Bab 3: Belanja

Short Story Completed 17013

"Fira"..

"Fira!" ..panggil Fiqah sekali lagi sambil memandang Fira yang sedang berbaring.

"Hmm"..gumam Fira sambil menukar gaya badan menghadap ke arah Fiqah..

" weyh, esok kan cuti..hari sabtu..Apa kata kita keluar outing nak?!"..Ajak Fiqah

"Kau nak pergi mana? buat apa?"..Tanya Fira..Sebenarnya Fira tak de 'mood' untuk keluar..Fikirnya mahu bermalasan di atas katil saja.

" Alah, Aku fikir nak beli barang aku sikit..Ada yang dah habis nak kena 'topup' baru..Lepastu haritu kau kata sabun basuh baju kau pun nak habis dah kan? Alang-alang tu kita pergilah pusing-pusing mall, cuci mata..hehehe!" ..Jawab Fiqah sambil tersengih.

Mata Fira memandang tajam saja ke wajah Fiqah yang tersengih tu..'Pandai eh nak bodek aku!'..

"Hmm, yelahh..Pandai kau eh bodek aku! Siap masukkan aku punya sabun basuh baju dalam ayat kau..Cis!"..Bebel Fira dengan menjeling.

"Yeahh, cantikk..Aku memang saja nak babitkan kau sekali, kalau tak ..mana maunya kau nak 'outing'..kan?" ..Jawab Fiqah sambil mengambil telefon untuk melihat jadual pergerakan bas untuk keluar kampus.

"Esok, pukul berapa ada bas?" ..tanya Fira dengan malas sambil merenung fiqah yang sedang membelek telefon.

"Dekat sini , bas ade pukul 9pagi dengan pukul 11pagi..So? kita nak naik pukul berapa?" Sebab kita kena naik bas lain jugak nak ke Mall nanti!"..Tanya Fiqah sambil mendongak memandang Fira.

"Aku okay je mana-mana pun..Ikut kau lah"..Fira pusing mengambil telefon di sebelah bantal sambil membuka Whatsapp.

"Okay baik..kalau macam tu, kita gerak pukul 9 lah eh..Takde nak berhimpit dengan orang sangat..On tak on?"..Fiqah bertanya.

"On je..Eh! weyh Fiqah! Sini jap!"..Panggil Fira laju..Seakan menggesa Fiqah merapatinya.

"Kau kenapa? "..Fiqah bersuara sambil bergerak ke katil Fira dan menghenyak punggung di situ.

"Ni haa, kau tengok ade pertandingan menyanyilah..Kita try nak? Hadiah pun best ni dapat duit!"..Fira memberi idea sambil menunjuk skrin telefonnya ke arah Fiqah.

Sejujurnya , aktiviti setiap malam mereka ialah berkaraoke di dalam bilik. Sambil menyanyi Fira memetik gitarnya. Macam mana boleh bawa gitar masuk ke hostel? Of Course minta kebenaran lah..Tapi kalau barang hilang, tanggungjawab sendiri.

Mereka mempunyai suara yang sangat serasi di mana Fira bersuara lunak dan Fiqah agak nyaring tapi merdu..Seakan Ella..

" Pertandingan ujibakat carian band vokalis kolej"..Fiqah membaca dengan nada perlahan..

"Wang tunai akan menjadi taruhan. Tempat ke- 3 akan memenangi hadiah wang tunai rm 200, Tempat ke-2 berjumlah Rm 350 dan Johan pertandingan mendapat wang tunai Rm 500 serta Rm 100 untuk 2 peserta bagi saguhati..Syarat pertandingan ...." Fiqah menyambung baca sehingga selesai.

"Weyh, yelah bestlah hadiah dia! serius lah kau nak try? Aku okay je..hehe..So, ade 5 pemenang lah kan? ..Tapi bile tu weyh..Aku tak perasan pulak!"..Tanya Fiqah sambil memandang Fira.

"Dia tulis sini waktu hari sambutan kebudayaan anjuran kelab dorang. Hari sabtu depan..Kau berminat tak? Mesti ramai join kan?" Tanya Fira lagi seakan ragu-ragu..

"Ouh, aah lah kan..minggu depan kelab dorang ade buat hari sambutan kebudayaan, ada ekspo jualan ape semua..Pasal ramai tu, aku rasa of course sebab hadiah dia gempak jugak dan aku tak kisah kalau nak mencuba pun..sebab ramai je yang kata suara kita sedap! hahaha"..Jawab Fiqah sambil tergelak

"Ouh..kalau macam aku 'register' sekejap nama kita"..Fira bersuara sambil jari jemarinya ligat menari di atas skrin telefonnya.

"So, Lepasni kita kena 'practise' lah kan? ..syarat tadi aku baca, tajuk lagu terpulang dekat kita..So, suka hati kitalah kan? Aku terbayang weyh..kalau kita dapat tempat pertama..Masyukk!"..Fiqah sudah mula berangan..

Pap Pap

laju saja tangan Fira menepuk bahu Fiqah..

"Berangan je lebih, bukan kau sorang je yang join tu..orang lain pun ada tau..mana tahu suara dorang ade yang lagi best..Perasan je lebih" ..Marah Fira melihat rakannya itu berangan.

Fiqah sememangnya seorang yang kuat berangan..tetapi kadang-kadang angannya hanya tinggal kenangan..Tak semua angannya terjadi.

Fira pula seorang yang tidak suka berangan. Menganggap berangan itu tak akan tercapai jika tiada usaha.Jadi, dia tidak percaya dengan angannya sendiri. Walaupun orang kata ' tak salah kalau kita nak berangan' tapi baginya berangan tak ada membawa apa-apa maksud ..

"Alahh, biarlah aku nak berangan kejap..bukan kacau kau pun..werkk"..Ejek Fiqah sambil melangkah ke katilnya di sebelah dan berbaring.

"Suka hati kau lah, nak berangan boleh tapi jangan sampai nak menyusahkan orang pulak!" ..Bidas Fira sambil menjeling..

Haa, mulalah situasi nak berangin..Masing-masing suka naikkan kemarahan sampai berlawan mulut..Tapi tetap jugak rapat macam belangkas..Rakan sekelas yang lain pun pelik melihat dua sahabat ini. Suka bergaduh tapi rapat semacam..Apa rahsia?

"Ehh, sejak bila pulak aku ada menyusahkan orang? Setakat ni takde okay! Kau je rasa macam aku menyusahkan tapi aku tak..hehehe". Balas Fiqah sambil mengiring ke kiri untuk memandang wajah Fira yang cemberut tu.

"Eh, dahlah, pergi tidur..kalau kau menjawab lagi..aku cancel keluar esok!"..Ugut Fira apabila dirinya terasa tak dapat melawan cakap Fiqah.

Terus saja Fiqah bangun dah menekan suis lampu..Hanya tinggal lampu tidur sahaja..Dalam kesamaran lampu tidur..Fira tiba-tiba teringat wajah lelaki yang telah melanggar dia dan bertemu petang tadi..'Ish, kenapa boleh teringat dia pulak..Yang pelik tu , siap senyum lagi pandang aku! Dia kenal aku ke tapi rasanya aku takde kawan lelaki lepas putus dengan 'dia'..Ah, pergi lantak lah!'..Gumam Fira..

'Dah kenapa aku nak fikir pasal dia! Tidur Fira !'..marahnya dalam hati..Terus saja dia amik bantak lalu menekup wajahnya.

*******

Fira dan Fiqah berjalan seiringan masuk ke Mall..Kira-kira jam 10.00 juga mereka sampai kerana banyak juga persinggahan selepas naik bas..Lepastu terus naik LRT dan akhirnya baru sampai sini!

"Eh, ramai jugak ye..fikirkan hari sabtu takdelah sesak sangat..rupanya sama je dengan hari minggu"..Keluh Fiqah .Dia sememangnya rimas dengan orang ramai sama saja dengan Fira..Tak suka tempat sesak yang perlu berhimpit dan berlaga bahu.

"Hmm, itulah masalahnya..tapi kan kita duduk bandar..Memanglah ramai!..So, kalau macam ni lah..better kita cari cepat barang kita"..Jawab Fira laju..

Laju saja mereka melangkah menuju ke bahagian pasaraya di dalam Mall tersebut..

Setelah beberapa jam membeli, bukan membeli sangat dalam tu..cuci mata adalah!..

"Fira, jom kita pergi makan nak? " ..Tanya Fiqah sambil mata melilau.
Ketika itu Fira sedang mencari satu kedai untuk membeli perfumenya..Tetapi lengannya sentiasa dalam rangkulan Fiqah..Tahu sangatlah Fiqah ni kalau ramai-ramai takut hilang sebabnya dia sejenis yang gelabah kalau aku takde..Sejenis tak tahu nak bawa diri.

"Kejap Fiqah, aku tengah cari satu kedai ni..Aku nak beli perfume jap"..Jawab Fira..Matanya sudah nampak kedai yang ingin di tuju oleh nya ..laju saja Fira menarik rangkulan tangan Fiqah supaya dapat menyainginya..

Dalam Fira leka membelek perfume, Fiqah sudah pun berada di tempat lain di dalam kedai itu jugak..

'Mana satu yang best ni eh? Yang purple ni bau lembut tapi kuat pulak baunya, yang satu lagi ni bau fresh tapi macam ade bau mint pulak..Tapi dua-dua ni bau best!'..Gumam Fira perlahan kerana pening untuk membuat pilihan.

'Yang selalu beli tu habis la pulak! Kalau tak beli nanti, takkan aku tak pakai perfume pergi kelas kot..gila! berbau pulak nanti' ..Omelnya lagi..

Fira tidak sedar bahawa ada seseorang mendengar bebelannya itu. Lelaki tersebut hanya senyum dan terdiam, tidak mahu menyapa kerana memberi ruang kepada gadis itu untuk membuat pilihan.

"Ambil jelah dua-dua ni! Malas nak fikir"..Bebel Fira sambil menggenggam dua kotak yang berisi botol perfume di dalam dan menuju ke arah kaunter tanpa menghirau sesiapa.

"Berapa semua ye?"..Tanya Fira sambil memandang wanita di 'cashier' dengan senyumannya.

"Semuanya rm89 dan ini ada free gift dari produk yang cik beli"..Jawab cashier itu dengan senyuman manis.

Fira sudah tersenyum riang..Wajahnya ceria kerana dapat free gift dari produk itu..Mestilah gembira sebab produk itu produk luar negara kot.Mahal!

"ouh okay kejap ye"..Jawab Fira sambil mengeledah beg tangan untuk mengeluarkan 'purse' nya.

"It's okay miss, use my card to pay this item for that girl"..Laju saja tangan itu menghulurkan kad kredit ke arah cashier.

Fira tersentak lalu menoleh ke belakang apabila mendengar satu suara. Sempat lagi matanya melihat wanita di 'cashier' tersebut menyambut kad yang di hulur.

Fira terkejut melihat gerangan yang sedang melihatnya sambil tersenyum..Kaku sekejap jadinya.

"Thankyou Mr, Miss this is your item..Thankyou for buying..Please come again.." Ramah saja wanita di cashier tersebut lalu menghulur barang tersebut kepada Fira.

"Er, thankyou!"..Jawab Fira dengan riak yang kurang selesa dan masih lagi terkejut..Senyum nipis diberikan..Sebenarnya dia berasa macam nak menyorok saja sekarang sebab segan..

"Err, kenapa awak yang bayar barang saya?" ..Tanya Fira ketika mereka sudah melangkah menjauhi cashier..Matanya memandang ke wajah tampan dihadapannya sekejap sebelum mengalih pandangan ke arah lain. Segan.

"Saja, saya nak belanja..Tak boleh?..By the way, awak datang sorang je ke? Mana kawan awak ?"..Tanya lelaki tersebut sambil menukar topik. Suka dia melihat wajah gadis itu segan dan malu-malu sambil menunduk.

"Err, ini barang saya..Jadi, sayalah kena bayar sendiri..Saya tak biasa orang 'belanja'..Nanti saya bayar balik!"..Jawab Fira laju sambil matanya mencari Fiqah..

'ish, mana pergi budak ni..tadi beria-ria takut aku jauh, sekarang ni batang hidung pun dah tak nampak!' ..Marahnya dalam hati..Dia masih lagi berasa tidak selesa dengan lelaki di hadapannya ini.

"Takpe, saya saja nak buat baik dengan awak..tak salah rasanya..Awak cari siapa?"..Kata lelaki itu sambil matanya juga melilau melihat disekeliling kedai itu.

'Buat baik konon!'..hatinya berbisik sebelum bergerak mencari kawannya. Lelaki itu masih lagi mengikut langkahnya.
Ketika itu matanya sudah nampak kelibat rakannya sedang membelek barang.

"Saya datang dengan Fiqah..Itu ha dia"..Jawabnya sambil mengorak langkah dengan laju.

Laju saja tangan Fira menepuk bahu rakannya itu, terangkat bahu kawannya itu..

"Ehh, Firaaa..!" ..Marah Fiqah sekejap lalu matanya terbeliak memandang seseorang yang berada di belakang Fira.

" Ehh, Fizi pun ada ?"..Teruja saja muka Fiqah ketika itu..Lalu matanya merenung Fira ingin meminta penjelasan..Kelihatan Wajah Fira beriak menyampah.

" Ehh, Fira..patutlah lambat! Kau pergi 'dating' eh dengan Fizi?" ..Usik Fiqah sambil tersengih..

"Ehh, baik sikit! Aku terserempak dengan 'dia' dekat sini tadi..Mana ada pergi 'dating'! Pandai je kau eh"..Jawab Fira sambil merenung wajah yang tersengih.

"Betul, cakap Fira tu..Saya terserempak dengan Fira tadi..Alang-alang saya 'free'..Saya nak join awak berdua berjalan..boleh kan?" ..Fizi juga menjawab apabila melihat Fira sudah mula ingin menerkam rakannya yang suka mengusik tu.

"Hehe, boleh je Fizi ..Lagi meriah kan kalau ade orang lain 'join' kami"..Fiqah menjawab .

"Fira kau marah eh? Sorry lah eh..aku saja nak mengusik kau!"..Fiqah memujuk rakannya yang sudah diam membisu..

"Ehh, takdelah aku sukaa!" ..Fira bersuara sambil melangkah keluar dari kedai itu..

Fiqah dan Fizi mula melangkah mengikut Fira keluar. Fiqah terus saja memeluk lengan Fira sambil melentok kepalanya di bahu Fira..

'Saja lah tu nak tunjuk gedik depan 'lelaki' ni..' Nasib badan!

"Kau tak malu ke dengan dia? Dok manja dengan aku ni?"..Tanya Fira sambil melihat Fiqah..

Fiqah sudah mula ketawa kecil.."Eh, biarlah ..kau nak malu apa..aku yang nak bermanja dengan kawan baik aku yang cantik molek ni..Suka hatilah! Lagipun Fizi okay je kan?" ..Jawab Fiqah sambil memandang Fizi di sebelah kanannya..

Kedudukannya Fira di sebelah kiri dan di sebelah kanan Fizi..Sebenarnya Fira yang mengalih tempat sebelum ini , di mana dia berada di tengah..Tetapi disebabkan tak selesa Fira mengubah kedudukan asal.

Ketika itu, Fizi tahu yang Fira kurang selesa apabila dia berada dekat dengannya..Namun, dia biarkan saja Fira mengubah kedudukan tadi.

"Awak berdua nak pergi mana lepasni? Dah makan ke?" ..Tanya Fizi sambil memandang Fiqah

"Belum, kami tengah cari tempat makan ni..Fira! Kau nak makan dekat mana?" ..Tanya Fiqah ..

"Aku tak kisah mana-mana..Asalkan kenyang! ..Aku bukan cerewet macam kau!"..Balas Fira..'Padan muka' sambil menjelir lidah ke arah Fiqah seakan mengejek dengan kening terangkat.

Muka Fiqah sudah mencebik..Tahu sangat dia yang Fira sudah membalas dendam sebab mengusiknya tadi..

"Hmm, yelah..kalau macam tu kita makan Mr.Dakgalbi lah nak?..Fizi okay tak makan situ?"..Tanya fiqah

"Saya tak kisah ...ikut jelah mana-mana pun..Saya tak cerewet sangat pasal makan!"..Jawab Fizi..

Fira tergelak mendengar jawapan lelaki itu..Matanya mengerling Fiqah yang muram..'Padan muka, tadi kenakan aku kan..werk!'..Omelnya

"Fizi pun pandai ye 'usik' saya ye! hehe..Kalau macam tu jomlah!"..Jawab Fiqah..

Fizi dan Fira tergelak sebab terhibur melihat gelagat Fiqah yang menarik lengan Fira laju.

*****

Di restoran makanan,

Mereka memilih tempat yang jauh dari kesesakan orang..Itu pilihan dari Fira sendiri.

"Pilih lah menu, Harini saya belanja awak berdua!"..Fizi bersuara ketika mereka sudah melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Of course! Fizi pilih duduk di hadapan Fira..Semuanya secara spontan.

"Wah, serius lah Fizi? bestnya ade orang belanja makan..Rezeki-rezeki"..Jawab Fiqah laju sambil tersengih macam budak-budak dapat gula-gula.

Apabila mereka selesai membuat pesanan, tiba-tiba telefon milik Fira berbunyi menandakan ade yang sedang menghubunginya.

Fira tersentak lalu tangannya bergerak pantas mengambil telefon bimbitnya..Fira melihat dahulu skrin sebelum menjawab panggilan.

"Siapa call?"..Tanya Fiqah

"Abi aku ..kejap tau..diam"..Kata Fira sambil menjawab panggilan itu?.

"Hello, ye abi? Alhamdulillah sihat!"..Jawab Fira..

"Fira ada ni dengan Fiqah, kami ada dekat Mall beli barang sikit..Kenapa Abi? ..Jawab Fira dengan lembut dan perlahan..Segan sebab ada lelaki di hadapannya..'Nasib baik dia main telefon, harap tak dengar lah aku bersembang!'..Gumam Fira sambil mengerling ke arah Fizi.

" Ah..ye abi? Hujung bulan ni anak paklang balik? Nak buat kenduri kesyukuran ?..Hmm, Nanti Fira tanya Fiqah sekali kalau dia nak ikut"..Jawab Fira laju apabila tersentak abinya memanggil..'Boleh pulak mengelamun Fira oi'.. 'Maaf abi sebab tipu! Padahal ada orang lain lagi..im sorry!' Rintih hati Fira..

Ketika itu, Fiqah yang mendengar namanya di seru..laju saja memandang Fira yang sedang memandangnya sambil mengangkat kening seakan bertanya.

"okay abi, nanti apa-apa Fira bagitahu balik..Kirim salam dengan umi ye..Okay inshaAllah, Fira sampaikan salam abi..Okay Byee abi..waalaikummussalam"..Fira menjawab salam dan melihat skrin apabila abinya sudah menekan butang merah.

"Weyh, abi kau ke?"..Tanya Fiqah laju

Baru saja Fira mahu bercakap, pesanan mereka sudah sampai di meja.." Excuse me miss and mr, this is your order..enjoy your meal"..Ramah pekerja di situ.

"Thanks" ..jawab Fira sambil tersenyum..Apabila melihat pekerja disitu sudah berlalu..

"Kejap lagi aku cerita, kita makan dululah..Aku lapar! hehe..Lupa pulak..Abi aku kirim salam dekat kau..dah,jom makan!"..Jawab Fira sambil tersengih macam kerang busuk.

"Waalaikummussalam"..Jawab Fiqah dengan muncung sambil menjeling..

"Err, awak pun makan lah sekali"..Fira menjemput Fizi untuk makan sekali. Segan pulak makan sorang-sorang macam orang tak makan setahun gayanya!.

Fizi hanya senyum dan mengangguk..Setelah selesai makan, barulah Fiqah bersuara balik.

"Haa, kata tadi nak cerita, Abi kau call kenapa? Aku dengar nama aku pun ade sekali tadi"..Fiqah bertanya

"Ehh, dengar eh? ouhh, curi dengar eh?!"..Tanya Fira kembali..saja ingin mengusik rakannya balik.

"Eh, dengar lah..kau kan duduk sebelah aku!..Ish''..Marah Fiqah dengan wajah bengisnya.

Mereka bersembang berdua sampai lupa ade orang lain disitu..Fizi hanya memerhati saja tidak menyampuk kerana dia berasa ingin mendengar celoteh Fira.

''Alolo, jangan lah marah..Dah tak cantik kawan aku ni!..Senyum sikitt"..Usik Fira sambil menarik pipi Fiqah yang mula merajuk sambil ketawa riang..

"Aduhh, sakitlah! "..Marah Fiqah sambil memegang pipinya.

"Hehehe, okay-okay sorry..Aku nak ceritalah ni!..Ceritanya macam ni, Tadikan abi aku call lepastu..."..Saja Fira buat ayat tergantung untuk melihat reaksi Fiqah.

Fiqah mengangkat keningnya..Apabila dapat respon dari Fiqah, baru lah Fira menyambung ayatnya tadi..

"Lepastu, abi aku bagitahu yang abang sepupu aku yang belajar dekat german tu dah habis belajar dekat sana..Kau ingatkan abang sepupu aku yang aku ada cerita tu ..yang dia sambung belajar 'master' dekat sana? ..dan hujung bulan ni dia balik sini.." Fira berhenti bercerita sekejap untuk bagi Fiqah bersuara.

"Ouh, so?"..Tanya Fiqah..

Fira mengerling ke arah lelaki dihadapannya itu, mata lelaki itu memandangnya lalu dengan pantas dia mengalih matanya ke arah Fiqah.

"So, abi aku bagitahu yang family paklang aku nak buat kenduri kesyukuran untuk anaknya tu..Buatnya dekat rumah aku!..Dan dia nak aku balik sana hujung bulan ni..Abi aku suruh ajak kau ikut sekali balik sana..Kau 'free' tak? boleh ikut aku balik?"..Cerita Fira sambil bertanya.

"Ouh yeke..hmm, rasanya aku tak balik hujung bulan ni ..malas..Tapi aku boleh je ikut kau..takdelah aku tinggal sorang dekat hostel..Nanti aku bagitahu mak aku dulu okay!"..Jawab Fira..

"Alright..kalau macam tu , nanti kita 'book' tiket bas okay lepas kau dah tanya mak kau! Pasal duit tiket tak yah risau sebab abi aku sponsor..hehe"..Kata Fira laju sambil tangannya mengambil air dan menyedut sedikit air bagi menghilangkan haus.

"Ouh yeke..Wahh, baiknya abi kau ni..Kalau macam ni lah kan..boleh lah balik rumah kau setiap bulan!..hahaha"..Usik Fiqah..

"Ehh, apa tak boleh pulak..Abi aku yang ajak kan..so, dia belanja lah..Tapi kalau kau setiap bulan nak ikut aku balik rumah, botak kepala abi aku tau!"..Jawab Fira sambil tergelak..Padahal boleh saja sebab familynya lebih dari mampu..Saja dia mengusik Fiqah

"Hehehe, takdelah ..saja bergurau.." Jawab Fiqah laju..Fira hanya mengangguk faham..

"Err, awak berdua asal mana?"..Lelaki itu menyampuk apabila berasa seakan dirinya telah dihiraukan.

"Saya asal Perak, tapi menetap di Selangor..Fira pula asal Pahang tapi menetap di Melaka"..Jawab Fiqah..

'oh, duduk di melaka'..Gumam fizi

"Fizi asal orang mana?"..Tanya Fiqah lagi..

"Saya orang sini je..duduk pun area sini je!"..Jawab Fizi sambil tersenyum..

"Hmm, Fiqah jom kita solat lepastu kita baliklah! Abi aku pesan jangan balik lewat ..risau anak daranya keluar..katanya"..Fira saja meng'ajuk' balik ayat abinya tadi..

"hahaha, sweet la abi kau ni! Tapi tak macam anaknya, hampeh!"...Fiqah mula nak mengusik

"Ehh, of course lah bapak siapa kan!..Ouh kau pandang rendah dekat aku eh..siap kau!..lagipun nak tunjuk dekat orang ramai buat apa...baik aku simpan 'sweet' aku untuk bakal suami aku..hehe..Tak macam kau tergedik sana tergedik sini..hahaha!"..Kutuk Fira depan-depan sambil buat tangan menyampah..

Fizi yang melihat gelagat Fira terus saja tergelak. Terhibur hatinya..Tak sia-sia terserempak dengan mereka berdua ni..' Fira, u made my day happily'..Hatinya berbisik.

" Cis punya kawan! kau kutuk aku depan Fizi..Tak gunalah kau ni!..Marah Fiqah sambil mencubit lengan rakannya disebabkan malu .

"Aduhh sakit weyh, okay-okay sorry ye!..Saja mengusik kau..Selalu aku je kan yang kena usik dengan kau..Alahh, dengan Fizi je pon..Dia tak kisah pun lah..haritu kau usik aku depan dia boleh pulak kan!..Sekarang padan muka!"..Jawab Fira sambil menjelir lidah sekejap dengan ketawanya sukar dikawal.

Fizi hanya mengeleng saja melihat dua gadis di depannya ini bergaduh mulut..Masing-masing macam budak-budak , suka mengusik lepastu bergaduh..Lama sikit, berbaik balik..Haish macam-macam!

"Sekejap ye, saya pergi bayar sekejap..lepastu kita pergi surau sekali"..Fizi menyampuk..

Fira dan Fiqah memandang ke arah Fizi lalu mengangguk faham..

Kali ini, cahaya 'belanja' bab ni panjang sikit.. #Happy reading okay!. # Stay tuned for the next chapter. # Don't forget to write down a comment..Thankyou!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience