"Aku takkan bagi apa yang kau nak la jahanam ! Dasar lelaki tamak ! Syaitan ! Pembunuh !"
"Well, aku minta cara elok , kau kasi dengan elokla ! Baik kau bagi apa yang aku nak sebelum aku apa-apakan kau . Kau bukan je libatkan diri kau tapi nyawa semua mafia yang ada dekat sini . Kau nak mati sekali dengan semua yang ada dekat sini atau-- Kau nak dengar cakap aku. " dia ketawa sinis.
" Aku tak rasa kau ambil jalan singkat sampai nak mati awal. Lagipun kau baru cukup 15 tahun hidup kat bumi ni . Ops,correction. Baru 15 tahun 14 minit dan 50 saat lebihlah .So,pilihla. Kau nak bagi je apa yang aku minta atau kau nak korbankan puluhan nyawa?"
Dania harus membuat pilihan. Dia harus memilih keputusan yang sewajarnya kerana ini melibatkan puluhan nyawa.
Han tersenyum sinis.Dia begitu pasti Dania akan menekapkan permata itu padanya.
"Aku tahu kau akan dengar cakap aku."ujarnya . Beberapa orang mafia menggelengkan kepala tanda tidak memberi lambang itu kepada Han.
Dania hanya memandang simpati.Kalau itulah yang mampu membuatkan lelaki itu bebaskan mereka semua,dia harus melakukannya.
Dania berjalan ke arahnya.Wajahnya ditundukkan memandang ke arah lantai. Fikirannya mula menerawang mengingati memorinya . Beberapa meter lagi jaraknya ingin tiba di hadapan Han,dia terus membelok ke kanan.
Dengan menggunakan seluruh tenaga, Dania menekapkan permata itu pada seorang lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki yang pernah menyelamatkannya. Lelaki yang pernah menjadi temannya di kala dia sunyi. Dia yakin lelaki itu bertanggungjawab. Dia sudah siasat segalanya mengenai lelaki itu.
Lelaki itu memejam mata menahan kesakitan di saat dia menekapkan permata itu. Di dada lelaki itu kini terukir sebuah lambang seperti tatoo .
Han dan rakannya agak terkejut dengan tindakan Dania itu. Wajahnya merah menahan amarah.
"Aryan Shah.I know you are a responsible person. Take care of everything related to mafia. Do not let anyone enter the dark organization of the mafia without knowing its origin. "
" Mulai hari ini, kau adalah KING. Segala maklumat tentang ex-KING,senjata api,musuh,anggota unit mafia semuanya berada di dalam rantai ni. Ini bukan sebarang rantai, jadi jagalah ia sebaik-baiknya. Bebaskan semua orang di sini."kata Dania.Air matanya menitis satu persatu dari tubir matanya.Namun,wajahnya masih menunduk ke arah lantai.Lelaki yang digelar Aryan Shah tadi hanya diam sahaja.
"How dare you,Daisy !"Han mula menengking Dania. Han lantas mengacukan sepucuk pistol ke arah Dania. Dania tersenyum sinis.
"Apa? Nak tembak? Tembaklah!"cabar Dania. Han masih lagi mengacukan pistolnya.
"Asal? Tak berani ke? Takut eh? Bunuh keluarga aku tak fikir takut pula. Sekarang ni teragak-agak pula. Kalau pengecut, cakap! Jangan nak tunjuk berani depan aku! Kau bukan sesiapa lagi dalam hidup aku! "kata Dania lagi. Han menarik picu di pistol itu. Hanya tunggu masa untuk dilepaskan sahaja.
"Tembak je dia,Han!"salah seorang rakannya berkata.
"Betul tu. Kau tak nak tembak biar aku je yang tolong tembakkan bagi pihak kau!"salah seorang lagi berkata.
"Atau kita rogol je dia macam yang kita buat kat adik kembar dia tadi. Aku sebenarnya tak puaskan nafsu aku lagi. "mendengar kata-kata salah seorang lagi rakan Han membuatkan Dania tergelak sinis. Bergema banglo usang itu dengan tawa sinisnya.
"Jangan cabar aku,DD. Kau nak mati dah ke? Tak sabar-sabar nak jumpa family kau yang dah mampos tu ke?"sinis Han berkata. Dania ketawa .
"Pengecut!!"
"Kau diam!!"
"Huh! Pengecut! Sebijik macam bapak kau!!"Dania sengaja menambah amarah di dalam diri Han. Seolah-olah redha sahaja andai dia mati.
"Diam la bodoh! "tengking Han.
Akibat tidak dapat menahan amarahnya,Han telah pun melepaskan tembakan.
Bang!
Dania terlantar di lantai markas usang itu.Sempat lagi dia menghadiahkan senyuman sinis kepada Han.
"Better kau bunuh aku harini.Jangan biarkan aku hidup.Kalau aku still hidup,aku takkan lepaskan kau!Andai 10 tahun akan datang aku masih hidup kat dunia ni.aku akan bunuh kau. "
" I swear, i'll kill him if i still alive 10 years from now. For god sake, he will die in my hand as he kill my family before . I -- promise . " Seakan-akan bersumpah,Dania berkata lantang. Suaranya makin kendur akibat tembakan yang dilepaskan tadi. Kini baru dia terasa sakitnya.
Tiba-tiba kepalanya dipukul dengan kayu oleh salah seorang rakan Han.Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Rambut panjangnya yang perang semula jadi telahpun lencun dengan darahnya sahaja.
Han menyeret Dania ke arah sebuah balkoni yang di bawahnya adalah gaung yang tingginya mencecah berkaki-kaki. Setibanya di balkoni tersebut,dia menendang wajah Dania. Kelihatan cecair merah pekat membasahi wajahnya. Tidak cukup lagi dengan itu, mereka membelasah Dania. Puluhan anggota unit mafia yang melihat kejadian itu terkejut dengan tindakan mereka.
"Woi! Dia perempuan kot!! Takkanlah perempuan pun nak belasah juga!!"
"Jangan belasah dia lah jahanam!!Kalau korang gentle lawanlah dengan lelaki! Lepaskan kamilah!!"
"Lepaskan dialah sial!!"kata Aryan Shah sedari tadi mendiamkan diri.Dia cuba melepaskan gari di tangannya namun gagal. Dia lantas menarik pin rambut milik seorang gadis anggota mafia di sebelahnya. Dibukanya gari tersebut dengan pin itu. Beberapa saat kemudian dia terlepas. Namun segalanya sudah terlambat.
Dania telah ditikam oleh Han. Han lantas menolak Dania ke arah balkoni yang di bawahnya adalah gaung yang tinggi.
"This 'game' has not ended as long as you and I are alive .I will kill you in a more cruel way as you kill my family. It is the time to live longer .And I want to play the 'game' you have 'built' for me."sempat lagi Dania berkata dengan sinis dengan suara yang perlahan sebelum dia ditolak.
"Arghhh!!!!"
Share this novel