Bab 11: Rimas

Short Story Completed 17013

"Thankyou boss!" ..Kata Danial kepada Fizi yang sudah membuka pintu rumah milik Fizi..

"Banyaklah kau punya boss!"..Balas Fizi dengan jelingan..

Sebenarnya Danial dan Fizi berkawan rapat dari zaman belajar..Selepas itu, Danial diterima bekerja di Syarikat keluarga Fizi atas saranan Fizi sendiri..Setelah ayah Fizi meninggal dunia, Fizi terpaksa mengambil jawatan CEO..Danial pula telah dihantar ke Kelantan untuk membantunya mengurus syarikat di sana sehinggalah ke harini..

"Ini bilik kau! ..Nanti kita makan dekat keluar jelah"..Kata Fizi sambil tangannya memulas tombol pintu bilik tetamu di hadapan biliknya..Danial terpaksa menginap di rumah Fizi kerana dia terpaksa menghadiri meeting di syarikat induk yang di kemudi oleh Fizi sendiri..

"Baik bos!"..Jawab Danial laju lalu kakinya melangkah masuk bilik itu dan menutup pintu rapat dengan cepat bagi mengelak dari amukan rakannya itu..Sempat lagi dia melepaskan tawa di dalam sana ..Begitulah sikap Danial jika dia bersama kawan rapatnya sebijik perangai adiknya! Kata adik beradik kan!

"Kau panggil aku bos lagi! Siap kau!"..Jawab Fizi lalu kaki melangkah masuk ke dalam biliknya..

Seusai saja solat maghrib, mereka berdua keluar dari rumah lalu bergerak ke restoran yang berdekatan..Kenapa makan luar? Sebab Fizi letih mungkin disebabkan perjalanan pulang tadi ..

"Weyh, aku tengok kau macam ade 'something' je dengan adik aku tu?".. Kata Danial bagi memecahkan suasana sunyi di antara mereka..Di restoran itu agak mewah, mereka memilih di satu sudut yang jauh dari orang ramai..

"Maksud kau?''...Soal Fizi balik dengan kening terangkat..'Aduh kantoi ke?'..gumamnya perlahan..

"Elehh, macamlah aku taktahu..ko mesti ada hati dengan adik aku tu kan?..Kau fikir aku tak nampak ke kau tenung adik aku macam mana..Aku lelaki jugak tau, jadi aku faham pandangan lelaki kepada perempuan!"..Balas Danial dengan muka mengejek..

Fizi hanya tersengih sambil menggosok belakang lehernya..

"Asal? Aku tak boleh ke aku jadi bakal 'adik ipar' kau?"..Soal Fizi sambil mata menatap wajah Danial sementara menunggu makanan sampai..

"Eh, boleh je..Aku tak kisah pun..Okay apa kalau kau jadi adik ipar aku! Harta kau boleh aku tolong kikis sekali! Hahaha"..Usik Danial dengan ketawa jahat..

Fizi menjeling tajam..

"Kau nak kikis duit aku buat ape?! Kau pun banyak duit! ..Kalau adik kau tu takpelah..Aku tak kisah sebab bakal jadi bini aku!"..Jawab Fizi dengan nada geramnya..

"Alahh, kau ni! Aku gurau je pun..Itu pun nak sentap !"..Ujar Danial lagi..

"Mana ada sentap..Aku penat-penat kumpul duit nak kawin dengan adik kau! Boleh pulak abang dia nak kikis! Jantan tak guna !"..Balasnya lagi..

Danial masih lagi dengan ketawanya..Suka benar tengok rakannya itu mengamuk tapi mukanya langsung tak nampak macam marah!

"Hahahaha, yelah-yelah..Sorry la bro!..Aku main-main je!..Baguslah kalau dah ade niat yang baik tu nak halalkan adik aku tapii..."..Danial berhenti seketika sambil berfikir mengenai adiknya..

"Tapi apa?"..Soal Fizi dengan rasa ingin tahu..

Danial mengeluh perlahan mengenangkan nasib adiknya yang dipermainkan oleh lelaki..

"Kau kenapa diam?"..

"Aku faham niat kau tu..Tapi, aku nak bagitahu yang kau nampak je adik aku tu happy dengan semua orang dia rapat..Tapi kau jangan salah menilai hati dia, sebabnya hati dia sangat susah untuk di'tawan'!"..Kata Danial..Nada suaranya pula sudah berlainan.. risau!

Fizi hanya diam untuk menghadam segala kata yang keluar dari mulut Danial..Dia faham tapi..

"Maksud kau, adik kau susah nak buka hati dekat orang lelaki? Macam tu ke? Sebab apa?"..Tanya Fizi untuk kepastian

"Aah betul, aku tahu ramai je lelaki nak rapat dengan dia..Tapi, dia yang buat tak endah! Buat tak layan..Sebabnya, kau kena tanya dia sendiri..Aku taknak masuk campur nanti dia marah aku pulak!"..Jawab Dania laju sambil mengeleng kepala.

Baru saja Fizi ingin membuka mulut..Makanan mereka sudah sampai dan mereka makan dengan tenang..Masing-masing diam..

Selesai saja suapan terakhir dari Danial..Dia mula bersuara..

"Aku tak kisah kau nak jadi bakal adik ipar aku! Aku terima je..Family aku pun rasanya tak kisah sebab umi abi aku dah kenal kau..Masalah sekarang kau ialah Fira..Kau kena buat dia jatuh hati dekat kau kalau kau rasa adik aku yang terbaik untuk jadi bakal isteri kau..Aku sokong!"..Kata Danial dengan semangat..

Fizi mengangguk faham..Dia tersenyum kerana Danial dan keluarga dapat terimanya untuk masuk ke dalam keluarga mereka..Cuma,baginya untuk memenangi hati si dia adalah salah satu cabaran yang tinggi dan dia sahut cabaran itu!

Mereka keluar dari restoran dan memandu pulang ke rumah Fizi..Masing-masing kekenyangan dan keletihan..Jadi, mereka ambil keputusan untuk berehat di dalam bilik saja..

Sebelum Danial tidur, dia terfikir untuk menghantar chat ke Fiqah..Tapi, hatinya ragu-ragu ! risau Fiqah tak balas chatnya..Namun, dia mencuba juga nasib mana tahu ada rezeki..Dan tidak di sangka, Fiqah juga membalas chatnya..Malam itu sangat indah dan sungguh lena Danial tidur tetapi lain pulak bagi Fizi, malam itu dia berfikir bagaimana mahu rapat dengan Fira..Dia tahu selama ini Fira layannya disebabkan ada Fiqah dan bermacam-macam lagi..Sehinggakan dia terlelap dengan sendiri..

******

Akhirnya, tarikh bagi program yang dianjurkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar telah pun tiba...Fiqah dan Fira sudah awal bersiap supaya tentatif program dapat berjalan dengan betul..Mereka memakai baju t-shirt serta seluar sukan kerana pada awal pagi selepas saja sampai..Mereka akan ada sesi senam robik dan beramah mesra..Jadi, sesi pagi akan ada pelbagai aktiviti antara pelajar dan orang-orang tua di sana..

Fira menyandang beg gitarnya, dan Fiqah menyandang beg mini yang berisi barang dan keperluan mereka..Fira tidak suka membawa beg banyak dan dia hanya akan tumpang barangnya di dalam beg Fiqah..Fiqah tak kisah..Dalam mereka berjalan mendekati bas, mata Fiqah ternampak sosok tubuh yang buatnya dia meluat!

"Weyh Fira! Kau tengok dekat sana tu?!"..Kata Fiqah dengan suara menyampah sambil memandang ke arah segerombolan pelajar yang sedang berkumpul di teratak bas..

"Haa, kenapa dengan dorang?"..Soal Fira kembali..Matanya tidak nampak perkara yang pelik..

"Itulah, yang pakai baju sama dengan kita seluar track dark blue! Pakai cap hitam yang tengah bersembang dengan kawan dia dekat tepi tiang tu!"..Ujarnya lagi dengan geram..'Macam mana dia boleh ade dekat sini pulak! ' ..Marah Fiqah dalam hati..

Mata Fira cuba mencari susuk tubuh yang diberitahu oleh Fiqah itu..Dalam beberapa saat, matanya membulat apabila lelaki yang diberitahu itu berpusing memandang mereka dengan senyuman..Haikal!

Fira mula mendengus menyampah dengan hatinya mula membara..Mukanya pula sudah dibekukan ..Tiada secalit senyuman langsung..

"Hai, baru sampai ye?"..Tegur satu suara..Mata mereka yang sedang memandang tajam ke arah Haikal terus saja mengalihkan pandangan mereka kepada gerangan yang menegur mereka..

"Haa, ye senior!"..Jawab Fiqah..Senior Faiz tersenyum ramah lalu mengangguk apabila mendengar balasan sapaan dari Fiqah..Fira pula masih lagi dengan muka tiada perasaan.

"Awak berdua boleh je naik bas dulu! Kami sedang menunggu pelajar lain ..Dalam 10 minit lagi bas akan bergerak"..Ujar Senior Faiz..

"Hmm, senior faiz, boleh tumpang tanya tak?"..Soal Fiqah

"Tanyalah..Kenapa tu?"..

"Hmm, boleh saya tahu lelaki yang pakai 'cap' hitam tu dia pegang jawatan apa ye?..Sebab dia ade pakai 'tag' urusetia"..Tanya Fiqah sambil matanya menatap ke sosok tubuh yang di maksudkan..

Ketika itu, senior faiz juga mengalih pandangan melihat lelaki yang disebut oleh Fiqah..Dahinya berkerut..

"Ohh, Haikal ke? Lelaki yang pakai 'cap' tu Haikal namanya! Dia memang ada jawatan dekat dalam kelab MPP.. Seingat saya, dia memegang jawatan exco komunikasi .."..Jawab Senior Faiz..

Fiqah hanya mengangguk faham..Fira pula diam tidak berkutik hanya matanya yang berkelip..

"Oh begitu..Takpelah..Kami gerak naik bas dulu lah ye!"..Ujar Fiqah sambil menarik tangan Fira ..

Semasa kaki mereka mendekat di bahagian pintu bas..Ada suara menyapa mereka..

"Hai!"..Sapa suara lelaki yang sangat mereka kenali..

Fiqah dan Fira hanya diam dan buat dunno sambil kaki melangkah naik ke bas..Seat di bahagian tengah dipilih..Fira lebih memilih seat di sebelah tingkap dan Fiqah disebelahnya..

Bas sudah dipenuhi oleh pelajar lain..Dan bacaan doa dibaca sebelum bas bergerak...

Sepanjang perjalanan Fira hanya memekakkan telinganya kerana teguran dari arah belakang seatnya membuatkan dia rimas..Siapa lagi kalau bukan Haikal..Fiqah ada juga menegur supaya lelaki itu diam..Tetapi, lelaki itu tidak gentar dengan teguran Fiqah..

Sampai sahaja disana, Fira bersyukur kerana mereka tidak ditempatkan di dalam satu kumpulan..

"Fiqah , Fira..Dah makan ke?"..Soal senior Faiz..

Ketika itu mereka sudah habis aktiviti bagi sesi pagi..Pada waktu petang mereka akan jalankan aktiviti indoor sahaja..

"Err, kejap lagi kami makan..Nak duduk rehat kejap!"..Jawab Fiqah..Nak tunggu Fira jawab? Sampai kesudah tak bersuara!

"Err, okay,..Btw, kawan awak okay ke? Diam je? Tak sihat ke?!"..Soal senior Faiz lagi

"Saya okay senior!"..Ringkas saja jawapan yang keluar dari mulut Fira..Sekarang dia masih lagi rimas kerana ada seseorang lelaki masih memandangnya..

"Oh, kalau okay takpelah! Jangan lupa makan ye..Saya pergi dulu!"..Jawab lelaki itu dengan senyum simpul..Fira terpaksa memaniskan muka dengan senyuman nipis..

Masa bergerak amat perlahan bagi Fira tetapi tidak bagi Fiqah..Kerana Fiqah sangat enjoy dengan suasana tetapi Fira pula ingin cepat masa berlalu kerana setiap pergerakannya diperhati membuatkannya rimas..

Akhirnya program sampai ke penghujungnya..Sebelum berangkat pulang..Kesemua peserta sedang berkemas dan memasukkan segala barang aktiviti yang telah digunakan ke dalam 'perut' bas..Fira tidak memberitahu kepada Fiqah yang sedang sibuk membantu peserta lain..Jadi, dia tidak ingin mengganggu lalu terus saja dia melangkah ke bahagian belakang bangunan untuk ke tandas.

Selang beberapa minit di dalam tandas, ketika ingin melangkah keluar..Matanya menangkap satu sosok tubuh lelaki yang memakai 'cap' sambil tersenyum ke arahnya..Fira hanya diam sambil melangkah seperti biasa seakan lelaki itu tidak wujud..Baru saja Fira ingin melintas, lengannya ditarik dan dicengkam lembut oleh lelaki itu..

"Fira, kenapa awak sombong dengan saya? Awak masih tak dapat maafkan saya ?"..Soal lelaki itu dengan muka dibuat-buat seperti sedih..

"Kau nak apa? Lepaskan lengan aku!"..Jawab Fira sambil lengannya di rentap tetapi lengannya masih kuat di genggam oleh lelaki itu..Matanya tidak memandang langsung wajah lelaki itu..Fira sempat menyumpah dirinya yang dulu 'bodoh' mempercayai kata-kata manis dari lelaki itu..

Lelaki itu terus saja bergerak untuk berhadapan dengan Fira..

"Saya nak 'get back' dengan awak balik..Saya minta maaf untuk kesilapan saya sebelum ni..Saya tahu salah silap saya, saya betul-betul minta maaf! Saya dan insaf!"..Jawabnya dengan suara lirih untuk menarik perhatian bekas kekasihnya itu..

"Aku dah tak nak kau! Baik kau blah sebelum aku menjerit dan jangan pernah berangan untuk aku terima kau balik!".. Ujar Fira sambil kaki mahu melangkah tetapi lengannya dicengkam kuat sehingga terasa sakit..

"Kau dah kenapa ha? Aku kata lepaskan lengan aku!"..Fira berusaha bergelut dengan lelaki itu dengan suara ditekan keras..Tetapi, itu hanyalah sia-sia dan nasib Fira baik kerana ada orang datang menyelamatkan keadaan..

"Haikal? Fira? Korang buat apa dekat sini? Bas dah nak gerak dah!"..Tegur satu suara daripada ketua pengarah program! Senior Faiz..Mukanya berkerut melihat lengan Fira di pegang oleh Haikal..Dan wajah wanita itu sangat bengis tanpa secalit senyuman..

Terus saja Haikal melepaskan lengan Fira sambil tersenyum memandang rakannya itu..

"Aku pergi tandas sekejap tadi lepastu terserempak dengan Fira..Itu yang bersembang sekejap, tak sangka pulak dah lambat..Jomlah naik bas..Nanti dorang marah kita pulak!"..Ujar Haikal dengan kaki melangkah ke arah Senior Faiz lalu memeluk bahu itu untuk bergerak..Sempat Haikal menoleh ke belakang sebelum bergerak menjauh dari Fira..

Fira terus saja bergerak ke arah lain untuk menuju ke arah bas..Sampai saja di sana, Senior Faiz sedang memerhatinya dari atas tangga bas..

"Awak okay Fira?"..Soalnya prihatin..

"Saya okay! Terima kasih tolong saya tadi!"..Jawab Fira sambil kaki bergerak ke tempat duduk Fiqah..Ketika itu, Fira sempat melepaskan nafas lega apabila seat belakang mereka bertukar orang..Senior Faiz dari tadi berdiri sempat memandang wajah Fira yang keruh itu..Banyak persoalan ingin di tanya tetapi semasa melihat wajah dingin wanita itu terus saja mati kata..

Fiqah menoleh sambil menatap wajah keruh rakannya itu..

"Weyh, kau kenapa? okay tak?! Kenapa muka kau keruh je tu?"..Soal Fiqah..Fira yang ketika itu sedang melelapkan mata terus saja buka lalu mengalihkan pandangan ke wajah Fiqah..

"Aku okay! Lain kali aku taknak 'join' program under MPP! Aku malas!"..Jawab Fira..Hatinya masih lagi marah dengan perbuatan Haikal..

Lengannya di periksa..Kelihatan kemerah-merahan lengan putih mulus nya itu. Fira mengeluh kerana dia menyesal mengenali lelaki itu..

Fiqah turut sama melihat lengan itu dengan reaksi terkejut..

"weyh, kenapa lengan kau merah tu? Macam berbirat je! Siapa buat kau?!"..Soal Fiqah lagi dengan suara marah..

"Shuhh, diamlah sikit..Janganlah kuat-kuat sangat..Nanti orang lain dengar!"..

"Okay! Sekarang kau bagitahu aku..Tak kira aku nak tahu sekarang jugak!"..Jawab Fiqah..

"Yelah, mari sini aku bisik!"..kata Fira lalu Fiqah dengan pantas menyua telinganya dekat dengan wajah Fira..

"Haikal!"..Bisik Fira perlahan sambil matanya ligat memerhati sekeliling supaya bualan mereka tidak dapat didengari oleh orang lain..

"Serius lah wey! Gila dia!..Sejak bila dia guna kekerasan dekat wanita! Ini dah melampau!"..Jawab Fiqah dengan suara ditekan tetapi ton suara masih lagi perlahan..Giginya diketap kuat sambil mengempal penumbuk..

"Yup, aku jumpa dia dekat tandas tadi..Dah-dah nanti aku cerita panjang dekat kau masa kita dah sampai hostel okay!"..Jawab Fira kerana dia tidak mahu memanjangkan cerita walaupun dia sendiri sakit hati dengan lelaki itu..

*****

Malam itu, Fira menceritakan kejadian yang berlaku di tandas..

Fiqah yang mendengar itu terus saja berubah riak..Sungguh dia rasa ingin mencekik leher jantan tak guna itu..

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau nak pergi tandas?"..Soal Fiqah..Matanya tajam menatap wajah rakannya itu..

"Aku malas nak kacau kau buat kerja..Waktu tu kau tengah kemas-kemas..Lagipun, aku nak pergi tandas bukan lama pun..Sekejap je! Manalah aku tahu boleh terserempak dengan dia!"..Jawab Fira dengan mengeluh..

Lengannya yang memerah itu sudah disapu losyen supaya tidak lebam..Yelah, lengan dia kecik je kot..Lelaki kot yang genggam lengan dia..Mana tak lebam!..

"Lepas ni kau kena bagitahu aku kalau kau ada nak kemana-mana! Tak kisah kau nak beli coklat ke apa ke ! Aku kena ada sekali!..Aku tahu kau bukan jenis suka lawan balik..Kalau aku ada tadi..Sah-sah muka dia makan sebijik penumbuk aku! Ishh!!". Marah Fiqah lagi..

Baginya, Fira seperti adiknya sendiri untuk dilindungi walaupun mereka sebaya. Tetapi, disebabkan Fira anak perempuan bongsu yang membuatkan dia kelihatan manja dengan orang yang rapat..

"Ye baiklah tuanku! Hamba menurut perintah!"..Jawab Fira sambil badannya sudah berbaring..Dia sudah bersiap untuk tidur..Fiqah hanya diam lalu melangkah ke suis lampu untuk di 'off' kan..

Dalam kegelapan malam, Fira sempat berfikir bagaimana hidupnya jika dia selalu terserempak dengan lelaki itu!..Apakan jadi dekat dia nanti kalau Haikal masih mengejarnya!..Rungsing dibuatnya..Arghh! Rimas!..Matanya cerah tetapi badannya amat letih...Lalu, dia memaksa juga untuk memejamkan matanya kerana esok seperti biasa mereka perlu pergi ke kelas pagi..

Happy reading! Jangan lupa komen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience