Epilog

Short Story Completed 17013

2 tahun kemudian,

"Abang!"..Jerit Fira kuat ketika berada di dalam bilik air..Matanya membutang melihat alat Pregnancy test yang bergaris dua line..'Habis lah aku kena bebel dengan umi!'..Keluh dia perlahan..

Fizi yang menidurkan anak lelaki bernama Firash terkejut mendengar teriakan dari isterinya..Dengan pantas, dia berjalan laju melangkah ke bilik air.

Tuk Tuk Tuk

"Kenapa sayang?"..Soal Fizi cemas sambil mengetuk pintu bilik air itu..

Fira terus membuka pintu bilik air lantas bergerak keluar..Mukanya masam..Bukan dia tidak menerima takdir itu tetapi dia...

Fizi kebingungan melihat wajah isterinya yang masam..

"Kenapa ni sayang? What happen?"..Soal Fizi lagi sambil bergerak merapati isterinya ..Terlihat satu objek yang di pegang isterinya..

"Abang cuba tengok ni!"..Kata Fira sambil menunjuk alat tersebut..

Wajah Fizi yang cemas tadi terus saja ceria dengan mata terbeliak tanda tak percaya yang isterinya mengandungkan anak kedua mereka..

"Alhamdulillah sayang! Murah rezeki kita!"..Ujar Fizi sambil memeluk erat tubuh Fira..Fira hanya kaku sambil mencebik..

"Kenapa sayang muka masam? Sayang tak happy ke?"..Soal Fizi..

"Happy tu happylah!..Tapi kan nanti tentu saya kena ceramah dengan umi dengan doktor!"..Silap dia kerana tidak mengambil pil perancang!..Eh bukan! Sebenarnya, suaminya yang tidak membenarkannya mengambil pil perancang!.Huh..

"Lahh, itu yang dirisaukan? Takpe..Abang kan ada..Kita sama-sama tadah telinga ye!"..Fizi tersengih melihat jelingan isterinya..

"Awak lelaki..Tahu apa! Saya yang perempuan ni kena bebel..Sakit telinga tahu!"..Bantah Fira lagi sambil bergerak ke katil untuk melihat anak lelakinya..

"Alahh, ini semua rezeki Allah sayang..Abang terima dengan hati terbuka..Abang faham nanti mesti semua orang bebel dekat kita..Tapi, kita nak nak buat apa kalau tuhan nak bagi kan? So, kita hadap sama-sama lah ye"..Pujuk Fizi sambil mengelus pipi gebu isterinya..

"Yelah, dah jom bersiap ..Kita lunch dekat rumah umi kan"..Kata Fira..Sebenarnya dia malas untuk berbalah dengan suaminya itu..Kerana suaminya itu walaupun sibuk, dia sanggup menjaga Firash tanpa kenal erti penat..

********

"Ibuu!..skk, ssk!"..Dhia menangis apabila kakaknya mengambil permainan anak patung barbienya!..

Fiqah yang mendengar anak keduanya itu menangis terus saja menoleh ke ruang tamu..Ketika itu, Fiqah dan Danial telah pun sampai awal di villa itu..Jadi, dia turut membantu ibu mentuanya menyediakan makanan tengahari bersama..

"Kamu pergilah tengok anak kamu tu Fiqah..Jangan harapkan Danial tu..Kemana dia pergi pun taktahu!"..Arah umi Fareeda..

Fiqah mengangguk kepala dan berlalu meninggalkan ruangan dapur..Sampai saja di ruang tamu, Fiqah melihat Dhia sedang menangis dan anak pertamanya ,Aisyah sedang bermain anak patung kepunyaan adiknya..

Fiqah ketika itu mula lah mahu naik angin..Dia mendekatinya anaknya..Matanya juga meliar ke seluruh ruang mencari kelibat suaminya.."Mana pergi pulak dia ni..Minta tolong jaga anak! " Omel Fiqah perlahan..

Fiqah yang sedang berbadan dua itu melangkah perlahan lalu memujuk anak keduanya..

"Aisyahhh, kenapa kamu ambil mainan adik? Kamu punya pun adakan? Pulangkan balik dekat Dhia"..Arah Fiqah sambil merenung anak pertamanya itu yang berusia 4 tahun ..

Aisyah mengelengkan kepala sambil menyorokkan anak patung itu kebelakang..Dhia melihat kakaknya yang enggan memulangkan anak patungnya terus menangis kuat..

Danial yang baru keluar dari bilik air selepas membuang hajat terus terkejut mendengar tangisan anaknya..Dia berlari ke ruang tamu ..Umi hanya mengeleng melihat anak lelakinya itu berlari melintasi dapur..

"Ya Allah sayang! Sorry abang pergi tandas tadi..Abang sakit perut"..Kata Danial sambil mendekati isteri dan anaknya..

Dapat dia lihat anak keduanya menangis teresak-esak dalam pelukan isterinya..Dan kelihatan wajah Fiqah sedikit letih..Yelah! Dah sarat!..Dengan pantas, Danial mengambil anaknya dari dukungan isterinya..

"Aisyahhh, pulangkan semula mainan adik kamu"..Kali ini suara Fiqah tegas..Aisyah tersentak lalu matanya berlinang air mata..Dia mencebik sedih..

Danial tak tentu arah, semenjak isterinya mengandung anak ketiga..Perangai garangnya semakin terlihat..

Baru saja Danial ingin memujuk Aisyah, kedengaran suara Fira memberi salam..

"Assalamualaikum"..

"Waalaikummussalam.."jawab Fiqah sambil bangun dari duduknya..

Aisyah yang mendengar suara auntienya terus berlari dan memeluk kaki Fira sambil menangis..Memang Aisyah rapat dengan Fira kerana dari dalam perut lagi, Fira yang selalu menemani Fiqah pergi checkup..

"Eh, kenapa nangis ni princess!"..Terkejut dia melihat anak buahnya menangis sambil memeluk kakinya..

"Abang, tolong dukung Firash kejap!"..Kata Fira sambil menghulur Firash yang sedang lena..Fizi menyambut huluran tubuh kecil itu lalu menepuk lembut anaknya...Dia tersenyum melihat isterinya mendukung Aisyah yang sedang menangis.

"Abang Danial! Kenapa Aisyah menangis?"..Soal Fira ketika mereka sudah mendekati pasangan itu..

"Apa lagi Fira, Aisyah suka usik adik dia..Dia pergi ambil anak patung Dhia..Apalagi, ibunya mengamuklah!.Terus menangis!"..Jawab Danial sambil tersengih..Fiqah pula menjeling tajam suaminya..'Bila masa pula aku mengamuk!'..

Fira tergelak.."Dah jangan nangis, nanti auntie beli patung yang baru ye!"..Pujuk Fira..Aisyah berhenti menangis lalu mengganguk..

"Aisyah pulangkan patung adik ye..Aisyahkan budak baik..Mestilah kena sayang dekat adik!"..

Aisyah menggangguk kepala dan Fira menurunkan Aisyah di bawah..Aisyah bergerak ke arah ayahnya yang sedang mendukung Dhia..

Dengan pantas, Dhia menarik anak patungnya sambil tersenyum..

"Haa, apa lagi dok buat drama tu..Mari sini makan, makanan dah siap!"..Kedengaran suara Umi Fareeda menyampuk..

Mereka semua menoleh lantas bergerak perlahan..Danial mendukung anak keduanya..Fiqah memimpin tangan kecil milik Aisyah ke meja makan..Fira dan Fizi juga turut bergerak ke meja makan..

Selesai saja mereka menjamu selera, mereka menunaikan solat zohor berjemaah dan sekarang mereka berkumpul di ruang tamu..Umi Fareeda tersenyum melihat keluarganya yang sangat meriah..

Firash yang tidur tadi sudah terjaga dan sekarang berada di pangkuan Umi Fareeda..Danial , Fizi dan Abinya bersembang mengenai hal lelaki..Fira dan Fiqah sedang melayan kerenah dua anak itu..Aisyah bersama Fira dan Dhia pula dengan Fiqah..Anak keduanya itu memang sangat rapat dengan Fiqah ..

Dalam Fira sedang melayan Aisyah bermain..Tiba-tiba tekaknya loya..

"bluerk bluerk"..Fira menekup mulutnya sambil bangun dan berlari ke bilik air di dapur..

Semua mata memandang pelik ke arah Fira yang sedang berlari sambil menekup mulutnya..Tanpa banyak cakap, Fizi terus menyapa Fira di bilik air itu..

"Sayanggg, sayang okay tak?"..Soal Fizi diluar bilik air sambil mengetuk pintu..

Fira yang mendengar suara suaminya diluar terus membuka tombol pintu lalu dia menyambung semula muntahnya..Hanya cecair putih saja yang keluar..

Fizi terus melangkah masuk dan tangannya naik menyapu lembut isterinya..Dia cemas melihat isterinya yang muntah..

"Sayang okay tak ni? Nak pergi klinik tak?"..

Fira mengeleng..apabila hilang rasa loya itu, terus saja dia mencuci mulut..Badannya tiba-tiba terasa letih dan berat..

Fizi memeluk badan isterinya yang kelihatan lemah itu..Ini satu hal membuatkan dia berasa serba salah..Setiap kali mengandung, isterinya akan mengalami alahan..Jatuh kasihan jadinya!

"Sayang boleh bangun tak ni?"..

"Bolehh"..Jawab Fira ..Fizi memeluk erat bahu isterinya lalu dia tarik isterinya bangun..

"Kalau sayang tak larat..Kita boleh pergi ke klinik! Abang risau lah!"..

"Takpe abang. Okay ni"..Jawab Fira sambil melangkah keluar dari bilik air sambil menuju ke ruang tamu..

Sampai saja di sofa, mereka melabuhkan punggung..

"Kenapa dengan Fira, Fizi? ..Tak sihat ke?"..Soal Umi Fareeda..

Fizi menoleh ke sisi.. Meminta kebenaran untuk bersuara..Fira hanya mengangguk lemah..

"Hmm, sebenarnya....."

"Kenapa? Macam teruk je?"..Soal Danial ketika melihat adiknya yang pucat..

"Err, sebenarnya..Fi- firaa me-mengandung"..Jawab Fizi gagap..

Semua mata terbeliak mendengar kenyataan dari Fizi..Fizi pula terasa janggal terus tersengih sambil menggaru kepalanya..'Habis lah aku!'

"Betul ke?"..Soal Danial lagi..

Fizi mengangguk kepala..

"Kan umi sudah bagitahu, kalau boleh jarakkan sikit umur anak-anak..Fira lupa ke yang Fira pernah keguguran waktu anak pertama? ..Sekarang ni pula Fira sudah mengandung pula..Firash baru 9 bulan tahu.." Mulalah mukadimah Umi Fareeda..

Mengenai berita keguguran itu benar!..Selepas 6 bulan mereka menikah, Fira tidak pernah sedar yang dirinya sedang mengandung..Dan ketika itu dia sangat aktif sehingga lupa untuk menjaga kesihatan diri dengan kerjanya..Ada satu ketika dia ingin ke bilik air, Fira terkejut melihat skirtnya bertukar warna..Dia fikir dia 'period' tetapi tak! Makin lama makin banyak keluar darahnya sehingga stafnya terpaksa menelefon ambulance ..

Sampai saja di hospital, Doktor memberitahu kepada Fizi yang Fira mengalami keguguran dan pembedahan perlu dibuat dengan segera supaya tidak berlaku tumpah darah..Berita tersebut sangat mengejutkan sehingga mereka berasa sangat sedih ..

"Kamu ini Eda, itu kan rezeki mereka..Kita siapa nak tolak? ..Saya faham awak tu risau dengan kesihatan Fira..Tapi, kita tak boleh persoalkan takdir..Jadi, kita kena belajar bersyukur walaupun ada masalah akan dihadapi..Tapi, Tuhan bagi tu pasti tepat dengan takdirnya..Dan sudah pasti ada sebabnya.." Abi mula bersuara..

Hening terus suasana..Tiada siapa berani bersuara..Danial terus bersuara ..

"Tahniah adik dan Fizi"..Ujar Danial sambil tersenyum riang..Bertambah lagi anak buahnya selepas ini..

"Terima kasih Danial"..Jawab Fizi sambil tersengih..Dia bersyukur kerana bapa mertuanya telah 'membackup'nya..Kelihatan Umi Fareeda terdiam sambil melayan Firash..Anaknya itu mudah saja selesa dengan orang ..

Fiqah bergerak mendekati Fira.."Tahniah Fira! Jaga elok-elok tau! Jangan lasak sangat!"..Kata Fiqah sambil tersenyum..

Fira menggangguk kepala lantas dia mengusap perlahan perut Fiqah yang memboyot itu..

"Bile tarikhnya?"..Soal Fira..

"Mungkin dalam 2-3 minggu lagi..Ikut lah baby nak keluar bila!"..Kata sambil tersenyum..

"Girl or boy?"..

"Mana boleh bagitahu adik! Rahsia"..Danial menyampuk..Fira menjeling..Fiqah dan fizi ketawa..Walaupun sudah berkahwin, mereka dua beradik suka cari gaduh..Sudah pastinya dari suaminya..Kuat mengusik!..

"Nanti Fira tahu lah..Surprise sikit!"..Jawab Fiqah..

Fira mengangguk kepala perlahan..Sambil tangannya masih mengusap perut itu..Dia tersenyum suka apabila merasa kaki baby sedang menendang..

Auch!..Fiqah mengaduh perlahan..Anaknya seakan tahu yang mengusap perutnya itu ibu saudaranya..

Fira tergelak.."Baby jangan nakal! Kesian ibu kamu tu..Sakit pinggang!"..Kata Fira..Fiqah tersengih..

"Alah, lepasni adik pulak rasa.."..Tak sudah-sudah Danial mengusik adiknya..

"Abang! sudah lah tu.."Tegur Fiqah..Ada saja nak mengusik..Danial mencebik apabila Fira senyum mengejek ke arahnya..

"Kamu semua tidur sini malam ni?"..Uminya bersuara kembali..

Masing-masing mengangguk kepala tanda mengiyakan..

******

Keesokannya, atas desakan umi selepas melihat Fira muntah teruk, Fizi dan Fira membuat keputusan untuk ke klinik..Firash ditinggalkan sebentar dengan Umi..

"Puan Hafirah Syaqina, boleh masuk ke bilik doktor bersama suami"..Jururawat wanita menegur mereka berdua yang sedang duduk di bangku..

Bingkas mereka bangun masuk ke bilik doktor..Tertera nama doktor di pintu ' Dr. Aina '..

"Silakan duduk puan , encik"..Pelawa Dr, Aina dengan lembut..Suara sangat lembut dan wajahnya sangat murah dengan senyuman..Fizi dan Fira senang dengan layanan dr Aina..

Fira mengangguk lagi..Fizi hanya diam dan tekun mendengar ulasan dari Dr.Aina..

"Saya telah melihat rekod Puan Hafira, Sebelum ini puan pernah mengalami keguguran ye?"..

"Betul doktor"..Jawab Fira sambil mengangguk kepala..

"Okay memandangkan , puan sedang mengandung..Saya akan memberikan ubat tambahan untuk kuatkan rahim puan serta vitamin macam selalu .."

Fira mengangguk kepala tanda faham..

"Saya sebagai doktor ingin menyarankan puan supaya tidak membuat kerja berat untuk first trimester..Supaya ianya tidak memberikan kesan kepada kandungan puan..Sepatutnya bagi setiap pesakit saya, saya meminta mereka untuk menjarakkan umur anak-anak mereka supaya bahagian dalaman kita betul-betul sihat..Bagi kes puan, saya galakkan supaya tidak terlalu lasak ye selepas ini..Untuk suami, selepas ini, perlulah merancang ye..Boleh saja memakai 'protection' sebelum berhubungan.."

Fizi terkedu apabila dia juga turut dinasihati oleh doktor..Fira hanya tersenyum sambil mengenggam erat jari jemarinya suaminya..

"Saya hanya memberi peringatan sahaja encik..Walaupun isterinya encik muda Dan ramai berpendapat bahawa waktu muda inilah , isteri perlu beranak pinak ..Nanti umur dah meningkat susah? Betul kan?..saya tak sangkal kan hujahan itu ..tetapi, untuk pengetahuan encik, bahagian dalaman wanita untuk pulih selepas bersalin memerlukan jangka masa agak lama untuk kembali baik..Jadi, tak salah untuk kita merancang..Saya harap encik faham"..

"Saya faham doktor"..Jawab Fizi sambil tersengih malu..

"Saya harap selepas ini berhati-hati lah ye..Maaf kalau saya ada tersalah kata.."

"Tak doktor..Saya faham"..Jawab Fizi laju..Benar belaka kata doktor..Dia bukanlah sesiapa untuk menyangkal segala kata doktor yang berpengalaman itu..

"Okay lah kalau begitu..By the way, Tahniah ye puan dan encik! Nanti boleh datang checkup semula ye..Dan ini , senarai ubat untuk puan..Puan perlu makan ikut masa ye..Puan boleh ambil ubat di kaunter diluar ye!"..Kata Dr. Aina sambil menyerahkan satu kertas kepada Fira..Huluran bersambut..

Fizi dan Fira mengangguk lalu meminta diri untuk keluar..Selesai saja mereka mengambil ubat..Mereka melangkah ke kawasan parking kereta..

Dalam kereta, Fizi hanya diam membisu...Fira tahu pasti suaminya memikirkan kata-kata doktor itu..Dia ingin tergelak melihat muncung suaminya..Tapi ditahan..Nanti makin merajuk susah pulak..

"Abanggg, jangan lah fikir sangat ye kata-kata doktor itu..Itu peringatan sajaa abang"...

Fira pun sebenarnya terkejut juga kerana jarang sekali untuk dapat doktor wanita yang berani menegur lelaki berkahwin..Tapi, itu demi kebaikan kaum wanita yang bergelar ibu..

"Takdelah, abang okay je ."

"Ye ke tu? Kenapa muncung je tu? Alahh, abang kan pernah cakap nak hadap sama-sama..So, sekarang ni lah kita tengah buat..Hadap sama-sama"..

Fizi tersengih lalu mencapai tangan isterinya dan dicium..

"Lepasni abang kena pakai 'protection' lah ye?"..

Mereka ketawa bersama-sama...

******

"Sayang! Nah makan ubat! jangan skip!"..Ujar Fizi ketika dia melangkah masuk ke kamar beradu mereka di kediaman villa keluarga Fira..

Fira hanya berehat di biliknya selepas solat isyak berjemaah..Badannya berasa lesu..Dan keluarga yang lain sangat memahami langsung tidak menghalang..

Fizi membantu isterinyanya bangun dari berbaring..

"Sayang sakit kepala lagi ke? Nak abang picit?"..

"Takpe ke? Tak susah kan abang?" .

"Takdelah..abang okay je"..Jawab Fizi sambil meletak gelas air di tepi meja katil..

"Firash mana abang? Tak mengantuk lagi ke dia?"..Soal Fira ketika melihat suaminya hanya masuk berseorangan..

"Umi kata dia nak tidur dengan Firash malam ni..Abang pun tak kisah.."

"Boleh ke umi berjaga malam nanti? Nak bagi Firash susu"..

"Sayang jangan risau, abang dah bagi tahu masa-masa yang Firash akan bangun untuk menyusu..Dan susu pula, nanti ibu tinggal rendamkan aja..Sebab sayang dah pam kan susu haritu?"..Jawab Fizi sambil memeluk tubuh isterinya..Tangannya mula mengurut lembut kepala isterinya..

Fira mengangguk faham..Lalu, Fizi mengucup dahi isterinya lama..

"Abang harap alahan sayang cepatlah habis"..

Fira yang baru saja ingin berbaring terus saja menoleh ke arah suaminya..

"Kenapa pulak?"..

Fizi bingkas bangun lalu menutup suis dan bergerak membaringkan tubuhnya disebelah isterinya...Tangannya memeluk erat tubuh itu..

"Abang nak ajak sayang honeymoon"..

"Berapa kali nak pergi honeymoon abang oi?".. Jawab Fira sambil membalas pelukan itu.

"Tak kisah..Asalkan abang dapat bagi masa berdua dengan sayang..Abang tak puas lagi nak bagi sayang pusing keliling dunia"..

Mata Fira menatap mata bersinar milik suaminya..Tangannya menyapu lembut wajah suaminya..Baru kini dia sedar, suaminya seseorang yang sangat memahaminya..Sejak mereka berkahwin, suaminya tak pernah meninggikan suara kepadanya..

"Abang nak bawa sayang kemana pulak lepasni?"..

Fizi tersenyum manja apabila Fira seakan membelainya..Pinggang isterinya di eratkan..Dia menatap wajah isterinya..

"Mestilah rahsia, Tapi tempat ni sangat 'special'.."

Fira mencebik geram..Setiap kali ingin bercuti..Pasti suaminya akan merahsiakan..

"Alaahh, sayang nak tahu juga pleaseee...."Pujuk Fira..

Fizi tersengih.."Okay, kiss me first.."..Sambil mulutnya sudah muncung kedepan..Fira sudah tergelak..

"Hahaha, abang macam budak-budaklah! "..Ujar Fira lalu dia memberi kucupan lembut di bibir suaminya..Setelah beberapa saat, Fira melepaskan tautan tersebut..

"Okay dah, cepat bagitahu!"..

Fizi yang tak puas terus saja berlakon menguap..

"Alahh, esok-esok jelah bagitahu..Abang mengantuk lah!"..Jawab Fizi sambil menekup mulut dari menguap..

Fira sudah mencebik..Dia tahu suaminya hanya berlakon saja..Tapi, dia malas berbalah kerana dia pun mengantuk juga..

"Okay, sayang tunggu..Kalau abang tak bagitahu..Tidur luar ye nanti..werkk"..Pangkah Fira sambil mengejek..

Fizi tersengih lalu dia mencium ubun-ubun isterinya lama..Bauan dari rambut isterinya membuatkannya ingin terlena..Masing-masing tidur sambil berpelukan..

******

Dua bulan kemudian,

'Uwerk uwerk uwerk'..

Bunyi tangisan baby di dewan bersalin..Masing-masing mengucap kalimah syukur..Di luar kelihatan dua keluarga sedang menunggu ketibaan Fiqah dan Danial..

"Nenek! Aisyah nak dapat adik ke?"..Soal Aisyah kepada Ibu Ina..

"Ye sayang..Nanti jangan gaduh dengan adik ye..Aisyah dah jadi kakak..Aisyah kena sayang adik"..Jawab Ibu ina..Umi Faredaa pula sedang mendukung Dhia yang sedang terlena..

"Yeahhh ada adik!"..Sorak Aisyah sambil bertepuk tangan..

Setelah beberapa minit, Danial keluar dari dewan bersalin sambil tersengih sambil memandang keluarganya..Senyuman tak lekang dari bibirnya..

"Macam mana Danial? Fiqah okay? Baby?"..Soal umi Fareeda..

"Alhamdulillah..Semua okay umi, ibu..Sekejap lagi, Fiqah ke wad biasa"..Jawabnya sambil melabuhkan punggung disebelah Fizi..

Ye! Fizi dan Fira juga turut ada sama..

"Nah air bro"..Fizi menghulur air..Dia faham apa yang berlaku di dalam wad tersebut..Dia juga pernah masuk menemani isterinya..Segala rasa sukar diungkap..

