Bab 13: Gemuruh

Short Story Completed 17013

"Masuklah bilik abang ni..Sorry la bersepah sikit..Bilik sementara!"..Kata Danial sambil menyusun kertas di atas meja kerja..

Fiqah hanya senyum nipis kerana debaran di dada masih terasa sambil matanya melihat sekeliling bilik itu..'Not bad!'..

"Fiqah duduk dulu dekat sofa..Abang nak buat keje sekejap!"..Katanya lagi sambil melabuhkan punggung di kerusi beroda..

Fiqah seperti robot..Hanya menurut..Dalam hati segan bercampur malu sebab berdua dalam bilik kerja itu..Teringat chat semalam membuatkan hatinya tak senang duduk..'Jumpa esok, my girl!'..Masing-masing hanya diam..Fiqah yang cuba mengurangkan debar mengeluarkan telefon pintar untuk membuka instagram miliknya..
Danial pula hanya memerhati tingkah itu..

"Fiqah asal mana?"..Danial bersuara memecahkan kesunyian di antara mereka..

Fiqah terkejut dengan teguran itu dengan spontan terbaling telefon pintarnya jatuh ke atas tikar permaidani bilik itu..Lantas, di mengambil kembali telefon pintarnya itu..'Nasib baik tak retak glass screen aku!'..Omelnya perlahan

"Haa, kutuk abang ke tu?"..Usik Danial lagi..

"Mana ada!"..Laju Fiqah jawab dengan jelingan maut..Danial ketawa melihat wajah itu..

"Yelah tu!"..

"Iyelah betul..kalau saya nak kutuk abang Danial..Baik kutuk depan-depan.." Bebel Fiqah sambil membelek telefon pintarnya..

"Marah ke tu? Sorrylah..Abang tak sangka pulak boleh buat Fiqah terkejut..Sorry eh!"..

"Yelah takpe..Abang Danial tanya apa tadi?"..Soal Fiqah sambil mata sudah memandang wajah itu..Tapi hanya sekejap kemudian di alihkan pandangan ke dinding ..'Gila kau nak tenung lama-lama..Nanti jatuh cinta macam mana?'...

"Abang tanya Fiqah asal orang mana?"..

"Kenapa abang nak tahu?"..Fiqah mengangkat kening sebelah..

"Saja nak tahu..nak berkenalan dengan Fiqah..Tak boleh ke?"..Meleret saja Danial menjawab..

Dan sesi perkenalan pun bermula,

"Err, saya asal orang Perak"..

"Mak ayah Fiqah asal orang sana jugak?"..Kini fokus Danial bertukar ke Fiqah..

"Hmm, takk, ibu saya asal orang Kedah..Ayah asal orang Perak..so, kami menetap di Perak , berdekatan dengan kampung ayah.."

Danial mengangguk faham..

"Fiqah ada berapa adik beradik?"..Soal Danial lagi..Nampak menarik topik family bagi Danial..Fiqah hanya layankan saja..Nanti tak layan, sunyi pulak!

"Ada 5 adik beradik!"..

"Wah, ramai..Fiqah anak nombor berapa?"..

"Ramai eh? Hmm, Fiqah anak nombor 3.." Fiqah kini kelihatan sudah tenang..

"Ouh, habistu yang lagi 2 atas tu abang ke kakak?..Yang bawah Fiqah masih bersekolah ke?"..Tanya Danial lagi..

"Hmm, yang pertama abang dan kedua kakak..Masing-masing dah kerja..Yang bawah masih bersekolah..Sorang sekolah menengah, sorang lagi sekolah rendah!"..Panjang jela Fiqah menjawab..

"Ouhh, faham..ayah dan ibu Fiqah sihat?"

"Alhamdulillah sihat je..sekarang busy sikit jaga kebun!"..Jawab Fiqah sambil tersengih segan..Danial tersenyum ..

"Wah, ada kebun..Mesti seronok kan!"..

"Hehehe, mestilah..Ada jugak dusun buah..Duduk kampung kan, So,hobi berkebun jelah!"....Jawab Fiqah sambil teringat suasana rumahnya ..'Rindunya! Dah lama tak balik!'..

Danial masih lagi merenung wajah Fiqah yang tersenyum berangan..Bukan dia taktahu wanita itu sedang berangan..

"Nanti boleh lah abang ikut Fiqah balik Perak sekali!..Boleh kan?'..Soalnya sambil menongkat dagu di atas meja..

"Err, kenapa Abang Danial nak ikut pulak?"..Soal Fiqah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal..'Ha, sudah!'..

"Kenapa? Tak boleh ke?.. Saja nak merasa suasana kampung alang-alang tu nak jumpa 'bakal' ibu dan ayah mertua abang Danial sekali..Boleh kan?"..Danial cuba mengusik..Dia mula ketawa apabila melihat wajah merah dan gelisah Fiqah..Tercuit hatinya..

"Err, Abang Danial, Fira macam mana eh? Diam je..Okay tak dia jumpa bos abang tu?"..Fiqah cuba alih topik..Dia sudah tak senang duduk..Macam cacing kepanasan..

Danial tergelak ..Dia tahu Fiqah cuba tukar topik..Tapi, takpe! Dia suka tengok muka gelisah Fiqah..

"Hmm, pandai ubah topik ye Fiqah!..Pasal Fira tu jangan risau! Dia okay je!"..Jawabnya dengan ketawa masih tersisa.

'Haish, dia ni..tak sah kalau tak buat aku tak senang duduk! Kenapa aku boleh kalah dengan dia pulak ni! Dengan orang lain okay je! Dengan dia gerenti tak boleh lawan..haish!'..Bisik hatinya..

"Haa, kutuk abang lagi lah tu dalam hati?"..Soalnya dengan kening terangkat..

"Ehh, memandai je Abang Danial ni kan! Fiqah cili mulut abang baru tahu!"..Gertak Fiqah..Padahal dalam hati lain..Acah je!

"Amboi garangnya dia..sampai nak cili mulut abang eh?..Tapi takpe! Abang tak kisah asalkan Fiqah yang buat..Abang lagi suka!"..Usik Danial lagi..

'Haa, sudah! Aku pulak mati akal!'..Terus terdiam Fiqah..

Suasana kembali sunyi apabila Fiqah tak menjawab..Kang ada bergaduh macam Fira susah pulak!..

******

Di pejabat CEO,

"Come, have a seat!"..Ujar lelaki itu apabila Fira masih kaku berdiri di situ..

Dengan muka terkejut! ..Fira melangkah dengan menunduk..Segan!
Dia fikirkan selama ni, orangnya biasa-biasa je..Rupanya Fira salah menilai..

"So, Fira tak perlu perkenalkan diri sebab saya dah kenal..Jadi, boleh kita bincang mengenai kos dana yang diperlukan tu?"..Fizi cuba untuk menenangkan Fira..sebelum mereka bersembang dari luar topik..baik dia bincang dulu tujuan wanita itu.Fokus!

Fira mengangguk perlahan..'Fokus Fira!' ..Lalu, dia mengangkat wajahnya dan menatap wajah lelaki itu dengan senyuman..Fira cuba profesional dalam kes ini..Walaupun hatinya masih lagi terkejut..

"Err, boleh!..Ini antara surat program yang pihak kami sediakan..Dan ada tertera tempat atau pusat yang kami pilih..Iaitu rumah anak-anak yatim..Kami sekarang sedang mengumpul dana untuk membantu rumah anak yatim tersebut..Dari segi keperluan dan makanan mereka..Pihak rumah anak yatim juga ada memaklumkan kepada kami bahawa ada beberapa senarai yang mereka perlukan!".. Fira bersuara sambil melihat Fizi tekun membaca..

"Boleh saya nak tengok senarai keperluan rumah anak yatim tu?"..Soal lelaki itu..

"Err, ada-ada!"..jawab Fira..

Dan mereka berbincang dengan sesi soal jawab di antara mereka..Perbincangan tamat kira-kira satu jam..

"Jadi, nanti saya bank in kan duitnya untuk keperluan makanan dan kewangan..! Tapi, untuk yang barangan lain seperti cat bangunan, tilam semua tu Fira dah jumpa ke supplier?" Ramah saja lelaki itu bertanya..

"Buat masa ni, team saya masih lagi mencari supplier yang boleh bagi harga berpatutan ..tapi depends juga dengan dana kami kumpul"..Jawab Fira

"Kalau begitu, biar saya bantu awak dan team..Sebab saya ada jugak kawan dari beberapa supplier yang sediakan barang yang awak perlukan!"..

"Ehh, takpe-takpe..Kami tak mahu susahkan pihak lain..Sebab ini tanggungjawab kami sendiri untuk sediakan barang..Pensyarah kami ingin melihat keupayaan kami dalam mengendalikan program ini..Jadi, kami cuba usaha sendiri"..Fira membidas sambil memaniskan muka..

Fizi ketika itu berasa berat hati juga dengan penolakan dari wanita itu, tapi dia memang ingin meringankan kerja Fira..Terus tangannya menarik laci di mejanya, lalu mengambil satu kad perniagaan supplier yang syarikatnya selalu berhubung dan dihulur kepada Fira..

Fira memandang pelik ke arah kad yang dihulur..

"Fira ambil kad ni..Boleh call dekat nombor tu..Itu salah satu supplier yang Fira boleh deal ..InshaAllah, harga boleh bincang..Nanti Fira call , if dia tanya macam mana dapat nombor ni, Fira cakap saja dari nama syarikat saya..okay!"..Fizi bersuara..

Mata Fira sudah bersinar-sinar..Yelah, ada orang membantu..walaupun dia perlu deal sendiri..tapi dia tak kisah..

"Err, terima kasih sebab sudi membantu kami!"..Jawab Fira dengan ceria dengan senyuman manisnya..

"Terima kasih jugak sebab percaya dan sudi bagi dana kepada kami!"..Ujarnya lagi..Hatinya betul-betul bersyukur..untuk amount, lelaki itu tidak cakap berapa jumlahnya..tetapi dia tak kisah asalkan ikhlas memberi..

"Sama-sama, saya pun nak buat saham akhirat jugak!"..Jawab Fizi ..Hatinya lagi berbunga melihat gelagat gadis pujaan itu ceria..'Sabar lah wahai hati!'..

"Err, nanti saya dah bank in duit..Saya nak contact siapa ye?"..Tanya Fizi

"Ouh, aah ye.. kejap!"..Fira keluarkan sticky note dalam begnya lalu menulis nombor telefonnya lalu kertas itu diberikan kepada Fizi..

"Ini nombor saya, kalau ada apa-apa ..boleh contact saya terus !..Katanya dengan senyum..

Fizi menyambut huluran itu lalu menatap nombor itu lama..Keadaan jadi sunyi sekejap..Masing-masing diam..

"Err, saya rasa macam dah tiada apa nak dibincangkan..Boleh saya minta diri dulu untuk keluar?"..Fira bersuara apabila lelaki masih lagi mengelamun ..

"Err, kejap Fira..Memandangkan dah nak masuk tengahari..Jom, kita lunch dekat luar sekali?"..Ajak Fizi..

"Er, saya kena tanya abang saya dulu..Tadi pun saya datang dengan Fiqah..Tapi, Fiqah ada bersama dengan abang saya"..Fira gelisah sekejap apabila mata lelaki itu tidak berkelip memandangnya..

"Ouh, sekejap saya panggil abang awak dulu!"..Terus fizi menekan interkom lalu menyambung talian ke P.A untuk memanggil abang Fira masuk ke dalam pejabatnya..

"Kita tunggu abang awak sampai!"..Kata Fizi lagi..Fira sekadar mengangguk..

"Awak sihat?"..Tanya Fizi sambil merenung wajah Fira yang sudah memerah disebabkan tenungannya itu..

"Err, alhamdulillah sihat"..Fira cuba bertenang..

"Awak ada nak tanya apa-apa ke? Tadi awak macam terkejut je tengok saya!"..Fizi cuba mengorek rahsia hati Fira..

"Err, saya terkejut sebab jumpa awak dekat sini..Yelah, dah lama tak terserempak dekat kampus..tup tup jumpa dekat sini..Jadi, maknanya awak bos abang saya lah kan? So, selama beberapa hari ni, abang saya maksudkan 'kawan' tu awak lah ye?"..Soal Fira..

"Awak rindu saya ehh?"

Fira menggeleng laju..Fizi terhibur melihat gelengan itu..Terhibur hatinya..lalu dia menyambung kata..

"hmm, betul lah, saya memang kawan abang awak sejak zaman belajar lagi..Lagipun saya cuma teruskan legasi ayah saya je..Bukan harta saya pun..Awak tak perlu nak terkejut sangat lah"..Ujarnya..

'Bukan harta dia? Habistu dia sambung legasi ayah dia..so, harta dia dengan family sekali kan ceritanya?' Pelik-pelik!'..Gumamnya perlahan..Namun, Fira hanya diamkan saja..

"Macam mana study? okay?"..

"Err, alhamdulillah okay..tinggal beberapa sem lagi lepastu saya habis belajar!"..Ujar Fira

"Wahh, cepat masa berjalan ye..Nanti lepas belajar awak nak buat ape? Sambung lagi atau kerja?"..

"Ouhh, saya kalau boleh nak kerja dulu cari pengalaman..Kalau rasa nak sambung, sambung jelah"..

Dalam ralit berborak..Pintu bilik diketuk..

"Masuk"

"Kenapa boss panggil saya?"..Usik Danial diikuti Fiqah dibelakang..

Fiqah juga kaku dan terkejut melihat lelaki yang dia lihat..Danial yang perasan air muka Fiqah terus berdehem..Manakala, Fira dan Fizi juga tergelak kecil..

"Ehem!"..

Terkejut Fiqah dengan deheman dari Danial lalu Fiqah bergerak mendapatkan Fira..Dia masih lagi bingung dan terdiam..

"Jom kita lunch dekat luar sekali!"..Fizi bersuara..

"Nanti aku cerita! Tapi itu memang Fizi! Jom kita pergi makan dulu..Dekat sana kau tanya dia!"..Bisik Fira sambil mereka mengikut langkah dua lelaki itu..

******

Setelah puas mereka berborak di restoran makanan itu, Danial menghantar Fira dan Fiqah bersama Fizi..Mereka kini berada di dalam perjalanan dengan menaiki kereta Danial ..

"Fira, Fiqah..Nanti kalau ada apa-apa mengenai dana..Terus contact abang ye..Tak pun boleh je bagitahu Fizi sekali!"..Ketika itu mereka sudah sampai di depan hostel..

Fizi mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Danial..
"Baik abang! Terima kasih 'boss' abang sebab belanja lunch!"..Sakat Fira..

Fizi yang mendengar itu terus saja kenyitkan sebelah matanya!..Danial dan Fiqah sudah ketawa ..Fira pula melopong ..'Cis, aku kena balik!'...Fira menjeling tajam..

"Dah-dah, nak sweet-sweet pergi kawin dulu!..Fira, Fiqah pergi naik atas rehat!. Apa-apa call!"..Ujar Danial..

Fira dan Fiqh mengangguk faham sambil menjinjit beg makanan dan beberapa barang yang mereka sempat beli selepas makan di restoran..Kerana restoran yang mereka pilih berada di dalam Mall dan tak mengambil masa yang lama untuk sampai..

"Okay, terima kasih sekali lagi Fizi , abang Danial..Kami naik dulu..byee!"..Fiqah bersuara sambil mengangkat barang..Mereka berdua bergerak masuk ke hostel selepas kereta Danial meninggalkan hostel mereka.. Danial memandu terus ke pejabat kerana masing-masing sibuk dengan urusan yang belum selesai..

******

Telefon pintar milik Fizi berdering menandakan panggilan masuk..
Ketika itu, Fizi dan Danial berada di ruang tamu untuk bersantai setelah satu hari bekerja..Fizi mengerling ke arah Danial yang sedang menonton movie di televisyen ..

"Hello assalamualaikum ibu!"..Tegur Fizi dulu..

"Waalaikumsalam, Fizi tengah buat apa? Busy ke?"..

"Haa, tak busy..kenapa ibu call ni?"..Soal Fizi..Jarang sekali ibunya call malam-malam..'Mesti ada something wrong somewhere!"..

"Ouhh, takdelah ibu saja call..Tak boleh ke? Fizi kan anak ibu..Mana tahu sakit ke ..Ibu risau lah..sebab Fizi duduk sorang-sorang dekat sana!"..

"Yelah, Fizi sihat je..Sekarang Danial ada dekat rumah Fizi.sekali..Ibu tak perlu risau! Fizi dah besarlah..takut apanya?.."

Danial yang mendengar namanya di seru terus terangkat kening sambil memandang wajah Fizi..Gelengan kepala dari Fizi membuatkannya menyambung kembali menonton movie..

"Yelah, Ini ibu nak cerita sikit, Siang tadi Datin Rose datang rumah dengan anak perempuan dia..Saja bertandang sebab dah lama tak jumpa! Jadi, ibu berborak lah..Ibu jadi berkenan pulak dengan anak perempuan dia! Aira Qistina namanya..Orangnya lembut, baik, peramah dan....

Belum sempat ayat itu diteruskan..Fizi sudah mengeluh dan menyelah..

"Ibuuu, Fizi tahu ibu nak 'kenen'kan Fizi dengan anak Datin Rose tu..Tak perlu lah nak puji melambung sangat! Mana tahu depan ibu je dia buat macam tu!".. Fizi mula sakit kepala memikirkan agenda ibunya itu..Tahu sangat ibunya suka membuat pilihan sebelum bertanya dengannya..Dia tak nak jadi seperti abangnya walaupun berkahwin atas pilihan keluarga , bahagia..Tetapi, dia nak cuba pilih sendiri bakal isteri yang berkenan dihati tanpa paksaan..

"Ehh, ibu cakap betul lah..puji apanya..memang dia lembut,baikk"..

"Yelah ibu, nanti Fizi bawak balik bakal menantu untuk ibu..Ibu tak perlu lah nak kenenkan Fizi dengan anak sesiapa! Fizi nak cari sendiri..Dan inshaAllah, nanti Fizi bawak balik! Ibu jangan risau sebab anak ibu ni lelaki bukan perempuan!..Boleh je kawin lambat sikit!"..fizi berhujah dengan suara lemah..

"Okay, kalau macam tu..ibu tunggu..Kalau lambat lagi Fizi bawak balik menantu untuk ibu..Ibu akan terus je meminang perempuan yang ibu berkenan! Fizi jangan menyesal..Ingat!.."Ibunya memberi amaran..

"Yelah ibu..Terpulanglah..ibu tunggulah,mungkin 2 atau 3 tahun lagi Fizi bawak balik bakal menantu ibu..Tapi kalau takde jugak, ibu boleh carikan untuk Fizi!"..Fizi mula mengalah , letih berdebat dengan ibunya..Pasti sebagai anak dia perlu mengalah..

"Okay, ibu simpan kata-kata Fizi tu..Kalau takde..Jangan marah ibu pulak okay!..Dah malam ni..Ibu nak tidur dah..Fizi jangan lewat sangat tidur tu..Kerja kerja jugak, kesihatan kena jaga okay!"..

"Okay ibu..Bye ibuu goodnight..Assalamualaikum!"..Jawab Fizi..Setelah salamnya dibalas..Terus saja panggilan dimatikan..

'Arghh, serabut! Ibu suka paksa tau! Aku lelaki kot!..hmm"..Bisik hatinya sambil bersandar malas dan mendongakkan kepala ke atas..

"Kau kenapa? Macam serabut je!"..Tegur Danial..

"Ibu akulah yang buat aku serabut!..Ada dia kenenkan aku dengan anak perempuan kawan dia! Lepastu dia siap bagi amaran lagi kalau aku tak bawak balik menantu dalam masa terdekat! Dia akan terus masuk meminang perempuan yang dia berkenan untuk buat menantu!..aku peninglah!"..

"Hmm, dah kau tak bawak balik calon!"..

"Aku nak bawak balik macam mana , dah adik kau belum habis belajar lagi..Kesian dekat dia pulak..Aku kalau adik kau tengah kerja ke, memang aku masuk meminang terus..Tapi, aku faham jiwa remaja kan..Mesti nak enjoy dulu..So, aku diamkan lah dulu niat tu!"..Fizi mengeluh perlahan

"Dah kalau macam tu, kau kena tunggulah adik aku habis belajar..Atau kau berbincanglah dengan dia macam mana..Alah, apa salahnya kau ajak je adik aku datang rumah kau..tunjuk kawan perempuan bagi ibu kau puas hati!..Lagipun, family kita kan kawan rapat, mesti ibu kau kenal adik aku.."

"Tapi, aku nak ingatkan kau jangan buat keputusan terburu-buru, apa-apa kau berbincang elok-elok..Kalau betullah adik aku tu jodoh kau, pergilah sejauh mana pun..mesti korang akan bertemu jugak..Percayalah perancangan Tuhan itu terbaik..okay! "

Danial memberi saranan..Fizi hanya diam..Tidak menyampuk..

"Kau fikir elok-elok, aku masuk tidur dulu lah..Apa-apa kau boleh je share dengan aku..InshaAllah mana aku boleh bantu, aku bantu..Bye..Goodnight!".. Danial bangun dari duduknya lalu menapak ke bilik..Sempat lagi dia wish goodnight ke Fiqah sebelum melelapkan mata..Letih seharian bekerja..

Fizi pula termangu sendiri dan termenung..Tiba-tiba dia tersentak disebabkan bunyi chat masuk..

'Terima kasih banyak-banyak sebab bantu memberi dana ..Saya sudah terima duit tersebut..Semoga urusan awak dipermudahkan dan sentiasa beramal dengan hati yang ikhlas..Saya terkejut juga dengan jumlah yang diterima..Semoga tuhan membalas jasa baik awak!'..

Fizi tersenyum membaca chat dari wanita itu..Memang niatnya ingin bersedekah..Dia tahu Fira akan terkejut melihat jumlah yang diberi..Tetapi, bukan untuk menunjuk tetapi untuk bersedekah..

Lalu lena menyapa kedua-duanya..

*******

Pejam celik pejam celik..
Mereka kini sudah berada di tahun akhir, semua pelajar perlu mencari tempat untuk membuat praktikal selama 6 bulan..Setelah selesai saja praktikal itu, mereka akan bergraduasi..

"Weyh, tak sangka kan..Kita nak habis belajar dah! Mesti aku rindukan kau!"..Fiqah bersuara lirih

"Aku pun mesti rindukan kau jugak nanti!..Nanti ada masa jangan lupa kita meet okay! Lepak sekali!"..ujar Fira sambil mengemas barang peribadi ..kemudian di masukkan ke dalam beg bagasinya..

Mereka tinggal lagi seminggu saja di hostel tersebut sebelum masing-masing dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk membuat praktikal di tempat sendiri..

"Lepasni kau akan ke Kelantan..Duduk dengan abang kau! Aku balik Perakkk...Huarghh jauh weyhh macam mana nak jumpaa!!"..Fiqah meraung kuat..sedih

"Yelah, aku ajak kau sekali tak mau! Dah kau nak balik rumah kau! Nak buat macam mana kan!"..

"Hmm, alahh, kau tahu kan aku tak boleh ikut sebab apa"..

Ye benar! Fira tahu sebab dan musabab alasan Fiqah tidak dapat mengikutinya membuat praktikal di Kelantan..Pada mulanya, mereka sudah bersetuju hendak membuat praktikal bersama ,akan tetapi baru-baru ini, Fiqah telah menerima panggilan telefon dari ayahnya yang mengatakan bahawa ibunya jatuh bilik air dan menyebabkan kesukaran buah pinggang dan ibunya juga tidak boleh berdiri dan berjalan seperti biasa..Berita itu sangat menyedihkan..Jadi, Fiqah terpaksa pulang untuk membantu ibunya kerana abang dan kakaknya tidak tinggal bersama..Fiqah bertanggungjawab untuk menguruskan adik-adiknya yang lain dan membantu ayahnya juga turut tidak larat kerana lanjut usia..

"Tak Fiqah, aku faham situasi kau! InshaAllah, ada masa nanti aku pergi melawat mak kau okay! Jangan sedih-sedih..Nanti aku pun sedih!"..Fira lantas bangun dan melabuhkan punggung di katil Fiqah sambil menyapu belakang Fiqah..Sungguh berat dugaannya..

"Kau jangan lupakan aku tau! Nanti datang lawat aku ! Aku tunggu! "..

"InshaAllah, aku datang, sebab aku pun nak merasa hidup dalam suasana kampung! Mesti best! Dengan ada kebun buah lagi..Syoknya!"..Fira bersuara riang sambil membayangkan suasana itu..

"Haa, boleh..Nanti aku bagi kau sebakul buah ..Nak sangat kan!"..Balas Fiqah sambil tersengih..

"Yeahh, Fiqah tak sedih lagi! Lepas Ini kita contact selalu okay! Aku takkan pernah lupakan kau..Sebab kau sahabat dunia akhirat aku.."

Mereka berpelukan lama..Fiqah dengan tangisnya..Sedih kerana mereka bakal berpisah tak lama lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience