Hari bersilih ganti dengan sangat pantas..
"Fira, Kau dah ready malam ni?" ..Tanya Fiqah ketika mereka sedang bersiap untuk menghadirkan diri sebagai peserta.
Semua peserta perlu datang awal setengah jam untuk persiapan awal agar majlis tersebut berjalan dengan lancar.
"InshaAllah, aku ready..Kau? Asal ? Nervous?"..Tanya Fira sambil merapikan bahagian hadapan tudung agar kelihatan kemas.
Fira melangkah ke almari untuk mengambil botol perfume, kemudian disemburnya pada bahagian nadi dan di luar tudung area lehernya. Ya! Perfume yang telah dibelanja oleh seseorang.
"Of course lah weyh nervous..Macam -macam dah aku rasa ni..Kau boleh tenang je kan? Btw, wangilah perfume kau tu..Beli waktu kita keluar tu ke? Nak sikit boleh?"..Minta Fiqah lalu mencapai botol tanpa menunggu Fira menjawab.
"Amiklahh, aah beli waktu kita keluar haritu!.." Jawab nya sambil menjeling Fiqah yang sudah tersengih..
"Dah lah jom..Nanti lambat pulak !" ..Ajak Fira sambil menyandang beg yang berisi gitarnya..
"Okay-okay jom..kita gerak sekarang"..Laju Fiqah memakai kasut sarung lalu berdiri mendekati Fira yang sudah menunggu di luar.
********
Suasana di dalam dewan tersebut mula dipenuhi oleh pelajar serta pensyarah mereka..Di belakang dewan terlihat semua peserta pertandingan sedang membuat persiapan akhir sebelum melangkah naik ke pentas . Nombor giliran sudah pun di berikan kepada setiap peserta..Di satu sudut, kelihatan dua sahabat yang sedang berdiri bagi menenangkan diri .
Fira sedang memetik gitarnya supaya segala 'not' yang telah di 'setting' tidak lari manakala Fiqah sudah seperti cacing kepanasan..kehulur kehilir sambil menghembuskan nafasnya..Nombor giliran mereka adalah no 4..Kiranya mereka merupakan peserta yang terawal membuat persembahan.
"Weyhh, Ramainya penonton! ..Aku nervous gile Firaa..Fuh!"..Kata Fiqah sambil mengelap peluh yang mula keluar di sekitar dahinya.
Fiqah sejenis darah gemuruh..begitulah dia kalau di dalam kelas, apabila diminta membuat 'presentation' pun akan jadi macam tu..So, Firalah yang perlu memberi semangat supaya Fiqah kembali tenang.
"Fiqah..boleh tak kau duduk sekejap..tenangkan diri kau..kalau macam ni nanti ,susah kita nak capai target kita 'top 5'..Dah-dah kau selawat dulu lepastu tarik nafas dan hembus nafas perlahan-lahan.." Fira bersuara ..
Fiqah kelihatan kembali tenang apabila sudah ditegur oleh Fira..Tiba-tiba dia mula berasa ingin ke bilik air..
"Fira, aku pergi tandas jap..Ada masa lagi kan?"..Tanya Fiqah..
"Haah, pergilah..ada masa lagi..jangan risau! Aku takkan naik pentas kalau kau takde! Don't worry, just go, i'll wait for you okay!"..Ujarnya sambil memandang gitarnya itu..
Fiqah hanya mengangguk lalu bergegas ke tandas yang berada di belakang dewan. Apabila kelibat Fiqah sudah berlalu pergi..Fira mula memetik gitarnya mengikut irama lagu yang bakal mereka nyanyikan..Lagu duet menjadi pilihan mereka.
Dalam ralit memetik gitar..Ada seorang lelaki sedang berjalan mendekatinya dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir..Kehadirannya juga sudah menjadi tatapan peserta yang berada di belakang dewan..Kelihatan lelaki tersebut memakai baju kod dengan berkemeja biru lembut bagi menyerlahkan lagi ketampanannya.
Apabila sudah mendekat..Terus saja lelaki tersebut menegur Fira yang sedang ralit memetik gitar..'Cantik!'..Getus hati lelaki itu.
"Hye awak!"..Tegur satu suara yang membuatkan gadis dihadapannya itu terkejut lalu berhenti memetik gitar..
Fira mendongak kepalanya untuk melihat gerangan yang bertegur dengannya..Mukanya terkejut melihat wajah itu, sudah lama tidak kelihatan..Terakhir kali jumpa ketika lelaki itu menghantar mereka pulang ke hostel..
Fira berdebar-debar melihat lelaki itu yang kelihatan kemas dan bergaya. 'Apa dia buat dekat sini?' Bisik hatinya..Perlahan-lahan Fira bangun dari kerusi dan menyapa lelaki itu kembali.
"Err, hai..awak buat apa dekat sini?"..Jawab Fira laju sambil memandang sekejap wajah lelaki itu..'Tak boleh tenung lama-lama, lain jadinya nanti!'..Omel Fira
"Hehe, saya saja datang nak jumpa awak berdua..Kawan awak si Fiqah mana? Tak nampak pun?"..Tanyanya sambil mata meliar mencari kelibat Fiqah..
'Ouh, datang nak cari Fiqah rupanya! Haishh sabar jelah..kalau dah suka tu bagitahu jela!'..Getus hati Fira ..Dia tersenyum manis lalu menjawab..
"Ouh, cari Fiqah ke? Dia ade tadi..dia pergi tandas sekejap..Nervous katanya!"..Jawab Fira sambil membalas pandangan lelaki itu..'Mata dia cantik!'..bisik hati Fira.
Lelaki itu seakan tergamam seketika apabila melihat gadis dihadapannya itu tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi itu. 'Patutlah payah nak senyum, sekali senyum boleh buat orang jatuh hati..dengan lesung pipit dia..Comel!'..pujinya dalam hati..Dirinya seakan berada di awangan sekejap sebelum tersedar apabila gadis dihadapannya itu melambai di wajahnya.
"Err, hehe..Ouh Fiqah pergi tandas rupanya..Saya datang saja nak jumpa awak berdua..Nak bagi kata-kata semangat dekat awak berdua"..Jawabnya sambil menggosok lehernya apabila di tangkap mengelamun tenung anak dara orang.
"Ouh yeke..Terima kasih lah..Tapi macam mana awak tahu kami masuk pertandingann...?" Soal Fira lalu terdiam apabila melihat kelibat Fiqah sedang menuju ke arahnya sambil mengangkat kening sebelah..Seolah-olah bertanya siapa lelaki di hadapannya itu..
"Itu ha Fiqah..Panjang umur!"..Laju Fira bercakap ..Lelaki itu segera menoleh ke belakang lalu tersenyum melihat wajah Fiqah yang seakan terkejut melihat keberadaannya disitu.
"Ehh, fizi buat apa dekat sini? Segak-segak macam ni nak pergi mana?"..Tanya Fiqah lalu berdiri di sebelah Fira..Fira hanya tergelak mendengar soalan Fiqah..
"Err, segan saya awak puji macam tu..Mana ada saya segak..Saya macam biasa je..Saya datang sini saja nak berjumpa awak berdua !"..Jawab Fizi sambil tersengih segan..Malu mula terasa apabila Fira sudah tergelak memandangnya..
"Ouh, faham..btw, macam mana awak tahu kami 'join' pertandingan ni?"..Tanya Fiqah lagi..
Segala yang bermain di fikiran , Fiqah akan suarakan sehingga dia mendapatkan jawapan yang diinginkan.
"Saya ada nampak senarai nama dekat papan notis di fakulti..Nama awak berdua ada sekali"..Ujar Fizi sambil tersengih.
Fira dan Fiqah hanya mengangguk faham..Baru saja Fiqah ingin bersuara..Kedengaran suara pengacara majlis baru berucap..
"Haii dan assalamualaikum semuaa!!! Apa khabar semua? sihat?..Wah ramai yang hadir bagi memeriahkan majlis kita ini ya!"..suara pengacara majlis menyapa penonton kedengaran di 'mic' dan sorakan dari penonton sangat gamat membuatkan semua peserta terkejut!
Muka Fiqah memandang Fira..Fira hanya mengangguk menandakan majlis sudah mahu mula..Fizi terus saja bersuara dengan kuat supaya suaranya tidak tenggelam, dia pun perlu bergegas keluar dari situ..
"Awak berdua 'good luck' okay! Do your best! i'll support you guys!..Saya pergi dulu ye!"..Kata Fizi dengan suara agak tinggi sambil tersenyum..
"Okay thanks!"..Jawab Fira dan fiqah hanya menunjukkan tanda okay kepada Fizi..Melihat Fizi bergerak keluar selepas melihat wajah Fira dan fiqah ..
Di bahagian tengah dewan, Fizi telah bergerak mengambil tempat di baris hadapan sebagai panel jemputan tetapi bukanlah dia yang menjadi juri..Tetapi barisannya panel jemputan juga turut menyumbang 20% mata bagi peserta..
Selesai saja peserta ketiga membuat persembahan, pengacara majlis naik ke atas pentas sambil mengamat semua penonton dengan meminta mereka menepuk tangan dan sorakan.
"Okayy semua! Kita sudah lihat tiga peserta yang cukup hebat membuat persembahan...Masing-masing menunjukkan kesungguhan yang sangat hebat ..Saya rasa mesti juri dan panel jemputan kita sukar untuk memberi markah..Kita akan dengar ucapan dari setiap juri tapiii selepas semua peserta membuat persembahan..Tanpa membuang masa ..apakata jom kita bergerak ke peserta yang seterusnya..Dua sahabat yang cantik manis akan membuat persembahan secara berduet dengan lagunya yang bertajuk " Rindu Aku rindu Kamu"..Are you ready guys!..Dipersilakan 'girls sweetie!" ...Kedengaran suara pengacara majlis mempersilakan mereka ...
Kedengaran alunan muzik bermula dan gitar Fira sudah di petik..Mereka berdua sudah mengangguk sesama sendiri sebelum mula bernyanyi..
Masing-masing sudah bersedia dengan part sendiri..Fira akan mula terlebih dahulu bernyanyi di mana Fira akan 'cover' part perempuan dan Fiqah part lelaki..
Kelap -kelip di tengah-tengah laut
Lampu perahu nelayan
Sembilan ribu bintang
Sempurna bentuk bulan
Perhiasan malam
Batang-batang panjang pohon kelapa
Kerang-kerang di pasir putih
Diantara mereka kita duduk berdua
Menyanyikan lagu cinta
Ya ok o asyiknya menikmati malam
Indah pantai indah laut suasana sunyi
Ya ok o asyiknya menghabiskan malam
Rindu aku rindu kamu jadi satu
Ketika tiba-tiba ombak di laut pasang
Cinta kita berdua juga pasang, sayang
Ketika tiba-tiba ombak di laut pasang
Cinta kita berdua tetap pasang
Masing-masing menghayati nyanyian dan lenggok irama lagu tersebut..Kelihatan wajah mereka ceria dan tersenyum manis ..Kedengaran sorakan penonton serta nyanyian mereka di ikuti bersama sehingga mereka tamat persembahan..
Sebelum mereka turun pentas, sempat mata Fira menangkap gerangan lelaki yang sedang memegang telefon seakan merakam persembahan mereka..Dan wajah itu sangat dia kenal yang berada di barisan hadapan..Wajah itu tersenyum sambil melambai ke arah mereka..Fiqah mungkin tidak perasan! Mereka sempat menunduk sebelum bergerak turun ke belakang pentas.
"Wahhh! Sangat hebat ye penangan suara dari dua sahabat itu sampai penonton kita pun ikut menyanyi bersama... You guys memang terbaik! ..Memang sangat menarik dan panas pentas kita malam ni ..Betul tak guys?..Betulll...Laju saja para penonton menjawab..
"Okay, sebelum kita bergerak ke persembahan seterusnya..saya ingin membuat pengumuman hadiah yang akan peserta membawa pulang..Pada peserta saguhati mereka akan membawa pulang......" pengacara majlis memberitahu sehingga tempat pertama..
Di belakang dewan, Fira dan fiqah sudah melepaskan nafas lega..lalu mereka bergerak dan menuju ke tempat asal mereka tadi..
Mereka di sapa dengan peserta lain dengan ucapan tahniah dan pelbagai..
"Alhamdulillah, akhirnya selesai weyh ..Tak sangka pulak budak-budak ni nyanyi sekali dengan kita!"..Fiqah bersuara dengan teruja..
Terharu kerana persembahan mereka diterima baik oleh semua penonton..dan mendapat sorakan yang sangat gamat ketika mereka berdua bernyanyi..
"Alhamdulillah, aku pun sama..Maybe sebab kita pilih lagu 'viral' kot..Itukan lagu yang ramai suka dengar..Itu yang ramai tahu dan nyanyi sekali dengan kita..Harapnya kita ada dalam 'top 5'!"..Fira bersuara sambil mengemas gitarnya untuk dimasukkan ke dalam beg khas.
"Amin amin amin..Tak sabar nak tunggu akhir program..Tapi berdebar-debar juga kan nak tahu keputusannya"..Ujar Fiqah sambil terbayang situasi akhir program..
"InshaAllah, kalau betul ada rezeki kita, tak akan kemana ..Doa jelah okay!"..Fira bersuara sambil senyum tidak lekang di bibir..
Dia juga turut berasa terharu kerana tidak menyangka bahawa persembahan mereka akan di sambut baik oleh penonton..Dia merasa puas apabila segala penat lelah mereka hilang apabila mendengar sorakan yang sangat gamat.. Kini mereka hanya perlu menunggu keputusan pemenang di akhir program..
"Betul tu..aku sokong sebabnya kita dah buat yang terbaik kan..Semoga ada rezeki kita..Aminn"..Fiqah membalas sambil mendengar nyanyian dari peserta lain..Suasana di dalam dewan sangat riuh sehingga ke belakang dewan boleh dengar..Memang kuat!
Fizi yang duduk di barisan hadapan sangat kagum melihat persembahan dua gadis tersebut..Dengan suara yang lunak dan merdu membuatkan suasana gamat sekali..Sehingga membuatkan fizi untuk merekod persembahan mereka dan simpan di dalam telefonnya..Bibirnya juga tidak lekang membayang wajah yang tersenyum ketika membuat persembahan di atas pentas tadi..Tidak sangka gadis itu mahir bermain gitar dan bernyanyi..'Parah kau Fizi! Asyik teringat dia je!'..Bisik hatinya..
Dia telah memberi markah untuk persembahan mereka..Dan sudah tentu markah penuh!..Hehe ..Tak sabar ingin tahu pemenang di akhir program..'Semoga ada rezeki awak berdua kalini!'..Doa fizi di dalam hati..
#Siapakah bakal jadi pemenang? Adakah dua gadis tersebut?
Harap readers happy baca bab ini.. Tunggu next chapter untuk tahu keputusan pertandingan okay! # Happy reading.. #Sesiapa yang tidak pernah dengar lagu tu..Boleh cari di Youtube.. Tajuk "Rindu Aku rindu kamu".. # Fav song author! hehe..
Share this novel