Tuk Tuk Tuk..
"Masuk!"..Jerit Fira ketika dia masih menyemak dokumen kewangan..
"Hye Fira, malam ni you free tak? Kita keluar dinner nak?"..Soal Faqih ketika dia sudah masuk ke dalam bilik kerja Fira ..
Fira mengangkat muka lalu tersenyum..
"Hmm, jap saya fikir"..Jawab Fira sambil jari telunjuk diletakkan di dagu gaya seperti orang berfikir..
Faqih terus ketawa melihat gelagat Fira yang seperti keanak-anakkan itu..
"Alah you ni..Kita dah lama tak keluar makan sekali kan? Masing-masing busy..So, please! for this time, please accept my request for having dinner with you..I miss you already!"..Pujuk Faqih dengan muka acah sedih..
Fira yang melihat wajah masam milik Faqih terus saja menjeling..Tahu sangat perangai lelaki itu..Suka mengayat!
"Yelah-yelah..Pukul berapa? Dekat mana?"..Ujar Fira lalu di mengemas peralatan di meja kerjanya..Waktu kerja hampir tamat ..
"It's okay, i'll pickup you at home at 8 o'clock...You just tunggu depan rumah..Tempat dinner kita adalah rahsia..Just nak bagi surprise dekat you..Hehe"..Jawab Faqih yang ketika itu sudah melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Fira..Dalam ketawanya ada 'agenda' yang tersembunyi yang hanya dia seorang saja tahu..
Haikal? Memang tak tahu langsung mengenai perancangannya kerana dia rasa sangat ingin 'membelai' wanita di hadapannya itu seorang diri..
"Hmm, yelah..Dahlah, saya nak balik! Awak boleh keluar"..Halau Fira sambil tersengih..Faqih pula ketawa kerana dia tahu wanita itu suka mengusiknya..
"Okay, i balik dulu..Hati-hati drive okay! Byee"..Kata Faqih berlalu keluar dari butik itu dengan senyuman yang menyeramkan..
******
"Hello Fizi, malam ni ada dinner dengan anak kawan ibu..Fizi kena datang!'"..Arahan sudah di keluarkan membantutkan pergerakan Fizi..Ketika itu dia masih di pejabatnya..
Dia mengeluh kecil kerana masanya untuk membawa bakal menantu sudah habis..Jadi, ibunya yang akan mengatur semua dinner date dengan wanita pilihan ibunya sendiri..
"Yelah ibu..Dekat mana dan siapa?"..Soalnya perlahan..Dia memejamkan mata sambil bersandar di kerusi empuknya..Berasa lelah sangat lelah ditambah lagi dengan sikap ibunya..
"Nanti ibu send location date Fizi malam ni..Fizi jangan buat ibu malu ye! Kalau tak berkenan tu bagitahu terus, jangan nak tinggal anak dara orang sorang-sorang macam sebelum ini"...Bebel ibunya..
'Cis! Mesti perempuan tu mengadu dekat ibunya..Kalau tak, macam mana ibunya boleh tahu!
"Yelah-yelah"..Jawab Fizi pendek..Malas dia mahu berdebat dengan ibunya..
"Okay, jangan lupa malam ni!..Balik awal, jangan nak mengelat"..Sempat wanita itu mengingatkannya..
"Baiklah ibuuu"..Suara fizi menjawab meleret..
Selesai saja talian dimatikan..Dalam keadaan mata terpejam, dia dapat lihat wajah wanita yang telah berjaya menghuni hatinya..'Fira'..
Fizi kebingungan dan sempat mengeluh..Last contact dengan Fira yelah sejak beberapa minggu waktu majlis konvo ..'adakah sia-sia penantian aku kali ini?' Bisik hatinya..
Sebenarnya, bukan dia nak merajuk lama dengan wanita kesayangannya itu tapi dia cuma mahu melihat usaha Fira dalam memujuknya..Usaha Fira tak lama hanya beberapa hari..Setelah itu, terus saja mendiamkan diri..Itu yang membimbangkannya..Risau hati wanita itu berpaut pada yang lain..Dia juga dapat lihat keakraban Fira dan Faqih..Bukan dia tak tahu yang lelaki itu mempunyai niat tak baik dengan Fira..Dapat Fizi tafsir pandangan dari lelaki yang bernama Faqih dan Fizi juga pernah untuk meyakinkan wanita itu..Tapi itu hanya sia-sia..'Apa yang perlu aku buat lagi untuk pikat hati beku kau Fira?'..
Setelah fizi merehatkan mindanya..terus dia bangun dan berlalu pulang..Dia harus pulang dan balik untuk dinner date malam ni..
*******
Fizi sudah sampai di restoran yang ditempah oleh ibunya untuk berjumpa dengan anak rakannya..Fizi hanya memakai baju ringkas sahaja dan semestinya simple but nice!..Dia mematikan enjin kereta lalu keluar dari kereta..Kaki melangkah masuk ke restoran mewah itu..
"Selamat Datang, boleh saya tahu nama encik?"..
Selepas mendengar lelaki itu menjawab, pelayan membawanya ke meja yang telah di tempah..
Fizi duduk dengan selamba, hanya senyuman tipis diberikannya kepada gadis yang sudah menunggunya di meja itu..Dapat dia lihat suasana romantik di dalam restoran itu..Gadis yang berwajah manis dan cantik itu memberi senyuman manis..'Tak boleh lawan kecantikan pujaan hatinya'
Keadaan agak sunyi di antara mereka..Dapat Fizi lihat gadis dihadapannya itu kekok dan malu-malu..Dia hanya diam sehingga makanan sampai dan habis..
"Kenapa you setuju nak dinner dengan i?"..Soal Fizi ..Gadis itu tersentak lalu dia mengelabah..
"E..err, sa..sayaa..ha..hanyaa..na..nak ber..berkenalan de..dengan..aw..awak?!"..Jawab gadis itu gagap..Hatinya gugup ketika melihat lelaki dihadapannya itu merenung tepat ke wajahnya..Terus saja dia menundukkan muka..
Terangkat kening Fizi..'Aku garang sangat ke?'..Getus hatinya..Belum sempat dia mahu meneruskan perbualan, gadis itu terus bersuara kembali..
"Err, saya nak ke 'washroom' sekejap!"..Kata gadis itu laju lalu bangun meninggalkan Fizi yang terpinga-pinga sendiri..Fizi hanya mampu mengeleng kepala..
Dalam dia keseorangan , matanya melilau melihat sekeliling restoran mewah itu..Namun, mata tertacap pada satu sudut kelihatan seorang wanita yang kelihatan memicit kepalanya lalu diletakkan kepala di atas meja dengan matanya tertutup rapat..Sangat dia kenali wanita itu..'Fira?!'...Kelihatan lelaki dihadapannya itu bangkit lalu mengeluarkan beberapa keping duit lalu diletakkan di atas meja lantas mengendong wanita yang lemah itu keluar dari restoran..
Dapat Fizi lihat wajah lelaki yang membawa wanita itu kerana mereka melintasi meja Fizi untuk bergerak keluar..'Faqih?'..Dia mula rasa tak sedap hati..Baru saja Fizi ingin bangun untuk mengejar namun langkahnya terbantut kerana gadis tadi baru saja sampai dan melabuhkan punggung dihadapannya..
"Awak sorry lambat!"..Ujar gadis dihadapannya..
"Err, maaf saya terpaksa balik sekarang sebab ada hal 'urgent'..Awak boleh balik sendiri kan?"..Soal Fizi lalu meletakkan beberapa keping not rm 50 di atas meja..
Gadis itu termangu seketika lalu dia mengangguk dengan senyuman..Tanpa lengah, terus saja Fizi bangun lalu berlari keluar..Dapat dia lihat kereta milik Faqih melintasinya..Dengan pantas Fizi berlari masuk ke dalam keretanya lalu memandu laju mengekori kereta lelaki itu.
'Apa kau nak buat jantan tak guna!'..Marah Fizi..Matanya masih lagi fokus melihat kereta Faqih dari kejauhan..
Fizi berasa tak sedap hati kerana kereta Faqih berhenti di sebuah hotel bajet..Dengan pantas, Fizi memakir keretanya selang beberapa buah kereta dari kawasan itu..
Lantas, dia berlari masuk mengejar Faqih yang sedang mengendong Fira masuk ke dalam hotel..Namun, dia kehilangan susuk tubuh lelaki yang di kejar..Fizi bergerak ke bahagian 'reception'..
"Boleh saya tahu nombor bilik atas nama Faqih?"..Soal Fizi kalut..
"Awak siapa ye? "..Soal lelaki di kaunter..
"Saya abangnya"..Lalu Fizi mengeluarkan telefon pintarnya lalu memberi gambar wajah Faqih yang dicurinya di instagram..
"Oh okay, bilik no 23, Tingkat 2 encik"..Jawab lelaki itu..
"Okay, terima kasih"..Laju saja Fizi menjawab lalu dia bergerak ke lift hotel..Hatinya berdoa supaya tiada apa-apa terjadi pada Fira..
Ketika itu, di dalam bilik hotel tersebut..Faqih telah membaringkan Fira di atas katil..Matanya merenung tubuh Fira dengan ghairah..Nafsu jantannya semakin membuak-buak ..'Sudah lama aku impikan kau! Dan malam ini kau akan jadi milik aku!'..Bisik satu suara jahat..Dengan pantas dia membuka satu persatu butang baju blouse milik Fira sehingga bahagian atas tubuh itu. Dia dapat lihat tubuh putih melepak milik Fira dalam kesamaran lampu tidur..
Tangannya naik menyapu lembut bahu putih itu kemudian tangannya berhenti di bawah leher Fira..Matanya turun merenung kedua aset wanita itu yang ditutupi oleh pakaian dalam..Lantas, dengan hati bergelora dia menunduk sedikit demi sedikit ke arah 'aset' wanita itu..
Baru saja bibir itu ingin mengucup bahagian yang ditutupi, kedengaran pintu biliknya di ketuk kuat dari luar..Faqih mendengus geram kerana aksinya terbantut..Lalu, dia bangkit menuju ke pintu dengan bengis..
Baru saja Faqih mahu menghamburkan marahnya terus saja satu tumbukan melayang ke arahnya ..Dalam keadaan tak bersedia, Faqih jatuh mencium lantai..
"Jantan tak guna! Kau buat apa dengan Fira haa?!"..Jerkah Fizi lalu masuk ke dalam..Dapat di lihat tubuh separuh bogel milik Fira yang sedang terbaring di atas katil..
Dengan amarah yang tinggi, Fizi bergerak ke arah lelaki yang tersungkur lalu menghadiahkan tumbukan kedua untuk lelaki itu..Leher baju Faqih ditarik kuat dan digumpalan sehingga membuat lelaki itu sukar bernafas..
"Kau syaitan yang bertopengkan manusiaa! Memang tak patut kau hidup!"..Tumbukan demi tumbukan diberi sehingga Faqih lemah dengan mata terpejam dan melurut jatuh ke lantai..Darah banyak mengalir keluar dari mulut Faqih..Memang silap besar lelaki itu membuatnya mengamuk..
Lantas, Fizi bergerak mendekati Fira..Hatinya bercampur aduk sekarang! Sedih , marah, kecewa dan sebagainya..Dengan perlahan Fizi menarik selimut bilik hotel itu lalu membungkus tubuh Fira dan dibawa keluar dari hotel sambil mencapai baju Fira..Sempat dia melihat Faqih yang terbaring lemah dengan nafas tersangkut..Fizi memijak geram tangan lelaki itu dengan tumit kasutnya sehingga lelaki itu meraung kuat..Setelah dia puas, Fizi bergerak keluar dari bilik hotel dan gendongan di ketatkan supaya tubuh Fira tidak terjatuh..
Fizi melangkah ke keretanya lalu dia membuka seat belakang dan meletakkan tubuh itu dengan berhati-hati..Lantas, dia masuk ke bahagian pemandu dan memandu kereta ke kondo miliknya..
Sampai saja di kondonya , Fizi mengendong tubuh Fira dan di baringkan di atas katil biliknya..Dengan pantas, dia menyeluk poket seluarnya lalu menarik keluar telefon pintarnya untuk menghubungi Danial..Memang setiap kali hujung bulan, Danial akan di minta pulang ke HQ untuk membawa laporan memandangkan Danial pembantunya yang mengurus syarikat di Kelantan..
"Hello Danial, kau datang kondo aku sekarang! Adik kau ada dengan aku sekarang! "..Tanpa salam terus saja Fizi bersuara..Danial terpinga-pinga sebelum menjawab..
"Whats?! Okay kejap, kau tunggu!"..Jawab Danial laju lantas dia bangun dari berbaring di rumah keluarganya dan mencapai kunci kereta di meja mini sebelah katil..Dapat dia dengar suara lelaki itu tegang..Dalam dia sedang memandu, Danial terfikir sesuatu.' Bukan adik keluar dengan kawan dia ke?'..'Tapi dia tak bagitahu pun kawan dia Fizi, kalau ye..mesti dia bagitahu!' 'Atau Kawan baru?'..Hatinya gundah lalu memecut laju ke kondo Danial..
Fizi hanya menunggu kedatangan Danial di ruang tamu..Dia tak berani untuk masuk ke dalam biliknya..Hatinya juga turut ditenangkan supaya dia boleh melawan nafsu lelakinya agar tidak menyentuh wanita yang belum halal baginya..Dia beristighfar panjang menghalau bayangan tubuh milik Fira..
Tuk tuk tuk..
Fizi tersentak lalu bangun membuka pintu rumahnya..
"Mana adik aku?"..Soal Danial sambil matanya melilau melihat seluruh isi rumah..Fizi terdiam..Dia terdiam memikirkan cara untuk menjelaskan hal sebenar ..
"Kenapa kau diam?"..Danial pelik melihat rakannya itu kaku dan bisu..
Danial mula mendekati Fizi..Kelihatan Fizi mengelamun..Danial menepuk bahu Fizi perlahan..
"Kau apahal? Aku tanya adik aku mana?"..Soal Danial lagi dengan tak puas hati..
"Er, adik kau ade dekat dalam bilik aku"..Perlahan saja suara Fizi..
Dahi Danial berkerut lalu memandang lelaki itu dengan pandangan aneh..
"Aku tahu kau pelik..Kau pergi tengok adik kau dulu..Dia tak sedarkan diri tu..Nanti aku cerita dekat kau hal sebenar!"..Kata Fizi..Danial hanya mengangguk kepala lalu bergerak menuju ke bilik lelaki itu..
Pintu bilik yang sedia terbuka dia masuk lalu merapati tubuh adiknya di katil..Makin lama, makin membulat biji mata Danial melihat keadaan adiknya yang tak sedarkan diri dan dibalut oleh selimut putih..Baju blouse butang adiknya juga turut berada di situ..Danial terkaku sebentar..Hatinya yang tenang tadi kembali bergelora bercampur amarah..Dia perlukan penjelasan 'Siapa berani sentuh adiknya'..Dengan pantas, dia berlari keluar ingin bersua muka dengan Fizi..
"Baikk kau cakap! Siapa yang berani 'sentuh' adik aku!"..Jerit Danial kuat ..Fizi bangun dari duduknya lalu dia mendekati Danial..Mukanya juga pucat lesi ..Marah Danial tidak boleh ditanding dengan marahnya..
"Calm down first! Baru aku cerita dekat kau!"..Pujuk Fizi apabila melihat muka Danial sudah bengis dan matanya tajam seperti pemangsa ingin menerkam mangsa..Salah percaturan, gerenti nyawa dalam bahaya..
Danial ketika itu cuba untuk mengawal amarahnya..Dadanya turun naik..Setelah beberapa minit, dia kembali bersuara..
"Baik kau cerita sekarang sebelum bibir kau pecah!"..Suara Danial sudah kendur tapi penuh dengan ugutan ..
"Baik, kau duduk dulu..Aku cerita"..Fizi bersuara..Danial tanpa banyak soal terus duduk..
"Kau kenal Faqih?"..Soal pertama Fizi..Danial mengeleng..
Fizi mengeluh, sah Fira tidak bercerita mengenai lelaki itu kepada abangnya..Biarlah Fira yang menceritakan siapa lelaki itu..Fizi tak mahu masuk campur hal adik beradik itu..
" Okay, cerita dia macam ni...."..Panjang lebar Fizi menceritakan kisah pertemuan mereka di restoran mewah itu sehingga kejadian di hotel..
"Kau ada gambar si jantan tak guna tu tak?"..Soal Danial..Fizi mengeleng..Dia terpaksa menipu lelaki itu . Dia mahu Fira sendiri yang kenalkan wajah Faqih kepada Danial..Danial mengerut pelipisnya..Dia bersyukur kerana adiknya selamat di atas bantuan lelaki yang berada dihadapan dengannya itu.
"Terima kasih sebab kau dah selamatkan adik aku! Malah kau dah selamatkan maruah keluarga aku sekali"..Ujar Danial lagi..Fizi mengangguk perlahan..
"Takpe, esok kau bawak adik kau pergi buat report! Aku risau si Faqih tu terlepas dan dia tentu akan mengancam keselamatan Fira"..
"Hmm, ye itu memang perancangan aku, terima kasih sekali lagi..Aku balik dulu, risau umi abi aku cari!.."Jawab Danial lalu melangkah ke bilik Fizi untuk membawa adiknya pulang..
"Okay, jaga adik kau baik-baik..Hmm, btw start esok aku takde selama sebulan...Ayah aku minta aku wakilkan dia untuk terbang ke China untuk menghadiri meeting dan sign agreement dengan pihak pembekal bahan mentah di sana..Aku minta kau 'stay' sini dulu boleh? Tengok-tengokkan hq sementara aku takde..Dalam masa yang sama kau boleh settlekan urusan adik kau!"..kata Fizi lagi..
"Okay boleh, hati-hati esok gerak.." Pendek saja jawapan dari Danial..Lalu, dia mengendong adiknya yang masih tak sedarkan diri..Mahu ke klinik, tiada yang masih buka..Esok sajalah..Dia tahu pasti adiknya diberi ubat tidur..Danial bergerak keluar dari kondo Fizi selepas memberi salam..
Fizi hanya dapat menghantar pemergian lelaki itu bersama gadis idamannya..Fizi menutup pintu lalu merebahkan diri di sofa..Matanya mengerling ke arah jam dinding..'Hampir jam 12 malam'..Masa begitu cepat berlalu..Hatinya berdoa supaya segala urusan wanita itu dipermudahkan..
Dengan malas, dia bangun menuju ke bilik..Matanya menangkap baju blouse milik Fira yang tertinggal..Kakinya bergerak merapati katil lalu tangan mencapai baju itu..Kelihatan satu butang tercabut mungkin disebabkan lelaki durjana itu..
Hatinya ketika itu usah ditanya..Dia sangat kecewa kerana wanita yang dicintainya dalam diam mempercayai orang lain daripadanya..Fizi berasa sangat terkilan..Dan dia beranggapan jika kalau wanita itu mempercayainya, tentu perkara seperti ini tidak akan terjadi..Tapi, dia tahu ini semua takdir yang sudah tersurat untuk wanita itu..Setelah beberapa minit melayan perasaannya..Fizi bangun lalu meletak baju blouse itu ke dalam bakul bajunya..Esok sebelum dia berangkat, dia ingin membasuh baju itu kerana dia berasa jijik apabila teringat si lelaki durjana itu sempat memegang baju dan tubuh wanita itu..
*******
Fira tersedar dari tidur panjangnya..Dia memegang pelipis lalu melihat keadaan di sekelilingnya..'Bilik aku? '
"Adik dah sedar?"..Soal satu suara..Fira lantas menoleh ke suara itu..
"Abang?"..Soalnya lalu cuba bangun dari pembaringannya..Kepalanya sangat sakit..
"Ada ingat apa-apa tak pasal semalam?".. Soal Danial ketika duduk berhampiran Fira..Wajah Danial sukar ditafsirkan..
Fira hanya mampu mengeleng kepala..Kepalanya masih sukar untuk berfikir hal semalam..
"Adik keluar dengan siapa semalam?"..Danial cuba mem'provok adiknya supaya berterus terang dengannya..Fira terdiam..Kepalanya di pegang lalu satu persatu dia ingat kejadian semalam sehinggalah dia terlelap di restoran itu bersama Faqih..
"Adik nak tahu apa jadi dekat adik semalam? Adik hampir di'rogol' oleh lelaki yang bernama Faqih !"..Keras suara Danial ..Fira terus tersentak dan dia mengeleng lalu memeluk tubuhnya yang masih berbalut selimut putih..
Kebetulan itu, umi dan abinya ada urusan penting yang membuatkan kedua-dua orang tuanya bergerak keluar awal pagi..Jadi, di situ Danial dapat berbincang sendiri dengan adiknya bersemuka..
"Adik tak percaya!"..Jawab Fira..
"Adik cuba tengok diri adik sekarang?!.." Jawab Danial ..Adiknya masih lagi berdegil..Fira perlahan-lahan melihat tubuhnya yang berbalut selimut putih..'Tak mungkin!'..
Fira mula rasa ingin menangis meratapi nasibnya..
"Adik pergi siap sekarang! Kita pergi buat report!"..Arah Danial..Fira mengeleng sambil menangis memeluk selimut ditubuhnya..Dia berasa sangat takut ketika itu..Dia memikir bagaimana harus berhadapan dengan orang..
"Baik adik ikut arahan abang sebelum adik tengok abang mengamuk!"..Danial masih lagi mengeraskan intonasi suaranya..Dia geram berhadapan dengan adiknya..
Fira yang ketika itu mendengar suara abangnya seakan menjerkah marah kepadanya , membuatkan Fira bangun lalu bergerak untuk bersiap..Dia perlu mandi dahulu..Dia berasa jijik dengan dirinya..
Fira berteleku lama di dalam 'bathtub' bilik air..Dia mengenang nasib dirinya yang malang..Dia mengeleng kepala tanda sukar dia terima hakikat bahawa dirinya hampir dirogol oleh Faqih..Dia menangis semahunya di bilik air..Dia takut untuk berhadapan dengan keluarganya..'Bagaimana kalau umi dan abi tahu hal ini?'..
'Adakah aku yang berdegil untuk berkawan dengan lelaki itu?!'..Jadi, benar kata-kata Fizi selama ini..'Adakah lelaki itu juga akan jijik melihat dirinya jika tahu hal ini?'..Fira meraung kuat melepaskan sedihnya..Danial yang mendengar suara raungan adiknya hanya mampu diam..Dia juga berfikir bagaimana ingin berterus terang dengan umi dan abinya..Dia buntu..Dia tahu adiknya bakal mengalami trauma..
Pendek sikit kalini..tunggu next chap okay!
Share this novel