B A B 12

Romance Series 3421

P.O.V : DANIA

"Bro,lepaskan dia." ujar seorang lelaki yang secara tiba-tiba muncul diantara 'pergelutan' aku dan lelaki ini.Okey,dalam kes ni,dia penyelamat aku ke?Wow!!Sudahla handsome nak matey.Aku syak mamat ni kacukan Malay-Thai.

Abaikan Dania!!Sekarang kau fikir lengan kau yang masih lagi digenggam erat mamat psiko tu.Tangan milik 'hero' yang menyelamatkanku itu menggenggam lengan lelaki psiko tadi sehingga menimbulkan segala urat.Aish!!Payah kalau tak tahu nama ni!Susah nak terangkan secara detail.

"Alex!!" saling kenal rupanya.Nama hero tu Alex.Sekejap!!Macam aku pernah dengar aje nama Alex ni.Itu bukan ke sahabat angah dan Hash selaku anak buah angah ??Ya,bukan setakat anak buah,tapi sudah menjadi orang kepercayaan Devil.Diorang saling kenal?Alex membelot ke?Atau itu hanyalah penyamarannya?Okey,sejujurnya aku betul-betul blur tika ini.

"Bos!!Ops wait. Do I need to call you boss ? " ujar Alex bernada sinis.Senyuman yang sangat-sangat sinis juga turut diukirkan.

Sekarang aku sudah mengerti!Alex menjadi orang kepercayaan Devil dan White Eagle.Dan hanya salah satu kumpulan sahaja yang dibelotnya.Dari kata-katanya tadi,aku dapat mengagak bahawa dia menyebelahi Devil,dan membelot kumpulan White Eagle.Apabila menjalankan misi bersama White Eagle,dia cuba sedaya upaya untuk 'membelot' Devil  dengan  menjadi salah satu orang kepercayaan kumpulan itu.Dan apabila bersama Devil,setiap pergerakan dan misi yang dijalankan bersama White Eagle akan dilaporkan pada leader Devil,iaitu angah.

Kesimpulannya,Alex seorang yang pandai memainkan peranannya di dalam setiap kumpulan dan ianya mampu diberi anugerah pelakon 'Abe Hotz,Handsome and Super' kerana telah memperdayakan satu kumpulan mafia.Iya iya!Aku tahulah kesimpulan yang aku buat 100% salah!Aku memang lemah bab-bab ni.Okey,berbalik kepada cerita.

"Kau buat apa kat sini?"ujar lelaki itu masakan pelik dengan kehadiran Alex.Dia fikir Alex tu 'berlakon' kononnya membelot dia kut.Haish,dasar dungu.

"Ini kumpulan aku,kau kisah apa aku ada sini?"Halamakk! soalan dibalas dengan soalan.Eh,cepatlah selamatkan aku!Tahu tak lengan aku dah kebas??Belum lagi selak hoodie ni.Entah-entah dah berbekas sudah!

Aku cuba sedaya-upaya untuk melepaskan lenganku.Kakinya aku pijak sekuat yang mungkin dengan kasut.Genggamannya yang makin longgar membuatkan aku mudah untuk melepaskan diri.Dia terbongkok-bongkok.Dahinya berkerut menahan sakit.Nak harapkan Alex tu?Sampai ke sudah tidak ditolongnya!Dari tadi hanya tersenyum sinis.Entah baik ke jahat lelaki tu!Eh,tapi aku sendiri dah buat kesimpulan kan tadi??Ah,abaikan.

Kelihatan lelaki itu meluru ke arahku.Dengan pantas,Alex menarik lenganku.Entah sengaja atau tidak,dia memelukku erat.Eh,pahal ni?Kau tahu tak aku ni orang Melayu yang beragama Islam yang sangat menitikberatkan ikhtilat walaupun suka membunuh yang baru nak bertaubat ke jalan Allah yang tak suka lelaki yang suka hati ikut kepala dia je sentuh aku?Ehh!!Tak guna betullah!!Jangan ambil kesempatan di dalam kesempitan keadaan ini bersama satu keluasan tempat yang besar di hadapan anak buah White Eagle boleh tak??Nasib aku pakai mask.Kalau tak,malu aku jadinya.

Tiba-tiba seorang lelaki menarik lenganku.Namun,ia lansung tidak memberi kesan kepadaku kerana Alex...KEJAP,baru aku perasan,rupa-rupanya aku masih lagi 'dipeluk' oleh Alex.Mengingatkan keadaan itu,aku pantas menolak dadanya.Alex juga bagaikan baru menyedarinya.Lelaki yang menarikku tadi aku lihat wajahnya dari sisi.

Gulp!Kelihatan Hash memandangku tajam bersama wajah yang ketat.Mukanya memerah menahan marah.Err..Dia marah ke Alex terpeluk aku tadi??Eh,buat apa nak marah??Aku bukan sesiapa pun dalam hidup dia!Lagipun kitorang baru aje kenal.Pandangan Hash mula beralih ke arah Alex kemudiannya ke arah lelaki yang menggenggam lenganku tadi.

"Aku fikir kau masih lagi tak sedarkan diri tadi." ujar lelaki itu sinis.Hash memandangnya tajam.Dia membuat isyarat kepadaku.Namun,aku lansung tak faham.Aku masih blur.

"Kau fikir dengan ketuk kepala kitorang,senang-senang aje kitorang nak pengsan tak sedarkan diri?Lelaki,bro!Tak gentle namanya baru kena ketuk sikit dah pengsan berjam-jam." ujar Hash bersama senyuman sinis.Jadi,angah mencarut tadi disebabkan itulah?

"Lain kali bro,guna besi yang berkualiti sikit!Kalau hanya dengan besi buruk tu apa cer nak kasi pengsan,haa?" kata-kata Hash itu membuatkan aku ternganga.Seriuslah??Kena besi kutt,besi weyh!!Tak pengsan pun??Eh,kepala dia ni kebal ke apa??

"Huh,kalau aku tahu aku bunuh pun tak apa.Apa tunggu lagi?Seranglah!!."arah lelaki itu kepada anak buahnya.Dia fikir ini perang ke apa?Ah,sudahla Nia!Lepas je kau 'diganggu' memori tadi,otak kau dah makin biul agaknya!!

Semua anak buah lelaki itu mula menyerang Hash dan Alex.Sesekali mereka cuba untuk menyerangku namun Alex dan Hash menghalang mereka.

Seorang lelaki meluru ke arahku sebelum mengacukan pistol.Alex yang melihat keadaan itu pantas bertindak dengan menendang lelaki itu.Pistol yang diacu lelaki tadi terpelanting entah ke mana.Namun tidak ku sangka Alex mengeluarkan pisau lipat dari poketnya sebelum mula mengacu tepat pada leherku.

Okey,tanggapan aku salah ke tadi?Aih,tetiba menyesal buat kesimpulan begitu.Sepatutnya aku tak patut judge dia sebab dia telah menyelamatkan aku tadi.

" Bagus Alex!Tak sia-sia kau jadi orang kepercayaan aku."ujar lelaki itu angkuh.Ee,tak guna betul.

Bunyi tepukan dari arah semak menarik perhatian semua yang berada di sini.Aku pantas menoleh untuk melihat apa yang terjadi manakala Alex hanya memandang dari ekor matanya.

Mataku yang tadi mengecil mula membesar.Angah??Ya Allah,apa lagi??Drama apa pula kali ini??Alex ku lihat hanya tersenyum sinis.

°°°°°

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience