B A B 9

Romance Series 3421

P.O.V : DANIA

Aku memasuki wad VVIP yang menempatkan abang saudaraku dengan perasaan ragu-ragu.Aku tahu masuk sahaja wad tersebut,pasti banyak soalan yang akan dilemparkan kepadaku.

Segala jawapan kepada soalan yang berkemungkinan akan ditanya berlegar-legar di benak fikiranku.Aduh,pasti Ashraff dan Hash akan memarahiku.

"Ha ,Nia pergi mana tadi??Kenapa masuk dalam markas tu?Siapa bagi arahan??Kalau jadi apa-apa macam mana??"bertalu-talu soalan yang ditanyakan.Aku hanya mengeluh.Soalan yang memang sudah dijangka.Kelihatan Hash memandangku tajam.Alamak!Seram doe!

"Nia just nak selamatkan angah je.So,Nia masuk ajela.Lagipun Nia tak apa-apa kan?Angah chill la."kataku sambil tersengih.

"What?Chill?Fikir angah boleh chill ke??Angah yang lelaki ni pun dah cedera parah apatah lagi Nia.Nia dahlah perempuan.Kalau apa-apa jadi,apa angah nak jawab dekat ibu nanti?"ujarnya.Oh ya!Ibu yang dimaksudkan ialah ibu kepada Ashraff iaitu ibu saudaraku.Aku sememangnya sudah dianggap bagai anak kandung ibu walaupun hakikatnya aku hanyalah anak saudaranya.

Kata angah,sememangnya sebelum aku amnesia lagi,ibu bapaku sudah meninggal dunia.Berbalik pada cerita.Jujurnya aku tiada alasan yang kukuh untuk membalas soalan angah.

"Sudahla,Zick.Sekarang ni fikir pasal plan kita yang seterusnya.Misi kita kali ni dah gagal.Sudahla kita tak dapat sabotaj senjata diorang.Lepastu tak dapat satu pun maklumat pasal projek yang hangat diperkatakan.Macam mana dengan projek 'One million' tu?Misi pertama kita nak sabotaj pun dah gagal,macam mana dengan projek 'One million' pula?Kalau dapat dekat pihak musuh,parah jadinya.Semua ni tak boleh dibiarkan!Walau bagaimana pun yang terjadi,kita kena dapatkan maklumat tentang lokasi penempatan projek 'one million' tu.Projek tu lebih penting sebenarnya dari misi sabotaj kita yang gagal tu."kata Hash sekadar ingin mengubah topik.Mungkin ingin 'back up' aku dari dibebel oleh Ashraff lagi.Ni yang sayang ni.Eh,Dania!!Ingat,anak teruna orang tu.Apa-apa ajela!Yang pasti Hash sudahpun menyelamatkan diriku dari dibebel oleh angah.Muehehe..

"Walau apa-apa pun yang terjadi,kita kena cari juga maklumat pasal projek tu.Aku takkan biarkan projek tu dapat dekat tangan pihak musuh.Aku takut kalau diorang salahguna hasil projek tersebut dengan memperluaskan segala kawasan yang diorang control.Parah nanti."ujar Ashraff bimbang.Aku hanya mendiamkan diri sahaja.Bukan tak nak masuk campur,tapi sedang memproses otak bagaimana mahu ku beritahu pada mereka berdua tentang penemuan pendrive itu.Jadi aku hanya membiarkan mereka 'berfikir' dahulu.

Ashraff kulihat sedang berusaha untuk bangun dari posisi tidurnya.Hash sekadar menolong.Dia mengarahkan Hash untuk memanggil beberapa anak buahnya untuk merancang plan yang seterusnya.Aku hanya membiarkan sahaja.Muehehe..Malas mahu bertindak untuk memberitahunya lagi.

Beberapa anak buah Ashraff memasuki bilik ini dengan segera.Almaklumlah,mengikut arahan.Kang kalau ingkar,mati kena sembelih agaknya.Ashraff menekan satu suis yang agak terlindung di bawah katilnya.Agak pelik,tapi...

Krekk!!

Wow!!Bilik wad ini terus bertukar kepada sebuah bilik yang bersenjata.Bagaikan sebuah markas kecil.Fuh,lupa pula aku hospital ini milik Ashraff dan sepupunya yang lain.Bukan sepupu aku,okey!Sepupunya yang lain itu adalah dari keluarga ayahnya.Maksud aku,family sebelah bapa saudaraku.Mengikut salah solah keluargaku,papa dan ibu adalah adik beradik tiri.Namun begitu,ayah telah menganggap ibu seperti adik kandungnya.So,no wonderla kalau ibu dah anggap aku macam anak dia.Berbalik kepada cerita.Mungkin sebab inilah dia tahu tentang selok-belok hospital ini.Aku agak tertarik dengan sepucuk pistol berwarna silver.Entah mengapa,aku bagaikan terasa sesuatu.Sesuatu aura mungkin.Entahla,tapi aku terasa bagaikan aku pernah menggunakan pistol itu dan ia pernah menjadi milikku.Adakah ia benar?

Pistol tersebut aku capai kemudiannya meniliknya.Ashraff dan Hash kulihat saling berpandangan.Di pemegang pistol tersebut terdapat satu ukiran.

Holyver-DD

Wait!Macam pernah dengar je Holyver ni.Nama pistol ni ke?DD??Singkatan bagi Dania Dahlia??Atau DD mafia yang selalu muncul dalam mimpi aku tu??Kenapa semua ni bagaikan deja vu??Aku meraup wajah.Wajah Ashraff dipandang untuk meminta penjelasan.

"Ini siapa punya,angah?"soalan yang benar-benar mengganggu mindaku.Sememangnya aku ingin tahu milik siapa pistol ini.

"Err,pistol tu..Arr angah punyalah!Dulu waktu Nia koma,angah nak bagi pistol tu kat Nia.Sebab sebelum Nia hilang ingatan,Nia teringin sangat nak pistol tu.So,angah bagilah kat Nia..Hehe."kata Ashraff seraya tersengih.Belakang tengkuknya diusap-usap.Kemudiannya dia memandang Hash di sebelahnya.Aku dapat rasakan mereka berdua menyembunyikan sesuatu dari aku.

Aku tak tahu mengapa setiap kali aku bertanya tentang peristiwa sebelum aku menghidap amnesia pasti Ashraff akan mengelak.Kekadang dia dan Hash akan saling berpandangan.Aku agak pelik.Apa yang susah sangat untuk mencerita kebenaran sebelum aku hilang ingatan?Apa pahit sangat ke peristiwa itu sehingga satu pun dia tidak pernah bercerita?Ah!Abaikan,aku pening memikirkannya.Yang pasti,pistol berwarna silver ini sudahpun menarik minat aku untuk memiliki dan mencubanya.

"Jadi,boleh Nia ambil tak??"tanyaku pada Ashraff.Aku teringin untuk memilikinya.

"Err ambillah.Okey,sekarang kita bincang pasal plan yang seterusnya eh.Aku rasa kita patut pecah masuk markas lagi.Tapi kalini kita tak akan pecah masuk markas yang sama.Masih ada markas lain yang boleh kita cari maklumat pasal projek tu."kata Ashraff sengaja menukar topik.See?Sentiasa mengelak setiap soalan yang ku tanya.Tak mengapa,biar masa yang tentukan.Aku yakin suatu hari semuanya akan terbongkar.Tunggu masa dan tempat sahaja.Bak kata author,biar masa yang menentukan.

"Kita dah seludup markas White Eagle,tapi satu apa pun takde.Senjata yang kita nak sabotaj tu pun tak ada.Jadi kita kena tukar plan.Kalini jangan seludup senjata api tapi cari tahu dimana,bila,bersama siapa projek 'one million' dilakukan.Segala maklumat yang korang dapat walaupun sekecil zarah amat diperlukan untuk kita jejaki tentang projek ini.Faham tak?"terang Hash satu-persatu.Yang lain hanya mengangguk.

"Jadi,kita akan-"belum sempat Hash inin menyambung kata-katanya,aku terlebih dahulu telah memotong.

"Tunggu kejap!Tak perlulah kita buat plan baru.Segala maklumat pasal projek tu Nia dah dapat awal-awal lagi."kataku seraya tersengih.Yang lain ada yang merenungku tajam dan ada yang memandangku meminta penjelasan.

"Bila masa??"tanya Ashraff ringkas.Lantas aku mengeluarkan 'penemuan' ku dan menunjuk ke arah mereka yang melihatnya.Angah mengecilkan anak matanya sebelum secara tiba-tiba dia menghentak meja.Aku agak terkejut.Aiyoo.Dah kenapa dia ni??Penat aku mempertaruhkan nyawa untuk mencari maklumat tentang projek dan ini ke balasannya??Okey,aku tipu.Aku hanya TERjumpa tanpa sengaja.Nyawa aku lansung tak terancam masa tu.Namun sekarang barulah ku terasa nyawaku bagaikan di hujung tanduk.Tenang Nia,tenang.Tarik nafas,hembus.Tarikk,hembus.Fuh,kus semangatt.

"Kalau macam tu tak perlu dah nak bincang pasal next plan!Kenapa Nia tak bagitahu awal-awal??Buat bazir je air liur angah terangkan dekat diorang.Hailah sepupu!!Kenapa anda bijak sangat??Ha,by the way,macam mana boleh dapat?"ujar Ashraff.Hash hanya menepuk dahi.Aku pula sudah menghembus nafas lega.Cuak aku dibuatnya.Ingatkan Ashraff ingin memarahiku.Rupanya tidak.Nasib..

"Nia just terjumpa sewaktu nak keluar dari markas tu.Ingatkan keychain,baru je nak biarkan.Tapi tengok macam pelik je.Mustahillah keychain yang tak ada gunanya pun boleh ada dalam markas tu.Itula Nia ambil.Tengok-tengok ini adalah suatu benda yang boleh bagi manfaat kepada kita semua.Apa lagi?Nia balaslah!"ceritaku panjang lebar.Yang lain hanya setia mendengar.

"Kau cuba dulu pendrive tu boleh guna ke tidak.Kalau boleh tengoklah benda apa yang diorang 'simpan' dalam tu.Dengan maklumat tu lah,kita akan tahu kat mana projek dijalankan.Jadi kita ada misi baru."ujar Hash dengan nada yang agak tegas.

"Misinya adalah sabotaj atau pecah masuk tempat projek diorang tu.Senang pada perancangan susah apabila dijalankan.Lepas je kita sabotaj atau pecah masuk,kita akan larikan one million tu sebelum kita seludup senjata api yang terbaru.Ingat,pastikan bahan seludup sampai ke markas kita ya!Lagi satu,duit tu bukan sikit tau!Cuma pada nama sahaja one million tapi sebenarnya lebih daripada itu.Mungkin juga puluhan juta.Duit tu boleh disimpan di dalam sebuah lori yang aku tempah khas untuk kita.Bahan seludup pula korang jangan risau.Sama juga aku akan tempah lori tapi yang membezakannya  destinasi untuk korang hantar bahan seludup tu.."kata Ashraff panjang lebar.Aku hanya mengangguk.

"Perancangannya begini,selesai je korang masukkan bahan seludup dalam kenderaan yang Zick tempah,korang pandu lori tu sampai perlabuhan.Bahan seludup tu akan dipindahkan dalam sebuah kapal yang menuju ke oversea tak silap aku.Sampai je barang tu kat tempat yang sepatutnya,aku dan Zick akan pergi check untuk kepastian sebelum kitorang jual dekat black market."ujar Hash pula.Yang lain hanya mendengar.

"Itu je perancangan buat masa ni.Pastikan tak terkantoi dengan pihak polis.Berita tentang bahan seludup ni mesti sampai dekat telinga pihak polis.Kami sangat memerlukan kerjasama Nia bagi menjayakan misi ini.Jadi tugas Nia adalah kaburkan semua bukti.Lengahkan masa diorang eh.Berpecah dalam team masing-masing.Jangan ada yang berkeliaran semasa misi dijalankan.Tu je,apa-apa penambahan plan kitorang akan maklumkan."Ashraff memberi arahan.Bagaikan burung belatuk,yang lain hanya mengangguk.

End of Dania's P.O.V

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience