Keadaan jadi huru hara sebentar dan majlis dapat dikawal dengan baik..Fira dan juga Fizi terpaksa melayan para tetamu supaya keadaan menjadi reda..Manakala , Danial dan keluarga yang lainnya bergegas mengikuti langkah Danial yang sedang mencempung isterinya..
Riak wajah yang terpancar di muka Danial sangat merisaukan..Sampai saja di bilik mereka yang telah di hias..Danial membaringkan tubuh isterinya di atas katil empuk itu..
"Umi, panggil Dr. Raysha sekejap"..Umi Fareeda bersuara lalu bergerak mencari doktor peribadi keluarganya..Manakala, Pn Ina membantu Danial membuka tudung anak perempuannya ..
Hati Danial masih lagi tak boleh berhenti berdegup..Wajahnya juga muram dan sedih..Pn Ina yang perasan riak wajah menantunya terus bersuara..
"Kamu jangan risau, InshaAllah Fiqah baik-baik saja"..
Danial menoleh lantas menghadiahkan senyuman nipis kepada mentuanya..Memandangkan , disitu tiada gerangan lelaki..Danial membuka tudung isterinya dengan perlahan..
Setelah beberapa minit, terpancul wajah Dr, Raysha yang merupakan dr peribadi keluarga itu..
"Boleh saya periksa isteri encik?"..
Danial mengangguk lalu bergerak ke belakang memberi ruang untuk Dr. Raysha memeriksa isterinya..Dengan perlahan, dr. Raysha memeriksa kadar nadi Fiqah ..
Dia tersenyum lalu dia mengalihkan pandangan ke wajah Danial..
"Isteri encik mungkin keletihan dan tekanan darahnya menurun..Jadi, dia pengsan..Tapi, tiada apa yang perlu dirisaukan..Mungkin sebentar lagi, isterinya encik akan sedar..Bagi dia masa untuk berehat ya"..
Danial menghembus nafas lega..'Alhamdulillah, sayang okay! Risau gila abang dibuatnya!'..jerit hatinya..
"Terima kasih dr"..Ujar Danial..
"Alhamdulillah"..Kedengaran suara dari umi dan ibu mertuanya mengucap syukur..
"Kalau tiada apa-apa lagi, mari Dr, Raysha..Saya bawa awak turun makan.."..Umi Fareeda pelawa..
Dr. Raysha mengangguk lantas bergerak bangun di birai katil..Dan sebelum di merapati Umi Fareeda..Sempat dia bersuara..
"Encik Danial, kalau isteri encik sudah sedar..Encik boleh panggil saya ye..Saya akan periksa keadaan isteri encik semula"..Ingatan diberikan kepada Danial..Lembut saja suara itu di pendengaran mereka sebelum dia berlalu keluar dengan Umi Fareeda..
Danial mengangguk dengan senyum nipisnya..
"Ibu, turun dulu lah ye..Majlis tak habis lagi ni..Kamu duduk sini jaga Fiqah ye"..
Danial mengangguk..Lalu, dia menghantar ibu mertuanya di pintu..Setelah dia memastikan tiada sesiapa di biliknya..Terus saja dia menutup pintu dan mengunci..
Dengan memakai baju tuxsedo itu, terus dia merebahkan badan di sebelah isterinya..Pipi isterinya dikucup dan pinggang isterinya dipeluk erat..Sungguh rasa risau akan kehilangan membuatkan dia tidak mahu melepaskan isterinya..
"Sayangg..Bangunlah..Abang rinduu" ..Rengek Danial sambil jari jemarinya bermain di wajah cantik isterinya..
Dia mula berasa rimas melihat wajah isterinya yang masih lagi dengan makeup lantas bangun dan mengambil tisu basah yang ada di meja solek lalu dia membersihkan wajah isterinya..
"Cantiknya sayang..Kenapa, muka sayang berseri-seri sangat ni?"..Soal Danial selepas mencuci wajah isterinya..Dia seakan kelihatan orang tak waras kerana bercakap seorang diri..
Dia kembali baring di sebelah isterinya..Niat hati ingin menukar baju pengantin isterinya..Tapi, takut mengganggu..Yelah! Kata Dr. Raysha..Isterinya perlukan rehat..
Danial mula mengelamun sambil menatap wajah isterinya dari sisi..Danial teringat saat dia dipertemukan dengan isterinya..Pertemuan pertama yang telah membuatkan hatinya berdegup kencang..
Anggaran dalam 10 minit, Fiqah mula tersedar..Dia membuka perlahan matanya lalu melihat keadaan di sekeliling..'Bilik aku?'..
Dia menoleh ke sebelah apabila merasa ada satu tangan memeluk pinggangnya..
"Abangg"..Panggil Fiqah perlahan..Kepalanya masih sakit dan tekaknya masih berasa loya..
Danial yang mengelamun terus terkejut dengan sapaan itu..Dengan pantas dia bangun dan menatap isterinya yang tersenyum manis ke arahnya..
"Sayangg!! Sayang buat abang risau!"..Rengeknya sambil memeluk erat tubuh isterinya..
Fiqah pula hanya merelakan saja..Danial terus melepaskan pelukan lantas berdiri di birai katil..
"Abang nak pergi mana?"..Soal Fiqah perlahan..
"Sayang tunggu kejap, abang panggil Dr. sekejap ye!"..Ujar Danial..Fiqah hanya mengangguk faham..
*****
"Umi, Dr.Raysha, Isteri saya dah sedar.." Tegur Danial ketika mendekati dua gerangan manusia di khemah ..Kelihatan, para tetamu masih lagi ramai..
"Okay, Saya ambil barang sekejap..Sebentar lagi saya menyusul"..Ujar Dr.Raysha..
Danial mengangguk lantas berlalu dari situ..Baru saja melangkah masuk ke biliknya..Kelihatan isterinya duduk menunduk di birai katil..
Dengan pantas, dia mendekati isterinya..
"Sayang okay?"..Soal Danial prihatin..
Fiqah mengangguk perlahan sambil tersenyum ..
"Okay je..Cuma pening sikit je"..Jawab Fiqah perlahan...
"Sayang baringlah, abang boleh tolong picitkan kepala"..Lembut saja suara Danial menyapa di telinga Fiqah..
Hati Fiqah berbunga-bunga..Lalu, dia memeluk lengan sasa suaminya dan melentok kepalanya..Matanya pejam mata..Dia ingin bermanja dengan suaminya..
Danial mengalihkan kepalanya kepala isterinya ke bidang sasanya..Ubun-ubun isterinya dicium..Dia sangat berasa bahagia apabila dapat mengenali isterinya..
Tuk Tuk
Umi Fareeda masuk bersama Dr.Raysha..
Danial bergerak bangun menjauhi isterinya apabila Dr.Raysha mendekati Fiqah..
"Saya Dr.Raysha..Boleh saya tahu bagaimana keadaan puan sekarang? Ada rasa tak selesa?"..Soal Dr.Raysha sambil tersenyum menatap wajah manis milik Fiqah..
"Saya rasa macam kepala pening sikit dan tekak rasa loya"..Jawab Fiqahh..Dr.Raysha memeriksa kadar nadi..Lalu, dia menghulur UPT kepada Fiqah..
"Boleh puan buat test ni"..Fiqah hanya mengangguk..Dia sangat mengenali alat tersebut..Hatinya berdebar hebat sambil memandang ke arah Dr.Raysha..Wanita itu mengangguk kepala sambil tersenyum manis..Fiqah seakan faham makna dari senyuman wanita itu..
Fiqah bangun perlahan dari duduknya..Dia hampir tumbang kerana kepalanya sakit..Nasibnya baik kerana Dr.Raysha sempat menyambut lengan dia..
Danial bergerak membantu isterinya dengan memeluk erat bahu itu..
"Abang tunggu dekat luar jelah!"..Kata Fiqah ketika berada di depan pintu bilik air..
"No!, Nanti jadi apa-apa dekat dalam tu..Baik, abang teman sayang.."
"Dah jom.."
Fiqah hanya diam..Malas untuk berbalah..
"Abang pandang tempat lain.."..Ujar Fiqah..Dia malu sebenarnya..
Danial yang faham dengan keadaan isterinya hanya merenung dinding bilik air..Setelah paip air di tutup, Danial mengalih pandangan ke arah isterinya..Kelihatan isterinya merenung lama ke alat yang dipegang..
Berkerut -kerut Fiqah menunggu keputusan..Danial hanya memerhati sahaja kerana dia tidak mengetahui apa yang sedang isterinya buat..
Beberapa minit menunggu, mata Fiqah membulat..Benar, firasatnya selama ini benar belaka..Dia berasa ketika itu hatinya sangat memanjat kesyukuran dengan kurniaan tuhan yang terbesar baginya..Terharu bercampur gembira ..Terlorek senyuman di bibirnya dengan perlahan dia mencari wajah suaminya..Kelihatan suaminya memandang ke arahnya dengan tertanya-tanya..
Fiqah faham dengan riak wajah itu lantas dia mendekati suaminya dan alat UPT tersebut ditunjukkan kepada suaminya..Danial terdiam melihat tulisan yang tertulis di alat tersebut..
'pregnant' '4-5 weeks'..
Dengan wajah teruja..Dia memeluk erat Fiqah..
"Seriously sayang?"..Soalnya teruja..Fiqah mengangguk kepala..Ciuman dilabuhkan di seluruh wajah Fiqah..Dia berasa sangat bahagia ketika itu..Hilang pening dan loyanya ketika itu..
*****
Bagi kedua pasangan mempelai iaitu Fira dan Fizi pula sedang bergerak menuju ke kamar mereka..Niat hati Fira ingin menemui rakannya di kamar abangnya..Tetapi, di halang suaminya..Katanya bagi mereka berehat terlebih dahulu..
Fira yang juga agak keletihan hanya menurut..Fizi memimpin isterinya yang hanya diam..Dia mengerti reaksi dari isterinya..
Sampai saja di kamar ..Fira melabuhkan punggung di birai katil..Dia berasa sangat letih..Ingin saja dia berbaring tetapi dengan kehadiran suaminya membuatkan dia membatalkan niatnya..
"Abang mandi dulu ye"..Tegur Fizi sambil menatap wajah isterinya..
Fira mendongak melihat wajah tersenyum milik suaminya sambil mengangguk.. Hilang sahaja kelibat suaminya masuk ke dalam bilik air itu..
Dengan pantas, dia membaringkan badannya..Niatnya hanya ingin meluruskan sendi yang lenguh..Tapi, dalam beberapa saat, Fira terlelap dengan baju pengantinnya..
Fizi yang baru selesai mandi, tersenyum melihat isterinya yang tertidur di katil itu..Dia menghampiri isterinya lalu ciuman singgah di dahi kesayangannya itu..Fira masih lagi tak sedar..Kemudian, ciuman singgah di pipi gebu isterinya..Dia tak kisah air wuduknya batal asalkan dia dapat apa yang dia mahukan..
"Sayang, bangun..Kita solat isyak sekali"..Kejut Fizi setelah dia puas merenung wajah isterinya.. Rasa hati yang tak bisa dia ungkapkan dari bibir iaitu bahagia yang dicari selama ini..
Fira tersedar..Lalu, dia bangun dari baringnya..Dia terkejut melihat wajah suaminya yang sangat dekat membuatkan hilang terus mengantuknya..Dia berdehem untuk hilangkan malunya..
"Saya mandi sekejap"..Ujar Fira sambil bergerak ke bilik air..
Setelah solat berjemaah selesai, Fira bersalam dan menguncum belakang tangan suaminya..Dan ciuman singgah di dahinya..Baru saja Fira ingin bangun..Tangannya di tarik..
"Duduk sini jap sayang..Abang ada nak cakap sikit" ..Fizi perlu meluahkan segala rasa yang terpendam selama ini supaya wanita kesayangannya itu tidak terasa dengannya..
Fira hanya menurut..Dia menyimpul kaki di hadapan suaminya..Fizi dengan pantas merangkul pinggang isterinya dan mengangkat isterinya untuk duduk diribanya..Fira terkedu kerana ini pertama kalinya..'Ya Allah, kuatkan hatiku'..
Mata mereka bertatapan lalu ciuman singgah di pipinya pula..Terus berbahang wajah Fira..Fizi pula mula ketawa dalam hati..
"Abang nak cakap terima kasih sebab sudi jadi isteri abang..Abang minta maaf atas segala silap abang..Abang bersyukur sebab Tuhan pertemukan kita dan abang amat berbesar hati dan ikhlas terima sayang dalam hidup abang..Abang tak pernah sangka dengan kehadiran isteri abang ni, kehidupan abang lebih bermakna dan bahagia"..Luah Fizi sambil memeluk erat pinggang isterinya..
Fira pula hanya terdiam dan terharu ..Dia sedang menghadam segala rasa dari suaminya..Tidak disangka yang malam itu, suaminya akan meluahkan rasa..Fira mula berasa bersalah kerana dia melayani suaminya dengan teruk walaupun suaminya tak ambil kisah..
"Lets grow old together sayang..Lets having a baby and build a happines family"..Fizi menatap sepasang mata isterinya..Fira menunduk lalu mengangguk perlahan..
"Thankyou sayang!"..Fizi memeluk kuat isterinya walaupun isterinya hanya memberi respon begitu..
Setelah puas, berpelukan..Mereka bangun dan menyidai sejadah di tempat penyidai..Mata Fira sudah semakin layu..Sudah terbayang katil dan bantal..
"Jom kita tidur..Esok kita jumpa abang awak dan Fiqah ye"..
Fira mengangguk kepala lalu merapati suaminya di katil..Sempat dia menekan suis lampu ..Fizi menekan lampu di sisi katil..Ketika dia merasa gebar selimut ditarik.Terus saja dia merapati isterinya dan memeluk erat pinggang dari belakang..
Fira ketika itu baru saja melayang terus kejung badannya..Hatinya mula berdebar..Dia seakan lupa bahawa dia tidak keseorangan..
"Pernah dengar tak, tak baik tidur membelakangkan suaminya?"..Bisik Fizi..Saja ingin mengusik walaupun dia pun berasa mengantuk..Tetapi, dia juga ingin Fira memeluknya ketika tidur..
Fira terus memusingkan badan tanpa membalas..Matanya yang layu merenung wajah suaminya yang tersenyum manis..Tak pernah melihat wajah itu mengamuk..
Fizi menarik lengan isterinya untuk memeluk pingganggnya..Dan sekarang tiada lagi jarak antara mereka..
"Sayang tidurlah..Abang tak kacau sayang..Abang tahu sayang letih..Abang takkan tuntut selagi sayang belum 'ready'"..Kata Fizi perlahan..Fira mendengar suara itu seakan gemersik dan dia merasakan ada satu rasa menyapa ketika mereka tidur berdua..
Dia masih berdiam lalu memejamkan mata..Dia tahu sejak suaminya mengangkat akad..Tanggungjawabnya sudah berjalan..So, dia berasa sudah bersedia dan berazam untuk menjadi isteri yang taat dan berubah untuk mancari bahagia bersama suaminya..
"Saya dah bersedia"..Dengan berani Fira membisik ayat keramat itu..Fizi yang baru saja terlelap terasa segar..'Biar betul isteri aku ni'?..
"Takpelah, abang taknak paksa.." Fizi cuba mengalah..Risau isterinya membuat keputusan disebabkan terpaksa selepas mendengar cakapnya..
"Saya tak main-main..Saya dah bersedia.."
"Betul ke sayang?"..
"Betul, suka hati abanglah.. kalau tak..'abang' melepas!"..Jawab Fira dengan berani..
Fizi yang mendapat 'greenlight' terus saja menindih tubuh isterinya..Fira terkejut lalu tersengih sambil menepuk bahu suaminya..
Fizi juga tergelak melihat reaksi isterinya yang terkejut..Dan dia membaca doa sebelum melayari bahtera bersama isteri tercinta..Malam yang terindah bagi mereka berdua..
*****
Kring Kring Kring
Bunyi alarm dari telefon pintar Fizi mengejutkan lena panjang bagi tuannya..Tangannya mencapai telefon tersebut lalu di matikan alarm itu..Kelihatan isterinya tidur tidak berkutik langsung..Seakan tiada yang menganggu..
Fizi tersenyum manis melihat wajah isterinya yang lena ..'Tidur pun lawa'..Getus hatinya..Tangannya menarik gebar untuk menutup bahu isterinya yang terdedah..Ingatan Fizi kembali terbayang akan penyatuan dua hati..Isterinya sangat melayannya dengan baik walaupun itu pertama kali buat mereka..Masing-masing berasa puas kerana dapat penuhi nafsu..
"Sayang,bangun..sekejap lagi kita solat subuh berjemaah"..Kejut Fizi sambil mengusap pipi gebu isterinya..
Fira yang sememang seorang yang mudah bangun dari tidur terus membuka mata apabila dia mendengar namanya disebut..Terus saja Fira menekup kedua belah mukanya dengan tapak tangan..Sungguh dia malu kerana wajah mereka hanya beberapa inci sahaja dengan masing-masing tidak memakai pakaian..ghisau!
Fizi tergelak melihat perlakuan spontan isterinya..
"Jom sayang..Kita kena mandi wajib dulu..Takut lambat subuh nanti!"..
"Biy, pergi lah mandi dulu"..Kata Fira dengan keadaan yang masih sama..
Fizi yang suka mengusik terus menjalarkan tangannya di area bawah pusat isterinya..Fira terus menampar kuat lengan itu..Fizi ketawa bahagia..
"Sayang panggil apa tadi? Biy?"..Soal Fizi sambil tersengih..
"Tak boleh ke? Tak boleh takpe"..Pintas Fira..
"Ishh, biyy tangan tu boleh duduk diam tak!". Geram Fira apabila tangan suaminya masih lagi berjalan dikawasan sama..
"Haha okay okay, kenapa sayang tak panggil 'abang' je?"..
"Malas lah, abang saya dah ada..Abang Danial tu..Awak suami saya, jadi saya panggil awak 'biy' jelah..Boleh je kan?"..Soal Fira..Tangannya sudah turun yang menekup wajah..
"Saya tak kisah awak nak panggil apa-apa pun..Tapi, awak tak takut ke kalau panggil saya 'biy'?..Bunyi dia macam 'bee' , lebah tau! Awak nak ke madu lain..hehe?"..Usik Fizi lagi..
Fira yang tak puas hati dengan Fizi terus menumbuk dada bidang suaminya untuk melepaskan rasa geram..
"Awak jangan macam-macam ye..Kita baru kahwin kot..Dah fikir nak cari madu lain!"..Jerit Fira..
"Ehh, ehhehe..Sorry sayang..Abang taknak madu dah sebab abang dah ada isteri yang sangat 'tiptop' layan abang..Jadi, abang tak pandang lain dah!"..Dalam jawabnya, ada gurau disitu..
Terus memerah pipi Fira dibuatnya..Terus teringat kejadian malam tadi..Dia sendiri tak sedar apa yang dibuatnya sehinggakan mereka berdua menyambung semula aktiviti beberapa kali dalam satu malam dan sudah tentu Fira sendiri yang menggoda suaminya...'Teruknya kau Firaa!'
"Malas la layan awak ni..Baik saya pergi mandi!"...Kata Fira sambil bangun dan menarik gebar untuk menutup tubuhnya yang terdedah..
"Jom mandi sama!"..Ajak Fizi sambil mendukung isterinya..
"Arghh!"..Fira yang tak bersedia menjerit kuat..
Selesai saja mereka solat dan mengemas bilik yang dipenuhi hadiah perkahwinan..Mereka melabuhkan punggung sebentar di birai katil..Fizi memeluk pinggang isterinya manakala Fira melentokkan kepala di dada bidang suaminya..
Fizi tersenyum melihat perlakuan isterinya yang baginya agak manja..Dan dia tahu, isterinya sudah mula menerimanya perlahan lahan..
"Awak, sebenarnya saya ada satu rahsia tapi awak jangan marah eh? janji"..Fira bersuara setelah mereka berdiam ..
Fizi mengangkat kening sebelah..Lalu, badannya betul-betul menghadap isterinya..Hatinya tak sabar untuk mendengar rahsia itu..
"Kenapa pulak kena janji? Depends lah kalau cerita sayang tu okay..Abang tak marah lah"..Duga Fizi..
Fira sudah tersengih..Dia tahu cerita ini akan membuatkan suaminya geram..Tapi, dia perlu selamatkan dirinya terlebih dahulu..
"Alah, janji dulu!"..
"Okayy"..Balas Fizi bersahaja..
"Sebenarnya , pasal kita dekat Paris tu kan? Saya 'bohong' je dekat awak pasal nak batalkan majlis tu!"..Fira berterus terang sambil tersengih..
Mata Fizi terbeliak..Tak disangka isterinya pandai mengenakannya..Separuh mati dia fikir isterinya membatalkan majlis itu..
"Sayanggg..Geramnya abanggg"...Kata Fizi sambil mengomol pipi isterinya..Fira menjerit kuat sambil ketawa..Terhibur melihat wajah suaminya itu..
Dengan pantas, Fira bangun dan berlari ke ruang kosong supaya suaminya tak dapat balas dendam kepadanya..
"Sayang nak lari mana? Oh, dah pandai 'game' kan abang..Lepastu nak lari!! Sini ..abang tangkap sayang!"..Fizi berlari mendapatkan isterinya yang tergelak mengejeknya..
Fira berlari sehingga naik ke atas katil yang baru mereka kemas..Sambil tu sempat di jelir lidah mengejek suaminya kerana suaminya tidak tangkap dirinya..
"Siap sayang kalau abang dapat tangkap..Abang takkan lepaskan!Baik sayang serah diri sekarang"..Fizi mula mengeluarkan amaran..Sungguh geram dia tak boleh dibendung..Ingin digomol isterinya sehingga lembik..
Fizi saja buat membaringkan badannya di katil sambil mendepakan tangan..Sambil tu dia mencari akal untuk mengumpan isterinya supaya mendekat..Lalu, dia memejamkan mata untuk berehat..Letih juga mengajar isterinya..Silap dia berkejaran dengan isterinya yang langsing tu..Lincah sungguh!
Fira sedang membaca gerakan suaminya..Kelihatan suaminya sudah mengalah..Dia cuba mendekat tapi apabila suaminya bergerak sedikit..Terus saja dia berlari ke tempat lain..Dalam beberapa minit, suaminya tidak bergerak langsung..'Dah tidur ke suami aku ni?'..Soalnya dalam hati..
Pada ketika itu juga dia datang mendekat..Fizi dapat menangkap bunyi tapak kaki isterinya mendekat dan terasa tangan isterinya mencucuk lengan dia..Dia terus berlakon tertidur..'Haa, mangsa masuk perangkap..sikit lagi'...Fizi menunggu Fira betul-betul di depannya baru dia bertindak..Dia sedaya upaya menahan ketawa..'Best jugak main agah macam ni ye'..
Fira terus berada betul-betul di depan Fizi..Dia mencucuk dada bidang suaminya..Kelihatan suaminya tidur lena..Fira mula tersengih..
"Arghh"..Kedengaran jeritan Fira memenuhi bilik itu..Muka dia kini tersembam di dada bidang suaminya..'Cis aku terkena!'..Fira cuba untuk bangun tapi pinggangnya dikunci ..Tiada lagi peluang dia nak lari!..
Fizi tergelak melihat wajah kekalutan isterinya..Tahu dia isterinya cuba ingin lari darinya..Namun, dia takkan lepaskan seperti yang di bagi amaran tadi..Fizi mengalihkan tubuhnya..Dan kini isterinya di bawah dan dia berada di atas..
"Sayang nak lari mana lagi hm?"..Soal Fizi sambil tersengih dan mengejek..
Dia mendekatkan wajah mereka..Fira cuba menahan gelora dihati. Dia akan berasa lemah jika berada dekat dengan suaminya..Fizi sudah tergelak..
"Sayang takut apa?"..Soal Fizi lagi..
"Awak jangan macam-macam..Lepaskan saya!"..Fira bersuara..Kakinya di kepit kuat oleh kedua belah kaki suaminya..
"Suka hati abang lah! Kalau abang nak buat macam-macam .."
"Awakk sayangg..tolongg lepaskan saya ye..Saya nak turun bawah..Tolong umi sediakan sarapan"...Fira cuba lunakkan suaranya supaya suaminya termakan..Sambil itu jari telunjuknya menyentuh dada bidang itu..Saja ingin menggoda..
Fizi pula tahu taktik isterinya hanya layankan saja..Senyumnya kembali nakal..
"Sayang goda abang ye..Sayang jangan menyesal kalau abang minta 'seround' lagi pagi ni..Sayang juga yang tak boleh bangun nanti!"..Saja Fizi mengusik..
"Okay-okay tak..saya tak buat lagi..Please, lepaskan saya ye.."..Kata Fira sambil mengerdipkan matanya banyak kali..
"Kiss me first"..
"Okay!"..Dengan pantas Fira mencium pipi suaminya..
"Bukan situ..kiss on my lips!"..Arah Fizi lagi..Fira monyok! Bibirnya dicebik..'Dah bagi betis nak paha pula!'..
"if you don't want..I'll make sure you can't left this room before i finish my 'work' with you"..Saja Fizi mengugut..
"Okay okay..I'll do it "..Jawab Fira..Dengan perlahan, bibirnya mendongak ke atas mencari sepasang bibir pink milik suaminya..Tangannya memeluk pinggang suaminya dan mereka saling mencumbui sehingga nafas mereka tak sekata..Masing-masing tenggelam dalam asmara sambil memejamkan mata..
Fira yang tersedar terus melepaskan tautan itu..Mata mereka merenung antara satu sama lain..Mata yang sarat dengan kasih sayang dan bersinar milik suaminya membuatkan hatinya berdebar hebat..Jika tak dilepaskan, pasti mereka akan terus hanyut..Nasib mereka baik kerana sudah bergelar suami isteri ..jadi tiada halangan disitu..Tapi masalahnya sekarang masa tak betul..Jadi, dia perlu hentikan..
"Awak, jom kita turun"..Fira bersuara..Fizi pula tersenyum dan mencium curi bibir isterinya untuk kali terakhir ..Fira pula terkejut dan menepuk lengan suaminya..
"Nakal!"..Ujar Fira sambil menjeling..Fizi sudah tersengih lalu bangun dari menindih isterinya..
"Okay jom turun..Nanti umi mencari!"..
Fira mengenggam jari jemari suaminya lalu melangkah keluar bilik..
*****
"Umi, abang Danial mana?"..Soal Fira ketika mereka sudah berada di meja makan..
"Abang keluar pergi klinik katanya..Fiqah tak sihat"..Balas uminya..Uminya juga masih tidak tahu hal sebenar..
Fizi pula mengangguk tanda faham..
"Lah, yeke..Patut semalam Fiqah pengsan..Kesian dia..mesti dia penatkan sebab banyak tolong majlis Fira"..Fira mula rasa serbasalah..
Fizi menyapu bahu isterinya..
"Takdelah..Fiqah tu memang sejenis ringan tulang..Umi ada suruh dia berehat..Dia tak mahu..Ada degil juga isteri abang kamu tu"..Kata uminya sambil tergelak..
Fira tersengih lalu mengangguk laju..Dia bersetuju dengan uminya..Lalu, mereka menjamu selera..Seperti biasa, abi Fira tidak suka orang bercakap ketika makan..
Selesai saja bersarapan, mereka satu family berkumpul diruang tamu sambil menunggu Danial pulang..
"Umi , abi nanti jangan lupa ya..Majlis sebelah saya lagi dua minggu ..Ibu minta umi dan abi tidur di sana"..Fizi menyampaikan hasrat ibunya kepada kedua mentuanya..
"inshaAllah Fizi, Umi ikut je Abi..Kalau Abi okay..Umi tidur sana"..Jawab Umi Fareeda sambil menatap wajah suaminya..Abi Fira pula yang faham pandangan itu pula bersuara..
"Boleh la Fizi oi..nanti ada merajuk dengan abi sebab tak bagi dia tidur rumah kawan baik 'dia' "..Usik Abi..
Fira dan Fizi melepaskan tawa apabila melihat usikan dari pasangan yang berusia itu..Kelihatan hubungan kasih sayang antara mereka masih lagi utuh..
"Okay abi..Fizi faham..Dan lagi satu, inshaAllah dalam dua hari lagi saya rancang nak pergi bercuti dengan Fira..Jadi, saya minta izin umi abi benarkan saya bawa anak kesayangan umi dan abi ini"..Kata Fizi sambil mencuit hidung isterinya yang melopong memandangnya..
Memang Fizi sendiri yang rancang tanpa berbincang dengan isterinya..Kata surprise! hehe!..
"Fizi, Fira kini sudah dibawah tanggungjawab Fizi..Jadi, abi lepaskan amanah abi yang satu tu dekat kamu ye! Jaga dia macam nyawa fizi sendiri ye ..Abi tahu Fizi mampu atasi Fira dan boleh pimpin Fira walaupun ada masa Fira ni degil dan keras kepala"..
"Abiii!!"..Terus terpotong mood sedih Fira apabila abinya sendiri mengutuk dia ..Umi pula sudah ketawa..
"Betul tu Fizi, umi harap ikatan perkahwinan dan rumahtangga kamu berdua berkekalan hingga ke jannah..Kalau ada salah faham antara kamu, jangan biarkan lama..Terus berbincang dengan baik..Memang akan ada bergaduh ..Tapi anggap sajalah itu 'asam garam' dalam berumah tangga..Kalau kamu sudah nasihatkan Fira tapi tak jalan juga..Mari hantar sini! Tahulah umi 'settle' kan!"..Uminya pula mengusik..
Fira mencebik sedih dan geram kerana kelihatan suaminya sedang menahan ketawa..
"Assalamualaikum"..Kedengaran suara memberi salam..Terhenti sebentar bualan mereka..
Kelihatan wajah Danial dan Fiqah menyapa dengan senyuman..Danial masuk dengan memeluk erat isterinya kerana isterinya kini sudah mengalami alahan ibu mengandung pada trimester pertama..
"Waalaikummussalam..Kenapa dengan Fiqah pucat je tu.." Jawab umi dengan nada risau..Tapi, Fiqah sedaya upaya memberi senyuman..Pening kepala dan loya masih tak berkurang..
"Aah ibu, Fiqah tak sihat"..Jawab Danial sambil tersengih..Dia mendudukkan isterinya di sofa empuk itu..Danial dari semalam tak henti tersenyum menggambarkan dia berasa gembira..
"Sebenarnya, Danial ada nak bagitahu sesuatu"..Danial bersuara..Yang lain hanya diam menanti..
"Umi dan abi tak lama lagi akan jadi atok dan nenek! Fira dan Fizi pula akan jadi pakcik dan makcik!"..Jawab Danial dengan teruja..Fiqah mengangguk kepala apabila melihat beberapa pasang mata menatapnya..
Fira yang terkedu terus saja melompat riang mendekati rakan baiknya..Yang lain sudah mengucap syukur..
"Wahh! kau pregnant weh! Tak sabar nak dengar suara baby dalam rumah ni!"..Kata Fira sambil memeluk erat Fiqah..Fiqah tersenyum..
"Ehh, jangan lah peluk kuat sangat..Isteri abang tengah 'alahan' ni..Nak kena muntah ke? Abang je boleh peluk kuat isteri abang!"..Usik Danial..Fiqah tergelak melihat wajah cemberut rakannya..Dia tahu suaminya suka mengusik adiknya..
"Alahh, abang ni kedekut lah! Ish!"..Fira mencebik menyampah..
"Adik dah ada suami kan? Pergilah peluk dia..Dapat kumpul pahala ! haha"..jawab Danial sambil tergelak..Fizi pula sudah tersengih sambil mengeleng kepala..
"Sudahlah Danial..Kesian Fira..Fiqah kawan baik dia jugakan..Biar jelah"..Buat pertama kalinya Uminya membela Fira..
Terus tersenyum lebar Fira sambil menjelir lidah kepada abangnya..Danial kelihatan menjeling tajam adiknya!
Dan suasana kembali meriah dengan kenakalan kedua- dua adik beradik yang saling tak mengalah..Tak lama itu, keadaan kembali tenang apabila Danial menemani isterinya berehat di dalam bilik..Fira dan Fizi juga berehat..Dan malam itu, rancangan mereka untuk memunggah hadiah dan barang hantaran yang diterima..
******
Selang beberapa hari, akhirnya..Fira dan Fizi telahpun berangkat ke destinasi bulan madu mereka ..Ketika ini, mereka sedang berada di dalam kapal terbang..Fizi mengerling ke arah isterinya yang bermuka masam..Fira begitu disebabkan Fizi tidak mahu mengatakan destinasi mereka berdua berbulan madu..
Setelah beberapa jam, mata Fira membulat apabila mendengar pramugari mengucapkan 'Welcome to Bali'..Tempat idamannya untuk berbulan madu ..Fira memeluk erat suaminya..Terharu!
"Thankyou awak!"..Kata Fira sambil memberi kucupan mesra di pipi suaminya..
Fizi tersengih sambil mencium dahi isterinya.."Jom turun, kita pergi check in dulu"..
Fira mengangguk lalu mengikut suaminya sehingga mereka berjumpa dengan pemandu pelancong yang dibayar..Fira dan Fizi dibawa menaiki kereta menuju ke resort yang telah disewa ..
Selesai saja mereka check in..Masing-masing membaringkan badan di katil..Fira menoleh melihat suaminya yang sedang memejamkan mata..Dia tahu suaminya penat menguruskan hal bulan madu dengan hal kerja..
Fira memusingkan badan menghadap suaminya lalu dia memeluk erat pinggang suaminya..Muka di sembam ke dada bidang itu..Fizi tersenyum dengan perlakuan isterinya lalu tangannya membalas pelukan itu..
"Penat sangat ke awak? Sorry lah kalau saya banyak susahkan awak!"..ujar Fira serba salah..Walaupun rancangan bulan madu ini bukan darinya tapi dia risau kerana akan mengganggu hal kerja suaminya..
Fizi terus mencelikkan matanya apabila mendengar suara itu..Fizi terus menarik tubuh isterinya untuk berbaring di atasnya dengan separuh badan..
"Apa cakap macam tu pula? sayang tak menyusahkan abang pun..Malah, abang lagi suka kalau sayang 'susahkan' abang..Nampaklah dekat situ, yang sayang sangat bergantung dengan abang.."
"Yelah, saya risau akan ganggu waktu kerja abang ke.."
"Takdelah..jangan fikir bukan-bukan..Abang tak pernah terfikir langsung pasal tu..And now! jom kita teruskan agenda bulan madu kita"..Jawab Fizi tersengih ..
Fira mendongak menatap wajah suaminya sambil berkerut..'Agenda?'..
"Maksud awak?"..
"Sayang nak kita terus 'work hard' dekat sini atau sayang nak pergi jalan-jalan luar?"..Soal Fizi sambil tersengih nakal..Dan macam biasa, tangannya sudah menjalar masuk ke dalam baju isterinya..
Mata Fira terbeliak!..
"Awakkk!! Kita baru sampaikan..Jangan lah macam tu..Nantilah kita 'bekerja' sekali eh? saya nak rehatkan badan dulu"...Fira mengadu sambil mencebik..
"Okay, abang tuntut malam ni..Abang nak kejar Danial sebab dia dah langkah satu kehadapan dari kita"..
"Maksudnya?"..Fira berasa otaknya tak berfungsi..
Fizi tertawa riang melihat wajah 'blur' isterinya..
"Sayangg! Kenapa 'blur' sangat hari ni?"..Soal Fizi yang masih ketawa..
"Awak lah! Suka cakap berkias sangat..Saya mana faham!"..Bidas Fira sambil wajah masamnya..'Ish dia ni..nasib laki aku!'..
"Okay-okay..Abang nak make a 'baby' with you..Abang Danial awak tu tahun depan dah dapat 'baby'..So, abang nak jugak tahun depan kita dapat baby!"..Terus terang Fizi membuatkan pipi Fira memerah..Baru dia faham kini hasrat suaminya..
"InshaAllah kalau ada rezeki, kita kena usaha lah"..Jawab Fira perlahan..
"Yee ,selain dari doa , abang nak usaha lebih la ni.."Usik nakal Fizi membuatkan Fira ingin bangun dari pembaringan..
"Haa, nak pergi mana tu? Sini baring balik..Abang gurau je..Jom kita rehat dulu..Nanti dah zohor kita solat dan makan sekali, okay?"..Pujuk Fizi..Fira pula terus membaringkan tubuhnya disebelah suaminya..Dia hanya membiarkan suaminya memeluk dan menciumnya seperti bantal peluk..
*****
Setelah seharian mereka berjalan sehingga matahari terbenam..Mereka kini sedang bersantai di kawasan kolam sambil bersandar di kerusi malas yang disediakan pada bilik..Bilik VVIP katakan!..Masing-masing kekenyangan ..
Angin meniup lembut wajah mereka..Fira terpejam menikmati angin malam..Sejuk dan nyaman..Lalu, tangannya memeluk tubuh..Dalam dia berkhayal..Fizi datang mendekat lalu bersandar di kerusi itu..
Terbuka mata Fira apabila merasakan badannya di himpit..
"Allah, sempitlah awak! Kerusi ni kecik je!"..Tegur Fira..seperti biasa Fizi memang takkan mengalah untuk mendekatkan dirinya dengan isteri kesayangan ..
"Alahh, share lah..Sini duduk atas abang"..Jawab Fizi selamba sambil menarik tubuh ringan isterinya lalu memeluk erat tubuh itu..
Fira hanya mengeleng melihat suaminya yang taknak mengalah ..Dan dengan tak banyak bicara..Fira membalas pelukan itu..Dia terharu kerana suaminya tetap ingin memenangi hatinya..Terus dia teringat kisah perkenalan mereka ..Layanannya sangat teruk sehinggakan lelaki itu sanggup bertahan..
"Sayang, abang ada satu lagu khas untuk sayang..Dengar tau!"..Kata Fizi..Dia teringat satu lagu yang menggambarkan hatinya..
Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari
Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu
Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
#Perubahan by Eren..
Selesai saja bernyanyi, Fizi mengucup kening dan dahi isterinya lama..Sungguh dia bersyukur dengan nikmat isteri yang dihadiahkan oleh Tuhan..
"Awakk hmm"..Dia ingin meminta maaf atas kesalahannya..Dia sedar kini sikapnya dulu kebudak-budakan..Dia terharu terdengar nyanyian dari suaminya..
"Ye sayang kenapa?"..Soal Fizi perlahan..
"Saya nak minta maaf dekat awak sebab selama kita berkenalan, saya selalu layan awak dengan teruk..Sampaikan ada masa kita tak bertegur..Saya taktahulah macam mana saya boleh berkelakuan seperti itu dulu..Sekarang, saya sedar yang saya banyak sakitkan hati awak..Tapi, awak tetap bertahan dengan saya..Saya minta maaf..Tsk tsk"..Esakan terdengar di pelupuk telinga Fizi membuatkan lelaki itu tak senang duduk..
"Eh, sayang..Ya Allah kenapa ni?"..Bukan Fizi tak dengar luahan isterinya..Tapi tak sangka isterinya akan menangis ..Dia terus terduduk sambil memeluk erat tubuh itu..
"Pandang abang sayang"..
Fira mengeleng kepala di dalam dakapan suaminya..Fizi mengalah lalu dia menepuk lembut belakang isterinya..Dia tahu hati isterinya sangat lembut ..Jadi, pasti ada sebab kenapa sebelum ini isterinya berkelakuan seperti itu sebelum ini..Tapi, sejujurnya, dia tak kisah kerana dia telah memiliki wanita itu..
"Shuhh, dah sayang..Abang tak ambil hati dengan sayang..Abang maafkan sayang..Abang tahu mesti ada sebab kenapa sayang layan abang macam tu sebelum ni..Abang tak kisah..Yang abang nak hanyalah sayang..Abang bersyukur sebab sayang sanggup terima abang..Itu sudah cukup buat abang bahagia..Abang taknak benda lain dah..Percayalah!"..
Fira hanya diam dan tangisnya sudah reda..Hatinya terpujuk dengan kata-kata suaminya..
Fizi menarik keluar Fira dari pelukan lalu menatap sayang wajah itu..Fizi menyapu sisa air mata dan ciuman singgah diseluruh wajah isterinya..
"Sayang okay?"..Soal Fizi risau..
Fira mengangguk kepala sambil tersengih malu..Pertama kali dia menangis macam budak-budak sambil peluk suaminya..
"Sorry a-abang..Habis baju basah"..Ujar Fira sambil melihat baju suaminya yang basah di bahagian dada bidang itu..
Fizi tersenyum sambil mengeleng..Hatinya gembira bukan kepalang mendengar isterinya memanggilnya 'abang'...."Takpe sayang..Abang okay je..Abang suka sebab sayang menangis dekat abang..Rasa dihargai"..Balasnya sambil tersengih..
Fira mengangguk sambil tersengih..Mereka berdiam sebentar lalu Fizi kembali bersuara..
"Sayang, jom kita mandi kolam nak?"..Ajak Fizi..Tiba-tiba saja dia ingin mandi kolam dengan isterinya..
"Tak sejuk ke abang?"..
"Takdelah, sekejap je..Kalau sejuk, abang kan ada"..Lain macam suara Fizi ketika itu sambil tersengih nakal..
"Gatal eh abang ni..kalau macam tu..jomlah..Sekejap je tau!"..
"Okay jom, sayang boleh berenangkan?"..
Fira mengangguk..Lalu, Fizi terlebih dahulu terjun ke dalam kolam..Setelah itu, dia menghulurkan tangannya kepada isterinya..Mereka mandi dan berenang bersama..
Fizi berasa ghairah lain macam apabila melihat isterinya yang sedang terapung di atas air..Dengan pantas, dia berenang mendekati isterinya dan pinggang isterinya di peluk..Fira tersentak lalu menepuk kuat lengan itu kerana dia hampir tenggelam dalam air ..
"Abang! terkejut saya! Nasib tak lemas saya!"..
"Sayang tu seksi sangat! Abang tak tahan!"..Jawab Fizi sambil matanya melihat tubuh basah isterinya..Mereka kini berada di tengah kolam..Saling bertatapan dan tangan kekar itu bermain di tubuh isterinya..
Fira hanya membiarkan saja..Sejak bergelar isteri dia mula suka dibelai..Fira tersenyum melihat wajah suaminya kelihatan ingin meminta sesuatu..
"Sayangg, jom kita 'work' dekat atas!..Sayang seksi sangat ni buat abang tak tertahan"..Jujur Fizi lalu dia menarik isterinya naik ke atas..Nafsu satu itu perlu dilunaskan kalau tidak, tak senang hidupnya..
Sampai saja di atas, Fizi mengangkat tubuh isterinya dan membawa hingga ke atas katil..Dia tak kisah jika dipanggil gelojoh..Asalkan dia dapat lunaskan nafsunya dengan isterinya..
Fira hanya layankan saja..Tipulah kalau dia tak suka..Isteri mana tak suka dibelai kan?..Dan akhirnya, masing-masing tenggelam dalam asmara..
'Ya Allah, aku mohon kekalkanlah kemanisan dalam rumahtanggaku..Hanya kau saja tempat aku mengadu!'..Fira sempat berdoa sebelum tertidur akibat keletihan bersama suaminya..
Hye readers..Sorry lambat update..Kalini saya belanja chapter panjang sikit! Happy reading! #Jangan Lupa Komen dan Share dengan kawan-kawan yang lain ye! Bye! #Psst: Ada satu lagi bab yang tinggal..Stay tuned! :)
Share this novel