Setelah seharian bertungkus lumus menjayakan majlis resepsi sendiri..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Fiqah melabuhkan punggung di sofa untuk melepaskan lelah..Dengan cuaca yang agak terik..Membuatkan dia berasa rimas dan berpeluh..Fiqah mengerling ke arah jam di dinding..Sebentar saja lagi azan asar akan berkumandang..Nasib baik mereka sempat solat zohor berjemaah sebelum majlis bergambar outdoor..Kerana setelah bersanding di pelamin mereka akan bertukar baju untuk bergambar di luar..Ini semua suaminya punya perancangan..Dia hanya sekadar menurut..
Setelah berehat di sofa, Fiqah bangun untuk mencari kelibat suaminya di luar..Kelihatan suaminya sedang berbual dan bergelak ketawa bersama rakan dan sepupu rapatnya itu..Suasana di luar juga agak tenang nak dibandingkan dengan tengahari yang sesak..Dalam ralit dia memerhati, ibunya menegur dia dari arah belakang..
"Fiqah, kamu kenapa berdiri dekat situ? Pergilah masuk bilik rehat ..Tukar pakaian tu..Nak masuk asar dah ni"..Tegur Ibu Ina..
"Fiqah tengok Abang Danial..Fikir nak ajak dia solat sekali tapi dia dok ralit bersembang dengan kawan dia..Takpelah, Fiqah masuk bilik dululah.."Jawab Fiqah sambil bergerak perlahan..
"Nanti kamu dah selesai..Panggil lah dia"..
Fiqah mengangguk lalu bergerak masuk ke biliknya yang sudah dihias..Sangat cantik dengan hantaran di susun elok di sebelah katil..Sempat Fiqah memuji dekorasi bilik yang dihias oleh ibu saudaranya sendiri yang merupakan mak andam..
'Terbaiklah maksu zahra, lawa gila bilik aku!'..Bisik hatinya sambil ketawa kecil..Sebenarnya dia tak sempat meneliti segala deko waktu tukar baju tadi sebab masing-masing kelam kabut..
Dengan pantas, Fiqah menarik tuala dan mencari baju untuk di pakai..Dia membuka baju pengatin yang dipakai dengan laju kerana rimas ..Laju kaki melangkah masuk ke bilik air dengan baju di tangan..
******
Di luar, Danial yang sedang bersembang terus terhenti apabila tidak nampak kelibat isterinya..Matanya melilau mencari keberadaan wanita kesayangannya itu..
"Eh, kau cari siapa?"..Soal Fizi..Sambil turut memerhati keadaan di sekeliling mereka..
"Aku cari bini aku lah.."..
"Ceh, tak boleh hilang lansung..Pasti cari!"..Usik Fizi..Ashraf pula ketawa terbahak-bahak..
"Haish, kau tak kahwin lagi..Mana tahu perasaan bila dah kahwin!"..Bantah Danial..
"Kau jangan risau lah, bini kau ade dalam rumah rasanya..Tadi, aku perasan dia masuk rumah!"..Celah Ashraf apabila melihat wajah sepupunya yang sudah seperti cacing kepanasan..
Danial mengeluh perlahan..Perasaannya lega..Fizi pula dah ketawa melihat reaksi wajah lelaki itu..Baru saja mereka ingin menyambung sesi perbualan..Kedengaran azan asar berkumandang..
Danial bangun dan meminta diri dari temannya untuk berlalu masuk ke dalam..Manakala, Fizi bergerak mencari buah hatinya yang sedang sibuk membantu mengemas..Ashraf pula bergerak ke belakang rumah untuk bersiar-siar dan niat hatinya ingin melepak sebentar di pangkin..Namun, langkah terhenti dan matanya di sajikan dengan susuk tubuh wanita yang elok berpakaian baju kurung moden sedondon dengan pengantin sedang membasuh pinggan dan cawan berseorangan .
Lalu, dia mendekati wanita yang sedang memegang sabun itu..
"Seorang je?"..Soal Ashraf..
Wanita itu kelihatan terkejut apabila mendengar sapaan dari lelaki itu..Dia mendongak lalu mengangguk bagi menjawab soalan lelaki itu..
"Meh saya tolong"..Ashraf bergerak melabuhkan punggung di atas bangku yang tersedia..Lengan baju melayunya di singsingkan ke atas siku..
"Ehh, takpe..Nak habis dah ni"..Jawab Aqila untuk melarang lelaki itu..Bukan apa..habis kotorlah baju lelaki itu dengan air nanti..
"Saya tolong awak bilas lah..Bukan susah pun"..Pangkah Ashraf sambil laju tangannya mencapai pinggan yang berisi didalam besen yang penuh dengan air..Dengan lincah dia membilas pinggan itu..
"Ehh, nanti kotor lah baju awak tu..Lagipun, awak kan tetamu..Nanti ibu saya nampak..Mesti dia bebel dekat saya"...Tegas saja suara Aqila..
"Takpe..Nanti pandai lah saya jawab dengan ibu awak"..Jawab Ashraf selamba..Aqila pula terus terdiam..Dia tidak ada niat untuk meneruskan perbualan lalu dengan pantas dia menyambung kerjanya dibantu oleh lelaki itu.
********
Danial telah pun melabuhkan punggung di birai katil bilik Fiqah..Dia tahu yang isterinya sedang mandi kerana kedengaran air mengalir dari shower..Matanya meliar melihat dekorasi bilik pengantin itu..Hatinya memuji dengan dekorasi dan kekemasan bilik itu..Telinganya menangkap pintu bilik air terbuka..Danial bingkas bangun lalu mendekati isterinya itu..Hatinya mula ingin mengusik wanita itu..
Fiqah yang baru saja keluar bilik air terkejut melihat kelibat suaminya yang sedang bergerak menghampirinya..Nasib baik dia sudah pakai baju siap-siap di dalam bilik air..Kepalanya ditutup dengan tuala..
"A-abang jangan datang dekat! Fiqah ada airr wuduukk...."Terus perlahan suara Fiqah ketika suaminya itu sudah mengenggam jari jemarinya..Danial pula sudah tayang gigi bersihnya..Suka dia lihat wajah itu marah..
"Abanggg..!"..Meleret saja suara Fiqah..Agak keras dipendengaran Danial..Tetapi, dia hanya buat tak peduli..
Lantas tangannya naik menekup kedua-dua belah pipi mulus isterinya..Matanya menatap mata coklat milik isterinya itu dengan senyuman manis..
Fiqah terkedu sebentar sambil itu dia membalas renungan lelaki itu..Hilang terus rasa marahnya tadi..Dia seakan di pukau dan matanya terpejam apabila bibir lembut milik suaminya singgah di dahinya untuk kedua kalinya..
Selepas saja Danial mengucup dahi itu..Terus saja tangannya menarik sebelah pipi isterinya itu..Tanda geram..Lagi-lagi teringat kejadian semalam yang membuatkannya tidak mahu melepaskan wanita itu..
Fiqah mengaduh kesakitan.."Auch, sakitlah abang!"..Katanya sambil menyapu pipinya ..
Danial sudah tersengih.."Itulah balasan sebab buat abang geram!"..
Fiqah menjeling .."Abang geram sebab apa pula?.Sepatutnya Fiqah tau yang geram dengan abang ni!"..Bidas Fiqah..'Habis batal air wuduk aku !'..
"Sebab semalam sayang lari dari Abang..Lepastu, sekarang sayang masuk bilik tak panggil abang pun!"..Luah Danial dengan muka monyok..
"Dah abang tu yang sibuk duk bersembang..Lepastu tinggal Fiqah sorang-sorang dekat bawah khemah tu..Fiqah masuk lah bilik nak mandi, Dan-dan pula abang masuk dan dengan secara 'sengaja' abang batalkan air wuduk Fiqah! ..Abang memang kan !"..
Danial ketawa mendengar luahan dari isterinya itu..Kelihatan seakan kanak-kanak mengadu kepada bapanya..Serius comel dengan mimik muka cemberut itu..
"Kira kantoi lah ni eh? Macam mana sayang boleh tahu ? abang memang sengaja nak usik Fiqah tadi..hehe..Sorry sayang!"..
"Sorry naik lori lah abang..Dah buat baru nak minta maaf!"..Kata Fiqah..
"Siapa suruh sayang tak panggil abang ajak solat sekali..Abang bukan sengaja nak tinggal sayang tadi..Kawan-kawan abang dah tarik abang ajak borak..Sayang pun waktu tu sibuk dengan Fira kan..Jadi, abang biarkan jelah"..Terang Danial..
"Eleh, alasan..Dah sekarang Abang pergi mandi..Kita solat"..Jawab Fiqah sambil bergerak ke tempat penyidai..
Sedang Fiqah menyidai tualanya..Tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari arah belakang..Danial mencium belakang leher Fiqah..Fiqah yang tak ready itu terus saja terkaku..
"Cantik sayang kalau tak bertudung! Abang suka..Dan wanginya diaa.."Danial sudah tenggelam dengan nafsu lelakinya itu sambil menghidu bau badan Fiqah..
Fiqah cuba untuk mengawal debar lalu dia cepat-cepat menepuk tangan lelaki itu supaya tidak hanyut..'Siang-siang hari ni oi! Jangan buat pasal!'..
"Abang mandii"..Tegur Fiqah sambil menepuk kuat tangan lelaki itu..Danial tersentak dan tersengih lalu dia melepaskan Fiqah..
"Okay, abang mandi dulu..Nanti sayang ambil wuduk balik okay!..Kita solat sama-sama"..Danial bergerak ke bagasinya untuk mencari tualanya..Fiqah pula membantu lelaki itu membuka bagasi sambil menyediakan baju untuk lelaki itu pakai..'Malu?'..'Sikitlah! Tapi sejak semalam tanggungjawabnya sudah berjalan..Jadi, dia perlu sediakan keperluan suaminya!'..
*******
"Hai cik adik manis, busynya dia!"..Tegur Fizi apabila melihat Fira sedang mengemas di atas meja makan pengantin..Segala lebihan lauk di angkat lalu di bawa masuk ke bahagian dapur..
"Haa, ye..awak boleh tolong saya tak angkat dulang tu..boleh?"..Kata Fira..Wajahnya sudah keletihan ..Walaupun telah ditegah oleh ibu Ina supaya tidak turut membantu..Tetapi, dia memang ringan tulang dan dia berasa seronok dapat membantu...
"Boleh-boleh..Meh saya tolong angkat"..Jawab Fizi lalu bergerak mengangkat dulang makanan itu..
Setelah selesai mengemas..Mata Fira melihat disetiap meja tiada sebarang sampah dan pinggan..Dia sangat berpuas hati..Lalu, tangannya menarik satu kerusi untuk melabuhkan punggung bagi merehatkan badannya yang keletihan..
Dan dengan tiba-tiba, ada satu tangan menghulur secawan air..Fira mendongak melihat gerangan itu..Fizi tersenyum lalu melabuhkan punggung di sebelah wanita itu..
"Terima kasih"..Dengan pantas Fira menyambar cawan tersebut dan diteguk perlahan air itu..Rasa lega tekaknya yang kehausan tadi..
Fizi pula tersenyum melihat wanita disebelahnya itu..
"Esok saya dah kena balik KL"..Fizi bersuara..
"Awal balik sana?"..Soal Fiqah sambil memandang sekejap wajah lelaki itu..
"Aah, saya ade 'meeting' penting esok ..Jadi, saya tak boleh berlama dekat sini walaupun rasa tak puas pusing kawasan ni"..Jawab Fizi sambil tersenyum..
"Oh, faham.."..Jawab Fira sambil mengangguk..
"Awak stay sini sampai bila?"..Soal Fizi pula..Inilah masanya untuk meluangkan masa untuk berbual dengan kekasih hatinya itu..
"Saya tak pasti..Saya ikut je umi dengan abi saya..Mungkin sampai lusa.."
"Wah, lama duk sini..Untunglah"..
"Untung tu tak jugaklah..Saya pun dah lama bercuti ni..Berlambak-lambak lah kerja saya nanti"..
"Kalau macam tu, jomlah balik dengan saya esok"..Sakat Fizi..
"Eh awak ni!..Siapa nak drive kereta nanti?..Abang Danial stay sini..Abang Ashraf pula bawa kereta sendiri..Jadi, saya lah kena bawa kereta balik KL nanti"..Pintas Fira laju..
"Hehe, saya faham..Saja nak ajak awak balik sekali..Mana tahu boleh dating sekali..Nanti balik awak bawa kereta elok-elok tau! Kena ingat yang orang tersayang sedang menunggu"..Seloroh Fizi sambil tersengih..
Fira menjeling..Sempat lagi lelaki itu mengayat!..
"Cehh, mengada-ngada lebih!"..
"Alah,Dengan awak je..bukan dengan orang lain? Ke awak nak saya 'mengayat' perempuan lain?"..Duga Fizi sambil mengangkat kening sebelah..
"Cubalah buat kalau nak tengok saya menghilangkan diri"..Balas Fira dengan muka masamnya..
"Hehe, okay-okay..Tak mau lah macam tu..Tak kesian ke dekat saya nanti? Kalau awak hilang, saya jadi kemurungan tau!"..
"Dah awak yang mulakan dulu.."Bidas Fira
"Okay tak-tak..Saya sayang awak seorang je walaupun ramai wanita lain di dunia ini..Dan awak tetap menjadi pilihan saya!"..
"Eleh, cakap boleh lah..Mana buktinya?"..Fira pula menduga lelaki itu..
"Nak bukti? Serius?"..Soal Fizi laju
Fira mengangguk ..
"Okay, kalau macam tu..Minggu depan kita nikah? Okay tak ?"..Kata Fizi sambil tersengih..
Fira terkedu sebentar sebelum menjawab.."Awak jangan buat kerja gila eh..Family kita dah bincangkan pasal tarikh majlis kita!"..Bidas Fira
"Alah, lambat lah..Lagi dua bulan! Tak boleh ke kita percepatkan?!"..Jawab Fizi monyok..
"Gatal sangat dah awak ni..Kalau awak nak cepat! Awak bincanglah dengan family saya..Saya taknak masuk campur!"..
"Hehe, gatal dengan awak je..Abang awak dah selamat dah..Kita je lambat lagi..Kalau saya bincang dengan family awak! Awak tak kisah kan? "..
"Entah!"..Selamba Fira menjawab..Saja ingin buat lelaki itu sakit hati..
"Sayangg..."Mula lah Fizi memanggilnya dengan panggilan yang mampu buat hati Fira tak tenteram..Dia menjeling tajam lelaki itu..Tahu lelaki itu tak berpuas hati mendengar jawapannya..
"Eee, suka hati awaklah! Saya tak kisah..Saya ikut je!"..Jawab Fira laju..Fizi sudah bersorak dalam hati..Bibirnya mencoret senyuman..Dia tahu cara untuk mencairkan hati beku wanita itu..
"Dahlah, saya nak masuk dalam dulu.."..
"Alahh, teman lah saya dekat sini!"..Jawab Fizi apabila melihat wanita itu sudah bangun dari kerusi..
"Saya nak pergi jenguk umi saya lah..Awak pergilah cari Abang Ashraf..Ajak dia lepak.."
"Yelah"..Jawab Fizi dengan muncung..Baru dia ingin berbual panjang dengan wanita itu..
"Kalau nak, malam nanti kita pergi lepak dekat 'Menara Condong'.."Tawar Fira ketika melihat wajah monyok lelaki itu..Dia pun ingin berlama dengan lelaki itu memandangkan esok lelaki itu ingin berangkat pulang ke KL..Tetapi, sekarang bukan masanya..
Mata Fizi sudah bersinar-sinar mendengar tawaran dari wanita itu..Dengan pantas, dia mengangguk sambil tersengih..
"Nak-nak, nanti saya ambil awak!"..Jawab Fizi laju..Fira pula mengeleng..Laju saja kalau bab dating!
"Okay..Nanti apa-apa, saya call awak! Saya pergi dulu!"..Jawab Fira yang sudah tercegat di sebelah lelaki itu..
"Okay sayang, take care!"..Kata Fizi sambil melambai tangannya..Fira pula mengangguk dan berlalu dari situ..Fizi pula bingkas bangun mencari Ashraf..
******
Pada malam itu, Fira telah mengajak Abangnya, Fiqah, Ashraf serta akak Aqila untuk turut bersamanya dan Fizi meronda sekitar menara condong. Muka Fizi usah di kata, cemberut saja wajah itu..Tak disangka yang Fira akan mengajak mereka untuk join sekali..
Fira yang perasan wajah itu sudah tergelak..Memang dia sengaja..Umi dan abi serta ibu Ina dan Ayah Fiqah telah membenarkan mereka keluar memandangkan mereka tidak sempat untuk bersiar diluar..
"Kenapa monyok je tu?"..Sakat Fira disebelah..Mereka masing-masing membawa pasangan dengan menaiki kereta sendiri..Dan yang paling pasti kereta abangnya paling dihadapan..Fira dan Fizi berada di tengah manakala kereta milik Ashraf yang dinaiki oleh Akak Aqila di belakang sekali..
Fizi hanya menjeling wajah ceria wanita itu..Tahulah dia ini semua angkara wanita itu!..
"Ada orang merajuk lah! Macam mana ni ye?"..Soal Fira sambil buat-buat bingung..Tapi mulutnya masih tersengih..Lucu melihat wajah tanpa senyuman itu..
Fizi hanya buat tak endah saja dengan wanita itu..Hatinya perlu diredakan dulu rasa geramnya..Kalau ikut hati mahu saja dia tarik kuat kedua-dua belah pipi wanita itu biar tahu rasa!..Tapi, dia masih waras lagi..
Sampai saja mereka di restoran yang berdekatan menara tersebut, mereka memesan makanan ringan sambil melihat suasana luar..
"Sayang! Jom kita jalan-jalan area sana"..Ajak Danial sambil menunjuk ke arah luar..Fiqah hanya mengangguk tanda setuju..Danial terus merangkul pinggang isterinya tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhati..Merah sudah wajah Fiqah kerana malu..
"Guys, kitaorang keluar dulu eh..Nanti nak balik..Call okay!"..Kata Danial kepada mereka semua..Masing-masing mengangguk kerana malas menganggu pengantin baru berdating..
Beberapa minit kemudian, Fira mengajak Fizi untuk pergi ke kedai cenderamata yang berada di seberang jalan..Dia ingin membeli sesuatu untuk staf butiknya..
"Awak, jom teman saya kejap ke kedai tu..Saya ada nak beli barang sikit untuk staf saya.." Ajak Fira sambil menunjuk kedai cenderamata ..
Fizi hanya mengangguk..Dia juga ingin berdua-duaan dengan buah hatinya..Ini adalah kesempatannya..Tapi, wajahnya masih lagi mengekalkan riak cemberut itu..Saja ingin melihat usaha wanita kesayangannya itu memujuk..Bukan selalu okay!..Lalu, dia mengikuti langkah Fira dari belakang..
Tinggal Ashraf dan Aqila di meja itu.."Lah, tinggal kita berdua je ni? Kita nak buat apa pulak ni?''..Soal Ashraf bingung ditinggalkan oleh semua makhluk itu..
Aqila juga menjongket bahunya..Tak tahu ingin berbuat apa dengan lelaki yang baru saja dia kenali dengan cara tak sengaja..
Ashraf terdiam..Lalu dia berfikir cara untuk mereka berbual..Otaknya ligat memikir topik untuk mereka berbual ..'Aduh! Nak tanya apa ni?'..Bisik hatinya..
Aqila yang perasan lelaki dihadapannya itu berkerut dahinya terus saja dia menyapa..Dia taktahu kenapa apabila berada dekat dengan lelaki itu..Dia berasa tenang dan mudah untuk berbicara..
"Awak okay ke?"..Soal Aqila lembut..
Ashraf tersentak apabila ditegur..Dia tersengih..
"Err, hehe..Saya okay je..Kenapa?"..Jawab Ashraf sambil tersengih..
"Oh, takdelah ..Fikir awak sakit kepala ke sebab saya tengok awak berkerut-kerut dahi tu!..Awak ada fikir sesuatu ke?"..
Sekali lagi Ashraf terlopong memandang wajah Aqila..Kerana sangkaan wanita itu sangat tepat!..Wow..
"Err, mana awak tahu ni? Awak boleh baca fikiran saya ke? Dahsyat lah awak ni!"..Kagum sekejap Ashraf..
Aqila pula tak sangka dengan tekaannya, dia terus saja tersenyum..Dia mula rasa selesa untuk berbual dengan lelaki itu..
"Err, saya teka je..Betul ke?"..Soal Aqila..
Ashraf menepuk tangan tanda dia suka sambil tersengih panjang..Kepala diangguk kan ..Disebabkan tepukan Ashraf, beberapa pengunjung memerhati gelagat mereka..Aqila sudah mula gelabah..
"Awak! janganlah tepuk tangan..Orang tengok kita lah!"..Tegah Aqila sambil tangannya menunjuk sekitar mereka..Ashraf terus menghentikan perbuatannya sambil tersengih..
"Hehe, okay!"..Jawab Ashraf..Aqila mula lega..
"Boleh saya tanya sesuatu?"..Soal Ashraf apabila mereka sudah mula tenang duduk berdua..
Aqila hanya mengangguk..Dan perbualan mereka dilanjutkan dengan panjang..Aqila hanya layan saja kerenah lelaki yang berada dihadapannya .Dia mula rasa selesa dengan lelaki itu begitu juga Ashraf ketika mereka berbual..
"Sayang! Jom tangkap gambar!"..Ajak Danial..Mereka kini berada betul-betul di hadapan menara condong itu..Lampu warna -warni di pasang di sekitar menara menampakkan lagi kemegahan menara itu..
Fiqah hanya mengangguk..Danial meminta seorang lelaki untuk mengambil gambar mereka..Setelah itu, Fiqah mengajak suaminya untuk pergi ke arah motor yang sedang membuat gula-gula kapas..
"Sayang nak ke gula-gula kapas tu?"..Soal Danial apabila isterinya menarik lengannya menuju ke arah motor tersebut..Fiqah mengangguk laju..dah lama dia tidak makan benda alah tu!.
Danial sudah tergelak melihat isterinya mengangguk laju..Tahu, isterinya tak sabar ..'Macam budak-budak! Nasib comel isteri aku ni!'..
Selesai Danial membayar, mereka makan di bangku yang tersedia..Fiqah ralit makan tanpa sedar yang suaminya telah merenungnya..
"Sedap sangat ke sayang sampai abang dekat sebelah ni sayang tak toleh pun!"..Soal Danial sambil menatap wajah itu ..
"Err, abang nak?"..Pujuk Fiqah sambil menyuakan gula-gula kapas yang telah ditarik olehnya..Danial dengan pantas membuka mulutnya dan merasai sendiri gula-gula yang disua oleh isterinya..
Fiqah terkejut lalu dia menyuap lagi gula-gula itu kepada suaminya..Fikirnya hanya dia seorang saja yang suka makan..Rupanya suaminya juga suka makan! Hahaha..Mereka makan dan nikmati suasana pada malam itu berdua tanpa gangguan luar..
"Awak, Nah!".. Fira memberi keychain yang tertulis namanya dan Fizi disitu..Dia juga turut ada satu untuk dirinya..
Fizi yang sedang membelek barang terkejut dengan sergahan wanita itu..Wajahnya yang kelat tadi terus saja tersenyum melihat keychain itu..'Cantik!'..Lalu, tangannya mencapai keychain di tangan Fira..
"Suka tak?"..Soal Fira
Fizi mengangguk perlahan..Fira pula sudah mengeluh lega..Tak sia-sia dia menyuruh tuan kedai mengukir nama mereka di keychain itu..
"So, tak merajuk dah dengan saya?"..
"Kalau nak merajuk lagi boleh tak? Mana tahu dapat benda best lagi ke kan?"..Usik Fizi..
Fira sudah berkerut keningnya..Tapi, demi memujuk rajuk lelaki itu..Dia layan kan saja..
"Oh, nak sambung merajuk lah ni ye?"..
Fizi mengangguk laju macam kanak-kanak..Fira pula sudah ketawa mengekek melihat telatah lelaki itu..Fizi juga turut tersengih melihat Fira ketawa riang..
"Okay, kalau macam tu..Awak nak apa lagi supaya awak puas hati memandangkan esok awak dah nak balik! So, saya layankan je! "..Ujar Fira sambil memandang wajah lelaki itu..
Fizi berfikir sambil mengetuk dagunya seakan berfikir..Fira menanti dengan sabar..Fizi menarik hujung baju milik Fira sambil menunjuk ke satu arah..Fira hanya mengangguk tanda bersetuju..Dan mereka bergerak ke tempat yang Fizi ingin tuju..Iaitu sebuah kedai yang penuh dengan baju..
"Awak nak saya belanja baju ke?"..Soal Fiqah..
"Aah, boleh?"..Saja dia ingin merasa sendiri perasaan apabila dibelanja oleh wanita kesayangannya..
"Hmm, boleh je..Awak kan banyak belanja saya..So, malam ni saya belanja awak balik!"..Jawab Fiqah..
"Yeah, sayang awak!"..Jawab Fizi sambil menarik hujung baju Fiqah menuju ke kedai itu..Fiqah pula sudah mengeleng melihat perwatakan manja lelaki itu..Hatinya senang melayan kerenah lelaki itu..Dan lelaki itu memilih baju 'couple'..Dan Fiqah hanya menurut saja..
Jam menunjukkan 11.00 malam..Mereka kini bergerak pulang ke rumah Fiqah..Setelah sampai, mereka di sapa oleh Umi Fareeda yang sedang menunggu di ruang tamu bersama ibu Ina, Ayah Fiqah dan Abi.. mereka masih menunggu untuk pulang bersama ke rumah sewa..
"Amboi sakan kamu semua berjalan..Sampai lupa kitaorang dekat rumah ni"..Perli Umi Fareeda..Ibu Ina pula sudah tersenyum melihat wajah-wajah yang terkejut apabila mendengar sapaan itu..
"Er, sorry Umi ,Abi"..Kata Fira..
"Dah jom kita semua balik..Lewat dah ni..Kesian tuan rumah nak berehat"..Pintas Abinya..
Fira mengangguk kepala..Lalu, dia bergerak untuk bersalam dengan Ibu dan Ayah Fiqah..Danial dan Fiqah pula bergerak mendekati umi dan abinya untuk bersalam..
"Jaga anak orang elok-elok! "..Itu saja pesan umi kepadanya..
"Jangan lupa bagi abi dan umi cucu cepat-cepat!"..Usik Abinya..Danial sudah tersengih dan mengangguk..Fiqah pula menunduk malu! Fira dan yang lain sudah ketawa mendengar usikan anak-beranak itu..
Setelah bersalam, mereka bergerak keluar dan pulang ke rumah sewa..Fizi sempat mengenyitkan matanya ke arah Fira..Fira menjeling saja..Ashraf hanya memberi senyuman kepada Aqila sambil melambai ke arah mereka yang berada di muka pintu ..
"Pergilah berehat Danial..Pasti kamu letih..Fiqah ajak suami kamu masuk ke bilik." Arah Ayah Fiqah..Fiqah mengangguk kepala sambil menarik genggaman jari mereka ke arah bilik pengantin..Aqila pula sudahpun bergerak masuk ke bilik..
Ayahnya pula bergerak ke setiap pintu jendela dan pintu untuk dikunci..Setelah memastikan segalanya telah dikunci, dia menolak kerusi roda yang diduduki isterinya masuk ke dalam bilik beradu mereka untuk berehat..
Malam itu telah membuatkan beberapa hati tidur dengan tenang dan lena sekali..Fizi, Fira , Ashraf dan Aqila sempat mengelamun mengingati kenangan manis mereka pada malam itu sebelum tidur..
Tetapi di bilik pengantin, lain pula..Fiqah sedang mandi dan Danial pula sedang membelek telefonnya ditangan..
Danial mendongak melihat isterinya yang sudah keluar dari bilik air..Lalu, dia pula melangkah masuk ke bilik air..Sempat lagi dia menarik lengan isterinya untuk dibawa masuk ke dalam bilik air sekali..
"Abangg!"..Terjerit kecil Fiqah apabila suaminya telah menariknya masuk ke dalam bilik air..Danial sudah tekup mulut isterinya..
"Shuhh! Jangan jerit sayang! "..Lalu, dia lepaskan tangannya..
"Abang tulah! Kenapa tarik Fiqah masuk bilik air!"..Jawabnya laju
"Alah, sayang temanlah abang mandi! Tak syok lah mandi sorang-sorang!"..Jawab Danial dengan gaya menggodanya..
Fiqah sudah tertelan air liur apabila melihat suaminya membuka baju dihadapannya..Lantas, tangannya memulas tombol pintu..Dan berlari keluar..Danial yang perasan itu terus ketawa melihat kekalutan isterinya..Dia hanya membiar saja pintu bilik air itu tidak berkunci..
"Jom sayang tidur, abang letih lah"..Panggil Danial apabila melihat isterinya sedang berada di meja solek sedang memakai losyen..Tangannya sudah pun menekan button off lampu tidur disebelahnya..
Fiqah mula bergerak menekan button off di suis lalu biliknya menjadi gelap dan ada cahaya lampu jalan yang samar-samar di langsir bilik itu..Dan dia bergerak ke atas katil..Danial dengan pantas memeluk erat tubuhnya..Tindakan drastik itu membuatkan Fiqah berdebar hebat..Dia tak berani merenung wajah suaminya..
"Tidur sayang!"...Bisik Danial..Lalu, dia membalas pelukan suaminya sambil melelapkan mata..Namun, dia tak juga tidur..
Danial pula yang tadinya letih terus saja berasa matanya segar apabila menghidu haruman dari rambut isterinya..Sempat dia menunduk untuk melihat isterinya..Kelihatan isterinya sudah tidur..
Dia cuba untuk hilangkan debaran di hati..Badannya bergerak ke depan untuk memeluk badan isterinya lebih erat..Fiqah juga turut bergerak..Fiqah yang masih tidak tidur mendongak melihat suaminya..
"Abang tak tidur?"..Fiqah berbisik perlahan..Dia dapat rasa nafas suaminya di ubun-ubunnya..
Danial tersentak lalu menunduk..Kepala Fiqah yang berada di bantal diangkat lalu diletak pada lengannya..Dapat dia menatap mata redup milik isterinya..
"Abang tak boleh tidur"..
Fiqah sudah tersenyum lalu tangannya menepuk perlahan dan menyapu bahu suaminya seperti mendodoi anak supaya tidur..Tetapi, tidak bagi Danial..Nafsu yang di tahan itu makin bergelora melihat tindakan isterinya yang agak manja dimatanya itu..
"Sayang jangan goda abang"..Katanya sambil merenung wajah isterinya..Terus terhenti tangan Fiqah..Dia membalas pandangan suaminya..Dia tahu gelora di hati suaminya..
Beberapa minit mereka merenung sesama mereka..Akhirnya, Danial kalah dengan nafsunya yang satu itu..
"Sayang..Jom kita penuhi permintaan Abi abang untuk bagi 'cucu'?"..Pinta Danial perlahan..Fiqah pula hanya mengangguk perlahan..Dia masih ingat lagi pesan ibunya supaya menjadi isteri yang hormat dan menurut segala kehendak suaminya tak kira dari zahir atau batin asalkan tidak melampaui batas.
Danial yang sudah mendapat 'green light' terus saja menukar posisinya lalu menindih tubuh isterinya.. Fiqah sudah tersenyum melihat wajah suaminya..Dia sempat mendengar suaminya membaca doa sebelum memulakan 'kerja' pada malam itu.. Akhirnya Fiqah telah menjadi hal milik mutlak kepada suaminya..Masing-masing berasa malam itu merupakan malam yang paling indah kerana suaminya telah mengaulinya dengan sebaik-baiknya..Dan sudah semestinya mereka hanyut pada malam itu..
Happy reading! Sorry kalau ada typo!..And sorry lambat update! hehe
Share this novel