Bab 27: Tangguh

Short Story Completed 17013

Beberapa minggu berlalu, Danial kini telah berpindah tempat kerjanya di Kuala Lumpur setelah menguruskan beberapa hal di Kelantan..Cawangan di sana akan di ambil alih oleh ahli keluarga Fizi sendiri..Danial telah pun bekerja di bawah satu bumbung dengan kawan rapatnya itu.

Danial juga sudah menetap di rumah bungalow sendiri yang telah dibeli olehnya di sekitar kawasan tempat kerjanya..Dan rumah mereka hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk ke rumah familynya sendiri..Fiqah pula kini diminta untuk menjadi surirumah sepenuh masa..Tapi?..huhu,

Danial kini sedang berehat di kerusi empuknya sambil bersandar..Matanya dipejam sebentar sambil lengan kirinya diletakkan pada dahi..Bibirnya menguntum senyuman apabila teringat peristiwa Fiqah merajuk dengannya apabila dia meminta isteri kesayangannya itu berhenti kerja dan duduk di rumah..Merajuk dia sampai boleh menyesakkan dadanya di mana Fiqah hanya menyasarkan 'silent treatment' kepadanya..Sungguh sesak dada lelakinya apabila dia sendiri terpaksa belajar dengan sendirinya membuka Google untuk memujuk hati wanita..Mencabar!

FLASHBACK

"Sayang, sini kejap..Abang ada nak bincang sikit sesuatu dengan sayang!"..Ketika itu, mereka baru selesai makan malam..Dan ketika itu, Danial sudah pun melabuhkan punggung di sofa ruang tamu dengan kain pelikatnya..

"Sekejap!"..Sahut Fiqah di dapur..Kawasan dapur dan ruang tamunya hanya bersebelahan..Ketika itu, Fiqah masih sedang mengelap tangannya selepas sudah mencuci pinggan..Dan dia bergerak membancuh dua cawan kopi ..

Setelah mendengar sahutan dari isterinya, Danial kembali fokus ke arah televisyen..

"Abang"..Panggil Fiqah ketika keluar dari ruang dapur sambil membawa dua mug di kedua belah tangannya..Danial terus menoleh sambil tersengih dan mula bangun untuk menyambut satu cawan yang di hulur..

"Sayang nampak seksi pakai kain batik!"..Bisik Danial di telinga isterinya sesudah menghirup air kopi buatan isterinya itu..Tak manis tak pahit sangat..sedang-sedang saja..Danial sudah mula mood menggatalnya..

Fiqah yang mendengar usikan itu terus tersedak..Tangan kirinya menepuk dadanya dan tangan kanan meletak mug air di atas meja kopi..Danial.yang perasan reaksi isterinya terus saja menepuk perlahan belakang isterinya..

"Abang nii..." Fiqah berasa geram dengan tingkah gatal suaminya itu..Semenjak dia berkahwin dengan lelaki itu, dia sudah nampak sisi lain lelaki itu..Yang dulunya agak beku! sekarang?...haih

Danial sudah tersengih sambil tangannya membelai rambut panjang Fiqah..Dia tahu isterinya itu berasa geram dengannya .. Selama mereka hidup berdua, dulunya dia jarang memakai kain pelikat..Tapi, kini koleksi kain pelikatnya bertambah..Dia telah terpengaruh dengan ayah mentuanya yang setiap malam akan memakai kain pelikat.

"Abang nak apa ni dok usap-usap orang?"..Soal Fiqah..Hilang sudah geramnya tadi apabila sudah dibelai..Itulah kelemahannya! Pantang dibelai tentu sejuk hati!..

"Abang nak sayang bolehh.."Sakat Danial lagi..

Pap!

Tapak tangannya sudah singgah di paha suaminya..Tanda dia mula geram apabila melihat suaminya yang suka bermain-main..Danial terus menangkap tangannya itu lalu dicium lembut..Fiqah pula hanya melayan kerenah manja suaminya itu yang tak terduga..

"Abang nak bincang pasal sayang lah"..Danial bersuara apabila isterinya sudah diam..Danial mengalih tubuh isterinya itu lalu menghadapnya dan tarik ke depan supaya lebih rapat..Dan tangannya mula bergerak memeluk pinggang ramping milik Fiqah..

Fiqah pula hanya diam dan terima saja perlakuan suaminya itu..Kerana tingkah suaminya itu dapat mengeratkan lagi hubungan mereka suami isteri..

"Hmm, abang ada permintaan.."

"Permintaan apa tu?"..Soal Fiqah kembali sambil menatap mata suaminya..

Pandangan mereka bertaut beberapa saat sebelum Danial berdehem perlahan supaya dia tidak tenggelam dengan nafsunya kerana dia perlu sampaikan hasratnya..

"Abang harap permintaan abang , sayang dapat penuhi"..

"Hmm, macam berat je tu..Apa dia abang?"

"Abang nak minta sayang berhenti kerja boleh?"..Soal Danial perlahan..Suaranya di lembut sebolehnya..

Fiqah terkejut lalu bersuara.."Kenapa ?"

Danial yang sudah boleh jangka reaksi isterinya terus memperketatkan pelukan di pinggang isterinya itu..

"Abang nak sayang jadi surirumah ..Abang masih boleh tanggung keperluan untuk sayang..Abang boleh sediakan semua keperluan dan nafkah untuk sayang..Abang nak sayang sentiasa sambut abang apabila balik dari kerja..Abang nak sayang setiap hari masak sedap-sedap untuk abang .."..Jawab Danial..

Wajah Fiqah berubah riak..Memang dia ingin bekerja mencari duit sendiri untuk memuaskan nafsu wanitanya itu..

"Alahh, Fiqah nak kerjaaa.."..Jawab Fiqah meleret sambil itu memujuk hati suaminya..

"Bukan abang tak bagi sayang kerja..Tapi, abang risau keselamatan sayang..Lagipun, tak salahkan sayang jadi surirumah?"...

"Hmm, Fiqah nak rasa sendiri merasa duit sendiri..Fiqah taknak bergantung dengan abang sorang je"..Bantah Fiqah lagi..

"Tak cukup ke duit nafkah yang abang bagi? Fiqah tahu kan..Seorang suami memang bekerja untuk menyara keperluan keluarganya..Dan semestinya untuk isteri..So, sayang adalah tanggungjawab abang.." Pangkah Danial lagi..Dia tahu dalam diam Fiqah ada juga degilnya..

"Alahh, Fira boleh je kerja..Kenapa Fiqah tak boleh?!"..

"Fira tu lain sayang..Dia adik abang..Sayang tu isteri abang..Pangkat lain tau..Keperluan sayang lebih penting walaupun kami adik beradik tapi abang sentiasa juga jaga dia..Tak boleh ke penuhi permintaan abang sayang?..Susah ke ?"..Jawab Danial..Mukanya dibuat beku dan serius..Hajatnya semata-mata untuk keselamatan isterinya..

Fiqah sudah kembali muram..Dia terdiam apabila suaminya mula buat muka beku itu..Dia mula ingin merajuk..Dan malam itu, Fiqah telah melancarkan serangan 'silent treatment' dengan suaminya itu..

Dan keesokannya, Danial terpaksa memikir cara untuk memujuk buah hatinya itu..Terseksa batinnya melihat isterinya yang tidak melayannya..Dan petang setelah balik kerja, Danial telah membeli bouquet bunga dan coklat..Dan sepasang baju dress yang cantik untuk memujuk hati sang isteri..

Setelah puas memujuk, akhirnya dia telah memberi kata putus.. isterinya boleh bekerja tapi hanya bekerja di butik ibunya yang sekarang sudah dikendalikan oleh Fira .. Fiqah yang mendengar cadangan itu terus saja melompat ceria..Mana taknya! bekerja dengan kawan baiknya kan? Siapa tak suka!

Dan, malam itu..hubungan mereka sudah kembali ceria dan baik..

ENDFLASHBACK

Tit Tit.

Kedengaran bunyi chat masuk di aplikasi Whatsapp..Dengan pantas, Danial mencapai telefonnya dan membuka apps tersebut..Kelihatan isterinya menghantar gambar seorang lelaki sedang bergelak ketawa bersama seorang wanita..

'Abang! Fizi berjumpa dengan siapa tu?! Tahu tak Fira dah merajuk!'- Sayang

Danial berkerut-kerut melihat gambar itu..Dia cuba zoom wajah wanita itu..Tapi, gambar agak jauh jadi wajah wanita itu agak kabur..

'Mana abang tahu sayang..Abang bukan PA dia sayang..Mungkin itu client dia' -Abang sayang

Fiqah yang sedang bersama Fira di salah satu restoran didalam Mall untuk makan tengahari itu terus melihat balasan dari suaminya..'Kata kawan baik, tapi taktahu apa-apa!'..Bisik hatinya..Lalu jari jemarinya laju menari di skrin telefon..

