tu!"..Jawab Fida dengan ketawa kecil..

Baru sahaja Fiqah ingin bersuara kembali..kedengaran suara orang azan ..Selepas saja azan, mereka menunaikan solat sunat dan diikuti dengan iqamat..

Sebenarnya, Fiqah dari tadi sentiasa berkepit dengan Fira kerana tidak biasa dengan orang ramai yang tidak dikenali..Ketika itu, kelihatan abang Fira bernama Danial sudah pun keluar dari biliknya dengan berpakaian jubah putih dan kopiah putih dan terus saja berada di bahagian imam.. Tahulah Fiqah bahawa malam itu, abang Fira yang akan mengetuai solat berjemaah ..Fiqah merenung sebentar susuk tubuh lelaki itu dari belakang lalu matanya beralih ke tempat sujud kerana hatinya mula berdebar-debar..

'Haish, kenapa dengan jantung aku ni'..Omel Fiqah perlahan..

Fiqah memanggil abang Fira dengan panggilan 'abang Danial'..Kerana hormat sebagai orang yang lebih tua darinya..Bagi Fira, abang Danial sangat baik dalam melayani kerenah adiknya, Fira walaupun Fira kadang-kadang ada terkasar sikit..Tetapi keprihatinan itu telah membuatkan Fiqah tertarik..

Selesai saja mereka bersolat jemaah, mereka menunggu para tetamu untuk duduk di ruang tamu untuk bacaan yasin..Ketika itu, Kawan kepada abang Fira juga dijemput hadir..

Lelaki tersebut telah mengambil tempat dan duduk di belakang beberapa orang budak tahfiz..Tetapi matanya sekarang sudah tertacap pada susuk tubuh yang bertudung shawl pink belacan dan berbaju kurung moden pink lembut yang dapat menaikkan seri wajah wanita itu..Di sebelah wanita itu pula, kelihatan rakannya yang bertudung kelabu dan berbaju kurung moden berwarna hitam..Tetapi, yang lebih menarik minatnya ialah wanita bertudung shawl pink belacan..

Ditenungnya lama, seakan terpana melihat wajah wanita itu umpama 'bidadari'.. 'Sungguh kau yang ku nantikan..bidadariku!'..Puji lelaki itu di dalam hati..

Siapakah lelaki yang merenung wajah wanita bertudung shawl itu? Siapa wanita yang bertudung tersebut? Jeng Jeng Jeng..Cuba teka!! Komen sikittt..hehehe Happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience