Fira dan Fiqah bergerak keluar dari surau yang ada di Mall..Mereka ingin membeli pencuci mulut sebelum pulang. Aiskrim ilao! Sudah semestinya favourite Fira..Barang yang dibeli sudah di jinjing ..baru sahaja beberapa langkah keluar..Terlihat seseorang menunggu di kaki lima sambil tersenyum melihat mereka berdua..
"Err, Fizi tak balik lagi? Tunggu siapa dekat sini?"..Tanya Fiqah apabila mereka sudah berada di hadapan lelaki itu.. Baru mata itu perasan yang lelaki tersebut nampak simple dan 'smart' dengan baju tshirt yang sama warna dengan tudung Fira..Maroon!
'Nampak sepadan pulak dorang berdua ni!'..Bisik hati Fiqah sambil tersengih sambil berangan ' kalau mereka berdua kahwin! Macam pinang dibelah dua! Mesti merecik hawau! Bak kata orang melaka! hahaha
"Saya tunggu awak berdualah, katanya nak balik dah kan? Jadi, mari saya tumpangkan!'..Ujar Fizi
Fira membalas.."Eh takpe, tadi awak dah 'belanja' kami..So, terima kasihlah..Saya taknak menyusahkan awak lagi!"..dengan muka serba salah.
Fira menoleh muka melihat wajah Fiqah yang sudah tersengih seperti kerang busuk! 'Sah budak ni berangan!'..Omel Fira..
Fizi pula tersenyum melihat riak muka Fira yang cemberut memandang rakannya yang sedang berangan..Sejujurnya! setiap gerak geri Fira, mesti lelaki itu akan perhatikan!..Kuat juga aura penarik Fira!
Pap ..
"Haa, betul lah tu!" ..Jawab Fiqah spontan selepas tersedar dari lamunan akibat tepukan dari Fira. Fizi sudah ketawa kecil.
"Apa yang betulnya fiqah?"..tanya Fira sambil merenung wajah Fiqah.
"Tadi kau cakap apa?"..Soalan di balas soalan. Fiqah tersengih melihat wajah cemberut rakannya itu..
"Kau ni boleh berangan pulak kan!".. Fira rasa geram melihat rakannya itu suka berangan.
"Alahh, sorry lah..aku ter'berangan sekejap!..Korang cakap ape tadi?"..Fiqah bertanya sambil memandang wajah mereka bersilih ganti.
Fizi terus menjawab.."Tadi saya nak tolong hantarkan awak berdua balik hostel..Tapi, Fira tolak pelawaan saya, taknak menyusahkan saya..katanya"..sambil tersengih memandang Fira..Ada usikan di situ..
"Ouhh, faham-faham..Tapi betul lah cakap fira tu!..Kami taknak menyusahkan fizi lagi..Tadi dah belanja kami, dah kira bersyukur dah..Kalau kami tumpang fizi nanti ape orang cakap pula nanti!"..Ujar Fiqah.. Kalini wajah Fira sudah cerah dengan senyuman sambil mengangguk seakan bersetuju dengan hujahnya.
"Saya ikhlas nak tolong awak berdua, pasal makan tadi memang harini rezeki awak berdua, niat saya baik ..Mana tahu kalau saya tolong awak berdua nanti di kemudian harinya orang lain tolong saya pula..Tak begitu?"..Jawab Fizi bersungguh-sungguh
Fira sudah serba salah..Dia hanya mampu diam..Fiqah masih lagi memikir ayat..'Nak tolak ke tak eh'?..bisik hati Fiqah.
Fiqah memandang Fira..Fira hanya angkat bahu..menandakan dia tak tahu nak jawab apa!
"Saya tahu awak berdua berat hati nak terima pelawaan saya, tapi saya risau keadaan awak berdua..jalan berdua, perempuan pula! Kalau jadi apa-apa..macam mana? "..Fizi masih meyakinkan mereka berdua.
"Aku ikut kau lah Fiqah!"..Bisik Fira ditelinga Fiqah..Fiqah mengangguk faham..Mereka seolah-olah serba salah menolak rezeki yang baik! Orang sudi nak tolong hantarkan.
"Okay lah kalau macam tu, kami terima pelawaan Fizi!"..Fiqah bersuara setelah diam seketika.
"Alhamdulillah, kalau macam tu jom lah! Awak berdua ada nak singgah mana-mana lagi ke?"..Laju saja tutur bicara Fizi dengan wajahnya yang ceria semacam..
'Bukan main lagi 'dia' ni! Suka nampak!' ..Getus hati Fira
"Ouh ye..Kami nak singgah beli aiskrim ilao sekejap..Fira bagitahu tadi sebab itu memang favourite dia!".. Fiqah menjawab sambil bergerak bersama menuju ke destinasi seterusnya.
"Ouh ya ke? "..Tanya fizi sambil tersenyum meleret melihat wajah muram itu..Tahu sangat dia kalau Fira sejenis yang tidak suka orang lain bercerita pasal benda kegemarannya.
Fira sudah menunjukkan reaksi kurang minatnya apabila Fiqah bercerita mengenainya.
********
Setelah selesai membeli, mereka kini berada di dalam kereta milik Fizi..
Fizi memandu dengan berhemah sekali, tetapi kadang-kadang matanya melihat cermin tengah untuk melihat wajah Fira yang berada di 'seat' belakang..Dan di sebelahnya Fiqah..
Fira ketika itu masih lagi sedang makan ais krim ilaonya tanpa menghirau mereka berdua..'Makan pun comel dia ni!'..Getus hati Fizi.
Sebenarnya, Fizi tahu yang Fira memaksa Fiqah duduk di seat sebelahnya..Dia dapat lihat tadi wajah Fira kurang selesa apabila Fiqah memintanya untuk duduk di sebelah pemandu. Fizi hanya diam dan mengangguk saja sebab baginya masih ada banyak lagi masa untuk mendekati Fira.
Fira hanya diam saja sambil mendengar Fiqah berceloteh bersama Fizi..Kelihatan mereka senang bersembang ..Tidak kekok..Tetapi kalau adanya sekali mesti keadaan kekok..Mungkin disebabkan dirinya sudah letih ingin berkenalan dengan lelaki.
Setiba mereka di depan hostel, FIra dan Fiqah melangkah keluar dari kenderaan mewah Fizi..
Fizi membantu Fira dan Fiqah mengeluarkan barang yang dibeli tadi.
"Terima kasih Fizi sebab sudi belanja dan tumpangkan kami balik..Semoga lepasni murah rezeki sebab suka tolong orang"..Fiqah bersuara sambil menjinjing barang miliknya.
Fira mendongak melihat lelaki itu tersenyum sambil mengangguk..
"Amiinn, sama-sama.." Jawab Fizi laju..
Fiqah memandang Fira , seakan menyuruhnya bersuara .
"Err, hmm,Terima kasih awak untuk harini ! Hati-hati balik!"..Itu sahaja dari Fira..
Hati Fizi sudah berbunga mendengar suara emas itu mengucapkan terima kasih..' Kasih diterima Fira!'..Hatinya bernyanyi lagu riang..
"Sama-sama..take care ye awak berdua..Terima kasih juga sebab sudi terima saya untuk teman awak berdua berjalan harini..Saya balik dulu..Assalamualaikum".. Ujar Fizi sambil melangkah memasuki keretanya..
Fira dan Fiqah hanya mengangguk sambil tersenyum..Fiqah mengangkat tangan apabila kereta Fizi mula bergerak meninggalkan mereka..
Fizi yang sedang memandu melihat wajah Fira yang tersenyum padanya!..Sungguh hatinya cair sebentar..Tetapi riaknya masih lagi dapat dikawal..
Fira dan Fiqah melangkah masuk ke bilik mereka..bergilir -gilir mandi dan berkemas..Setelah itu, mereka berehat seketika..
********
Setelah memarkir kereta , Fizi melangkah keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah kediaman keluarganya..Villa Rose
"Assalamualaikum!"..Fizi memberi salam..kelihatan ibu nya dan abang berada di ruang tamu sambil menonton TV.. di satu sudut terdapat dua orang anak buahnya sedang bermain dengan lego bersama akak iparnya..Tahulah dia abangnya pulang menziarah ibunya.
"Kau dari mana Fizi? Petang baru balik?"..Soal abangnya..
"Aku keluar kejap tadi.." Jawabnya sambil menyalam ibu dan abangnya..Adik perempuannya tiada di situ mungkin berada di dalam bilik.
"Ouh, aku fikir kau dari office..Macam mana bisnes ? Okay?" ..Tanya abangnya lagi..Abangnya kini bekerja sebagai doktor dan akak iparnya pula nurse di hospital yang sama..
Sepatutnya abangnya yang perlu ambil alih syarikat arwah ayahnya..Tapi dia menolak kerana jiwanya tak serasi..Maka, terpaksa lah dia mengambil disebabkan hanya dia saja yang boleh memandangkan dia anak kedua lelaki. Adiknya seorang perempuan dan yang bongsu lelaki masih lagi belum habis belajar.
"Alhamdulillah, setakat ni okay je..Kau dah lama sampai ke?"..Tanya Fizi sambil melabuhkan punggung di sebelah ibunya..
Akak iparnya datang menghidang minuman serta kuih..Anak buahnya pula sudah datang menghampirinya..
"Pak nyahh (Ngah), Tite adaa menan" ..Pelat saja anak buahnya bercakap yang berumur 4 tahun..Si akaknya pula sudah 6 tahun..Farisha..Panggilan Isha..
"Eh, faris ada mainan lah..Babah belikan ye?"..Jawab Fizi lalu mengangkat tubuh kecil itu dan diletakkan atas ribanya..
Faris hanya mengangguk sambil main sehingga ke bahunya..Fizi hanya biarkan saja.
"Aku datang makan tengahari tadi dengan ibu..Ibu cakap kau keluar..Aku call kau tapi tak mengangkat"..Kata abangnya.
Fizi hanya menyengih..Dia tak angkat sebab taknak orang ganggunya keluar bersama 'buah hatinya'..Cehh!!
"Aku silent phone lah..aku lupa nak 'on' sound balik..sebab biasa aku kalau pergi office silent phone"..Jawabnya sambil tersengih..Itulah tabiatnya suka silent telefon.
Ibunya hanya menjeling..Tahu sangat ibu tak suka tabiatnya itu..Kalau ada emergency memang payah nak angkat call..Ibunya sudah letih membebel, sekarang hanya mampu diam melihat kedegilan anaknya.
"Kamu pergi mana ja keluar tadi?" ..Ibunya menyampuk sambil memandangnya.
"hehe, pergi cuci mata sambil ambil angin!"..Jawab Fizi sambil tersengih..
"Cuci mata tengok anak dara orang la ni?..Itulah ibu dah kata , kamu dah 28 tahun tau..Ibu suruh kamu kahwin taknak..sibuk nak pergi sambung belajar..boleh je kamu kerja di syarikat ayah..Kalau macam ni lah, tak tahulah bila kamu nak kahwin..Nampak gayanya sampai ke tua lah kamu tak kahwin !"..Mulalah ibunya berleter...
Abangnya mengangkat kedua belah tangannya tinggi tanda tak mahu masuk campur sambil wajahnya tahan ketawa dari kedengaran.
"Adik kamu yang belum habis belajar lagi dah ada kawan perempuan..Kamu je takde..Ibu pelik dengan kamu ni, rupa ada , rumah ada, kereta ade..Apa yang takde? Cuba bagitahu ibu..Tapi seorang perempuan pun takde yang melekat dengan kamu! Atau kamu yang memilih?"..Ibunya menyambung..
'Habis lah kau Fizi! Dah kena berleter!' Bisik hatinya..
"Alahh, ibu jangan cakap macam tu..kalau Fizi tak kahwin nanti sampai ke tua, baru ibu tahu..Nanti siapa nak bagi ibu 'cucu' ramai kalau bukan dari Fizi juga..Fizi bukan memilih , tapi takde yang boleh buat anak ibu ni ' mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang'!"..Jawabnya lagi sambil tersengih..
Abangnya sudah ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan dari adiknya itu..Akak iparnya pula menepuk lembut lengan abangnya supaya mengawal suara ketawanya..
"Pandai kamu kenakan ibu ye!"..Ibunya muncung lalu menepuk pahanya tanda tidak puas hati dengan jawapan anaknya itu..
"Ehh, betul la ibu! Fizi tak main-main..Setakat ni Fizi tak jumpa lagi seorang wanita yang mampu buat hidup dan hati Fizi tunggang terbalik!"..
'kecuali si dia'..Sambungnya dalam hati sambil tersenyum .
"Ada-ada sajalah kamu ni..Ada saja jawapannya..kalau tahu kamu macam ni..ibu kahwin kan je kamu dengan anak perempuan Datuk Rafhi..Si Syasya tu..Lawa pun lawa..baik hati dan rajin..Ibu berminat tengok dia..Dia pun nampak macam berkenan dengan kamu..kamu je yang tak pandang!"..Ujar ibunya lagi ..
Bukan dia taktahu yang ibunya memang berkenan dengan syasya..Datuk Rafhi adalah kenalan arwah ayahnya ..Kalau ikutkan, ramai je yang suka dan tertarik dengan syasya..Tapi, bagi dia tak! Tak pernah langsung rasa nak jatuh hati dengan syasya..Dia hanya anggap sebagai rakan bisnes disebabkan anak kenalan arwah ayahnya..Bertegur pun untuk berbincang mengenai bisnes saja..
"Err, Fizi naik dulu lah ibu..Badan Fizi dah melekit ni..Tak selesa"..Fizi cuba mengelat..Malas mahu memanjangkan cerita..Nak-nak lagi cerita pasal syasya..Rimas jadinya..
"Haa, nak mengelat la tu..Cuba kamu tengok adik kamu ni..Ibu letih asyik nak berleter je!"..Ibunya memandang anak sulongnya yang tersengih tu ..
"Takpe ibu, abang rasa dia dah ade tu yang berkenan..Tapi belum sampai masa lagi..Ibu tunggu jelah eh"..Abangnya mem'backup' adiknya..
Fizi sudah tersengih sambil menunjukkan 'thumbs up'..Tanda menyokong..
"Kamu sama je dengan adik kamu ni..Nasib baik sudah berkahwin..Itupun ibu yang paksa kamu bawa yang mana berkenan..Kalau tak, sampai kesudah takde kawan perempuan dan tak berkahwin!"..Ibunya berleter pula pada abangnya.
Fizi mampu ketawa kecil sebelum meletakkan anak buahnya di sofa..Sebelum bergerak naik ke bilik..Abangnya sudah muram..
'Nasib kau lah bang! hehe' ..Fizi ejek dalam hati..
Sampai saja di bilik, terus saja Fizi merebahkan badan seketika di katil ..Terus saja dia teringat wajah yang sudah terpahat di hatinya..Senyum dari si dia sangat berharga disebabkan wanita itu sukar untuk senyum dengan orang yang tidak rapat dengannya.
Selepas saja dia tersedar, terus saja dia mandi dan bersiap sedia untuk maghrib.
**********
Selepas isyak, Fira dan Fiqah sudah practise bernyanyi..kerana tinggal beberapa hari saja untuk mereka practise..
Anggaran jam 10 malam, mereka berhenti risau mengganggu pelajar lain untuk belajar dan tidur. Rata-rata semua pelajar di sini akan tidur awal kerana mereka ada kelas pagi jam 8.. Hanya segelintir saja yang suka tidur lewat..
Bilik mereka sudah mula gelap..tiba-tiba Fiqah bersuara..
"Fira, kau tak rasa pelik ke kenapa si Fizi tu tiba-tiba je layan kita baik? ..Kita bukan kenal sangat pun dia..Tiba-tiba harini dia belanja kita makan!..Aku pelik!"..Fira bercerita mengenai Fizi..
Fira yang sudah menutup mata terus saja terjaga disebabkan mendengar perkataan 'belanja' dari Fiqah..Terus saja dia teringat perfumenya ..'Kalau Fiqah tahu pasal perfume tu! Habis aku kena sakat!'..Gumamnya perlahan..
"Fira kau dah tidur ke? Kau dengar tak aku tanya?"..Soal Fiqah lagi..
"Hmm, aku dengar lah..sejujurnya, aku pun taktahu nak cakap macam mana..yelah, macam kau cakap kita tak kenal dia tapi dia tiba-tiba baik dengan kita..Taktahu lah dia ada helah ke apa!"..Jawab Fira ..Fira sebenarnya ragu-ragu dengan kehadiran lelaki itu..tiba-tiba saja muncul!
" Tapi aku rasa dia baik je ..Takde pun rasa macam dia buat baik tu ada helah ke ape..Tapi mungkin ada sebab lain..Tapi dia je yang tahu..Tapi, dia okay ape, dah lah hensem ,'good looking', smart lepastu boleh pulak masuk dengan kita! Macam dah kenal lama"..Fiqah berkata sambil menyebelahi Fizi.
" Yang kau ni puji-puji dari tadi..Kau suka dia kan?"..Usik Fira sambil tersengih dalam kesamaran lampu tidur.
"Suka tu suka jugak lah sebab dia handsome, smart ..Ada gayalah dan ada aura penarik..!"..Fiqah masih lagi bercerita mengenai fizi.
"Aiiii..dak jatuh hati ke tu? hahaha..Aku tengok, dia layan kau okay je macam dah lama kenal..Mana tahu jodoh kau ke kan?"..Sakat Fira lagi..
"Jatuh hati? takdelah sampai ke situ! just aku suka tengok gaya penampilan dia..Tadi aku perasan baju dia sama colour dengan tudung kau..Nampak serasi weyh ..Ntah-ntah dia jodoh kau kot..hahaha!"..Balas Fiqah..
Bukk
Bantal melambung mengena ke wajah Fiqah..Terdengar keluhan dari Fiqah..
"Pandai-pandai je kau eh nak 'kenen'kan aku dengan dia..Dah lah dia tu siapa! Kita tak kenal jangan nak berangan eh!"..Fira mula nak berangin..Dia kurang berminat kalau ade orang mahu kenenkan sesiapa dengannya disebabkan pintu hatinya sudah tertutup untuk orang yang bergelar 'lelaki'..
"Alahh, itu pun nak marah..bila lah kau nak buka hati kau untuk orang lain..Kau berhak untuk bahagia..Jangan disebabkan lelaki tak guna tu! kau tutup hati kau rapat..Dia bukan jodoh kau! Kau kena belajar untuk buka hati kau, mana tahu lepasni kau betul-betul berjumpa dengan jodoh kau kan!"..Fiqah mengeluh sambil menasihati Fira yang masih lagi keras hati ingin membuka hati untuk berkenalan dengan lelaki.
"Kau jangan sebut pasal lelaki tak guna tu! Aku dah lupakan dia..Pasal hati aku tertutup tu bukan disebabkan..Cuma, aku malas nak fikir pasal lelaki dah..Kalau betul jodoh aku ade , mesti dia tahu caranya nak buat aku buka hati balik..kan?"..Soal Fira lagi..
Wajahnya terbayang 'bekas' teman lelakinya yang curang dengan dua orang perempuan dibelakangnya. Nasib Fira baik sebab Fira tidak memberi kemewahan kepada lelaki tersebut..Nampak sangat lelaki itu mata duitan sebab banyak kali dia nampak 'ex-boyfriend' nya tu makan di tempat mahal, beli barang mahal , dapat 'hadiah' kereta baru dari makwe barunya!
Dan ketika itu, Fiqah jugalah yang membantunya untuk membongkar segala kegiatan lelaki itu..Jadi, kini dia mula berhati-hati ingin berkawan dengan lelaki..
"Hmm, yelah..tapi kalau dah betul jodoh kau depan mata..Tapi hati kau tertutup ..susah juga kalau macam tu! Tapi takpe..InshaAllah kalau dia yang terbaik untuk kau..Mesti dia berusaha yakinkan kau dan tunggu kau buka hati untuk dia..Aku sentiasa doakan untuk kau buka hati.."..Kata-kata Fiqah mampu membuat Fira terdiam..
Dapat Fira rasai ketelusan hati rakannya dalam berkata-kata dan doanya..Walaupun ade masa mereka bergaduh..Tapi Fiqah tidak pernah ambil hati atau terasa denganya malah layannya dengan baik..Sungguh bertuah dirinya mempunyai kawan serta sahabat baik seperti Fiqah..Satu dalam seribu!
"Hmm, inshaAllah ..Terima kasih atas doa kau..Aku pun doakan kau dapat jodoh baik-baik sebab kau memang baik walaupun kadang-kadang menjengkelkan..Tapi hati kau sangat baik dan faham situasi aku!"..Ujar Fira
"Amiin amin aminn untuk doa kau..." Laju saja Fiqah meng'amin'kan doa Fira sambil.menyapu kedua belah tapak tangannya di muka.
Fira tergelak kecil melihat telatah Fiqah..
"Dah lah jom tidur! Esok kelas pagi kan..Baii goodnight! sweet dream! Assalamualaikum"..Kata Fira laju sambil menarik bantal untuk menekup mukanya..
"Hmm, waalaikummussalam!"..Jawab Fiqah sambil memeluk bantal sebelahnya lalu terlelap..Fiqah sejenis yang mudah tidur..
Fira yang masih belum tidur, terkenang masa silamnya dengan bekas teman lelaki..Sungguh hatinya rasa menyesal mengenali lelaki itu..Kecewa?.. Tak! sebab dia berasa selamat sebelum mereka melangkah lebih jauh..Bersyukur sebab Tuhan tunjuk segala kegiatan jahat lelaki itu..
'Ya Allah, Semoga ada kisah yang baik untuk aku lepasni'..Bisik hatinya sebelum tidur..
Enjoy! #Jangan lupa tinggalkan komen ..Apa-apa sahaja..Cahaya tak kisah.. Asalkan ruangan komen meriah..Tq support!
Share this novel