" I hope , our mission tonight will run smoothly . Please, don't fail ! This mission is really important to us . "
" Dengar sini.Sekarang pukul 7:30 malam.Pukul 8:00 nanti kita mulakan tugas masing-masing.Aku harap korang boleh lakukan dengan jayanya.Misi kali ni bukan sahaja melibatkan nama kumpulan kita,malah melibatkan puluhan nyawa yang join malam ni.Kalini,kita sabotaj tempat penyimpanan bahan seludup diorang.Aku harap tak ada sesiapa yang lalai dengan tugas masing-masing!"kata Hash dengan nada yang tegas.
"Sesiapa yang menghalang misi kita hari ni,macam biasa.Tak bunuh,belasahla. Aku sarankan bunuh je terus.Kalau boleh,jangan bagi diorang perasan satu jejak pun langkah kita nanti.Nia,kau tolong hack cctv markas tu dulu. Tunjukkan rakaman pada waktu malam dua bulan yang lalu .Itu je kerja kau .Kau tak perlu nak berlawan..Aku tak nak kau membunuh ataupun terbunuh budak-budak tu. Kau faham kan?"Dania hanya menggangguk. Laptop yang dibawanya diletakkan di hadapannya. Beberapa alatan canggih turut sama dikeluarkan dan diletaknya di hadapannya.
Dania mula memainkan peranannya.Dengan mudah dia dapat mengawal CCTV markas tersebut.Segala rakaman dengan mudahnya ditayangkan.Dania tersenyum sinis.Tersangatlah mudah baginya untuk menyelesaikan tugas yang di beri.Rakaman dua bulan lepas ditayangkan bagi pemilik markas tersebut tidak mengesyaki apa-apa kejadian yang aneh.Dania mengangguk pada Hash yang menantinya sedari tadi.Hash yang melihat anggukan itu,mula mengarah anak buahnya.
Malam ni nampaknya,Dragon dan Devil telahpun sepakat untuk menjayakan misi kali ini bersama-sama.Atas kerjasama Hash,selaku leader Dragon dan Ashraff,leader Devil,sememangnya dari awal lagi merancang untuk bergabung dalam misi kali ini.
Almaklumlah,sahabat.Berkemungkinan besar pada masa akan datang,Dragon dan Devil akan digabungkan menjadi satu kumpulan mafia terbesar yang mampu mempengaruh sistem organisasi gelap mafia .
"Okey,bersedia!!Berpecah pada tiga kumpulan.Nia tunggu sini.Jangan ke mana-mana tanpa bagitau aku.Apa-apa roger. Now,berpecah!"Hash sekali lagi memberi arahan.
Dania hanya mengeluh.Teringin sekali dia mahu turut serta di dalam setiap misi namun memandangkan dia bukanlah mafia,maka niatnya itu terus dipadam.Okey,ini bukan disebabkan Dania 'bukan mafia' atau apa sekalipun.Tapi ini melibatkan nyawanya sendiri.
Sememangnya,Hash dan Ashraff sudahpun memegahnya untuk sabotaj bersama mereka.Dania mengeluh sekali lagi.Jadi apa gunanya kalau dia berada di sini tanpa melakukan sebarang kerja?.Dania mengeluh lagi,lagi,lagi dan lagi.
       _______________________
Bang!
Bang!
Bang!
Dania yang mengelamun jauh tadi tersentak dengan bunyi tembakan yang bergema dari dalam markas.
Oh,tidak!?Nampaknya pihak musuh sudah mengetahui keberadaan mereka di markas ini.Dania mula gelisah.
Dania yang menyorok di sebalik semak hanya menghendap dari situ sahaja.Kata-kata Hash yang melarangnya tadi masih tergiang-giang di ingatan.
"......Jangan ke mana-mana tanpa bagitau aku..."
Dilihatnya susuk tubuh seorang lelaki lantas berlari masuk ke dalam markas diikuti beberapa orang lelaki.Mungkin juga anak buahnya.
Dania memerhati gerak-geri lelaki itu.Di saat Dania memerhatikan wajahnya,entah mengapa jantungnya berdetak laju.Dalam masa yang sama juga terselit perasaan marah.Dia sendiri tak tahu mengapa.
Perasaan apakah ini?Dania cuba mengabaikan jantungnya yang berdetak lebih laju dari biasa.Dia cuba bereaksi biasa di saat dia mencuba mengingati wajah lelaki tadi yang telahpun masuk ke markas.Entah mengapa pula tangannya tergenggam kemas.Amarahnya pula semakin membuak.Pernah berjumpakah dia dengan lelaki itu?Dania menggelengkan kepalanya.Dia lansung tidak pernah berjumpa mahupun berselisih dengan lelaki itu.Atau mungkin ini adalah perasaan cinta?Adakah dia telahpun jatuh cinta pandang pertama?
Dania menggelengkan kepalanya bagi mengusir andaiannya itu.
'Kepala otak kaulah Dania !!Sempat lagi fikir jatuh cinta pandang pertama semua ni. Kau fikir ini drama novel ke nak jatuh cinta dengan musuh sendiri?'monolog hatinya.
Gila ke apa?Kalau benar dia sudahpun jatuh cinta,mengapa hatinya sakit benar memandang lelaki tadi? Seolah-olah dia teramatlah membenci lelaki tersebut sehingga membuatkan jantungnya mengepam laju.Ya,dia terasa amat membenci lelaki itu.Okey,stop it!!
Tiba-tiba walkie-talkie yang berada di sebelahnya berbunyi sebelum mula terbitnya suara dari mereka.
"1742...1742..Kau dapat dengar suara aku tak?.."
"1742 di sini...1742 di sini..Kenapa?"
Dania hanya mendengar.Sesekali tangannya menampar beberapa ekor nyamuk banduan berbelang putih hitam yang membuat jenayah pada dirinya.Sesekali juga digaru-garu tempat binatang tersebut melakukan jenayah mereka.
"Hash,,Zick kena tembakk!!Zick kena tembakk!!"kata satu suara.Melihat dari kata-katanya,Dania dapat mengagak itu adalah anak buah Hash. Dania mula menggelabah apabila mendengar kata-kata itu.
"Apa!!!??Zick kena tembak!!??Kau bagi walkie-talkie tu dekat dia sekarang!!"
"Tak boleh,bos!Zick tengah sakit ni.."
"Takkan la kot satu das tembakan je dia dah lemah agak-aga.--"
"Bos,peluru tu awal-awal lagi diorang dah letak cecair racun dah .Zick memang lemah sekarang. Dia memang lemah .Nyawa dia 50-50 sekarang ni kalau diikutkan.."
"Apa!!!"
Dania yang mendengar itu mula menjadi panik.Dia harus melakukan sesuatu.Sepupunya sedang bertaruh nyawa di dalam dan itu tidak mungkin baginya yang berada di luar hanya mendiamkan diri.
"1742..1742..dengar apa yang aku cakap..Kau ikat dulu tempat yang kena tembak tu dengan kain kuat-kuat..Buat masa ni Zick terpaksa bertahan dulu.. Sekarang ni memang mustahil untuk kita keluar dari markas ni....Kita dah kena kepung!!!!"
Bertambah panik Dania mendengar kata-kata Hash itu.Sudahlah Sepupu yang sudah dianggapnya sebagai abang kandung itu menahan sakit bertarung nyawa untuk hidup,kini harus ditunggunya di dalam markas itu kerana sudah dikepung.
Dania mundar-mandir di sebalik semak itu.Perasaannya berbelah bahagi di dalam situasi itu.Kepala yang tersarung selendang hitam itu digarunya walaupun tidak gatal.
"......Jangan ke mana-mana tanpa bagitau aku..."
Seolah masih lagi tergiang-giang kata-kata Hash itu membuatnya jadi ragu-ragu.
Masuk atau tak?Nak tolong atau tidak?Nak selamatkan atau tak?Nak biar atau tak?
'Argh!!Kau sepatutnya tak mementingkan diri,Dania!!Ashraff sedang mempertaruhkan nyawa kat dalam tu kau kat sini masih lagi teragak-agak nak selamatkan dia atau tidak?!Bayangkan kalau dia dah tak ada dekat bumi ni,mesti kau akan sunyi.Kau mungkin takkan rasa disayangi lagi.Dia je yang kau ada sekarang.Sekarang,baik kau selamatkan dia.Apa nak jadi,jadilah!Yang penting nyawa dia dan hidup kau sendiri tanpa dia di sisi.'
Tanpa berfikir dua kali,Dania lantas menuju ke arah pintu utama markas tersebut.Tidak lupa juga dibawanya beberapa alatan canggih yang mudah dibawa kemana-mana sebagai persediaan untuknya menggodam nanti.
Dengan lafaz bismillah,dia mula mengatur langkah memasuki markas tersebut dengan berhati-hati.
Share this novel