PEJAM celik pejam celik,
Akhirnya praktikal mereka sudah tamat, Fira telah pun berangkat pulang ke kediaman mereka di Selangor bersama Abangnya..Manakala, Fiqah pula akan berangkat keesokan harinya kerana dia perlu menyelesaikan segala fail dokumen dan report untuk dihantar pada penasihat atau pensyarah yang di selia..
"Abang, esok teman Fira ambil Fiqah dekat TBS tau"..Fira bersuara mengingatkan Abangnya yang sedang leka menonton tv di ruang tamu bersama ibu dan abinya..Danial hanya mengangguk..
"Fiqah jadi tidur sini Fira?" ..Soal Umi Fareeda kepada anaknya..
"Jadi umi, umi tak kisah kan?"..Fira bersuara kembali lalu memandang uminya..
"Ehh, umi tak kisahlah..Umi lagi seronok ..Sebab Fiqah pun jenis ramah orangnya..Umi selesa dengan dia"..Jawab Umi sambil tersenyum..Uminya juga turut suka melihat tingkah Fiqah yang ringan tulang serta tidak mengambil masa lama untuk beramah dengan orang lain ..Sikapnya turut disenangi oleh mereka sekeluarga..Semasa mereka mengadakan kenduri doa selamat sebelum ini..Fiqah seorang yang berdikari ..
Danial yang ketika itu mencuri dengar terus saja mengalihkan fokusnya kepada umi..Abinya juga turut mengangguk menandakan dia bersetuju dengan isterinya..
"Betul umi..Fira pun selesa dengan dia..Sejak kami berkawan dekat kolej..Fira rasa dia macam 'kakak' Fira dah..Dia selalu 'support' semua usaha Fira..Fira tak pernah nampak dia sedih ke apa..Hari-hari senyum je..Ramah dengan orang sekeliling dia.."Puji Fira lagi..Itulah yang dia dapat nilai dari sikap Fiqah semenjak mereka berkawan di kolej..
Danial hanya diam sambil menghadam segala ayat yang adiknya suarakan..Memang benar! Dia sendiri senang dan gembira apabila berada berdekatan dengan wanita itu..
"Itulah, ibu bersyukur sebab adik dapat kawan macam tu..Sebab ibu tahu tak ramai yang boleh berkawan dengan adik kan? Jadi, dia boleh bertahan..Itulah namanya sahabat"..Jawab ibunya lagi..Dia kagum dengan Fiqah kerana ingin berkawan dengan anaknya ..Tengok saja macam tu, tapi kedegilan sukar nak dikikis..
****
Malam itu, Aqila masuk ke dalam bilik adiknya..Dia mengetuk pintu lalu masuk ke dalam apabila mendengar sahutan dari Fiqah..Kelihatan Fiqah sedang mengemas bajunya untuk tinggal di rumah rakannya..
"Fiqah, akak nak tanya sikit ni"..Aqila mula bersuara..
Terhenti sebentar pergerakan tangan Fiqah yang sedang melipat baju..Kepala di dongak memandang kakaknya yang duduk di birai katil..
"Tanya lah.."
"Hmm, akak nak tahu macam mana Fiqah boleh kenal lelaki yang datang rumah kita sebelum ni..Danial Ashraf kot nama dia..Kalau akak tak silap lah"..Tanya Aqila ..Dia cuba untuk meleraikan permasalahan antara rakannya dan adiknya
Fiqah terdiam..cuba merangkap ayat..
"Ohh Abang Danial tu abang kepada kawan Fiqah..Adik dia yang sebaya Fiqah dan kami sebilik waktu dekat kolej..Nama adik dia Fira..Kenapa akak tanya?"..Soalnya lalu dia kembali mengemas .
"Akak tengok adik macam rapat je dengan lelaki tu"..
"Oh, Abang Danial memang selalu tolong Fiqah dengan adik dia kalau ada apa-apa bantuan..Tak Rapat sangat sebenarnya..Nampak rapat pun mungkin sebab dia selalu ajak keluar makan dengan adik dia..Lagipun, adik kenal dia waktu kenduri dekat rumah Fira..Kalau tak, adik tak kenal dia pun"..Jawab Fiqah lagi..
"Oh, jadi adik tak rapat sangat lah dengan dia? "..Lega Aqila mendengar jawapan dari mulut adiknya..
"Kenapa akak tanya? Akak kenal ke?"..Fiqah bangun dari lantai lalu bergerak merapati akaknya..Mereka sangat rapat dan segala rahsia mereka akan berkongsi ceritaa..
"Akak kenal dia sebab dia yang handle semua projek dekat tempat kerja akak..kira macam kami ade usaha sama antara company pasal projek tu.." Aqila menerangkan bagaimana cara dia mengenali lelaki itu..Fiqah diam lagi lalu mengangguk faham..
"Fiqah ingat tak akak ada bawa seorang perempuan..Kawan kakak..Nama dia Atisha..Panggil Isha... Dia juga bekerja sekali dengan kakak tapi dia department lain..Dan dia juga kawan lama Abang Danial sejak sekolah lagi ..Dia yang bagitahu akak"..
Fiqah diam dan terkedu..Kini, baru dia tahu yang kawan kakaknya merupakan kawan lama Abang Danial..Patutlah muka akak isha berubah apabila melihat lelaki itu berada di hadapannya..Dan benar tekaannya selama ini yang mereka pernah terserempak di Mall..
Aqila yang melihat adiknya diam membisu terus bersuara..
"Fiqah okay?"..
"Ehh, Fiqah okay jelah akak..Fiqah tak tahu pula akak isha kawan lama Abang Danial ..Itu yang terkejut tu"..Jawab Fiqah laju dengan ketawa kecilnya untuk menutup rasa yang bertandang..
"Yelah, akak pun tak sangka sebenarnya dorang kenal satu sama lain.."
Fiqah mengangguk lagi..
"Lagi satu, akak harap Fiqah jangan rapat sangat dengan lelaki itu ...Bukan apa, akak kesian tengok akak isha menangis bercerita yang dia memang suka dan sayang Abang Danial tu dah lama sejak dari zaman sekolah.lagi...Dia juga dah lama mencari lelaki tu..Akak jadi jatuh kesian..Keluarga akak isha tak ambil berat langsung dan selalu abaikan akak isha ..Danial lah yang selalu mendengar luahan akak isha..jadi, dari situ dia jatuh hati dan dia rasa lelaki itu boleh jadi pelindung dia.. Akak harap Fiqah faham.."..Lembut saja suara Aqila bercerita..Dia tahu dari riak muka adiknya juga menyimpan rasa yang sama..Tetapi, baginya ini mungkin jalan terbaik untuk rakannya yang sudah lama berduka..Adiknya masih awal lagi untuk bercinta..
Fiqah pula hanya diam..Hatinya juga turut sedih mengenang nasib kawan kakaknya itu..Rasa yang ingin mula berputik itu dia perlu buang supaya tiada perbalahan antara dia dan kakak isha..Tipu kalau dia tidak sedih tetapi dia rasa mungkin belum sampai masanya lagi untuk bercinta..Dia perlu berfikir untuk mencapai impiannya dan membantu keluarganya..Dan dia yakin bahawa jodoh yang baik akan datang juga nanti kalau dia bersabar..
"Baiklah kak, Fiqah ikut nasihat akak..kalau itu cara yang terbaik untuk akak isha.." Jawab Fiqah ..Mereka berpelukan dan kakaknya menyapu belakang adiknya ..Walaupun Fiqah tidak berterus terang dengannya tapi dia tahu isi hati adiknya..Adiknya juga selalu banyak mengalah dalam kalangan adik beradik..Dia sangat kagum dan bangga mempunyai adik yang banyak jasa..
*****
"Hello Fira, kau dekat mana? Aku tak nampak pon kau!"..Ketika itu, Fiqah baru saja keluar dari bas dan sekarang berada di pintu depan terminal..Matanya melilau mencari Fira..Suasana agak bising dan padat dengan orang..Mungkin disebabkan cuti persekolahan..
"Weyh, aku nampak kau..Sini sini..Nampak tak aku lambai tangan"..Ujar Fira ceria..Excited sebab dah lama tak jumpa depan-depan..
Fiqah ketika itu sudah nampak kelibat Fira terus saja berjalan laju ke arah wanita itu..matanya juga menangkap satu susuk tubuh lelaki yang sedang tersenyum yang berada di sisi Fira..Tetapi, dia hanya hiraukan saja..
Sampai saja, mereka terus berpelukan..
"Lamanya tak jumpa kau..Rindunyaa"..Kata Fira sambil memeluk Fiqahh..
"Hahaha..samalah!"..jawab Fiqah dengan riang..Dia langsung tidak menoleh ke arah lelaki itu..
"Jom, kita balik..Umi aku masak special untuk kau tau!"..Jawab Fira sambil menarik tangan Fiqah untuk berjalan keluar dari terminal..Lelaki itu hanya memerhati saja dua sahabat baik itu sambil mengeleng kepala..'Kalau dah berjumpa, sampai aku tak wujud dibuatnya..haih'..Gumam Danial..
"Wahh, serius lah..Bestnya..Tak sabar nak jumpa umi kau!"..Kata Fiqah sambil menarik beg..
"Bagi sini beg tu abang pegang!"..Danial bersuara..
Fiqah tersentak..Dia mengeleng kepala..Dia juga tidak mahu rapat dan bagi harapan dekat lelaki itu kerana dia rasa dirinya bukan sesiapa bagi lelaki itu..Dia cuba untuk tidak memupuk rasa yang satu itu kerana dia taknak terluka jika lelaki itu tidak menjadi miliknya..Jadi, dia perlu buang jauh rasa itu..Dia hanya melayan biasa saja..
"Ehh, takpelah abang Danial..Fiqah boleh bawak"..Jawabnya dengan senyuman lalu bergerak mengikut langkah Fira..Danial ketika itu tidak tahu hal sebenar hanya mampu diam dan tersenyum..
Sampai saja di rumah Fira, kedatangan Fiqah di sambut baik oleh umi Fareeda..Fiqah bersalam lalu melagakan pipi kedua-dua belah pipi wanita itu dan memeluk tubuh wanita itu erat..Dia juga melayani Umi Fareeda seperti ibunya..
"Fiqah sihat? Jom masuk, umi ada masak special untuk Fiqah"..Pelawa umi Fareeda..Kelihatan abi Fira sudahpun berada di meja makan..Beg milik Fiqah diletakkan di tepi bahagian sofa..
Mereka menjamu selera bersama dengan suasana ceria..Fiqah yang tidak kekok sentiasa berbual dengan umi Fareeda dan Fira..Danial pula hanya diam memerhati..Hatinya turut senang melihat keluarganya melayani wanita itu dengan baik sekali..
"Jadi, apa perancangan Fiqah lepas habis belajar ni? Kerja atau sambung belajar?"..Soal umi Fareeda..
"Mungkin Fiqah kerja dulu kot umi..Kalau sambung belajar nanti takde siapa nak tengok-tengokkan ibu Fiqah ..."
Belum saja Fiqah mahu menghabiskan ayatnya..Abi Fira bersuaraa..
"Ibu Fiqah sakit apa?"..
"Ibu Fiqah sekarang tak boleh jalan macam dulu..Sekarang duduk atas kerusi roda je abi..Ibu lumpuh sebelah kaki disebabkan jatuh bilik air..Doktor kata boleh sembuh tapi makan masa sebab ibu pun dah berusia..Jadi, kebarangkalian nak sembuh tu 50/50 jelah."..Jawab Fiqah sambil tersenyum..
"Sejak bila kena tu Fiqah?"..Soal Umi pula..Dia berasa kasihan dengan wanita muda ini..
"Baru juga umi..Sebelum Fiqah mula praktikal "..Tenang saja muka Fiqah..Danial masih lagi merenung wajah Fiqah..
"Ibu Fiqah tak cuba berjalan pakai tongkat ke?"..Tanya abi Fira ..Keadaan ketika itu , mereka semua sudah selesai makan..Dan mereka masih lagi bersantai di meja makan bagi merehatkan perut..
"Dah cuba juga..Tapi itulah, perlukan sokongan juga..Kalau tak, ibu jatuh sebab tangan ibu pun tak berapa kuat..Ayah pula siang hari sibuk uruskan kebun dan dusunnya..Jadi, Fiqah yang tolong apa yang patut dekat rumah"..Fiqah tersengih melihat keluarga Fira fokus memandangnya termasuklah abang Fira..
"Oh, tak pelah..Banyak pahala berbakti dengan ibu bapa Fiqah..Harap Fiqah tabah ye!..Sampaikan salam umi dekat ibu ayah Fira ye"..Jawab Umi Fareeda..Fiqah mengangguk kepala tanda bersetuju dengan kata-kata umi..
"Lepasni, Fira bawa Fiqah berehat dekat atas ye..Esok nak hantar report kan dekat kolej? Abang Danial kamu hantar kan?"..Sambungnya lagi sambil memandang anak perempuannya..
"Aah, esok abang hantar..Alang-alang tu nak keluar dengan Fiqah sekejap umi..Dah lama tak 'hang out' dengan Fiqah..Boleh kan umi.?"..Fira meminta izin..
"Boleh, tapi kena ada abang kamu teman okay"..Fira mengangguk kepala..
Selesai saja mengemas meja..Fira membawa Fiqah untuk lepak di kolam ikan yang berada di belakang rumah mereka..Baru saja mereka duduk di kerusi yang berhampiran..Umi Fareeda memanggil Fira kerana telefon anaknya itu tidak berhenti berbunyi..
"Fiqah, kau duduk kejap..Umi panggil pula"..Kata Fira lalu dia meninggalkan Fiqah bersendirian..Fiqah menyeluk poket untuk mengambil telefon pintarnya untuk menghantar mesej kepada ayahnya ..
"Ehemm, sorang je ke? Fira mana?"..Soal Danial sambil menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di hadapan Fiqah..Fiqah tersentak dengan sapaan lelaki itu terus mengangkat muka dari menatap telefon..
"Aah, Fira masuk dalam sekejap sebab umi panggil"..Ringkas saja Fiqah menjawab dengan duduk dibetulkan..Danial pula masih lagi merenung wanita itu..Dia nampak tidak keselesaan wanita itu..Dia pelik..
Suasana di situ juga diam saja..Kebiasaannya, jika mereka berjumpa..Pasti ada saja wanita itu berceloteh..Tapi kini, Fiqah hanya berdiam diri..Danial yang perasan perubahan Fiqah terus saja bersuara..
"Kenapa diam je?..Fiqah okay?"..
"Haa, Fiqah okay..Kenapa?"..Soal Fiqah dengan senyum nipisnya..Dia tak mahu lelaki itu syak apa-apa..
Danial diam kembali..Dia tidak fikir apa , mungkin Fiqah letih berada di dalam bas..Jadi, Danial berfikir cara untuk menarik perhatian wanita itu yang masih leka dengan telefon yang membuatkan dia terasa diabaikan..
"Takdelah, abang saja tanya..Sebab Fiqah diam je..Btw, macam mana praktikal..Okay? ..Dah decide ke nak kerja dekat mana? Kalau takde lagi..Abang boleh tolong carikan"..Kata Danial lagi..
"Ehh, takpe abang Danial..setakat ni belum lagi ... tapi kalau ikutkan, tempat Fiqah buat praktikal haritu ada bagi surat untuk serap masuk sebagai pekerja..Tapi, nanti Fiqah cuba survey tempat lain yang lebih dekat dengan rumah"..Tolak Fiqah dengan senyumnya..
Baru saja Danial ingin membalas..Kedengaran adiknya menyapa dari belakang..
"Ehh, bila abang ada dekat sini?"..Soal Fira lalu duduk di sebelah Fiqah..Fiqah sudah senyum riang kerana keadaan tidak lagi kekok..
"Baru je..Fira ke mana?"..Soal Danial..
"Tadi jawab call..Kawan abang tulah..Sibuk duk tanya esok free ke tak!..Macam mana dia boleh tahu adik ada dekat sini? Mesti abang yang ceritakan?"..Fira mula tak puas hati..Baru saja dia ingin meluangkan masa esok dengan Fiqah..Ada saja 'langau' yang datang menganggu..Geram je rasa..
"Dah dia tanya abang cuti sebab apa..Abang jawablah balik sini temankan adik dan Fiqah hantar report praktikal dekat kolej".. Jawab Danial bersahaja...Sesekali matanya mengerling Fiqah..Tetapi, dia hampa kerana wanita itu lebih suka memandang adiknya..
Fira terdiam..Dia lupa yang Fizi merupakan boss dan kawan baik kepada abangnya ..Jadi, segala cuti mesti lelaki itu akan tahu..
"Abang masuk dululah..Fira bersembang lah dengan Fiqah..Tapi jangan lama-lama..Dah malam, esok nak bangun pergi kolej kan"..Ujar Danial serentak berdiri..Fira mengangguk..Fiqah pula hanya diam tidak beraksi kerana dia tahu wajah lelaki itu sudah mendung..mungkin disebabkan layanannya sendiri..'Fiqah minta maaf sebab Fiqah tak mampu lagi layan abang macam dulu'..Bisik hatinya..Sedih hati Fiqah tetapi dia cepat-cepat saja tepis perasaan itu..
Fira dan Fiqah bersembang lama sehingga tidak perasan jarum jam bergerak ke angka 11 malam..
Danial yang ketika itu hanya memerhati gelagat dua sahabat itu di tingkap..Kedengaran telefonnya berbunyi..Dia mula mengeluh..Dia tahu siapa yang menelefonnya..Sejak berjumpa di rumah Fiqah, wanita itu seringkali menelefonnya walaupun telah diberitahu perkara sebenar..Tetapi, wanita itu masih lagi berusaha ingin merebut hatinya selagi dia tidak berkahwin..Dia juga tidak memberitahu yang hatinya telah diisi oleh seseorang kerana Danial tahu wanita itu berkawan rapat dengan kakak kepada wanita yang mengisi hatinya..
*****
Keesokan harinya, mereka bergerak ke Mall tempat mereka selalu lepak selepas menghantar rekod praktikal di kolej..Danial juga diamanahkan untuk menemani adiknya dan Fiqah berjalan..Matanya melihat cermin tengah untuk melihat wajah Fiqah..Namun, hanya sia-sia kerana Fiqah duduk dibelakang seat adiknya..Dan wajah itu tidak kelihatan..Danial mula nampak perubahan sikap Fiqah..Dia juga pelik..
Ketika mereka ingin makan tengahari..Tiba-tiba mereka disapa oleh seorang lelaki..Masing-masing menunjukkan riak wajah yang berlainan..Fira sudah masam mukanya..Fiqah pula pelik..Danial hanya selamba saja..
"Hyee, boleh join?"..Soal lelaki itu..
"Tak boleh, pergi duduk tempat lain!"..Laju Fira menjawab sambil menjeling ke arah lelaki itu..Sempat dia mencebik kerana lelaki itu telah pun duduk berhadapan dengannya..
"Adik, apa cakap macam tu.."..Tegur Danial..Fiqah tidak bersuara langsung..Hanya senyuman saja diberikan kepada lelaki yang baru sampai itu..
Mereka berpisah ketika masing-masing ingin masuk ke kedai berlainan..
"Fiqah, aku nak masuk Mr.Diy kejap..Nak ikut tak?"..soal Fira..Dua lelaki itu hanya mengikut langkah mereka dari belakang seperti bodyguard..
" Hmm, aku nak singgah butik baju tu kejap sebelah Mr.Diy tu..nak cuci mata..Dah lama tak shoppingg"..Jawab Fiqah dengan sengihannya..
"Wahhh, mentang- mentang ade duit sendiri..Merasa lah shopping pakai duit sendiri"..
"Betull..bukan selalu kan? Aku sekejap je..Nanti aku masuk Diy okay"..Kata Fiqah..Fira hanya mengangguk sambil melambai..
Kedua lelaki itu sudah berpandangan..Tapi, mereka juga berpisah mengikut haluan ..
"Sombong"..Tegur satu suara..Fira tersentak lalu menjeling lelaki yang berada di sisinya..Siapa lagi kalau bukan Fizi..Sejak dia demam beberapa bulan lepas..Lelaki itu tidak jemu mengajaknya berbual dan menelefonnya..
Fira melangkah tanpa mempedulikan lelaki itu..Tapi, dalam dia melangkah..Fira tak perasan ada satu tali di lantai kedai tersebut yang membuatkannya ingin tersungkur..Namun, dia bernasib baik kerana Fizi telah menyambutnya dengan memegang erat lengannya..Dia mengeluh lega..
"Itu lah..Sombong-sombong nak pergi mana cik adik oi..Kan tak pasal-pasal nak jatuh..Nasib baik saya ada"..Omel Fizi ..
"Kenapa awak ikut saya?"..Soal Fira..Fizi pula dah tercengang..'bukannya nak berterima kasih..Tapi di marahnya!,..Haih, sabar jelah dengan budak ini..' Bisik hatinya..
"Salah ke saya nak ikut? Kedai ni bukan milik awak pun"..balas Fizi..
Fira yang sakit hati tu mula la mendengus geram..
"Hmm, suka hati awaklah!"..Jawabnya lalu meninggalkan lelaki itu dibelakang..Fizi sudah mengelengkan kepala..'Aku ada buat silap apa lagi ni sampai dia jadi macam tu..haih'..Keluhan dilepaskan..
Lain pula di situasi Fiqah, dia sedaya upaya untuk mengelak dari Danial daripada bertembung..Jika lelaki itu sudah merapatinya, mulalah Fiqah bergerak ke tempat lain..Tingkah Fiqah membuatkan Danial tak puas hati..'Kenapa dia tiba-tiba mengelak?'..
Sampai saja di satu sudut kedai yang tiada jalan keluar..Danial telah mengepung badan Fiqah dari mengelak darinya..Wajah serius dan tajam memandang Fiqah yang sudah tersengih..
"Kenapa Fiqah banyak mengelak dari Abang? "..Soal lelaki itu terus..Fiqah yang juga gerun melihat wajah beku yang sudah sekian lama tidak nampak membuatkan dia ketar lutut..'Apa aku nak jawab ni?'..
"Err, hehe..Yeke? Fiqah tak perasan pula abang Danial ikut Fiqah..Fiqah fikir siapalah tadi yang ikut sebab tu Fiqah lari"..Jawapan selamat diberikan..Tetapi tidak bagi Danial..Dia seakan nampak kegusaran di wajah wanita itu..
"Tak baik menipu "..Ucap Danial lagi..
"Eh, betul lah abang Danial oi..Fiqah minta maaf kalau abang terasa hati tapi memang Fiqah tak perasan Abang Danial tadi"..Fiqah menjawab dengan bersungguh-sungguh supaya tembelangnya tidak pecah..Tapi seandainya lelaki itu tahu..Apa yang akan lelaki itu buat? ..Persoalan demi persoalan bermain diminda Fiqah tanpa dia sedar..Dia telah mengeluh kecil..
Danial terus saja berasa tak senang hati..Perubahan di riak wajah Fiqah membuatkan dia ingin mengorek rahsia dalam hati wanita itu..Lalu dia memberi laluan kepada Fiqah untuk keluar..Fiqah melepaskan nafas lega dan segala tindak tanduk Fiqah telah diperhatikan Danial..
Fiqah membuat bayaran lalu bergerak keluar tanpa menghiraukan lelaki itu..Dia cuba menjadi selamba seperti biasa tetapi hatinya rapuh..Bila-bila masa saja dia boleh menangis..Dia serba salah kerana perlakuannya terhadap lelaki itu..'Adakah tindakan aku berlebihan? Atau ini cara yang terbaik?'..Fiqah tidak meneruskan niatnya untuk berjumpa Fira tetapi dia melencong masuk ke tandas..
Fiqah berdiri di hadapan cermin lalu dia cuba memujuk hatinya..Wajah yang ceria cuba dibuat supaya orang lain tidak nampak perasaannya sekarang..Beberapa minit kemudian, dia terkejut melihat wajah beku milik Danial di hadapan tandas perempuan..Dia memberi senyuman lalu bergerak ke Mr,Diy..
" I know you're not okay..Abang rasa Fiqah ada sembunyikan sesuatu dari Abang..Tapi takpe, abang akan selidik sendiri.."..Suara itu kedengaran tegas dan keras yang boleh membuatkan Fiqah tak senang duduk..Fiqah cuba tidak mendengar suara lelaki itu dengan pantas dia mencari Fira..
Moodnya yang ingin bershopping terus saja hilang disebabkan lelaki itu..Fiqah sudah nekad yang dia tidak akan sesekali menaruh harapan dekat lelaki itu..
Selesai saja, mereka bergerak pulang..Fiqah banyak melayani umi Fareeda dan Fira..Segala chat atau mesej yang dia terima dari lelaki itu, terus saja dia 'seen' dan sudah semestinya tiada balasan..
Makan malam juga agak suram kerana wajah lelaki itu serius dan tegang tidak seperti sebelum ini..Danial juga hanya menjamah sedikit nasi lalu bangun dan bergerak masuk ke dalam bilik..Reaksi terkejut dari keluarga Fira membuatkannya lagi serba salah..'Adakah aku perlu berterus terang?..Oh tuhan tolong bantu aku!"..
Malam itu berlalu begitu saja..Fiqah tidak tahu ingin berbuat apa..Fira pula tak banyak soal..Mungkin dia rasa abangnya ingin berehat awal..Tetapi, sangkaan Fira salah ..Hanya Fiqah yang tahu..Esok merupakan hari terakhir dia berjumpa dengan Fira..Kerana selepas ini dia dan Fira akan sibuk dengan kehidupan masing-masing..
*****
Petang itu, mereka bergerak ke terminal untuk menghantar Fiqah pulang kerana tugasnya sudah selesai..Dalam kereta, suasana hanya sunyi sepi..Danial masih lagi dengan riak muka bekunya..Fira pula leka dengan telefonnya kerana selepas saja seminggu berehat..Dia akan membantu ibunya di butik..Fiqah pula hanya merenung ke luar tingkap sedang berfikir cara untuk berterus terang dengan lelaki beku itu..
"Jangan lupa chat aku tau kalau dah sampai nanti..Kita jumpa waktu 'konvo' nanti okay!..Kalau kau dengan family nak jalan-jalan dan tidur rumah aku..Sangat dialu-alukan..Take care tau..Jangan lupakan aku tau" ..Ujar Fira ketika mereka berpelukan dengan sebak..
Fiqah ketika itu juga cuba untuk menahan tangis..Matanya sudah bertakung dengan air..hanya tunggu masa mahu pecah..Hatinya juga turut pilu..Persahabatan yang sangat dijaga seperti adik beradik..
"Haih, jangan cakap macam itu..InshaAllah aku takkan lupakan kau..Kau sahabat dunia akhirat aku..Kalau ada masa free nanti kita lepak sama-sama okay!"..Bidas Fiqah sambil tersenyum manis..
"okaylah..aku gerak dulu..bas aku nak bertolak dah ni..Byee"..Fiqah kembali memeluk tubuh Fira buat terakhir kalinya..Lalu dia bergerak mendekati lelaki itu..Tiada langsung senyuman dipamerkan..
"Hmm... Abang Danial, terima kasih banyak-banyak atas bantuan Abang Danial selama ni .Segala jasa abang Danial, Fiqah sangat hargai..Fiqah minta maaf jika ada buat Abang Danial terasa hati dengan sikap Fiqah..Fiqah rasa sampai di sini saja pertemuan kita..Fiqah harap abang Danial sentiasa happy dan ceria dengan orang tersayang"..Fiqah menunduk sedikit dengan senyuman lalu bergerak perlahan dan melambai ke arah mereka..
'Kau yang akan ku nantikan'..'Jangan kau maksudkan kata-katamu itu tadi kerana ia sangat melukakan hatiku' ' Tuhan, aku harap dialah jodoh yang terbaik untukku'..Sayu hati lelaki itu ketika melihat wanita itu bergerak jauh meninggalkannya di belakang..Sungguh dia mula sayangkan wanita itu..
Di dalam bas, Fiqah sudahpun tersedu menangis dalam bisunya..Dia tak kuat kerana ia akan jadikan pertemuan terakhir dengan lelaki itu..Jikalau terserempak pun, dia akan lari dan tidak akan bersua muka..Tetapi akankah berlaku? Kerana Fiqah dan Fira berkawan rapat..
******
Masa seakan bergerak dengan pantas ...Masing-masing sangat sibuk dengan kehidupan seharian mereka menyebabkan tiada masa untuk berfikir soal jodoh..Fira kini berulang alik menaiki kereta sendiri yang telah dihadiahkan oleh abinya disebabkan keputusan peperiksaannya mendapat 4 flat..Dia tidak perlu bergantung dengan orang lain..Begitu juga dengan Fiqah..Dia juga sudah ada lesen memandu tetapi dia masih lagi mengumpul duit untuk membeli keretanya sendiri..Kini, dia hanya bergerak dengan menggunakan motorsikal yang baru dia beli beberapa bulan lepas...Hidupnya telah di didik untuk berusaha sendiri bagi mendapatkan sesuatu kemahuan ..Fiqah juga telah pun bekerja di satu syarikat yang berdekatan dengan rumahnya yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai tidak seperti waktu di tempat praktikalnya dulu..
"Selamat datang encik, boleh saya bantu?"..Ramah penyambut tetamu menegur lelaki yang sedang melangkah masuk ke butik pengantin..
"Cik Hafira ada ?"..Tanya lelaki itu lagi
"Oh, ada..sebentar..saya berjumpa dengan cik Fira terlebih dahulu..Encik boleh duduk dulu"..Lelaki itu mengangguk dan melabuhkan punggung..
Tuk Tuk Tuk..
"Masuk"..Sahut Fira..Ketika itu dia agak sibuk dengan jadual temujanji pelanggan yang ingin membuat tempahan dibutik ibunya..
"Cik Fira, ada seorang lelaki ingin bertemu dengan Cik.."
"Siapa? "..Soalnya sambil mengangkat kepala..Matanya mengerling ke arah jam tangan..'Pukul 1'..Patutlah perut aku lapar..
Penyambut tetamu itu hanya mengeleng..
Fira mengeluh..Dia dengan selamba membawa beg tangan sekali keluar untuk lunch..Dia mendekati susuk tubuh lelaki yang membelakanginya..
"Err..."..Baru saja ingin menyapa..Terus terdiam ..Lelaki itu mendongakkan kepala lalu memberi senyuman..
"Jom lunch sama-sama"..Ajak lelaki itu sambil berdiri..
"Awak buat apa dekat sini? Saya takde pulak janji dengan awak nak lunch sekali"..Jawab Fira lalu melangkah keluar dari butiknya..Lelaki itu turut mengikut langkahnya..
"Kita dah lama tak keluar lunch sama-sama..Awak selalu tolak pelawaan saya..Jadi, saya terus lah datang tempat kerja awak..Salah ke saya ajak awak lunch sekali dengan saya?"..Soal lelaki itu lagi..
Fira memberhentikan langkahnya..Lalu berpusing dan menatap wajah lelaki itu..Dia tak tahu kenapa lelaki itu masih lagi mengejarnya walaupun sudah diberitahu bahawa dia masih belum boleh menerima lelaki masuk ke dalam kehidupannya walaupun dia juga turut sama suka dengan lelaki itu..Tetapi, hanya sekadar perasaan saja..
"Ikut awaklah"..Fira malas melayan..Kalau halang sekalipun, lelaki itu akan mengikutnya juga kerana sudah berada didepannya..Fizi mula tersengih..Dia tahu bagaimana mahu buat Fira tidak menolaknya secara berhadapan..Ketika Fira ingin pusing berjalan ke depan..Dengan tiba-tiba...
Buk..
Fira dan juga beg tangannya sudahpun jatuh ke lantai..'Apalah nasib hoi!'..
"Miss are you okay? Im so sorry.."..Jawab satu suara..
"Err takpe.."..Jawan Fira dengan senyuman..Baru saja Fizi ingin menolongnya..Laju, saja Fira menepis tangan itu..
Orang yang berlanggar dengannya juga menghulur tangan..Namun, Fira hanya mengeleng..Lantas, dia berdiri sendiri..
"Saya minta maaf..saya tak perasan awak dekat depan saya"..Jawab Fira lalu membetulkan tali beg tangannya di bahu..
"Takpe miss..Saya juga salah, Btw..Saya Faqih..Nice to meet you!"..Lelaki itu memberi senyuman dan berhulur untuk bersalam dengan Fira..
"Don't touch her!"..Suara keras dari mulut Fizi membuatkan Fira menoleh ke belakang..Dengan tiba-tiba, Fira ingin menduga Fizi ..
"Hye, saya Hafirah..Boleh panggil 'Fira' je!"..Jawab Fira dengan muka ceria..
Fizi yang berada di belakang sudah panas hati..Dia menjeling lelaki yang mula tersengih memandang Fira..Dan dia mengambil inisiatif untuk menarik lengan Fira dan berlalu pergi sebelum sempat lelaki yang sengih tadi membalas..Berlapik okay!
Setelah agak jauh mereka dari lelaki itu..Fira meronta geram..
."Eee, awak lepas lah..Sakit tangan saya tahu!"..Garang saja suara Fira ketika itu..Fizi yang mendengar terus melepaskan lengan wanita itu..Dia berasa serba salah apabila melihat Fira menggosok lengannya..
"Sakit lagi ke?"..Soal Fizi prihatin..Dia menyalahkan dirinya yang tidak dapat mengawal rasa cemburu ..
Fira hanya menjeling lalu melangkah masuk ke restoran chicken rice shop..Tiada satu patah perkataan pun yang keluar semasa mereka makan..
"Saya minta maaf"..Ucap Fizi sambil merenung wajah Fira..
"Takpe"..Ringkas sahaja jawapan Fira membuatkan lelaki itu mengeluh lemah..
Dari kejauhan, terdapat dua susuk tubuh lelaki yang sedang memerhati gelagat dua merpati sejoli itu..Seorang dengan muka tak puas hati dan seorang lagi sudah menyengih dan tersenyum lebar..
"Patutlah kau sayang dia lagi..Makin lama makin lawa aku tengok 'makwe' kau tu"..Kata Faqih kepada Haikal..Sebenarnya tragedi pelanggaran tadi memang rancangan dari Faqih sendiri..
"Kau jangan macam-macam okay.."..Meleret saja suara Haikal dengan nada geram..Dia sakit hati melihat lelaki yang bersama Fira yang sedang merenung wanita itu..Dia tahu renungan itu penuh kasih sayang..
"Sabar Haikal..Kita baru nak start plan..Kau jangan marah-marah sebab lepasni Fira akan banyak bercakap dengan aku.." Jawab Faqih sambil menepuk belakang Haikal..
Haikal mendengus geram lalu dia melangkah pergi..Faqih pula sudah seperti kerang busuk..
*****
"Hello adik, tengah buat apa tu?"..Tegur kakaknya di talian semasa dia sedang berbaring di katil untuk merehatkan badan dari keletihan..
"Fiqah baru je baring ni kak..Kenapa?"..Soal Fiqah..
"Esok Fiqah cuti kan? Akak fikir nak ajak adik jalan-jalan sekali dengan akak isha dekat bandar..Akak isha yang ajak"..Kata Aqila lagi..
"Hmm, boleh lah kak..Tapi kenapa dia ajak?"..Fiqah berasa pelik..
"Dia kata nak bagi sesuatu dekat adik..Tapi taktahulah apa benda..Katanya tanda terima kasih"..
"Oh yelah..Esok adik pergi rumah sewa akak..Adik mengantuk lah, esok kita jumpa ye kak..byee"..Jawab Fiqah..Dia terus sahaja matikan telefon lalu mencampak telefon di sebelahnya..
Lama dia merenung telefon itu, sudah lama lelaki itu tidak menelefonnya seperti dulu...Rindu? mungkin lah kot...Benar! dari pertemuan terakhir itu, lelaki itu terus saja senyap tanpa sebarang khabar..Fiqah melelapkan mata kerana malas mahu fikir panjang soal lelaki itu..Dia sudah redha! ..'Entah-entah dia pun tak fikirkan kau..Kau je syok sendiri..Wake up Fiqah!..Kalau dia syok dekat kau mesti dia tak menghilang macam tu saja..Pasti dia cari!'..Omelnya perlahan..'Tapi nak cari macam mana dah kau asyik mengelak dengan dia! Apalah kau ni Fiqah!'..Bisik suara lain..Fiqah terus menutup kedua-dua telinganya ..'Argh stress'..Bisik hatinya..
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 64 Malaysia!..
Share this novel