'Kata kawan baik..Takkan taktahu abang oi!..Adik ipar saya ni dah masam tau muka dia..Apa yang abang tahu?'..-Sayang

Danial yang berada di office sudah pelik..'Aik, aku pulak yang dia nak marah? tak boleh jadi sayang aku ni!'..Geram hatinya..Lalu dia membalas..

Fiqah menatap sekejap wajah keruh milik rakannya itu..Telefon yang bergetar itu dibiar sahaja sebentar lalu dia mula menegur Fira..

"Kau taknak makan ke Fira?..Janganlah fikir sangat..Mana tahu itu client dia ke?"..Pujuk Fiqah..

Fira hanya diam..Dia taktahu cara untuk jelaskan kepada Fiqah yang dia lihat itu bukanlah kali pertama..Sebenarnya, Fira sudah pernah terserempak dengan Fizi makan bersama wanita lain..Ketika itu, Fira hanya fikir positif mungkin wanita itu client lelaki itu..

Dan kalini, sekali lagi dia terserempak dengan lelaki itu makan bersama wanita lain..Dia mula mengeluh perlahan kerana hatinya mula rasa lain melihat kejadian itu berulang..Tadi, Fiqah juga ada mengajaknya menyapa lelaki itu..Tetapi, Fira menghalang kerana hatinya sedih melihat wanita itu menepuk tampar lelaki itu..Dan reaksi Fizi hanya gelak saja..Bukan menepis!..Sekarang dia sedang memujuk hatinya yang lara..'Adakah dia sudah tunjuk belangnya? 'Soalnya dalam hati..

Dan yang membuat dia sakit hati, lelaki itu sudah jarang 'contact' nya..Kadang-kadang hanya ucapan 'morning' saja..Dan jarang untuk call berbual panjang seperti selalu sebelum tidur..Pada mulanya, dia terima mungkin lelaki itu letih dan sibuk dengan kerja..Jadi, Fira hanya endahkan saja..Tapi, sekarang semua itu sudah tiada..'Kenapa dia berubah?'..Banyak persoalan bermain difikirannya..

Fiqah pula terdiam apabila melihat rakannya itu mengelamun..Dia mula tak senang hati melihat keadaan kawan baiknya itu kerana reaksi wajah itu sekarang seperti reaksi ketika Fira baru saja putus dengan Haikal dulu tapi tidak seteruk sekarang..Makanan pun langsung tidak di jamah!..

Fiqah melihat balasan dari suaminya sebentar..

'Sayang ingat Abang PA dia ke sayang?..Adik abang okay ke tu? Sayang tolong pujuk dia boleh? Mungkin Fizi keluar dengan client dia'- Abang sayang

Lalu Fiqah membalas..

'Adik abang tu dah mula mengelamun..Takpe, nanti Fiqah cuba pujuk dia..Okaylah, sayang nak makan..Abang jangan lupa makan..Jumpa petang nanti..Bye! Muah'..-Sayang

Sempat lagi Fiqah bersweet-sweet dengan suaminya..Beberapa saat kemudian, gigi putih kelihatan ketika melihat balasan dari suaminya..

'Okay sayang ! Muah too' (emoji bibir kedepan)- Abang sayang

Fiqah hampir tergelak..tapi, dia mampu tahan..Kelakar kerana suaminya sudah pandai hantar emoji nakal padanya semua gara-gara dia yang suka menghantar emoji setiap kali chat dengan suaminya..Jadi, suaminya pun pasti sudah terikut dengan perangainya itu..Setelah selesai melihat balasan dari suaminya..Fiqah kembali fokus dengan rakannya..

"Fira..kau okay?"..Soal Fiqah perlahan..

Fira mengeleng perlahan sambil mengeluh..Dia taktahu apa yang perlu dia rasa sekarang..

"Ada apa-apa kau nak share dengan aku? Aku boleh jadi pendengar setia kau"..Ujar Fiqah..

Fira terdiam seketika lalu dia mula bersuara..

"Nantilah aku story dengan kau! Jomlah kita makan..Takut lambat masuk sebab kejap lagi Datin Suraya datang nak tengok baju dia dah siap ke belum"..Jawab Fira selamba dan mula menyuap makanan ke dalam mulutnya..

Fiqah pula hanya sekadar mengangguk kepala..Dia ingin memberi ruang kepada wanita itu untuk bertenang..Dia tahu kejadian tadi mungkin dugaan bertunang bagi Fira dan Fizi..Itu sebab suaminya tidak mahu bertunang lama-lama kerana dugaannya cukup besar..Jika ada pasangan yang tidak mampu bertahan jadi hancurlah tali pertunangan mereka..Perkara itu sangat merisaukan!

*******

Fizi melangkah masuk ke pejabatnya lalu melabuhkan punggung di kerusi empuknya..Badan di sandarkan untuk merehatkan badannya yang lenguh ..

Matanya dipejam seketika..Tak lama itu, kedengaran ketukan di pintu..Fizi membetulkan duduknya lalu meminta gerangan diluar untuk masuk sambil membuka fail dokumen..

"Wah, busy nampak!"..Tegur Danial ketika melangkah masuk ke bilik 'boss' merangkap kawan baiknya..

Fizi mengangkat kepala ketika dia sedang membelek dokumen diatas meja..Fizi tersengih..

"Duduklah"..Danial bergerak lalu menarik kerusi di hadapan kawan baiknya itu..

"Ada apa kau datang sini? Btw, kau dah lunch ke?"..Soal Fizi..

"Aku order Foodpanda tadi..Kejap lagi aku lunch"..Jawab Danial..Niatnya disini ingin bertanyakan gambar yang di hantar oleh isterinya itu..

"Lahh, asal kau tak makan lagi? Dah lewat ni!..Banyak sangat ke kerja kau? Habistu, kau dah solat ke belum?"..Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut bossnya itu..

"Ehh, rileks lah..Aku dah solat lah..Makan je belum..Kerja aku banyak sebab kau jugak yang bagi kan..Nak salahkan siapa ni hm?"..Balas Danial setepek ke kawan baiknya itu..Kening sebelah dinaikkan seakan menduga lelaki itu..Sebenarnya dia tak kisah pun, namakan 'kerja' mana ada kerja duduk goyang kaki..Ye dok?!

Fizi sudah sengih seperti kerang busuk..Fizi mula serba salah kerana dia juga turut sibuk dengan beberapa projek baru yang mereka terima..

"Alahh, sorry lah..Aku terpaksa minta tolong kau sebab kau pun tahukan banyak projek baru masuk..Aku pun jadi kelam kabut..Ada kau dekat sini sangat membantu sebab kau banyak pengalaman ..So, aku boleh letak sepenuhnya kepercayaan aku dekat kau..Sorry eh"..Jawab Fizi sambil menggosok lehernya tanda di serba salah..

Danial tergelak melihat wajah muram kawan baiknya itu..Fizi pula kebingungan..

"Alah, kau ni..Aku saja je mengusik kau..Aku tak kisah pun .."..Danial berkata sambil ketawa..

"Hehe, takpelah kalau kau okay..Risau lah sebab kau kan dah ade 'bini' dekat rumah..Takut aku kena serang pulak nanti sebab bagi kerja banyak sangat dekat suami tersayang dia ni"..Balas Fizi mengusik kembali..

Danial ketawa mendengar jawapan lelaki itu..Kepala digelengkan tanda di tak boleh blah..'Ada ke patut takut kena serang dengan bini aku? Taktahu ke bini aku tu manja orangnya! Eh, aku sorang je boleh tahu!..Bisik hatinya ..

"Haa, baguslah kalau takut..Senang nanti aku hantar orang rumah aku serang kau terus kalau kau ada buat hal dengan aku!"..

Fizi turut tergelak .."Amboi kau bukan main nak suruh orang rumah kau serang aku eh..Tak guna punya laki!"..Sambil menjeling

Danial tergelak..Seketika ketawa sudah perlahan..Danial menyambung berbual dengan kawan baiknya itu..

"Haa, By the way, kau lunch dengan siapa tadi? Bukan main lagi bertepuk tampar eh?"..Soal Danial terus tanpa berlindung..

Fizi terkejut mendengar soalan lelaki itu..

"Macam mana kau tahu?"..Soal Fizi pelik..

"Nah, kau tengok ni"..Kata Danial sambil menunjuk gambar yang di hantar oleh isterinya..Mata Fizi sudah terbeliak..

"Siapa hantar gambar tu dekat kau?"..Fizi mula rasa tak sedap hati..Risau!

"Isteri aku!"..

"Isteri kau? Bermaknaa...." Fizi sudah terdiam..Dia tahu yang isteri kawan baiknya itu sudah bekerja dengan tunangnya..Dia menepuk dahi atas khilafnya..Aduh macam mana kalau dia salah faham?

"Betullah apa yang kau tengah fikirkan tu..Aku bukan nak masuk campur hal kau dengan adik aku..Just, aku nak ingatkan je..Hati adik aku tu kalau dah tawar hati..Habislah kau!"

Fizi terdiam sambil kepalanya sarat memikir cara untuk memujuk kekasih hatinya itu..

Danial menyambung kembali apabila melihat reaksi Fizi yang sudah terdiam itu..

"Aku dengan Fiqah takkan masuk campur hal kau orang berdua..Kau settlekan sendiri hal ini..Aku keluar dulu lah eh..Nak sambung kerja"..Kata Danial sambil bangun dari duduknya..

Fizi mengangguk kepala lalu menghantar tubuh kawan baiknya itu keluar..Sesudah pintu tertutup, dia mengeluh perlahan sambil badan bersandar di kerusi semula..

Lalu, tangannya menghantar mesej pendek kepada Fira..

'I need to see you tonight..i'll pick up you at your home at 8 o'clock'

Fizi merangka sesuatu supaya dapat memujuk hati si dia..Memang salah dia kerana disebabkan sibuk dengan pekerjaan dan clientnya menyebabkan wanita kesayangannya berasa tersisih dan salah faham..Fizi mengeluh resah memikir jika pertemuan mereka malam ini akan memberi impak negatif ..

********

Sampai saja di rumah, Danial membuka pintu untuk isterinya masuk terlebih dahulu..Sudah menjadi kebiasaan bagi Danial untuk menghantar dan mengambil isterinya pulang dari kerja..

Fiqah melangkah masuk lalu, dia menapak rapat ke arah suaminya. Lalu tangan dihulur kehadapan..Danial yang mengerti perlakuan isterinya terus saja menghulur briefcase dan baju kodnya kepada Fiqah..Fiqah tersenyum melihat wajah keletihan suaminya itu..Danial masuk sambil mengunci pintu utama rumah..

Fiqah melangkah masuk lalu meletak barang suaminya di dalam bilik..Dan sambil itu dia membuka tudung sebelum melangkah keluar lalu bergerak masuk ke dapur untuk memberi suaminya air..

Kelihatan suaminya bersandar lemah di sofa sambil pejam mata..Fiqah perlahan berjalan sambil membawa satu mug air lalu tangan kirinya menepuk perlahan bahu suaminya..Danial yang baru saja terlelap terus tersedar apabila ada tangan menepuk bahunya..

Dia menoleh ke kanan dan terlihat isterinya sedang tersenyum sambil menghulur satu mug air..Dengan perlahan, dia menyambut sambil membalas senyuman isterinya..Air diminum untuk hilangkan dahaga..

"Abang okay? Letih sangat nampaknya..Banyak kerja ye?"..Fiqah bersuara..Tangan Fiqah naik lalu mengurut perlahan bahu suaminya dengan jarak yang dekat ..Fiqah dengan sengaja mencium pipi suaminya..Tindakan itu membuatkan Danial yang layu tadi terus segar..Matanya berkelip-kelip melihat isterinya yang sedang tersengih..

"Come, hug me please..i miss youu"..Rengek Danial manja sambil tangan didepakan ..Fiqah pula layankan saja kerenah suaminya itu lalu bergerak memeluk suaminya itu..Dan sekali lagi, dia menghadiahkan satu kucupan hangat di pipi suaminya..

Danial tersenyum bahagia..Dia tahu isterinya juga suka bermanja dengannya..Pelukan dieratkan seakan tidak mahu melepaskan kesayangannya itu..

"Abangg, dah lewat ni..Dah nak maghrib ni..Kalau letih sangat, lepas isyak kita rehat ye..Tidur awal"..Kata Fiqah yang masih berada dalam pelukan suaminya..

"Hmm, sayang mandikan abang boleh? Abang tak larat lah!"..Danial bersuara..Pelukan sudah dilonggarkan..

Fiqah bergerak keluar dari pelukan itu..Dia melihat wajah letih suaminya itu..Jatuh kesian dibuatnya..Tapi, dia juga pelik dengan sikap manja terlebih suaminya..Namun, dia hanya layankan saja..

"Dah jom, kita siap-siap..Lepas isyak rehat okay"..Ujar Fiqah sambil menarik kedua belah tangan suaminya untuk bangun..'Berat!'..

Danial dengan malas bangun dengan bantuan isterinya..Dia pun taktahu kenapa badannya berasa sangat lesu ketika itu..Dan badannya berasa lenguh mungkin duduk agak lama..

Fiqah mengeleng melihat suaminya..'Macam orang nazak dah laki aku ni!'...'Astaghfirullah, berdosa kutuk suami oi!'..Fiqah tersedar ketika menarik tangan suaminya masuk ke bilik beradu mereka..

*******

Malam itu, seperti yang di janjikan..Fizi mengambil Fira di rumah dan sekarang dia memandu ke arah restoran yang telah di tempah..Suasana di dalam kereta hanya diam tanpa sebarang suara atau bunyi..Fira yang masih lagi dengan hatinya yang kecewa tetap mendiamkan diri..Fizi pula sudah tidak senang duduk..

Tiada langsung senyuman di wajah wanita itu..Dia berasa sungguh kesal dengan dirinya sendiri. Lalu, dia mengambil inisiatif untuk turut berdiam..

Sampai saja mereka di restoran itu..Makanan sudah di 'order'..Dengan berani Fizi cuba bersuara..

"Fira, i'm sorry sebab jarang chat awak ,dah jarang oncall dengan awak setiap malam. sejak kebelakangan ni saya agak sibuk sikit..Saya harap awak tak ambil hati"..Fizi meminta maaf..

Fira masih lagi mendiamkan diri..Ketika itu, makanan sudah pun sampai..Tanpa membuang masa, Fira mencapai sudu garpu untuk makan tanpa menunggu lelaki itu pelawa..Tetapi, kunyahannya agak perlahan kerana dia masih lagi melayan perasaan itu..

Suasana di meja makan mereka sunyi sepi..Hanya bunyi laga sudu dan garpu sahaja..Fizi pula dari tadi masih lagi tidak mengusik makanannya..Dia hanya memerhati tingkah wanita itu..Hatinya berdebar hebat kerana dia rasa akan berlaku sesuatu selepas ini apabila melihat wanita itu makan tanpa memandangnya..

Fira ketika itu sudah habis makan terus saja mendongak membalas pandangan lelaki itu..

"Saya ade something nak bagitahu awak"..Fira bersuara setelah menyepikan diri tadi..Fizi pula terkaku melihat wajah tanpa perasaan wanita itu..Lalu, dia mengangguk perlahan..

"Saya rasa..saya nak kita 'tangguh' kan dulu majlis kita"..Terus Fira memberi kata putus..Lalu dia bangun untuk melangkah pergi..Hati dia sebenarnya masih lagi sakit apabila melihat lelaki itu tak berterus terang dengannya..

Fizi terngadah sendiri..Terkedu dan terkelu..Beberapa saat, baru dia tersedar yang wanita itu telah bergerak jauh..Dengan pantas, dia berlari ke kaunter dan beberapa keping duit di letak pada meja..

"Baki simpan!"..Sempat dia berpesan sebelum bergerak laju mendapatkan Fira..

"Sayang, waitt!!"..Jerit Fizi diluar restoran..Fira terus terhenti langkahnya namun dia langsung tidak berpaling..

Fizi berlari mendapatkan wanita itu..Hatinya sudah tidak tenang mendengar keputusan yang dibuat oleh wanita itu..

"Why Fira?"..Soal Fizi kepastian..Baru saja dia ingin mencapai tangan wanita itu terus saja terkaku melihat air mata yang sudah membasahi pipi wanita kesayangannya itu..Mata itu berair dan merah hanya sendu ditahan..

"Siapa saya pada awak? Kalau awak rasa nak permainkan hati saya, awak silap besar..Sebab lepasni awak takkan dapat hati saya lagi"..Kata Fira sambil membalas pandangan itu..Walaupun mulutnya menafikan segala rasa tapi hatinya masih lagi berharap dengan lelaki itu..

"Saya rasa awak sudah salah faham ni"..Jawab Fizi lembut sambil dia melepaskan keluhan..Hatinya bagai disiat apabila pertama kalinya dia melihat air mata itu..

"Hantar saya balik"..Potong Fira laju sambil melangkah ke kereta lelaki itu..Fizi terdiam kerana dia sangat takut dengan keputusan wanita itu..Sungguh! dia takde niat untuk menyakiti hati wanita itu..Tapi, dia akan memberi Fira masa untuk bertenang dahulu..'Apa aku dah buat nii!'..Bisik hatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience