Bab 25: Nikah

Short Story Completed 17097

Suasana di rumah Fiqah sangat meriah dengan penduduk kampung yang datang untuk membantu memasak yang di panggil 'rewang' bagi majlis nikah Fiqah dan pasangannya..Masing-masing menzahirkan riak wajah yang sangat bahagia apabila dapat berkumpul beramai-ramai di majlis itu..

Akhirnya, hari yang dinantikan telah tiba..Keluarga pihak lelaki sudahpun sampai di Perak dan sekarang menginap di sebuah homestay yang berdekatan..Selepas asar, mereka akan diijabkabul di kediaman Fiqah sendiri..

Hati Fiqah kini berdebar hebat kerana dia merasakan semua ini bagaikan mimpi..Dia sekarang sedang menyusun dulang hantaran di hadapan pelamin..Ibunya tidak bagi Fiqah untuk keluar membantu kenduri rewang di luar..Kerjanya hanya menyediakan 'goodies' dan susun dulang hantaran..

"Fiqahh!"..Terkejut Fiqah apabila mendengar kawan baiknya menjerit memanggil namanya sambil berlari anak ke arahnya..Terbeliak mata Fiqah melihat kelibat rakannya di situ..

"Fira?"..Panggilnya sambil berpelukan..Lalu, dia melangkah ke bakal ibu mertuanya untuk bersalaman..Dia tahu kehadiran mereka disitu di jemput untuk makan tengahari bersama walaupun majlis akad nikah lepas asar.. Keluarga Fira sudahpun bergerak ke khemah jamuan yang diiring oleh ibunya..Tinggal Fira yang menemani Fiqah di situ..

"Wahh, cantiknya pelamin kau! "..Puji Fira dengan mata meliar melihat pelamin indah itu..

Fiqah hanya tersengih lantas meneruskan kerja menyusunnya yang tergendala tadi..Selesai menyusun, dia mendekati Fira yang sudah duduk di kerusi pelaminan sambil berswafoto..

"Kau dah makan ke?" ..Soal Fiqah sambil melabuhkan punggung di sebelah Fira..

"Belumm, ehh jom bergambar kejap.." Pinta Fira sambil membuka kamera lalu beberapa keping gambar di ambil lalu di hantar ke Whatsapp abangnya..

'Bakal kakak ipar kita..werk!'..- Fira..Sent!

Fiqah yang memerhati itu hanya mengelengkan kepala..Lalu, dia bangun dan menarik lengan Fira untuk makan tengahari..

Ketika mereka menapak ke dapur..Terdapat beberapa lauk yang sudah di asingkan..Jadi, Fira dan Fiqah hanya makan di dapur..Fira telahpun melabuhkan punggungnya di kerusi makan manakala Fiqah bergerak ke kabinet untuk mengambil pinggan dan gelas..

Ting Ting Ting

Telefon pintar milik Fira berbunyi..Dengan pantas Fira membuka chat dari Abangnya..

'Ya Allah, cantiknya bakal isteri Abang tu..Jadi, benarlah bidadari itu wujud' .-Abg.Danial

'Kirim salam dekat kesayangan abang tu..Bagitahu yang Abang tak sabar nak jumpa dia lepas Asar ni'..-Abg.Danial

Fira terus menghantar emoji mata ke atas tanda dia menyampah..Lalu, dia menunjuk skrin telefonnya ke arah Fiqah yang sudah duduk di sebelahnya..

"Kau tengok ni..Dengan aku pun dia boleh nak bersweet- sweet dengan kau! Haih"..Fira berdecit tanda menyampah..Fiqah pula tergelak kecil..Tahulah dia yang lelaki itu saja ingin mengusik adiknya..

Lelaki itu juga telah memaklumkan kepadanya yang jamuan tengahari ini mereka tidak dapat datang ..Mungkin di sekat oleh bakal mertuanya! Jadi, lelaki itu bersama kawan baiknya si Fizi dan sepupunya, Ashraf akan makan di luar..

"Dah makan..Nanti kau tolong aku settlekan 'goodies' pulak!"..Potong Fiqah sebelum menyuap nasi ke dalam mulut..Perut perlu juga di isi walaupun hati masih berdebar..

Fira mengangguk sambil mengunyah..Dia lapar sebenarnya kerana tidak breakfast pagi tadi..

*********

Di luar pula, kelihatan beberapa lauk sudah siap di masak dan dihidang untuk makan tengahari dan juga petang..Lauk untuk majlis resepsi akan di masak pula pada esok pagi..Kerana majlis bersanding akan berlangsung esok jam 12 tengahari di kediaman rumah Fiqah..

Majlis rewang itu juga dibantu oleh saudara mara rapat keluarga Fiqah..

"Aqila, kamu tolong belikan barang-barang yang ibu dah listkan ni dekat pasaraya..Barang-barang ni tak cukup untuk masak esok ni.." Kata ibu Ina kepada anak sulungnya itu..

"Ini je?..Ada lagi ke nak tambah?"..Soal Aqila sebelum bergerak..

"Setakat ni takde dah rasanya..Kalau ada nanti ibu telefon Aqila.." Jawab Ibu Ina ..Aqila hanya mengangguk lalu bergerak masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta..

Sempat dia melihat dua sahabat itu sedang menyusun goodies..

"Akak nak ke mana?"..Tegur Fiqah apabila melihat kelibat kakaknya di muka pintu..

"Akak nak keluar kejap..Beli barang!"..Jawab Aqila sambil bergerak mencapai kunci yang tergantung..

"Hati-hati..Bawa kereta elok-elok!"..Pesan Fiqah

"Okay, Akak gerak dulu!"..Kata Aqila..Wanita itu terus saja bergerak keluar apabila melihat anggukan dari Fiqah..

Sampai saja di keretanya, Aqila mengeluh..'Siapa yang block kereta aku ni?'..Bisik hatinya..Dia melihat kereta honda civic edisi baru yang berwarna putih telah memarkir di belakang keretanya..

Tanpa membuang masa, dia bergerak mencari adik sepupunya untuk membantu dia mencari tuan kepada kereta itu..

"Wafiq, sini sekejap!"..Panggil Aqila tidak berapa kuat..Budak lelaki itu terus saja bergerak menghampiri kakak sepupunya itu..

"Kenapa kak?"..Soal wafiq..

"Wafiq boleh tak tolong akak carikan tuan kereta ni?"..Ujarnya sambil menunjuk ke arah kereta honda civic putih itu..

Wafiq memandang pelik ke arah kereta yang ditunjuk itu..

"Kereta ni dah 'block' kereta akak..Akak nak keluar beli barang kejap"..Jelas Aqila ..

Wafiq mengangguk tanda dia faham.."Okay kak, wafiq cari sekejap tuan kereta ni.." Jawabnya..

"Okay, terima kasih wafiq..Nanti akak belanja aiskrim satu!"..Kata Aqila sambil membeli jiwa budak itu..

Wafiq dengan pantas mengangguk laju dan berlalu dari situ..Aqila pula sudah berdiri tegak sambil melihat Wafiq mencari tuan kereta putih itu..Lalu, dia mengeluarkan telefon pintarnya supaya tidak bosan menunggu..

Setelah beberapa minit , Wafiq bersama seorang lelaki datang menghampiri Aqila yang sedang leka itu..

"Akak ni orangnya!"..Tegur Wafiq kuat bagi menyedarkan Aqila dengan kehadiran mereka memandangkan suasana di kediamannya agak bising..

Aqila tersentak lalu mendongak untuk melihat gerangan tuan kereta itu..Dia memandang lama wajah itu kerana dia tidak mengenali gerangan itu yang sedang tersenyum melihatnya ..'Siapa dia ni?' Maybe rombongan sebelah lelaki kot?'....Sempat Aqila berfikir lalu dia tersedar yang dia sudah terlambat untuk membeli barang yang di pesan..

"Err, terima kasih wafiq ..Nanti akak belanja ais krim okay! Tunggu akak nanti tau"..Kata Aqila sambil tersenyum memandang wajah adik sepupunya..Wafiq mengangguk lalu pergi dari situ..

Mata Aqila dikalih lalu memandang wajah bersih lelaki itu..

"Err, awak boleh tak tolong alihkan kereta awak? Saya nak keluar"..Pinta Aqila ..Ashraf tersengih malu lalu dia mengangguk..Tanpa suara dia menghidupkan enjin dan bergerak mengalihkan keretanya ke depan sikit untuk memberi laluan kepada kereta wanita itu keluar..

Sebenarnya kedatangan Ashraf di situ untuk menghantar barang yang dipesan oleh ibu saudaranya..Barang itu ingin diberi kepada keluarga bakal besannya..

Setelah melihat kereta lelaki itu bergerak ke depan..Dengan pantas, Aqila bergerak masuk ke dalam keretanya..Namun, nasibnya tak baik kerana enjin keretanya tidak dapat dihidupkan..

Aqila panik lalu mencuba berulang kali..Namun ,hampa..dia mengeluh sambil menepuk perlahan stereng keretanya..'Kenapa pula ni?'..Hatinya mula tak senang..

"kenapa dengan kereta awak?"..Tegur Ashraf apabila melihat wanita itu mencuba berulang kali untuk menghidupkan enjin kereta..

Aqila terkejut dengan sapaan itu..Dia menoleh ke arah lelaki tersebut..

"Tak tahu lah saya, enjin kereta tak nak hidup"..Kata Aqila buntu..Otaknya di kerah untuk mencari solusi lain..'Kereta ayah? Tapi, ada orang pinjam rasanya! Nak pinjam kereta siapa ni?'..

Ashraf ralit memandang wajah bisu milik wanita itu..Kelihatan wajah itu berkerut mungkin berfikir sesuatu..

"Err, awak nak keluar ke mana? Saya boleh hantarkan"..Pelawa Ashraf..

Aqila jadi serba salah..Dia tak tahu mahu menerima pelawaan lelaki itu ataupun tidak..

"Err, saya nak ke pasaraya sekejap..Nak beli barang"..Jawab Aqila tanpa memandang wajah lelaki itu..Dia segan kerana lelaki itu sudi membantunya..

"Kalau macam tu, mari saya tumpangkan awak ke sana.."

"Err, tak menyusahkan awak ke? "..Soal Aqila

"Eh, takde lah..Setakat bawa awak pergi pasaraya..Apa lah sangat..Jomlah..Nanti lambat pula"..Ajak Ashraf sambil bergerak perlahan ke arah keretanya....

Aqila sudah kalut melihat lelaki itu sudah bergerak pergi..Dengan itu, dia mengunci kembali keretanya dan bergerak ke kereta lelaki itu..

Perjalanan memakan masa dalam 15 minit dan mereka sudah sampai di tempat yang ingin dituju..Ashraf memarkir keretanya di kotak parking..Handbreak di tarik..

"Err, terima kasih hantar saya.."Kata Aqila sambil membuka seatbelt..Dia tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki itu..

"Sama-sama..Dah jom masuk"..Jawab Ashraf sambil mematikan enjin keretanya..Aqila tersentak lalu memandang lelaki yang sudah keluar dari kereta itu..

"Awak nak masuk sekali ke?"..Soal Aqila kebingungan..

"Yelah, saya teman awak beli barang"..Jawab Ashraf bersahaja..Dia tahu wanita itu tak selesa dengannya..Lalu, dia melangkah terlebih dahulu masuk ke dalam pasaraya itu..

Aqila hanya akur saja..Tangannya menolak troli sambil membuka kertas yang diberi oleh ibunya untuk melihat list barang..

"Bak sini troli tu..Saya tolak..Awak pergi cari barang..Saya follow dari belakang"..Kata Ashraf sambil menarik troli kosong itu ke arahnya..Sebenarnya dia kesian akan wanita itu yang nampak tidak fokus dengan troli itu..Dia bimbang troli itu akan melanggar barang di dalam pasaraya itu..Satu hal pulak nanti kan!

Aqila hanya diam lalu fokus mencari barang..Aqila yang sudah biasa membeli barang di situ terus saja bergerak ke setiap bahagian untuk mengambil barang..Ashraf yang mengikuti itu sangat kagum dengan kelincahan wanita itu dalam mencari barang..Tidak kekok dan seperti sudah arif dengan tempat itu..

Setelah beberapa minit mencari barang ..Mereka bergerak ke kereta lelaki itu..Aqila membantu lelaki itu memasukkan barang ke dalam 'boot' kereta..

Dalam perjalanan ingin pulang, telefon pintar Aqila berbunyi menandakan ada panggilan masuk..Dia menyeluk poket di baju muslimah itu lalu menarik keluar telefonnya..Tertera nama ibunya di skrin..Tanpa membuang masa, dia menekan button hijau..

"Ye ibu? Beli santan? Ibu nak santan segar?"..Soal Aqila..

Ashraf hanya fokus dengan pemanduannya..Namun, dia masih dapat mendengar perbualan dua beranak itu..

"Okay, nanti Akak cari..Ibu nak 5 Kg kan?..Itu je? Ada apa-apa lagi ke tak cukup?"..

"Oh, takpelah..Tinggal santan segar jelah ye?..Okay ibu..Waalaikummussalam"...Jawab Aqila lalu menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket baju itu..Otaknya ligat berfikir untuk mencari santan segar pada tengahari itu ..Lalu, dia teringat ada sebuah kedai di kampungnya menjual santan segar..Dia berharap agar santan masih ada pada waktu begini..Agak susah untuk mencari santan pada waktu tengahari kerana kebiasaan santan akan habis pada waktu pagi lagi..

"Err, awak..nanti boleh tak kita singgah sekejap dekat kedai hujung kampung saya?"..Pinta Aqila perlahan..

"Boleh je..Nanti awak tunjuk jalan"..Jawab Ashraf..Dia senang hati kerana dapat membantu wanita itu..Dan hatinya juga berbunga melihat wajah itu tersenyum manis memandangnya..Hatinya berdegup kencang..

Kereta Honda Civic Putih milik Ashraf memasuki perkarangan rumah pengantin..Aqila mengeluarkan segala barang yang telah dibeli dan di bawa masuk ke bahagian rewang..Ashraf juga turut membantu ...

Aqila yang perasan kelibat Wafiq terus saja melambai memanggil budak itu..Senyum Wafiq terus melebar melihat kakak sepupunya telah balik dari pasaraya dan kaki melangkah laju ke arah Aqila .

"Nah Wafiq, yang akak janjikan ...Ais krim ni ada lebih akak belikan..Nanti bagi dekat budak-budak lain sekali ye"..Kata Aqila sambil menghulur plastik yang berisi ais krim cornetto..Sekali sekala belanja ais krim mahal..Wafiq segera mengangguk dan berlalu dengan riang..

Ashraf hanya memerhati dan bibirnya melorek senyuman..

"Err, Awak ini duit minyak..Terima kasih sebab sudi tolong saya"..Kata Aqila sambil menghulur duit not rm 50 kepada Ashraf..

"Eh, tak pe..Saya ikhlas bantu awak..Simpan je duit tu"..Jawab Ashraf sambil mengeleng..

"Ambil lah duit ni..Saya tak nak terhutang budi dengan awak"..Tegas Aqila ..

"Err, saya dah lambat ni..Saya balik dulu..Bye!"..Elak Ashraf sambil melihat jam tangannya. Setelah itu dia bergerak meninggalkan wanita yang sudah termangu sendiri..

Aqila hanya memandang saja lelaki itu beredar..Keluhan kecil di lepaskan..'Apa susah sangat lah nak terima duit! Kalau orang lain mesti dah amik!'..Getus hatinya..Dengan malas, Aqila melangkah mendekati geng rewang untuk membantu seperti biasa..

*******

"Woi, kau pergi mana lama sangat? Orang suruh hantar barang je kot? Takkan tersangkut dekat situ sekali"..Tegur Fizi apabila melihat Ashraf masuk ke dalam rumah sewa itu..

Ashraf tersengih..lalu, melangkah mendekati meja makan untuk lepak sekali ..

"Aku memang hantar barang..Lepastu, aku teman bakal akak ipar si Danial ni beli barang dekat pasaraya!"..Jawab Ashraf sambil bibirnya memuncung ke arah Danial yang turut sama ada di situ..

Danial yang mendengar namanya di petik terus saja mengangkat muka memandang wajah sepupunya, Ashraf..

"Wah-wah, Ada apa-apa ke?"..Usik Fizi..

"Takdelah, Aku teman je sebab kereta dia tak boleh hidup..Aku yang memang dekat kereta terus jelah offer..Kesian lah kan!"..Potong Ashraf

"Oh, kiranya kau keluar dengan Aqila pergi pasaraya lah eh?"..Soal Danial..

"Nama dia Aqila eh? Taktahu pun!"..Ashraf sengih apabila melihat kedua lelaki dihadapannya itu menepuk dahi serentak..

"Apa kau ni..Nama dia pun tak tahu ke? Tak berkenalan ke dengan dia tadi?"..Soal Fizi bengang..'Apa yang lambertt sangat budak ni!'..

"Takk, sebab dia tu macam pendiam sikit..Aku pun taktahu nak berbual apa dengan dia!"..Jawab Ashraf untuk membela diri..

Fizi tercengang manakala Danial pula mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Ashraf..

"Betul lah tu..Memang dia pendiam sikit lagi-lagi dengan orang yang dia tak kenal..First time aku jumpa dia pun, dia tak bertegur sapa dengan aku..Lama-lama dah biasa nampak aku pun dia hanya senyum nipis je ..Tak bersuara langsung..Berbeza sangat dengan adik dia si Fiqah.." Danial mula bercerita..

"Serius lah?"..Soal Fizi dengan nada tak percaya..Ashraf juga terdiam menghadam segala informasi yang diceritakan oleh Danial..

"Yup, Fiqah ada juga cerita dengan aku ..Yang kakak dia ni memang susah nak rapat dengan orang..Tapi, dengan adik beradik dia..Aqila tu okay je..Cakap pun lembut je dan sopan.."

"Oh, kiranya dengan orang luar memang payah lah kan nak dengar suara dia? So, dia takde 'boyfriend' lah kan?"..Soal Ashraf laju..

Fizi menjeling Ashraf yang sudah tersengih..Dia faham maksud lelaki itu..Danial juga turut tersenyum melihat sepupunya yang kelihatan seperti berkenan dengan wanita itu..

"Amboi, bukan main lagi kau eh!"..Usik Fizi

Ashraf tersengih sambil menyapu belakang lehernya untuk mengawal rasa segannya..

"Aqila takde 'boyfriend'..Fiqah bagitahu yang takde lelaki yang nak rapat dengan kakak dia sebab kakak dia tu bukanlah sejenis orang yang mesra alam..Pendiam habis..Siapa je nak lekat?"..Kata Danial lagi..

Fizi mengangguk tanda bersetuju..

"Yelah, biasalah tu..Orang pendiam ni kalau kena dengan cara..Pasti dia akan bersuara jugak! "..Ashraf memintas..

"Aku rasakan Danial..Si Ashraf ni ada hati dekat bakal akak ipar kau lah!...Habis lah nanti..Si Ashraf jadi bakal abang ipar kau! Hahaha!"..Gelak Fizi..Danial juga turut ketawa sambil mengangguk kepalanya..

Ashraf sudah terdiam dan malu apabila diusik oleh dua lelaki itu..'Cis! Aku terkena!'..

Baginya, itu adalah peluang baginya untuk lebih mengenali wanita bernama Aqila..Dia sangat tertarik dengan si pendiam itu..Tapi, dia harus bekerja keras untuk tawan hati si dia..

******

"Saya terima nikahnya, Nur Shafiqah binti Zainal dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai".. Kedengaran suara Danial melafaz akad ..

"Sah?"..Soal ketua kadi kepada dua saksinya..

"Sah!''..Jawab mereka serentak..

Selepas saja tangannya dilepaskan oleh tok kadi..Danial meraup wajahnya dengan lafaz syukur..Setelah itu, dia akan membaca lafaz taklik dan menandatangani borang nikah di hadapan tok kadi..

Fiqah yang juga turut berada di pelaminan mengelap air matanya..Ibu dan kakaknya yang berada di sisi menyapu belakang badannya..Dia taktahu untuk menggambarkan rasa ketika itu..

Fiqah kelihatan sangat cantik dengan busana putih bersama veil yang terletak elok..Dan wajahnya juga telah disolek dengan nipis supaya kelihatan natural saja..

Usai saja tok kadi membaca doa..Danial bergerak ke satu sudut yang telah disediakan untuk menunaikan solat sunat sebelum majlis pembatalan air sembahyang..Fiqah ketika itu, tersenyum melihat suaminya yang sedang solat..Hatinya sangat berasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan..Dan akhirnya kini dia sudah berumahtangga dengan lelaki yang menjadi dambaannya..

Fira ketika itu turut mengambil beberapa keping gambar Fiqah di pelaminan..Ada juga lampu flash dari photographer yang di sewa..

Danial bergerak mendekati isterinya di pelamin untuk sesi pembatalan air sembahyang..Fiqah ketika itu berasa sangat gugup kerana ibu dan kakaknya telah bergerak turun dari pelamin..Fiqah membetulkan duduk nya agar dia lebih selesa supaya dapat melawan debaran dihatinya..

Danial sudah melabuhkan punggungnya di atas sofa di sebelah isterinya itu..Kelihatan Fiqah tak berani untuk menatapnya..Danial tercuit hati melihat isterinya yang malu-malu untuk melihat wajahnya..

"Muka Abang tak cukup 'handsome' ke sayang sampai sayang tunduk bawah tu?"..Bisik Danial perlahan..

Makin merah wajah Fiqah ketika itu..Lidahnya kelu ..Hatinya tidak memberi kerjasama yang baik ketika mendengar suaminya memanggilnya 'sayang'..

Fiqah memberanikan diri untuk melihat wajah suaminya itu...Dan pertama kalinya dia dapat melihat wajah suaminya itu dengan jarak yang sangat dekat..

Danial mengambil kesempatan itu dengan mengenyitkan matanya..Muka Fiqah terus berbahang..Danial terus menyarung cincin di jari manis isterinya..Dan ketika itu Fiqah menyarung cincin silver ke jari manis Danial..

Fiqah tunduk untuk bersalam..Setelah itu, Danial mencium dahi Fiqah lama kerana di tahan oleh 'cameraman'..Tertutup mata Fiqah apabila merasai kucupan kasih dari suaminya..Baru saja Danial melepaskan kucupannya..Bibirnya terus saja mencium pipi gebu isterinya itu..Spontan!

Tetamu yang melihat saat itu terus saja ketawa..Ada juga yang mengusik dan bersiul..Ashraf dan Fizi merupakan orang yang paling kuat bersorak..

"Cukuplah bro! Tak kesian ke dekat orang single macam aku! Mak nak kahwinn!"..Jerit Ashraf mengusik..Fizi pulak sudah ketawa terbahak-bahak..

Danial juga turut ketawa bersama tetamu lain..Fiqah pula tertunduk malu ..Dan bermulalah sesi bergambar..Dan jamuan makan..

******

Malam menjelma..Danial terpaksa pulang ke homestay setelah ditahan oleh uminya ketika mereka makan malam..

"Kamu Danial..Malam ni tidur dekat homestay dulu..Esok baru tidur sini"..Umi Fareeda bersuara apabila mereka berehat sebentar di bawah khemah sambil menikmati suasana malam ..

"Eh, kenapa pulak umi? Fiqah isteri Danial kan..Apa salahnya tidur sini?"..Protes Danial tanda tidak bersetuju dengan uminya..

Fira pula sudah mengawal ketawanya..Fira yang perasan jelingan tajam abangnya terus saja terdiam..

"Adik pergi main jauh-jauh..Jangan sibuk nak dengar hal Abang"..Arah Danial..Baginya , adik dia tu boleh jadi pengganggu..Fiqah hanya diam di sebelah suaminya itu..Jari jemarinya di genggam erat oleh suaminya supaya dia tidak terlepas dari situ..

"Umi tahu Fiqah isteri kamu..Bukan umi tak bagi kamu tidur sini..Tapi, umi taknak dengar 'kes' pengantin bangun lambat, letih dan tak cukup tidur"..Direct terus uminya bercakap tanpa kiasan..

Danial tersentak..Fiqah yang faham makna dari kata mak mertuanya itu terus saja menunduk..

"Mana ada umi...." Baru saja Danial ingin membantah..Uminya terus memintas..

"Kamu jangan nak banyak alasan..Umi kata malam ni tidur dekat homestay..Isteri kamu nanti adik kamu boleh teman.."

"Mana boleh macam tu umi.."

"Keputusan umi muktamad!"..Pangkah Umi Fareeda.

Fiqah rasa serba salah..Disebabkan isu itu, mereka anak beranak bertegang urat..Jadi, dia sebagai isteri perlu memainkan peranannya untuk memujuk hati suaminya itu..

"Err, umi biar Fiqah yang bercakap dengan Abang..Jom Abang kita ke sana sekejap"..Pinta Fiqah..

Umi mengangguk kepala tanda bersetuju..

"Sayang nak cakap apa?"..Soal Danial sebelum dia bangun dari duduknya..

"Dekat sana eh Fiqah cakap..Jom lahh"..Paksa Fiqah sambil menarik lengan sasa lelaki itu..'Haih, macam budak-budak lah suami aku ni!'

Fira yang ketika itu sudah di meja makan untuk makan pencuci mulut hanya memerhati saja..

"Bila pula 'turn' kita naik pelamin agaknya ye?"..Tegur Fizi ..

Fira tersentak dengan sapaan itu..Nasib baik puding caramel itu sudah selamat masuk ke dalam mulutnya kalau tak mahu jatuh ke tanah..Lalu, dengan wajah geram dia menjeling lelaki yang sudah duduk berhadapan dengannya..

Fizi ketawa kecil melihat wajah Fira yang sudah merah menahan marah ..

"Entah!"..Selamba Fira menjawab sambil menyuap puding ke dalam mulutnya..

"Comotnya dia makan!"..Kata Fizi sambil menatap wajah itu..

Fira kelam kabut mengelap bibirnya dengan tisu yang telah disediakan di setiap meja makan.."Ada lagi tak?"..Soal Fira..

"Takde dah..Itulah makan gelojoh sangat..Macam tak makan setahun je"..Kutuk Fizi terus..

Fira yang mendengar itu terus saja merenung tajam lelaki itu..Rasanya seperti nak telan saja hidup-hidup lelaki itu ..'Boleh dia kutuk aku depan-depan!'..Marahnya dalam hati..

Fizi sememangnya suka melihat wajah merah wanita kesayangannya itu terus saja ketawa kecil..

"Alolo, okay sorry..Saya saja je nak usik awak..Tak sangka pulak awak nak marah..Tapi cute juga ye awak walaupun marah"..Ayat buaya dari Fizi membuatkan Fira menyampah..

Lalu, dia meneruskan semula sesi yang tertangguh tadi..Makan!..Fizi pula hanya teman wanita itu makan sambil merenung wajah milik Fira..

*****

"Fiqah nak cakap apa?"..Terus saja Danial bersuara apabila mereka sampai di pangkin..Suasana malam menambahkan lagi kesyahduan bagi pasangan itu..

"Err, Fiqah nak bagitahu yang Abang terima jelah pendapat Umi Abang tu..Bukan lama pun..Malam ni je kan?"..Pujuk Fiqah..

Danial sudah mencebik..Dia tahu tujuan isterinya itu membawanya ke situ..Dengan tak puas hati, terus saja lengan sasa itu memeluk pinggang Fiqah dengan erat..Fiqah yang terkejut terus saja menahan dada bidang suaminya supaya badannya tidak sepenuhnya melekat di tubuh suaminya..

Setelah mengunci pinggang itu, Danial bersuara kembali..Dia suka dengan jarak mereka sekarang..Wajah Fiqah ditatap penuh minat..Fiqah terus terkelu dan terkedu..

"Sayang tahukan..Tanggungjawab seorang isteri ialah sentiasa berada di sisi suamikan?"..Soal Danial..Saja dia ingin menggunakan kuasa veto yang ada pada setiap lelaki yang bergelar suami..

Fiqah terdiam lalu mengangguk perlahan..Kepalanya ditunduk..

"Kalau sayang dah tahu..Kenapa boleh bersetuju dengan cadangan umi? Sayang nak jadi isteri derhaka ke?"..

Fiqah terus saja mendongak wajah itu sambil mengeleng..

"Janganlah cakap macam tu? "..Perlahan saja Fiqah berkata dengan wajah mendung...Hatinya sedih ..Iyelah baru beberapa jam jadi isteri ..Terus saja suaminya berkata begitu..'Sedih tahu!'..

"Kalau macam tu..Kenapa sayang bersetuju..Cuba bagitahu abang!"..Sebenarnya Danial saja ingin menduga isterinya itu..

"Err, Fiqah bersetuju sebab..Err..A-abang..Err Fi-.."..Tergagap Fiqah menjawab..

Danial cuba menahan ketawanya dari kedengaran..Dia faham situasi yang dihadapi oleh isterinya itu..Bukan isterinya saja..Tapi, semua yang baru bergelar isteri bakal merasai hal yang sama..betul?..

"Kenapa gagap?"..saja Danial mengusik sambil tersengih..

Papp

Fiqah menepuk dada bidang milik suaminya itu..Dia tahu lelaki itu mula ingin mengusiknya..Lalu, dia menjeling tajam wajah itu..Danial yang tak tahan terus saja ketawa..

"Abang nii"..Fiqah geram melihat lelaki itu ketawa senang..'Jadi lelaki memang macam ni ke? Suka usik bab gitu! Benci lah!'..

"Yelah-yelah..Abang faham..Sayang tahu kan yang abang berhak ke atas sayang sepenuhnya..Tapi, untuk malam ni abang lepaskan..Dan esok abang janji takkan lepaskan sayang lagi..Hanya untuk malam ini saja okay!"..
Tegas saja Danial bersuara..

Fiqah mengangguk faham..

"Tapi, sebelum tu..Abang nak sayang bagi bekalan kasih sayang dekat abang dulu..Takut tak boleh tidur pulak malam ni sebab takde bantal peluk!"..Danial mula menggatal..

"Mengada lah abang ni"..Pintas Fiqah..

Danial yang mendengar itu terus saja membesarkan matanya..Dengan perlahan wajahnya bergerak ke wajah Fiqah..Ingin mencium seluruh wajah itu..

Fiqah yang ketika itu sudah kalut..Dia mengerah otak untuk berfikir cara untuk loloskan diri dari lelaki itu..Hatinya berdebar kuat..

Dia perasan lelaki itu sudah hilang fokus ..Dengan pantas, dia menolak kuat lengan sasa suaminya ke bawah...Dan dia berhasil lalu dia berlari masuk ke dalam rumahnya..Danial yang tersedar terus menjerit kuat..

"Sayangg!''.. Jerit Danial..Fiqah pula sudah ketawa sambil berlari..'Oh, main-main dengan abang eh..Siap dia esok!'

Fira dan Fizi yang masih di khemah terkejut mendengar jeritan lelaki itu..Dan ketika itu, mereka dapat melihat Fiqah sedang berlari melalui khemah untuk masuk ke dalam rumah..

Fizi pula sudah ketawa melihat gelagat pasangan itu..Fira pula memandang pelik..'Apa yang dibuat oleh Fiqah sampai abang jerit macam tu?'..

Dengan ketawa yang masih bersisa itu..Fizi menoleh untuk melihat reaksi wanita itu..Dan dia kembali ketawa melihat wajah 'blur' tanda tidak faham dengan situasi tadi..

"Nanti awak faham lah kalau dah kahwin!"..Kata Fizi dengan nada mengusik..Fira pula mengeleng kepala tanda malas nak berfikir..Dia betul-betul tak faham dengan situasi tadi..'Haih, apa jadi sebenarnya?!'..

Happy reading!..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience