"Macam mana keadaan kau ? Kau okey ?" soal Dania apabila dia memasuki wad yang menempatkan Nurin .Nurin hanya menunduk sebelum mengangguk .Elly di sebelahnya hanya memerhati .
"Oh .Baguslah kalau dah okey .Luka tu macam mana ? Dah baik ke belum ?" soal Dania lagi .Sengaja berbasa-basi .Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slack miliknya .Jaket kulit hitam miliknya menambahkan lagi aura Dania yang sudah lama terkubur .Dania memandang Nurin sepi .
"Aku minta maaf Daisy .Aku tak bermaksud nak tikam belakang kau .Aku--" belum sempat Nurin habis berbicara ,Dania pantas memotong .
"Oh ,jadi kau tak sengajalah kan tikam belakang aku .Tak apa .Aku malas nak dengar penjelasan kau ." kata Dania sinis tanpa memandang Nurin .Nurin hanya mengeluh .
"Sorry .Masa tu aku cuma fikir nak balas dendam aje dekat Ashraff .Aku tak bermaksud nak lukakan kau walaupun seinci .Aku terpaksa .Aku--"
"Dah ah .Aku kena blah ni .Ada hal .Urgent .Okey ,take care .Jangan skip waktu makan .Makan tu berpantang sama .Time makan ubat ,jangan skip .Nanti luka kau tak baik .Elly ,kau jaga dia elok-elok .Jangan bagi dia stress sebab aku .Aku tak nak Ashraff marah-marahkan aku kononnya bagi dia stress ." kata Dania kemudian berura-ura berlalu pergi .Elly hanya mengangguk .Tiba di pintu wad tersebut ,Dania berhenti .
"Oh ya ! Aku maafkan korang berdua .Dan Nurin , tak perlulah nak sedih-sedih lagi .Aku maafkan .Tak nak ah aku tengok bakal isteri angah aku sedih gitu .Heh ." ujar Dania tanpa nada kemudian terus keluar dari wad tersebut .Nurin kelihatan terpinga-pinga .
"Kau ni dah kenapa tersengih-sengih kalah kerang busuk ?" ujar Dania sinis apabila melihat kelibat Ashraff yang berdiri statik di hadapan pintu wad tersebut .
"Oooo restu rupanya .Ingatkan tak restu .Ehehehe ." kata Ashraff sambil tersengih .Dania hanya menggulingkan anak mata .
"Dah ah jom blah .By the way, mana yang lain ?" soal Dania apabila melihat tiada seorang pun di sisi Ashraff .
"Semua on the way pergi dekat markas rahsia kita .Markas yang dah lama tak guna tu .Secret99 ." ujar Ashraff .Tangannya dimasukkan ke dalam poket .Dania hanya mengangguk .
"Jadi tunggu apa lagi ? Jom ah ."ajak Dania sambil membetulkan topi miliknya .Sungguh hipster ! Dengan memakai baju T-shirt berwarna putih ,seluar slack dan jaket kulit berwarna hitam ,tak lupa juga selendang dan topi yang sama warna dengannya .Sekali pandang ,pasti ada yang mengatakan penampilan Dania agak hipster .Atau mungkin agak menyeramkan ?Ashraff yang masih berdiri statik akhirnya hanya membuntuti langkah Dania .
? ? ?
Eizra mengeluh lemah .Dia memandang sepi Rayqal yang sedang membayar baju 'pengantin'nya di kaunter .Eizra menjeling .Jarinya yang tersarung cincin pertunangan antara mereka berdua ditenung sebelum dia mengeluh .Sungguh ,dia benar-benar tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu .
" Dah ,jom ."kata Rayqal ringkas sambil tersenyum manis .Eizra hanya mengangguk .Rayqal keluar dari butik tersebut diikuti dengan Eizra .
"Lepas ni ,nak pergi mana ?" soal Rayqal .Tangannya di masukkan ke dalam poket .
"Entahlah ." jawab Eizra ringkas sambil menjungkitkan bahu .
"Shopping ? Aku belanja ." kata Rayqal sambil memandang Eizra .Eizra hanya mengangguk manakala Rayqal hanya mengeluh .
"Macam tak suka je ? Dari tadi lagi asyik diam .Moody semacam ."kata Rayqal tanpa memandang ke arah Eizra .Eizra hanya mengeluh sebelum menggaru kepalanya .
'Kang aku bising ,dia marah pulak ish .'
"Bulan mengambanglahhh ." bohongnya pada Rayqal .Rayqal memandangnya tanpa riak sebelum mencebik .
"Katalah awal-awal .Dah jom .Aku nak bawa kau 'bersuka-ria' sikit ." ujar Rayqal sambil berlalu pergi .Eizra hanya mengeluh .
? ? ?
"AAAAAAAAAA INI KE KAU KATA SUKA RIA SANGAT TU ?!!?!" Jerit Eizra separa lantang sambil menutup matanya .Rayqal hanya ketawa .
"Nampaknya memang ya ." ujar Rayqal selamba .
"Gila ! Ini nak bagi orang pengsan + moody lagi bolehlah ! Ada ke diajaknya masuk dalam rumah hantu ? INI BUKAN SUKA-RIA NAMANYA ."ujar Eizra sambil menghentak kaki .Tunangnya dipandang tajam .Rayqal hanya tersenyum manis .Sesungguhnya ,seketul Rayqal itu amat kaya dengan senyuman .Tipulah ,hati Eizra yang keras seperti batu itu tidak cair dengan senyumannya .
" Tunggu kejap sini .Aku nak ambil something ."ujar Rayqal sebelum berlaku pergi .Eizra hanya menjeling .Rumah hantu itu dipandangnya dari jauh .Rumah itu sebesar rumah agam lama .Dari luar ,'pemandangan' di luar rumah tersebut agak menyeramkan . Dengan pokok besar yang tumbuh di tepi rumah itu ,dengan tumbuhan yang menjalar di atas bumbung rumah hantu itu ,memang menakutkan Eizra !
Kelihatan Rayqal kembali bersama dua objek di tangannya .Eizra mengfokuskan pandangannya pada objek tersebut .Pistol air ??!
"Apa benda tu ?Pistol air ke ?" soal Eizra apabila Rayqal mendekati dirinya .Rayqal hanya mengangguk .Eizra hanya ternganga .
"Pernah main paint ball?" soal Rayqal .Eizra hanya mengangguk .
"Okey .Pistol air ni ada cat air yang baru aje aku 'bancuh' .Pistol ini pulak ada peluru paint ball .Kisahnya ,kita akan masuk dalam rumah hantu tu .Dia punya cara nak 'selamatkan diri' dari kena terkam dengan hantu-hantu tu cuma kau main tembak-tembak lepastu lari .Macam budak-budak ? Abaikan ,kita datang nak bersuka ria .Hantu yang ada dalam rumah tu lebih kurang em .. 15 ekor .Lek ah ,hantu tipu aje .Misi kita adalah ,keluar dari rumah hantu tu melalui pintu belakang .Amacam ?" kata Rayqal sambil menjungkitkan kening berkali-kali .
"Aaaaaa aku nak pistol paint ball ." ujar Eizra sebelum mencapai pistol tersebut .Rayqal hanya menggelengkan kepalanya .
"Tak .Dua-dua kau punya .Aku ni gentle, tak perlu nak ada pistol-pistol ni bagai untuk selamatkan diri aku ." ujar Rayqal sambil menjungkitkan bibir .Eizra mencebik sebelum mengangguk .
"Okey ,sekarang jom masuk rumah tu .Kita berpecah eh ! Siapa keluar dari rumah tu cepat ,dia menang .Yang kalah ,kena masak untuk makan malam." ujar Rayqal sambil berura-ura berlalu pergi .Eizra menarik baju Rayqal untuk menghentikan langkahnya .
"Kejap kejap ,takkan lah nak masuk sorang-sorang ? Aku tak nak .Temanlah aku .Masuklah berdua .Lagipun rumah tu macam tak ada orang aje ." ujar Eizra sambil mencebik .Wajahnya sengaja dicomelkan untuk meminta simpati Rayqal .Rayqal terkebil-kebil memandangnya .
"Memanglah tak ada orang .Aku dah 'booking' rumah ni untuk kita berdua aje ." ujar Rayqal selamba .Kali ini ,giliran Eizra pula terkebil-kebil .
"Alaaa ,masuklah berdua .Aku tak nak masuk sorang-sorang .Kau tak takut ke kalau aku pengsan ? Kau tak takut ke kalau aku masuk tak keluar-keluar sebab kena culik dengan hantu ? Kau tak kesian ke kat tunang kau yang comel ni ?" ujar Eizra sebelum membuat puppy eyes . Rayqal hanya menggarukan kepala .
"Okey ,masuk berdua .Jadi ,tak akan ada yang kalah dan yang menang .Dua-dua akan masak makan malam .Deal ?"
"Deal !!"
? ? ?
Share this novel