Bab 14: Lamunan

Short Story Completed 17013

"ATISHA Farhanaa!!..Apa kau dah buat ni?!"..Bergema jeritan rakannya di dalam rumah sewa itu..

"Hehe, janganlah marah..Aku tak perasan lah dekat lantai ada kertas kau..Aku terpijak..Aku nak hantar kau air ni!" ..monyok muka Isha..Memang niatnya ingin memberi jus oren kepada rakannya yang sedang sibuk membuat proposal di meja berhadapan televisyen. Mereka berdua kini bekerja di salah satu syarikat dan juga mempunyai jawatan ..

"Lain kali boleh tak 'behave' sikit! Disebabkan kecuaian kau tu! habis kertas kerja aku weyhh!"...Muka sedih rakannya sudah kelihatan sambil tangan membelek kertas yang putih sudah bertukar warna ..

"Serius weyh! Sorry lah..Aku memang tak perasan.." Pujuk Isha sambil duduk di sebelah rakannya yang sudah menangis..

"Aku kena hantar esok weyh kertas ni..Kalau tidak bos bising! Lepastu kena bincang pasal kertas kerja ni dengan syarikat tu..Hurmm"..

"Okay takpe! Aku tolong kau okay? Kita siapkan sama-sama.." Ujar Isha sambil tangannya menarik kertas itu..Lalu di lap sedikit supaya dapat melihat ayat yang di tulis..

"Hmm, yelah .." ..Jawab rakannya dengan malas..

Setelah bertungkus lumus dia bersama rakannya menyelesaikan kertas kerja itu..Matanya mengerling seketika jam dinding..'12 malam'

Tangannya mencapai telefon pintar lalu membuka aplikasi fac..Sambil itu sempat dia melihat rakannya sedang mengemas segala peralatan..Dalam sibuk melihat news feed di fac miliknya..Tiba-tiba keluar satu akaun fac yang dia sangat kenal..'Danial?'

Laju jari jemarinya menekan fac lelaki itu..Hanya gambar profile fac saja menampakkan wajah lelaki itu tetapi di bahagian lain tiada..'Sah! dia jarang on fac!'

Bibirnya sudah melengkung ketika menatap wajah lelaki itu..Lalu, dia menyimpan gambar tersebut di dalam galeri telefon pintarnya..
'Danial dah kawin ke belum eh?' 'Kemana dia hilang selama ni eh?' .Persoalan demi persoalan bermain di mindanya..

"Asal kau senyum macam kera busuk ni?" ..Soal rakannya

"Hehe, weyh aku dah jumpa fac 'crush' aku waktu sekolah menengah..Kau ingat tak aku pernah cerita dekat kau?"..Katanya sambil menghadap ke rakannya..

"Yang mana satu eh? Ouh, yang kau cakap ada terserempak dekat Mall tu ke?"..

"Yeah, betul..Dialah..Haritu kau tak sempat tengok muka dia kan..Nah! Macam ni rupa dia..Handsome kan!"..Ujarnya girang sambil menunjukkan gambar Danial ..

"Aah, Not bad..Nice guy..Good looking and smart...Mana kau jumpa fac dia ni?"..

"Entah weyh..tiba-tiba terkeluar..jodoh lah kot!.hahaha".. Gelak Isha sambil terbayang mereka berkahwin..

"Ceh, perasan jelah..Kot-kot dia dah ada makwe..Melepaslah kau!"..Potong rakannya dengan jelingan..

"Choii, mulut kau! Aku dah lama minat dia tau! Tapi, itulah..maybe dia anggap aku sebagai kawan sekelas je kot..Tapi aku tak!".. Isha mengeluh..

Benar! kata-katanya itu kerana lelaki itu pernah menyatakan bahawa dia hanya menganggap Isha sebagai rakan sekelas tidak lebih, semasa dia meluahkan rasa hatinya..Tipulah tak sedih sebab cintanya ditolak..Tetapi, hatinya masih lagi kukuh menyimpan segala rasa untuk lelaki itu..Malah dia sanggup berubah ke arah lebih baik dan sanggup memakai tudung labuh dan menjadi muslimah untuk menambat hati Danial..Tetapi masih lagi gagal!..

"Mungkin dia dah ada buah hati..Sudahlah tu! kumbang bukan seekor..Kau boleh cari yang lain ..Mana tahu dapat yang lagi better dari dia..Kau bukan muka tak lawa, lawa je aku tengok..Baik dan ramah je dengan orang lain..Lepaskanlah dia..Biar dia cari bahagia dia..Dan kau pon boleh cari bahagia kau!".. Sempat lagi rakannya menasihati Isha..

"Bukan aku taknak cari lain..Aku dah berusaha tapi aku sedar bahawa bahagia aku adalah dia!..Nama dia sudah aku pahat dalam hati walaupun dia jauh dari aku..Tapi, aku selit juga nama dia dalam doa aku..Sebabnya, selama aku berkawan dengan dia! Dia tak pernah nak tinggalkan aku macam kawan lain..Dia selalu dengar masalah aku dan banyak luangkan masa dengan aku dulu..So, dari situ aku dah terpikat dengan dia dan berjanji dengan diri aku sendiri untuk menjadikan dia bakal suami aku! Macam mana aku nak lepaskan dia?"..Luah Isha dengan mata yang sarat dengan air mata..Tinggal beberapa saat untuk mengalir di pipi..

Rakannya mengeluh lemah..Inilah masalah wanita bernama Atisha Farhana! Lemah dengan lelaki bernama Danial!..'Apa kau dah buat dekat Isha, Danial?'..

"Sudahlah..Janganlah macam ni..Kau tak boleh samakan masa dulu dengan masa sekarang! ..Dulu mungkin dia tak pernah langsung terfikir perasaan bercinta dan hanya anggap orang lain sebagai kawan dia je..Budak-budak lagi kan masa tu.. Tapi sekarang ni lain, situasi tak sama..Tak elok berharap selain dariNya..Anggap sajalah kau dengan dia takde jodoh..Masing-masing sudah besar! Perancangan Tuhan lagi baik dari perancangan kita..Kau doalah banyak mana pun, tapi kalau hati kau masih mengharapkan dia dan dalam masa yang sama dia bukan jodoh kau..Duduklah sebelah rumah pun..Belum tentu kau akan kahwin dengan dia..Faham? ..Niat kau dah baik untuk doakan dia..Tapi hati kau kena betulkan balik.." ..Lantas bahu Isha disapu perlahan..

"Tapi, aku tak boleh.." jawab Isha lagi..Sungguh hati dia hanya untuk Danial..Mungkin dia akan berubah hati kalau Danial sudah berkahwin..Tapi, sekarang tidak! Dia masih lagi ade peluang untuk mendapatkannya..

"Terpulang lah dekat kau...aku banyak kali nasihat kan kau..Aku taknak kau menyesal satu hari nanti.."

Lantas, rakannya bangun lalu menapak masuk ke bilik beradu untuk berehat dan tidur..Isha ketika itu sudah termenung jauh memikirkan nasihat rakannya itu sambil terbayang wajah Danial tersenyum..

*******

"Adik, esok abang outstation ke Perak..Abang kena settlekan projek dekat sana.." Ketika itu Danial baru saja keluar dari bilik seusai solat maghrib..

Dia melangkah mendekati adiknya, FIra di ruang tamu yang sedang bersantai sambil menonton tv..Kedengaran gelak tawa milik adiknya itu..

"Ouh yeke? Abang gerak pukul berapa esok? Berapa lama dekat Perak?"..Soal Fira sambil memalingkan wajahnya sebentar sebelum kembali fokus ke tv..

"Esok lepas zohor abang gerak..Abang tak pasti..Dalam 2 atau 3 hari jugak lah kot".. Ujarnya sambil melihat adiknya yang tak sudah-sudah ketawa..'Apa yang lawak sangat pun tak tahu lah!'..Sempat dia mengelengkan kepalanya.

"Ouh, yelah..Elok-elok pergi..Abang dah kemas baju ke?"..

"okay, abang dah kemas baju dah..Adik okay kan duduk sorang-sorang..Balik je kerja terus balik rumah..Jangan nak melencong ke mana-mana..Abang tahu siap adik!"..Sempat Danial memberi peringatan kepada adiknya..bukan dia taktahu..Kadang-kadang adiknya itu suka merayap dengan kawan tempat kerja sebelum balik ke rumah..

"Yelah abang, adik menurut perintah!..Btw, abang dah makan ke belum? Adik dah masak!''..Kini tumpuannya beralih ke abangnya..

"Oh, kalau macam tu jomlah makan..Abang lapar!"..Mereka bergerak ke meja makan..Sejak Fira duduk bersama Danial..Dapurnya sentiasa berasap..Jadi, Danial dapat jimatkan duit dari makan luar..

Fira pula sedang ke hulu ke hilir untuk menyediakan makanan..Harini Fira masak simple saja dan sikit kerana hanya mereka berdua saja yang makan..Tak masak lebih nanti membazir..

Selepas mereka santap, mereka kembali semula ke ruang tamu untuk berehat ..Kedengaran telefon pintar milik Danial berbunyi dari dalam bilik..Lantas, dia bangun dan mencabut charger..Jarinya menekan button hijau sambil bergerak keluar kembali..

"Hello, waalaikummussalam..Ha, esok kau nak datang sini? Melawat syarikat esok? Okay boleh..Kau nak aku book hotel dekat mana? Okay..apa-apa kau roger aku..Kau tengah on the way ? Sekarang dekat mana? Oh, okay..Jumpa esok..Kejap lagi aku book online hotel atas nama kau! ..Hmm, baik-baik"

Fira memasang telinga..Dia menoleh ke arah abangnya yang sudah meletak telefon di atas meja ..

"Adik, esok kita ade pelawat.."

"Siapa abang?" ..soalnya ingin tahu..

"Esok tahulah, yang penting esok kita ada meeting ..Apa-apa nanti adik kena bantu abang arrange balik bilik meeting .."

"Okay boleh! Pukul berapa esok?"..Soal Fira lagi..

Danial hanya diam kerana dia sedang ralit menempah hotel untuk 'bossnya' itu..Dia tak dengar adiknya bertanya..

"Abanggg" ..Fira bersuara kuat sedikit dengan muka cemberut disebabkan Danial menghiraukannya..

"Haa, ye kejap..Abang tengah chat tanya lah ni..Sabar lah wahai adik oi!"..Sahut Danial geram..Haish tak sabar betul !

Fira pula dengan muka masam terus mengalih pandangan ke tv..'Orang tanya bukan nak jawab..Lepastu nak marah orang pulak!' Gumamnya perlahan .

Tiba-tiba dia teringat abangnya akan ke Perak. Kiranya dekat dengan rumah Fiqah lah kan? Rindunya tiba-tiba..Biasa mereka akan bergayut di telefon dan bertanya khabar sebelum tidur..

Setelah beberapa minit, baru lah Danial kembali bersuara..."Esok meeting pukul 9..Pastikan semua ketua jabatan masuk dalam meeting..Adik pun kena ada sekali sebab adik kena catat minit mesyuarat..Sebab esok pelawat nak tengok apa perkembangan kita" ..

Fira hanya mengangguk faham..

"Abang, esok abang ke Perak kan? So, nanti boleh jumpa Fiqah kejap tak? Kalau abang free.."

"Haa, aah lah..Abang pun baru teringat..Fiqah kan duduk Perak..Jumpa dia eh?"..Meleret saja suara Danial sambil berfikir..'okay jugak kalau dapat jumpa dia..Lama dah aku tak jumpa dia sejak praktikal '

"Hmm, inshaAllah kalau sempat..Kenapa?"..

"Takdelah, Fiqah pernah cakap..Kalau nak datang Perak..boleh datang rumah dia..sebab sekarang tengah musim buah..Jadi, dia boleh kirim..Semalam dia fikir nak pos dekat adik buah..Tapi, adik cakap tak payah takut rosak nanti!"..

"Hmm, inshaAllah..Nanti abang confirmkan balik sebab takut tak sempat..Apa-apa nanti abang bagitahu balik"..

Fira mengangguk faham..jari jemarinya pantas menghantar chat kepada Fiqah..Setiap.hari mereka akan bercerita apa yang berlaku setiap hari..

*******

Terkejut Fira apabila melihat susuk tubuh pelawat yang sedang masuk ke bilik meeting..Dia yang berada di bahagian belakang cuba untuk mengecilkan badan supaya lelaki itu tidak nampak..Namun, usahanya tak berhasil kerana lelaki tersebut telah melihat susuk tubuhnya sambil tersenyum manis..

'Haish! Fikir pergi jauh ikut along..Takdelah jumpa dia..Last-last jumpa jugak..!'..omelnya sambil menunduk..

Semua kakitangan sudah melabuhkan punggung apabila pelawat tersebut sudah duduk ditempat khasnya..

Sekitar satu jam lebih meeting tersebut..keadaan di bilik meeting sudah lenggang..Masing-masing sudah bersurai dan menyambung kembali kerja mereka..Fira ketika itu sedang kelam kabut mengemas segala kertas yang digunakan untuk mencatat minit mesyuarat..

"Cik Hafira, En.Hafizi ingin berjumpa dengan Cik di biliknya sekarang"..Sapa satu suara..Fira terus mendongak dan kelihatan staf syarikat menegurnya..Fira lantas mengangguk dan mula bergerak keluar..

Dia sempat singgah di ruangnya untuk meletak segala kertas tersebut..Lalu, dia mencapai satu buku sebelum bergerak ke tempat pertemuan..

Tuk Tuk Tukk

"Masuk"..

Dengan lafaz bismillah, Fira melangkah masuk dan dia cuba bertenang walaupun hatinya berdebar hebat..Muka cuba dimaniskan dan kelihatan abangnya juga turut berada di situ..

"Fira, mari sini!"..Danial mengajak Fira untuk duduk bersama mereka di sofa ..Fira hanya mengangguk..

"Hai Fira..How are you? Macam mana praktikal dekat sini? okay?"..Soal lelaki itu sambil senyum ramah..

'Memang suka senyum ke apa lelaki ni..Asyik dok senyum je!'..
Sempat Fira mengerling ke abangnya..Danial hanya mengangguk ..

"Alhamdulillah sihat..Setakat ni semua okay! Staf semua baik-baik dengan Fira"..Jawabnya sambil mata memandang sekejap wajah lelaki itu..

"If you need help, just inform me okay!"..Tambah lelaki itu lagi..Fira mengangguk ..Dia tak biasa berbicara panjang kalau ada abangnya..Kekok..Nak-nak lagi dekat tempat kerja..

"Fizi, aku tengahari ni gerak ke Perak..Dalam 2 ke 3 hari macam tu..Kena settlekan projek dekat sana.." Celah Danial apabila suasana bilik itu sunyi..

"Ouh yeke..Aku baru sampai..Kau nak gerak sana pulak..Baru nak ajak lepak"..Fizi bertanya..

"Kau dekat sini berapa lama?..Aku bukan pergi lama pun..Alang-alang kau ade dekat sini..Aku nak kau tolong tengok-tengok kan adik aku..Sementara aku takde dekat sini..Boleh?".. Tanya Danial lagi..

Fira pula tersentak dan sempat menjeling abangnya..Danial pula ketawa melihat reaksi adiknya itu...'Fikir aku budak-budak ke kena orang tengok-tengok kan!'..Bisik hatinya

"Aku dekat sini seminggu..Okay boleh je..Tapi aku nak minta izinlah ajak adik kau lunch ke date ke..Boleh kan?"..Fizi mula mengusik..Matanya tertumpu ke wajah Fira..Memerah terus wajah Fira ..Hatinya terhibur..'Cute!'.

"Hmm, boleh je..Asalkan jaga batas eh..Kalau melebih siap kau! Boss ke tak boss..Aku ganyang jugak kalau kau berani sentuh adik aku!"..Danial memberi amaran..

"Huish, apa ke situ pulak kau ni..Tak percaya aku ke?"..Fira pula kelihatan duduk tak senang..Iyelah..topik bualan mereka sekarang pasal dia..

"Takdelah..Aku saja bagi peringatan..Aku percaya kau!..Hmm, dah lah..Aku nak kemas barang kejap , lepas zohor aku kena gerak dah..Nanti sampai lambat pulak!"..Kata Danial sambil mengangkat punggung..

"Okay, hati-hati..Apa-apa just inform aku okay!"..

Fira juga turut bangun untuk mengikut abangnya keluar..Baru beberapa langkah Fira bergerak..Fizi memanggilnya..

"Fira, tengahari ni kita keluar lunch sama-sama ye"..

Fira taktahu mahu respon apa..Lantas, dia memandang abangnya ..Abangnya just angkat bahu..Tanda tak kisah..

"Okay boleh"..Jawab Fira dengan senyum segaris..Fizi pula sudah ceria mendengar jawapan itu..

"Okay, nanti saya call Fira!"..Ujarnya lagi..Fira hanya mengangguk faham..

******

Mereka berdua menghantar Danial ke kereta sebelum keluar lunch bersama..Danial yang sudah bersiap sedia, terus saja memandu menuju ke Perak dari tempat kerja..

Terngiang-ngiang pesanan dan peringatan dari Danial di telinga Fizi dan Fira..

"Jom! Kita gerak"..Ajak Fizi lalu melangkah menuju ke keretanya..Fira hanya diam saja..Kini, Fira tidak se'ramah' dulu..Kerana disebabkan satu kejadian yang berlaku di antara mereka..

Sampai saja di restoran yang berdekatan..Mereka duduk dan memesan makanan..Fira hanya meliarkan pandangan melihat suasana di restoran itu..Tanpa dia sedari, gelagatnya diperhatikan oleh lelaki yang duduk berhadapannya..

"Fira okay? Kenapa senyap je ni? Tak selesa dengan saya ke?"..Tanya Fizi..Dia tahu Fira pasti akan ingat kejadian sebelum Fira memulakan praktikal di Kelantan..

"Er, Tak saya okay je"..Jawab Fira dengan muka serba salah..

IMBAS KEMBALI

Fizi telah meminta Fira untuk berjumpa di Tasik yang berdekatan dengan hostel Fira..Ketika itu, hanya tinggal satu hari saja Fira dan Fiqah untuk duduk di sana sebelum mereka bercuti seminggu dan terus praktikal..

Fira yang pelik ketika itu hanya menurut saja memandangkan itu mungkin pertemuan terakhir mereka..Fiqah pula tiada di bilik..Jadi, dia hanya turun seorang..

Tiba saja di tasik ..Fira mencari kelibat lelaki itu..

"Hai , kenapa nak jumpa saya?"..Tegur Fira dengan senyuman manisnya..

"Hye, saya ada nak bagi awak sesuatu"..Ujar lelaki itu..Lalu tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan satu bekas kecil..Di dalamnya berisi gelang..

Bekas itu dihulur kepada Fira..Fira pelik memandang tingkah lelaki itu..

"Kenapa bagi saya gelang ini?"..Fira terkejut apabila melihat isi di dalam bekas itu lalu laju jarinya menutup kembali bekas itu..Hatinya mula berdebar..Bekas tersebut di hulur kembali ke Fizi..

"Hmm, actually ..Err..s..sa..saya suka awak sebenarnya, Dan gelang itu saya bagi dekat awak sebagai tanda awak saya punya..Kiranya saya cop awak dulu dari orang lain..Maaf sebab saya tak pandai nak bermadah atau buat ayat sweet ..Tapi, saya betul- betul sukakan awak.."

Fira hanya diam untuk menghadam..Hatinya usah di tanya..Rasa macam tengah marathon..

"Terpulang pada awak untuk tidak terima pemberian saya..Maaf kalau saya buat awak tak selesa ..Saya tahu pasti awak terkejut..Saya terima dengan hati terbuka dengan keputusan awak..Kalau awak tak suka saya..Awak boleh terus terang dengan saya..Saya okay"..Ujar Fizi dengan suara perlahan seolah berharap..

Fira sudah tak senang duduk..

"Err, bukan saya tak suka awakkkk tapii..

"Awak suka saya?"...soal Fizi laju..

Muka Fira sudah memerah..Suasana yang mendung itu seakan panas baginya..Dahinyaa sudah berpeluh..Tanpa bersuara Fira mengangguk perlahan..Tipulah hatinya tidak terpaut pada Fizi..

"Kalau awak suka saya..Kenapa awak tak nak terima pemberian saya ni?"..

"Err, saya memang suka awak..Tapi, saya belum bersedia..Sebab saya masih ada lagi tanggungjawab sebelum saya terima awak.."

"Maksud awak?"

"Hmm, kalau saya terima..Saya rasa nanti saya akan terikat dengan awak..Saya sebenarnya selepas buat praktikal, saya nak berjasa dekat mak ayah saya dulu...Bina kerjaya barulah saya fikir untuk bercinta atau berkahwin..Sebab tu saya terpaksa tolak pemberian awak..Harap awak faham!"..Jawab Fira sambil menunduk..Segala rasa kini bercampur dihatinya..

Fizi yang mendengar balasan dari Fira terus tersenyum..Dia faham kerana Fira juga masih muda..Dia pun jadi terdesak begini disebabkan oleh ibunya yang inginnya membawa pulang calon isteri..

"Hmm, saya faham, saya tak paksa awak!..Saya boleh bagi awak masa..InshaAllah kalau awak sudah bersedia satu hari nanti..Saya sanggup tunggu awak..Tapi, saya harap awak terima pemberian saya ini memandangkan awak suka saya juga..Kalau awak rasa sudah bersedia, awak pakailah gelang ni.."..Fizi menghulur kembali bekas itu..

Fira teragak-agak ingin menyambut..Fizi mengangguk supaya Fira menyambut huluran itu..Dengan perlahan Fira mengambil bekas itu..Dia menggenggam erat bekas itu..

"Simpan elok-elok..If one day you accept me in your life..Please let me know..I will waiting for you!..Dan elok-elok buat praktikal nanti ye..Take care!.."

Fira pula hanya terdiam..Tidak tahu ingin berbalas apa..Dan pertemuan mereka terhenti di situ kerana hujan mula turun..Fizi tidak tahu yang Fira akan mengikut Danial ke Kelantan untuk berpraktikal..

*Tamat imbas kembali*

Fira tersentak apabila namanya di seru banyak kali..Lantas dia mendongak melihat Fizi dengan muka risaunya..

"Fira okay ke?"..Soal Fizi lagi

"Saya okay"..

Fizi dapat melihat perubahan pada Fira..sebelum ini, Fira akan ramah menegurnya tetapi kini sudah jadi pendiam..'adakah disebabkan kejadian sebelum ini?'..Keluh Fizi perlahan..Sejujurnya dia tak suka suasana janggal dan kekok ketika mereka duduk berdua..

"Saya minta maaf kalau kejadian hari tu mengganggu awak"..

"Err, takdelah..Saya okay je..Saya cuma penat sikit kot"..Jawab Fira..Dia serba salah apabila melihat wajah keruh lelaki itu..Hatinya sekarang berbelah bagi..Mengenai kejadian itu, hanya Fiqah saja yang tahu..Abang dan keluarganya tak tahu lagi kerana Fira berasa belum masa yang sesuai ..

"Kalau awak penat, awak boleh halfday harini..Saya hantar awak balik lepas makan ni"..Fizi resah apabila melihat wajah Fira yang pucat sikit..

"Ehh, takpe saya okay..Saya kena siapkan report praktikal saya..Saya tak boleh cuti sesuka hati..Lepas makan ni , saya masuk kerja balik.."

"Tapi muka awak macam pucat sikit"..Fizi masih lagi menatap wajah itu..

"Yeke?, lepas makan ni saya okay lah kot..Awak jangan risau okay!"..Jawab Fira sambil tersenyum segaris..Fira juga merasa badannya lain..Tak selesa dan sejuk tiba-tiba seperti tak sedap badan..

"Betul ke ni?"..

"Betul awakk..cuba awak tengok, saya larat lagi duduk bersembang dengan awak..awak jangan risau!"..Fira cuba untuk melawan rasa tak selesanya itu..

"Hmm, takpelah kalau awak cakap macam tu..Tapi, kalau ada apa-apa bagitahu saya terus ye..saya risau!"..Ujar fizi..Fira hanya tersenyum tawar sambil mengangguk..

Setelah mereka makan, sampai saja Fira di tempatnya..Terus saja dia melabuhkan punggung di kerusi dan kepalanya dia letakkan di atas meja beralaskan lengannya..Fira taktahu dia merasa apa ketika ini..Dia sebenarnya cuba untuk mengelak dari bertemu muka dengan lelaki itu..Tetapi, lelaki itu pula makin mendekat..Dia mengeluh..Sepanjang ketiadaan abangnya, Fira terpaksa menumpang kereta Fizi untuk pergi dan balik kerja..Itu juga merupakan amanat dari Abangnya kepada Fizi..Lama berkeadaan begitu, Fira terus saja terlelap di hadapan laptopnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience