Danial telah menghantar mesej kepada Fiqah untuk mengajaknya dinner di luar..Dan pada jam 8 malam dia akan menjemput Fiqah di rumah..Ya! Danial masih lagi berada di Perak tetapi hanya satu malam sahaja lelaki itu bermalam di rumah bakal mertuanya..Dan keesokan harinya, Danial telah menyewa hotel ..Dia buat semua ini sebab tidak mahu kakak Fiqah berasa tak selesa semasa keberadaannya di situ..
"Ibu, malam ni Abang Danial ajak Fiqah keluar makan malam..boleh ke ibu?"
Seperti kebiasaannya, Fiqah akan meminta izin dari ibu atau ayahnya..Ketika itu, ibunya sedang berehat dan Fiqah juga baru saja balik dari tempat kerjanya..
"Pergilah nak, Abang Danial kamu ada bagitahu ayah kamu..Jadi, kami tak kisah asalkan Fiqah pandai jaga diri elok-elok..Ibu percaya Abang Danial kamu tu baik orangnya"..Jawab Ibu Ina sambil tersenyum..
"Baiklah ibu, ayah belum balik?"..
Ibunya mengeleng..Fiqah hanya mengangguk kepala ..
"Ibu nak makan apa malam ni? Boleh Fiqah siapkan sebelum keluar kejap lagi"..Soal Fiqah..Segala makan dan minum orang tuanya telah di jaga rapi oleh Fiqah..
"Malam ni tak payah masak sebab ayah kamu kata malam ni ada orang sedekahkan makanan untuk kenduri tahlil..Kejap lagi ayah bawa balik"..Jawab ibunya lagi..
"Oh, takpelah kalau macam tu..Fiqah pergi mandi dulu lah..Kalau ibu nak apa-apa, panggil je Fiqah tau"..Kata Fiqah lalu bangun dari sofa untuk berlalu masuk ke dalam bilik..
Ibu Ina hanya mengangguk kepala ..Senyuman diberikan kepada Fiqah..Dalam hatinya, sangat bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan anak yang taat dan baik seperti Fiqah kepadanya..
'Ibu selalu berdoa supaya anak-anak ibu sentiasa berbahagia di masa hadapan..' Bisik hati kecilnya..
*****
Malam itu, Danial telah pun sampai dan ibu serta ayah Fiqah meminta Danial untuk masuk sebentar sementara menunggu..
"Err, maaf Fiqah lambat"..Tegur Fiqah ketika dia sudah keluar dari bilik..
Terus terhenti perbualan tiga orang itu..Ketiga-tiga pasang mata itu di kalih memandang susuk tubuh Fiqah ..Fiqah pula berasa segan apabila masing-masing melihatnya..
"Apa yang kamu lambat sangat Fiqah..Tak baik buat orang menunggu"..Tegur Ayah Fiqah..Fiqah tertunduk malu apabila ditegur sebegitu..Bukan niatnya ingin siap lambat tapi itulah! Tudung tak menjadi!..'Ini semua sebab kau tudung!'
"Err, tak pelah ayah..Bukan lama mana pun!"..Pintas Danial..Kesian melihat wajah Fiqah yang sudah gerun melihat ayahnya menegur.
Fiqah melepaskan nafas lega kerana lelaki itu mem'backup'nya...Memang betul, bukan lama pun ..hanya 5 minit saja..Tapi, jangan silap! Ayahnya seorang yang sangat 'punctual'..Dan sangat mementingkan masa..Dan itu yang membuatkannya tidak berani untuk menjawab..
Teringat dia ketika berumur 14 tahun, dimana Fiqah bangun lambat ingin ke sekolah akibat tidur lewat..Pagi itu, ayahnya sudah membebel panjang dan sampai saja di sekolah..Ayahnya sendiri meminta guru disiplin menghukum anaknya..Dia dikenakan denda untuk mengutip sampah di setiap bangunan bersama budak lain yang juga turut lambat datang ke sekolah..Yang paling tak tahan, terpaksa kutip sampah di bawah panas matahari terik di sekeliling kawasan padang. Dari situ, Fiqah mula serik dan tidak mengulanginya lagi..
Sempat lagi Fiqah termenung ketika menunduk..
"Haa, tengok budak ni..Boleh pula dia termenung..Dah la buat orang menunggu lepastu boleh termenung!"..Tegur suara tegas ayahnya..
Fiqah terus tersentak..kepala mendongak memandang lelaki yang sudah tersenyum memandangnya..
"Kamu tunggu apa lagi..Nak tunggu Abang Danial kamu bentang karpet merah baru nak gerak?"..Ayahnya kembali bersuara..Danial pula tersengih..Dia hanya menahan ketawa untuk menjaga hati wanita itu..
"Ish, abang ni..Sudahlah tu..kesian dia". Ibu ina bersuara ..Jatuh kesian kepada anaknya..Muka anaknya itu sudah mendung..Fiqah bergerak mendekati Ibu dan ayahnya untuk bersalam..Dan Danial juga bangun lalu bergerak mengikuti langkah Fiqah..
Suasana di dalam kereta agak sunyi, hanya kedengaran radio memutarkan lagu..Danial yang perasan Fiqah hanya mendiamkan diri sejak dari rumah keluarga itu terus saja menoleh ..
'Haih, sian dia ye kena marah dengan ayah ..Meh sini abang Danial pujuk..hehe'..Bisik hatinya sambil menahan ketawa daripada kedengaran..
"Kenapa diam je ni? Fiqah okay?"..Soal Danial..
Fiqah mengangkat kepala lalu menoleh sebentar melihat lelaki itu sedang memandu..
"okay"..Itu saja Fiqah jawab dengan muka monyok dia..
Danial yang perasan wajah monyok itu tidak lagi tahan ketawa..Akhirnya, tawanya mula kedengaran..
Fiqah hanya menjeling lalu bersandar dan melihat suasana luar..
"Kenapa monyok je tu..Alah, biasalah itu..Ayah tegur sebab sayang kan?"..
Makin galak ketawa Danial apabila melihat wajah Fiqah sudah mencebik tanda tak suka..
"Haa, gelak la lagi..Fiqah balik nanti baru tahu!"..Ugut Fiqah..Sebenarnya dia malu kena tegur oleh ayahnya di hadapan lelaki itu..Buat pertama kalinya okay!
"Alaa, jangan lah macam tu..Okay! abang tak ketawa dah..Sorry okay..Jangan lah monyok sangat muka tu..Abang nak happy dinner date dengan Fiqah ni..Senyum sikit"..Ujar Danial sambil tersenyum..
Fiqah hanya menjeling manja..Dan beberapa minit bibirnya tersenyum..Danial yang perasan wajah itu senyum berasa lega..Kerana malam ini, dia ada agenda untuk dibincangkan bersama wanita kesayangannya itu.
******
Sampai saja di restoran mewah yang telah di tempah oleh Danial..Mereka terus melangkah masuk..Suasana yang romantik membuatkan bulu roma Fiqah tegak..Dia memandang Danial yang sudah duduk berhadapan dengannya..Dia atas meja telah dihiasi dengan bunga dan lilin..Senang cerita candle light dinner lah!..
Kelihatan Danial telah tersenyum melihat gelagat Fiqah yang agak canggung itu..Tahulah dia Fiqah tak biasa berada di tempat seperti ini..Di matanya, Fiqah sangat cantik waktu itu..
"Err, Abang Danial..Kenapa bawa Fiqah datang sini? Kita pergi tempat lain jelah!"..Bisik Fiqah perlahan setelah buku menu di serahkan kepada mereka..
"Saja abang nak 'dating' dengan Fiqah dekat sini..Kenapa? Tak boleh ?"..Soal Danial saja ingin Fiqah berborak dengannya walaupun dia tahu wanita itu tidak berapa selesa dengan suasana seperti ini..
"Bukan tak boleh, tapi Fiqah tak berapa nak selesa"..Jawab Fiqah perlahan..'Tentu mahal makanan dekat sini!'..Fiqah berasa agak kekok apabila berada di situ..Baginya, tempat itu tidak serasi dengan jiwanya..Dia lagi suka makan di kedai makan biasa..Suasana pasti meriah..
Mata Fiqah sempat melihat wajah lelaki itu yang sudah muram..Dia mula tak senang duduk..
"Hmm, Soal harga tu..Fiqah tak perlu risau sebab Abang yang nak belanja..Tapi, kalau Fiqah tak suka abang bawa Fiqah makan sini..kita makan dekat tempat lain jelah"..Ujar Danial ..Dia memberi senyuman nipis kepada wanita itu..
"Ehh, takpe-takpe..Kalini Fiqah ikut Abang ..Fiqah tak kisah mana-mana asalkan Abang okay !'' ..Laju saja Fiqah memintas..Danial mengangguk kepala..
Setelah mereka makan..Mata Fiqah masa meneroka setiap sudut restoran mewah itu..Agak moden dan unik sekali..Danial pula hanya tenung saja wajah wanita itu sehingga membuatkan Fiqah memandang wajah lelaki itu sekejap..
"Kenapa abang Danial pandang Fiqah macam tu? Ada nak cakap apa-apa ke?"..
Danial tersentak dengan teguran Fiqah lalu dia berdehem sambil membetulkan postur badannya dan badannya bergerak ke depan meja dan kedua belah tangannya di letakkan di atas meja..
"Sebenarnya, abang ada nak bincang sikit pasal tarikh nikah kita"..
"Kenapa dengan tarikh tu?"..Soal Fiqah..Kalau tak silap ada dalam 2 bulan lebih je lagi mereka bakal bernikah..Fiqah sudah kebingungan..
Danial berdehem kecil lalu mengeluarkan satu bekas bentuk 'love' berwarna merah lalu di sua kepada Fiqah..Wajah Fiqah sudah memandangnya pelik..Danial masih lagi dengan muka serius nya..
Suasana sunyi menyapa mereka..Mata mereka saling bertatapan dan ketika itu juga lah Danial kembali bersuara apabila melihat Fiqah sudah terdiam dan fokus memandangnya..
"Abang bukanlah seorang yang 'sweet talker' dan abang bukanlah sejenis yang romantik setiap hari ..Abang seorang yang berhati kering dan pendiam serta sukar untuk beramah mesra dengan orang lain ..Dan Abang tak pernah ada 'someone special' dalam life abang disebabkan abang terlalu fokus dekat kerja..Tapi, semenjak Abang berjumpa Fiqah..Abang rasa dunia abang macam dah bertukar sedikit demi sedikit..Abang pun tak sedar macam mana abang boleh teringat dekat Fiqah sejak kejadian kita berlanggar waktu bawah khemah kenduri tu" ..Danial berhenti sekejap sambil memandang wajah Fiqah..
Fiqah hanya diam untuk memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan rasa..Hati Fiqah sudah berdegup kencang..Pertama kali ada orang meluahkan perasaan kepadanya..
"Abang pada mulanya cuba lah nak hiraukan bayang-bayang Fiqah ..Tapi, makin lama makin kerap pula datang..Yelah, Abang tahu Fiqah kawan baik adik abang..Nampak macam anak 'ikan' lagi..So, abang fikir, boleh ke abang nak tackle Fiqah waktu tu"..Sempat lagi Danial mengutuk Fiqah..
Terjegil mata Fiqah mendengar sorotan ayat 'anak ikan'..! Lalu matanya menikam wajah lelaki yang sudah tersengih itu..Dia tahu lelaki itu sedang mengusiknya..
"Abang panggil Fiqah apa? 'anak ikan'?"..Soal Fiqah dengan tak puas hati..Danial pula ketawa dia suka menyakat wanita itu..Dia sebenarnya tidak berapa suka dengan suasana suram tadi..
"Yup!"..Selamba Danial menjawab..
"Kalau Fiqah 'anak ikan'..Kenapa nak kahwin dengan Fiqah..Baik cari 'Mak ikan' terus"...Bebel Fiqah..
'Ha sudah! Ikan jadi tajuk utama..haha!'..
"Alah, jangan la marah..Abang saja je nak mengusik Fiqah!..Tapi kan, ada ke 'Mak ikan'?.."..Usik Danial lagi sambil mengangkat keningnya sebelah..
"Abangg Daniall!!"..Meleret saja Fiqah memanggil lelaki itu..Terus saja meletus ketawa lelaki itu..
"Okay-okay, abang tak usik Fiqah lagi.. To be honest, sikap Fiqah yang macam tadi 'tu'..Yang buatkan abang selalu teringat Fiqah..Marah pun comel jugak..Lepastu jeling abang..Semua sikap Fiqah buatkan jiwa abang tak tenteram"..Kata Danial lagi sambil ketawa..
"Yelah tu!"..Fiqah mencebik tapi dalam hati dah berbunga..hehe
Danial ketawa..Selepas itu dia kembali serius, dia berdehem perlahan membetulkan intonasi suaranya..
"So, Abang nak tanya sesuatu..Tapi, Fiqah kena jawab dengan jujur boleh?"..
Fiqah mengangguk tanda bersetuju..Hatinya kembali berdebar..Sukar dia untuk menembak perasaan lelaki itu sekarang..
"Sudi tak Fiqah jadi isteri Abang ?"..Soal Danial sambil tersenyum bagi menutup segala rasa ...
Fiqah terdiam sebentar..Matanya merenung wajah lelaki sedang menunggu jawapannya..'Allah, lemah semangat aku!..'
Fiqah hanya sekadar mengangguk..Lidahnya seakan terkelu..Kepala tertunduk merenung kelopak bunga di atas meja..
Senyuman Danial semakin melebar ..Hatinya riang..
"Fiqah sudah bersedia terima abang sebagai bakal suami Fiqah?"..
Fiqah mengangguk lagi..
"Fiqah tak menyesal?"..
Kepala digelengkan..
"Fiqah sayang abang?"..
Kepala di anggukan..Dalam beberapa saat, dia tersedar yang dia sudah terlepas laku..Danial sudah ketawa ..Lantas, Fiqah menjeling tajam lelaki itu..
"Pipi merah-merah tu kenapa? Nak cendol?"..Sakat Danial..Hatinya sudah mula merasai bahagia yang dicari..
Fiqah mencebik geram..'Ada je dia ni nak sakat aku! Semoga kau bertabah Fiqah!'..
"Kenapa diam je ni? Mana Fiqah yang abang kenal dulu ni?"..
"Fiqah yang dulu dan sekarang masih sama..Fiqah cuma bagi abang Danial peluang nak sakat je ni..Lepasni jangan harap"..Dengan selamba Fiqah menjawab..
Danial sudah ketawa besar..
"Oh, Fiqah ugut abang? .."
"Takdelah..saja bagi peringatan..Abang sakat lah Fiqah puas-puas! Nanti balik Fiqah tak jawab call abang ..Okay tak?"..Fiqah mula bersuara..
"Amboi sampai macam tu sekali ye! Okay takpe...let's back to our main point topic.."
Fiqah mengangguk..
"Abang dah berbincang dengan keluarga Fiqah dan keluarga abang sendiri mengenai hasrat abang .Dan alhamdulillah mereka bersetuju walaupun agak keberatan..Yelah! Benda baik tak elok dilambat-lambatkan..So..."..Meleret saja suara Danial..
"So?"..Fiqah soal apabila melihat lelaki itu saja ingin bermain tarik tali dengannya..
"So, tarikh nikah kita akan di awalkan..Awal bulan depan"..Dengan tenang Danial berkata..Fiqah pula dah terkejut mendengar khabar itu..'What! Bulan depan?'
"Err, tak cepat sangat ke ?"..
"Nope!"..
"Err, sempat ke nak 'prepare' semua benda? Lagi sebulan je ni.."..Jawab Fiqah kalut..Dia sudah terfikir semua persiapan majlis nikah mereka..Walaupun sudah di tempah, tapi itu..
"Fiqah jangan risau pasal persiapan majlis..Sebab abang dah settlekan semua"..
Fiqah terkedu sambil matanya tak berkelip ..Otaknya masih mencerna segala ayat yang keluar dari mulut lelaki itu..
"Jangan lah pandang Abang macam tu..Nanti cair hati abang ni tau!"..Mulalah Danial ingin bermulut manis!
"Err, serius lah Abang Danial!..Tak main-main kan?"..
Danial mengeleng..
"Err, Kenapa abang buat semua tu tanpa bagitahu Fiqah..Fiqah boleh je uruskan majlis sebelah sini..Abang tak perlu lah bersusah payah".. Bantah Fiqah..
"Ehh, kenapa tak perlu pula..Fiqah bakal isteri abang..Jadi, abang perlu tahu..Dan jangan risau! Abang dah berbincang dengan ayah dan ibu Fiqah..Mereka bersetuju dan majlis rewang akan dibuat ..Macam yang keluarga Fiqah rancangkan"..
"Abang nii..Suka tahu buat Fiqah rasa serba salah!"
"Hey, listen to me sayang!..You' re my future wife and you're my other half..Everything i do is for you dear! I want the best for you..I'll spent my everything like money, time , energy just for you..Even my life is for your happiness because every smile from you can make me feel happy too..Jadi, please jangan rasa serba salah dengan abang..okay?"..
Fiqah sudah mengangguk faham..
"Abang cuma nak kita sama-sama tempuh alam rumahtangga bersama..Segala manis pahit dan dugaan yang bakal kita hadap..Abang nak Fiqah sentiasa ada dengan abang..Itu je..Kalau Fiqah rasa sudah bersedia , Fiqah ambillah bekas 'love' tu dan buka"..
Fiqah terdiam..Lalu, dia teragak-agak ingin mengambil bekas itu..Dia sempat memandang wajah itu..Mencari ketulusan hati lelaki itu..Lalu, dengan perlahan tangannya mencapai bekas itu lalu di buka..Terkejut di buatnya..Ada seutas rantai emas berloket 'love u'..Dan di bawah seutas rantai itu ada satu kad menunjukkan tarikh nikah mereka...
Tahulah dia, tarikh nikah mereka sudah dipilih oleh lelaki itu serta ahli keluarganya sendiri..
"Nanti Fiqah pakai sendiri lah ye! Nak tolong pakaikan tak boleh sebab belum halal lagi..Hehe"
Fiqah mengangguk..
"Kenapa Abang Danial bagi Fiqah rantai ni?..Boleh je kan nanti jadi mas kahwin "..Kata Fiqah sambil matanya menatap wajah lelaki itu..
"Mas kahwin lain sayang..Itu abang beli sebagai tanda terima kasih dekat Fiqah sebab sudi terima Abang"..
Fiqah terdiam sebentar apabila mendengar lelaki itu memanggilnya 'sayang'..Hatinya di pujuk untuk kuat menahan rasa debar!
"Err, tapi kita belum kenal satu sama lain lagi"..Ujar Fiqah..
"Soal itu, lepas kahwin kita boleh berkenalan sebab kita banyak masa..Nanti Fiqah akan tahu semua segala-galanya tentang abang termasuk lah 'dalam' dan 'luar'.."
Fiqah sudah menjeling lelaki itu..'Tak senonoh betul dia ni'..
"Okay, kalau Fiqah nak tanya apa-apa..Fiqah boleh je tanya..Sebab kita ada masa sikit sebelum balik..Abang bagi peluang"..Kata Danial..
Lalu, mereka berbincang mengenai majlis nikah dan kehidupan selepas berkahwin..Segala perancangan di bualkan bersama..
*******
Fira pula ketika itu sudah berjanji dengan Fizi untuk keluar dinner bersama..Dia memakai baju dress dan tudung shawl yang sama warna..Dan wajah di elus dengan bedak dan memakai lipstik..Dia sempat membelek cincin di jarinya..Dia tahu keluarga siapa yang masuk meminangnya..Dan sudah semestinya keluarga lelaki itu..Dia dengan senang hati menerima rombongan itu..Dan umi dan abinya juga turut gembira..
Fira yang mengelamun tersentak apabila kedengaran bunyi dari telefonnya..Lantas dia menjawab call itu..
"Fira, saya ada dekat depan rumah awak ni"..Tegur satu suara..
"Oh, okay kejap-kejap..Saya turun"..Kata Fira kelam kabut lalu dia mematikan panggilan itu..
Dengan tergopoh-gapah dia turun lalu dia sempat bersalaman dengan umi dan abinya di meja makan..
"Jangan balik lambat sangat!"..Umi Fareeda memberi peringatan..
"Okay umii"..Jerit Fira sambil berlari anak ke muka pintu..Lalu, dia menyarung kasut dan berlari ke kereta milik Fizi..
Sebelum dia membuka pintu, Fira teringat sesuatu..Lalu, tangannya membuka zip beg tangannya lalu mengagau mencari satu kotak..Dan dia mengeluh lega kerana barang itu tidak tertinggal..
"Sorry buat awak menunggu"..Ujar Fira ketika sudah melabuhkan punggung di seat sebelah pemandu ..
Fizi tersengih lalu menjawab..
"Tak pe..Btw, cantik awak malam ni"..Puji Fizi sambil memandu..Sempat matanya menjeling wajah Fira..
Sampai saja di restoran mewah itu, Fizi hanya mengikuti langkah fira kerana segala yang dirancang hanyalah Fira yang tahu..
Tiba mereka di satu meja eksklusif ..Fizi hanya memandang wajah Fira yang tersenyum..
"Duduklah awak"..Tegur Fira kepada Fizi..Lelaki itu hanya menurut..Lantas, makanan dihidangkan..
Setelah beberapa minit mereka menjamu selera..Baru saja Fira ingin menarik keluar 'sesuatu' dari beg tangannya..Tiba-tiba ada seorang wanita datang menyapa..
"Hi, Awak En.Hafizi kan? Kenal saya lagi tak? Qasreena"..Tegur wanita itu dengan ramah..Fira hanya diam sambil memerhati wajah Fizi ketika itu..
"Oh, ye saya..Hye Qas..Bile balik Malaysia?"..Tanya Fizi..
"Oh, saya dah seminggu balik..Saya fikir nak jumpa awak dekat office je..tapi tak sangka jumpa awak dekat sini..By the way, awak dinner dengan siapa ni?''..Soal Qas sambil memandang Fira..Lalu mata Fizi menatap wajah tanpa riak milik Fira..Tahulah dia wanita itu kebingungan..
"Oh ya!..Kenalkan my 'future' wife..Hafirah..Sayang kenalkan kawan abang , Qasreena..Kami jumpa di China waktu uruskan projek di sana"..Kata Fizi sambil mengenyitkan matanya kepada Fira..Dia tersenyum melihat reaksi terkejut Fira lantas wanita itu menyapa Qasreena..
Mereka bersalaman sebelum Qas meminta diri untuk berlalu..Keadaan di meja itu agak sunyi..
Fira ketika itu sudah berbelah bahagi..Dia banyak berfikir untuk meneruskan hasratnya ..
"Awak jangan risau, dia bukanlah sesiapa dalam hidup saya..Just a friend"..Kata Fizi kerana dia perasan wajah suram Fira..
"Err, saya nak tanya awak..Hmm, betul ke awak terima saya tanpa sebab?"..Soal Fira ..
"Maksudnya?"..Fizi bertanya kembali..
"Betul ke awak terima saya bukan sebab 'kasihan' atau ..."
"Fira, saya terima awak bukan sebab kasihan..Saya terima awak sebab saya jatuh cinta pandang pertama dekat awak sewaktu kita berlanggar di kolej dulu..Ingat? Hal ni mungkin agak kelakar..Tapi rasa itu memang ada sejak kejadian itu lagi"...
Fira mengangguk laju..
"Saya waktu tu tak sangka pulak boleh jatuh cinta dengan awak"..Fizi gelak perlahan..Dia memang tak sangka disebabkan kejadian itu dia gila bayang..
Fira termalu sendiri..Dia juga tak sangka kejadian itu membuatkan dirinya di sukai oleh lelaki itu..
Fira memberanikan diri untuk bersuara..Dia tekad!
"Jadi, disebabkan family awak dah masuk 'merisik dan meminang' saya ..Saya, Hafirah Syaqina nak melamar awak ..Adakah awak sudi jadi bakal suami saya nanti dan sudi jadi bakal imam saya yang boleh pimpin saya bersama untuk mencari redhaNya?"..Soal Fira sambil merenung wajah bersih milik Fizi..
Senyum lelaki itu semakin memekar..Pertama kali, dirinya di lamar oleh wanita yang menjadi idaman hati..
"Saya Hafizi Akhasyah terima awak, Hafirah Syaqina sebagai bakal isteri saya dan bakal ibu kepada anak-anak saya..Saya sudi jadi bakal imam awak"..Jawab Fizi dengan hati berbunga..'Yahuu Nak kahwinn!'..Jerit hati lelakinya..
Akhirnya penantian dia selama ini membuahkan hasil..Sabar adalah kuncinya..
Muka Fira sudah berbahang..Fizi tergelak kecil..Fira menghulur satu kotak berwarna kelabu gelap ..
Fizi mengangkat keningnya lalu menarik kotak itu mendekat selepas Fira mengangguk untuk terima hadiah darinya..
Mata Fizi bersinar-sinar melihat jam tangan yang sangat eksklusif itu..
Pertama kali dapat hadiah dari buah hatinya..
"Terima kasih sayang!"..Mula lah Fizi mengayat!
Fira menjeling lalu mengangguk..dia mengangkat tangan kirinya lalu ditayangkan kepada Fizi..
Dapat Fizi lihat jam di tangan Fira kelihatan sama design pada jam yang diterimanya itu..
"Jam couple?"..Soal Fizi sambil tersengih..Hatinya sekarang sukar diungkap.. rasa bahagia kini terasa..
"Pakailah"..Kata Fira sambil mengangguk..
"Awak boleh tolong saya pakai kan tak? Saya tak reti lah!"..Fizi mula mengada..Bukan selalu ye dok?
"Awak pakailah sendiri..macam mana saya nak tolong awak sebab kita belum halal.."
"So, bile boleh kita halalkan hubungan kita ni?"..Soal Fizi teruja..Hilang sudah sifat pendiamnya..
Fira hanya mengangkat bahu tanda tak tahu..Saja dia ingin bermain tarik tali dengan lelaki itu..Hatinya juga mula berasa tenang dan berbunga melihat keterujaan Fizi menerima hadiahnya..
Fizi memincingkan matanya tajam menatap wajah bersih Fira..Sengaja mahu mengusik..
"Kalau macam itu, esok jelah kita nikah!"..Katanya selamba..
Fira terkejut lalu membutangkan matanya melihat lelaki itu sudah ketawa riang..'Senang hati eh cik abang! opss!'..Bisik hatinya..
"Awak jangan ngada-ngada eh..Saya tak buat persiapan apa-apa pun lagi..Lagipun, kita bagi Abang saya dengan Fiqah lah jalan dulu..Nanti barulah kita pula"..Ujar Fira
"Hehehe, okay! ..Lagipun majlis abang awak dengan Fiqah pun tak lama lagi..Jadi, kita kena mula prepare lah sekarang..Sebab lepas je majlis nikah abang awak..Beberapa hari lepas itu majlis nikah kita pula..Lagi cepat lagi bagus..Takdelah ibu ayah awak letih buat dua kali kerja".. Jawab Fizi sambil menatap wajah Fira..Matanya tak lepas merenung wajah kesayangannya itu..
"Hmm, itu kita kena bincang dengan family kita dulu..Kalau mereka setuju..Saya ikut jelah"..Kata Fira dengan hati berdebar..Tak sangka lelaki itu mahu mempercepatkan majlis mereka..
Fizi mengangguk..Lalu, tangannya mencapai jam itu lalu di pakai di tangan kirinya..
"Hulur sekejap tangan kiri awak.."Kata Fizi..
"Nak buat apa?"..Fira bertanya dengan memek muka pelik..
"Bagi jelah"..Kata Fizi sambil tersengih..
Fira terpaksa menghulur tangan kirinya ke arah lelaki itu..Dan Fizi mengangkat tangan kirinya yang sudah dipakai dengan jam dari pemberian Fira lalu dia rapat kan sedikit untuk mendekatkan jarak dari tangan Fira..
Lalu, tangan kanannya memainkan peranan untuk membuka camera dan menangkap beberapa keping gambar ..Pada gambar tersebut terlihat sepasang jam couple dan cincin pada jari manis Fira..Fizi tersengih lalu meng'post' gambar di instagramnya dengan caption..
'Love you..1.4.3'
'#One step closer'..
Fira menepuk dahinya apabila telefonnya bergetar dan kelihatan namanya dia 'tagged' oleh lelaki itu..
"Awak tengok ni..Semua peminat awak dah serang saya!"..Ujar Fira sambil menunjuk telefonnya ke arah lelaki itu..
Fizi hanya mampu tergelak..Fira pula sudah mencebik..'Eleh, sukalah tu ramai peminat' ..Desis hatinya..
Dari kejauhan ada sepasang mata yang sedang menahan air mata dari turun ke pipi..Mata itu tidak lepas melihat satu pasangan sejoli yang sedang berbahagia..
' Kadang kala cinta tidak harus memiliki, Semoga kau bahagia bersama insan yang kau sayangi'..
Terus tertunduk wajah itu ..Air matanya tidak tertahan..Rakannya yang melihat situasi rakannya yang sedang bersedih hanya mampu mengusap bahu wanita itu..
Happy reading!..Maaf lambat update..
Share this novel