2009,Di sebuah markas usang
Dania menembak satu persatu lelaki yang menjadi penghalangnya untuk keluar dari bilik kurungan tersebut. Dia harus keluar dari bilik kurungan itu sebelum segalanya terlambat. Seorang lelaki cuba menyerangnya namun sempat dielak. Dia lalu menendang lelaki itu bertubi-tubi dengan menggunakan seluruh tenaganya .
Kesan luka-luka ditubuhnya lansung tidak dihiraukan . Sakit yang dialaminya sekarang ini tidak setanding dengan sakit dihatinya apabila diri dan hidupnya dipermainkan oleh seorang lelaki . Seorang lelaki yang dicintainya sepenuh hati . Seorang lelaki yang dipercayainya baik hati . Yang kini telahpun membunuh keluarga tersayangnya dengan kejam . Ya,kejadian ini berlaku kira-kira seminggu lalu .
Tidak disangka hanya untuk memiliki jawatan pangkat serta harta , nyawa keluarganya menjadi taruhan . Ahli keluarganya yang masih hidup hanya tinggal dia bersama adik kembarnya, Liana yang kini telahpun menjadi taruhan bersama puluhan anggota mafia yang lain .
Dania berlari keluar dari bilik kurungan itu setelah selesai membelasah lelaki tadi . Tiba-tiba matanya tertancap pada susuk tubuh asik kembarnya . Baju yang dipakai Liana koyak-rabak sehingga menampakkan bahu yang ada kesan luka cakaran . Rambutnya pula kelihatan serabai manakala matanya sembab.
Air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh berjuraian . Sepasang kembar seiras itu saling berpelukan bersama air mata di pipi . Ya Allah, dugaan apakah ini ? Baru seminggu keluarganya dibunuh tanpa belas kasihan kini kembarnya pula dirogol.
Bang!
Sebutir peluru menembusi tubuh Liana . Dania yang terkejut dengan situasi itu hanya berdiri terkaku. Liana semakin lama semakin lemah dek kerana tembakan yang dilepaskan . Hampir sahaja dia rebah namun Dania lantas bertindak . Dipangkunya kepala Liana di ribanya.
"Run away before he kills you, DD.."lemah sahaja suara Liana sebelum dia menghembuskan nafasnya buat kali terakhir di pangkuan Dania.
Dong! Dong!
Jam antik tersebut berbunyi menandakan masa sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.
7 APRIL 2009,
Tepat pada hari lahir sepasang kembar itu yang ke-15 tahun, Liana telah pergi. Liana telah meninggalkan dirinya. Sepatutnya , hari itu adalah hari yang harus diraikan oleh mereka berdua . Ditemani dengan senyuman setiap masa . Seharusnya pada waktu itu mereka berdua serta keluarga bergembira seperti ulang tahun hari lahir pada tahun sebelumnya . Namun kali ini disebaliknya . Hanya ditemani dengan air mata.
Kedengaran bunyi tepukan dari arah tangga . Lelaki yang kononnya dicintainya sepenuh hati serta empat orang rakannya galak berketawa . Dania mengesat air matanya kasar apabila melihat lelaki itu ketawa.
Di tangan lelaki itu terdapat sepucuk pistol berwarna silver. Muncul kemarahan di dalam diri Dania.
"Kau ! Aku percayakan kau selama ni , yang ni ke kau balas dekat aku , Han ?Kau permainkan perasaan aku ! Kau bunuh mak bapa aku , kau bunuh abang aku , sekarang ni kau bunuh adik aku ? Aku tak buat salah pun dengan kau ! Aku tak pernah berdendam dengan kau ! Apa yang kau nak dari aku , haa? " jerkah Dania . Lelaki yang digelar Han itu hanya tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya . Sesekali dia ketawa . Psiko!
"Berapa kali aku nak cakap ? Aku cuma nak gelaran KING dalam organisasi mafia je . Bapa kau yang dah tua tu takkan mampos kalau dia tak bagi apa yang aku nak ! Abang kau pun sama . Dia takkan mati kalau dia tak halang aku ! So,memandangkan abang dengan kembar kau dah mampos,dan kau adalah satu-satunya waris dari keluarga KING yang tinggal, apa kata kau bagi apa yang aku nak . Tak adalah aku menyusahkan diri kacau hidup kau dah! "
"Aku takkan bagi apa yang kau nak la jahanam ! Dasar lelaki tamak ! Syaitan ! Pembunuh !"
"Well, aku minta cara elok , kau kasi dengan elokla ! Baik kau bagi apa yang aku nak sebelum aku apa-apakan kau . Kau bukan je libatkan diri kau tapi nyawa semua mafia yang ada dekat sini . Kau nak mati sekali dengan semua yang ada dekat sini atau-- Kau nak dengar cakap aku. " dia ketawa sinis.
" Aku tak rasa kau ambil jalan singkat sampai nak mati awal. Lagipun kau baru cukup 15 tahun hidup kat bumi ni . Ops,correction. Baru 15 tahun 14 minit dan 50 saat lebihlah .So,pilihla. Kau nak bagi je apa yang aku minta atau kau nak korbankan puluhan nyawa?"
Dania harus membuat pilihan. Dia harus memilih keputusan yang sewajarnya kerana ini melibatkan puluhan nyawa.
Dania menanggalkan seutas rantai permata yang dipakainya. Permata yang berbentuk segi empat tepat itu ditariknya sehingga terbahagi kepada dua bahagian.
Itu bukan sekadar permata. Itu adalah permata yang diukir lambang KING MAFIA. Permata itu harus ditekapkan di tubuh seorang KING yang baharu. Dengan adanya lambang itu,maka pemiliknya akan memerintah segala dunia mafia bukan sahaja wujud di Malaysia malah seluruh dunia !
Share this novel