B A B 23

Romance Series 3421

Hari ini Ashraff dan lain-lain dibenarkan pulang . Walaupun baru sahari sahaja berada di hospital , mereka semua telah mendapat kebenaran untuk pulang .

Almaklumlah , telah dipaksa oleh Ashraff .Mentang-mentang hospital itu dia yang punya , Haa mulalah naik kepala .Ketika itu , hanya Lisa yang menjemputnya . Dania tidak dapat menjemput mereka kerana dia patut berjumpa dengan Mai , yang baru menelefonnya untuk berjumpa . Dengan itu ,terpaksalah dia kelentong pada Ashraff dan lain-lain bahawa dia harus pergi ke klinik haiwan milik Nurin untuk mengambil kucing yang patah kakinya dulu .

Mahu dikelentong pasal kerjanya sebagi detektif , dia sebenarnya sudah lama meletakkan jawatan . Perkara itu juga sudah diketahui Ashraff dan lain-lain . Alasannya , dia lebih suka mengikuti misi angahnya .Entah mengapa sejak kebelakangan ini dia amat obses dengan mafia .

"Ala .. Baru aje aku nak bermanja dengan Dania , alih-alih kau yang ambil aku ." kata Ashraff cemberut .Lisa hanya menjeling .Tak guna betul mamat ni .Orang dah ambik tu bersyukurlah sikit , ini tak .Boleh lagi buat muka entah apa-apa tu .

"Kau ni kan ! Aku dah ambil tu kira bersyukur sikit .Kalau nak diikutkan , tak adanya aku nak ambil kau .Cukuplah aku cuma jemout Hash dengan yang lain aje balik rumah .Kau tinggal sini biar terseksa dengan doktor kat sini ." bebel Lisa .Alaa , sekali-sekala dia membebel .Lagi pun dia hanya 'beramah-mesra' hanya dengan orang yang dia sudah rapat .Manakala dengan orang yang baru dia kenali , serius dan dingin 24 jam . Memang begitu sikapnya .

"Boleh tak engkorang dua ni tak payah bergaduh ? Aku rimaslah ! Cepat la woi aku nak balik !" ujar Hash menggesa Lisa .Hash juga sudah lama mengenali Lisa . Sebab itu perangainya begitu .Kalau tidak ,mahunya serius memanjang .

"Jom ah . Tinggal diorang dua tu kat sini .Long dengan Fandy dah hilang entah ke mana .Entah-entah dah sampai dah kut .Tunggu diorang dua ni , sampai syaitan hilang tanduk pun masih bergaduh lagi ." ujar Alex sambil berlalu pergi .Hash hanya mengikuti .

"Woi tunggulah aku ! Inilah member !"

"Ee , tunggulah ! Buat penat aku jemput aje kalau aku tahu aku kena tinggal dwngan mamat ni !"bentak Lisa kemudian mengejar Hash dan lain-lain .

• • • • •

" Haa , ada apa kau nak jumpa aku ni Mai ?"soal Dania apabila melihat kelibat Mai .Mai mengisyaratkan Dania supaya duduk dahulu .Mereka kini berada di sebuah cafe milik Mai .

"Aku nak kau ingat balik siapa diri kau ." ujar Mai serius . Dania hanya menggeleng .Dia takut dia akan alami lagi peristiwa itu . Sudah acapkali apabila dia cuba untuk mengingati , namun tiada satu peristiwa silam lansung yang dapat dia ingati .Hanya sakit sahaja yang ditinggal .Sungguh dia sudah serik untuk menahan sakit di kepala apabila cuba diingati .

"Aku -- Tak boleh . Aku takut ." kata Dania tergagap-gagap .

"Kau patut ingat balik siapa diri kau , kisah silam kau , kekejaman hidup kau demi masa depan kau ! Masa sekarang terhad Dania Dahlia ! " tegas Mai berkata .

"Aku tak boleh ingat satu apa pun . Aku , lansung tak ingat apa-apa ."kata Dania sambil memicit kepalanya . Mai yang bengang dengan Dania mula menghentak meja .Nasib di cafe tika itu hanya mereka berdua sahaja sebagai pelanggan .

"KAU PATUT INGAT SIAPA DIRI KAU ! KAU DAH LUPA KE YANG KAU ADA KEMBAR ? DAN KEMBAR KAY DULUNYA DIBUNUH DENGAN KEJAM ? KENA ROGOL , KENA SEKSA ! DAN KAU MASIH LAGI TAK INGAT APA-APA " herdik Mai kebengangan .Sungguh andai cara lembut tidak mampu membuat Dania mengingati kisah silamnya , dia sanggup menggunakan cara kasar .

"T--Tak .. Tu bukan ak- aku .." ujarnya tegagap-gagap .Mata memegang kepalanya yang kian sakit bagaikan dicucuk jarum yang halus .

"KAU SEPATUTNYA BUKA MATA KAU BESAR-BESAR ! FIKIR LOGIK AKAL SIKIT ! KAU TENGOK KUMPULAN ANGAH KAU ! LANSUNG TAK MACAM KUMPULAN MAFIA YANG LAIN .KAU CUBA TENGOK KUMPULAN MAFIA YANG LAIN ? BETAPA KEJAMNYA DIORANG ! MAFIA YANG SEBENAR ADALAH KEJAM .DALAM MAFIA TIADA LANSUNG PERKATAAN BELAS KASIHAN ! DAN KUMPULAN ANGAH KAU JADI MACAM TU SEBAB KAU ! KONONNYA TAKNAK BAGI KAU INGAT TENTANG KEKEJAMAN DALAM HIDUP KAU !"herdik Mai berang .Air mata Dania mula menitis .Kepalanya makin sakit dek mendengari apa yang diperkatakan oleh Mai .

" TAK , KAU TIPU AKU !Aku nak balik .Aku tak nak jumpa kau lagi !"jerit Dania sambil berura-ura mahu pergi .Namun begitu Mai sepat menghalang dia dengan mengenggam lengan Dania dari melarikan diri .

"Pegang dia kuat -kuat !!" arah Mai pada anak buahnya . Anak buahnya mula mengikut arahan Mai .

"Lepaslah ! Sakit ! ARGH !" jerit Dani lantang namun jeritannya tidak dihiraukan oleh Mai .

Mai menumbuk perut Dania bertalu-talu sehingga Dania memuntahkan darah . Kemudian , dia menendang Dania tanpa belas kasihan .Dia terpaksa .Ya , Mai terpaksa berbuat demikian untuk Dania mengingati kisah silamnya .

"KAU DAH LUPA ? KAU LUPA KEKEJAMAN KISAH SILAM HIDUP KAU ? BIAR AKU YANG INGATKAN KAU !" ujar Mai kemudian menghentak kepala Dania pada meja restoran itu .Dania hanya mampu mengerang kesakitan .Dia tidak dapat melawan kerana kedua-dua tangannya yang dipegang oleh anak buah Mai . Mai semakin agresif membelasah Dania .Ya , dia terpaksa melakukan kekejaman .

"SAKITLAH !!" erang Dani kesakitan .Darah mula membuak-buak keluar dari rongga yang terbuka di sekitar wajahnya.Matanya mula berubah warna .Matanya yang dulu berwarna hitam kini berubah kepada warna hijau pekat .Mai mula menghentikan tindakannya .Manakala Dania mendiamkan diri sebelum Dania berang .

Dania memusingkan tangannya , anak buah Mai turut terikut dengan pergerakannya itu .Kesempatan itu diambil untuk Dania menyepak anak buah Mai . Tangan di sebelah lagi yang masih dipegang anak buah Mai kini ditekapkan di dada sebelum menunduk .Anak buah Mai kini terjatuh kerana tindakannya itu .Mai yang melihat kejadian itu cuba untuk melawan Dania namun Dania bertindak bijak dengan mengelak sebelum tangan Mai ditarik dan tubuh Mai dihentak di dinding cafe itu . Mai memegang kepalanya .Kesempatan itu sekali lagi diambil untuk Dania larikan diri dari cafe itu .Pintu cafe yang dikunci oleh anak buah Mai ditendang kuat sehingga pecah .

"Kejar dia sekarang !!" jerit Mai pada anak buahnya lantang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience