Ashraff menumbuk lelaki di hadapannya bertalu-talu . Bengang bibirnya berdarah disebabkan lelaki itu .
"Tak guna .Habis bibir seksi aku ." ujar Ashraff masing lagi bengang .Bibirnya dikemam sebelum menendang perut lelaki itu .Dibelasahnya habis-habisan sehingga lunyai .
Bang !
Bang !
Hash dan Alex ralit menembak anak buah 'arwah' Carl yang makin lama , makin ramai yang memunculkan diri . Manakala Long dan Fandy berkerjasama membelasah dua orang lelaki sekali gus .
"Nampaknya , anak buah dia makin lama makin ramai yang keluar .Sebiji macam zombie ." ujar Hash sambil mendengus geram . Seorang lelaki menerpa ke arahnya sebelum bertalu-talu menghadiahkan tumbukan di perut .Hash menahan sakit sebelum memulas tangan lelaki itu .Di hentaknya tangan lelaki itu sehingga patah .Tak cukup dengan itu dilagamya kepala dia dengan kuat pada kepala lelaki itu .Dan alhamdulillah , hasilnya dia terkulai di lantai .
Alex mula membelasah satu persatu lelaki yang menerpa ke arahnya .Memang tak cukup tangan untuk berlawan .Salah seorang lelaki berbadan agak sado menendang perutnya .Alex membongkok menahan sakit .Lelaki berbadan sado itu memegang kepala Alex sebelum cuba memulas kepalanya .Alex dengan menggunakan tenaga yang berbaki menumbuk muka lelaki itu .
"Shit !" carutnya sebelum mula beraksi .Pistol mula dihalakan pada kepala lelaki itu .Picu di tarik sebelum melepaskan tembakan .
Bang !
Namun ianya hanya mengeluarkan bunyi apabila mendapati tiada peluru yang diisi dalam pistol itu .
"Bodoh ! Masa nilah peluru nak habis !"ujar Alex sebelum menghadiahkan tendangan padu pada kepala lelaki itu .Wah ! Sampai pula kakinya .
Kini , masing-masing membelasah dua orang lelaki berbadan sado . Susah untuk mereka berlawan demgan hanya 2 lawan 1 .
Tiba - tiba , entah dari mana munculnya gas yang agak memeningkan . Masing-masing tidak dapat menahan mata dari terkatup . Hash cuba sedaya-upaya untuk tidak mengatupkan mata , namun apakan daya .Gas itu sangat memberi kesan padanya .
Langkah menjadi longlai .Senua yang berada di dalam markas itu pengsan begitu sahaja .Sementara yang di luar masih bertarung nyawa .
• • • • •
Dania yang bersembunyi di sebalik tangki yang agak besar itu menyaksikan perkara tersebut dengan matanya sendiri .Nasib sempat dia menyarungkan mask walaupun tadi dia terhidu sedikit gas tersebut .Dalam kepala dia cuba memikirkan rancangan untuk membantu mereka .
Kelihatan seorang gadis cina mengarahkan anak buahnya supaya mengikat mereka . Masing-masing mengakur arahannya .
Dania cuba untuk bersembunyi di tempat yang lain .Namun baru beberapa langkah tangannya telah ditarik oleh seseorang .Tindakan refleks tersebut membuatkan dia hampir terjerit namun si pelaku pantas menekup mulutnya walaupun mulutnya memang sedia tertutup dengan mask .
" Erm .. Lepaslah !"Dania cuba melepaskan diri .
"Jangan bertindak melulu .Kau tak tahu apa yang ada dekat tempat ni ." ujar si pelaku bersama amaran .Dania syak dia adalah seorang yang berjantina perempuan kerana suaranya yang membuktikan kebenaran.Dia melepaskan tekupan di mulut Dania .
"Aku datang sini bukan nak bermusuhan .Tapi aku nak bantu kau .Jadi ,dengar cakap aku baik-baik .Aku kenal kau Dania." katanya serius .
"Kau ni siapa ? Aku tak kenal kau pun .Mana kau tahu nama aku ?"soal Dania bersama kerutan di dahi .Gadis itu hanya tertawa sinis .Hoodie yang dipakai di kepala diturunkan menampakkan selendang yang tersarung kemas di kepalanya .Sesungguhnya dia seorang gadis misteri , yang sentiasa memerhati Dania .Kelihatan seorang lagi gadis yang juga berpakaian seperti mereka .Memakai mask ,hoodie dan selendang di kepala .
" Aku Mai .Aku , huh .Masa silam kau .Dan ini ..."ujar si gadis yang menekup mulutnya tadi sebelum tangan dihalakan pada seorang lagi gadis . Gadis itu menurunkan hoodie dan membuka mask miliknya .
"Lisa ?!" kata Dania terkejut barangkali .
"Ingatkan dah tak ingat aku ." kata Lisa bersama senyuman sinis di bibir .Mereka saling berpelukan melepaskan rindu di hati aiceh .Mai hanya menjeling .
Lisa adalah sepupu kepada Ashraff .Ashraff dan Lisa memang dari azali sentiasa bergaduhan ..Semasa Dania koma , Lisa yang menjaga Dania memandangkan Ashraff selalu terlibat dengan misi . Sehingga kini ,mereka bersahabat baik namun disebabkan Lisa yang tiba-tiba sahaja menhhilangkan diri ,mereka tidak bersua muka selama beberapa tahun .
"Okey sekarang fikirkan tentang Ashraff .Apa rancangan kau Mai ?"ujar Lisa serius .Sesungguhnya , sepupu mereka berdua iaitu Ashraff di dalam bahaya .
"Aku boleh tolong korang dua .Dengan satu syarat , Dania rahsiakan kemunculan aku pada semua orang ." kata Mai .Dania hanya mengangguk .
"Okey , sekarang ikut aku .Aku nak atur plan ." ujarnya lagi .
"Sekejap ,mana Yuyin ? Tak nampak dia pun ." ujar Dania sambil matanya meliar-liar di markas tersebut .Namun ,kelibat yang dicari masih tidak munculkan diri.
"Yuyin ?" berkerut-kerut dahi Lisa mendengar nama itu .Mai juga begitu .
"Maksud kau Nurin Izzatul ?"tanya Mai sinis .Dania hanya mengangguk .
" Huh .Hati-hati dengan dia .Jangan percaya dengan muka suci dia tu ."ujar Mai sebelum berlalu pergi meninggalkan Dania dan Lisa yang terpinga-pinga .
• • • • •
Nurin bersiul-siul kecil melihat Ashraff ,Hash dan lain-lain diikat .Bibirnya terukir senyuman sinis .Chewing gum yang berada di dalam poket diambil sebelum membuka plastiknya .Perlahan-lahan dimasukkan ke dalam mulut sebelum mula mengunyahnya .
"Oit makcik sedap makan gula-gula getah !!" kedengaran satu suara menerjah dibelakangnya .
"Opocot mak kau !" latah Nurin bersama gaya yang entah apa-apa .Suara di belakangnya kini hanya ketawa namun masih dalam nada yang terkawal .Kang terbangun Hash dan lain-lain naya aje diorang .
"ELLY ! Kau nak bagi aku mati tercekit chewing gum ke apa ?"
"Maaf maaf .Aku fikir kau buat apa tadi senyum sensorang ." ujar gadis yang digelar Elly bersama sengihan di bibir .
"Aku dah kata jangan ikut aku malam ni .. Yang kau degil ni kenapa ? Kalau terkantoi macam mana ? Nahas aku kena dengan diorang !" ujar Nurin bengang .
"Alaa .. Aku datang saja-saja aje .Sekali-sekala nak beraksi apa salahnya ? Bosan la duduk kat markas sensorang tak ada kau ." ujarnya bersama muncung itik di bibir . Nurin hanya menggelengkan kepala .
"Haa iyela .Tu diorang dah terjaga .Lau nak beraksi sangat kan ? Haa ,pakai hoodie dengan mask .Lepastu buatlah aksi kau kat diorang ." ujar Nurin bersama senyuman sinis di bibid sebelum dia turut memakai kedua benda tu kemidian mengatur langkah ke arah mereka yang berjaga diikuti beberapa orang lelaki yang sado .
Share this novel