Dania melewati setiap wad di hospital itu . Dikerlingnya dua orang anak buah Ashraff dan Hash yang masih terselamat dari kejadian itu . Yang lain semuanya terkorban .Dania mengeluh berat . Langkah diatur menuju ke wad yang diletakkan Hash ,Ashraff dan lain -lain . Kedengaran suara riuh rendah sekali di dalam itu .Nasiblah hospital ini milik angahnya .Kalau tidak ,mahu kena warning kerana membuat bising .
"Kau lah gila ! Muka aku pun dah tak kenal !Aku baru hilangkan diri berapa tahun , yang kau ni dah lupa aku .Tak guna punya sepupu . Aku Lisalah ! Aku sepak kau jap agi naya aje !Tu baru kena ketuk sikit , dah lupa siapa Lisa eh aku tambah lagi , biar biul terus otak tu !"ujar Lisa kebengangan . Dania hanya mengekek ketawa . Ashraff menggaru kepala . Hash yang berada di katil sebelahnya hanya menggeleng .Alex juga begitu .Long dan Fandy hanya mendiamkan diri .Kepala mereka berlima berbalut akibat peristiwa itu .
" Mana aku nak ingat .Kau banyak berubah sia . Dari hujung tudung sampai hujung kaki berubah .Susah aku nak kenal .Ni kau balik sorang ke apa ?"tanya Ashraff sambil memicit kepalanya .Lisa hanya menjeling .
"Sorang ajela .Nisa mana balik lagi .Dia tak nak balik Malaysia .Katanya biar dia bercuti sana lama sikit .Lagipun dia baru aje dapat cuti ." kata Lisa panjang lebar .Yang lain hanya mengangguk .
"Yang kau tiberr balik sini apehal ? Dah bertahun tak balik sini tetiba muncul .Aku tak rasa kau balik saja - saja . Kau kalau nak balik sini , wajib ada alasan yang kukuh dan motif utama kalau tak memang kau tak baliklah ." kata Ashraff sinis .Dania hanya menggeleng .
"Alamak , saja-saja baliklah ! Ni negara aku , tanah tumpahnya darahku .Rak- eh .Maksud aku , suka hati akulah nak buat apa-apa pun , nak balik sini ke , tak nak balik lansung atau apa-apa pun .Kau ni kalau tak suka aku balik sini bagitahu Aku nak blah .Malas dah tolong kau !Gi sana ah shuh-shuh ." ujar Lisa berjauh hati .Ashraff hanya tersengih .
"Dah-dah lah tu korang berdua gaduh .Peninglah ! Kalau jumpa tu boleh tak jangan bergaduh ? Aku kahwinkan sama-sama baru kau tahu . " sampuk Dania sambil menggelengkan kepala . Mereka berdua hanya menjeling antara satu sama lain .
"Tak nak aku kahwin dengan dia !" ujar mereka berdua serentak .Dania hanya memicit kepala .
"By the way , macam mana adik Carl ? Markas tu macam mana ?" ujar Alex sekadar menukar topik .Dia pula yang stress melihat dua manusia itu .
"Adik Carl dah Innalillah dah mati ." ujar Lisa seraya menadah tangan .
"Markas pula Alhamdulillah BOOM !!Meletop !" kata Dania pula.Dia turut menadah tangan sebelum meraup ke muka .Yang lain hanya menggeleng .
"Ja- " belum sempat Hash ingin bertanya tiba-tiba telefon berdering .
Blackpink in your area ... BOOMBAYAH !!~
Siapa lagi kalau bukan telefon Dania ? Dania hanya menepuk dahi . Sejak bila dia tukar ringtone ?
"Hello ?"
". . . . ."
"Tak apa .Alhamdulillah semua selamat . "
" . . . . ."
"Okey-okey .Tak tahulah bila diorang boleh balik .Kejap lagi aku mesej kau ."
" . . . ."
"Ok bye !"kata Dania seraya memutuskan panggilan .
" Siapa tu ? "Soal Ashraff bersama kerutan di dahi .
" Yuyin ."kata Dania pula .Ashraff memejam mata .Lisa dan Hash tersenyum sinis .Alex pula hanya mendiamkan diri .Suasana di wad itu menyepi apabila mendengar nama itu .
• • • • •
Nurin membersihkan lukanya .Elly turut ditolongnya . Tiba-tiba muncul dua susuk tubuh .Spontan dia dan Elly berdiri memandang dia dengan pandangan yang takut-takut .
"Aku suruh kau berdua bunuh mereka berdua." kata dia tanpa nada .
"Dan sekarang .. Kenapa diorang masih hidup ?!!" tengking dia bersama pistol di tangan .Tembakan dilepaskan namun sengaja dia sasarkan .Nurin dan Elly kelihatan terkejut .
"Aku bagi lagi satu peluang .Kalau kau masih tak bunuh diorang ...." ujar dia meleret .Pistol diacukan pada salah seorang anak buahnya kemudian dua das tembakan dilepaskan .
Bang ! Bang !
Anak buahnya sudah tidak sedarkan diri .Darah mula membuak-buak keluar dari dadanya .
"Han ! Sudahlah !" jerit seorang gadis .
"Kau akan mati ." tiga perkataan itu mampu menggetarkan Nurin dan Elly .Mereka berdua hanya menunduk menekur lantai .
"Eizra , kau tak payah sibuk kerja aku ."ujar dia kemudian berlalu pergi .Gadis yang digelar Eizra itu hanya memandang simpati sahaja .Dia kemudiannya berlalu pergi .
• • • • •
" Hello ?"suara orang yang berada dalam talian .
"Azie , aku nak jumpa kau ." ujarnya tanpa nada .
"Kenapa ni Eizra ?"
"Pukul 4:30 . Dekat tempat biasa ." ujarnya tanpa menjawab soalan gadis yang berada di dalam talian .Panggilan lantas ditamatkan .
• • • • •
Nurin mengenggam penumbuk .Dia mengingati kisah silamnya bersama Ashraff . Sungguh kalau dia dapat mengundurkan masa , dia lansung tidak mahu mengenali Ashraff . Mata dipejamkan mengingati janji manis Ashraff . Senyuman sinis diukir .
"Huh , dasar playboy ! Jantan tak guna ." katanya sambil menumbuk dinding di bilik senjatanya .
"ARGHH ! TAK GUNA KAU JANTAN !!" jeritnya lantang .Dinding ditumbuknya bertubi-tubi melepaskan segala yang dipendamnya .Darah mula keluar dari tangannya .Dinding yang tadinya berwarna putih kini bertukar warna kerana darahnya . Air mata mula mengalir .Bukan kerana menahan sakit di tangan namun menahan sakit di hatinya .Hatinya yang dulu dipermainkan oleh si dia .
Tengku Zickry Ashraff .Namanya seidah kata-katanya .Janji manis yang ditaburkan menghancurkan si gadis yang mengenalinya .Saat pertama kali berjumpa , lansung si gadis jatuh cinta .Jatuh cinta dengan wajahnya .Jatuh cinta dengan kata-kata semanis madunya .Jatuh cinta dengan janji yang ditaburnya .Mata dipejam mengingati kisah silam ....
Share this novel