"Thanks!"..Jawab Danial sambil meneguk air..wajahnya yang penuh dengan peluh dilap dengan tisu..

Setelah lama menunggu , akhirnya katil isterinya ditolak ke wad biasa..Kelihatan isterinya sedang tidur..Mungkin kepenatan!..Gila tak penat!.

Sampai saja disana, baby lelaki yang belum diberikan nama diambil dan dihidu serta dikucup sayang..

"Mari sini umi nak dukung"..Umi Fareeda bersuara..

"Lelaki?"..Soalnya lagi..

Danial mengangguk kepala..Memandangkan di hospital swasta..Baby boleh diletakkan dibilik ibunya jika tiada masalah..Danial bergerak duduk di sebelah isterinya yang sedang lena..Ciuman melabuh di dahi itu..Sungguh tak terkata segala pergorbanan isterinya..Dia dapat lihat dengan mata kepalanya sendiri..Kesukaran dalam melahirkan anak..

"Abangg" ..Perlahan saja suara Fiqah memanggil..Dia tersedar..

"Ye sayang..Nak minum ke?"..Soal Danial..Fira mengangguk..Lantas, Danial menghulur air milo yang diberikan oleh staf nurse..

Selesai minum, bibirnya mengukir senyuman melihat semua ahli keluarganya berada di situ..Badannya terus saja bertenaga selepas dapat tidur sebentar tadi..

"Fiqah , Abang Danial..Nak letak nama apa baby boy ni?"..Soal Fira sambil mencium lama bayi lelaki itu..

"Tak tahu lagi Fira.."Jawab Danial ...

"Lepasni Firash ada kawan.."Kata Fira..Firash yang berada di pangkuan Fizi hanya memandang dengan mata bulatnya..Fizi tersenyum..

"Pantang di mana Fiqah?"..Soal Umi Fareeda..

"Mungkin seminggu dua ni, Fiqah berpantang dirumah umi dulu..Nanti baru Abang hantar balik kampung..Sayang nak macam tu kan?"..Danial bersuara..

Fiqah mengangguk..Dia sudah berbincang mengenai hal ini bersama suaminya..Dan Danial hanya bersetuju kerana dia tahu, isterinya tidak ingin menyusahkan ibu mertuanya..

Suasana riuh di dalam wad itu..Masing-masing sibuk melayan cucu dan ragam ..

*****

Fira yang sedang mengandung memeluk lengan suaminya mengelilingi kaabah..Fizi berjalan mengikut rentak isterinya..Ketika itu mereka sedang mengerjakan umrah..Ini adalah salah satu tempat yang menjadi idaman bagi Fizi..Dan dia telahpun menunaikan hajat hatinya ingin menunaikan umrah bersama isterinya..

Firash ditinggalkan sebentar dan dijaga oleh umi Fareeda ..Fizi menatap wajah bersih milik isterinya..Wajah isterinya kelihatan bersinar ..

"Kalau sayang dah tak larat, jom kita balik bilik"..Kata Fizi sambil melangkah keluar..

Fira mengangguk .Dia mengusap perutnya yang memboyot sambil membaca doa di dalam hati..

Sampai saja di hotel, mereka makan tengahari terlebih dahulu sebelum solat zohor..

"Petang ni boleh ke sayang keluar pergi Jabal Nur?"..

"Boleh abang..Sayang cuma nak rehat sekejap ..nanti petang abang kejutkan sayang boleh?"..Kata Fira sambil membaringkan badannya yang lenguh..

Fizi juga membaringkan badannya di katil selepas mereka menunaikan solat zohor berjemaah tadi..

"Okay sayang, Nanti abang kejut..Sayang rehat dulu ye"..Jawab Fizi sambil mengusap lembut perut isterinya..Fira tersenyum..Cuaca di sana membuatkan Fira berasa agak letih..

*******

Selesai mereka melawati Jabal Nur, Fizi membawa Fira untuk melawat kawasan pasar untuk membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti..

Mata Fira bersinar-sinar melihat barangan yang dijual..Benar lah kata orang, siapa yang datang ke Mekah..Tak sah kalau tak pergi ke tempat ini..

"Sayang pilih lah apa-apa..Abang belanja"..Kata Fizi apabila melihat wajah teruja isterinya..

"Thankyou abangg"..Kata Fira sambil melangkah masuk ke pasar tersebut..Fizi pula hanya menurut saja..Tidak ada sekalipun kata tidak kepada isterinya..

Selepas puas membeli, mereka pulang ke hotel semula..

Malam itu mereka makan di dalam bilik sahaja..Dan makanan di order menggunakan 'service room'..Fira melangkah keluar ke koridor untuk melihat suasana malam di Kaabah..Itu menjadi kebiasaannya ketika mereka sampai di sana..

Dalam ralit Fira melihat kaabah dari hotel..Hatinya mula berbisik doa,
'Ya Allah, terima kasih atas kurniaanMu,..Aku bersyukur kerana dikelilingi dengan orang yang sangat memahami diriku..Terima kasih juga telah menghadirkan seorang insan yang dapat membimbing aku..Yang menerima segala kekuranganku..Hanya pada engkau sahaja aku berserah segala takdir hidupku'.. Hatinya sebak apabila terkenang hidupnya sebelum ini..

"Sayang..Tak sejuk ke?"..Soal Fizi ketika mendekati isterinya yang sedang leka memerhati suasana kaabah..

Fira berasa pinggangnya dipeluk dari belakang..Dan perutnya diusap perlahan..

"Tak sejuk sangat abang"..Jawab Fira perlahan..

"Sayang okay tak ni?"..Soal Fizi ..

Fira memusingkan badannya menghadap suaminya..Lalu, tangan mencapai lembut tangan dan dikucup belakang tangan suaminya..

"Abang, sayang nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai Fira tertinggi suara dengan abang..Sayang khilaf..Sayang sangat bersyukur sebab Tuhan hadirkan Abang sebagai peneman hidup sayang.." Fira berkata dengan nada seraknya..

Fizi tersenyum bahagia..Hatinya berasa sangat lapang ketika itu..Kasih sayangnya tak pernah sedikit pun kurang untuk isterinya..

"Alhamdulillah sayang..Memang tuhan takdirkan kita untuk berjodoh..Jadi, abang dengan lapang dada terima sayang ..Sayang tak pernah buat silap dengan abang..Sayang satu-satunya orang yang abang ingin dampingi..Hidup abang rasa lebih sempurna dengan kehadiran sayang"..

Fira memeluk erat tubuh suaminya itu..Fizi menggosok belakang badan isterinya untuk meredakan tangisan itu..

"Sayang kena selalu ingat..'SETIAKU MILIKMU'..Takkan ada orang yang mampu gantikan tempat isteri abang ni ..Dan abang harap kita dapat sama-sama belajar ke arah mencari redhaNya..Abang nak sayang jadi bidadari abang sehingga ke syurga walaupun maut memisahkan kita..Boleh sayang?"..

Fira mengangguk kepala di sebalik pelukan itu..Dia ingin berubah..Hatinya kini terasa sangat lapang ketika menjejakkan kaki di tanah suci ini..Dia berdoa semoga seluruh ahli keluarganya hidup bahagia , dipermudahkan segala urusan dan jodohnya dipanjangkan dan berkekalan sehingga maut menjemput..

"I love you abang"..

" I love you too sayang"..Jawab Fizi sambil mengucup dahi isterinya lama..

*Sekian sahaja dari Cahaya Kasih..Alhamdulillah SM telah melabuhkan tirainya..Minta maaf atas segala silap cahaya..Maaf juga sebab selalu lambat update..Dan jangan lupa untuk share dengan kawan-kawan ye..Btw, thankyou very much to all readers yang sudi support novel yang klise ini walaupun dalam relaitinya banyak dugaan yang perlu dihadapi dalam hidup..Tapi, Cahaya hanya ingin menulis dengan baik supaya semua reader dapat positive vibes dan semangat untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga masing-masing..Walaupun Cahaya belum kahwin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience