Kelihatan kediaman villa milik keluarga Fira dan Danial sangat bercahaya..Khemah disusun rapi dan terdapat juga pelamin buat sang pengantin..Danial hanya menjadi pemerhati dan yang lain juga sibuk membantu persiapan pernikahan adiknya bersama Fizi..Sungguh dia tak sangka, rakannya sendiri akan menjadi adik ipar ..Seakan mimpi disiang hari..
Pap! pap
Fiqah menepuk lembut lengan suaminya yang kelihatan sangat fokus melihat keadaan sekeliling..Danial terkejut apabila disergah oleh isterinya..
"Amboi khusyuk ye abang tengok luar..Usyar awek dekat luar ke?"..Soal Fiqah..Malam itu, sedang berlangsungnya malam berinai bagi pengantin wanita..Fiqah yang siap memakai inai terus menerpa ke arah suaminya..
Danial tersengih lalu menarik pinggang isterinya rapat ke tubuhnya..Fiqah terkejut lalu menepuk kuat lengan itu kerana segan apabila aksi itu diperhatikan oleh beberapa pasang mata..
"Abang! Lepas !..Nak beromantik pun biarlah dekat dalam bilik..Sekarang ni kita dekat ruang tamu tau! Tak malu ke?"..Perlahan saja Fiqah bersuara sambil menatap wajah suaminya..
Danial tersengih lalu dia menarik tangan isterinya yang telah dihiasi dengan inai dikucup penuh kasih sayang..Dia sendiri pun taktahu kenapa makin lama manja dan romantiknya makin menjadi jadi..
"Alah, biarlah dorang nak tengok kita..Kita dah halal kot..Semua orang dah tahu..And see now takde siapa larang kan?..Lain lah adik abang tu..Memang dorang marah..". Jawab Danial sambil tersengih..
Fiqah yang malas berdebat terus saja mengeleng kepala tanda malas melayan..
Baru saja Fiqah mahu bersuara..Ada satu suara memanggil namanya dari dapur..
"Fiqah! Kamu bawak suami kamu makan..Makanan banyak ni"..
Fiqah memusing melihat gerangan yang menegur..Rupanya, ibunya Pn.Ina memanggil..Fiqah mengangguk kepala ..Ye! Keluarga Fiqah juga dijemput menginap di mahligai mentuanya..
"Jom abang kita makan, Abang belum makan lagi kan?"..Soal Fiqah
Danial tekun melihat wajah isterinya..Wajah isterinya seakan berseri-seri seperti pengantin..Itu yang membuatkannya terpegun dan terpukau melihat wajah isterinya sendiri..
Fiqah pelik melihat suaminya yang tidak respon..Kelihatan suaminya menatap wajahnya tanpa berkelip..'Berangan ke apa dia ni?'..
Lalu, Fiqah menepuk perlahan pipi suaminya..Danial menangkap tangan Fiqah lalu tapak tangan isterinya dikucup ..Fiqah terkejut dengan kelakuan spontan suaminya itu..Meremang bulu romanya.Terasa seperti mereka baru lepas nikah..
"Ehem!"..Deheman dari seseorang membuatkan mereka berdua yang hanyut terus tersedar..Danial melihat kehadapan manakala Fiqah pusingkan kembali badannya..
"Nak sweet-sweet pun janganlah dekat sini..Tahulah suami isteri..Simpan sikit nanti sambung dekat dalam bilik ".. Tegur Fira sambil menjeling abangnya..
"Eleh, suka hati abanglah..Adik nak sibuk kenapa! Jealous lah tu kan sayang!"..Saja Danial ingin buat adiknya berapi..Fiqah pula tak senang duduk..
"Okay dah-dah..Jom kita pergi makan dulu..Jangan bergaduh dekat sini..malu lah!"..Fiqah bersuara lalu menarik lengan suaminya..
Fira pula hanya menjeling tajam dengan perasaan menyampah ke arah abangnya yang sudah tersengih seperti kerang busuk yang seakan mengejek dirinya..
******
Malam itu, Fizi tidak boleh melelapkan matanya..Dia tahu bahawa majlis masih diteruskan tetapi adakah hati wanita itu masih lagi miliknya..
Berkali-kali dia cuba menghubungi tunangnya..Namun hampa..Dia mengeluh perlahan lalu matanya merenung syiling..Terbayang apa akan terjadi esok ? adakah berjalan lancar? Bagaimana dia ingin mencuri semula hati kekasihnya itu?
Lain pula di rumah kediaman , Fira yang ketika itu sudah membersihkan diri melangkah keluar dari bilik air..Dia mengamati setiap sudut biliknya yang sudah dihiasi dan deko sebagai bilik pengantin..Dalam ralit dia melihat setiap sudut bilik..
Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk..
Tuk Tuk Tuk..
Fira bergerak membuka pintu dan tersembul wajah akak iparnya a.k.a kawan baiknya si Fiqah yang mula tersengih..Malam itu, Fira meminta izin dari abangnya supaya membenarkan Fiqah temaninya tidur pada malam itu..
Sakit telinga dibuatnya apabila abangnya puas membebel ..Tapi, dia tak putus asa..
"Masuk lah Fiqah"..Ajak Fira..
"Wahh, cantiknya bilik kau!"..Jawab Fiqah teruja..Bilik itu dihiasi dengan warna yang sangat eksklusif dan tampak mahal..
Fiqah bergerak melabuhkan punggung dibirai katil..Fira pula bergerak ke tempat penyidai untuk menyidai tuala..Lalu, tangannya menarik keluar telekung untuk solat isyak..
"Kau duduk dulu..Kalau letih , tidur lah dulu..Aku nak solat jap"..Kata Fira sambil membentangkan sejadah..
"Takpa..aku tunggu kau..kau solat lah dulu"..Jawab Fiqah..Dia bersandar di birai katil lalu tangannya membuka telefon untuk mencari hiburan.
Setelah beberapa minit, Fira selesai solat..Dia bergerak untuk menutup lampu..Fiqah pula terus membaringkan badannya di katil empuk itu..Badannya yang lenguh tadi terasa selesa..
Fira pula bergerak menekan lampu tidur di sebelah katil itu..Dia tidak biasa tidur dengan keadaan gelap gelita..Badan mereka menatap syiling atas ..
"Abang aku tak bising ke kau tidur dengan aku malam ni?"..Soal Fira..Memang dia suka pillow talk dengan kawan baiknya itu..Sungguh dia rindu zaman kolej mereka!.
"Haha, kau macam tak kenal abang kau tu..Membebel jelah dia..Aku pon kadang-kadang confius ..Dia membebel mengalahkan aku yang perempuan ni"..Kutuk Fiqah ..Fira pula bantai gelak..
"Kalau kau nak tahu, abang aku tu dengan orang dia suka or sayang je tau dia membebel gitu..Kalau dengan orang luar mana lah dia nak bertegur..Muka beku je..Senyum pun kedekut ..Kau mesti ingatkan waktu kau terserempak dengan abang aku time kenduri dulu ni..So, kau kena hadap jelah!"..Ujar Fira sambil tergelak..
Dia tahu abangnya memang akan membebel untuk menunjukkan dia mengambil berat dengan orang tersayang..
"Betul lah tu..Tak sangka pulak aku boleh jadi isteri abang kau tu! Jauh sangat weh bezanya..Mula-mula memang seram jugaklah nak layan abang kau tu..Tapi, lama-lama dia pandai ambil hati aku dengan family..Sampai sanggup turun Perak jumpa family aku..Aku pun teruskan jelah..Aku yakin dia orang baik sebab aku kenal kau dan family kan"..Jawab Fiqah sambil tersenyum mengingat kisah dimana dia jatuh cinta dengan abang Fira..
Fira pula senyum lebar..Dia bersyukur kerana abangnya telah menemui seorang wanita yang baik dan sopan sebagai isterinya..Yang paling terbaik ialah sikapnya yang sangat ramah membuatkan orang disekelilingnya selesa..
"Eh, kau apa cerita dengan Fizi? Kau dah bersedia?"..Soal dari Fiqah menyentak lamunan Fira..Moodnya kembali bertukar..Dia mengeluh perlahan..
"Aku taktahu lah Fiqah..Hati aku senang dengan dia..Tapi, dalam masa yang sama aku tak tahu apa akan terjadi pada masa depan..Kau pun tahu kan, aku taknak lagi terluka untuk kali kedua"..Jawab Fira perlahan..
"Fira, kita ni sebagai hamba perlu banyak berdoa dekat Allah supaya segala urusan kita dipermudahkan..Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita dan tak baik untuk kita..Sebab tu dia hadirkan kau rasa untuk menerima Fizi walaupun ada rasa was-was dekat situ..Allah takkan hantar seseorang masuk dalam hati kita sesuka hati ..Selain sebagai pengajaran dan pendamping hidup.."
"Aku tahu kau was-was sebab takut dia buat perangai? Kalau macam tu, kenapa dia tak terima je perempuan lain dekat luar sana? Dia kan ada segala-galanya..Duit, harta, kereta ,rumah dan banyak lagi..Tapi, kau pernah terfikir tak? Kenapa dia tetap kejar kau sampai sanggup setia dengan kau..Tahan dengan perangai kau yang kadang-kadang mood 'swing'?..Bukan dia dekat dengan kau sebab duit or whatever..Aku tahu, dia nampak masa depan dia dengan kau"..
Fiqah menyambung kembali nasihatnya apabila Fira diam..
"Aku dapat rasakan dia yang terbaik untuk kau..Aku doakan kau berbahagia dengan dia..Dan, aku dapat rasakan..Hati kau pun sayang dan suka dia..Tapi, kau keraskan hati takut tersakiti lagi..Betul?"
"Betul ke keputusan aku terima dia?"..Soal Fira lagi..
Fiqah mengeluh..Dia perlu membantu rakannya untuk keluar dari masalah hati yang membelenggu dirinya sehingga susah untuk sang jejaka menakluki hati itu..
"Kau pernah baca tak ada satu kata-kata..Dia kata, selalu yang kedua itulah terbaik dari yang pertama?"
Fira mengangguk..Iya, bersetuju dengan rakannya itu..
"Jadi, kau perlu terus berdoa supaya yang 'kedua' ini dapat membimbing kau ke syurga..Dan aku yakin, Fizi lelaki yang sesuai dengan kau "
"Kenapa kau yakin sangat?"..
Fiqah tersenyum ..
"Aku ada juga perati perangai dia tu..Dia tetap bersabar dengan kau..Ingat waktu dulu, time dia mula-mula nak jadi kawan kita..Dia berusaha dekat dengan kita supaya kita boleh terima dia berkawan..Dan macam-macam dia belanja kita..Aku pernah dengar orang kata, kalau lelaki itu betul-betul sayang dekat seseorang..Dia tak kisah untuk berhabiskan duit untuk orang itu!..Then, dia mula tunjuk rasa minat dekat kau..Tapi, kau tolak dia mentah-mentah..Sampai lah sekarang dia berusaha nak menakluki hati kau.."
"Kalau nak kata dia tak baik..Kau tengok sendirilah yang dia berkawan dengan abang kau dari zaman kolej lagi kan..Abang kau pun pernah cerita dekat aku dulu time dorang study dekat luar negara..Fizi banyak tolong abang kau walaupun abang kau bukanlah dari keluarga yang sederhana..Mampu..Tapi, dia tak berkira langsung..Kau rasa? Apa sebab lagi kau nak tolak dia? Nak cerita kebaikan dia memang banyak..Tapi, biasalah manusia..Disebabkan satu kesalahan, semua kebaikan dilupakan.."
"So, aku nak kau cuba perlahan-lahan buka hati kau..Esok majlis kau tau..Kau kena belajar terima dia lepasni sebagai suami ..InshaAllah, hati kau akan tenang"
Fira masih mendiamkan diri..Fiqah pula mula berasa mengah..seperti tidak cukup nafas..mungkin banyak cakap..so, dia berhenti membebel dulu..
"Hmm, baiklah..Tapi, actually, dia dah berterus terang dah pasal dekat restoran yang kita terserempak dia dengan perempuan.."
"So,?"..
"So, dari situ..aku mula buka hati untuk terima dia..Tapi, hehe..Aku saja buat dia rasa serba salah..Padan muka!"..Kata Fira puas hati..
"Kau buat apa dengan dia?"..
"Hehe, aku saja buat-buat tak terima dia..Ade satu malam tu dia merayu dengan aku supaya tak batalkan majlis..Tapi, aku bohong dengan dia ..Aku cakap yang aku dah call family aku nak batalkan majlis ini..Terus berubah muka dia..hehe"..Fira bercerita sambil tergelak..Tak dapat dia bayang wajah keruh itu..Dan pada malam itu jugalah, hatinya mula terasa lapang..
"Wehh, kau jahat!..Sampai hati buat dia macam tu!"..Bentak Fiqah perlahan sambil menepuk bahu rakannya itu..
"Hehe, aku saja nak usik dia..Acah-acah je..Dan malam tulah hati aku terbuka nak terima dia"..Jawab Fira sambil tersengih..
"Pandai kau eh berlakon..Esok korang dah halal..Kau kena minta maaf dengan dia tau..Berdosa masam muka dengan suami.!"..
"Yelah, aku saja je nak tengok muka kelat dia..Biar dia tahu apa yang aku rasa..Tapi, esoklah aku minta maaf dengan dia.."Jawab Fira sambil tersengih..
Dia menatap wajah rakannya itu..
"Terima kasih sebab selalu nasihatkan aku..InshaAllah, aku akan berubah untuk terima dia dengan sebaiknya"
Fiqah mengangguk laju..
"Weh, nak tanya.."
"Kau nak tanya apa?"..Soal Fiqah pelik..
"Best tak kahwin?"..Terus membulat mata Fiqah..Fira pula sudah ketawa..
"Kau rasa? Kau tengok kehidupan aku lepas kahwin macam mana? Best kan? Dapat kasih sayang cukup dari suami tercinta"..Jawab Fiqah saja mengusik..
"Eleh, tahulah cukup..sebab itu abang aku taknak lepaskan kau kan? Lepastu, aku tengok kau pun dah tembam sikit.." Kutuk Fira ..
"Kau kutuk aku? Cis, punya kawan!"..Jawab Fiqah dengan nada menyampah..'Betul ke aku dah tembam?'
"Esok kau dah kahwin kan? Kau rasa lah sendiri..Best ke tak!"..Sindir Fiqah..
"Alah, itu pun nak marah..Aku tanya pendapat je kot!"..
"Takpe, esok kau rasalah..Dah jom tidur..Lewat dah..Esok mesti kita busy..Kau takpelah pengantin..duduk tengok je!"..Ujar Fiqah sambil menarik selimut menutupi dadanya..Badan di gerak sedikit untuk menyelesakan diri..
"Hehe, okay jom..Goodnight!"..Kata Fira ..Fiqah hanya mengangguk kepala dengan mata terpejam..Badannya berasa sangat letih ..Dan terus saja lena menjemputnya..
Fira pula terus melelapkan mata..'Semoga urusanku dipermudahkan esok ya Allah!'..Doanya dalam hati..
'Jumpa esok wahai sang kekasih'..Tidur malam itu sangat nyaman..Hatinya juga tenang ..
*******
Keesokkan harinya..Lepas solat zohor, berlangsungnya walimatulurus bagi pasangan Fira dan Fizi..Kenduri disambut dengan meriah..Kelihatan pengantin perempuan memakai baju serba putih yang dihiasi dengan manik dan lace..Pengantin lelaki pula sangat kacak dan tampan dengan sampin dan songkok di kepala..
Setelah majlis akad nikah di masjid tadi, mereka kini berarak masuk ke kediaman villa pengantin perempuan..Wajah Fira sangat berseri-seri dan ceria begitu juga Fizi..Mereka memberikan senyuman manis kepada para tetamu yang hadir..
Tangan Fizi menggenggam erat jari jemari isterinya..Wajah putih bersih milik Fira sesekali di tenung ..Hati lelakinya sangat berasa lega dan bersyukur kerana mereka kini telah disatukan ..
"Pengantin boleh bergerak ke meja santapan untuk makan beradab"..Kedengaran suara MC..
Fizi membantu Fira menarik kerusi dan meminta isterinya duduk..Kelihatan pelbagai jenis juadah makanan pengantin di hidang..
"Pengantin perempuan minta suap makanan dekat pengantin lelaki"..Pinta photographer yang diupah..
Fira hanya menurut saja..Ketika Fira ingin menyuap makanan di mulut suaminya..Jurufoto itu memintanya untuk berhenti sebentar dan ketika itu juga mata mereka saling menatap antara satu sama lain..
Jantung Fira berdegup kencang apabila mata suaminya menatapnya tanpa berkelip..Pipinya mula berasa bahang apabila ditenung sedemikian dan sempat lagi suaminya mengenyitkan mata nakalnya..
Lalu, dengan cepat, Fira menyudahkan suapan itu..Dia berasa tak senang duduk..Takut lakonannya tak menjadi..
Fizi pula sudah tersengih sambil mengunyah makanan yang disuap oleh isterinya..Seusai saja makan, mereka berdua bergerak ke pelamin untuk sesi fotografi..
Ade satu aksi dimana mereka perlu melekapkan dahi masing-masing membuatkan jantung Fira ingin melompat keluar..Jarak mereka sangat intim membuatkan Fizi tersenyum melebar melihat isterinya memejamkan matanya..Dia tahu Fira akan kalah untuk lawan mata dengannya..Dan dengan perlahan dia mencium ubun-ubun isterinya lama untuk menyalurkan rasa ..
Hati Fira pula berasa seakan selamat dan tenang ketika suaminya mencium ubun-ubunnya..Ya! dia juga berasa syukur kerana hatinya terbuka untuk menerima suaminya masuk ke hati..
"I love you sayang"..Perlahan saja suara Fizi membisik ditelinga Fira..Fira terpempan dan merenung wajah suaminya yang tak pernah lekang dengan senyuman..
Fizi tersenyum hatinya senang..Dia kini berasa sangat yakin untuk memikat hati isterinya kembali..Hubungan yang halal itu membolehkan dia rapat dengan isterinya..
Setelah sesi fotografi itu..Mereka berdua bergerak ke bilik untuk menunaikan solat asar..Dan mereka diminta untuk menukar baju untuk sesi fotografi diluar..
Baru saja Fira ingin membuka pin yang tersemat di veil..Pinggangnya terus saja dipeluk erat oleh suaminya..Dengan itu, Fira terasa ingin melompat akibat terkejut..Nasib suaminya memeluknya erat jadi dia tak terus melompat..
"Awak! terkejut saya!"..Kata Fira sambil menatap wajah suaminya di cermin..Tiada penolakan dari isterinya membuatkan Fizi memberi ciuman bertalu-talu di pipi gebu isterinya..Membuatkan Fira berasa tak tenang tapi bahagia..'Macam ni je dah rasa bahagia? Betul cakap Fiqah!'..
"Muka abang handsome kan? Itu yang sayang tenung lama sangat..Betul?"..Fizi bersuara apabila sudah puas melepaskan rindunya..
"Jangan nak perasan!"..Fira membantah walaupun hakikatnya memang suaminya sangat kacak kerana rata-rata para tetamu memuji mereka berdua ..
Fira pula baru teringat untuk meneruskan lakonannya..Lalu, dia menarik lengan suaminya dari memeluknya..
"Lepaskan saya, saya rimas!"..
Fizi terus melepaskan pelukan...Dia tak ambil hati dengan kata-kata isterinya sebab dia sendiri tahu isterinya masih dengan rajuknya..Dia tak akan putus asa...Lalu, dia membantu isterinya membuka peralatan dan tudung di kepala isterinya..Dan akhirnya, rambut ikal milik isterinya melurut jatuh membuatkan hati lelakinya tak senang..Kelihatan isterinya terus menarik tuala dan menutup kepalanya..
Mata Fizi masih lagi tak berkelip..Sungguh cantik isterinya ketika itu..Dia cuba mengawal gelora hati kerana dia ingin isterinya menerimanya tanpa paksaan..
******
Seperti yang dirancang..Pada malamnya pula berlangsungnya majlis bagi kedua -dua pasangan pengantin..Satu pelamin telah dihias besar bagi memuatkan dua pasangan sejoli..Danial dan pasangan memakai baju tema soft purple manakala Fizi dan pasangan pula tema berwarna biru lembut..Dan pelamin yang gah itu menaikkan seri kedua pasangan pengantin itu..
Pengantin perempuan telah bersiap di bilik tetamu bahagian atas ..Manakala, pengantin lelaki bersiap di bilik tetamu dibawah..Mereka akan naik ke pelaminan kira-kira jam 8.30 malam seperti yang dirancangkan bagi melepaskan solat maghrib..
"Mana isteri kita ni? Dah siap ke belum?"..Soal Danial kepada Fizi ketika mereka sudah selesai memakai tuxsedo..Nampak sangat kacak dan tampan..Baju juga kelihatan sangat eksklusif..
"Taktahu lah..Biasa lah kan perempuan..Nak ber'make up' ..Mesti lambat sikit"..Jawab Fizi sambil melabuhkan punggung di birai katil bilik itu..
"Jom lah kita tunggu dekat luar"..Ajak Danial..Fizi mengangguk kepala tanda bersetuju..
Mereka melihat sekeliling ruang tamu..Hanya terdapat beberapa orang catering yang sibuk ke hulur ke hilir membawa juadah untuk di bawa keluar halaman..Mata mereka juga nampak suasana diluar sangat meriah..
"Ramainya tetamu"..Perlahan saja suara Fizi tetapi boleh didengari oleh Danial..
"Yelah..Dah dua pasangan pengantin..Belum lagi majlis sebelah kau nanti..Mesti staff datang dengan orang vvip lagi.." Jawab Danial
Fizi mengangguk tanda setuju.."Aku kena tempah dewan lah nanti"
"Majlis sebelah kau bile? dengar kata lagi 2 minggu..Betul ke?"..Soal Danial..
Baru saja Fizi ingin menjawab..Perbualan mereka terhenti ketika kedengaran tapak kaki dan suara isteri mereka ketika bergerak turun ..
Masing -masing dengan penuh sabar pasakkan mata di tangga ..
Fira dan Fiqah yang ralit bersembang tak sedar mereka sedang diperhatikan oleh suami masing-masing..Fiqah yang jenis alert dengan sekeliling terus terhenti dihujung tangga..Matanya bulat melihat dua gerangan yang sedang berdiri menghadap mereka.
"Fira, suami kita tengah tengok kita la"..Bisik Fiqah perlahan..
Fira mengalihkan pandangannya ke hadapan..Jantungnya usah kata..Berdebar melihat suaminya yang sangat segak dan tampan..Hatinya mula cair..Kelihatan suaminya sedang tersenyum memandangnya..
"Jom..Aku tengok masing-masing macam dah jadi patung tu..Takut keras dekat situ sampai esok"..Bisik Fiqah lagi..Fira pula sudah ketawa perlahan..
Mereka berdua datang merapat ke arah suami masing-masing..Mereka bersalam dengan suami..Manakala, Danial dan Fizi mencium dahi isteri masing-masing..Dan macam biasa, Danial pasti akan terlebih sweet dengan menambahkan ciuman di kedua belah pipi isterinya..
Fiqah menepuk bahu suaminya perlahan kerana segan diperhatikan oleh Fizi dan Fira..Fizi pula hanya mengenggam jari jemari isterinya..
"Abang! malulah!"..Marah Fiqah perlahan
"Biarlah isteri abang kan?..Tak salah rasanya..Lagipun, dorang dah kahwin..So, takde halangan lah kan?"..Soal Danial sambil mengangkat keningnya tinggi..Fiqah mencebik tanda menyampah..Lalu, dia bergerak ke hadapan ..
"Tunggu abang!"..Jerit Danial lalu berlari mendapatkan isterinya..
Fizi dan Fira pula terkaku disitu melihat telatah pasangan tadi..Dalam beberapa saat, Fizi tersedar..
"Jom sayang..Nanti dorang tunggu kita pula"..Ujar Fizi sambil memeluk pinggang isterinya..Fira hanya mendiamkan diri..
Setelah berarak, mereka kini berada di pelaminan..Sesi tepung tawar sedang berlangsung..Dan pengapit mereka sudah semestinya Ashraf dan Aqila..Masing -masing kelihatan sangat ayu dan kacak..Selepas sesi fotografi, Fizi telah membuat satu slot istimewa untuk isterinya..
Dimana sebelum mereka makan, Fizi bergerak mendekati kumpulan band dan berbisik kepada kumpulan itu..Fira pula terpinga-pinga ketika suaminya datang menghampirinya sambil menghulur tangan..Dengan keadaan blur dia menyambut lalu Fizi bernyanyikan sebuah lagu khas ditujukan kepada isterinya..
Indahnya cinta kita berdua,
Kan ku jagamu sentiasa,
Selagi jasadku bernyawa,
Tidak pernah aku merasa,
Hati yang memberi sepenuh jiwa,
Yang mengajarku erti cinta,
You're the mystery,
Selama ini tersembunyi,
You're the mystery,
Yang melengkapi hidup ini,
Anugerah yang terindah,
Yang tercipta untuk aku itu kamu,
Anugerah yang terindah,
Yang ku cinta sentiasa, selamanya....
#By Alif Satar ..
Air mata yang bertakung Fira cuba tahan supaya tidak mengalir..Tapi, gagal..Air matanya tetap mengalir..Rasa terharunya melebih segalanya..Hatinya yang beku kini sudah dileburkan oleh suaminya sendiri..
Fizi yang sedang bernyanyi itu terus menyapu air mata isterinya..Dan sempat dia melabuhkan ciuman di dahi Fira..Kedengaran tepukan sangat meriah setelah Fizi selesai bernyanyi..Danial dan Fiqah pula bertepuk tangan dan bersorak ..Fiqah berasa bahagia melihat rakannya sendiri sudah terbuka hati menerima suaminya..
Danial juga turut tak melepaskan peluang menzahirkan rasa kasih dan sayangnya kepada Fiqah..Lantas, pipi gebu isterinya menjadi sasaran..Memerah muka Fiqah ketika itu..
Dan kini mereka bergerak untuk ke meja santapan..Fira dan Fizi telah bergerak ke hadapan..Danial dan Fiqah pula baru saja ingin berdiri..
Fiqah yang baru saja ingin berdiri dengan betul terus berasa pening dan mual..Dia mengenggam erat lengan suaminya..
"Abang, sayang rasa loya dan sakit kepala"
"Sayang okay tak ni?" ..Danial yang perasan isterinya tak berasa selesa terus memeluk erat pinggang itu..
Mata Fiqah kelihatan berbalam sebelum dunianya gelap dan dia terus jatuh pengsan di dalam dakapan suaminya..Danial terkejut melihat isterinya pengsan..
"Sayang!"
Hye semua reader..novel SM akan melabuhkan tirai tak lama lagi..Hanya tinggal lagi dua bab dan selesai..Nantikan next chapter okay! Happy reading !!
Share this novel